Anda di halaman 1dari 20

1.

0 PENGENALAN

Pemakanan Seimbang dan Berkualiti Mengikut Sunnah dalam


Pembentukan Kesihatan yang Baik

َ ‫ين َرحْ َمةَ إِ ََّل أ َ ْر‬


‫س ْلنَاكََ َو َما‬ ََ ‫ِل ْلعَالَ ِم‬

Rahmatan lil alamin merupakan rasa kasih sayang, kurnia, dan nikmat yang
Allah SWT berikan kepada makhluknya dan seluruh alam semesta. Sehubungan
dengan itu, dengan mengambil pemakanan yang seimbang, kita sedang menunjukkan
kasih sayang kepada diri kita, iaitu makhluk yang dicipta oleh Allah SWT. Kita
sepatutnya menyayangi diri kita dengan menjaga kesihatan diri kita. Hal ini dikatakan
demikian kerana badan kita adalah dikurniakan oleh Allah SWT dan kita sepatutnya
sentiasa bersyukur tentang apa-apa yang kita ada pada masa sekarang. Jadi, ikutlah
sunnah untuk mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk menjaga
kesihatan diri sendiri dengan baik.

Berdasarkan Sabda Nabi SAW, baginda pernah bersabda bahawa "Mintalah


kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara
yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman).” Daripada kata-kata tersebut,
tidak boleh dinafikan bahawa seseorang sepatutnya mementingkan kesihatan diri
sendiri. Kesihatan diri merupakan harta yang tidak boleh dibelikan dengan wang. Pada
zaman ini, ramai orang tidak menyedari tentang kepentingan pengambilan makanan
yang berkhasiat dan seimbang. Statistik menunjukkan bahawa empat daripada
sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di Malaysia sama ada mengalami
kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). Kebanyakan orang yang menjangkiti
penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung juga adalah disebabkan
oleh pemakanan yang tidak seimbang dan tidak berkhasiat. Bak kata perpatah, ‘Diri
anda ialah apa yang anda makan’. Oleh itu, sudah terang lagi beersuluh bahawa kita

1
mestilah mengamalkan pemakanan seimbang dan berkualiti mengikut sunnah dalam
pembentukan kesihatan yang baik.

Rasulullah SAW amat tegas tentang soal menjaga kesihatan dan keberadaan
tubuh badan seperti sabda Baginda: “Sesungguhnya kamu mempunyai
tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” Untuk menjaga
kesihatan diri dengan baik dari segi fizikan, mental dan emosi serta memastikan tubuh
badan kita berfungsi secara optimum dan berupaya untuk mencapai potensi dan
matlamat hidup berpandukan agama, sunnah Rasulullah SAW perlu diikut sebagai
panduan seseorang dalam pengambilan makanan seharian. Makanan-makanan yang
berkhasiat seperti madu, kismis, kurma, buah tin, minyak zaitun, Habatus Sauda’ dan
susu kambing seharusnya dimakan kerana makanan-makanan tersebut bukan sahaja
boleh mencerdaskan otak kita malah menyihatkan dan mencergaskan tubuh badan
kita serta membantu kesembuhan penyakit-penyakit yang melibatkan struktur dan
fungsi otak seperti Dementia, Schizophrenia, Alzheimer, Parkinson, Strok dan
penyakit lain

2
2.0 PENGHARGAAN

Kami amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpahan kurniaNya, kami
dapat menyiapkan tugasan yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk
“Pemakanan yang Seimbang dan Berkualiti Mengikut Sunnah dalam
Pembentukan Kesihatan yang Baik” dalam konteks Rahmatan lil Alamin.

Ribuan terima kasih kepada pensyarah Puan Afifah bt Abu Yazid kerana telah
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar untuk kami menyiapkan tugasan yang diberi
dan memberikan panduan-panduan kepada kami untuk menyiapkan tugasan tersebut
dengan baik.

