Anda di halaman 1dari 8

SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN PSIKOLOGI SUKAN ....................................................................................... 1

2.0 MENGEMUKAKAN SITUASI YANG BERKAITAN DAN MENGUPASNYA SECARA


KRITIKAL BERDASARKAN PERSPEKTIF PSIKOLOGI SUKAN ............................................. 2
2.1 Kes Motivasi Dalam Sukan ..................................................................................................... 2
2.1.1 Menggugurkan Pemenang Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 ............................ 2
2.1.2 Idea Penyelesaian Kes Motivasi (Menggugurkan Pemenang) ................................... 2
2.2 Kebangkitan Tekanan Dan Bimbangan Dalam Sukan ....................................................... 3
2.2.1 Doping Yang Berlaku Mempengaruhi Reputasi Atlet Dan Negara ........................... 3
2.2.2 Idea Penyelesaian Kes Kebangkitan Tekanan Dan Bimbangan Dalam Sukan
(Doping) ........................................................................................................................................ 3

3.0 PENGENALAN SOSIOLOGI SUKAN ...................................................................................... 4

4.0 MENGEMUKAKAN SITUASI YANG BERKAITAN DAN MENGUPASNYA SECARA


KRITIKAL BERDASARKAN PERSPEKTIF SOSIOLOGI SUKAN ........................................... 5
4.1 Deviasi Dalam Sukan ................................................................................................................ 5
4.1.1 Kes Rasuah Dalam Sukan................................................................................................ 5
4.1.2 Idea Penyelesaian Kes Deviasi Dalam Sukan (Rasuah) ........................................... 5

5.0 KESIMPULAN ............................................................................................................................... 6

6.0 RUJUKAN ...................................................................................................................................... 7


1.0 PENGENALAN PSIKOLOGI SUKAN

Kebanyakan anggota masyarakat di Maaysia mungkin memahami perkataan ‘psikologi’


berkait rapat dengan emosi dan tingkah laku manusia, namun tidak ramai yang mengetahui
tentang hunbungan antara psikologi dan sukan.

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
‘psikologi’ diberi maksud sebagai kajian tentang proses mental dan pemikiran yang
menghubungkan perlakuan manusia dan haiwan. ‘Sukan’ pula merupakan aktiviti fizikal
yang dilakukan untuk pelbagai tujuan bagi keseronokan, pembangunan, kemahiran,
kecemerlangan, pertandingan, dan sebagainya yang memerlukan tenaga dan ketangkasan.
Atas kesedaran tersebut, ramai jurulatih dan kepakaran dalam sukan lebih menyedari dan
mementingkan konsep psikologi dalam sukan bagi meningkatkan prestasi, pembentukan
sahsiah dan semangat kesukanan atlet yang menceburi sukan masing-masing.

Menurut Weinberg dan Gould (1999), psikologi merupakan satu bidang kajian
saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan.
Psikologi sukan merupakan komponen yang penting untuk mengkaji tingkah laku seseorang
individu dalam sukan. Hal ini demikian adalah untuk membantu memahami, menjelas dan
menjangka sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sukan. Psikologi sukan melibatkan
aplikasi teori dan konsep dalam aspek sukan untuk memastikan kejayaan dan kegagalan
seseorang atlet dalam sukan atau pertandingan.

Pakar psikologi sukan bimbang tentang risiko yang mungkin timbul dari kesilapan
penggunaan teori serta teknik psikologi sukan sekiranya ia dipraktikkan oleh mereka yang
kurang mahir dalam bidang ini (Silva, 1989). Kesannya mungkin akan menyebabkan ramai
orang meragui peranan serta kepentingan dalam bidang ini dan proses penyediaan atlet
atau pasukan sukan. Pertamanya tugas yang bersifat memberikan tunjuk ajar (pendidikan)
kepada atlet serta jurulatih tentang cara melakukan teknik latihan mental dengan cara lebih
berkesan (Cox, 1998). Dalam konteks ini, guru atau jurulatih yang betul betul terlatih dalam
bidang ini yang boleh melaksanakan tugas ini (Smith, 1992). Keduanya, tugas bersifat
klinikal dimana seorang ahli psikologi sukan diminta untuk memberikan bantuan yang
bercorak klinikal seperti memberikan kaunseling, psikoterapi serta membuat pemeriksaan
psikologi dan mental atet terbabit. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang ahli psikologi
sukan mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang berkaitan untuk melaksanakan tugas
tersebut.
2.0 MENGEMUKAKAN SITUASI YANG BERKAITAN DAN MENGUPASNYA SECARA
KRITIKAL BERDASARKAN PERSPEKTIF PSIKOLOGI SUKAN

