Anda di halaman 1dari 4

59: dia dan anak dia menaiki bas ke tempat penginapan hotel luxor.

Dia ketakutan dlm bas


kerana keseorangan tanpa suaminya. Selepas sampai baru hilang ketakutannya. Takut
dikacau oleh org-org dlm bas tersebut.

60: keesoakan harinya, dia bangun dan makan sarapan pagi. Setelah itu, dia pergi ke lobi
hotel dan berjumpa pengurusnya. Pengurusnya bertanya sama ada nak melawat kubut
tutankhamus atau tidak. Perempuan itu taknak sehingga keselesaan dan keselamatan
anaknya terjamin. Dia berjalan di sekitar taman di hotel tersebut manakala anaknya bermain
di sekeliling taman tersebut. Dia berjumpa dgn tukang kebun dan mendapat sejambak
bunga violet darinya. Dia berasa gembira berada di sana.

61: perempuan tersebut takjub dengan keindahan alam di sana dan membandingkannya
dengan keindahan alam di bumi mesir

62: melawat kuil Karnak. Melihat arkeologi yang ada di situ. Merupakan tempat peninggalan
zaman silam

64: kami membuat pemerhatian terhadap runtuhan Luxor, Biban al-Maluk dan Babyan al-
Malakat

66: berjumpa dengan al-asqari dan bercakap dengannya mengenai tentang arkeologi
perancis. Dia membawa saya berjumpa dengan kenalannya. Selepas itu, saya meronda
sekeliling perancis melawati tempat bersejarah dan membuat perbandingan dengan mesir.

69. dia terkejut dapat tahu bahawa itu adalah hai terakhir dia di perancis sebelum balik
semula ke mesir sejak 2 minggu di sana. Dia ingat kembali kenangannya di sini melawat the
Winter Park Palace, Bahwa, Sharafha, Nile, Babil Al Malouk and Malakat.

70. al-aqsari menjemputnya ke kereta. Selepas itu, dia pn menaiki kereta api .Dia tidak
merasa takut seperti mana kali pertama dia datang ke sini 2 minggu lepas. Suaminya
menunggunya di depan stesen. Dilihatnya macam marah tapi apabila dia menuju kepadanya
dia mengusap kepala anaknya dan menciumnya. Dia pun masuk ke dalam rumah dan
berehat setelah penat bermusafir.

71. dia pun menceritakan segala pengalamannnya kepada suaminya.


Novel ini bertajuk hakaza khuliktu yang dikarang oleh muhamad husin haeqal. Novel ini
menceritakan tentang seorang wanita di mesir yang mengkaji tentang persekitaran dan
ciptaan tuhan. Beliau merupakan orang arab yang menetap di mesir. Setelah berkahwin dan
mempunyai anak, wanita ini berhajat untuk melawati negara-negara lain untuk membuat
kajian tentang alam dan memerhati keindahan ciptaan tuhan.

Buku ini diterbitkan pada tahun 2014 di bawah hak terpelihara untuk Hendawi
Yayasan Pendidikan dan Kebudayaan. Buku ini mempunyai 217 muka surat dan
mempunyai 11 fasal. Tulisan buku ini adalah Bahasa arab yang sohih. Di dalamnya
mempunyai gaya Bahasa yang tersendiri yang unik. Setiap fasal daripada buku ini
menceritakan perjalanan kisah seorang perempuan yang dari Kawasan kampung ke
Kawasan bandar.

Saya telah mengkaji fasal empat di dalam buku ini dan yang dapat saya ringkaskan
dalam fasal empat ini adalah watak utama dalam kisah ini yang merupakan seorang
perempuan telah membawa anak perempuannya ke penginapan hotel luxor di bandar mesir
dengan menaiki kenderaan awam. Perempuan ini berada dalam ketakutan di dalam bas
tersebut kerana dinaiki oleh pelancong-pelancong asing yang datang mengunjungi negara
mesir. Hal ini kerana dia bimbang sekiranya dikacau oleh orang-orang tersebut tanpa
perlindungan suaminya. Setelah sampai di hotel luxor. Perempuan tersebut lega dan
mengangkat bagasinya lalu masuk ke bilik hotel. Beliau ingin mendapatkan rehat yang
secukupnya untuk hari yang seterusnya.

