Anda di halaman 1dari 7

AKTIVITI 1 : MENTAFSIR SOALAN

A. PANDUAN MEMAHAMI SOALAN KARANGAN RESPONS TERBUKA

 Baca arahan dengan teliti

 Baca semua soalan

 Pilih soalan berdasarkan pengetahuan, pemahaman dan keupayaan anda.

 Kenal pasti isu, penyataan soalan dan arah soalan

B. PANDUAN MENULIS KARANGAN

1. Guru membimbing murid-murid mengenal pasti kata kunci soalan, dan format soalan.
2. Terangkan kepada murid-murid jumlah perenggan yang diperlukan bagi karangan
berpandu.
3. Pada peringkat awal guru harus membimbing murid-murid membina karangan dengan
melengkapkan perenggan melalui teknik pasang siap.
4. Jenis-jenis ayat yang terdapat dalam setiap perenggan adalah seperti berikut:
a. Perenggan pengenalan:
Hendaklah terdiri daripada (4 atau 5 ) ayat.
i. (ISU) ialah ayat keterangan tentang tema secara umum.
ii. (AH) ialah ayat yang menghuraikan keterangan.
iii. (AT) ialah ayat arah yang mempunyai kata kunci dan menyatakan hala tuju
soalan.

b. Perenggan isi:
Terdiri daripada:
i. (AT) ialah ayat yang membuat penyataan tentang idea utama pada bahan
rangsangan.
ii. (AH) ialah ayat yang menghuraikan idea utama dengan menggunakan teknik
penyoalan (MASBBD)
iii. (AC) ialah ayat yang mengandungi contoh-contoh untuk memperkukuh isi.
iv. (AS) ialah ayat yang menyimpulkan tentang isi dan huraian yang
dikemukakan dalam perenggan tersebut.

c. Perenggan penutup:
Perenggan penutup terdiri daripada:
i. (AS) ialah ayat yang membuat kesimpulan secara keseluruhan tentang
karangan yang ditulis.
ii. (AH) ialah ayat yang mengandungi harapan pelajar berkaitan cadangan.
iii. (P) peribahasa
5. Jika ada frasa atau ayat dalam pelan karangan yang perlu diubah untuk disesuaikan
dengan tema soalan, murid-murid boleh berbuat demikian dengan bimbingan guru.

C. CONTOH MENTAFSIR SOALAN

26
Kenal pasti dan lengkapkan jadual mentaksir soalan di bawah.
PERNYATAAN
Soalan contoh : ISU SOALAN

Setiap murid mempunyai cita-cita untuk mencapai [kecemerlangan dalam peperiksaan].

Huraikan [ langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mencapai kecemerlangan

dalam peperiksaan.] AYAT TUGASAN

Isu Kecemerlangan dalam peperiksaan

Ayat Pernyataan Setiap murid mempunyai cita-cita untuk mencapai kecemerlangan


dalam peperiksaan.

Ayat tugasan Langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mencapai


kecemerlangan dalam peperiksaan

AKTIVITI 2 : MENULIS PENDAHULUAN

A. PANDUAN PENDAHULUAN PASANG SIAP

27
PENDAHULUAN

1. Pada era modenisasi ini, isu ____________________selalu diperkatakan.


2. Hal ini dikatakan demikian kerana____ _________________
3. Umum mengetahui bahawa isu ini semakin
_____________________________________
(penting/serius/bertambah/membimbangkan)
4. Persoalannya, mengapakah isu sedemikian sering menjadi buah mulut masyarakat?
5. Oleh itu marilah kita membincangkan ____(ayat tugasan)_____.

B. CONTOH PENDAHULUAN PASANG SIAP

PENDAHULUAN

1. Pada era modenisasi ini isu kecemerlangan dalam peperiksaan selalu diperkatakan.
2. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap murid mempunyai cita-cita untuk mencapai
kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan.
3. Umum mengetahui bahawa isu ini semakin penting dalam masyarakat.

4. Persoalannya, mengapakah isu sedemikian sering menjadi buah mulut masyarakat?


5. Oleh itu marilah kita membincangkan langkah-langkah yang perlu saya lakukan untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

28
AKTIVITI 3 : MENGHURAI PERENGGAN ISI

A. PANDUAN MENGHURAI ISI PASANG SIAP

ISI PERTAMA

6. Antara _____(ayat tugasan/AT)____ yang pertama ialah _________(isi pertama)


7. Hal ini dikatakan demikian kerana_____________(bagaimana/AH)__________ _ .
8. Sebagai contoh, _____________________________________________________(AC).
9. Oleh itu saya/ kita *tidak dapat /dapat mewujudkan/ melahirkan/ menjadi ____________
___________________(AH)_______________ yang ____________________ .
10. Jelaslah ( isi pertama + ayat tugasan) (AS).

