Anda di halaman 1dari 13

SUBJEK:

MUSYKIL HADITH (PPPF6523)

TAJUK:
HADITH MUKHTALIF:

‫" أرأيت أدوية نتداوى هبا ورقى نسرتقي هبا وتقي نتقيها هل ترد من قدر هللا شيئا؟‬
" ‫هي من قدر هللا‬

&

" ‫" إن الرقى والتمائم والتولة شرك‬

PENSYARAH:
DR. MOHD ARIF BIN NAZRI

DISEDIAKAN OLEH:
NABILAH BAQIYAH BINTI MOHD SABRI (P93603)

PUSAT KELESTARIAN TURATH ISLAMI

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Definisi Mukhtalif Hadith 2
1.2.1 Definisi Muukhtalif hadith Menurut Bahasa 2
1.2.2 Definisi Muukhtalif hadith Menurut Istilah 3
1.3 Sanad dan Matan Hadith Mukhtalif 4
1.3.1 Matan hadith dan terjemahan 4
1.3.2 Status Hadith 5
1.4 Isu-Isu Berkenaan Hadith 6
1.5 Pendapat Ulama Terhadap Isu-Isu Hadith 6
1.5.1 Pendapat Ulama Terhadap Isu-Isu Hadith 6
1.5.2 Istilah-Istilah Yang Terdapat Di Dalam Hadith 8
1.6 Perbincangan Berdasarkan Pendapat Ulama 9
1.7 Kesimpulan 10
Rujukan 11
1

Hadith Mukhtalif:

‫" أرأيت أدوية نتداوى هبا ورقى نسرتقي هبا وتقي نتقيها هل ترد من قدر هللا شيئا؟‬
" ‫شرك‬ ‫هي من قدر هللا " & " إن الرقى والتمائم والتولة‬

1.1 Pengenalan

Hadith Mukhtalif merupakan suatu hadith yang kelihatan bercanggah dan bertentangan
dengan hadith yang lain. Percanggahan ini menimbulkan keraguan dalam kalangan umat
Islam terhadap hadith-hadith Rasulullah SAW yang kelihatan bercanggah antara satu
sama lain. Namun, hadith yang kelihatan bercanggah ini dapat diatasi dengan beberapa
kaedah iaitu kaedah al-jam’u, nasikh mansukh, tarjih dan tawaqquf. Kaedah al-jam’u
ialah kaedah yang menggabungkan dua hadith yang kelihatan bertentangan dengan syarat
kedua hadith tersebut adalah sahih. Para ulama berpendapat bahawa kaedah ini perlulah
didahulukan berbanding kaedah tarjih. Kaedah fiqh ada menyatakan bahawa
mengamalkan suatu ucapan atau sabda itu lebih baik daripada membiarkannya tidak
diamalkan. Kaedah nasikh dan mansukh pula dilakukan jika kaedah al-jam’u tidak dapat
dilakukan. Pendekatan nasakh ialah kaedah yang menghapuskan hadith yang terdahulu
dan mengamalkan hadith yang terkemudian.

Seterusnya, kaedah tarjih juga dapat digunakan dalam meneliti hadith yang
kelihatan bercanggah antara satu sama lain. Tarjih dari segi bahasa bermaksud
memberatkan dan menguatkan. Dalam ilmu usul, tarjih bermaksud memberatkan atau
menguatkan satu keterangan atau beberapa keterangan di antara keterangan-keterangan
yang pada zahirnya kelihatan bercanggah. Tarjih adalah suatu usaha untuk menentukan
sanad atau matan yang lebih kuat pada hadith-hadith yang kelihatan berlawanan. Kaedah
tarjih merupakan usaha terakhir (untuk berpegang dengan salah satu hadith) apabila
kaedah al-jam’u dan nasikh mansukh tidak dapat dilakukan. Sekiranya pada langkah
terakhir ini, hadith yang mempunyai pertentangan dan percanggahan tidak dapat juga
diselesaikan, maka hadith tersebut dikira sebagai hadith yang tidak boleh diamalkan iaitu
tawaqquf.1

1
Usamah Abdullah Khiyat. 2001. Muhktalif al-Hadith Baina al-Muhaddithin wa al-Usuliyyin al-Fuqaha’.
Riyadh: Dar al-Fadhilah.
2

1.2 DEFINISI MUKHTALIF HADITH

1.2.1 Definisi Mukhtalif Hadith Menurut Bahasa

Dari sudut bahasa, perkataan (‫ )خمتلَف‬adalah isim maf’ul dari kata ikhtalafa (‫ف‬
ََ َ‫اختَ ل‬
ْ ) yang
bermaksud dua perkara atau ketidaksesuaian dua perkara. Secara umumnya, apabila
terdapat dua perkara yang bertentangan, perkara tersebut disebut sebagai mukhtalaf atau

ikhtilaf. Perkataan (‫خمتلِف‬


َ ) pula merupakan bentuk isim fa’il dari perkataan (‫)اختلف‬.

