Anda di halaman 1dari 3

Nafek, N., et al.

Jurnal Bumi Dan Angkasa Lepas Edisi 1 (2019) 01- 03

JURNAL BUMI DAN


EDISI 1/2019
ANGKASA LEPAS

Sejarah Perkembangan Astronomi Serta Faktor-Faktor


Perkembangannya
Nuramin Nafek a,*, Zulfahmi Bahaudin b, Norizan Ghazali b
a
Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Sains Ambilan Jun 2018, IPG Kampus Temengong Ibrahim, Johor
b
Pensyarah Fizik,Jabatan Sains, IPG Kampus Temengong Ibrahim, Johor

* Corresponding author: aminnafek14@gmail.com

Abstrak

Ilmu astronomi adalah suatu ilmu yang tidak lagi asing dalam kehidupan kita dan mempunyai manfaat yang pelbagai terhadap kehidupan
masyarakat di seluruh pelosok dunia. Mengetahui tentang kewujudan ilmu ini sahaja pastilah tidak mencukupi tanpa mengkaji dengan lebih
mendalam tentang bagaimana ilmu astronomi ini dikembangkan dan apakah faktor-faktor yang mendorong kepada perkembangan astronomi
dalam masyarakat manusia. Kajian kepustakaan telah dijalankan secara kualitatif dengan meneliti dan mengumpul maklumat melalui data
sekunder seperti artikel, tesis, keratan akhbar, buku-buku rujukan dan laporan bertulis telah dilakukan. hasil daripada kajian kepustakaan
menunjukkan bahawa terdapat sejarah yang menceritakan tentang asal-usul perkembangan ilmu astronomi yang bermula sejak daripada
tamadun kuno lagi. Kajian ini sesuai dijadikan sebagai sumber ilmu untuk dikembangkan dalam pendidikan STEM di Malaysia.

Kata Kunci : Sejarah Ilmu Astronomi; sejarah Falak; faktor-faktor Pembangunan Astronomi.

PENGENALAN objek-objek samawi yang jauh seperti bintang, bulan dan matahari.
Apabila ilmu astronomi itu disandarkan kepada islam, asas ilmu ini
Menurut kamus dewan edisi keempat (2010), perkataan astronomi adalah untuk mengembalikan semula semua teori yang dijumpai
boleh didefinisikan sebagai ilmu falak iaitu suatu pengetahuan tentang kepada Allah sebagai pencipta yang agung.
bintang-bintang yang melibatkan kajian terhadap kedudukan,
pergerakan dan perkiraan serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang. LATAR BELAKANG MASALAH
Perkataan falak ini turut terdapat di dalam al quran yang merupakan
sumber rujukan utama bagi umat islam. Contohnya seperti yang Kebanyakan pelajar pada masa kini hanya belajar mengenai astronomi
terdapat dalam surah yasin pada ayat yang ke-40: “ َ‫“وكل فِي فَلَ ٖك ي َۡسبَ ُحون‬.
َ tanpa mengetahui tentang sejarah perkembangan ilmu astronomi yang
Ayat ini membawa maksud bahawa masing-masing beredar pada garis dipelajari mereka tersebut. Betapa pentingnya untuk mengetahui
edarannya. Dalam al quran, ianya tidak pernah menetapkan istilah tentang sejarah astronomi ini adalah supaya mereka dapat mengetahui
astronomi itu secara khusus dan terperinci, sebaliknya ayat-ayat dengan lebih mendalam tentang bagaimana perkembangan sesebuah
berkenaan ilmu astronomi ini diceritakan secara umum contohnya teori boleh berlaku, bagaimana perkembangan teknologi astronomi
seperti yang terdapat pada surah al qamar, surah al-anbiya’ dan banyak berlaku dan sejak bilakah ilmu astronomi ini bermula.
lagi.

Menurut David (2004) dalam kajiannya, astronomi islam dapat PENYATAAN MASALAH
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu astronomi ibadah (Islamic Folk
Astronomy) dan astronomi matematik (Islamic Mathematical Perkara yang menjadi pernyataan adalah mengenai tamadun manakah
Astronomy). Bidang astronomi ibadah adalah mengenai aplikasi yang memulakan pengkajian tentang astronomi ini dan bagaimanakah
astronomi untuk amalan ibadah umat islam contohnya seperti dalam ianya dilaksanakan pada zaman yang masih tidak lagi wujud teknologi
penentuan waktu solat dan penetapan hilal bagi ibadah puasa yang serba moden.
Ramadhan. Astronomi matematik pula adalah suatu bidang yang
mengaplikasikan ilmu astronomi untuk memahami hakikat alam
semesta berpandukan kepada kaedah yang sistematik contohnya seperti PERSOALAN KAJIAN
dalam pencerapan langit dengan menggunakan alatan yang khusus.
Diantaranya ialah :
Seterusnya, menurut Oxford Dictionaries pula, istilah astronomi secara 1. Bagaimanakah perkembangan astronomi berlaku?
etimologinya adalah berasal daripada perkataan yunani iaitu astro yang 2. Apakah faktor-faktor yang mendorong kepada
membawa maksud bintang dan perkataan nomos yang membawa perkembangan astronomi berlaku?
maksud peraturan. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa
maksud suatu ilmu yang mengkaji tentang peraturan berkaitan bintang.
Berdasarkan kepada takrifan-takrifan yang dikemukakan di atas, dapat
disimpulkan bahawa astronomi atau ilmu falak dapat dilihat sebagai
satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang alam langit dan perjalanan
1
Jabatan Sains, IPG Kampus Temengong Ibrahim, Johor
Nafek, N., et al. Jurnal Bumi Dan Angkasa Lepas Edisi 1 (2019) 01- 03

OBJEKTIF KAJIAN menetukan latitud matahari dengan mengukur kedudukan panjang


bayang-bayang pada waktu tengah hari. Clepsydra pula adalah
Diantaranya ialah : merupakan alat untuk mengukur masa berdasarkan kepada aliran air
1. Mengkaji tentang bagaimana perkembangan astronomi yang ditentukan alirannya melalui suatu permukaan kecil yang dibuat
berlaku. pada alat tersebut.
2. Mengkaji tentang faktor-faktor yang mendorong kepada
perkembangan astronomi.