Pada keesokan harinya, beliau bangun dan makan sarapan pagi yang disediakan
oleh pihak hotel bagi mendapatkan tenaga bagi menjalani hari tersebut. Selepas itu, beliau
turun ke lobi hotel dan berjumpa dengan pengurusnya. Pengurusnya mencadangkan untuk
beliau melawat kubur tutankhamus atau tidak. Perempuan tersebut berfikir bahawa mungkin
bukan hari ini dan beliau pun berjalan di sekeliling hotel tersebut. Perempuan tersebut pun
pergi ke Winter Park Palace untuk melihat keindahan alam di taman sana. Sepanjang
berada di sana, beliau berjumpa dengan seorang tukang kebun dan diberikan sejambak
bunga Violet kepada beliau. Beliau memerhatikan keindahan alam sepanjang berada di
sana dan berada sangat seronok. Setelah itu, beliau pun pulang ke hotel

Keesokan harinya, perempuan tersebut pergi ke kuil Karnak untuk melihat arkeologi
di sana. Selain itu, beliau juga pergi melawat Kawasan peninggalan sejarah silam yang lain
seperti runtuhan Luxor, Biban al-Maluk dan Babyan al-Malakat pada hari-hari yang
seterusnya. Banyak maklumat yang diperolehi daripada pemerhatiannya. Selepas itu, beliau
berjumpa dengan seorang arkeologi yang datang dari perancis dan dia berbual-bual dengan
orang arkeologi tersebut berkenaan arkeologi yang ada di perancis. Beliau akhirnya
membuat perbandingan antara arkeologi mesir dan perancis.

Setelah sekian lama tinggal di hotel Luxor. Beliau pun baru menyedari bahawa esok
beliau akan pulang ke kampung halamannya menemui suami yang tercinta. Perempuan ini
berasa sedih untuk meninggalkan tempat ini. banyak kenangan yang diperolehi sepanjang
beliau berada di sini seperti pengalamannya melawat the Winter Park Palace, Bahwa,
Sharafha, Nile, Babil Al Malouk dan Malakat. Banyak hasil yang diperoleh sepanjang 2
minggu beliau berada di sana.

Keesokan harinya, beliau menaiki kereta pergi ke stesen kereta api untuk pulang ke
kampung. Perempuan tersebut tidak lagi takut seperti mana kali pertama beliau datang ke
sana. Setelah sampai, suaminya menunggu di depan stesen dengan muka yang marah.
Namun begitu, suaminya menyambut kepulangannya dan mencium dahi anaknya lalu
menjemputnya masuk ke rumah bagi memberi rehat setelah perjalanan yang jauh.
Perempuan tersebut juga menceritakan peristiwa yang berlaku sepanjang beliau tidak
berada di samping suaminya.

Pengajaran yang boleh diambil daripada bab ini adalah yang pertamanya kita tidak
boleh bersikap buruk sangka terhadap orang lain. Dalam kisah ini, perempuan tersebut pada
awalnya bimbang dengan keadaan dirinya takut dikacau oleh orang-orang lain ketika
menaiki kenderaan awam. Sesungguhnya kita perlulah berbaik sangka kepada orang lain
walaupun kita tidak kenal. Siapa kita hendak menghukum seseorang insan berdasarkan
kepada rupanya. Masyarakat kini sering menghukum orang yang mukanya ganas sedikit
akan dihukum penjenayah sedangkan kita tidak hatinya macam mana. Allah berfirman
dalam surah Al-Hujurat yang berbunyi

ِ ِ ‫ي ا أَيُّه ا الَّ ِذين آمنُ وا‬


ُ ‫ض الظَّ ِّن إِمْثٌ ۖ َواَل جَتَ َّس ُس وا َواَل َي ْغتَب بَّ ْع‬
‫ض ُكم‬ َ ‫اجتَنبُ وا َكث ًريا ِّم َن الظَّ ِّن إِ َّن َب ْع‬
ْ َ َ َ َ
ِ ِِ ُّ ِ‫ضا ۚ أَحُي‬
‫يم‬ ٌ ‫َح ُد ُك ْم أَن يَأْ ُك َل حَلْ َم أَخيه َمْيتًا فَ َك ِر ْهتُ ُموهُ ۚ َو َّات ُقوا اللَّهَ ۚ إِ َّن اللَّهَ َت َّو‬
ٌ ‫اب َّرح‬ َ‫بأ‬ ً ‫َب ْع‬

(Al-hujurat ayat 12)

Dalam ayat ini Allah menerangkan bahawa janganlah kita berburuk sangka dengan orang
lain dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain.

Selain itu, kita mestilah sentiasa memuji segala keagungan ciptaan Allah Taala yang
ada di muka bumi ini. kita perlulah memujinya dengan bentuk zikir seperti subhanallah. Zikir
ini perlulah bermain di lidah umat islam. Dengan memuji keagungan Allah, maka kita akan
selalu mengingatinya dan dengan mengingatinya maka hati akan berasa tenang. Allah
berfirman dalam al-Quran:

ِ ِ ِِ ِ ِِ ِ ِ َّ
ُ ُ‫ين َآمنُوا َوتَطْ َمئ ُّن ُقلُوبُ ُهم بذ ْك ِر اللَّه ۗ أَاَل بذ ْك ِر اللَّه تَطْ َمئ ُّن الْ ُقل‬
‫وب‬ َ ‫الذ‬
Di dalam ayat ini memberitahu bahawa dengan mengingati Allah sahaja hati akan tenang.
Oleh itu, kita perlulah banyak mengingati tuhan.

Anda mungkin juga menyukai