Menurut Ibn Manzur, ikhtilaf merujuk kepada makna (‫ )ملَيتفق‬iaitu tidak serasi atau tidak

sepadan. dan (‫ )كلَماَملَيتساو‬iaitu segala sesuatu yang tidak sama. Allah SWT berfirman

di dalam al-Quran:

ََ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ 

ََ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ 

َ َََََََََ ََََ

(al-Quran, al-An‟am 6:141)

Maksudnya:

Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan
yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk,
rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak
bersamaan (rasanya). makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya)
pad a hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu
makan atau belanjakan); Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.
3

1.2.2 Definisi Mukhtalif Hadith Menurut Istilah

Mukhtalif Hadith dari sudut istilah mempunyai beberapa pengertian dan pendefinisian
menurut para ulama‟. Menurut „Ajjaj al-Khatib, ilmu mukhtalif hadith ialah “ilmu yang
membahaskan hadith-hadith yang secara zahirnya kelihatan bercanggah namun boleh
diselaraskan, sama ada dengan cara mentaqyid kemutlaqannya, mentakhsis
keumumannya, atau dengan cara membawanya kepada beberapa situasi yang bersesuaian
dengan hadith tersebut”.2 Manakala menurut Mahmud al-Thahan, mukhtalif hadith
merupakan “hadith yang diterima dan bertentangan antara satu sama lain serta dapat
dihimpunkan antara keduanya”.3

Imam al-Nawawi pula menyatakan “hadith mukhtalif merupakan dua hadith yang
saling bertentangan pada makna zahirnya (namun makna sebenarnya tidak bertentangan).
Oleh itu, keduanya dapat dihimpunkan atau ditarjih (untuk mengetahui mana yang kuat di
antaranya)”.4 Al-Tahanuwi menjelaskan bahawa “wujud dua buah hadith (yang sama
kategori) yang saling bertentangan pada zahirnya, maka dihimpunkan keduanya dan
menafikan pertentangan yang wujud”. Manakala menurut Yusuf al-Qaradhawi, hadith
dhaif tidak termasuk dalam kategori hadith mukhtalif. Oleh itu, apabila terdapat hadith
maqbul yang bertentangan dengan hadith dhaif, maka hadith dhaif ditinggalkan.

2
Muhammad „Ajjaj al-Khatib. 1971. Usul Hadith Ulumihi Wamustolahihi. Dar al-Fikr.
3
Mahmud Thahan. 1995. Taisir Mustholah Hadith. Iskandariyyah: Markaz al-Huda li al-Dirasat.
4
Jalal al-Din Abd al-Rahman ibn Abi Bakr al-Suyuthi. 1995. Tadrib al-Rawi fi Syarh Taqrib al-Nawawi.
Riyadh: Maktabah al-Kauthar.
4

1.3 SANAD DAN MATAN HADITH MUKHTALIF

1.3.1 Matan Hadith Dan Terjemahan

Hadith 1:

َ‫َسئِ َل‬:
ُ ‫ال‬
ِ ‫َخزام َةَعنَأَِِب‬
َ َ‫َق‬،َ‫َخَز َامة‬ ِ
ْ َ َ َ ‫َع ْنَابْ ِنَأَِِب‬،
َ ‫ي‬ ِّ ‫الزْه ِر‬
ُّ َ‫َع َْن‬،
َ َ‫َس ْفيَا ُنَبْ ُنَعُيَ ْي نَة‬
ُ ‫َخربَن‬
َ ‫َأ‬،‫اح‬
ِ َّ‫َالصب‬
َّ ‫اَُمَ َّم ُدَبْ ُن‬
ُ َ‫َحدَّثَن‬

