Anda di halaman 1dari 5

Amali Penyediaan Kertas Cadangan HLP – 12 Mac 2015

STRES DI KALANGAN WANITA BEKERJA DAN KESANNYA TERHADAP INSTITUSI Commented [b1]: Skopkan terus Tajuk :
Cth: Wanita Bekerja Dalam Perkhdimatan Awam
KEKELUARGAAN

1. PENGENALAN Commented [b2]: Huraian pengenalan seperti “Mulut


Pasu”. Hurai makro perspektif dahulu, baru khusus kan
huraian.
Peranan wanita pada hari ini adalah sangat mencabar terutamanya kepada wanita
yang bekerja. Wanita bekerja bukan sahaja berperanan sebagai pengurus rumah
tangga, malah turut menggalas tanggungjawab sebagai pekerja di sesebuah
organisasi. Kejayaan wanita bekerja telah terbukti dengan pelbagai kajian yang mana
membuktikan bahawa proses mengintegrasikan wanita sepenuhnya dalam
pembangunan negara telah mencapai kejayaan.

Namun, oleh kerana budaya dan kepercayaan masyarakat di Malaysia yang


meletakkan wanita sebagai pengurus rumah tangga yang utama telah menggugat
proses ini dan meletakkan wanita dalam dilema antara memenuhi keperluan sebagai
pengurus rumah tangga dan juga sebagai pekerja di pejabat. Dalam usaha memenuhi
kedua-dua tanggungjawab dan peranan, sering dikatakan wanita mengalami cabaran
yang boleh menyebabkan mereka mengalami stres atau tekanan. Oleh itu, timbul
persoalan adakah wanita bekerja mengalami stres dan bagaimanakah mereka
menangani stres yang dihadapi?

Masalah seperti beban kerja yang tinggi dan perhubungan di tempat kerja adalah
antara punca stres dalam organisasi masa kini. Kesemua masalah ini boleh
menyebabkan wanita bekerja mengalami stres dan seterusnya memberi kesan kepada
hubungan dalam institusi kekeluargaan. Isu stres di kalangan wanita bekerja memberi
kesan ke atas institusi kekeluargaan yang membawa kepada isu pergolakan rumah
tangga seperti perceraian, pengabaian anak-anak dan poligami.

2. PERMASALAHAN KAJIAN

Berdasarkan perbincangan di peringkat awal, stres di kalangan wanita bekerja boleh Commented [b3]: Jangan sesekali letak perbincangan di
peringkat awal. Menunjukkan kita tidak bersedia.
memberi impak yang besar terhadap institusi kekeluargaan. Menurut M.M Zafir (2006),
kesemua impak ini berkisar kepada aspek fisiologi, psikologi dan gelagat. Kesan Cuba gunakan perkataan “Berdasarkan pemerhatian yang
lalu... ; Berdasarkan kajian lepas, .......”
daripada stres di kalangan wanita bekerja boleh menyebabkan gangguan psikologi
Commented [b4]: Nama Sarjana hanya letak nama yang
(kebimbangan, kesedihan dan cepat marah), fisiologi (tekanan darah) dan gelagat ringkas sahaja. Contoh: Zafir (2006)

(gangguan tidur).

1
Amali Penyediaan Kertas Cadangan HLP – 12 Mac 2015

Statistik JAKIM pada tahun 2013 yang menunjukkan bahawa bilangan kes perceraian Commented [b5]: Kalau boleh, letak statistik dipetik
daripada sumber mana.
makin meningkat iaitu 20,889 kes berbanding tahun 2012 iaitu sejumlah 20,529 kes.
Melalui laporan statistik tersebut, komitmen terhadap kerjaya yang terlalu tinggi Contoh: Dalam Laporan Tahunan JAKIM, statistik
menunjukkan.....
merupakan salah satu punca krisis rumahtangga yang membawa kepada kes
perceraian.

Kajian daripada Habsah Hashim (2002) iaitu “Urbanization, Womens, Role and Fertility
Trends: A case of profesional and semi-profesinal Malay Women in Shah Alam”
mendapati bahawa wanita menghadapi dilema dan pelbagai tekanan dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai suri rumah yang memainkan dua (2) peranan
sebagai isteri dan ibu, dan pekerja, konflik antara kerjaya dan keluarga, pengurusan
anak-anak dan rumah tangga.

Perhubungan yang sukar dengan rakan sekerja atau pihak majikan di tempat kerja
boleh menjadi punca stres kepada wanita bekerja. Rakan sekerja mungkin tidak
mempunyai kemahiran dalan perhubungan dan komunikasi sehingga menyebabkan
mereka melahirkan sikap agresif dan akhirnya memberi kesan stres kepada wanita
sehingga menjadikan suami dan anak-anak sebagai medium untuk melepaskan
tekanan tersebut.

Dengan itu, projek penyelidikan ini akan menfokuskan kepada persoalan yang
berkaitan dengan punca stres di kalangan wanita bekerja dan kesan terhadap institusi
kekeluargaan.

