Anda di halaman 1dari 18

KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA

(KITAB)
PULAU PINANG

NAMA:
HAFSAH BINTI ABDUL MUNIR

NO MATRIK:
19110004

NAMA PENSYARAH:
USTAZ HJ BAKRI BIN HJ RAMLEE

TAJUK:
AI223: CABARAN ISLAM LIBERAL KEPADA UMAT ISLAM DI
MALAYSIA
BIL. ISI KANDUNGAN M/S
1. 1.0 Pengenalan 3
2. 2.0 Kelahiran dan kemunculannya 4-5
3. 3.0 Impak Islam liberal 6-8
4. 4.0 Ciri-ciri pemikiran fahaman Islam liberal 8-10
5.0 Daya penarik pemikiran Islam Liberal

5. 5.1 Tokoh-tokoh yang memahami Islam 11-15

5.2 Isu-isu yang memikat masyarakat


6.0 Cadangan membendung fahaman Islam Liberal

6. 6.1 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI) 15-16

6.2 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)


7. 7.0 Penutup 16-17
8. Rujukan 18

1.0 Pengenalan

Liberalism dan keprogresifan Islam melibatkan umat Islam yang beragama telah

mencipta sebuah badan liberal yang memikirkan pemahaman dan amalan Islam. Kerja mereka

2
kadang-kadang dicirikan sebagai Islam progresif atau di dalam Bahasa Arab disebut ‫اإلس=الم‬

‫( التق==دمي‬al-Islam at-Taqaddumi). Tidak dapat dinafikan akhir-akhir ini, dapat menyaksikan

pelbagai perkembangan Islam-Liberal yang cukup membimbangkan, termasuk yang

digambarkan sebagai fenimena Islam bashing. Sebagai contoh, Islam dimitoskan sebagai agama

kekerasan yang mengajarkan terorisme. Oleh itu, Islam dipersalahkan setiap kali berlakunya

insiden gangguan keselamatan. Di waktu yang sama, dari kelompok masyarakat Islam sendiri,

muncul berbagai jenis pemikiran yang mengelirukan. Terdapat idea-idea yang dipakej dan

diperlihatkan sebagai produk wacana keintelektulan yang mengundang kontroversi dan yang

melemahkan imej serta perpaduan umat Islam. Sama ada idea-idea yang memakai label “liberal”

atau tidak, yang dikhuatirkan ialah terhakisnya hakikat Islam yang sebenar apabila Islam cuba

disekularkan, dimanusiakan, dirasionalkan, serta direlatifkan, sehingga hilang prinsip asas

(thawabit), hal hal yang tetap, mutlak dan muktamad (mutlaqat) atau kekudusannya

(muqaddasat). Firman Allah:

Maksudya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.

Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih

(mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada

mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-

mata kerana hasad dengki yang ada kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang

kufur ingkar ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera

hitungan hisabNya.” (al-Imran: 19)

2.0 Kelahiran dan kemunculannya

3
Kemunculan pemikiran diperingkat permulaan adalah sebagai falsafah politik Barat

kemudiannya menerokai dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Pemikiran ini terus berkemban

sehingga berlaku proses liberalisasi agama Kristian pada zaman renaissance sekitar abad ke-16

dan 17 Masihi. Mengembangkan lagi pemikiran ini apabila institusi gereja dianggap sebagai

penghalang kepada kemajuan hidup. Maka wujudlah pemikiran liberalism dalam agama yang

mempercayai bahawa masyarakat harus dibebaskan daripada tradisinya. Oleh kerana itu,

pemikiran ini terus berkembang dan bertapak sebagai satu gerakan intektual yang berusaha

melunturkan segala sistem kepercayaan dan struktur sosial yang diterima pakai selama ini. Idea

yang mendorong liberalisasi telah lama muncul berdasarkan tulisan dan pandangan tokoh-tokoh

dalam gerakan modenisasi Islam, gerakan sekularisasi dan sebagainya. Gerakan liberalism ni

sebenarnya adalah pengaruh daripada falsafah liberalism yang berkembang di negara Barat yang

telah masuk ke dalam seluruh bidang kehidupan seperti liberalism ekonomi, liberalism budaya,

liberalism politik dan liberalism agama.

