Anda di halaman 1dari 31

MPU 23072

PERLANCONGAN HOSPITALITI DALAM ISLAM

TAJUK:
ADAT DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN HUKUM

NAMA AHLI NO PENDAFTARAN

MUHAMMAD HAZMI BIN MOHD 29DHF19F1011


HAIRI
NURUL SABRINA BINTI OSMAN 29DHF19F1023

SITI NURNAZLINA BINTI MAHADI 29DHF19F1025

1
Isi kandungan

Bi Kandungan Muka surat


l
1 Penghargaan 3~5

2 Pendahuluan 6~7

3 Maksud 8

4 Kehujahan 9~10

5 Jenis-jenis adat 11~13

6 Kaedah adat dijadikan hukum 14~18

7 Hukum beramal dengan adat 19

8 Syarat-syarat beramal dengan adat 20

9 Isu-isu terkini berkaitan hukum 21~22

1 Sumber-sumber hukum yang 23~26


0
diperselisihkan

1 Kesimpulan 28~29
1
1 Sumber rujukan 30
2

2
PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dengan segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian
alam. Selawat dan salam disampaikan keatas junjungan Nabi Muhammad
Saw, keluarga serta para sahabat baginda. Alhamdulilah, dengan rasa syukur
dipanjatkan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, kerana dengan limpahan
rahmatNya dan nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada
kami agar kami dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan dengan
jayanya. Pada pertama kalinya kami ingin menjulang sepenuh penghargaan
kepada Encik Wan Said@Saidi iaitu pensyaeah Perlancongan Dan Hospitaliti
Dalam Islam(DTM10203), di atas kesudian dan kepercayaan beliau memberi
tugasan ini yang bertajuk Adat dijadikan sebagai rujukan hokum kepada kami
bertiga Muhammad Hazmi, Nurul Sabrina dan Siti Nurnazlina untuk
menyiapkannya dengan penuh semangat.

Selain itu, Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Wan
Said@Saidi yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dan
penerangan yang sempurna dan lengkap kepada kami dari awal lagi sejak
tugasan ini diberikan sehingga dalam proses untuk menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya. Sepanjang menjalankan dan menyiapkan tugasan ini, kami
telah memperoleh pelbagai pengalaman dan pengetahuan sama ada pahit
mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami
sebagai seorang pelajar.

3
Disamping itu, Tidak lupa juga kami mengucapkan terima kasih kepada kedua
ibu bapa kami yang memberi sokongan serta dorongan sehingga kami
menyiapkan tugasan ini. Tanpa sokongan dan dorongan mereka mungkin
kami tidak dapat menghasilkan projek ini dengan sempurna. Walaupun kami
berada jauh daripada kedua ibu bapa kami namun mereka sentiasa
mendoakan kejayaan kami dari sana. Tidak akan kami lupa segala
pengorbanan dan jasa yang kalian berikan kepada kami ntuk menuntut lmu.
Akan kami lakukan sehabis baik.

Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-
rakan seperjuangan DHF2B yang lain yang sama-sama bertungkus-lumus
dan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan tugasan dan menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh Encik Wan Said@Saidi ini dengan baik dan juga
bertukar-tukar idea dan pendapat mengenai tugasan masing-masing,
sekiranya ada kesukaran untuk fahami apa kehendak soalan kalian
membantu kami menyiapkan tugasan ini memberikan serba sedikit maklumat
mengenai tajuk yang kami dapat.

Oleh hal yang demikian, Ini dapat menambahkan pengetahuan kami


mengenai tugasan yang diberikan dan sangat memudahkan kami untuk
menyiapkan tugasan ini dengan baik dan sempurna serta dapat
mengurangkan kesusahan dan tidak faham mengenai tugasan ini. Terima
kasih diucapkan dan ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa
bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan
dengan sempurna. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkaikan sepanjang kami
menyiapkan tugasan ini. Tujuan tajuk tugasan ini diberikan supaya kami dapat
mendedahkan lebih banyak mengenai Adat dijadikan sebagai rujukan hukum.

4
Justeru itu, Penerangan kami dalam Adat dijadikan sebagai rujukan hukum
dapat menjadi panduan dan rujukan kepada semua masyarakat tidak kira
bangsa atau kaum di Malaysia. kami sangat menghargai pengalaman yang
kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan
datang sekali sahaja dalam hidup kami. Kami perlu menghuraikan dan
memperincikan lagi penjelasan dalam tugasan ini dan perlu banyak mencari
maklumat serta membuat rujukan daripada pelbagai sumber rujukan bagi
meningkatkan lagi kefahaman kepada semua yang kami ingin sampaikan
supaya tiada kekeliruan yang berlaku mengenai konsep adat ini. Justeru itu,
Pelbagai jenis pembangunan dari segenap sudut yang begitu pesat terbina di
Malaysia ini, begitu juga pembangunan dalam bidang pendidikan dan
seharusnya mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi
peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum kami mengundur diri terimalah
serangkap mutiara kata dari kami sebagai renung-renungan dan selamat
beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan
semuanya racun. Tetapiadakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang
terus-menerus"

5
PENDAHULUAN

Ramai di antara masyarakat kini yang masih keliru dan tidak mengerti mengenai
pengertian adat yang sebenar, terutamanya generasi muda kerana mereka tidak
didedahkan secara teliti mengenai adat-adat yang ada dan generai ini banyak
didedahkan kepada perkara-perkara moden seperti dinegara barat dan bukannya
didedahkan kepada perkara-perkara tradisional yang dari zaman nenek moyang kita
lagi. Di sini kami akan menerangkan secara lebih mendalam mengenai Adat
dijadikan sebagai rujukan hukum dan perbincangan isu semasa berkaitan tugasan
ini. Kami ingin merungkai dan berkongsi dan memberikan infomasi mengenai
maksud adat, jenis-jenis adat yang ada dan perbincangan kaedah aplikasi isu
semasa berkaitan konsep adat dalam kaedah fiqh yang berlaku di negara kita ini.

Pengertian adat bermaksud sesuatu yang sudah menjadi satu kelaziman yand
dilakukan oleh manusia dan menurut Kamus Dewan, adat bermaksud suatu
peraturan yang diamalkan secara turun temurun (sejak dahulu kala) di dalam
masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi dalam
kehidupan seharian. Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi
kebiasaan.

