Anda di halaman 1dari 16

PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

TAJUK6 PENGURUSAN KELAS KHAS

6.0 SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan jenis-jenis model pengurusan kelas yang sesuai


digunakan dalam pendidikan khas

6.1 HASIL PEMBELAJARAN


Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menganalisis persekitaran pembelajaran untuk keperluan pembelajaran


yang pelbagai dengan menggunakan teori dan strategi yang sesuai.
ii. Merancang pengalaman pembelajaran dengan mengambil kira faktor
tertentu seperti fizikal, sosial da budaya untuk individu dan kumpulan

6.2 KERANGKA KANDUNGAN

PENGURUSAN KELAS KHAS

MODEL KELAS MODEL PENGAJARAN KHIDMAT GURU


KHAS KUMPULAN PENDAMPING

 Model I : 3
kumpulan
 Model Hewett berbeza  Definisi dan
 Model  Model II : kepentingan
Montessori Kumpulan  Kelayakan &
 Stesen berkemahiran kewibawaan
 Kiosk hampir sama  Cara
 Pengajaran pelaksanaan
koperatif &
kolaboratif

Rajah 6: Rangka kursus


PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

6.3 PENGURUSAN KELAS KHAS


6.3.1 Model Kelas Khas
1) Model Hewett
Menurut Hewett & Forness (1984) dalam Walker& Shea (1995) tingkah laku
seseorang itu, sama ada terhadap dirinya dan juga orang lain adalah
dipengaruhi oleh beberapa faktor, iaitu:
– Keperluan dan kehendak untuk bertahan dalam persekitaran yang
kasar dan kurang mesra
– Kepercayaan kepada khurafat/tahyul, @ keperluan untuk bertindak
balas terhadap sesuatu yang tidak diketahui.
– Kepercayaan kepada sains, @ keperluan menyiasat, menganalisis,
dan menjelaskan sesuatu yang tidak diketahui.
– Perkhidmatan @ keperluan membantu, membimbing, mengawal dan
mensejahterakan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik

Kebaikan model :
• Penggunaan internet atau bahan interaktif yang lebih menarik dan boleh
membina motivasi murid
• Menggalakkan murid membuat penerokaan dalam pencarian sumber
maklumat
• Menggalakkan murid mahir dalam penggunaan ICT
• Pengumpulan bahan maklumat dari pelbagai sumber
Kelemahan model
• Guru yang tidak mahir dalam penggunaan "online teaching" akan mengambil
masa yang lama
Murid akan meneroka laman sesawang yang tidak sesuai jika tiada
pengawasan
PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

2) Model Montessori
• Latar Belakang
• Diasaskan oleh Maria Montessori (1870-1952)
• Pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak yang terencat akal
• Menghabiskan masa selama 2 tahun bagi melatih guru-guru dalam
pendidikan kanak-kanak terencat akal

Matlamat Pendidikan Montessori :-


 penumpuan
 kemahiran membuat pemerhatian
 kesedaran dari segi susunan dan urutan
 kesedaran dari segi tanggapan, kemahiran amali
 koordinasi
 konsep matematik
 kemahiran bahasa
 kemahiran menulis dan membaca
 kebiasaan dari segi seni kreatif
 kefahaman tentang alam semula jadi
 pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik
penyelesaian masalah
 pengalaman dalam memahami sains dan sosial

Aspek penting dalam Model Montessori


PERSEKITARAN
• Kawasan luas à murid boleh bergerak dengan bebas
• Dilengkapi dengan taman permainan
• Menarik dan menyeronokan
• Alatan permainan yang menarik
• Bilik darjah dilengkapi dengan kemudahan belajar
• Bilik darjah dihiasi gambar yang boleh menarik perhatian murid

MURID-MURID
• Bebas memilih mana-mana aktiviti @ projek yang mereka sukai
• Aktiviti biasanya dilakukan di tikar @meja, mengikut arahan kendiri bekerja
bersendirian atau berpasangan
PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

• Kanak-kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara


memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua

GURU
• Kawalan guru yang sangat minimal, dengan memerhatikan murid dari jauh
dan melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada murid-murid
tentang bagaimana menggunakan alat atau bahan baharu
• Guru tidak memuji murid-murid kerana matlmat aktiviti ialah untuk
medapatkan “self-rewarding” ,motivasi intristik.

BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


• Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu keselamatan dan kegunaan untuk megajar
pelajaran tertentu
• Berbentuk self correctingàmendapat maklumat balik setelah berjaya atau
tidak dalam menyempurkanan tugas berdasarkan bahan tersebut.
• Bahan dibina daripada mudah ke sukar dan bahan-bahan dibina dengan
cermat daripada bahan semulajadi (kayu yang divarnish)

Kurikulum model ini adalah berdasarkan:-


i) aktiviti kehidupan harian seperti mengenakan butang baju, mengikat tali
kasut, menggilap kasut, menyikat rambut, menyiram pokok, mencuci tingkap,
menyapu sampah serta mengelap meja

ii) aktiviti berkaitan penggunaan deria untuk mengembangkan kemahiran


kanak-kanak seperti menggunakan kiub pelbagai bentuk, berwarna dan
objek yang berbunyi.

iii) aktiviti bercorak akademik

3) Stesen
PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

• Menurut Jabatan Pendidikan Khas KPM (2003), Stesen Pembelajaran ialah


bilik/sudut di mana berlakunya proses P&P yang sistematik dengan
sokongan bahan bantu mengajar yang efektif
• Merupakan bilik atau ruang lengkap dengan bahan-bahan bantu mengajar
khusus bagi satu mata pelajaran
• Murid-murid diberi peluang belajar melalui kaedah hands-on experience dan
belajar sambil bermain.
• Model ini memberi penekanan kepada pembelajaran mengikut tahap
keupayaan, kecerdasan, kemahiran, kebolehan, minat dan pengelaman
sedia ada murid.

• Objektif
i) murid-murid dapat tumpukan perhatian kepada proses pembelajaran
ii) murid-murid dapat belajar dalam suasana yang kondusif
iii) murid-murid lebih berminat untuk belajar

• Terdapat 14 buah stesen kemahiran pengajaran dan pembelajaran


disediakan berasaskan empat bidang dalam Kurikulum Pendidikan . Khas
Bermasalah Pembelajaran iaitu :
i) Bidang Pengurusan Hidup
ii) Bidang Akademik Berfungsi
iii) Bidang Kerohanian dan Nilai Murni
iv) Bidang Sosial, Riadah dan Kerohanian

• Untuk memastikan keberkesanan model ini. kerjasama daripada guru besar,


penyelaras program, guru Pendidikan Khas dan ibu bapa diperlukan.
• Dalam konteks lain, guru besar merupakan orang yang diamanahkan dan
dipertanggungjawab untuk mewujudkan suatu suasana yang kondusif
kepada murid-murid
Reith dan Evertson (1988) berpendapat penyusunan stesen pembelajaran
boleh:
PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

1. Membantu dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan


mempromosikan mobiliti murid secara teratur
2. Mengurangkan gangguan dan bising
3. Memperbaiki kualiti interaksi sosial murid
4. Menambahkan peratusan masa murid menumpukan perhatian trhadap
tugsan akademik
5. Mempengaruhi keupayaan guru memerhati murid tingkah laku semasa
mereka menjalankan tugas

4) Kiosk
• Merupakan satu pendekatan di mana terdapat pelbagai bahagian sudut
dalam satu kelas Pendidikan Khas yang berdasarkan Teori Multiple
Intelligent

• Kecerdasan manusia merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat


atau kemahiran yang wujud dalam diri manusia itu.

• Howard Gardner menyatakan bahawa tahap kecerdasan individu adalah


berbeza dan pembelajaran menjadi lebih mudah sekiranya dijelaskan dalam
bentuk seiring dengan tahap kecerdasan individu.

• Kecerdasan individu boleh diperkembangkan menerusi pendidikan,


pengalaman dan persekitaran.

• Konsep kepelbagian kecerdasan telah diaplikasikan dalam bentuk kiosk


dalam membantu murid-murid Pendidikan Khas.
• Melalui kiosk, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah
dan seronok kerana murid berpeluang merasa kepelbagaian suasan
pembelajaran.