Selain itu, kami ingin berterima kasih kepada pihak-pihak yang telah terlibat
secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam membantu kami untuk
menyempurnakan tugasan yang telah diberikan kepada kami. Kami juga ingin
berterima kasih kepada responden yang telah meluangkan masa untuk menjawab
soalan soal selidik daripada kami. Bantuan kalian dari segi informasi dan perspektif
tentang topik tugasan kami amatlah dihargai.

Akhir sekali, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli kumpulan
kami seramai 13 orang yang telah berusaha membantu dalam menyiapkan tugasan
yang diberi seperti yang telah dipertanggung jawabkan serta meluangkan masa untuk
mengadakan perbincangan bersama ahli kumpulan mengenai tugasan yang diberi.

3
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
1) Untuk mengkaji bagaimana faktor pemakanan yang tidak sihat dan tidak
berkualiti akan memberi kesan kepada masyarakat.
2) Untuk mengkaji impak positif yang bakal diterima apabila mengamalkan
pemakanan yang berkualiti dan sihat mengikut Sunnah dalam konteks
Rahmatan lil Alamin.

4.0 METODOLOGI KAJIAN


Metodologi kajian merupakan kaedah kajian dan penganalisis yang digunakan
dalam menyelesaikan sesuatu kajian bagi mendapatkan data atau hasil kajian serta
menjayakan kajian ini.

Pelbagai kaedah telah kami gunakan antaranya adalah dengan menjalankan


temubual bersama ahli kumpulan. seterusnya, kami juga merujuk bahan-bahan ilmiah
di perpustakaan dan juga melakukan soal selidik dengan menggunakan laman
sesawang “Google Form”.

4.1 TEMU BUAL

Dalam kaedah temubual, kami telah menyediakan beberapa soalan kepada


beberapa orang ahli kumpulan kami dari pelbagai bangsa dan agama untuk
mengetahui pandangan mereka serta kefahaman mereka akan tajuk tugasan kami
berkaitan pemakanan seimbang dan berkualiti mengikut sunnah dalam pembentukan
kesihatan yang baik dalam konteks Rahmatan lil Alamin.

4.2 SUMBER ILMIAH

Selain itu, kami juga berkunjung ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti


Utara Malaysia untuk mencari bahan-bahan ilmiah yang dapat membantu kami dalam
menyiapkan tugasan ini. Antara bahan yang menjadi rujukan kami adalah buku-buku
rujukan dan tesis yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian ini.

4
4.3 SOAL SELIDIK

Kami juga mengambil inisiatif lain dengan mengumpul data-data bagi soal
selidik tentang tajuk kajian kami dengan menggunakan “Google Form”. Secara
keseluruhannya, ketiga-tiga kaedah ini amat membantu kami dalam mencapai objektif
sekali gus menyelesaikan kajian ini dengan lancar dan baik.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan data yang diperolehi daripada soal selidik yang kami telah lakukan
melalui Google form yang bertajuk ‘Pemakanan seimbang dan berkualiti mengikut
sunnah dalam pembentukan kesihatan yang baik.’, kami mendapati bahawa
jumlah responden yang menjawap soal selidik tersebut amatlah memberangsangkan
iaitu sebanyak 100 orang responden. Soal selidik yang kami buat ini mengkehendaki
responden untuk mengisi soalan yang berkaitan jantina, umur, bangsa dan agama.
Selain itu, responden juga dikehendaki untuk menjawap beberapa soalan seperti
‘Adakah anda tahu apa itu makanan sunnah?’, ‘Bagaimanakah sikap makan anda?’
dan yang terakhir ‘Apakah yang anda rasa apabila mengamalkan pemakanan yang
berkualiti dan sihat mengikut sunnah?’.

5
5.1 JANTINA

JANTINA ORANG
PEREMPUAN 65
LELAKI 35

JUMLAH RESPONDEN 100

Melalui data yang kami perolehi daripada hasil soal selidik, kami mendapati sebanyak
65 orang responden atau 65% ialah jantina perempuan. Manakala selebihnya ialah
lelaki iaitu sebanyak 35% atau 35 orang. Hal ini menunjukkan bahawa, responden
yang terlibat dalam soal selidik yang dilakukan oleh kami menunjukkan majoriti
responden adalah terdiri di kalangan perempuan.