Selain itu, dari bahasa Arab iaitu “Adah” yang bererti kebiasaan atau sesuatu
perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan yang tetap
dan dihormati orang,maka kebiasaan itu menjadi adat. Uruf yang bermaksud
sesuatu yang telah dimaklumi oleh masyarkat hingga menjadi amalan kebiasaan.
Kaedah ini boleh dijadikan rujukan bagi menetapkan sesuatu hukum bagi satu-satu
isu dengan syarat ketiadaan nas syarak dalam permasalahan tersebut. Konsep adat
dijadikan dari istilah melayu iaitu perkataan ini boleh disamakan dengan kebudayaan
masayarakat melayu. Adat atau uruf terbahagi kepada empat bahagian iaitu adat
am, adat khusus,adat sahih dan adat fasid atau rosak. Maksud adat am ialah ia

6
merujuk kepada sesuatu kebiasaan yang diterima umum sebagai satu yang
memberi maksud tertentu.

Adat khusus yang bermaksud sesuatu yang terpakai dan difahami oleh sesetengah
masyarakat atau negeri atau dikalangan golongan tertentu. Kedua ialah adat sahih
yang bermaksud sesuatu yang tidak bercanggah dengan nas-nas yang ada dalam
hadis mahupun dalam Al-Quran dan Al Sunnah. Dan yang terakhir ialah adat fasik
atau rosak yang bermaksud sesuatu adat yang berlawanan atau bercanggah
dengan nas syarak atau prinsip syariat atau menghalalkan yang haram atau
membatalkan yang wajib atau menghilangkan masalah dengan syarak. Adat ini
sering kali dilihat dalam masyarakat kita tak kira kaum atau bangsa yang ada. Setiap
kaum atau bangsa mempunyai adat dalam kehidupan masing-masing mahupun
dalam agama masing-masing. Setiap masayarakat mempunyai adat-adat tersendiri
dan difahami secara betul. Kita tidak boleh memandang sebelah mata terhadap adat
yang ada dari nenek moyang kita lagi.

Bagi perbincangan isu semasa berkaitan Adat dijadikan sebagai rujukan hukum. Isu
semasa yang dibincangkan ini hendaklah didasari oleh kefahaman yang mendalam
tentang kaedah adat atau uruf yang mampu menjadikan hukum pada setiap adat
yang ada. Kebiasaannya isu semasa ini sangat meluas dan belum cukup untuk
menjadi sandaran untuk menghasilkan benda baru yang akan menjadikan impak
yang besar terhadap adat-adat yang ada ini. Adat- adat ini juga dapat mencegah
berlakunya kemudaratan yang berlaku melebihi daripada masalah pada setiap
manusia. Kita perlu mengamalkan adat atau uruf itu secara perlahan-lahan supaya
masyarakat tidak mudah terjebak dengan masalah-masalah yang sering kali berlaku
dalam tempoh yang singkat. Memastikan bahawa amalan yang dilakukan tidak
bercanggah dengan syarak yang telah ditetapkan. Contoh isu semasa tersebut ialah
orang bukan islam membaca al-quran, penggunaan nama Allah oleh Kristian, anak
kekal dalam agama asal, isu penggunaan budaya luar dalam masyarakat, amalan
membaca wirid dan doa selepas solat dan syarat utama ‘uruf atau adat yang
diterima.

7
MAKSUD

Adat adalah sesuatu yang sudah menjadi satu kelaziman dilakukan oleh manusia.
Uruf pula merujuk kepada sesuatu yang telah dimaklumi oleh masyarakat hingga
menjadi amalan kebiasaan. Ia melibatkan perkataan, perbuatan atau sesuatu yang
tidak dilakukan. Menurut kamus Dewan, Adat bermaksud suatu peraturan yang
diamalkan secaara turun temurun (sejak dahulu kala) di dalam masyarakat sehingga
merupakan hokum dan peraturan yang dipatuhi. Adat juga didefinisikan sebagai
suatu cara yang sudah menjadi kebisaan etimologi perkataan adat adalah dari
Bahasa arab ‘Adah’ yang bererti kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan
secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan itu menjadi adat. Kaedah ini memberi
maksud adat atau uruf boleh dijadikan rujukan bagi menetapkan sesuatu hukum
bagi satu-satu isu atau kes dengan syarat ketiadaan nas syarak dalam
permasalahan tersebut.

8
KEHUJAHAN

Apa yang dimaksudkan dengan kehujahan dan menerima adat sebagai sumber
hukum ialah beramal dengannya. Adat tidak dianggap sebagai hujah jika ia
menyalahi dalil-dalil dan hukum syarak yang tetap dan tidak berubah walaupun
suasana adat telah berubah. Oleh itu, mana-mana adat yang bertentangan dengan
nas atau hukum mestilah sama-sama kita menghapuskannya dan meninggalkannya.
Sebagaimana firman Allah S.W.T. :

ِ ‫عاو ُنوا َع َلى اإْل ِ ْث ِم َو ْالع ُْد‬


‫وان‬ َ ‫َو ال َت‬
Maksudnya :

Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan


pencerobohan. (surah al-Ma’idah 5:2)

Ulama yang menerima

Ulama Hanafi dan Ulama Maliki

Jumhur ulama berpegang kepada adat sebagai hujah. Banyak hukum yang
dikeluarkan berdasarkan kepada adat. Golongan yang terkenal menggunakan adat
adalah dari kalangan Mazhab Hanafi dan Maliki. Ulama Hanafi dan Maliki menerima
adat sebagai hujah hukum. Adat yang betul dan tidak bertentangan dengan syarak
mestilah diambil kira dalam pembinaan hukum dan membuat keputusan. Justeru itu
mujtahid dan kadi mestilah menilainya dalam membuat keputusan. Contohnya,
syarak mengambil kira dan menjaga adat kebiasaan orang arab yang baik serta
tidak bertentangan dengan hukum seperti mewajibkan bayaran diat terhadap aqilah
iatu ahli keluarga pembunuh. Adapun adat yang fasid dan bertentangan dengan
syarak tidak boleh diikuti sama sekali. Ulamak, mujtahid serta kadi mestilah

9
meninggalkannya dalam mengeluarkan keputusan. Ini kerana adat tersebut
bertentangan dengan dalil syarak dan juga menyebabkan terbatalnya hukum syarak.
Contohnya, seperti amalan riba yang berlaku dalam adat masyarakat jahiliyyah terus
diharamkan dalam syariat.

(Ustaz Abd. Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali@Mat Zin, 1997, 138)

Ulama yang menolak

Ulama Syafi’I dan Ulama Hambali

Bagi ulama Syafie dan Hambali pula, mereka tidak menjadikan adat ini sebagai
hujah dalam mengeluarkan suatu hukum. Selain itu, adat tidak akan dianggap
sebagai hujah jika ia menyalahi dalil-dalil syarak dan hukumnya yang tetap dan tidak
berubah dengan sebab berlainan suasana dan adat-adat kerana berhujah
dengannya bererti membelakangkan nas-nas syarak yang qat’iyy dan mengikut
hawa nafsu serta membatalkan syariat-syariat kerana syariat tidak datang untuk
memperakui perkara-perkara yang mudharat dan rosak. Oleh yang demikian
diketepikan adat itu dan tolong-menolong menghapuskannya kerana reda
dengannya bererti tolong-menolong melakukan perkara dosa dan permusuhan, ini
dilarang oleh islam.

(Hassan bin Ahmad.Muhammad Saleh bin Ahmad, 1198, 346)

10
JENIS-JENIS ADAT

Adat Am

Adat am merujuk kepada sesuatu kebiasaan yang diterima umum sebagai satu yang
memberi maksud tertentu. Sebagai contoh yang pertama, adat melayu iaitu
perkahwinan. Adat merisik,meminang dan bertunang adalah adat yang penting
sebelum perkahwinan dijalankan. Hal ini, penting supaya pihak lelaki dapat
mengetahui bahawa gadis yang bakal dipinang berpunya atau tidak dan pihak
perempuan perlu memastikan lelaki tersebut mempuyai latar belakang agama serta
dapat menyara gadis tersebut dan ia juga berhak memilih lelaki Akan tetapi, adat-
adat tersebut tidak dianggap penting di zaman ini. Contoh yang kedua iaitu adat
kunjung mengunjung di antara jiran tertangga , sahabat handai dan sanak saudara.
Orang melayu tidak harus mengunjung rumah orang pada waktu senja iaitu pada
waktu solat magrib dan biasanya jamuan yang disediakan tidak harus ditolak
walaupun sudah kenyang. Namun pada masa kini, mereka sudah tidak menghormati
waktu solat dan waktu senja yang tidak disalahkan mengunjungi rumah orang

Fiqh perbandingan isu-isu terpilih

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 221

‫ِين َح َّت ٰى ي ُْؤ ِم ُنوا ۚ َولَ َع ْب ٌد‬ َ ‫ت َح َّت ٰى ي ُْؤمِنَّ ۚ َوأَل َ َم ٌة م ُْؤ ِم َن ٌة َخ ْي ٌر مِنْ ُم ْش ِر َك ٍة َو َل ْو أَعْ َج َب ْت ُك ْم ۗ َواَل ُت ْن ِكحُوا ْال ُم ْش ِرك‬ ِ ‫َواَل َت ْن ِكحُوا ْال ُم ْش ِر َكا‬
ِ ‫ار ۖ َوهَّللا ُ َي ْدعُو إِلَى ْال َج َّن ِة َو ْال َم ْغف َِر ِة ِبإِ ْذ ِن ِه ۖ َو ُي َبيِّنُ آ َيا ِت ِه لِل َّن‬
‫اس لَ َعلَّ ُه ْم‬ ِ ‫ُون إِلَى ال َّن‬ َ ‫م ُْؤ ِمنٌ َخ ْي ٌر مِنْ ُم ْش ِركٍ َولَ ْو أَعْ َج َب ُك ْم ۗ أُو ٰلَئ‬
َ ‫ِك َي ْدع‬
َ ‫َي َت َذ َّكر‬
‫ُون‬

Dan janganlah kamu kahwini wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman ; dan
sesungguhnya seorang hamba wanita yang beriman itu lebih baik daripada wanita
11
musyrik, sekalipun ia menarik hati kamu dan janganlah kamu ( kahwinkan wanita
islam ) dengan lelaki musyrik sebelum mereka beriman. Dan sesungguhnya seorang
lelaki yang beriman lebih baik daripada lelaki musyrik, sekalipun keadaannya
menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana ) orang -orang kafir itu mengajak ke
neraka,sedang allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izinNya.
Dan allah jeleskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat
manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).(Surah al-
baqarah : ayat 221 )

Tafsir al-Quran (m/s : 35)

Adat Khusus

Adat khusus bermaksud sesuatu yang terpakai dan difahami oleh sesetengah
masyarakat atau negeri atau dikalangan golongan tertentu. Sebagai contoh ialah
adat perpatih di negeri sembilan. Keunikannya adat adalah berdasarkan kepada
sumber adat tersebut dan sistem nasab ibu yang diamalkan oleh masyarakatnya.
Sistem ini tidak terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia. Dari aspek sosial, ia masih
bercirikan hidup kekeluargaan seperti budaya bekerjasama, bermuafakat, saling
hormat-menghormati dan semangat kejiranan. Selain itu, upacara nikah kahwin,
kenduri dan sebagainya masih mempunyai ciri-ciri tradisi yang unik. Contohnya,
mengharuskan diadakan kenduri tahlil kerana ia merupakan ‘amalan
kebajikan,malah pahala daripada berdoa, bersedekah dan membaca ayat-ayat suci
al-quran yang dibaca didalam majlis tersebut.

Buku fiqh perbandingan isu-isu terpilih (m/s : 455)

Adat Sahih

12
Adat sahih iaitu adat istiadat yang tidak bertentangan dengan nash-nash yang ada
dalam hadis mahupun dalam Al-Quran. Selain itu, merupakan adat istiadat yang
telah diterima oleh masyarakat. Adat sahih juga merupakan adat yang dapat
diterima secara meluas, serta dapat dipertimbangkan oleh akal yang sihat serta
membawa kepada kebaikan. Dalam masa yang sama, dapat menolak daripada
kerosakan akhlak.Antara contohnya, sesorang menjual dan membeli bahan
makanan yang kebiasaannya diukur dengan takaran, tetapi bertukar menjadi ukuran
mengikut timbangan. Contoh seterusnya, bertahlil satu perbuatan yang baik kerana
mengandungi bacaan Al-Quran,berdoa,beristighfar bertasbih dan lain-lain dan
dikirimkan pahalanya bukan sahaja kepada si mati yang baru sahaja meninggal
dunia bahkan kepada saudara mara yang telah lama meninggal dunia.

Buku fiqh perbandingan isu-isu terpilih (m/s : 453)

Adat Fasid Atau Rosak

‘Urf fasid ialah perkara yang menjadi kebiasaan bagi manusia tetapi bertentangan
dengan syarak atau sesuatu yang menghalalkan perkara yang haram dan
mengharamkan perkara yang halal. ‘Urf fasid juga adalah setiap yang menyalahi
syarak dan membawa kemudaratan kepada manusia serta tidak mendatangkan apa-
apa kebaikan seperti pinjaman yang berbentuk riba dan kejahatn.
Contohnya,melakukan dosa-dosa besar atau meninggakan fardhu tanpa keuzuran,
menyebabkan orang yang melakuan menjadi fasiq yang menyebabkan gugur
persaksiannya dan wajiblah dibunuh tetapi masih dikira mu’min jika masih percaya
kepada rukun-rukun iman dan islam.

Buku rujukan fiqh perbandingan isu-isu fiqh terpilih (m/s : 323)

13
KAEDAH ADAT DIJADIKAN HUKUM

       Kaedah ini membawa maksud sesuatu adat kebiasaan itu dapat ditetapkan
sebagai hukum atau adat menentukan hukum. Untuk itu, para ulama’ menetapkan
bahawa ‘uruf dan adat kebiasaan itu merupakan salah satu daripada sumber hukum
dalam keadaan ketiadaan nas syarak. Namun, jika adat atau ‘uruf kebiasaan itu
bercanggah dengan nas, ia ditolak serta merta. Sebagai contoh adat masyarakat
Jahiliyyah yang mengharuskan anak lelaki mengahwini bekas isteri bapanya atau
ibu tirinya.

        Berdasarkan pengertian adat dan ‘uruf, ada sedikit perselisihan dalam kalangan
ulama’ untuk mentafsirkannya. Namun, ianya adalah perbezaan kecil sahaja
sedangkan skop dan konsepnya adalah sama. Adat ialah apa yang menjadi
kebiasaan orang ramai atau segolongan dari kalangan mereka. Ia merupakan
perkara yang diulang-ulang menurut kebiasaan sesuatu golongan mengikut cara
tertentu dan diterima sebagai logik. Menurut al-Jurjani, adat adalah sesuatu
perbuatan atau perkataan yang terus menerus dilakukan oleh manusia. Apa yang
penting ialah ia dapat diterima oleh akal manusia serta dilakukan secara berulang-
ulang. ‘Uruf pula ialah perkara yang dapat diterima dan disenangi menurut perasaan
manusia. Ia adalah perkara yang tetap dalam diri manusia dari segi akal dan
diterima oleh tabiat semulajadi yang sejahtera. Untuk itu, ‘uruf ialah perkara yang
selaras dengan perasaan dan tabiat manusia yang mana merangkumi perkataan
dan perbuatan.

14
Pecahan kaedah

                Berikut adalah pecahan yang terdapat dalam kaedah ini, antaranya:

a)  

  ‫انما تعتبر العادة اذا اطردت او غلبت‬  


Sesungguhnya adat yang diiktibar apabila berlaku berterusan atau kebiasaan dan
lebih banyak berlaku

Adat kebiasaan yang diiktibar apabila ia berterusan berlaku. Justeru itu, adat
kebiasaan berada pada kedudukan syarat. Sebaliknya, jika adat kebiasaan itu
berlaku secara tidak berterusan, ia perlu kepada nas atau pun dalil untuk
mengharuskannya. Dalam konteks tersebut, sekiranya apa yang berlaku itu jelas
secara berterusan pada adat kebiasaan, yang berterusan itu dikira sebagai hukum.
Untuk itu, jadilah kedudukan akad menurut apa yang berlaku pada adat kebiasaan.
Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :

         Seseorang yang menyewa mesin jahit untuk menjahit pakaian, benang


menjadi tanggungjawab siapa? Ada perselisihan pendapat dalam hal ini, dan
menurut pendapat al-Rafi’i, perkara itu hendaklah dirujuk kepada adat kebiasaan.
Apabila daripada adat kebiasaannya ada perselisihan, hendaklah ada penjelasan
dan jika tiada maka akad sewa menyewa tersebut batal.

         Seseorang yang melanggani majalah biasanya majalah tersebut sampai ke


rumah setiap bulan. Untuk itu, apabila berlaku akad langganan, walaupun tanpa
menyebut penghantaran, maka majalah tersebut secara langsungnya hendaklah
dihantar. Jika tidak, pelanggan boleh menuntutnya.

15
b)

‫كل ما ورد به الشرع مطلقا وال ضابط له فيه وال فى اللغة‬     


  ‫يرجع فيه الى العرف‬

Semua perkara yang dibawa oleh syarak berbentuk mutlak dan tiada dasar yang
menjelaskannya daripada sudut syarak atau bahasa

 Ia dikembalikan kepada uruf kebiasaan. Kaedah ini menjelaskan terdapat hukum


yang ada ketepatannya dalam syarak, namun hanya secara mutlak sahaja. Ianya
tidak ada sebarang penjelasan atau dalil syarak yang menjelaskannya. Oleh itu,
ianya hendaklah dirujuk kepada adat kebiasaan. Antara hukum-hukum furu’ yang
lahir daripada kaedah ini ialah :

        Berkaitan waktu dan tempoh haid serta kadarnya.

        Berkaitan tempat penyimpanan yang sepatutnya dalam kes berkaitan dengan


hukum hudud jenayah mencuri.

16
c)    

 ‫تعارض العرف العام والخاص‬  


.Berlaku pertentangan antara ‘uruf umum dan ‘uruf khas

‘uruf am ialah adat kebiasaan yang berlaku dalam kalangan semua umat Islam di
seluruh Negara Islam dan ianya member kesan kepada hukum. Manakala ‘uruf khas
pula ialah adat kebiasaan yang hanya berlaku  dalam kalangan sesetengah negara
umat Islam sahaja dan ia juga member kesan kepada hukum. Hukum-hukum furu’
yang lahir daripada kaedah ini ialah :

        Seseorang itu menggunakan barang orang lain tanpa akad. Namun, menurut
adat kebiasanaan penggunaannya, pengguna mestilah menjelaskan bayaran.
Justeru, pengguna wajib membayarnya kerana dikira terkenal dalam masyarakat.

