Anda di halaman 1dari 2

KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA

BERPUNCA DARIPADA KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA

Menuju tahun 2020, masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja sangat
membimbangkan dan seperti tiada penghujungnya. Jika kita lihat senario pada hari ini,
ramai dalam kalangan remaja kita terlibat dengan gejala sosial seperti meragut, mencuri
dan sebagainya. Namun demikian apakah puncanya? Hal ini disebabkan oleh kegagalan
institusi kekeluargaan. Institusi kekeluargaan yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak
sepatutnya bekerjasama dalam mempertahankan kebahagiaan institusi kekeluargaan
masing-masing. Ibu bapa seharusnya melindungi dan mendidik anak supaya mereka tidak
tersalah arah dan terlibat dengan gejala sosial.

Kegagalan institusi kekeluargaan berpunca daripada kekurangan ilmu tentang hidup


berkeluarga dan pelbagai ilmu dalam perkahwinan. Masyarakat kini ramai yang berkahwin
dalam usia muda kerana terlalu mengikutkan perasaan dan hawa nafsu. Mereka sepatutnya
mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu supaya setiap perkara yang terjadi dalam
rumah tangga mereka dapat diselesaikan secara baik dan berdiplomasi. Jika mereka tiada
ilmu atau kurang ilmu, setiap perselisihan faham yang berlaku akan menyebabkan institusi
kekeluargaan runtuh dan akibatnya berlakulah penceraian. Hal ini menyebabkan anak-anak
mereka yang akan terkena tempias atas kekhilafan diri mereka sendiri, seperti kata pepatah,
kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Anak-anak yang tertekan denagn masalah
penceraian tersebut akan mencari kebahagiaan yang mereka inginkan dengan cara
tersendiri seperti melarikan diri mengikut teman lelaki atau sesiapa sahaja yang boleh
memberikan kebahagiaan kepada mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu sedar bahawa
kekurangan ilmu dalam institusi kekeluargaan boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan
akhlak.

Seterusnya, keruntuhan institusi kekeluargaan juga berpunca daripada kesibukan ibu bapa
yang asyik mengejar kemewahan duniawi tanpa menghiraukan tentang anak-anak. Hal ini
sering terjadi dalam dunia yang sedang membangun ini. Ibu bapa berpendapat bahawa jika
mereka menyediakan segala kemahuan anak-anak mereka, mereka sudah memberikan
kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Namun demikian, anak-anak
merupakan insan yang perlu dididik dengan betul supaya mereka jadi insan yang berguna.
Jika ibu bapa terlalu mengikut permintaan anak-anak mereka tidak mustahil suatu hari nanti
anak-anak ini akan bersikap kurang ajar dan menyalahkan ibu bapa mereka atas
kekurangan perhatian dan kasih sayang yang diberikan. Anak –anak ini juga akan
menggunakan segala kemewahan yang diperoleh untuk melakukan perkara yang tidak
berfaedah dan merosakkan diri seperti menghisap dadah. Anak anak ini ibarat kain putih,
dan sebagai ibu bapa mereka bertanggungjawab untuk mencorakkan peribadi diri anak
mereka. Ibu bapa harus sedar bahawa tiada yang lebih berharga dari anak anak mereka
sendiri. Oleh itu, ibu bapa perlu sedar bahawa kesibukan mereka akan menimbulkan lebih
banyak masalah keruntuhan akhlak dalam diri remaja.

Selain itu, keruntuhan institusi kekeluargaan juga berpunca daripada kurangnya didikan dan
penghayatan agama. Hal ini demikian kerana, agama merupakan tonggak dalam sesebuah
keluarga yang bahagia. Institusi kekeluargaan yang berpegang kepada ajaran agama tidak
akan goyah walaupun ditimpa beribu musibah. Namun, bagi institusi kekeluargaan yang
tidak berpegang kepada ajaran agama mudah goyah dan runtuh apabila badai melanda.
Anak – anak yang kurang penghayatan agama mudah terpengaruh untuk melakukan
perkara-perkara negatif seperti merempit dan sebagainya. Anak anak ini perlu dididik
menghayati agama sejak kecil lagi seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Jika sudah menginjak ke usia remaja, mereka sukar menerima nasihat dan
melakukan perubahan. Mereka lebih rela membuat keputusan tanpa memikirkan kesan dan
tidak berpaksikan pada ajaran agama. Akibat daripada itu, mereka mungkin akan terjebak
dalam perkara yang tidak sihat seperti merokok dan sebagainya. Oleh itu,kekurangan
didikan agama boleh mengakibatkan keruntuhan institusi kekeluargaan.

Akhir sekali, keruntuhan institusi kekeluargaan berpunca daripada keadaan sosioekonomi


yang sempit. Hal ini demikian kerana, dalam dunia yang kian maju, wang amat penting bagi
memudahkan kelansungan hidup. Bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang
tetap atau pekerja kolar biru , mereka sukar untuk menyediakan segala kemudahan untuk
keluarga mereka. Hal ini juga boleh menyebabkan anak –anak mencari jalan pintas untuk
mendapatkan segala keinginan mereka dengan mencuri, meragut dan sebagainya. Pada
usia remaja, mereka sering berasa iri hati apabila melihat rakan-rakan yang mampu untuk
mendapatkan apa yang mereka mahu seperti telefon bimbit, komputer riba dan sebagainya.
Namun demikian, seorang anak yang prihatin tidak akan membebankan ibu bapanya
dengan meminta lebih daripada apa yang mampu diberikan kepada mereka. Oleh itu, ibu
bapa perlu menyimpan untuk kegunaan pada masa kecemasan atau untuk menyediakan
kemudahan kepada anak anak. Mereka perlu sedar bahawa keadaan sosioekonomi yang
sempit boleh menyebabkan anak anak remaja bertindak diluar kawalan untuk mendapatkan
apa yang mereka mahu.

Tuntasnya, untuk mengelakkan berlakunya kegagalan institusi keluarga yang boleh


membawa kepada keruntuhan akhlak remaja, ibu bapa seharusnya melengkapkan dan
koreksi diri. Hal ini demikian kerana, segala kelemahan dalam mendidik dan mendisiplinkan
anak anak terutamanya remaja akan menyebabkan mereka menyimpang terlalu jauh dan
terjebak dengan masalah sosial yang lebih berat. Pihak ibu bapa perlu sedar dan tahu
bahawa kegagalan mereka dalam menguruskan institusi keluarga akan terkesan dalam diri
anak-anak mereka. Anak-anak remaja merupakan aset negara dan mereka perlu
didisiplinkan supaya menjadi orang yang berguna. Mereka ialah insan yang akan membawa
negara kita ke persada antarabangsa yang terkenal dengan kebudayaan dan budi pekerti
yang tinggi dan bukannya negara yang tidak berbudi pekerti. Maruah negara kita pada masa
hadapan berada di tangan anak anak remaja kini. Jadi, mereka perlu bangkit daripada dunia
angan-angan untuk menempuh dunia realiti.

http://qairaainaa.blogspot.com/2013/08/keruntuhan-akhlak-remaja-berpunca.html

Anda mungkin juga menyukai