Anda di halaman 1dari 1

TUGASAN 2: Laporan PBS/ Kerja Lapangan (30%) - Individu

Pemilihan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai adalah penting untuk
menghasilkan persediaan mengajar terutama dalam pelbagai komponen mata pelajaran
Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) yang lengkap dan berkesan. Semasa menjalani program
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) anda telah melihat pelbagai pendekatan, strategi,
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai diguna pakai oleh guru-guru di
sekolah.
Berdasarkan pengalaman tersebut, anda dikehendaki untuk menyediakan satu
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan memilih sub-topik yang sesuai berasaskan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) RBT tahun 4, 5 atau 6 untuk tempoh
satu jam. RPH hendaklah dilengkapi dengan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan memasukkan elemen keusahawanan
yang merentasi kurikulum RBT Sekolah Rendah. Anda hendaklah merancang pengajaran
dan pembelajaran yang berpusatkan murid bagi menggalakkan penglibatan yang aktif agar
dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik.
Penulisan RPH hendaklah mengandungi:
1. Unsur-unsur inovatif yang menyumbang kepada kualiti pendidikan yang cemerlang
(EQ1)
2. Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang inovatif (EQ2)
3. Cara guru mengaplikasikan kaedah pengajaran RBT yang mengandungi elemen
keusahawanan dengan inovatif (EQ3)

Anda mungkin juga menyukai