3. SKOP KAJIAN
Skop kajian ini tertumpu kepada pekerja wanita di Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia (JPA), Putrajaya. Ini adalah kerana sebilangan besar penjawat awam di JPA
terdiri daripada golongan wanita. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah
kakitangan kerajaan wanita yang berumur di antara 25 hingga 50 tahun. Kajian akan
dilaksanakan selama enam (6) bulan bermula pada Januari sehingga Jun 2015.
Responden akan ditemu bual berdasarkan soalan-soalan temu bual yang disediakan
dan menjawab borang soal selidik.

2
Amali Penyediaan Kertas Cadangan HLP – 12 Mac 2015

4. TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian adalah:

4.1 mengkaji hubungan di antara stres di kalangan wanita bekerja dengan


keharmonian institusi kekeluargaan;
4.2 mengenalpasti punca-punca stres terhadap wanita bekerja; dan
4.3 menghuraikan kesan stres wanita bekerja terhadap institusi kekeluargaan.

5. KESIGNIFIKAN KAJIAN Commented [b6]: Huraikan daripada spesifik dahulu baru


kepada makro

Kajian ini diharapkan dapat membantu jabatan di sesebuah organisasi mengenalpasti


langkah-langkah yang perlu diambil untuk menguruskan stres supaya dapat
dilaksanakan segera memandangkan wanita merupakan penyumbang utama dalam
pembangunan negara khususnya dalam sektor awam. Kajian ini diharapkan agar
dapat menjadi asas kepada penyelidikan seterusnya pada masa akan datang.

6. METODOLOGI KAJIAN Commented [b7]: Huraikan Unit Analisis:


- Siapa Wanita?

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan data primer yang diperolehi menerusi kajian Tatacara data yang diperoleh
Berapa target responden
lapangan. Kajian lapangan dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik,
Rujukan Buku Metedologi : UMA SEKARAN
kumpulan sasar dan temu bual. Borang soal selidik akan diedarkan kepada wanita
kumpulan Pengurusan dan Profesional di JPA manakala temu bual akan dilakukan
dengan melibatkan pegawai di Bahagian Psikologi, Bahagian Perkhidmatan dan
Bahagian Khidmat Pengurusan, JPA. Pengumpulan data berkaitan akan diperolehi
daripada agensi kerajaan berkaitan seperti Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

7. KERANGKA KONSEP DAN TEORI

Definisi Stres Commented [b8]: -Jangan sesekali letak perkataan


“Definisi”
Stres didefinisikan sebagai kuasa luar atau desakan yang mempengaruhi fizikal - Pelbagaikan konsep daripada lain-lain sarjana
individu dan kuasa material. - Atleast 10 konsep

Definisi Institusi Kekeluargaan


Institusi kekeluargaan ialah badan atau organisasi utama dalam keluarga yang
mempunyai pertalian darah antara satu sama lain.

3
Amali Penyediaan Kertas Cadangan HLP – 12 Mac 2015

Beban kerja Poligami

Stres Institusi Kurang kasih


Kekeluargaan sayang

Hubungan di
Bercerai
tempat kerja

Commented [b9]: Selepas Kerangka Konsep, letakkan


Hipotesis. Hipotesis perlu merujuk kepada kerangka.

8. SOROTAN KAJIAN LEPAS Master – sekurang-kurangnya 3 Hipotesis

To play save, tak perlu letak kesan (poligami, kurang kasih


sayang, bercerai) dalam kerangka
Menurut Beatty (1996), tahap stres wanita bekerja di peringkat pengurusan tertinggi
Commented [b10]: Buat TEMA! Pastikan sama
adalah tidak setinggi tahap stres wanita bekerja di peringkat bukan pengurusan. Kajian Nampakkan aliran pada setiap petikan Sarjana
tersebut mengesyorkan jika dibandingkan dengan wanita bekerja di peringkat bukan
pengurusan, wanita bekerja di peringkat pengurusan tidak menunjukkan tahap
kelesuan yang tinggi, tekanan atau konflik antara kerja dan keluarga yang boleh
menyebabkan lebih banyak kesan negatif.

9. PEMBAHAGIAN BAB

10. PENUTUP

Secara kesimpulannya, kajian ini akan menghuraikan hubungan di antara stres di


kalangan wanita bekerja dan hubungan institusi kekeluargaan dan seterusnya
mengenalpasti punca-punca dan langkah yang boleh diambil untuk menguruskan
stres. Kajian ini juga dapat membantu jabatan mengenalpasti langkah-langkah yang
sesuai melalui perancangan program yang sewajarnya bagi memastikan stres di
kalangan wanita bekerja dapat diuruskan dengan sebaiknya.

4
Amali Penyediaan Kertas Cadangan HLP – 12 Mac 2015

11. BIBLIOGRAFI Commented [b11]: Susunan Inden (tab)


Follow APA Style

M.M. Zafir: Stres di Tempat Kerja dan Kesannya Terhadap Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan. Malaysian Journal of Community Health 2006: Vol. 12. (2006)

SandraL.Fielden adn Cary L. Cooper: Women Managers and Stress: A Critical


Analysis. Equal Opportunities International Volume 20 Number 1|2 2001.

Laporan Statistik Perceraian dan Perkahwinan Pasangan Islam di Malaysia Tahun


2013 dan 2014, JAKIM.

Anda mungkin juga menyukai