6
5.2 UMUR

UMUR ORANG
< 18 TAHUN 10
19 TAHUN – 25 TAHUN 86
> 26 TAHUN 4

JUMLAH RESPONDEN 100

Berdasarkan , majoriti responden yang menjawap soal selidik yang kami telah
buat ini adalah berumur diantara 19 hingga 25 tahun iaitu dengan berjumlah seramai
86% atau 86 orang. Ini disebabkan responden-responden yang terlibat terdiri daripada
kalangan para pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). Selain itu, sebanyak 10% atau
10 orang responden adalah berumur 18 tahun dan ke bawah yang majoritinya
merupakan pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah. Manakala 4% atau 4 orang
lagi adalah dikalangan kategori umur lain-lain yang ada antaranya merupakan staff di
Universiti Utara Malaysia (UUM).

7
5.3 BANGSA

BANGSA ORANG
MELAYU 27
CINA 21
INDIA 30
LAIN - LAIN 22

JUMLAH RESPONDEN 100

Berdasarkan rajah di atas, majoriti responden adalah berbangsa India iaitu


sebanyak 30 orang. Diikuti dengan responden berbangsa Melayu iaitu berjumlah 27
orang. Manakala, responden yang berbangsa selain daripada Melayu, India dan Cina
adalah seramai 22 orang. Bangsa lain-lain ini termasuklah responden yang berbangsa
bumiputera Sabah, bumiputera Sarawak dan banyak lagi. Responden yang
berbangsa Cina adalah yang paling sedikit iaitu sebanyak 21 orang. Ini menunjukkan
bahawa kajian yang kami jalankan melibatkan semua kaum tanpa ada sebarang
diskriminasi mana-mana kaum.

8
5.4 AGAMA

AGAMA ORANG
ISLAM 42
HINDU 28
BUDDHA 19
KRISTIAN 9
LAIN - LAIN 2

JUMLAH RESPONDEN 100

Bagi agama yang dianuti responden, kami mendapati bahawa 42% responden
yang beragama Islam. Kemudiannya, diikuti dengan responden yang menganut
agama Hindu iaitu seramai 28%. Seterusnya 19% responden merupakan beragama
Buddha. Di samping itu, 9% responden lagi beragama Kristian dan akhir sekali 2%
lagi lain-lain agama.

9
5.5 ADAKAH ANDA TAHU APA ITU MAKANAN SUNNAH?

YA 65
TIDAK 35

JUMLAH RESPONDEN 100

Rajah diatas adalah data keputusan jawapan responden terhadap soalan yang
pertama kami kemukakan di dalam soal selidik kami. Kami mengajukan soalan ini
kerana kami ingin mengetahui seberapa ramai responden kami yang tahu tentang
makanan sunnah. Sebanyak 65 orang yang tahu tentang makanan sunnah. Manakala
selebihnya lagi iaitu 35 orang tidak mempunyai pengetahuan tentang makanan
sunnah. Hasil daripada soal selidik, kami mengambil inisiatif untuk memberitahu
responden apakah itu Sunnah. Makanan Sunnah merupakan adalah makanan yang
diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Selain itu, makanan Sunnah juga terbukti mempunyai banyak manfaat jika
dibandingkan dengan makanan lain. Makanan sunnah juga terbukti mempunyai
kelebihan dan manfaat bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan dari segi fizikal
malahan juga baik untuk organ dalaman. Antara contoh makanan sunnah Rasulullah

10
SAW adalah buah kurma, buah kismis, madu dan banyak lagi. Makanan-makanan
sunnah tersebut diakui oleh para pakar tentang khasiatnya terhadap tubuh badan
manusia.