Bahayanya golongan berfikiran Islam lberal kerana tidak menzahirkan diri mereka

sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung di seblik slogan gagasan mengkaji

semula agama, mentafsit al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hakam fikah. Di samping

itu, merek berusaha menolak bentuk tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama

termasuk hal yang telah menjadi ijmak ulama, termasuk tafsiran daripada Rasulullah dan sahabat

serta ulama mujtahid.1 Bagi mereka agama hendaklah disesuaikan kepada reality semasa,

sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas

syarak secara putus (qat’ie). Bagi mereka jika terdapat hukum yang tidak menepati hak-hak asasi

manusia dan tamadun global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya
1
Wan Ismail W Dagang, Mohd Nasir Masroom, Ahmad Syukran Baharuddin, Ancaman Pemikiran Aliran Islam
Liberal Kepada Umat Islam Di Nusantara: Satu Sorotan Kajian, Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi
Malaysia, 81310 Utm Johor Bahru, Johor, Malaysia, 2016, Hlm. 78

4
digugurkan. Pemikiran ini telah menembusi masuk dan tidak terkecuali kepada para intelektual

Islam. Dilema ini sangat membimbangkan lebih-lebih lagi mereka yang beru berjinak-jinak

untuk mengenali Islam dengan lebih dekat dan terpesona dengan pemikiran Islam liberal ini.

Kelompok pemikiran ni telah lama bertapak dalam mengolah pemahaman Islam dengan

mengutamakan dalil akal di atas dalil wahyu dan mentakwil nas al-Quran atau hads secara tidak

bertangguungjawab, berselindung atas budaya intektual ilmu sehingga membawa kepada

kefahaan yang cenderung kepada kehendak nafsu.

Pemikiran ini bertapak dalam masyarakat Islam atas pelbagai nama seperti Islam

Moderat, Islam Pembaharuan, Islam Progresif dan sebagainya. Sekaliun mereka yang berfikiran

liberal ini tidak mengidentitikan kelompok mereka secara langsung atas nama pemikiran Islam

liberal namun, mampu dikenli berdasarkan manhaj pemikiran yang diperjuangkan. Di Malaysia,

cetusan fahaman Islam liberal ini sering dkaitkan dengan kemunculan gerakan anti hadis yang

dipelopori oleh Siti Kassim Ahmad dan wujudnya beberapa NGO yang memperjuangkan isu-isu

yang diketengahkan oleh kelompok pemikiran liberal ini. Fahaman pemikiran Islam liberal terus

subur hingga ke hari ini melalui pelbagai wancana dan perbahasan yang dianjurkan bagi terus

melebarkan lagi pengaruhnya.

3.0 Impak Islam liberal

5
Di Antara kesan Islam liberal termasuklah sekularisme, pluralism agama, hermeneutika dan

faminisme:2

i. Sekularisme: Berasal dari Bahasa Latin saeculum yang merujuk kepada dua

pengertian iaitu waktu dan ruang atau tempat. Sekularisme juga bermaksud

pemisahan Antara agama dan urusan dunia, nilai manusia boleh berubah mengikut

keadaan ruang dan tempat.

ii. Pluralisme Agama: Konsep semua agama adalah sama iaitu semuanya menuju kepada

Tuhan yang satu, agama Islam dan bukan Islam dianggap standing dan sama-sama

benar.

iii. Hermeneutika: “Pentafsiran” semula al-Quran menggunakan kaedah pentafsiran

Bible. Teks al-Quran diikaji dan diubah mengikut akal dan nafsu pentafsir.

iv. Feminisme: Perjuangan menyamakan lelaki dan wanita salam segala hal, wanita

diberi kuasa menjatuhan talak, pembahagian harta pusaka sama Antara lelaki dan

wanita, poligami adalah tidak sah.

2
Azizan Baharuddin, Islam Liberalisasi: Isu, Ancaman, Cabaran Dan Usaha Membendungnya – Pengalaman
Malaysia, 2018, Hlm. 5-6

6
1. Isu fatwa mengenai libralisme dan pluralisme agama.3

2. Isu fatwa Selangor terhadap Sister in Islam (SIS).4

31 Oktober 2014, SIS menfailkan permohonan untuk mencabar


keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS

28 Jun Mahkamah Tinggi menolak permohonan SIS tidak mempunyai


bidang kuasa berkaitan dengan fatwa

Status: 25 September 2018, Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua


Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum memerintahkan
permohonan semakan kehakiman dikembalikan ke Mahkamah tinggi
untuk pendengaran merit kes termasuk persoalan membabitkan bidang
kuasa Mahkamah Tinggi
3. Kumpulan G25
3
Dokumen Warta Kerajaan Negeri Selangor (2014), Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri
Selangor)
4
Berita Harian (25 Sept 2018), Mais Tegas Fatwa Di Bawah Kuasa Mahkamah Syariah. Diaskses Pada 18 Mei 2020
Atas Talian: https://Www.Bharian.Com.My/Berita/Kes/2018/09/478063/Mais-Tegas-Fatwa-Dibawah-Kuasa-
Mahkamah-Syariah