        Seseorang bapa menghantar anaknya untuk belajar al-Quran untuk satu


tempoh. Selepas itu berlaku perselisihan antara bapa dan guru berkaitan dengan
upah mengajar. Jadi, perkara ini dihukum dengan member upah menurut adat
kebiasaan sesebuah kawasan tersebut.

d)   

17
‫الحقيقة‬ ‫تترك‬ 
 Hakikat ditinggalkan dengan ada petunjuk menurut adat

Kadang kala sesuatu perkara itu mempunyai pengertian yang berbeza. Satunya
membawa pengertian hakiki, dan satu lagi membawa pengertian majazi. Namun,
pengertian majazi adalah lebih meluas digunakan dalam kebiasaan hidup
bermasyarakat. Oleh itu, berdasarkan kaedah ini, pengertian yang hakiki diketepikan
dan pengertian majazi itu boleh dijadikan hujah untuk diamalkan. Hukum-hukum
furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :

        Seseorang membeli barang dengan membayar deposit sahaja. Namun,


sebelum ia mengambilnya, harga telah naik. Penjual tidak boleh membatalkan jual
beli tersebut atau menjualkan barang tersebut kepada orang lain dengan alas an jual
beli belum terlaksana sepenuhnya. Adat kebiasaanya ialah setelah dibayar
sebahagian daripada jumlah harga barang, maka akad jualan telah pun terlaksana.

18
HUKUM BERAMAL DENGAN ADAT

Umum diketahui, masyarakat Melayu dulu beragama Hindu dan mengamalkan adat
tertentu. Dalam situasi ini, mana-mana adat diamalkan sesuai dan selari dengan
matlamat dan prinsip Islam, ia diteruskan sebagai satu adat yang diterima.  Sebagai
contohnya, adat bersanding dan menepung tawar pengantin. 

Manakala, mana-mana adat yang bercanggah dengan syariat ditolak seperti


adat mempercayai tenung nasib yang ditegah syarak.  Firman Allah SWT surah al-
Maidah ayat 90 bermaksud: “Wahai orang beriman!  Sesungguhnya arak, judi,
penyembahan berhala dan bertilik nasib adalah najis (haram), dan ia dari perbuatan
syaitan.”

Manakala ada adat dipinda atau perbaiki agar selari dengan matlamatnya.
Contohnya, kebiasannya pengantin perempuan mendedahkan aurat ketika
bersanding.  Namun, kini atas kesedaran agama, kebanyakan pengantin wanita
bersanding dalam keadaan menutup aurat.

Mana-mana adat yang sahih wajib diberi perhatian dalam perundangan dan
kehakiman dalam proses menentukan hukum.  Hakim juga perlu mengambil kira
adat dalam menentukan keputusan penghakiman.  Ini kerana sesuatu adat telah
menjadi sebahagian keperluan dan kepentingan masyarakat.

Adat berdoa diketuai imam diamalkan masyarakat Melayu ada keperluannya.


Biasanya jika doa tidak diketuai imam, maka tidaklah banyak orang
melakukannya. Jadi, untuk membiasakan amalan berdoa, maka adatnya ia diketuai
oleh seeorang.

Manakala adat batal mesti ditolak. Contohnya adat mandi tolak bala pada
bulan Safar. Amalan itu tidak termasuk bab darurat atau maslahat untuk terus
mengharuskannya.  Masyarakat tidak pincang jika adat itu tidak diteruskan. Ataupun
adat menangguhkan pengembumian jenazah kerana perlu diadakan bedah siasat
dikira sebahagian daripada darurat yang mengharuskan perkara dilarang.

19
SYARAT-SYARAT BERAMAL DENGAN ADAT

Dalam mejadikan adat sebagai rujukan hukum, ada beberapa syarat yang perlu
dipatuhi yang tidak melanggar apa-apa hukum syarak. Dengan itu, adat dapat
diselarikan dengan zaman yang semakin maju berkembang ini dalam kalangan
masyarakat sekaligus tidak melanggar mana-mana hukum syarak.

Syarat yang pertama adalah adat itu mestilah tidak berlawan dengan nas dan
syarak. Contohnya seperti adat membuat urusniaga diatas talian. Adat ini telah
berkembang selari dengan kewujudan internet yang semakin berkembang di zaman
ini. Pembeli dan penjual tidak bersua muka ketika melakukan urusniaga. Tidak
dinafikan kaedah ini asal bertentangan nas syarak, yakni tidak boleh berurus niaga
dengan benda yang tidak ada dihadapan mata tetapi ulama telah menerimanya atas
kaedah maslahat dan telah dijadikan amalan biasa dalam masyarakat, oleh itu ia
tidak berlawanan dengan semua aspek hukum. Namun begitu, sesuatu perniagaan
yang bertentangan dengan hukum dan syarak seperti perniagaan yang
berlandaskan riba adalah haram sama sekali seperti yang telah Allah firman didalam
Al-quran.

Yang kedua pula adalah adat yang diterima harus itu hendaklah diamalkan oleh
individu dalam masyarakat secara menyeluruh dan meluas. Bahkan, jika ada yang
tidak mengamalkannya, jumlahnya amat sedikit. Contoh amalan ini ialah adat
menunaikan solat Tarawih yang diadakan secara berjemaah. Sedangkan pada
hakikatnya, solat Tarawih tidak semestinya diadakan secara berjamaah. Bahkan
sebenarnya, elok ditunaikan di rumah secara berseorangan atau bersama ahli
keluarga. Di Malaysia ini, apabila disebut saja solat Tarawih mesti dilakukan secara
beramai-ramai di surau ataupun masjid dan yang tidak melakukannya dianggap
tidak membuat Tarawih bahkan dia membuatnya di rumah. Begitulah gambaran
besarnya pengaruh adat dalam masyarakat.

20
ISU-ISU TERKINI BERKAITAN HUKUM:

SUMBER-SUMBER HUKUM DALAM ILMU USUL AL-FIQH

a) Definisi al-Quran

Hujjatul Islam al-Ghazali ketika mendefinisikan al-Quran berkata: Ia adalah


kitab yang diturunkan ke atas Rasulullah Muhammad S.A.W, yang tertulis di dalam
mushaf-mushaf, dinukilkan kepada kita daripada baginda secara mutawatir tanpa
sebarang keraguan. Lihat al-Mustasfa Min Ilm al-Usul (1/65).

