Anda di halaman 1dari 7

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.

Terima kasih Pengerusi Majlis


Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan
sebuah cerita yang bertajuk “ Singa yang Sombong”. Yang terlena, sedar-sedarkan. Yang tersedar,
dengar-dengarkan Yang terdengar fikir-fikirkan. Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa
yang sombong. Badannya yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya.
Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya. Suatu hari, semua haiwan di rimba telah
mengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang
ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. “ Wahai kawan-kawan,
kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi
mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak
menewaskan singa itu.

“ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain. “ Siapa ada cadangan, silakan” kata
Sang Kancil Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, “ Wahai kawan-kawan, biarlah saya
cuba menewaskan singa itu.” Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan
Tebuan. “Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan.” Tebuan mencabar
kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam. “Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani
menentang Singa, marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita.” Kata Sang
Kancil dan disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu. Pada keesokan
harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan pertarungan antara Singa dan
Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan
pun terbang menghampiri Singa. “ Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk
berlawan denganku.” Kata Tebuan dengan berani. “ Engkau nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa
itu sambil ketawa. “ Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku
akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar.” Jawab Tebuan penuh semangat. “
Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa. Dengan pantas, Tebuan terbang
mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama
kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke
dalam lubang hidung singa yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya.

Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan Tebuan.
Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu. Tidak lama kemudian, Singa itupun mati
kesakitan yang amat sangat. Semua binatang bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung
keberanian tebuan itu. Ingat kawan-kawan, 1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan
orang yang kecil tidak semestinya lemah. 2. Kita tidak boleh bersikap malas berusahalah 3. Kita
mesti berusaha jika ingin Berjaya Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecik jangan disangka
anak, besar jangan disangka bapa... akal yang cerdik dan semangat kental dapat mengalahkan
kekuatan fizikal.. Sekian, terima kasih.
”SI TANGGANG ANAK DERHAKA”

“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu


ibuku! Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus
dari sini….”

” Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!”

Para hadirin sekelian,


Begitulah kesombongan dan keangkuhan Si Tanggang terhadap ibunya dalam
kisah ” Si Tanggang Anak Derhaka” yang akan saya ceritakan pada pagi yang
berbahagia ini.

Pada zaman dahulu, di sebuah kampung yang terpencil terdapat sebuah


keluarga yang miskin. Di dalam keluarga tersebut tinggal Mak Umpit dan anak
tunggalnya yang bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sehari-harian, bak kata
pepetah kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.

Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang


menyapu di halaman rumah...

” Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa eloklah Tangggang
pergi merantau di negeri orang mencari kekayaan. Nanti... Tanggang akan dirikan
mahligai yang indah dan akan Tanggang kalungkan intan permata pada tubuh
ibu...”

Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak kesayangannya


itu.

”Apa??? Kau nak tinggalkan ibu...? Ibu sudah tua Tanggang... kasihanilah
ibu... jangan tinggalkan ibu, Tanggang...”
Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh anaknya Si
Tanggang.. Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang meningggalkan ibunya yang
tua di kampung sendirian.

Setelah sekian lama berada di negeri orang, dengan berkat kerajinan Si


Tanggang, beliau telah berjaya menjadi Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang sudah
menjadi kaya raya dan telah berkahwin dengan seorang puteri raja yang cantik
jelita. Akibat daripada kemewahan dunia yang dimiliki Si Tanggang, kini ... beliau
telah lupa kepada ibunya yang tua dan miskin di kampung.

Pada suatu hari, isteri Si Tanggang telah ikut serta bersam Si Tanggang
dan anak-anak kapal belayar berniaga. Dalam pelayaran tersebut akhirnya kapal
Si Tanggang telah berlabuh di pantai berhampiran kampung kelahirannya. Berita
kedatangan kapal Si Tanggang telah diketahui oleh orang-orang kampung... Ibu Si
Tanggang sangat gembira dengan berita kepulangan anaknya kesayangannya itu.
Tanpa berlengah lagi Mak Umpit terus pergi berjumpa Si Tanggang dengan
mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang untuk berjumpa anak
kesayangannya itu.

” Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya
rasa hati ibu semenjak kepemergianmu nak...”

Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa malu
kepada isterinya untuk mengaku perempuan yang tua dan hodoh itu ibu
kandungnya. Lalu Si Tanggang pun menghalau perempuan tua itu dari kapalnya.

“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu


ibuku! Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus
dari sini….”

” Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!”


Kerana terlalu sedíh, Mak Umpit menagis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau
oleh anak kandungnya sendiri. Lalu dia pun mendayung semula sampannya ke
pantai. Setibanya Mak Umpit di pantai, dia terus menadah tangan ke langit dan
berseru lepada Tuhan;

“Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang kususui
dari sususku ini dan yang ku didik dari sebesar dua tapak jari ini, tujukkanlah
balasan Mu ke atas anak yang durhaka!!!”

Tidak semena-mena satu ribut yang Amat dasyat telah turun. Kilat dan guruh
memecah langit telah datang dengan tiba-tiba. Terdengarlah suara anak kapal
riuh rendah di dalam bahtera. Dalam riuh rendah itu, terdengarlah suara Si
Tanggang melaung.....

” Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang bu....


Tanggang ini anak ibu........ ibu ampunkan Tanggang bu.....
Ampunkan Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu.....”