7
G25 merupakan kumpulan pesara-pesara kerajaan yang mengelakkan
diri mereka Melayu Terulung

Mendakwa diri mereka memperjuangkan Maqasid Syariah dalam


kerangka wasatiyyah

G25 melawan sistem syariah, institusi Islam, keputusan Mahkamah


Persekutuan berkenaan hak Islam dan kedaulatan Perkara 3(1)
Perlembagaan Persekutuan (iaitu Islam adalah agama Persekutuan)

Buku G25 “Breaking the Silence” diharamkan oleh Kementerian


Dalam Negeri

4.0 Ciri-ciri pemikiran fahaman Islam liberal

Golongan Islam Liberal ini juga mempunyai pelbgai fahaman dan pemikiran yang

menjadi dasar kepada perjuangan mereka antaranya ialah pertama, gagasan Islam Liberal

mendukung idea pluralisme agama. Pluralisme agama merujuk kepada kepelbagaian agama yang

wujus di kalangan manusia adalah benar sebagai menuju Tuhan yang satu. Dengan maksud yang

lain, dapat disimpulkan bahawa pluralisme agama merupakan pegangan yang percaya bahawa

Islam bukanlah satu-satunya agama yang benar. Konsep pluralisme agama ini dikatakan telah

diperkenalkan di Barat oleh W.C Smith dengan nama “universal theology of religion” yang

kemudiannya dikembangkan oleh John Hick serta Haans Kung sebelum diperkenalkan dalam

dunia Islam.5

Pendukung fahaman Islam Liberal juga menolak autoriti agama dan menganut fahaman

kebebasan untuk berijtihad oleh mana-mana individu mengenai apa jua bentuk permaslahan
5
Mazlan Ibrahim, Latifah Abdul Majid, Jaffary Awang, Etl, Pengajian Islam Di Ipt Malaysia Dalam Menangani
Islam Liberal, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2013, Hlm. 40

8
agma. Metodologi yang digunakn dalah relativisme, iaitu kebenaran adalah bersifat relative dan

tidak boleh didakwa mana-mana pihak. Penolakan terhadap autoriti agama bagi penganut

fahaman Islam Liberal ini adalah penting agar kebebasan berpendapat atau ijtihad dapat

dilaksanakan. Atas dasar kebebasan berpendapat dan berijtihad inilah maka Islam Liberal banyak

merujuk kepada karya-karya Orientalis. Antara Orientalis Barat yang bertanggungjawab

mengorbit aliran pemikiran Islam Liberal ialah Leonard Binder dan Charles Kurzman yang telah

menyokong kuat idea-idea utama yang mendasari pemikiran mereka seperti ijtihad yang bebas

tanpa sekatan, pluralism agama, penolakan Syariah dan sebagainya.

Di samping itu, golongan Islam Liberal ini mendesak agar al-Quran di tafsir semula tanpa

terikat dengan tafsiran ulama-ulama terdahulu yang menurut mereka telah jauh ketinggalan dan

tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang yang serba canggih. Aliran Islam Liberal berpendapat

bahawa dalam mentafsir al-Quran, tidak perlu terikat dengan disiplin-disiplin ilmu yang

berkaitan seperti Asbab Nuzul, Nasikh wa al-Mansukh, tafsiran Rasulullah, para sahabat dan

sebagainya. Adapun sunnah-sunnah Rasulullah, maka tanpa ragu aliran Islam Liberal

berpendapat ia hanya relevan untuk masyarakat Arab zaman baginda dan ketinggalan untuk

dipraktikkan pada zaman kini.

Ketiga, gagasan pemikiran Islam Liberal juga menolak perlaksanaan Syariah Islam

dengan mengatakan bahawa perlaksaan hukum Islam pada saat ini hanya akan memberi kesan

negative kerana perlaksanaannya diangap sangat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia dan

tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Atas dasar ini juga, aliran Islam Liberal tidak ragu-

ragu untuk mengubah bentuk hukum yang sedia tertera di dalam al-Quran dan Sunnah seperti

sistem pembahagian pusaka, kewajipan menutup aurat bagi kaum wanita, keharusan poligami,

hukum hudud dan hukuman bunuh ke atas Muslim murtad, kepimpinan wanita dalam solat, hak

9
multak suami untuk menceraikan isteri, larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan

Islam serta undang-undang moral agama yang dikatakan melangar hak asasi dan kebebasan

manusia.

Keempat, fahaman Islam Liberal juga sering dikaitkan dengan idea dan gerakan

modenisme. Gerakan modenisme ini merupakan idea untuk membebaskan sesebuah masyarakat

daripada kongkongan adat resam dan tradisi yang sempit yang dianggap sebagai penghalang

kepada budaya kemajuan dan kebebasan. Golongan Islam Liberal adalah golongan yang

bertanggungjawab memainkan peranan dalam menyebarkan ajaran dan idea gerakan modenisme

ini. Bagi mereka, untuk mengecap kemajuan hidup, masyarakat perlu membebaskan diri mereka

dari kongkongan ini.