Selain itu, baginda rasulullah SAW berpesan kepada umatnya supanya


bersikap bersederhana dalam setiap perkara termasuklah pemakanan. Hal ini
demikian kerana mampu mencegah kita semua daripada mengambil sesuatu secara
berlebihan yang mana mampu membawa kepada kemudaratan ataupun kesan buruk.
Contohnya, jika seseorang itu tidak mengamalkan ajaran rasul untuk makan secara
bersederhana. Mereka akan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kronik seperti
diabetis, darah tinggi dan juga obesiti. Kemudiannya, Nabi Muhammad SAW juga
menyarakan kita semua untuk makan madu. Hal ini kerana dalam al-Quran madu
disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi
penyembuh penyakit untuk manusia. Hakikatnya, madu ialah produk semula jadi
digunakan sejak dulu untuk pelbagai tujuan perubatan dan kesihatan. Kajian saintifik
membuktikan madu mempunyai kesan antimikrob, antikeradangan, serta
antipengoksida semula jadi.

Oleh itu, jelaslah makanan sunnah ini merupakan bukti kepada rahmatan lil
Alamin kerana Allah SWT telahpun menghadiahkan kita seorang manusia yang
teragung untuk dibuat sebagai contoh dalam segala aspek termasuklah dalam aspek
pemakanan.

11
5.6 FAKTOR PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT DAN TIDAK BERKUALITI

SUKA MAKAN MAKANAN SEGERA 16


MAKAN TIDAK MENENTU DAN TIDAK MENGIKUT MASA 68
TIDAK SUKA MAKAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH - 12
BUAHAN
SUKA MINUM AIR BERKABONAT 4

JUMLAH RESPONDEN 100

Soalan kedua yang kami ajukan kepada responden kami adalah bertujuan
untuk merungkai objektif kajian yang berkaitan faktor makanan yang tidak sihat dan
tidak berkualiti yang mana akan menjejaskan kesihatan masyarakat kini. Pertama
sekali, mereka makan tidak menentu dan tidak mengikut masa iaitu seramai 68 orang.
Hal ini berlaku disebabkan kebanyakkan responden kami adalah di kalangan pelajar
universiti. Oleh itu, jadual mereka terlalu padat sehinggakan mereka tidak mempunyai
masa untuk makan makanan yang berkualiti dan tepat pada waktunya.

12
Sebanyak 16 orang responden lagi suka makan makanan segera. Makanan
segera yang menjadi pilihan pertama bagi seseorang yang bergelar pelajar tidak dapat
dinafikan lagi. Kebanyakkan pelajar mengambil jalan mudah dengan memilih untuk
makan makanan segera kerana ianya mudah didapati, lazat dan murah.

Bagi 12 orang responden pula tidak suka makan sayur-sayuran dan buah-
buahan. Hal ini demikian kerana kebanyakkan responden tidak suka makan sayur dan
buah adalah kerana tidak dibiasakan dari kecil dan mereka juga beranggapan bahawa
sayur-sayuran dan buah-buahan tidak begitu mengenyangkan apabila dimakan.

Selebihnya iaitu seramai 4 orang pula suka minum air berkarbonat. Ramai
mengakui bahawa air berkarbonat sangat lazat dan memuaskan, Tetapi air
berkarbonat juga memberi banyak keburukan kepada peminumnya. Ia mempunyai
kandungan gula yang sangat tinggi sehinggakan memberi risiko kepada peminum
untuk menghidap kencing manis,

Seterusnya, soalan yang diajukan kepada responden pada kali ini merupakan
pemakanan yang tidak sihat dan ditegah sama sekali dalam mana-mana agama.
Dalam agama islam, pengambilan makanan yang berkhasiat dan berkualiti seperti
makanan-makanan Sunnah merupakan sesuatu perkara yang teramat penting
kerana daripada makanan yang dimakan akan terhasilkan daging-daging kita. Jika
makanan yang diambil itu tidak elok maka badan si pemakan juga terdedah kepada
perkara yang tidak elok. Oleh itu, jelaslah bahawa makanan dan pemakanan mengikut
Sunnah itu bukti rahmatan lil Alamin kerana Allah SWT mahukan kita semua untuk
hidup secara sihat hasil daripada makanan Sunnah.