Al-Quran merangkumi banyak hukum-hakam. Mungkin boleh kita bahagikannya


kepada tiga bahagian yang utama iaitu hukum-hakam yang berkaitan dengan
Aqidah seperti rukun-rukun iman yang enam. Selain itu,hukum-hakam yang
berkaitan dengan penyucian jiwa yang mana ia merupakan akhlak dan hukum-
hakam amali yang berkaitan dengan ucapan dan perbuatan mukallaf dan inilah yang
disebutkan sebagai fekah. Ia terbahagi kepada dua iaitu yang berkaitan dengan
ibadah dan juga muamalat.

b) Definisi al-Sunnah

Dari segi istilah para Usuliyyuun, al-Sunnah adalah: Apa-apa yang terbit
daripada Nabi selain dari al-Quran dari segi perkataan, perbuatan, ataupun
pengakuan. Lihat al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, al-Aaamidi (1/231).

Jenis-jenis Sunnah terbahagi kepada tiga iaitu Sunnah al-Qauliyyah (perkataan)


ialah kesemua ucapan Nabi S.A.W yang diucapkan oleh baginda di tempat-tempat
yang berbeza dan tujuan yang pelbagai. Ia juga turut disebut sebagai hadis secara
adatnya. Seterusnya, Sunnah al-Fi’liyyah (perbuatan) ialah apa-apa yang dilakukan
oleh baginda S.A.W seperti menunaikan solat dengan tatacara dan rukun-rukunnya,
dan seumpamanya. Seterusnya, Sunnah Taqririyyah (pengakuan) ialah Diamnya
Nabi S.A.W dari mengingkari sesuatu ucapan atau perbuatan yang terjadi dengan
keberadaan baginda ataupun ketika ketiadaan baginda dan baginda mengetahuinya.
21
c) Takrif al-Ijmak

Di sisi istilah para usuliyyun, ijmak adalah: Kesepakatan para mujtahid dari
kalangan umat islam pada suatu zaman tertentu terhadap suatu hukum syar’ie
selepas kewafatan Nabi S.A.W. Lihat al-Ihkam fi Usul al-Ahkam (4/115).

Apabila sesuatu ijmak itu berlaku dengan menepati syarat-syaratnya maka ia


menjadi suatu dalil yang qath’ie ke atas hukum permasalahan yang disepakati ke
atasnya tersebut. Tidak boleh diperselisihi dan dibantah kerana ia hujah yang qath’ie
serta menjadi kelaziman buat orang islam. Di antara dalil yang menunjukkan kepada
keautoritian ijmak adalah sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: Umatku tidak akan
berhimpun di atas kesesatan.

Ijmak terbahagi kepada dua iaitu Ijmak Soreh (jelas) ialah para mujtahid
membentangkan pendapat-pendapat mereka secara jelas, kemudian mereka
bersepakat ke atas suatu pendapat tanpa ada sebarang bantahan. Maka ijmak
seperti ini merupakan hujah yang qath’ie. Tidak boleh dibantah dan diperselisihi.

Selain itu, Ijmak Sukuti Iaitu seorang mujtahid mengeluarkan pendapatnya


berkenaan sesuatu permasalahan. Pendapat ini diketahui, tersebar luas, dan sampai
kepada mujtahidin yang lain. Kemudian mereka diam dan tidak mengingkari
pendapat ini secara jelas dan tidak pula mereka menyetujuinya secara jelas

d) Al-Qiyas

Definisi al-Qiyas dari sudut istilah sebagaimana yang disebutkan oleh para
usuliyyuun adalah: Menghubungkan apa-apa yang tidak warid padanya nas atas
hukumnya dengan apa-apa yang telah warid ke atasnya nas hukum disebabkan
persamaan illah di antara keduanya. Lihat Syarah al-Waraqat Fil Usul. Hlm. 197-
198.

22
SUMBER- SUMBER HUKUM YANG DIPERSELISIHKAN

1) Al-Istihsan:

Kata al-Faqih al-Halwani al-Hanafi, Istihsan adalah: Meninggalkan qiyas kerana satu
dalil yang lebih kuat darinya daripada Kitab ataupun Sunnah atau Ijmak.

Imam al-Karkhi al-Hanafi pula mendefinisikannya sebagai: Seseorang berpatah


semula daripada menghukum sesuatu permasalahan seperti yang dia hukumkan
pada permasalahan yang hampir sama kepada hukum yang berbeza dengannya. Ini
disebabkan ada suatu bentuk yang membawa perbezaan antaranya dengan yang
awal.

Keautoritian al-Istihsan: Majoriti para ulama menggunapakai al-istihsan dan


menganggapnya sebagai satu dalil daripada dalil-dalil hukum. Manakala sebahagian
fuqaha lain pula mengingkarinya seperti golongan al-Syafieeyyah. Sehingga
dinukilkan daripada Imam al-Syafie bahawa beliau berkata: Istihsan adalah
berseronok-seronok dan berkata mengikut hawa nafsu. Kata beliau lagi: Sesiapa
yang melakukan istihsan sesungguhnya dia telah membuat syariat. Lihat al-Ihkam fi
Usul al-Ahkam, Saifuddin al-Amidi (4/209).

2) Al-Maslahah al-Mursalah:

Kata Imam al-Ghazali: Al-Maslahah adalah mendatangkan manfaat dan menolak


kemudharatan iaitu mafsadah. Lihat al-Mustasfa min Ilmi al-Usul, al-Ghazali (2/139).

Maslahah terbahagi kepada tiga ialah Al-Masolih al-Mu’tabarah (maslahah-maslahah


yang diambil kira) iaitu apa yang Allah mengambil kira akannya dari sudut Dia
mensyariatkan baginya hukum-hakam yang sampai kepadanya. Seperti menjaga
agama, nyawa, akal, maruah, dan juga harta.

Kedua, Al-Masolih al-Mulghah (maslahah yang tidak diambil kira) sekalipun pada
perkara-perkara ini dianggap ada kemaslahatan, akan tetapi syarak tidak mengambil

23
kiranya sebagai maslahah. Contohnya hak samarata di antara anak lelaki dan anak
perempuan di dalam mirath. Demikian juga maslahah yang akan diperoleh daripada
orang yang melakukan riba dalam menambahkan hartanya. Ini juga maslahah yang
tidak diambil kira oleh syarak lalu ianya dibatalkan. Ketiga, Al-Masolih al-Mursalah:
Maslahah-maslahah ini tidak terdapat nas yang menyatakan ke atasnya. Tidak pula
terdapat nas-nas yang menbantahnya. Makai a dianggap sebagai maslahah
mursalah di sisi usuliyyuun

3) Sadd al-Zaraai’:

Definisi al-Zaraai’: Ia adalah kata banyak dari perkataan zari’ah yang


bermaksud jalan. Ia merupakan jalan yang membawa kepada mafsadah ataupun
maslahah. Akan tetapi penggunaanya lebih banyak kepada jalan yang membawa
kepada kerosakan. Oleh itu sad al-zarai’e adalah menutup jalan-jalan yang boleh
membawa kepada kerosakan ataupun keburukan.

