Anda di halaman 1dari 27

Panduan program Apple Teacher (Malaysia)

Diterbitkan untuk ATC iChampion MY, Edisi Jun 2019

Nota: Panduan ini diterbitkan oleh para penggerak komuniti guru pengguna produk dan perkhidmatan Apple, ATC iChampion MY untuk
edaran dalaman sebagai rujukan semata-mata. Ianya tidak melibatkan atau diterbitkan oleh operasi rasmi Apple Education atau Apple Inc.
Pengenalan

Apple memberi perhatian yang khusus untuk menyokong ekosistem pendidikan dengan menawarkan
pelbagai produk yang didedikasi untuk pendidikan. Selain itu, mereka juga mempunyai dua inisiatif
kurikulum penting iaitu Everyone Can Create untuk kreativiti dan Everyone Can Code untuk pembelajaran
teknologi digital.

Apple Teacher merupakan satu program pembelajaran yang dirangka khas bagi membekalkan
kemahiran teknikal penggunaan produk serta perkhidmatan daripada Apple serta bagaimana untuk
mengaplikasi kemahiran tersebut dalam pembelajaran. Ianya menawarkan sijil khas Apple Teacher
setelah anda menyelesaikan keperluan tertentu.

APA ITU APPLE TEACHER? BERAPA LAMA SAYA PERLUKAN UNTUK


MENDAPATKAN SIJIL APPLE TEACHER?
Merupakan satu kurikulum terancang pembelajaran
untuk pendidik secara dalam talian.
Program Apple Teacher berbentuk pembelajaran
berterusan yang mana kandungannya sentiasa
Dibuka kepada semua pendidik Malaysia (setiap
dikemaskini.

peringkat) mulai Mac 2019.

Untuk ujian, berdasarkan pengalaman, anda hanya


Ditawarkan secara percuma oleh Apple menerusi
memerlukan kira-kira 2 jam sahaja untuk
aplikasi web di https://appleteacher.apple.com

mendapatkan 20 lencana kemahiran (iPad, Mac


MENGAPA PERLU MENYERTAI APPLE dan Swift Playgrounds).

TEACHER? Namun, ianya mungkin lebih pantas atau lebih


Kurikulum pembelajaran terkini Apple bagi lama berdasarkan tahap kemahiran anda. Masa
memberi kemahiran dan keyakinan kepada guru untuk mengambil ujian adalah fleksibel mengikut
untuk menggunakan teknologi untuk pendidikan.
kelapangan anda.

Mendapatkan sijil pengiktirafan secara percuma ADAKAH SIJIL APPLE TEACHER SAYA
menerusi ujian yang mudah, cepat serta tidak MEMPUNYAI TARIKH LUPUT?
membebankan guru.

Setakat ini, ia tidak dinyatakan oleh pihak Apple.


Melayakkan seseorang untuk pencalonan program Namun, mengikut amalan, sijil kemahiran sebegini
pengiktirafan antarabangsa Apple Distinguished hanya sah sehingga 2 tahun.

Educator.

Ini kerana perkembangan teknologi yang pantas


APAKAH SIJIL YANG DITAWARKAN? memerlukan kita mengemaskini semula kemahiran
dengan penilaian terkini.

Apple Teacher - mendapatkan minima 8 lencana


sama ada iPad atau Mac.
Untuk itu (mengambil semula ujian), sistem Apple
Teacher masih belum membenarkan anda
Apple Teacher Swift Playgrounds - Mendapatkan mengambil semula ujian. Kemaskini pada masa
4 lencana khas asas pengekodan.
hadapan memungkinkan perkara ini.

Langkah-langkah menyertai Apple Teacher

1
Untuk menyertai program Apple Teacher anda digalakkan memiliki iPad atau
Mac yang menjalankan perisian pengoperasian terkini. Email sedia ada anda
diperlukan untuk mendaftar Apple ID.
2
Layari aplikasi web Apple Teacher di https://appleteacher.apple.com menerusi
aplikasi Safari. Terus log masuk dengan Apple ID anda. Apple ID merupakan
email yang anda gunakan untuk mendaftar peranti anda kali pertama.
3
Pastikan ada memilih/menanda ‘Remember me’ untuk Safari menyimpan kata
laluan anda. Ini akan memudahkan untuk anda log masuk pada kemudian hari
tanpa perlu lagi menaip kata laluan. Seterusnya log masuk pada anak panah di
sebelah kata laluan.
Seterusnya halaman notis privasi akan muncul. Pilih ‘Continue’. Kemudian pada
‘pop-up’ seperti dibawah pilih ‘Save Password’. 4
Anda dikehendaki memasukan maklumat asas yang diperlukan seperti