Terdapat 8 jenis kiosk iaitu :-


PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

1) Kiosk Ruang dan Visual


guru mengajar menggunakan persepsi tentang alam sekitar, peta-peta, carta,
gambar rajah dan gambar-gambar

2) Kiosk Matematik
ruangbelajar- mengajar yang menggunakan kebolehan mena’akul,
menyelesaikan masalah kompleks / matematik

3) Kiosk Interpersonal
ruang belajar-mengajar yang menggunakan interaksi dan bekerjasama dengan
orang lain dan juga murid yang suka bertutur

4) Kiosk Bahasa
ruang belajar-mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

5) Kiosk Kinestetik
ruang belajar-mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

6) Kiosk Alam Sekitar


ruang belajar-mengajar yang menggunakan persekitaran semula jadi sebagai
bahan dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

7) Kiosk Muzik
ruang belajar-mengajar yang menggunakan alat serta bahan-bahan muzik dan
lagu sebagai pengantara dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

8) Kiosk Intrapersonal
ruang belajar-mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

• Kelebihan Kiosk
i) murid-murid pendidikan khas merasai peluang belajar dalam pelbaai suasana
ii) menarik minat murid untuk belajar
iii) memberi peluang kepada guru untuk mengaplikasi kemahiran serta kreativiti
masing-masing

6.3.2 Model Pengajaran Kumpulan


Model 1 : Tiga kumpulan yang berbeza
Howard Gardner telah mengenalpasti 8 jenis kecerdasan manusia iaitu:
• Kecerdasan 1: Verbal/Linguistik
– kemahiran penggunaan bahasa.
– Seseorang yang cerdas verbal kebiasaannya mahir membaca,
menulis dan berkomunikasi dengan orang lain melalui pelbagai cara
yang berkesan.

• Kecerdasan 2: Logikal/Matematik
– kemahiran menaakul, mengira, berfikir secara logic dan memproses
sesuatu maklumat yang diterima.

• Kecerdasan 3: Visual/Spatial (ruang)


– keupayaan berfikir dalam bentuk visual dan gambar ataupun rajah.

• Kecerdasan 4 : Pergerakan Badan/Kinestetik


– melibatkan keupayaan menyelesaikan sesuatu masalah menggunakan
pergerakan badan.

• Kecerdasan 5: Muzikal/Rima
PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

– melibatkan keupayaan mencipta muzik ataupun rentak tertentu,


berupaya memahaminya, menterjemahkannya dan menghargainya.

• Kecerdasan 6: Interpersonal
– melibatkan keupayaan memahami emosi, perasaan, ciri-ciri dan
keupayaan orang lain dan bagaimana berinteraksi dengan mereka.

• Kecerdasan 7:Intrapersonal
– Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memahami diri sendiri dan
menggunakan pengetahuan itu bagi meningkatkan potensi diri
sepanjang hayat.

 Kecerdasan 8:Naturalis
– Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memerhati, memahami dan
menghargai alam sekitar.

Model 2 : Kumpulan Berkemahiran Hampir Sama


• Pelbagai Kebolehan Dalam Satu Kumpulan
– Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil,
– Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil
– Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil

PENGAJARAN KOPERATIF
• Koperatif adalah suatu gambaran kerjasama antara individu yang satu
dengan lainnya dalam suatu ikatan tertentu.
• Ikatan–ikatan tersebut yang menyebabkan antara satu dengan yang lainnya
merasa berada dalam satu tempat dengan tujuan–tujuan yang secara
bersama–sama diharapkan oleh setiap orang yang berada dalam ikatan itu.
• Pengertian dari pembelajaran kooperatif menurut para ahli pendidikan
adalah sebagai berikut:
PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

1) Eggen dan Kauchak (1993:319) mendefinisikan pembelajaran kooperatif


sebagai sekumpulan strategi mengajar yang digunakan guru agar murid
saling -membantu dalam mempelajari sesuatu.
2) Model pembelajaran koperatif bukan sahaja membantu pelajar dalam
menguasai kandungan pembelajaran, tetapi membantu mereka memperoleh
kemahiran dalam aspek sosial dan perhubungan manusia.

Kelebihan Pengajaran koperatif


• Kumpulan murid cerdas dapat membantu kumpulan murid yang lemah
• Kebolehan murid dapat dipertingkatkan dalam memainkan peranan dalam
aktiviti kognitif dan afektif
• Mempunyai kawalan diri dalaman dan bermotivasi

PENGAJARAN KOLABORATIF
• Menurut Kamus Dewan (1998), kolaboratif membawa makna kerjasama erat
di antara dua pihak atau lebih.
• Boleh ditafsirkan sebagai berusaha bersama untuk mencapai sesuatu
matlamat yang sama.
• Merupakan model pembelajaran yang melibatkan sekumpulan murid yang
berusaha bersama ke arah mencapai pretasi murid.
• Pebelajaran kolaborasi melibatkan kerjasama dari semua ahli kumpulan
dalam menyiapkan tugasan dan juga mencapai matlamat yang diingini.
• Model pembelajaran ini mempunyai tiga matlamat yang utama iaitu :-
i. Matlamat intelek
ii. Matlamat sosial
iii. Matlamat penyelesaian masalah tingkah laku
• Terdapat perkaitan model pembelajaran koperatif dan pembelajaran
kolaborasi dari segi pelaksanaan pendekatan dan strategi pengajaran serta
kriteria asas menjayakanya.
PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

Dalam skop pendidikan, model ini menekankan pembelajaran secara


berkumpulan yang dibimbing oleh guru dan saling bertukar idea serta
menyumbangkan pelbagai kemahiran dalam menyelesaikan tugasan.

Dari aspek pendekatan pula, model pembelajaran ini adalah berasaskan kepada
kepercayaan ahli dalam kumpulan untuk membentuk semangat kerjasama demi
mencapai objektif.
• Roger Johnson (1987) dalam bukunya Education Leadership, ibubapa
memandang positif dengan model ini kerana merasakan anak-anak mereka
dapat dilatih cara memimpin, membuat keputusan, dan menguruskan
masalah demi keperluan masa depan.
• Kriteria asas yang dipegang oleh model pembelajaran koperatif dan
kolaborasi ialah:
i) mempunyai semangat saling bergantungan
ii) kemahiran sosial
• Menurut Slavin (1994), terdapat empat faktor yang mempengaruhi
pengajaran yang berkesan, iaitu
i. Kualiti pengajaran (quality of intruction),
ii. Kesesuaian tahap pengajaran (appropriate level of instruction),
iii. Insentif (incentive) dan
iv. Masa pengajaran (time of intruction)

PERBEZAAN PEMBELAJARAN
PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

KOOPERATIF KOLABORATIF
Satu strategi pembelajaran Berasaskan kepada idea bahawa
berteraskan pasukan kecil. Setiap pembelajaran adalah satu tingkah laku

murid bertanggungjawab tentang sosial. Pembelajaran berlaku melalui


perbincangan atau komunikasi fizikal
pencapaian diri sendiri dan
atau virtual.
membantu ahli kumpulan

Pergantungan positif setiap ahli dalam Tiada ‘kontrak’ / pergantungan dalam


menentukan kejayaan pasukan kolaborasi bersama.

Peranan guru sebagai fasilitator, Peranan guru sebagai fasilitator,


menstrukturkan dan memantau aktiviti menstrukturkan dan memantau aktiviti
pasukan mencapai objektif pasukan mencapai objektif

Hasil secara kumpulan Hasil secara individu

6.3.3 Khidmat Guru Pendamping


Guru pendamping ialah guru yang bekerjasama dengan guru perdana atau guru
biasa untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran bermanfaat dan
sesuai untuk murid. Mereka memiliki pengetahuan yang khusus dalam masalah
yang dihadapi oleh murid. Guru pendamping juga seringkali dikatakan sebagai
guru kelas biasa yang memiliki pengetahuan dan pengalaman untuk membantu
kanak-kanak mempelajari sesuatu.
Pengajaran dijalankan dengan lebih daripada seorang guru yang terlibat dalam
pengajaran dalam bilik darjah.Terdapat model beberapa pengajaran pasukan
yang berbeza, dan lebih daripada satu model boleh dijalankan dalam tempoh
satu kelas.

KEPENTINGAN
• boleh dan dapat mengesan masalah pembelajaran murid sepanjang masa
• dapat merancang penggunaan alat yang pelbagai serta bahan bantu belajar
kepada murid selain mengetahui teknik dan kaedah yang sesuai dalam
pengajaran dan pembelajaran.
PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

• boleh memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang


dipikulnya sebagai guru pendamping kepada murid-murid khas tersebut
serta mudah untuk didekati dan mesra dan mampu menyelesaikan masalah
yang timbul di kalangan murid-murid khas.
• berjumpa dan berbincang dengan guru asas (guru kelas & guru mata
pelajaran) ibu dan juga pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut
tentang kelakuan, tabiat dan juga kesihatan murid khas.
• melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid dari
semasa ke semasa.
mempunyai sifat penyayang kepada semua murid tanpa ada pilih kasih.
• Mempunyai sifat yakin yang tinggi bahawa mereka semua (murid-murid
khas) boleh belajar dan berjaya untuk menguasai sesuati hasil pembelajaran
pada hari tersebut.
• mencintai dan meminati subjek yang diajar dengan meransang dan
merancang serta menggunakan pelbagai cara untuk memastikan murid
dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran.

KELAYAKAN DAN KEWIBAWAAN


• Menyediakan dan menjalankan ujian saringan untuk mengenalpasti masalah
murid.
• Menyediakan dan menjalankan ujian diagnostiK untuk mengenalpasti
masalah pembelajaran.
• Menyedia dan menjalankan penilaian berterusan dan merekodkan dengan
tersusun.
• Merancang, menyelia dan melaksanakan program individu untuk kanak-
kanak khas yang mempunyai masalah pembelajaran tertentu.
• Mengadakan bengkel atau demonstarsi pengajaran.
• Merancang dan mengubahsuaikan aktiviti-aktiviti dan juga bahan-bahan
pembelajaran
• Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-gruru mengenai teknik-
teknik mengajar kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran.
PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

• Membantu guru kelas dalam menyelesaikan tugasan melalui perbincangan.


• Menyusun aktiviti yang dapat dilakukan di dalam dan luar kelas.
• Menjalankan program yang berpusatkan murid.

SYARAT GURU PENDAMPING


• Memiliki ketrampilan mengajar
• Memiliki pengetahuan tentang teori dan praktik tentang pendidikan khas
• Mengikuti perkembangan program terapi
• Mengetahui “do & don’t” sebagai guru pendamping
• Memiliki kemampuan”team work

CIRI-CIRI GURU PENDAMPING


• Boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa,
merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah
dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P).
• Komitmen yang menyeluruh
• Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah.
• Selalu berjumpa dengan guru asas dan ibu bapa murid
• Melaksanakan penilaian untuk mengetahui perkembangan murid
• Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, ibu bapa dan pihak berkaitan
untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat, kesihatan.
• Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid

Guru Pendamping Pendidikan Khas memainkan 5 perkara penting iaitu :


1. Peranan Sebagai Penilai (An Assessment Role)
• Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid
yang memerlukan pemulihan khas.
PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

• Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran


yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid.
• Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan
tersusun.

2. Preskriptif (Prescriptive Role)


• Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-
kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
• Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana
keadaanmemerlukan.

3.Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentic)


• Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah
kemahiran asas 3M.
• Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team
teaching ” atau “ guru pendamping ” sekiranya perlu.

4. Peranan Khidmat Bantu (A Supportive Role)


• Membantu guru-guru merancang dan melakukan penambahbaikan terhadap
aktiviti-aktiviti dan bahan- bahan pengajaran dan pembelajaran.
• Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-
murid yang menghadapi masalah 3M.

5. Peranan Perhubungan (A Liaison Role)


• Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan
maklumat dan latar belakang murid.
• Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka
membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.

CARA PELAKSANAAN
PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

• Mengajar murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran di mana


tidak dapat di atasi oleh guru asas dalam situasi kelas.
• Mengajar bersama-sama guru asas dengan cara “team teaching” sekiranya
perlu.
• Menghubungi dan berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid tertentu
untuk mendapatkan maklumat lanjut.
• Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka boleh
membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.
• Meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan di dalam kelas KBSR,
termasuklah murid-murid yang telah diinklusifkan.
• Memperkembangkan kebolehan murid-murid dalam aspek akademik,
perkembangan sosial, komunikasi, tingkah laku, psikomotor dan
keterampilan diri.

Anda mungkin juga menyukai