KAJIAN LITERATUR

1. Sejarah perkembangan astronomi

Bidang astronomi telah berkembang sejak dahulu lagi. Hal ini adalah
kerana sifat ingin tahu manusia tentang kejadian-kejadian alam yang
berlaku seperti pertukaran siang dan malam, pergerakan matahari,
pergerakan fasa-fasa bulan dan sebagainya menyebabkan mereka Rajah 1: Gnomon Rajah 2: Clepsydra
berkeinginan untuk mengkaji tentang langit dan kejadian-kejadian (Sumber: google image)
tersebut. Bagi umat islam, inspirasi untuk mengkaji dan mendalami
ilmu sains dan astronomi adalah didapati daripada ajaran al-quran. Di Tamadun islam turut memberikan seumbangan yang besar dalam
dalam al-quran sendiri, Allah telah menggesa umat islam untuk perkembangan ilmu astronomi. Sebelum abad ke-7 Masihi lagi,
meneroka, memerhati dan mengkaji serta meggunakan pancaindera masyarakat arab telah pun memiliki asas-asas pengetahuan tentang
untuk memahami alam ini bagi mendekatkan diri kepadanya. bintang dan langit yang cukup luas untuk memandu mereka semasa
menegmbara di padang pasir. Masyarakat arab jahiliyyah pada masa
Minat manusia untuk mengkaji dan memerhati objek di langit ini tersebut hanya menggunakan mata kasar untuk mengetahui pergerakan
bermula sejak tamadun awal manusia lagi. Antara kepercayaan objek di langit. Menurut Umar Furukh (1970), pengetahuan orang-
manusia pada zaman tersebut adalah bumi ini adalah rata dan tidak orang arab pada ketika itu adalah tidak berdasarkan peraturan
bergerak dan langitlah yang berputar mengelilinginya. Sesetengah matematik dan bukti yang jelas. Oleh sebab itu, Nabi Muhammad SAW
kepercayaan ini kedengaran pelik dan janggal pada masa kini. Pada telah menetapkan kaedah penentuan kenampakan hilal secara ringkas
zaman tamadun Yunani, Babylon, China dan India, mereka iaitu cara yang boleh dicapai oleh semua orang. Amalan melihat anak
menggunakan ilmu astronomi untuk tujuan berburu, pelayaran, dan bulan ini secara tidak langsung dapat membantu masyarakat arab untuk
pertanian. Hal ini menunjukkan bahawa ilmu astronomi pada zaman mencapai pengetahuan yang boleh dipercayai. Hal ini menjadi sumber
tersebut berperanan untuk memberikan manfaat kepada kehidupan inspirasi umat islam untuk menuntut ilmu, menyelidik dan menjalankan
mereka. aktiviti cerapan tambahan pula Allah telah menjanjikan bahawa darjat
orang yang menuntut ilmu akan dinaikkan.
Perkembangan ilmu astronomi yang terawal adalah tertumpu kepada
beberapa lokasi tamadun utama yag terawal seperti tamadun Maya, Ilmu astronomi umat islam semakin berkembang apabila Rasulullah
sumeria, babylon, yunani dan China. Menurut Ian Ridpath (2007), mengutuskan para sahabat untuk menyebarkan dakwah islam ke serata
kaum Assyrian di Sumeria telah merekodkan kejadian-kejadian dunia. Interaksi ini menyebabkan pertukaran dan penyebaran ilmu
gerhana yang berlaku di tempat mereka melalui artifak dan lukisan dapat berlaku dengan sangat luas. Ahli astronomi arab telah berjaya
purba pada sekitar 2000 tahun sebelum masihi. Pada pertengahan abad menyediakan model alternatif kepada model planet Ptolemy dan juga
ke-2 masihi, ahli astronomi yunani iaitu Ptolemy telah memberikan mendokumentasikan pelbagai kritikan kepada astronomi Greek.
sumbangan besar dengan menerbitkan Almagest yang dijadikan Perkembangan astronomi islam bertambah rancak selepas proses
sebagai rujukan oleh tokoh-tokoh astronomi yang lain. Almagest ini penterjemahan karya-karya dari bangsa Yunani dan India ke dalam
banyak dimuatkan dengan model-model planet yang seragam dan bahasa arab (Abdul Wahid, 2009). Antara karya-karya yang
kajian-kajian yang lain tentang langit. Selain daripada tamadun yunani, diterjemahkan tersebut adalah seperti The Sphere in Movement karya
ahli astronomi India juga banyak memberi sumbangan kepada sejarah Antolycus, Ascentions of The Signs karya Aratus, Introduction to
dunia astronomi. Mereka dipercayai telah mengetahui bahawa bintang- Astronomy karya Hipparchus dan Almagesty karya Ptolomeus.
bintang di langit adalah sama seperti matahari yang menjadi pusat
kepada sistem solar kita. Di samping itu, mereka juga telah berjaya Setelah zaman Abasiyah, ahli-ahli falak pada zaman Uthmaniyyah
untuk menganggarkan jarak di antara matahari dengan bumi dan meneruskan aktiviti falak ini khususnya di Damsyik dan Kaherah
menyatakan bahawa bumi adalah berbentuk sfera. Menurut Koharuddin (Baharudin Zainal, 2008). Di antara kejayaan kajian-kajian ilmu falak
(2002), Brahmagupta yang wujud pada kurun ke-7 M menyatakan pada zaman ini adalah seperti kajian bagi mendapatkan nilai yang tepat
bahawa semua jasad akan jatuh ke arah bumi kerana secara bagi pusingan sinod bulan, pengesahan titik hitam matahari dan
semulajadinya bumi akan mn=enarik apa sahaja jasad. Teori yang menjumpai beberapa objek bintang yang disyaki sebagai planet. Pada
dikemukakan ini kemudiannya diperkembangkan oleh Sir Isaac masa kini, kajian telah dilakukan oleh ahli astronomi eropah dan
Newton melalui teori graviti yang digunapakai sehingga ke hari ini. mendapati bahawa objek bintang yang ditemui pada zaman tersebut
sebenarnya adalah planet Uranus, Neptun dan Pluto.
Seterusnya, tamadun China juga banyak memberikan sumbangan
kepada ahli astronomi dunia. Dalam bidang astronomi, sumbangan Sumbangan lain yang dihasilkan oleh ahli astronomi islam adalah
besar yang dapat dilihat oleh tamadun China ini adalah melalui seperti astrolab, dan balai-balai cerap di seluruh dunia. Astrolab yang
perekodan tentang bintang-bintang, gerhana dan komet. Katalog dihasilkan ini telah digunakan oleh orang eropah sehingga kurun ke-12
Bintang ShangshuYoudian yang terdapat pada zaman pra dinasti Qin Masihi. Melalui penggunaan alat ini, mereka telah menentukan saiz
adalah merupakan salah satu contoh rekod pencerapan yang dilakukan bumi dengan lebih tepat daripada apa yang telah dilakukan oleh orang
oleh masayarakat china pada zaman tersebut. Penambahbaikkan rekod Greek sebelum ini. Karya-karya yang ditulis oleh ahli astronomi pada
cerapan telah dilakukan dengan menghasilkan dokumen TianguanShu zaman ini juga telah digunakan oleh astronomi barat. Buktinya,
yang telah direkodkan sebanyak 90 bentuk buruj yang terdapat dilangit beberapa perkataan arab telah digunakan dalam istilah astronomi barat
(Sun, 2000). seperti aqrab, algedi, altair, deneb, azimuth, nadir dan zenith.

Selain daripada itu, mereka juga mencipta alat untuk kegunaan


astronomi iaitu gnomon dan clepsydra. Gnomon adalah merupakan
sejenis alat yang terdiri daripada tiang-tiang yang menegak bagi
2
Jabatan Sains, IPG Kampus Temengong Ibrahim, Johor
Nafek, N., et al. Jurnal Bumi Dan Angkasa Lepas Edisi 1 (2019) 01- 03

METODOLOGI KAJIAN KESIMPULAN

Metodologi kajian merupakan suatu proses yang terlibat dalam Berdasarkan kepada sejarah perkembangan astronomi dalam tamadun
penyediaan penulisan kajian ini dari awal sampai akhir. Ia merangkumi silam hinggalah sekarang, dapat dilihat bahawa Malaysia masih berada
empat peringkat, iaitu: pada peringkat pengembangan ilmu astronomi dalam kalangan
masyarakat awam dan dalam usaha untuk meningkatkan tenaga
Peringkat Perkara Keterangan kepakaran dalam bidang ini. Ilmu astronomi kini telah berkembang
1 Pengenalan Pengenalan kepada ilmu astronomi, latar dengan terlalu pesat sehinggakan manusia telah membina stesen
kepada kajian belakang masalah, pernyataan masalah, angkasa lepas antarabangsa (ISS) untuk tujuan penyelidikan. Justerus
objektif kajian dan metodologi kajian. itu, penyelidikan dan pendidikan astronomi secara teratur dan
2 Pengumpulan Data sekunder seperti artikel, jurnal, keratan sistematik perlulah dibangunkan dengan lebih serius kepada semua
data akhbar,buku-buku rujukan dan laporan
bertulis. peringkat masyarakat bagi memupuk budaya menyelidik di samping
3 Analisis dan Analisis telah dilakukan ke atas data-data mengambil contoh pencapaian astronomi pasa masa lalu dan kemajuan
hasil kajian sekunder dengan menggunakan teknik ahli-ahli astronomi pada masa kini.
pembacaan dan pemerhatian.
4 Kesimpulan Penemuan Kajian RUJUKAN

Jadual 2 : Pelaksanaan Proses Kajian, Abdul Wahid Jais & Norhayati Hamzah (2009), “Peranan dan Sumbangan
(sumber: Bahaudin, M.Z et al., 2014) Bait al-Hikmah sebagai Pusat Penterjemahan”, dalam
Kelestarian Bidang Penterjemahan, ed. Hasuria Che Omar dan
Rokiah Awang, Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia,
ANALISIS DAN HASIL KAJIAN h. 154.
David A. King (2004), “Reflections on Some New Studies on Applied Science
in Islamic Societies (8th – 19th Centuries)”, Islam & Science
1.Faktor-faktor yang mendorong kepada perkembangan Journals, j. 2, h. 43-56 dan David A. King (1983), “The Astronomy
astronomi of the Mamluks”, Chicago Journals 74, h. 531-555.
Ian Ridpath (2007), Dictionary of Astronomy Revised Edition, United
Sesuatu perkembangan yang berlaku pastinya didorong oleh beberapa Kingdom: Oxford University Press.
faktor. Menurut penelitian yang dilakukan oleh Mayank N. Vahia Mohd Koharuddin Mohd Balwi (2002), “Sains dan Teknologi Asia: Hadiah
(2011), faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan astronomi Asia kepada Dunia”, Jurnal Teknologi, no. 37, h. 30.
adalah seperti agama, politik dan inkuiri sains. Pada peringkat Noresah bt. Baharom (2010), Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, h. 86.
penempatan awal manusia, kawasan yang tertentu didiami secara tetap Oxford Dictionaries (Oxford University Press), laman sesawang Oxford
dan pelbagai aktiviti dilakukan di kawasan tersebut. Namun begitu, University Press, http://www.oxforddictionaries.com/definition/
manusia bukan sahaja meneruskan kelangsungan hidup mereka dengan english/astronomy?q =astronomy, entri "astronomy".
aktiviti berburu sahaja, malah mereka juga telah mewujudkan suatu Robert Wilson (2005), Astronomy Through The Ages: The Story of The Human
aktiviti rutin yang lain seperti pertanian. Bulan dan bintang semakin Attempt to Understand the Universe, Taylor & Francis e-
mula difahami oleh manusia dalam usaha pengukuran waktu untuk Library, h. 6.
pertanian mereka. Astronomi pada waktu ini sangat didominasi oleh Sun Xiaochun (2000), “Crossing The Boundries Between Heaven and Man:
pemimpin agama dan adat setempat. Astronomy in Ancient China”,Across Cultures: The History
of Non-Western Astronomy. Great Britain: Kluwer Academic
Publishers, h. 445.
Pada peringkat ketamadunan pula, masyarakat manusia sudah berada
dalam suatu sistem sosial yang lebih tersusun dan sistematik.
Perbincangan mengenai astronomi semakin berkembang dan
mencakupi persoalan tentang pengukuran waktu dengan kalendar,
persoalan tentang kosep alam (cosmology), susun atur alam
(cosmogony), dan kepercayaan mistik (mythology). Astronomi pada
tahap ini tidak lagi menjadi milik pemimpin-peimimpin agama
sebaliknya ia dikuasai oleh kumpulan sarjana dan para cendiakawan
pada era tersebut.

Pada era teknologi pula, masyarakat manusia sudah pun berada dalam
sistem sosial yang lebih kompleks. Pengkhususan kepakaran dan
pembahagian tugasan sudah menjadi satu kebiasaan. Aktiviti
pendidikan dan penyampaian ilmu pengetahuan dalam kalangan
masyarakat berkembang dengan sangat pesat dalam pelbagai bentuk
dan lebih bercorakkan pengkhususan. Walaupun terdapat faktor politik
dalam peringkat ini, namun faktor saintifik adalah menjadi faktor
utama kepada perkembangan ilmu pengetahuan terutamanya dalam
bidang astronomi. Hal ini adalah merupakan kesan daripada
penghasilan pelbagai teknologi dan penerapan pelbagai cabang ilmu
yang lain.selepas ilmu matematik, ilmu fizik mula diperkenalkan di
mana melalui ilmu ini, hakikat kejiriman sesuatu objek akan dapat
diterokai dan difahami.

Selain daripada itu, interaksi yang berlaku antara masyarakat setempat


dan masyarakat asing juga memainkan peranan penting yang dapat
mendorong kepada perkembangan ilmu astronomi. Pada waktu ini,
penggunaan astronomi semakin bertambah baik berbanding dengan
peringkat sebelumya. Kewujudan fenomena langit dan objek samawi
dapat dihuraikan dengan penjelasan saintifik yang melibatkan aplikasi
ilmu matematik dan fizik (Robert Wilson, 2005).

3
Jabatan Sains, IPG Kampus Temengong Ibrahim, Johor

Anda mungkin juga menyukai