S 9&10
S 9&10
NO MATRIKS: BA19110404
Menurut kamus dewan bahasa edisi keempat, bahasa merujuk kepada variasi
bahasa berdasarkan penggunaanya sebagai bahasa klasik, bahasa istana serta
ragam bahasa.
Gaya bahasa pula adalah pengetahuan tentang penggunaan kata- kata dan
penyusunan ayat ataupun juga cara penggunaan bahasa. Dalam penulisan akademik
sains sosial terdapat laras bahasa yang tertentu yang digunakan iaitu laras bahasa
ilmiah. Laras bahasa ilmiah ini adalah amat penting untuk digunakan dalam
sesebuah penulisan yang berbentuk akademik agar isi penulisan yang hendak
disampaikan adalah berbentuk intelektual kepada pembaca. Laras bahasa ilmiah
terdiri daripada perbendaharaan kata dan struktur bahasa yang tepat dan betul.
Justeru itu seseorang penulis ilmiah perlulah bijak dalam menggunakan laras bahasa
ilmiah dalam penulisan akademik mereka agar hasil penulisan akademik mereka
menjadi sebuah karya ilmu yang cukup baik dan mampu menarik minat pembaca.
LARAS BAHASA ILMIAH
Laras bahasa yang mengungkapkan ilmu yang ada dan cuba untuk disampaikan,
kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa. Laras ilmiah dapat
menghasilkan bentuk yang tepat dan mencerminkan kejelasan pemikiran yang
mengutamakan konsep serta urutan pemikiran secara logik penulis perlu peka
menggunakan laras yang berbeza mengikut situasi serta memahami tajuk
perbincangan. Penulisan ilmiah tergambar daripada penggunaan perbendaharaan
kata dan struktur tatabahasa.
TATABAHASA
Kesimpulan
Rujukan
Anderson Jonathan. (2011). Penulisan Tugasan dan Tesis. (Edisi Ke-4). Kuala
Lumpur: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Northedge, A. (1995). The Good Study Guide. Milton Keynes, United Kingdom: The
Open Unversity.
Sigismund huff anne. (2009). Designing research for publication . Sage publication,
inc.
PENGENALAN
Secara umumnya, penulisan yang dihasilkan oleh seseorang penulis atau pelajar
akan meminjam atau memetik pendapat daripada pelbagai sumber. Hal ini memang sesuatu
yang dijangkakan dan ia adalah digalakkan untuk memantapkan dan menyokong hujah
dalam penulisan. Walaubagaimanapun, jika seseorang penulis atau pelajar itu menggunakan
pendapat, cadangan atau idea orang lain, beliau perlu menuliskan maklumat tentang penulis
asal petikan tersebut. Perkara ini juga perlu dinyatakan jika penulis atau pelajar telah
memetik atau mengolah kembali idea asal penulis bagi sumber yang dirujuk adalah menjadi
suatu kesalahan, jika anda tidak menyatakan maklumat asal penulis kerana ia melanggar
hak cipta penulis asal tersebut.
Takrif “Kutipan”- pinjaman ayat atau pendapat daripada seseorang penulis atau ucapan
seseorang terkenal yang diperolehi dari sumber media cetak atau elektronik. Ia digunakan
oleh penulis atau pelajar untuk menyokong, memantap atau memberikan huraian lanjut
terhadap pendapat dalam penulisannya. Kutipan boleh didapati dalam pelbagai sumber.
Secara umumnya, penulisan yang dihasilkan oleh seseorang penulis atau pelajar akan
‘meminjam’ atau memetik pendapat daripada pelbagai sumber. Hal ini memang sesuatu
yang dijangkakan dan ia adalah digalakkan untuk memantap dan menyokong hujah dalam
penulisan. Walau bagaimanapun, jika seseorang penulis atau pelajar itu menggunakan
pendapat, cadangan atau idea orang lain, beliau perlu menuliskan maklumat tentang penulis
asal petikan tersebut. Perkara ini juga perlu dinyatakan jika penulis atau pelajar telah
memetik atau mengolah kembali idea asal penulis bagi sumber yang dirujuk adalah menjadi
suatu kesalahan, jika anda tidak menyatakan maklumat asal penulis kerana ia melanggar
hak cipta penulis asal tersebut.
Menurut Strong (1993), terdapat TIGA sebab utama kutipan diperlukan dalam
sesebuah penulisan antaranya kita dapat mengenal pasti jenis penulisan. Selain itu, untuk
menjelaskan tujuan penulisan. Seterusnya, untuk mengetahui tahap pengetahuan atau
kemahiran pembaca. Dalam sesetengah kutipan, anda boleh menyalin semula kutipan itu
dan sesetengahnya pula, anda perlu menghuraikan kembali isi penting dalam bentuk ayat
anda sendiri. Terdapat beberapa jenis kutipan yang boleh digunakan dalam sesebuah
penulisan.