َ‫َه ْلَتَ ُرُّد َِم ْن‬،‫ا‬ ِ ِ ِ ِ ِ ‫ىَاَّلل‬ َِّ ‫ول‬


َ ‫َوتُقىَنَتَّق َيه‬،‫ا‬
َ َ‫َوُرقىَنَ ْستَ ْرقيَِب‬،‫ا‬ َ ْ‫َأ ََرأَي‬:-َ‫َعلَْيه ََو َسلَّ َم‬
َ َ‫تَأ َْد ِويَةًَنَتَ َد َاوىَِب‬ َ َُّ َّ‫صل‬
َ َ-َ‫َاَّلل‬ ُ ‫َر ُس‬

"ِ‫َاَّلل‬ ِ ‫ال‬
َّ ‫َ"ه َي َِم ْنَقَ َد ِر‬: َ َ‫َشْيَئًا؟َق‬ َِّ ‫قَ َد ِر‬
َ ‫َاَّلل‬
(Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, kitab abwab al-tibb, bab ma anzala Allah da’ illa anzala
lahu Syifa’, no. hadith 3437)

Maksudnya:

Diriwayatkan Muhammad ibn Sobbah, dikhabarkan dari Sufyan ibn „Uyaynah,


daripada al-Zuhri, daripada Ibn Abi Khizamah daripada Abi Khizamah, dia berkata:
Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: “Khabarkanlah kepada aku (wahai
Rasulullah) tentang beberapa ubat yang kami gunakan, jampi-jampi yang kami baca
dan pelindung yang kami berlindung dengannya, Adakah ini semua bererti menolak
takdir Allah? Baginda menjawab: Ia (semua itu) adalah takdir Allah.
5

Hadith 2:

ِ
َ ‫َاْلََّزا ِر‬
َ‫َع ِنَابْ ِن‬، ْ ‫ََي ََيَبْ ِن‬
َْ ‫َع ْن‬، ُ ‫َع ْم ِروَبْ ِن‬
َ ‫َمَّرَة‬ َ ‫َع ْن‬،
َ ‫ش‬ ُ ‫اَاْل َْع َم‬ َ َ‫وَم َعا ِويَة‬
ْ َ‫َحدَّثَن‬، ُ ُ‫َحدَّثَنَاَأَب‬،
َ ‫اَُمَ َّم ُدَبْ ُنَالْ َع ََلء‬
ُ َ‫َحدَّثَن‬

َ‫َعلَْي ِه‬ َ َّ‫َصل‬


َ ُ‫ىَللا‬
َِّ َ ‫ول‬
َ ‫اَّلل‬ ََ ‫ت ََر ُس‬ َِ ‫ال‬
ُ ‫ََس ْع‬: َّ ‫َعْب ِد‬
َ َ‫َق‬،ِ‫َاَّلل‬ َ ‫َع ْن‬
َِّ ‫َامرأَةِ َعب ِد‬،‫َعن َزي نب‬،‫َاَّلل‬
َ ‫َاَّلل‬
ِ ِ ‫أ َِخيَزي نب َامرأ َِة‬
َْ َ ْ َ َْ َ ْ َ َّ ‫َعْبد‬ َ َ ْ َ َْ َ
ِ َ‫َوالتِّولَة‬،‫َوالتَّمائِم‬،‫َالرقَى‬ ِ ُ ‫وسلَّمَي ُق‬
َ »‫َش ْرٌَك‬ َ َ َ َ َ ُّ ‫َ«إ َّن‬:‫ول‬ ََ ََ

(Abu Dawud, Sunan Abu Dawud, kitab abwab al-tibb, bab fi ta’liq al-tama’im, no. hadith
3888)

Maksudnya:

Diriwayatkan Muhammad ibn al-„Ala‟ daripada Abu Mu‟awiyah daripada al-


A‟mash, dari „Amr ibn Murrah, dari Yahya ibn al-Jazzar, dari Ibn Akhi Zainab
isteri Abdullah, dari Zainab, isteri Abdullah ibn Abdullah, beliau berkata: Aku
mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya jampi-jampi, azimat dan al-
Tiwalah adalah syirik.

