Anda di halaman 1dari 3

Soal Selidik VARK

Bagaimana boleh saya belajar dengan lebih baik?

Pilih jawapan yang terbaik untuk menerangkan pilihan anda dan bulatkan huruf yang
bersebelahan dengannya.
Sila bulatkan lebih daripada satu jika jawapan tunggal tidak sepadan dengan persepsi
anda.
Kosongkan mana – mana soalan yang tidak berkenaan.

1. Saya suka laman web yang mempunyai:


a. perkara – perkara yang boleh saya klik dan lakukan.
b. yang mempunyai saluran audio untuk muzik, perbualan dan perbincangan.
c. maklumat yang menarik dan bahan bacaan yang boleh dicetak.
d. reka bentuk dan kesan visual yang menarik.

2. Anda tidak pasti yang manakah ejaan perkataan tersebut dalam Bahasa Inggeris
yang tepat iaitu ‘dependent’ atau ‘dependant’. Saya akan:
a. menghayati perkataan – perkataan tersebut dalam fikiran saya dan memilih
dengan pengunaan mereka yang betul.
b. mendengar perkataan – perkataan tersebut dalam fikiran saya atau menyebutnya
dengan kuat.
c. mengunnakan kamus.
d. menulis kedua – dua perkataan tersebut di atas sehelai kertas dan memilihkan
salah satu daripadanya.

3. Anda ingin mengejutkan rakan anda dengan mengadakan satu majlis. Saya akan:
a. menjemput rakan – rakan saya dan membiarkan majlis itu berjalan dengan
sendirinya
b. membayangkan majlis tersebut sedang berlangsung.
c. membuat senarai apa yang diperlukan untuk majlis tersebut.
d. membincangkan mengenai majlis tersebut bersama rakan lain melalui telefon
atau pesanan ringkas telefon bimbit.

4. Anda akan melakukan sesuatu yang istimewa untuk keluarga anda. Saya akan:
a. merancang sesuatu yang pernah saya lakukan sebelum ini.
b. membincangkan bersama rakan – rakan saya.
c. mencari idea dalam buku – buku dan majalah.
d. mencari arahan bertulis untuk membantu saya untuk merancang.

5. Anda telah terpilih sebagai tutor atau sebagai seorang ketua bagi sebuah program
percutian. Ini adalah sesuatu yang menarik bagi rakan – rakan anda. Saya akan:
a. menerangkan aktiviti yang akan saya lakukan dalam program tersebut.
b. menunjukan peta dan gambar lokasi dimana program tersebut akan diadakan.
c. mempraktis aktiviti yang bakal saya lakukan dalam program tersebut.
d. menunjukkan senarai aktiviti program kepeda mereka.
6. Anda bakal membeli sebuah kamera digital atau telefon bimbit. Selain daripada
harga, apakah yang akan mempengaruhi keputusan anda.
a. mencubanya
b. membaca butiran mengenainya.
c. memastikan bahawa ia merupakan reka bentuk yang terkini dan kelihatan
menarik.
d. mendengar kepada penerangan jurujual tersebut.

7. Ingatkah anda apabila anda baru belajar untuk menggunakan komputer atau
permainan lain. Saya mempelajarinya dengan:
a. melihat orang lain menggunakannya.
b. mendengar penerangan orang dan dengan bertanyakan soalan – soalan.
c. membaca petunjuk daripada gambar rajah di dalam buku panduan.
d. dengan membaca buku panduan.

8. Selepas membaca skrip teater, anda perlu menyiapkan sebuah projek. Anda akan:
a. menulis mengenai skrip teater tersebut.
b. melakonkan salah satu adegan daripada skrip tersebut.
c. melakarkan atau melukis sesuatu daripada yang berlaku dalam skrip teater
tersebut.
d. membaca salah satu skrip tersebut.

9. Anda ingin memasang sebuah komputer untuk ibubapa anda. Saya akan:
a. membaca arahan daripada buku panduan.
b. bertanyakan kepada rakan bagaimana untuk memasangkannya.
c. membuka kotak tersebut dan mula memasang.
d. mengikut gambar rajah yang menunjukkan bagaimana untuk memasangkannya.

10. Anda perlu memberi arahan untuk pergi ke rumah yang berhampiran dengan rumah
anda. Saya akan:
a. berjalan bersama mereka.
b. melukiskan peta atau mendapatkan peta daripada internet.
c. menulis arahan dalam bentuk senarai.
d. menunjukkan jalan kepada mereka.

11. Anda mempunyai masalah lutut. Anda lebih suka bahawa doktor:
a. menunjukkan masalah anda dalam bentuk gambar rajah.
b. memberikan bahan bacaan atau risalah yang menerangkan mengenai
kecederaan lutut.
c. menerangkan masalah anda.
d. mendemostrasikan masalah anda dengan menggunakan modal lutut.

12. Sebuah filem terbaru sedang ditayangkan dipanggung wayang di bandar anda.
Apakah yang akan mempengaruhi anda untuk menontonnya atau tidak?
a. anda mendengar rakan – rakan bercakap mengenainya.
b. anda akan membaca mengenainya di internet atau dalam majalah.
c. anda akan melihat pratonton mengenainya.
d. ia adalah sama seperti semua cerita – cerita lain yang pernah anda saksikan.
13. Adakah anda akan lebih suka seseorang guru yang menggunakan:
a. demonstrasi, modal atau sesi practical dalam pengajarannya.
b. perbincangan dalam kelas, internet dan penceramah jemputan.
c. hanya sebuah buku teks dan banyak nota sampingan dalam pengajarannya.
d. gambar rajah keseluruhan, carta, gambar rajah berlabel dan peta.

14. Anda sedang belajar untuk mengambil gambar dengan kamera digital atau telefon
bimbiy. Saya ingin menpunyai:
a. contoh –contoh gambar yang baik dan lemah dan bagaimana untuk
memperbaikinya.
b. arahan bertulis yang jelas dalam bentuk senarai.
c. peluang untuk bertanyakan soalan dan berbincang tentang ciri – ciri kamera
tersebut.
d. gambar rajah yang menunjukkan kamera dan bagaimana untuk
menggunakannya.

15. Anda inginkan beberapa maklum balas mengenai acara, pertandingan atau ujian
yang telah anda lakukan. Saya ingin maklum balas yang:
a. Menggunakan contoh tentang apa yang telah saya lakukan.
b. Daripada seseorang yang telah berbincang bersama saya mengenainya.
c. Yang menggunakan penerangan bertulis atau jadual keputusan saya.
d. Dengan menggunakan graf untuk mennunjukkan apa yang saya capai.

16. Anda perlu membentangkan idea – idea anda kepada kelas anda. Saya akan:
a. menggunakan rajah atau graf untuk menerangkan idea saya.
b. praktis berulang kali untuk pembentangan dengan menulis kata kunci.
c. menulis ucapan saya dan mempelajarinya dengan membaca berulang kali.
d. mengumpulkan contoh – contoh dan cerita –cerita untuk membuatkan ianya
benar dan praktikal.

Anda mungkin juga menyukai