Bahtera Si Tanggang semakin karam, pekik dan lolong orang-orang di dalamnya


semakin hilang...... akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak-anak kapalnya menjadi
batu akibat daripada penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap
ibunya....

Para hadirin sekelian;


Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi dan dan
menderhaka kepada kedua orang tuanya yang telah bersusah payah mendidik dan
membesar dari kecil hingga ke dewasa.
Terang bulan di malam sepi,
Cahaya memancar ke pohon kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada kedua ibu dan bapa.
Sekian, terima kasih
”SANG KANCIL DENGAN TALI PINGGANG SAKTI”

”Ha....ha...ha......, nampaknya hari ini engkau akan menjadi makanan aku Sang
Kancil, ha...ha....ha......”, ketawa Sang Harimau.
”Wahai Sang Harimau, janganlah makan aku, lepaskanlah aku, kasihanilah
aku Sang Harimau ” rayu Sang Kancil.

Ha, kawan-kawan hendak tahu apa kesudahan ceritanya?


Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk ”Sang Kancil dengan Tali
Pinggang Sakti”.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada
barisan Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Di dalam sebuah rimba, tinggal seekor Sang Kancil yang cerdik lagi
bijaksana.
Pada suatu hari, Sang kancil keluar mencari makanannya, tiba-tiba dia ternampak
Sang Ular yang besar sedang tidur nyenyak di bawah sebatang pokok.

”Aku harus berhati-hati dengan Sang Ular itu, jikalau ia terjaga habislah aku
dimakannya nanti”, bisik Sang Kancil di dalam hatinya. Tanpa membuang masa
Sang Kancil pun beredar dari tempat itu.
Kemudian, Sang Kancil meneruskan perjalanannya untuk mencari makanan,
tiba-tiba kedengaran bunyi riuh-rendah suara binatang-binatang di dalam hutan
itu.
” Lari.... lari......... lari Sang Kancil, Sang Harimau hendak makan kita”, jerit
Sang Arnab dan Sang Monyet sambil berlari lintang pukang. Belum sempat Sang
Kancil melarikan diri, tiba-tiba Sang Harimau terus menerkam ke arah Sang
Kancil. Sang Kancil mengigil dan menangis ketakutan.

”Ha....ha...ha......, nampaknya hari ini engkau akan menjadi makanan aku Sang
Kancil, ha...ha....ha......”, ketawa Sang Harimau.
”Wahai Sang Harimau, janganlah makan aku, lepaskanlah aku, kasihanilah
aku Sang Harimau ” rayu Sang Kancil.

Sang Kancil mencari akal untuk melepaskan dirinya dan dia teringat akan
Sang Ular yang sedang tidur nyenyak di bawah sebatang pokok.
”Wahai Sang Harimau, aku mempunyai sebuah tali pinggang sakti yang ku simpan
di bawah sebatang pokok, jika engkau memakainya sudah tentu semua binatang
akan tunduk dan hormat pada engkau”, kata Sang Kancil.
”Apa... tali pinggang sakti?! Di manakah tali pinggang sakti itu?!” tanya
Sang Harimau.
”Tali pinggang sakti itu ada ku simpan di bawah sebatang pokok tetapi
engkau mestilah melepaskan aku dahulu”, kata Sang Kancil.
”Baiklah Sang Kancil, aku lepaskan engkau, tapi ingat!! Kalau kau tipu aku
siaplah engkau!!, herdik Sang Harimau.

Sang Kancil pun membawa Sang Harimau ke tempat Sang Ular yang sedang tidur
nyenyak tadi.
” Ha..itulah tali pinggang yang ku katakan tadi”, bisik Sang Kancil kepada Sang
Harimau.
Tanpa membuang masa, Sang Harimau pun terus memegang badan Sang
Ular yang sedang tidur nyenyak tadi dan melilitkan badan Sang Ular itu ke
pinggangnya.
”Wah, hebat sungguh tali pinggang sakti ini! Ha..ha...sekarang akulah raja di
rimba ini, semua binatang akan takut kepada aku, ha....ha.....ha.....”, ketawa Sang
Harimau.
Sang Ular yang sedang tidur nyenyak pun terjaga apabila terdengar suara Sang
Harimau itu tadi. Apalagi Sang Ular berasa sangat marah lalu terus membelit
pinggang Sang Harimau dengan kuat.
Sang Harimau pun menjerit memnita tolong. ” Tolong.... tolong.... tolong....
Sang Harimau meronta-ronta untuk melepaskan dirinya.
”Cis, berani engkau menipu aku Sang Kancil, siaplah engkau”, marah Sang
Harimau.
Akhirnya, Sang Harimau pun mati dibelit oleh Sang Ular. Selamatlah Sang Kancil
daripada dimakan oleh Sang Harimau.
Semua haiwan yang tinggal di dalam rimba itu mengucapkan terima kasih
kepada Sang Kancil kerana telah menyelamatkan nyawa mereka.

....Selesailah sudah... Kisah Sang Kancil... Yang Sangat cerdik lagi


bijaksana…berjaya menumpas musuh yang ganas…Hidupan hutan… Aman dan
gembira….

Hai kawan-kawan,
Dari cerita yang saya sampaikan tadi, dapatlah kita semua teladan bahawa setiap
masalah yang kita hadapi pasti ada penyelesaian, jika kita menggunakan akal
seperti Sang Kancil tadi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai