Anda di halaman 1dari 4

Hairul bin Sahib PJMS 3183 : Biomekanik

LAPORAN AMALI 1

TAJUK : LAPORAN AMALI PRINSIP PERGERAKAN PROJEKTIL

DISEDIAKAN OLEH : HAIRUL BIN SAHIB

TARIKH AMALI : 16 JANUARI 2020

Pengenalan
Amali pergerakan projektil telah dilakukan pada 16/01/2020 bersamaan dengan hari
khamis. Seramai 15 orang penguji yang terdiri daripada guru pelatih PJ Ambilan Jun 2016
telah terlibat dalam melakukan amali tersebut. Setiap penguji mempunyai tugas masing-
masing yang terdiri daripada pencatat masa, pemerhati kedudukan bola, pengukur jarak
bola dan pemerhati pergerakan projektil bola. Terdapat dua orang subjek yang diuji yang
terdiri daripada subjek lelaki dan subjek perempuan. Terdapat tiga jenis bola iaitu bola
keranjang, bola baling dan bola tenis yang digunakan oleh subjek bagi membuat balingan
jenis atas kepala, balingan atas bahu dan balingan menjunam ke bawah. Ketiga-tiga jenis
bola ini dipilih kerana mempunyai saiz dan jisim yang berbeza agar dapat dijadikan analisis
pergerakan projektil bola tersebut.
Amali ini dibuat bertujuan untuk membandingbeza tiga jenis pergerakan bola
menggunakan prinsip pergerakan projektil. Projektil boleh didefinisikan sebagai apa-apa
objek yang berada diudara dalam tempoh waktu yang singkat. Oleh itu, analisis ini
dijalankan dengan membuat pemerhatian pergerakan bola yang dibaling oleh dua orang
subjek yang dilakukan secara manual dengan menggunakan bantuan alatan seperti pita
ukur dan jam randik. Mereka yang telah ditugaskan sebagai penguji makmal akan
mengambil data yang diperlukan bagi tujuan analisis. Ujikaji dijalankan di dalam dewan yang
tertutup di mana bebas daripada sebarang unsur-unsur yang boleh mengurangkan
kesahihan dan kebolehpercayaan ujikaji ini seperti bantuan angin dan lain-lain. Jadual
dibawah menunjukan senarai alatan yang digunakan, demografi subjek dan penguji makmal
serta prosedur analisis yang dilakukan.

Alatan yang digunakan :

Bil Alatan Kuantiti


1. Bola keranjang 1
2. Bola baling 1
3. Bola tenis 1
4. Pita ukur 1
5. Kon penanda 2
6. Jam randik 2
7. Tangga 1
Hairul bin Sahib PJMS 3183 : Biomekanik

Demografi Subjek :

Subjek Lelaki
Nama Mohd Saiful Bin Radhi
Umur 24 Tahun
Berat badan 78 Kg
Tinggi badan 170 cm
Ketinggian dada 138 cm
Panjang lengan 75 cm
Tangan siku 30 cm
Pergelangan tangan 57 cm

Subjek Perempuan
Nama Jeswen Freshila Anak John
Umur 23 Tahun
Berat badan Kg
Tinggi badan 152 cm
Ketinggian dada 126 cm
Panjang lengan 56 cm
Tangan siku 31 cm
Pergelangan tangan 55 cm

Penguji makmal :

Bil Penguji Bilangan


.
1. Penjaga masa 1 orang
2. Pencatat maklumat 1 orang
3. Pengukur jarak 1 orang
4. Pemberi arahan mula 1 orang
5. Keselamatan 1 orang
Jumlah keseluruhan 5 orang

Prosedur Analisis

1. Subjek akan bersedia di kawasan yang telah ditandai dengan kon


2. Apabila arahan diberikan, subjek akan membaling bola ke hadapan
3. Subjek akan membaling bola keranjang terlebih dahulu, diikuti dengan bola baling
dan bola tenis.
4. Catatatan masa diambil ketika bola dilepaskan hingga mendarat ke lantai .
5. Ukuran jarak bola mendarat juga diambil.