1.3.2 Status Hadith

Hadis pertama yang dinyatakan di atas berstatus hasan dan telah diriwayatkan oleh Ibn
Majah di dalam Kitab Sunan Ibn Majah di dalam Kitab abwab al-Tibb, bab ma anzala
Allah da’ illa anzala lahu Syifa’. Manakala bagi hadis yang kedua juga berstatus hasan
iaitu yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam Sunan Abu Dawud di dalam Kitab abwab
al-tibb, bab fi ta’liq al-tama’im.
6

1.4 ISU-ISU BERKENAAN HADITH

Terdapat beberapa isu berkenaan hadith 1 dan hadith 2 yang dinyatakan iaitu:

Pertama:

- Hadith 1 membenarkan penggunaan jampi-jampian manakala hadith 2 melarang


penggunaan jampi.

Kedua:

- Hadith 1 membenarkan penggunaan alat-alat atau benda-benda yang dijadikan


pelindung manakala hadith 2 melarang penggunaan tangkal dan azimat.

1.5 PENDAPAT ULAMA TERHADAP ISU-ISU HADITH

1.5.1 Pendapat Ulama Terhadap Isu-Isu Hadith

Isu pertama iaitu berkenaan hadith 1 yang membenarkan penggunaan jampi-jampian


manakala hadith 2 melarang penggunaan jampi dibahaskan oleh para ulama dengan
panjang lebar. Percanggahan yang timbul ini dihilangkan dengan kefahaman bahawa
penggunaan jampi yang dibenarkan ialah jampi yang tidak mengandungi kalimah syirik
kepada Allah SWT. Perkara ini dapat dilihat berdasarkan hadith Rasulullah SAW iaitu:

َ:‫ال‬
َ ‫ك َفَ َق‬ ِ َ ِ ‫ول َللاِ َ َكيف َتَر‬ ِ ِ ِ ْ ‫يَِف‬ ِ ِ‫َ ُكنَّاَنَ ْرق‬:‫ال‬
َ َ‫َق‬،‫َاْلَ ْش َجعِ ِّي‬ ٍ ِ‫ف َب ِن َمال‬ ِ ‫عن‬
َ ‫ىَِف َلَل‬َ َ ْ َ ‫اََي ََر ُس‬
َ َ‫َاْلَاهليَّة َفَ ُق ْلن‬ ْ ‫ك‬ َ ْ ‫َع ْو‬ َ َْ
ِ ‫ََلََبْسَ ِِب ُّلرقَىَماَ َملَي ُننَفِ ِيه‬،
»‫َش ْرٌَك‬ ْ َْ َ َ َ َ ‫اَعلَ َّي َُرقَا ُك ْم‬
َ ‫ضو‬ُ ‫« ْاع ِر‬
(Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Salam, Bab la ba’s bi al-ruqa ma lam yakun fihi
syirkun, No. Hadith 64-2220)
7

Maksudnya:

Diriwayatkan daripada Auf bin Malik al-Ashja‟i, beliau berkata: “Kami pada zaman
Jahiliyyah mempraktikkan jampi-jampian”. Maka kami berkata: “Ya Rasulullah,
apakah pendapatmu tentang perkara ini?”. Rasulullah SAW menjawab: “Tunjukkan
kepadaku jampi-jampian kamu. Tidak mengapa dengan jampi-jampian yang di
dalamnya tidak mengandungi syirik”.

Hadith ini merupakan hadith hasan yang diriwayatkan oleh Auf bin Malik al-
Ashja‟i. Hadith ini menunjukkan Rasulullah SAW membenarkan penggunaan jampi-
jampian dengan syarat jampi-jampian tersebut tidak mengandungi kalimah-kalimah syirik
kepada Allah SWT.

Manakala isu kedua iaitu hadith 1 membenarkan alat-alat atau benda-benda yang
dijadikan pelindung manakala hadith 2 pula melarang penggunaan tangkal dan azimat.
Percanggahan yang berlaku di antara hadith 1 dan hadith 2 ini merupakan percanggahan
lafaz am dan lafaz khas. Lafaz Am merupakan lafaz yang maknanya merangkumi semua
perkara tanpa ada batasan tertentu5 manakala lafaz khas merupakan lafaz yang digunakan
bagi menunjukkan sesuatu perkara yang tertentu atau khusus sahaja6. Lafaz yang terdapat
dalam hadith 1 menunjukkan bahawa perkara yang dijadikan pelindung tersebut
mempunyai makna yang umum dan tidak dikhususkan. Lafaz yang terkandung dalam
hadith 2 pula lebih khusus iaitu pelindung yang dimaksudkan ialah tangkal dan azimat.
Sekiranya pertembungan berlaku di antara lafaz am dan lafaz khas, maka lafaz khas ini
berperanan mengecualikan sebahagian dari keumuman maksud yang terkandung dalam
lafaz am.

