Anda di halaman 1dari 9

JMK 520- PROJEK KAJIAN

KESUSASTERAAN .
2019/2020

TAJUK:
Sastera Sebagai Dokumen Kritikan
Budaya: Satu Analisis Terhadap Syair
Nasib Melayu
OLEH:

Mohd Tarmizi Bin Ismail


01114991731
JM/12470/13
(RF/158532)
mizielakum@gmail.com

NAMA PENYELIA:
DR. NORLIZAWATI MD NOR
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

KANDUNGAN

1
Halaman

1.1 Pengenalan
1.2 Pemasalahan Kajian
1.3 Objektif Kajian
1.4 Kepentingan Kajian
1.5 Skop Kajian/ Teori dan Metadologi
1.6 Kajian Lepas
1.7 Organisasi Kajian

BAB 1

2
1.1 PENGENALAN
Syair merupakan bentuk puisi lama yang menggunakan bahasa kiasan dan indah dengan

pilihan diksi dan majas metafora. Syair hampir mirip dengan pantun atau puisi, namun secara

umum berbeza. Syair termasuk dalam jenis-jenis puisi lama. Beberapa ciri-ciri syair di

antaranya terdiri dari 4 baris, bersajak a-a-a-a, semuanya adalah isi syair serta menggunakan

bahasa kiasan. Syair biasanya dibacakan dengan musikalisasi atau dilagukan agar terdengar

lebih indah.

Proses penghayatan dalam pembacaan syair juga penting untuk menyampaikan isi syair

secara keseluruhan. Secara umum syair berbeza dengan pengertian puisi, walaupun kedua-

duanya menggunakan bahasa kiasan dan sering memakai majas metafora. Syair juga berbeza

dengan pantun atau gurindam.

Pengertian syair secara umum adalah salah satu jenis puisi di mana perkataan syair berasal

dari bahasa Arab ‘syu’ur‘ yang berarti ‘perasaan’. Kata syu’ur berkembang menjadi kata

‘syi’ru‘ yang bermaksud ‘puisi’ dalam pengertian umum. Syair dalam kesusastraan Melayu

merujuk kepada pengertian puisi secara umum. Namun dalam perkembangannya mengalami

perubahan makna sehingga sesuai dengan keadaan dan situasi yang terjadi.

Syed Naquib al-Attas berpendapat bahawa syair dicipta oleh Hamzah Fansuri sendiri selepas

kedatangan Islam iaitu pada tahun 600 Masihi. Za'aba pula mendakwa bahawa syair berasal

daripada perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan

pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta

mempunyai bahasa yang indah dan menarik.

Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu

tradisional. Syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus. Syair dianggap milik

bersama oleh masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair yang lebih

3
bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair

Arab.

Ciri-ciri syair 

Terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau

3 rangkap). Syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun).setiap baris

dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah syair

biasanya menceritakan suatu kisah.bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4

perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.

Syair boleh terdiri daripada syair romantik, syair sejarah, syair ibarat dan juga syair keagamaan.

Contoh syair

Dengan bismillah pembuka kata

Merangkap syair di malam buta

Membiarkan hati berkata-kata

Melepaskan perasaan mana terasa

Nasib Melayu nama dikarang

Melayu dahulu hingga sekarang

Walaupun banyak dikaji orang

Tak ada salahnya diulang-ulang

Terhadap Melayu banyak bahasa

Ada menyanjung ada melecehkan

Ada memuji berlebih-lebihan

4
Ada menguji penuh ejekan.

Syair Nasib Melayu-Ternas Affendi

FUNGSI Syair :

Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat. Syair dijadikan sebagai hiburan.

Ia sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu. Contohnya pesta dan keramaian, dipertandingkan

atau dalam upacara-upacara adat. Selain itu, ia juga digunakan dalam adat perkahwinan. Syair

juga dilagukan atau dinyanyikan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu. Contohnya: dalam

dabus atau boria. Di samping itu, kemerduan suara atau kelembutan nada syair berupaya mengusik

perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam. Syair juga digunakan untuk

menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu tersebut. Contohnya: dalam hal-hal yang

menyentuh aspek pengajaran.