13
5.7 IMPAK POSITIF YANG BAKAL DITERIMA APABILA MENGAMALKAN
PEMAKANAN YANG BERKUALITI DAN SIHAT MENGIKUT SUNNAH DALAM
KONTEKS RAHMATAN LIL ALAMIN.

TIDAK SERING SAKIT / DEMAM 26


SENTIASA MELAKUKAN SESUATU KERJA DENGAN 41
CERGAS
SENTIASA BERFIKIR POSITIF DAN TENANG 33
JUMLAH RESPONDEN 100

Soalan yang terakhir adalah berkaitan dengan impak positif yang bakal diterima
apabila mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkualiti mengikut Sunnah dalam
konteks rahmatan lil Alamin. Soalan pertama adalah ‘Apakah yang anda rasa apabila
mengamalkan pemakanan yang berkualiti dan sihat mengikut sunnah?’. Melalui data
yang kami dapat, 41% responden mengakui bahawa mereka sentiasa melakukan
sesuatu kerja dengan cergas apabila mereka mengamalkan pemakanan yang
berkualiti dan sihat mengikut sunnah. Ini kerana, makanan-makanan sunnah memberi
banyak kebaikan kepada pemakan yang mengamalkannya. Contohnya seperti buah

14
kurma. Jus buah kurma membantu mencegah daripada sembelit, sengal-sengal
badan, lesu, lemah otot dan barah usus besar. Dengan mengamalkan memakan buah
kurma, seseorang akan mudah melakukan kerja dan sentiasa bersemangat untuk
berkerja.

Pilihan jawapan kedua yang terbanyak adalah responden sentiasa berfikiran


positif dan tenang apabila mengamalkan makanan yang berkualiti dan sihat mengikut
sunnah iaitu sebanyak 33% responden. Buah kismis adalah antara makanan sunnah
yang sangat bagus untuk minda manusia. Kismis membantu menguatkan kebolehan
seseorang untuk menghafal, menajamkan mata dan minda manusia. Orang yang
mengamalkan memakan buah kismis membolehkan dia sentiasa berfikiran positif dan
tenang.

Undian jawapan yang terakhir adalah responden jarang sakit atau demam
apabila mengamalkan pemakanan yang sihat mengikut sunnah iaitu berjumlah 26%
responden. Jelas sekali bahawa makanan sunnah mempunyai banyak khasiatnya.
Oleh itu seseorang yang mengamalkan pemakanan berkualiti dan sihat mengikut
sunnah akan sukar mendapat penyakit berbanding orang yang tidak menjaga
pemakanannya.

15
6.0 PANDANGAN AHLI KUMPULAN

Pada pendapat saya tentang topik tugasan kami, pemakanan seimbang


mengikut sunnah ialah satu topik yang perlu dipertengahkan untuk kita lebih
memahami dan mendalami konsep rahmatan lila'alamin dari sudut kesihatan .
Mengikut kefahaman saya, sunnah dalam pemakanan seimbang merujuk kepada
cara dan etika Rasulullah dalam pemakanan yang mana Rasulullah sangat menjaga
pemakanan kerana ia berkait rapat dengan kesihatan fizikal bahkan mental.Sebagai
contoh, Rasulullah pernah bersabda: Maksudnya: “Tidak ada tempat yang diisi oleh
anak keturunan Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak
keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya. Melainkan
jika dia tidak dapat mengelak, maka isilah sepertiga untuk makanannya, sepertiga
untuk minumannya dan sepertiga untuk nafasnya.” [Riwayat al-Tirmizi (2380)]. Hadith
ini adalah bukti 'rahmatan lil alamin, yang mana Rasulullah meyuruh semua manusia,
makanlah sekadar perlu, jangan berlebihan agar mudah untuk kita beramal baik
kepada sekalian alam kerana perut adalah punca segala penyakit. Oleh itu,
Rasulullah sememangnya contoh terbaik untuk konsep 'rahmatan lil'alamin' dari
pelbagai sudut khususnya dari sudut pemakanan.