5
Zaki al-Din Sya‟ban. 1995. Usul al-Fiqh al-Islamiyy. Banghazi: Jami‟ah Qaz Yunus.
6
Abdul Wahhab Khalaf. 2010. Ilm Usul al-Fiqh. Maktabah al-Dakwah.
8

Berdasarkan kaedah tersebut, percanggahan di antara kedua hadith tersebut


dapatlah diatasi. Seseorang boleh menggunakan sesuatu alat atau benda sebagai
pelindung dirinya namun tidak dibenarkan menggunakan tangkal dan azimat. Larangan
khusus dalam hadith 2 mengecualikan keumuman hadith 1 yang membenarkan
penggunaan jampi-jampian. Berdasarkan hadith 1 dan hadith 2, terdapat perbezaan di
antara pelindung yang digunakan iaitu hadith 1 menunjukkan usaha dan ikhtiar manusia
yang menggunakan alat-alatan dan jampi-jampian sebagai perlindungan manakala hadith
2 menunjukkan kepercayaan terhadap benda ghaib yang tidak nyata dengan penggunaan
tangkal dan azimat. Umat Islam perlulah mengharapkan perlindungan daripada Allah
SWT secara terus tanpa adanya perantaraan melalui tangkal atau azimat. Penggunaan
tangkal dan azimat menyebabkan seseorang syirik kepada Allah apabila mempercayai
bahawa tangkal atau azimat tersebut dapat memberi perlindungan dan keselamatan.

1.5.2 Istilah-Istilah Yang Terdapat Di Dalam Hadith

Istilah yang digunakan dalam hadith 1 ialah jampi-jampian. Jampi menurut kamus dewan
edisi keempat ialah kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian
(seperti boleh menyembuhkan penyakit dan lain-lain)7.

Manakala dalam hadith 2 pula terdapat beberapa istilah yang digunakan untuk
menggambarkan tangkal dan azimat. Antara istilah-istilah tersebut ialah al-tuqatan, al-
tamaim, dan al-tiwalah. Al-Tuqatan ialah benda yang dijadikan pelindung oleh manusia
apabila berasa takut kepada musuh8 manakala al-Tamaim merupakan sesuatu yang dijahit
dan digantungkan oleh orang-orang Arab kepada anak-anak mereka sebagai perlindungan
daripada terkena penyakit ‘ain. Penyakit ‘ain merupakan penyakit yang disebabkan
pandangan mata, sehingga dapat menyebabkan orang yang terkena ‘ain menjadi sakit9.

7
Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
8
Al-Sindi. 2010. Hasyiah al-Sindi ‘ala Sunan Ibn Majah. Beirut: Dar al-Fikr.
9
Ibnu Athir. 1979. An-Nihayah Fi Gharib Al-Hadis wa Al-Athar. Al-Maktabah Al-„Ilmiah.
9

Al-Tiwalah pula sesuatu yang digunakan bagi membuat seorang wanita tertarik dan
mencintai suaminya10.

1.6 PERBINCANGAN BERDASARKAN PENDAPAT ULAMA

Hadith 1 dan hadith 2 yang kelihatan bercanggah telah dapat diatasi dengan kaedah al-
jam’u. Al-Jam’u menurut bahasa ialah mengumpulkan atau menyatukan perkara-perkara
yang berbeza. Manakala menurut istilah, al-jam’u ialah menyelaras dan menyesuaikan
dua dalil yang kelihatan bercanggah dengan satu cara yang dapat menghilangkan
percanggahan tersebut.

Adakalanya sesuatu hadith yang kelihatan bercanggah pada zahirnya namun pada
hakikatnya hadith tersebut sebenarnya tidak bercanggah dan saling melengkapi antara
satu sama lain. Justeru, kaedah al-jam’u ini digunakan bagi menghimpunkan dua hadith
yang kelihatan bercanggah. Dengan menggunakan kaedah ini, kedua-dua hadith tersebut
dapat digunakan dan diamalkan seterusnya mengelakkan kesilapan menghukum sesuatu
hadith dari segi zahirnya sahaja.