1.2 PERMASALAH KAJIAN

Syair sebagai satu genre yang memiliki patah-patah perkataan yang sangat padat. Namun

begitu syair juga mempunyai kuasa sebagai bahan mngetengahkan karyanya kepada

masyarakat Melayu. Oleh yang demikian kajian terhadap syair ini sangat kurang berbanding

syair yang membawa tema cinta, perang dan sebagainya. Dengan itu, kajian ini akan

membuktikan syair Nasib Melayu sebagai karya dokumen budaya.

Syair Nasib Melayu telah dihasilkan oleh Tenas Effendy sebagai pedoman untuk kritikan

masyarakat Melayu. Dengan itu, Tenas Effendy yang terawal sebagai tokoh budaya yang amat

terkenal seluruh Nusantara. Dalam konteks ini kajian terhadap Ternas Effendy dan

kepengarangannya masih kurang. Oleh itu kajian ini akan membincangkan ketokohan dan

kreativiti Tenas Effendy.

Sehubungan itu terdapat beberapa aspek kritikan yang terkandung dalam Syair Nasib

Melayu. Dalam Syair Nasib Melayu Tenas Effendy menghasilkan naratif tersebut secara halus

5
dan sinis. Dalam hal demikian, kajian akan melihat apakah aspek-aspek kritikan dokumen

budaya masyarakat Melayu berdasarkan aspek teori dokumen budaya.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya kajian ini adalah untuk mendeskripsikan makna yang terkandung dalam

Syair Nasib Melayu karya Tenas Effendy. Secara khusus kajian ini untuk:

1.Untuk membuktikan Syair Nasib Melayu sebagai sebuah karya kritikan dokumen budaya.

2. Membincangkan ketokohan dan kretiviti kepengarangan Tenas Effendy sebagai pengarang

Syair Nasib Melayu.

3.. Menganalisis aspek-aspek krikitan dokumen budaya masyarakat Melayu berdasarkan aspek

teori dokumen budaya.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian terhadap Syair Nasib Melayu melalui karya Tenas Effendy yang diterbitkan pada

2005 ini memberi manfaat kepada orang ramai, khususnya para sarjana dan pengkaji sastera.

Dengan kajian ini juga diharapkan akan dapat memupuk semangat kecintaan terhadap

kesusasteraan khususnya puisi-puisi tradisional. Dalam hal itu, dengan adanya kajian ini juga,

pembaca akan lebih memahami bentuk-bentuk bahasa yang digunakan dalam penulisan syair.

Secara tidak langsung akan mengenali teknik-teknik penulisan syair serta keragaman bahasa yang

diperlukan untuk meghasilkan syair yangg bermutu. Pengkaji bidang sastera akan menyedari

betapa kekangan bahasa itu tidak menjadi penghalang kepada penyair untuk mencipta sesuatu

yang baru, contohnya mempelbagaikan gaya bahasa dalam penulisan syair. Kajian ini juga dapat

dijadikan sumber rujukan berguna kepada generasi muda yang ingin berkarya. Secara tidak

langsung, mereka akan mengetahui serba sedikit unsur-unsur penting yang membina sesebuah

6
syair. Dengan itu, mereka akan dapat mengaplikasikan segala bentuk deviasi dan variasi teknik di

dalam mencipta syair yang segar dan bermutu, termasuklah untuk mengkritik dan mendidik.

1.4 SKOP KAJIAN/ TEORI DAN METADOLOGI

Teori dokumen kritikan budaya

Kajian ini akan bertunjangkan kepada teori dokumen kritikan budaya yang diasaskan oleh

Richard Hoggard (1964). Teori ini terdiri daripada beberapa aspek yang penting dan dikaitkan

dengan budaya kritikan masyarakat. Budaya dalam bahasa yang mudah sebagai perkara-

perkara berkaitan dengan budi dan akal. Istilah budaya dalam bahasa Inggeris ialah ‘culture’.

Ia bermaksud kehidupan manusia yang sentiasa memelihara dan mengerjakan pelbagai

tindakan yang boleh menghasilkan tindakan budaya (Suwardi Endraswara, 2006:4).

Hasil kajian yang dilaksanakan ini diharapkan dapat memberi manfaat baik secara

teoritis maupun praktis. Secara teoritis penelitian ini dapat memperkaya disiplin keilmuan

yang ada melalui salah satu materi dalam pembelajaran bahasa dan sastera Melayu, sedangkan

manfaat praktisnya agar masyarakat dapat melihat gambaran nyata mengenai masyarakat

Melayu melalui Syair Nasib Melayu yang kemudian dapat dijadikan pedoman hidup masyarakat

dalam bersikap dan bertingkah laku.