Pada pandangan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Afifah
sebagai pensyarah subjek TITAS kita.Berdasarkan tajuk kumpulan kami iaitu Cara
pemakanan yang seimbang dan berkualiti mengikut sunnah dan Rahmatan lil
Alamin,kami dapat mengetahui apakah makanan sunnah dan cara pemakanan yang
seimbang dan berkualiti yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW yang patut kami
mencontohi dan tidak hanya khas untuk umat Islam tetapi bagi semua manusia tanpa
mengira kaum dan bangsa serta dapat memastikan kesihatan kita sentiasa dalam
keadaan yang baik.

Pada pendapat saya, amalan pengambilan makanan yang sihat mengikut


sunnah harus kita praktikan supaya dapat mengekalkan kesihatan yang baik. Kita
harus bijak dalam memilih makanan yang berkhasiat. Dengan ini, kita dapat
menghindari diri daripada penyakit-penyakit. Lebih lagi, kita juga akan menjadi contoh
yang terbaik kepada generasi akan datang.

16
Pada padangan saya, makanan sunnah dianggapkan sebagai makanan yang
berkhasiat dan seimbang. Rahmatan lil Alamin merupakan kasih sayang terhadap
alam. Untuk mengkaitkan Rahmatan lil Alamin dan makanan sunnah, seseorang
sepatutnya makan makanan sunnah untuk menjaga kesihatan diri sendiri. Kesihatan
diri sendiri merupakan harta yang tidak boleh dinilai dengan wang. Oleh itu, sayangilah
tubuh badan kita dengan makan makanan Sunnah.

Pada pandangan saya berkaitan tajuk kita. Pengamalan makanan sunnah ini
harus diikuti kerana Allah menciptakan makanan seperti ini disebabkan perasaan
sayang akan hambanya. Allah juga menciptakan manusia oleh itu Allah lebih tahu
tentang keperluan dalam badan manusia. Penciptaan makanan sunnah yang
mempunyai banyak khasiat dapat menyihatkan lagi tubuh badan manusia.
Disebabkan itulah Allah menciptakan sesuatu makanan yang seiring dengan
keperluan tubuh manusia. Inilah yang dipanggil sebagai Rahmatan lil Alamin iaitu
kasih sayang Allah terhadap ciptaanNya dengan menciptakan makanan - makanan
sunnah.

17
7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pemakanan seimbang dan berkualiti mengikut sunnah


merupakan faktor penting bagi pembentukan kesihatan fizikal, mental dan rohani
manusia yang baik serta memberi kesan terhadap hubungan manusia terhadap Allah,
sesama manusia dan makhluk lain. Sunnah Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan
dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat
manusia. Dalam hal berkaitan pemakanan sekalipun, Rasulullah SAW merupakan
seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat
mengambil manfaat daripadanya. Pemakanan baginda lebih banyak mengambil
daripada jenis biji- bijian, sayur- sayuran dan buah- buahan. Sebagai manusia,
seharusnya kita mencontohi amalan pemakanan yang telah dipamerkan oleh
Rasulullah SAW kerana corak pemakanan baginda adalah sihat dan berkhasiat
seperti mana yang disarankan oleh pakar pemakanan pada hari ini.

Oleh itu, pengambilan biji-bijian sempurna, buah- buahan dan sayur- sayuran
yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk
mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan melalui kajian sains semasa akan
kelebihannya. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW
seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang
mantap dan kelangsungan hidup yang bermutu.

Akhir sekali, bukan sahaja umat Islam tetapi juga bangsa yang lain pada masa
kini perlulah mencontohi, mengamalkan, dan menambahbaikkan amalan dan gaya
pemakanan yang berlunaskan sunnah seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW
bagi melahirkan masyarakat yang cemerlang jasmani, intelek dan spiritual.