Islam menganjurkan umatnya untuk berubat apabila sakit kerana ia adalah


termasuk dalam ikhtiar manusia dan dibolehkan dalam Islam. Namun, perubatan yang
digunakan mestilah berlandaskan syariat Islam. Alat-alat perubatan dan jampi-jampian
yang digunakan perlulah berlandaskan syariat dan terhindar daripada kalimah-kalimah
dan perbuatan syirik. Bahan-bahan untuk berubat juga perlulah berasal dari sumber-
sumber yang halal kerana Allah tidak menjadikan ubat daripada benda-benada yang
haram. Walau bagaimanapun, terdapat keadaan yang diperbolehkan menggunakan benda-

10
Ibn Athir. 2000. Al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athar. Dar Ibn al-Jauzi.
10

benada yang haram iaitu ketika dalam keadaan darurat dan tidak ada pilihan lain selain
menggunakannya untuk menyelamatkan nyawa.

1.8 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, isu berkenaan hadith mukhtalif yang dibincangkan dalam kajian
ini iaitu hadith 1 yang membenarkan penggunaan jampi dan hadith 2 yang tidak
membenarkan jampi, al-tama’im, dan al-tiwalah dapat digabungkan. Kedua-dua hadith
tersebut sebenarnya tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kaedah al-jam’u yang
digunakan dapat menyelamatkan kedua-dua hadith tersebut iaitu umat Islam dapat
menggunakan dan beramal dengan hadith tersebut setelah kekeliruan berkenaan hadith
dihilangkan dan dijelaskan secara terperinci. Hasil kajian menunjukkan bahawa jampi-
jampian yang dibenarkan ialah jampi-jampian yang tidak mengandungi syirik manakala
penggunaan tangkal dan azimat sebagai perlindungan adalah tidak dibenarkan kerana
perbuatan tersebut menyebabkan berlakunya syirik. Umat Islam perlulah meminta
perlindungan kepada Allah SWT dan bukannya melalui perantaraan-perantaraan yang
tidak jelas dan dapat menyebabkan syirik kepada Allah SWT.
11

Rujukan

Al-Quran al-Karim.
Muhammad „Ajjaj al-Khatib. 1971. Usul Hadith Ulumihi Wamustolahihi. Dar al-Fikr.

Mahmud Thahan. 1995. Taisir Mustholah Hadith. Iskandariyyah: Markaz al-Huda li al-
Dirasat.
Jalal al-Din Abd al-Rahman ibn Abi Bakr al-Suyuthi. 1995. Tadrib al-Rawi fi Syarh
Taqrib al-Nawawi. Riyadh: Maktabah al-Kauthar.
Kaizal Bay. 2011. Metode Penyelesaian Hadith-hadith Mukhtalif Menurut al-Syafi’i. Jurnal
Usuluddin. Vol 17.

Nik Mohd Nabil, Wan Hakimin, Ahmad Faqih & Mohammad Hazwan. 2015. Analisis Hadith
Mukhtalif: Hadith Telaga Buda‟ah dan Hadith Dua Kolah. Seminar Antarabangsa Akidah,
Dakwah dan Syariah 2015 (IRSYAD 2015). Kuala Lumpur.

Usamah Abdullah Khiyat. 2001. Muhktalif al-Hadith Baina al-Muhaddithin wa al-


Usuliyyin al-Fuqaha’. Riyadh: Dar al-Fadhilah.
Fuad Yahya Ali Musleh. 2015. Al-Mukhtalif wa al-Musykil fi Ta’wili Ibn Qutaibah
(w:276H) dan Ibn Furak (w:406H) li Ahadith al-‘Aqidah. Universiti Ib.
Zaki al-Din Sya‟ban. 1995. Usul al-Fiqh al-Islamiyy. Banghazi: Jami‟ah Qaz Yunus.

Abdul Wahhab Khalaf. 2010. Ilm Usul al-Fiqh. Maktabah al-Dakwah.

Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Sindi. 2010. Hasyiah al-Sindi ‘ala Sunan Ibn Majah. Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Mubarakfuri. . Tuhfah al-Ahwazi.

Ibnu Athir. 1979. An-Nihayah Fi Gharib Al-Hadis wa Al-Athar. Al-Maktabah Al-„Ilmiah.


Ibn Athir. 2000. Al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athar. Dar Ibn al-Jauzi.

Anda mungkin juga menyukai