(3) Council of Biology Editors (CBE) sesuai untuk bidang Sains Tulen.
Walaupun kita telah mengenal pasti kutipan yang ingin dipetik, anda masih perlu
memikirkan cara bagaimana hendak menggunakannya.
A) Menurut format MLA, maklumat yang perlu dinyatakan dalam kutipan adalah (i) nama
penulis dan (ii) muka surat bahan yang dikutip sahaja. Contohnya:
“Rudyard Kipling was the first writer to travel widely throughout the British Dominious”
(Carrington, 2001: 383)
Perbezaan ini jelas dapat dilihat dalam penulisan bibliografi yang membezakannya dengan
format APA… Dalam MLA, kedudukan tahun terletak di hujung bibliografi. Contohnya:
B)Cara menulis kutipan mengikut format APA adalah berbeza sedikit iaitu perlu menyatakan
tahun penerbitan dalam teks…
Contoh:
muka surat bahan yang dipetik (sekiranya kutipan langsung) perlu dinyatakan di bahagian
akhir atau bergantung pada cara pengolahan yang dilakukan oleh penulis…
Contoh:
Samad Said (1992) menjelaskan Novel Mencari Salina adalah novel terbaik yang pernah
dihasilkannya. (m/s 5)
atau
Walau bagaimanapun, dalam penulisan jenis Sains Sosial, biasanya muka surat bahan yang
dirujuk tidak perlu dinyatakan. Contoh:
Holloway (1980) verifies that both passive music reinforcements and active
music…
Seagrave, S. (1988). The Marcos Dynasty. New York: Harper & Row.
Terdapat dua jenis kutipan. Pertama adalah kutipan langsung. Kutipan yang ditulis
dalam susunan ayat asalnya, tanpa sebarang perubahan dan diberi tempat tersendiri dan
terpisah dari teks. Apabila penulis atau pelajar menggunakan kutipan langsung, ia mestilah
tidakmengubah penulisan asal dari segi ejaan, perkataan & ayat. Yang kedua adalah kutipan
tidak langsung, ungkapan kembali pendapat, gagasan, ringkasan atau kesimpulan daripada
sesebuah penulisan dengan bahasa dan gaya penulis atau pelajar sendiri akan lebih
menarik, jika penulis atau pelajar dapat menyusun dan menghuraikan semula petikan
tersebut – ia akan memudahkan pembaca memahami maksud yang ingin disampaikan.
Menurut Arnandet dan Barret (1984), dalam sistem APA, apabila kutipan tidak
langsung digunakan, kutipan itu mesti menyatakan (i) nama penulis dan (ii) tahun
sumber itu diterbitkan sahaja. Menurut Gaya Dewan (1990), ada TIGA bentuk
kutipan yang diguna dalam sesebuah penulisan;
(1) Kutipan pendek- “…bahasa Melayu adalah bahasa yang mudah dipelajari dan
dituturkan” (Ismail, 1992, 24)
(2) Kutipan sederhana- Pendapat ini selari dengan pernyataan Nik Safiah Karim
(1988) yang menegaskan:
Asal usul orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu amat kabur kerana
sejarah kuno Asia Tenggra masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanapun,
kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu
kuno, iaitu nenek moyang kita.
(3) Kutipan dalam kutipan- Menurut Robbinson dan Wyatt (1964) dalam Whitmore
(1975, hlm. 29), hutan hujan tanah pamah Semenanjung Malaysia… memiliki
kanopi tiga lapis yang unik…
KESIMPULAN
Ringkasnya, apabila kutipan digunakan dalam sesebuah penulisan, ia secara tidak
langsung akan memantapkan idea yang disampaikan oleh penulis atau pelajar. Tidak
terdapat had dalam menentukan beberapa banyak kutipan yang boleh diambil oleh
seseorang penulis atau pelajar dalam menyediakan penulisannya. Walau bagaimanapun, jika
kutipan yang dipetik itu terlalu banyak, ia akan menjejaskan peluang anda sebagai penulis
untuk memberikan pendapat anda sendiri. Penulis atau pelajar diingatkan agar sentiasa
mencatat segala maklumat tentang kutipan yang dipetik sama ada dalam bentuk idea atau
kutipan langsung kerana jika ia gagal dilakukan, penulis atau pelajar akan didapati bersalah
dari segi akta hak cipta.
RUJUKAN