5 tahap pengajaran, subjek pengajaran, nama institusi serta pengalaman anda


bersama ekosistem Apple. Kemudian tandakan ‘I accept the Terms of Services
for Apple Teacher Program’ jika anda bersetuju terma perkhidmatan mereka.
Seterusnya, halaman ‘Welcome’ akan menyambut anda dengan maklumat yang
perlu anda tahu. 6
7
Setelah selesai dan faham mengenai program ini secara keseluruhan, mulakan
langkah anda dengan kembali ke halaman paling atas dan pilih ‘Done’ pada
penjuru sebelah atas.
8
Halaman utama Home sedia diakses. Ianya dikenali sebagai Apple Teacher
Learning Center. Untuk memulakan pembelajaran, jika anda masih baru
dengan iPad pilih ‘New Skills for iPad’. Kemudian ikuti modul pembelajaran
yang disediakan.
9
Tab dengan sub tajuk tertentu dipaparkan seperti dibawah. Bagi setiap
kemahiran contohnya ‘Pages for iPad’, anda akan diberikan satu lencana.
Dihujung tab tersebut (kanan) anda boleh terus mendapatkan lencana pada
‘Earn your badge’ setelah anda bersedia.
10
Pada halaman Home juga memaparkan pelbagai sumber infomasi mengenai
inisiatif terkini Apple Education. Anda perlu terus mengaksesnya meskipun telah
mendapatkan status Apple Teacher. Selamat meneroka.
Menduduki ujian untuk mendapatkan lencana dan sijil

1
Setelah melengkapkan pembelajaran, tiba masanya untuk mengambil ujian
bagi mendapatkan lencana bagi sijil pengiktirafan Apple Teacher. Selain akses
seperti langkah 9 diatas, anda juga boleh mengakses ujian pada halaman
Home dan terus memilih ‘Badges for iPad’ ataupun ‘Badges for Mac’.
2 Seterusnya pilih tajuk utama pembelajaran anda dan pilih ‘Earn your Badge’
pada bahagian bawah.
3
Jawab 5 soalan bagi setiap lencana. Terdapat pelbagai format soalan seperti
pilihan tunggal, berbilang pilihan dan menyusun semula. Setelah selesai, pilih
‘Finish’ untuk mengesahkan jawapan. Anda juga boleh melihat semula jawapan
anda pada ‘Review your answer’.
4
Anda perlu menjawab sekurang-kurangnya 4 soalan dengan betul untuk lulus
bagi setiap lencana. Jika tidak, anda perlu mengulang semula ujian. Pilih Profile
untuk melihat lencana serta melihat kad laporan anda.
5
Menu ‘Badges’ pada halaman Profile memaparkan lencana-lencana yang
telah anda perolehi. Anda boleh meninggalkan sistem dan kembali semula
untuk mendapatkan lencana anda pada bila-bila masa berdasarkan
perancangan anda.
6
Anda layak mendapat pengiktirafan Apple Teacher dengan memungut 8
lencana. Contoh dibawah peserta telah menyelesaikan 8 ujian iPad untuk Apple
Teacher dan 4 lencana untuk Apple Teacher Swift Playgrounds. Jika anda
mempunyai komputer Mac ada boleh mendapatkan lencana seterusnya.
“It’s official. You’re an Apple Teacher.”

Setelah lulus ujian, halaman Home akan memaparkan pautan ke halaman ini. Ianya menyediakan panduan
bagaimana anda boleh menggunakan pengenalan logo Apple Teacher di kad nama atau web portfolio anda.
Disana juga memaparkan sumber rujukan tambahan untuk pembalajaran di Apple Books. Jangan lupa untuk
menanda ❤ (lihat anak panah).
Melihat laporan dan memaparkan sijil untuk cetakkan

Contoh
Ini merupakan contoh sijil yang akan anda miliki. Sijil ini boleh dicetak dan dimasukan kedalam senarai
profail pembangunkan profesional anda. Pihak pentadbiran juga boleh menjadikan program pembelajaran ini
sebahagian daripada program ‘Latihan yang Perkhidmatan’ yang jam kreditnya direkodkan.
Pada menu sebelah kiri pada halaman Profile, anda boleh ke menu ‘Report and Certificate’ untuk melihat
laporan perkembangan dan juga memuat turun sijil untuk lampiran atau cetakan.
Melaporkan masalah atau membuat aduan

Jika anda mempunyai sebarang masalah atau ingin membuat aduan tertentu anda boleh lakukan pada menu
‘Get Help’. Anda boleh memuat naik tangkapan skrin untuk dilampirkan bersama aduan.
Membuat pintasan (shortcut) untuk memudahkan akses

Anda mungkin memerlukan beberapa sesi untuk pembelajaran serta menyelesaikan ujian. Rutin anda yang sibuk
mungkin memerlukan anda mengambil masa beberapa hari. Oleh itu, dengan meletakkan pintasan (shortcut)
seperti ini di Home Screen amat membantu.
1 Untuk mencipta pintasan, setelah log masuk pada menggunakan Safari, pada
halaman Home, tab pada butang ‘Share’.
2
Seterusnya, pada menu yang dipaparkan pilih ‘Add to Home Screen’.
Kemudian pilih ‘Add’ dan selesai. Lihat butang pintasan anda pada Home
Screen bersama app-app lain.
Terima kasih

Sertai kumpulan perbincangan Telegram

ATC iChampion Malaysia

Anda mungkin juga menyukai