2.1 KES MOTIVASI DALAM SUKAN

2.1.1 MENGGUGURKAN PEMENANG SUKAN ASIA JAKARTA PALEMBANG 2018

Tindakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Institut Sukan Negara (ISN)
menggugurkan pemenang pingat emas Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 kerana alasan
sukan terbabit tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah tidak masuk akal
dan bakal 'membunuh' motivasi mereka untuk terus mewakili Malaysia pada masa depan.
Bekas atlet olahraga Malaysia, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed menegaskan, tindakan
seumpama itu menggambarkan KBS dan ISN seolah-olah tidak menghargai jasa dan
pengorbanan atlet sepak takraw, skuasy, boling dan pelayaran yang berjuang bermati-
matian demi memastikan Malaysia mencapai sasaran menang tujuh emas di Sukan Asia
2018, baru-baru ini.

Secara peribadi beliau berpandangan pihak berkuasa patut mengekalkan semua


atlet sukan takraw, skuasy, boling, pelayaran dan basikal di Sukan Asia 2018 di bawah
Program Podium kerana sudah mencapai indeks pretasi utama (KPI) ditetapkan KBS dan
ISN sendiri kepada mereka sebelum ini. Kalau KBS dan ISN mengeluarkan mereka
(pemenang emas) dari Program Podium, maka ia secara tidak langsung akan membunuh
semangat atlet terbabit untuk terus menabur bakti dan mewakili Malaysia di kejohanan
bertaraf antarabangsa termasuk Sukan SEA Manila, pada tahun depan.

2.1.2 IDEA PENYELESAIAN KES MOTIVASI (MENGGUGURKAN PEMENANG)

Kerajaan Malaysia sepatutnya berusaha untuk memelihara hak dan menghargai jasa
yang telah dibuat oleh atlet permainan tersebut. Kempen motivasi perlu dilaksanakan untuk
meningkatkan lagi perjuangan atlet untuk menjayakan bidang sukan yang diceburi dan
mengharumkan nama baik negara kita. Penetapan gaji atau ganjaran yang lumayan juga
merupakan salah satu pendekatan untuk memotivasikan atlet Malaysia. Hal ini demikian
adalah untuk membolehkan atlet sukan negara kita mendapatkan motivasi yang tinggi untuk
berusaha memperoleh keputusan yang cemerlang dan dapat bertanding dalam
pertandingan setaraf dunia.
2.2 KEBANGKITAN TEKANAN DAN BIMBANGAN DALAM SUKAN

2.2.1 DOPING YANG BERLAKU MEMPENGARUHI REPUTASI ATLET DAN NEGARA

Kes doping pantas diangkat menjadi isu nasional kerana membabitkan nama baik negara
sehingga dibangkitkan ke Parlimen. Sebagai rekod, sebanyak 14 kes dilaporkan sepanjang
2014 termasuk membabitkan Olahragawati Sukan Malaysia (SUKMA), Jenilie Empera yang
beraksi dalam acara angkat berat. Dato Lee Chong Wei disahkan positif menggunakan
bahan terlarang jenis dexamethasone ketika beraksi dalam Kejohanan Dunia di
Copenhagen, Denmark, Ogos 2014 dan pemenang pingat emas acara wushu di Sukan Asia
Incheon, Korea Selatan, Tai Cheau Xuen yang dibabitkan juga merupakan kes yang
berprofil tinggi pada 2014. Ketua Unit Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Nishel
Kumar mengakui apa yang berlaku kepada Chong Wei dan Cheau Xuen sebagai titik hitam
dalam sukan negara namun menegaskan apa yang terjadi ada hikmahnya. Malah beliau
turut menyifatkan pendapat beberapa pihak yang menyifatkan kes doping di Malaysia
sebagai 'tenat' sebagai tidak benar dan pelbagai inisiatif sudah dijalankan bagi menghalang
kes terbabit daripada berlaku. Benar tahun lalu adalah paling buruk bagi kes doping di
Malaysia dengan memiliki 14 kes. Kebangkitan tekanan bagi membangunkan nama baik
Malaysia berlaku dan membimbangkan kerajaan kita untuk mengeluarkan atlet yang
berkualiti dan berprestasi yang tinggi tanpa menggunakan doping yang melanggar peraturan
dan etika dalam sukan.

2.2.2 IDEA PENYELESAIAN KES KEBANGKITAN TEKANAN DAN BIMBANGAN DALAM


SUKAN (DOPING)

Bagi mencegah atau mengurangkan kes doping dalam sukan dan permainan di
Malaysia, kerajaan telah menubuhkan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) pada tahun
1997. Pada tahun 2015, ADAMAS berada di dalam unit di Institut Sukan Negara (ISN) dan
dijadualkan dipisahkan daripada badan induk itu. ADAMAS berperanan untuk merancang,
menyelaras dan melaksanakan program kawalan doping yang berkesan kepada atlet sukan.
Mereka juga memberikan dan melaksanakan pendidikan dan kempen kesedaran anti-doping
dalam aktiviti sukan.

Penyiasatan dan risikan terhadap doping dalam aktiviti sukan merupakan salah satu
tugasan bersama pihak berkuasa di Malaysia dan ADAMAS juga bekerjasama dengan
badan-badan anti-dadah antarabangsa. ADAMAS memainkan peranan untuk memantau
semua pihak berkepentingan untuk mematuhi peraturan Anti-Doping ADAMAS, Anti -Doping
Peraturan dan WADA. Integriti sukan bebeas dadah di Malaysia dapat dipelihara melalui
ADAMAS dan berusaha keras ke arah mewujudkan atlet yang sihat dan adil.
3.0 PENGENALAN SOSIOLOGI SUKAN

Mengikut Ottoway (1964) di dalam buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1985),
Sosiologi Pendidikan, sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan. Sosiologi
pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang
pendidikan dalam sesebuah masyarakat. Sosiologi merupakan satu proses di mana
manusia mempelajari mengenai budaya serta bagaimana menjadi ahli dalam sesuatu
masyarakat, membuka ruang untuk bersosialisasi serta berinteraksi dengan orang lain.

Sosiologi sukan merupakan bidang kajian mengaplikasikan konsep sosiologi untuk


melihat dan memahami apa yang berlaku dalam isu sukan. Sosologi sukan telah
didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang struktur sosial dan proses sosial dalam dunia
sukan, (Leorned II, 1980). Sosiologi sukan juga menjelaskan fenomena-fenomena yang
berlaku dalam dunia sukan. Fenomena tersebut merujuk isu-isu yang menjadi tanda tanya
berkaitan atlet dan individu yang terbabit dalam sukan. Isu sosiologi dalam dunia sukan
adalah merujuk kepada corak organisasi sosial sukan, sifat formal sukan seperti atlet,
jurulatih dan mereka yang terlibat dengan sukan secara tidak langsung seperti penonton
dan penyokong.

Proses sosialisasi sukan berlaku melalui dua cara, iaitu sosialisasi ke dalam sukan
dan sosialisasi menerusi sukan. Sosialisasi ke dalam sukan membolehkan individu memilih
untuk melibatkan diri ke dalam sukan kesan dari pengaruh, dorongan serta impak agen-
agen sosialisasi sukan. Pengaruh agen-agen sosialisasi seperti keluarga, sekolah, rakan
sebaya, media massa dan sebagainya membantu membentuk sikap, nilai dan perlakuan
yang diperlukan dalam sukan yang diceburi. Manakala sosialisasi menerusi sukan
mempamerkan sukan sebagai alat untuk bersosialisasi dan memupuk hubungan melalui
sukan. Elemen-elemen dalam sukan seperti sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin serta
menghormati individu lain dan peraturan membantu dalam proses pembentukan sikap, niali,
dan perlakuan individu tersebut.
4.0 MENGEMUKAKAN SITUASI YANG BERKAITAN DAN MENGUPASNYA SECARA
KRITIKAL BERDASARKAN PERSPEKTIF SOSIOLOGI SUKAN