B. CONTOH HURAIAN ISI PASANG SIAP

ISI PERTAMA

6. Antara langkah yang perlu saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam
pelajaran yang pertama ialah belajar bersungguh-sungguh tanpa jemu.
7. Hal ini dikatakan demikian kerana usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan
membuahkan hasil.
8. Sebagai contoh, pelajar haruslah rajin mengulang kaji pelajaran, menyiapkan kerja
sekolah dan menghadiri kelas tambahan.
9. Oleh itu, kita dapat mewujudkan pelajar yang berjaya.
10. Jelaslah, belajar bersungguh-sungguh tanpa jemu merupakan satu langkah untuk
mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

ISI KEDUA

11. Seterusnya _____(ayat tugasan/AT)____ yang kedua ialah _________(isi kedua) .

29
12. Hal ini dikatakan demikian kerana _____________(bagaimana/AH)___________.
13. Sebagai contoh, __________________________________(AC).
14. Oleh itu saya/ kita *tidak dapat /dapat mewujudkan/ melahirkan / menjadi____________
yang _____________________(AH).
15. Benarlah bahawa ( isi kedua + ayat tugasan)(AS).

CONTOH HURAIAN ISI KEDUA

11. Seterusnya langkah yang perlu saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan
dalam pelajaran yang kedua ialah sentiasa mentaati perintah Tuhan.
12. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar yang taat kepada perintah agama akan
lebih diberkati oleh-Nya.
13. Sebagai contoh, menunaikan solat lima waktu.
14. Oleh itu, kita dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.
15. Benarlah, mentaati perintah Tuhan dapat membantu pelajar mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan .

ISI KETIGA

16. Selain itu _____(ayat tugasan/AT)____ yang ketiga ialah _________(isi ketiga) .

17. Hal ini dikatakan demikian kerana _____________(bagaimana/AH)___________.

18. Sebagai contoh, __________________________________(AC).

19. Oleh itu saya /kita *tidak dapat /dapat mewujudkan/ menjadi / melahirkan_________

yang ___________________(AH).

20. Tegasnya ( isi ketiga + ayat tugasan)(AS)__________________________________ .

CONTOH HURAIAN ISI KETIGA

16. Selain itu, langkah yang perlu saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam
pelajaran yang ketiga ialah menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.

30
17. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti kokurikulum dapat membina ketahanan diri
dari segi fizikal dan mental.
18. Sebagai contoh, pelajar akan menjadi lebih cergas dan cerdas sekiranya mereka
terlibat dalam aktiviti sukan.
19. Oleh itu, kita dapat melahirkan pelajar yang aktif.
20. Tegasnya, menyertai aktiviti kokurikulum merupakan satu langkah untuk mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran.

ISI KEEMPAT

21. Realitinya,_____(ayat tugasan/AT)____ yang terakhir ialah _________(isi keempat) .


22. Hal ini dikatakan demikian kerana_____________(bagaimana/AH)________________.
23. Sebagai contoh, _____________________________________________________(AC).
24. Oleh itu saya/ kita * tidak dapat /dapat mewujudkan/melahirkan/ menjadi ____________
yang ______________________________________________________________(AH).
25. Jelaslah ( isi keempat + ayat tugasan (AS)_________________________________).

CONTOH HURAIAN ISI KEEMPAT

21. Realitinya, langkah yang perlu saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam
pelajaran yang terakhir ialah sentiasa mematuhi disiplin.
22. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar yang cemerlang akan sentiasa mematuhi
disiplin sama ada di rumah atau di sekolah.
23. Sebagai contoh, saya sentiasa mentaati perintah ibu bapa dan tidak melanggar
peraturan sekolah.
24. Oleh itu, kita dapat mewujudkan pelajar yang membanggakan ibu bapa dan pihak
sekolah.
25. Jelaslah bahawa sentiasa mematuhi disiplin akan menjadikan saya pelajar yang
cemerlang.

AKTIVITI 4 : MENULIS PERENGGAN PENUTUP

A. PANDUAN MENULIS PERENGGAN PENUTUP

PENUTUP

31
26. Kesimpulannya, ____ (ayat pernyataan/AP)___________________________.
27. Oleh itu/Lantaran itu, semua pihak mestilah bekerjasama mengatasi /
menyokong_/menggalakkan usaha __________(ISU)_________________________ini.
28. Jika tidak kita akan *dipandang rendah / dipandang tinggi (AH)___________________
29. Semoga kita akan dapat melahirkan murid/ remaja/ generasi muda/ belia/
masyarakat / negara yang cemerlang/gemilang.(AH)
30. Namun begitu, bak kata peribahasa hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. (P)

C. CONTOH HURAIAN PERENGGAN PENUTUP PASANG SIAP

PENUTUP

24. Kesimpulannya, setiap murid mempunyai cita-cita untuk mencapai


kecemerlangan dalam peperiksaan.
25. Lantaran itu, semua pihak mestilah bekerjasama menyokong usaha mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan.
26. Jika tidak kita akan dipandang rendah.
27. Semoga kita akan dapat melahirkan masyarakat yang gemilang.
28. Namun begitu, bak kata peribahasa hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

32

Anda mungkin juga menyukai