Keputusan amali
Hairul bin Sahib PJMS 3183 : Biomekanik

A. Hantaran Atas Kepala

Keputusan Subjek 1 Subjek 2


(Saiful) (Jesweny)
Jenis bola Masa Jarak Masa Jarak
(saat) (meter) (saat) (meter)
Bola Keranjang 1.76 s 8.71 m 1.07 s 4.70 m
Bola Baling 1.60 s 10.48 m 1.29 s 7.57 m
Bola Tenis 1.70 s 9.71 m 1.76 s 7.00 m

B. Hantaran Atas Bahu

Keputusan Subjek 1 Subjek 2


(Saiful) (Jesweny)
Jenis bola Masa Jarak Masa Jarak
(saat) (meter) (saat) (meter)
Bola Keranjang 0.49 s 6.90 m 0.57 s 4.15 m
Bola Baling 0.69 s 7.91 m 0.38 s 4.53 m
Bola Tenis 0.26 s 4.69 m 0.70 s 11.29 m

C. Hantaran Tinggi Menjunam Ke Bawah

Keputusan Subjek 1 Subjek 2


(Saiful) (Jesweny)
Jenis bola Masa Jarak Masa Jarak
(saat) (meter) (saat) (meter)
Bola Keranjang 0.94 s 9.45 m 0.92 s 6.58 m
Bola Baling 0.98 s 10.58 m 0.86 s 7.86 m
Bola Tenis 0.91 s 8.54 m 0.82 s 6.35 m

Jadual di atas menunjukan keputusan analisis hantaran atas kepala bagi ketiga-tiga
jenis bola yang digunakan. Untuk bola keranjang, subjek 1 telah membuat balingan dengan
jarak 8.71 meter dalam tempoh 1.76 saat, manakala subjek 2 mempunyai catatan masa dan
jarak yang lebih rendah iaitu jarak balingan adalah 4.70 meter manakala masa yang diambil
adalah 1.07 saat. Bagi bola baling pula, masa yang diambil oleh subjek 1 adalah 1.60 saat
bersamaan dengan 10.48 meter yang merupakan jarak paling jauh dilontar antara ketiga-
tiga jenis bola tersebut. Manakala subjek 2 pula melontar pada jarak 7.57 meter bersamaan
dengan catatan masa 1.29 saat yang juga merupakan jarak lontaran terjauh daripada
ketiga-tiga jenis bola. Untuk bola tenis pula, jarak yang dicatat oleh subjek 1 ialah 9.71 meter
bersamaan dengan 1.70 saat, manakala subjek 2 pula adalah 7.00 meter bersamaan
dengan 1.76 saat.

Rumusan akhir makmal :


Hairul bin Sahib PJMS 3183 : Biomekanik

Dengan berpandukan keputusan amali yang telah dilakukan terhadap dua subjek
tersebut, dapat dirumuskan bahawa semakin tinggi projektil bola, semakin lama masa yang
diambil untuk bola mendarat ke lantai. Hal ini disebabkan oleh trajektori atau laluan bola
yang berbentuk melengkung ke atas. Projektil merupakan pergerakan jasad yang tersesar
ke udara dan jatuh semula ke bumi dan hanya dipengaruhi oleh daya semulajadi iaitu
rintangan udara dan graviti. Selain itu, jenis bola juga mempengaruhi parabolik bola iaitu
setiap bola mempunyai bentuk lengkungan yang berbeza apabila berada diudara. Hal ini
disebabkan oleh pengaruh jisim bola dan juga tarikan daya graviti. Bola yang berat
memerlukan daya yang lebih tinggi untuk digerakan. Manakala bola yang ringan pula
memerlukan daya yang rendah untuk di gerakan.

Melalui hantaran atas kepala bagi subjek 1 dan subjek 2, jenis trajektori untuk ketiga-
tiga jenis bola tersebut adalah trajektori parabolik. Permulaan pelepasan bola adalah sama
tinggi dengan pendaratan. Bola yang dibaling akan naik ke udara dan turun kembali menuju
ke lantai. Bola keranjang mempunyai jarak balingan yang paling dekat berbanding dengan
bola baling dan bola tenis bagi hantaran aras kepala. Jarak yang dekat ini dipengaruhi oleh
rintangan udara yang lebih tinggi berbanding dengan bola baling dan bola tenis. Hal ini
disebabkan oleh saiz bola keranjang lebih besar daripada bola baling dan bola tenis.
Manakala bola baling pula merupakan hantaran yang paling jauh bagi kedua-dua subjek.
Hal ini kerana saiz bola yang agak sesuai dan mempunyai daya rintangan yang kurang
berbanding bola keranjang. Bola tenis pula mempunyai jarak yang kurang berbanding bola
baling. Bola tenis mempunai had balingan kerana lebih ringan daripada bola baling dan bola
keranjang.

Anda mungkin juga menyukai