Anda di halaman 1dari 3

SITI NURNABILA ADAWIYAH SHAMSUL BAHRI

0841043

DIC B

1) APAKAH DEFINISI BERITA?

Definisi umum berita ialah laporan mengenai fakta atau idea terbaru yang benar dan atau
yang penting bagi sebahagian khalayak, melalui media seperti surat khabar, radio, television,
media on-line internet.

Menurut Willard Grosvenor Bleyer ialah berita adalah segala sesuatu yang terkait waktu
dan menarik perhatian banyak orang dan berita terbaik adalah hal-hal yang paling enarik yang
boleh menarik sebanyak mungkin orang (untuk membacanya).

Menurut Chilton R. Bush pula, berita adalah informasi yang “merangsang”, dengan
informasi itu orang biasa dapat merasa puas dan berghairah. Sementara Charnley sendiri
menyebutkan bahawa berita adalah laporan tentang fakta atau pendapat orang yang terikat oleh
waktu, yang menarik dan atau penting bagi sejumlah orang tertentu.

Menurut Dean M. Lyle Spencer, berita adalah suatu kenyataan atau idea yang benar yang dapat
menarik perhatian sebahagian besar dari pembaca.

Menurut William S Maulsby, berita adalah suatu penuturan secara benar dan tidak memihak dari
fakta yang mempunyai erti penting dan baru terjadi, yang dapat menarik perhatian pembaca surat kabar
yang memuat berita tersebut.

Menurut J.B. Wahyudi, berita adalah laporan tentang peristiwa atau pendapat yang memilki nilai
penting, menarik bagi sebahagian khalayak, masih baru dan dipublikasikan melalui media massa.

Menurut Amak Syarifuddin, berita adalah suatu laporan kejadian yang ditimbulkan sebagai bahan
yang menarik perhatian public media massa.

Menurut Dja’far H Assegaf, berita adalah laporan tentang fakta atau idea yang semasa ( baru ),
yang dipilih oleh krew redaksi suatu harian untuk disiarkan, yang dapat menarik perhatian pembaca.
2) KEWARTAWANAN PENYIARAN (BROADCASTING)

Kewartawanan siaran merupakan satu cabang penting dalam bidang penyiaran dan
kewartawanan. Bidang ini penting dalam globalisasi media walaupun media baru lain muncul
telah mengalih perhatian khalayak.

Di barat, komunikasi massa wujud dalam tahun 1920an semasa perang dunia pertama, dan
terus berkembang dan berdaya maju hingga ke hari ini. Bidang ini kian dikenali kerana setiap
saat dan ketika manusia ingin mengetahui perkembangan semasa dunia, berita mempengaruhi
setiap aspek kehidupan manusia antaranya, kontek ekonomi, politik, dan sosio budaya.

Di Malaysia, siaran berita pada waktu kemuncaknya puncaknya juga telah menjadi siaran
yang terpenting. BERNAMA sebagai organisasi agensi berita, juga penting dalam menyalurkan
berita kepada organisasi media massa yang lain. Secara dasarnya ia menyampaikan berita dengan
Benar, Tepat, Lengkap dan Cepat.

Perkembangan terbaru dalam New Media atau Media Baru pula, segala berita
disampaikan dengan lebih cepat, breking news,berserta visual atau video sesuatu berita tersebut.
Bidang penyiaran dan kewartawanan adalah dua cabang utama dalam pengajian sebaran am di
Malaysia. Penyiaran merujuk kepada industri penyiaran yang merangkumi penyiaran radio dan
television. Manakala kewartawaan merujuk kepada kewartawanan akhbar dan kewartawanan
majalah.

Kedua-dua bidang ini sama penting dan banyak menyumbang kepada pembangunan dan
kemajuan Negara sejak zaman sebelum merdeka lagi. Walau bagaimanapun, tidak banyak
maklumat yang dapat dikumpulkan dalam menilai sejauhmana kedua-dua bidang ini berkembang
di Malaysia.

Kaedah temubual mendalam digunakan bagi mengenalpasti sejauhmana bidang


penyiaran dan kewartawanan berkembang. Kajian ini mengkhusus kepada tempoh tertentu sahaja
iaitu antara tahun 1990 hinga 2000 kerana terdapat banyak peristiwa penting berlaku dalam
tempoh yang dinyatakan seperti proses deregulasi media dan krisis kewangan.
Apakah kesannya terhadap kedua-dua bidang ini? Sebagai sebuah Negara Islam,
sejauhmanakah pula perkembangan penyiaran dan kewartawanan yang bercirikan islam?
Akhirnya, kajian mendapati bahawa bidang penyiaran dan kewartawanan sememangnya
berkembang pesat dari pelbagai segi seperti pertambahan bilangan stesen penyiaran dan
organisasi akhbar dan majalah, teknologi penyampaian, teknologi peralatan, kepelbagaian
kandungan rancangan dan berita, genre serta corak penulisan berita.

SUMBER

osolihin.wordpress.com/2007/03/27/sekilas-tentang-jurnalistik/ - 87k

ada-ada-ajah.blogspot.com/2009/02/sefinisi-berita.html - 68k

http://mkbi.multiply.com/journal/item/19

http://zidomar.wordpress.com/2008/11/09/bicara-tentang-kewartawan-siaran/

Anda mungkin juga menyukai