4.1 DEVIASI DALAM SUKAN

4.1.1 KES RASUAH DALAM SUKAN

Dalam dunia sukan deviasi membawa maksud yang sama di mana seseorang atlet
melakukan penyelewengan untuk mencapai hasil atau kepuasan dirinya melalui carayang
tidak betul atau dengan melanggar nilai nilai etika seorang atlet. Dalam sukan pelbagai cara
penyelewengan dilakukan. Di antaranya ialah rasuah, penyalahgunaan dadah dan juga
perjudian

Rasuah dalam bidang sukan telah wujud sejak berabad yang lalu dan di negara kita
dan gejala ini menular dalam sukan bola sepak. Isu rasuah dalam sukan bola sepak telah
juga berlaku dalam tahun 1990an, di mana ramai pemain dan jurulatih telah disoalsiasat dan
mereka dikenakan hukuman gantung dari bermain oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) dan ada di antara mereka dikenakan hukuman gantung sepanjang hidup. Kesan
daripada itu Malaysia telah kehilangan ramai pemain-pemain yang berbakat dan seterusnya
menyebabkan pasukan Malaysia semakin merosot dalam pertandingan peringkat
antarabangsa.

4.1.2 IDEA PENYELESAIAN KES DEVIASI DALAM SUKAN (RASUAH)

Kerajaan Malaysia sebagai negara Islam sepatutnya mengambil tindakan dan


berwaspada supaya situasi menghalalkan pertaruhan itu tidak menular ke negara ini yang
boleh menjejaskan imej negara kita. Semua pihak harus memainkan peranan dalam
membasmi wabak rasuah ini, FAM perlu meneliti semua yang disusun agar menepati
keperluan sebenar. Kementerian Belia dan Sukan harus memandang serius gejala rasuah
dalam sukan bola sepak dan mengambil langkah proaktif memantau gejala tidak bermoral
ini dengan telus dan adil mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 576). Dalam dunia
moden ini kita sering mengejar masa dan bersikap materialistik, kita tidak lagi memikirkan
akan punca kewangan kita dari mana, sama ada ianya halal atau haram asalkan ianya
dapat memberikan kita kepuasan dari segi materialistik.
5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulan, bagi mempelajari dan mendalami psikologi sukan seharusnya


seseorang itu mengetahui apa yang terkandung dan selok-belok yang mana melibatkan
strategi-strategi serta teori-teori yang sepatutnya dilaksanakan. Untuk mengaplikasikan
strategi serta teori ini, kita hendaklah mengetahui konsep dan fokus utama yang terkandung
dalam tajuk ini. Perkara ini penting kerana ia mempengaruhi mutu pencapaian atlet.
Walaupun bidang psikologi sukan ini masih baru, mereka mempunyai sejarah dan latar
belakang yang tersendiri yang mengisahkan dan memperkenalkan psikologi sukan serta
perkembangannya kepada umum.

Sosiologi sukan merupakan usaha untuk memahami interaksi yang wujud antara
individu dalam pasukan dan mereka yang berkaitan dengannya seperti penonton,
pengurusan dan media. Isu sosiologi yang signifikan dalam sukan termasuklah corak
organisasi sosial yang terlibat, sifat formal sukan seperti pasukan, jurulatih, pemain,
penganjur, undang-undang dan peraturan, tahap keseriusan menghadapi pertandingan
seperti menang-kalah tidak ditentukan lebih awal dan penekanan terhadap kemahiran fizikal
yang tinggi. Diharapkan pihak kerajaan boleh berganding bahu dengan pihak berkuasa dan
menjayakan sukan Malaysia supaya nama baik negara kita dapat diharumkan melalui
bidang psikologi dan sosiologi sukan.
6.0 RUJUKAN

Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 576).

Cox. (1998). Sport Psychology: Concepts and Applications. New York: McGraw-Hill.

Ottoway. (1964). The sociology of Education. New York: Schocken Books.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Diakses 23 Mac
2019, daripada DBP: http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=psikologi

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1985). Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya, Selangor: Heinemann
Educational Malaysia.

Silva III, J. M. (1989) Critical issues confronting the advancement of applied sport
psychology, Journal of Applied Sport Psychology, 11:2, 298-320

Smith. (1992) A Theoritical Model and Reseach Programme, Journal of Sport and Exercise
Psychology, 17, 294-311

Weinberg, R. S., dan Gould, D., (1999). Foundation of sport and exercise psychology.
Urbana- Champaign, IL: Human Kinetics.

Anda mungkin juga menyukai