Contoh-contoh Sadd al-Zaraaie’ ialah pengharaman berkhalwat dengan ajnabi untuk


mengelakkan berzina. Selain itu, larangan untuk seorang lelaki meminang pinangan
orang lain. Untuk mengelakkan permusuhan dan kebencian. Seterusnya, larangan
untuk melakukan ihtikar (monopoli) kerana ia merupakan satu jalan untuk
menyempitkan urusan manusia dalam makanan asasi mereka.

4) Al- ‘Urf

Definisi Uruf ialah apa-apa yang telah menjadi adat kebiasaan di sisi
masyarakat dan diamalkan di dalam kehidupan daripada ucapan atau perbuatan.
Uruf dan adat merupakan istilah yang sama di sisi fuqaha.

Uruf terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut Uruf ‘amali (perbuatan)
uruf ini merupakan amalan-amalan yang telah menjadi adat kebiasaan di sisi
manusia. Contohnya: Jual beli secara ta’athi (saling memberi), pembahagian mahar
kepada mahar segera dan mahar muajjal (tertangguh), masuk ke dalam tandas
awam tanpa menentukan tempoh lama berada di dalamnya.

24
Uruf qauli (perkataan) ialah perkataan-perkataan atau lafaz yang telah menjadi
kebiasaan di dalam masyarakat. Seperti mereka maksudkan dengan lafaz-lafaz
tersebut akan makna tertentu selain dari makna yang diletakkan untuk lafaz
tersebut. Contohnya adalah terkenalnya penggunaan lafaz daging kepada selain
dari ikan, penggunaan nama daabbah kepada haiwan yang memiliki empat kaki,
serta penggunaan kalimah al-walad kepada anak lelaki dan bukannya merujuk
kepada anak perempuan.

5) Qaul al-Sahabi

Definisi al-Sahabi di sisi para ulama usul adalah: Sesiapa yang menyaksikan
Nabi S.A.W dan beriman dengannya, dan melazimi baginda dalam tempoh yang
memadai untuk digelar sebagai sahabat secara urufnya seperti para khulafa al-
rasyidin.

Yang dimaksudkan dengan qaul sahabi adalah ucapan ataupun pendapat daripada
seorang sahabat dalam permasalan fekah, qadha, ataupun fatwa.

6) Syara’ Man Qablana

Definisi Syarak man Qablana adalah: Hukum-hakam yang Allah telah


syariatkan kepada umat-umat terdahulu sebelum kita dan Allah turunkannya kepada
para Nabi dan Rasul-Nya untuk disampaikan kepada umat-umat tersebut.

Syarak Man Qablana mempunyai beberapa jenis. Pertama, hukum-hakam yang


datang di dalam al-Quran ataupun al-Sunnah dan terdapatnya dalil di dalam syariat
kita yang menunjukkan ianya difardhukan ke atas kita sebagaimana ia difardhukan
ke atas umat-umat terdahulu. Maka jenis yang pertama ini dianggap sebagai syariat
buat kita. Kedua, hukum-hakam yang dikisahkan oleh Allah di dalam al-Quran
ataupun dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W di dalam sunnahnya dan terdapatnya dalil

25
di dalam syariat kita yang menunjukkan ianya telah dimansukhkan untuk kita iaitu ia
hanya khusus untuk umat-umat terdahulu. Maka jenis yang kedua ini tidak ada khilaf
bahawa ianya tidak disyariatkan untuk kita. Ketiga, hukum-hakam yang tidak
disebutkan di dalam al-Quran dan juga Sunnah maka ini juga tidak menjadi syariat
buat kita tanpa khilaf. Keempat, hukum-hakam yang datang di dalam al-Quran dan
juga al-Sunnah akan tetapi konteks ayat tidak menunjukkan ianya masih kekal
hukumnya atau sudah tiada dalam syariat kita. Maka jenis ini terdapat khilaf di sisi
para ulama terhadapnya. Golongan Hanafiyah mengambil kira ia sebagai
sebahagian dari syariat kita. Majoriti fuqaha lain tidak menganggapnya sebagai
syariat buat kita.

7) Istishab

Takrif istishab dari sudut istilah adalah: Berterusan mengisbatkan apa-apa yang
telah sabit ataupun menafikan apa-apa yang telah ternafi. Rujuk I’lam al-Muwaqqi’in,
Ibn al-Qayyim (1/294).

Al-Syaukani pula mendefinisikan istishab sebagai: Mengekalkan sesuatu perkara


berdasarkan keadaan asalnya selama mana tidak terdapat sesuatu yang
mengubahnya. Lihat Irsyad al-Fuhul, al-Syaukani. Hlm. 20.

KEHUJAHAN AL-ISTISHAB

Ulama bersepakat bahawa wajib beramal dengan al-istishab bahagian pertama iaitu
hukum asal iaitu harus berterusan selagi tiada dalil yang menyalahinya. Walau
bagaimanapun, yang diperselisihkan oleh ulama ialah empat bahagian terakhir. (Abd
Latif Muda & Rosmawati Ali@Mat Zain 1997:142). Secara ringkasnya, perselisihan
itu terbahagi kepada tiga mazhab iaitu:

26
a) Mazhab pertama:

Pendapat majoriti ulama Mazhab Maliki, Syafi’e, Hanbali dan sebahagian kecil
ulama Hanafi. Mereka mengatakan al-istishab sebagai hujah, sama ada pada nafi
atau isbat.

b) Mazhab kedua:

Pendapat segelintir ulama Hanafi yang terkemudian. Ulama ini berpendapat al-
istishab hanya sebagai hujah pada nafi sahaja tetapi tidak pada isbat. Contohnya,
dihukum lepas daripada taklif sehingga ada dalil yang menunjukkan ditaklifkan.
Huraiannya akan dijelaskan secara panjang lebar dalam hujah mereka yang akan
dinukilkan pada muka surat seterusnya.

c) Mazhab ketiga

Pendapat majoriti ulama Hanafi dan sebahagian daripada ulama al-kalam. Mereka
berpendapat al-istishab tidak dianggap sebagai hujah sama sekali. (Abd Latif Muda
& Rosmawati Ali@Mat Zain 1997:143)