Selain itu, kajian sastera yang dilakukan terhadap Syair Nasib Melayu karya Tenas

Effendy diharapkan nantinya juga dapat memberikan beberapa manfaat bagi khalayak ramai,

diantaranya :

Sebagai inventaris dan sumbangan dalam memperkaya khazanah sastera Melayu klasik,

serta menyajikan kembali Syair Nasib Melayu kepada khalayak ramai serta para

pembaca pada zaman sekarang. Hal ini dilakukan untuk mengingati generasi pada masa

ini kerana naskah Syair Nasib Melayu karya Tenas Effendy ini sukar untuk diprolehi.

7
Sebagai usaha pelestarian terhadap karya sastera klasik yang hampir pudar di

kalangan generasi muda. Memberikan sumbangan dan memasukkan kaedah dan teori-

teori yang mempunyai berkaitan dengan penyelidikan sastera berguna sebagai persedian

dan kesempurnaan di masa hadapan. Sebagai tambahan referensi terhadap penyelidikan-

penyelidikan yang akan dilakukan nantinya oleh para penyelidik sastera. Mengimbas

kembali tentang gambaran masyarakat Melayu dalam kehidupan bermasyarakat

khususnya dalam kehidupan rumah tangga, sesuai dengan ajaran dan syariat Islam.

Untuk menambah referensi bagi para penyelidik selanjutnya yang akan mengkaji

tentang sastera Melayu khususnya syair.

1.5 KAJIAN LEPAS


Syair nasib Melayu merupakan salah satu daripada sejumlah puisi Melayu Tradisional. Syair

dapat dibahagikan kepada 2 ketegori. Syair merupakan salah satu bentuk puisi lama yang tiap

baitnya terdiri dari empat baris, setiap barisnya merupakan isi, bersajak aa-aa, setiap baris terdiri

dari delapan hingga dua belas suku kata. Namun, syarat itu tidak selamanya baku dan wajib

diikuti. Penyair berkarya menurut kreativitasnya sendiri dan membentuk karakteristik sesuai

zamannya masing-masing (Sutan Takdir Ali Sjahbana, 2009).

1.6 METODOLOGI
Kajian ini didasarkan kaedah tiga reka bentuk kajian :
Tinjauan langsung atau kajian lapangan.
Tinjauan secara langsung adalah penggumpulan data melalui pengamatan sama ada secara

langsung dan secara tidak langsung termasuklah anggota kelompok yang diteliti, namun

penglibatan hanya terbatas pada kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan fokus kajian atau pokok

8
permasalahan kajian (Ratna, 2010: 218-219). Dalam menjalankan tinjauan secara langsung,

pengkaji dilengkapi dengan alat-alat pencatatan secara manual dan elektronik untuk merakam

secara akurat pelbagai pola perilaku masyarakat Melayu Riau.

Kajian kepustakaan

Kajian kepustakaan adalah teknik pengumpulan data dengan cara membaca dan mempelajari

buku-buku, literatur-literatur yang ada hubungannya dengan permasalahan yang dikaji (Maryeni,

2005: 73), baik dalam bentuk jurnal, tesis-tesis dan lain sebagainya.

Sumber internet

Menggunakan sistem media dengan merujuk dan mencari bahan-bahan rujukan melalui kaedah

sumber internet.

1.8 ORGANISASI KAJIAN


Kajian ini terdiri daripada 6 bab. Bab pertama merupakan bab pengenalan. Di dalamnya

termuat pengenalan, permasalahan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian, kajian

lepas, dan organisasi kajian. Bab kedua merupakan teori dokumen kritikan budaya. Bab ketiga

merupakan bahagian yang membuktikan Syair Nasib Melayu sebagai sebuah karya kritikan

dokumen budaya. Manakala bab keempat cuba menganalisis aspek-aspek kritikan dokumen

budaya masyarakat Melayu berdasarkan aspek teori dokumen budaya. Bab kelima mengenal

pasti dan membincangkan tentang gaya bahasa puisi-puisi terpilih. Seterusnya bab keenam

merupakan rumusan keseluruhan kajian. Dan akhir sekali membincangkan ketokohan dan kretiviti

kepengarangan Tennas Effendy sebagai pengarang Syair Nasib Melayu.

Anda mungkin juga menyukai