18
8.0 RUJUKAN

References
abdullah, s. (2018, June 2). Memahami makna "Rahmatan lil Alamin". Retrieved from Kompasiana:
https://www.kompasiana.com/sabdullah/5b17e98af133440c177540a2/memahami-makna-
rahmatan-lil-alamin?page=all

admin. (2017, November 21). Makna rahmatan lil alamin menurut tafsiran para ulama. Retrieved
from indahnya Islam: http://www.indahnyaislam.my/2017/11/makna-rahmatan-lil-alamin-
menurut-tafsiran-para-ulama/

Ahmad, M. N. (2012, April 2). KONSEP DAN AGENDA RAHMATAN LIL’ALAMIN. Retrieved from
muafakatmalaysia.wordpress:
https://muafakatmalaysia.wordpress.com/2012/04/02/konsep-dan-agenda-rahmatan-
lilalamin/

Amin, H. (2011, Oktober 14). Kajian amalan pemakanan di kalangan remaja. Retrieved from
myilhamz: http://myilhamz.blogspot.com/2011/10/kajian-amalan-pemakanan-di-
kalangan.html

Ariffin, M. M. (2015). SALAH FAHAM TERHADAP ISTILAH "MAKANAN SUNNAH" DALAM KALANGAN
MASYARAKAT DI MALAYSIA: SATU ANALISIS. Retrieved from academia:
http://www.academia.edu/17339271/SALAH_FAHAM_TERHADAP_ISTILAH_MAKANAN_SUN
NAH_DALAM_KALANGAN_MASYARAKAT_DI_MALAYSIA_SATU_ANALISIS

Don, P. M. (2018, September 28). Rahmatan lil alamin' perlu ditafsir secara hikmah, cermat.
Retrieved from BHonline:
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/09/478986/rahmatan-lil-alamin-perlu-
ditafsir-secara-hikmah-cermat

Ghoib, A. (2014, April 20). Rasulullah Rahmat sekalian alam. Retrieved from malaysianreview:
https://www.malaysianreview.com/50035/rasulullah-rahmat-sekalian-alam-apa-
maksudnya/

ghurabaweb. (2016, September 21). Fakta Kelebihan Makanan Sunnah. Retrieved from
ghurabaweb.wordpress: https://ghurabaweb.wordpress.com/2016/09/21/mengenali-
makanan-sunnah/

ilmu, I. (2012, Mei 9). APA itu pemakanan yang seimbang? Retrieved from Inspirasilmu:
https://inspirasilmu.wordpress.com/2012/05/09/makanan-seimbang/

kiblat.net. (2017, March 25). Ditorsi makna Rahmatan lil Alamin. Retrieved from Kiblat.net:
https://www.kiblat.net/2017/03/25/distorsi-makna-rahmatan-lil-alamin/

MADA, K. (2013). Islam,Rahmatan lil Alamin. Retrieved from unitedofislam:


http://unitedofislam.blogspot.com/2013/01/islam-rahmatan-lil-alamin.html

Rees K, D. M. (2013, Disember 6). Nasihat pemakanan untuk mengurangkan risiko penyakit
kardiovaskular. Retrieved from Cochrane:

19
https://www.cochrane.org/ms/CD002128/nasihat-pemakanan-untuk-mengurangkan-risiko-
penyakit-kardiovaskular

SALEH, N. B. (2013, December). KESEDARAN TERHADAP AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG DALAM.


Retrieved from eprints:
http://eprints.uthm.edu.my/5351/1/NOORSYARZIELAH_BINTI_SALEH.pdf

Samad, E. S. (2017, July 24). PENGAMALAN MAKANAN SUNNAH DAN INDUSTRI PENGHASILAN
MAKANAN SUNNAH SERTA KESANNYA KEPADA MANUSIA. Retrieved from dua2012dem2s1:
http://dua2012dem2s1.blogspot.com/2017/07/pengamalan-makanan-sunnah-dan-
industri.html

Zainuddin, Z. (2015, September 22). Amalan pemakanan sihat. Retrieved from ZahirZainuddin:
http://zahirzainudin.blogspot.com/2015/09/amalan-pemakanan-sihat.html

20

Anda mungkin juga menyukai