KAEDAH-KAEDAH FIKAH YANG TERBINA DARIPADA AL-ISTISHAB:

1. ( ‫) األصل بقاء ما كان على ما كان‬


Asal sesuatu kekal berdasarkan sesuatu yang ada sebelumnya sehinggalah ada
dalil atau bukti yang menetapkan perubahan atau mengubahnya. Contohnya orang
yang yang hilang dikira seperti keadaan asalnya masih hidup sehingga ada bukti
menunujukkan dia meninggal dunia. Justeru itu ulama sepakat bahawa hartanya
tidak boleh diwarisi. Mengenai hak mewarisi pula, menurut ulama mazhab Hanafi
haknya itu ditangguhkan sehingga disahkan ia masih hidup atau mati. ( Abd Latif
Muda & Rosmawati Ali@Mat Zain 2001: 154)

27
2. ( ‫) األصل في األشياء أإلباحة‬
Asal terhadap sesuatu itu adalah harus hukumnya. Contohnya sah semua bentuk
akad yang tidak terdapat petunjuk syarak tentang batal atau haramnya.

3. (‫)األصل في الذمة البراءة‬


Asalnya seseorang bebas daripada tanggungjawab. Dalam erti kata lain ia juga
dikenali dengan istilah al-istishab al-baraah iaitu merupakan salah satu kaedah yang
disepakati oleh jumhur ulama fiqh. Antara lain ialah bebas daripada bebanan taklif
dan hak-hak yang tidak harus sama sekali menetapkan terhadap seseorang atau
disandarkan kepadanya sesuatu tanggungjawab melainkan ada dalil harus berbuat
demikian.

4. (‫) اليقين ال يزول بالشك‬


Sesuatu keyakinan atau perkara yang diasaskan atas dasar keyakinan tidak
terhapus dengan sebab ada syak atau keraguan yang datang kemudiannya.
Sebagai contoh sesiapa yang yakin berwuduk kemudian ia syak berhadas
hukumnya dikira masih kekal berwuduk menurut jumhur selain mazhab Maliki.
Selain itu contoh lain seorang suami menceraikan salah seorang dari dua isterinya
dan dia syak isteri yang mana diceraikan maka semua isterinya tidak jatuh talak
kerana tiap-tiap orang isteri itu dihalalkan kepada suami adalah yakin apa yang
berlaku ialah syak tentang tidak wujudnya atau tamatnya halal tersebut. Namun
mengikut mazhab Maliki jatuh talak atas kedua isterinya kerana tidak dapat
menentukan yang mana satu dari isterinya itu. Justeru itu maka keduanya jatuh talak
berasakan al-istishab terhadap hukum talak yang benar-benar berlaku dengan yakin.
(Wahbah al-Zuhayly 1986 : 116)

28
KESIMPULAN

Adat mengikut definisi bahasa adalah berbeza namun secara amalan adalah
perkara yang sama. Setiap masyarakat mempunyai adat yang tersendiri yang
menjadi identiti ataupun kebanggaan masing-masing. Sesuatu adat sebati dalam
masyarakat berkenaan dan diterima sebagai perkara yang benar.

Dalam memberi kemudahan dan tidak wujud pertentangan dengan kehendak adat
dan agama, maka Islam menerima adat sebagai salah satu sumber hukum fiqah.
Namun penerimaan itu melalui proses yang ketat yang antara lain adat itu
semestinya tidak bertentangan dengan nas yang jelas. Ia dapat diterima umum
dalam kalangan masyarakat dan perkara itu telah lama berlaku sebelum ia
diputuskan sebagai sumber hukum dan perkara itu terus berlaku.

Penerimaan adat sebagai sumber hukum bukan bererti manusia boleh menentukan
sendiri hukum agama. Hakikat sebenar sumber hukum utama adalah daripada Allah
SWT dengan syarat-syarat tertentu. Kebenaran menggunakan adat sendiri adalah
tetap berdasarkan kepada sumber hukum sebenar. Adat hanya menjadi cabang
yang tumbuh daripada pokok hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT.

Justeru, tidak benar jika ada pihak mendakwa hukum boleh berubah mengikut
kepentingan pihak tertentu. Sebarang perubahan atau penetapan hukum mesti
dilakukan oleh keputusan bersama-sama dengan ulama dan bukannya ikut suka
sendiri ingin menentukan hukum adat itu tanpa perbincangan para ulama dan
syarak.

Penerimaan adat sebagai sumber hukum adalah rahmat besar bagi umat Islam
seperti yang diketahui kehidupan manusia sentiasa berubah seiring dengan
perubahan kemajuan zaman. Banyak perkara baru yang perlu ditentukan hukum
untuk kepentingan umat Islam supaya terus hidup berpandukan kepada hukum yang
betul.

29
Kes berkaitan muamalat, penggunaan teknologi terkini dan sebagainya perlu
mendapat ketentuan hukum yang antara lain kemelut ini diselesaikan melalui
kaedah adat. Bagaimana hendak ditentukan hukum bermuamalat menggunakan kad
kredit, urusan atas talian dan sebagainya jika kaedah hukum adat diguna pakai.

Sekiranya, kaedah adat tidak digunapakai, sudah tentu banyak keperluan manusia
hari ini tidak dapat dipastikan hukumnya sedangkan Islam adalah agama yang
sesuai sepanjang zaman tanpa had geografi dan memberi manfaatkan kepada
seluruh alam.

Sesungguhnya, setiap hukum yang ditetapkan untuk dipatuhi oleh setiap umat Islam
adalah mudah, namun tidap pula boleh dipermudahkan mengikut sesuka hati.
Sumber hukum tetap berdasarkan apa yang telah dijelaskan oleh Allah SWT dan
Rasulullah SAW.

30
SUMBER RUJUKAN

 https://www.slideshare.net/AimiRasyidaJunedi/adat-dijadikan-hukum
 https://prezi.com/p/cguytwsoh34p/adat-dijadikan-sebagai-rujukan-hukum/
 http://dns2c.blogspot.com/2016/03/8-kaedah-asas-kaedah-fiqh-dan_13.html
 http://roslanwani.blogspot.com/2018/08/blog-post_11.html
 https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-usul-fiqh/1530-irsyad-usul-al-fiqh-siri-ke-
3-sumber-sumber-hukum-dalam-ilmu-usul-al-fiqh
 http://usulfiqh1.blogspot.com/2010/04/al-istishab.html

31

Anda mungkin juga menyukai