Kelima, aliran Islam Liberal ini mendukung gerakan emansipasi atau pembebasan wanita

dan feminism. Gerakan feminism Barat yang bertujuan mewujudkan persamaan di antara lelaki

dan perempuan (gender equality), juga mempengaruhi pemikiran Islam Liberal. Aliran feminism

Islam Liberal biasanya menuntut persamaan hukum-hakam syariah antara lelaki dan wanita.

Perezaan hukum syaral antara wanita dan lelaki dianggap tidak adil oleh golongan ini. Hal ini

kerana, mereka menganggap bahawa dalam Islam wanita dan lelak itu adalah dicipta dari

kejadian yang satu. Oleh yang demikian, setiap apa yang menjadi hak kaum lelaki, mestilah juga

menjadi hak kepada wanita. Maka, sebarang perbezaan hak atau keistimewaan yang terdapat di

antara lelaki dan wanita mestilah dihapuskan kerana bagi mereka ia bersifat diskriminasi dan

menindas kaum wanita.

5.0 Daya penarik pemikiran Islam Liberal

10
Persoalan mengapa fahaman pemikiran Islam Liberal ini mendapat tempat di kalangan

tokoh-tokoh Islam dan umat Islam sesuatu yang perlu ditekuni bagi memberi gambaran terhadap

ciri-ciri yang menjadi daya penarik Islam Liberal kepada kalangan segelintir ahli masyarakat.

Antara faktor-faktor yang dikenal pasti mampu menjadi daya penarik kepada pemikiran Islam

Liberal.

5.1 Tokoh-tokoh yang memahami Islam

Tidak dapat dinafikan bahawa pendokong-pendokong pemikiran Islam Liberal adalah

terdiri daripada tokoh-tokoh yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang Islam. Di

antara tokoh-tokoh aliran ini yang mashyur di Timur Tengah adalah Rifa‘at Bik al-Thantawi,

Thaha Husein, Ali ‘Abd al-Raziq, Mahmud Abu Rayya, Ahmad Amin, Hasan Hanafi, Farag

Foudah, Naser Abu Zaid, ‘Athif al-Iraqi, Nawwal al-Sa’dawi dan sebagainya. Pendapat tokoh-

tokoh aliran Islam Liberal di atas banyak yang telah dijawab dan ditolak oleh tokoh-tokoh Ahl

al-Sunnah wa al-Jama'ah di Timur Tengah, bahkan sebahagian daripada mereka telah ditarik

balik ijazah kelulusan oleh universiti-universiti tempat asal pengajian mereka.

5.2 Isu-isu yang memikat masyarakat

Selain mempunyai tokoh-tokoh yang mempunyai latar belakang pendidikan dan

pengetahuan Islam serta berpengaruh dalam masyarakat, isu-isu yang diketengahkan oleh

Islam Liberal juga menjadi salah satu daya penarik kepada segelintir masyarakat untuk

cenderung, menyokong atau melahirkan simpati kepada golongan pemikir Islam Liberal. Antara

isu yang menjadi tarikan adalah:

11
i. Tolenrasi dalam agama.

Dalam keadaan Islam yang dipotretkan dengan pengganas dan kemunduran, Islam

Liberal mempromosikan sebuah pemikiran yang didakwa bersandarkan kepada Islam yang

mengajak masyarakat agar hidup dengan lebih harmoni dan bertoleransi dengan agama lain. Isu-

isu terroris dan radikal menjadi satu ancaman kepada negara umat Islam khususnya Indonesia

yang mempunyai penduduk Islam teramai di dunia. Selain Islam, Indonesia juga mempunyai

penduduk yang menganut agama-agama lain seperti Kristian dan Budha. Peristiwa

persengkataan antara Islam dan Kristian dapat di lihat dari beberapa peristiwa yang berlaku

seperti di Ambon dan Maluku. Kisah pengeboman di Bali dan Jakarta yang mengakibatkan

korban yang ramai juga adalah satu manifestasi kepada kefahaman radikal di kalangan penganut

Islam di Indonesia. Islam Liberal melalui fahaman Pluralisma Agama menjadi satu pendekatan

yang dikatakan dapat menangani isu keganasan dan radikal dalam kalangan penganut berbilang

agama. Mereka membantah golongan yang mereka sifatkan sebagai ektremis dan radikal dalam

memahami Islam seperti yang banyak terdapat di negara-negara Islam sama ada di Timur

Tengah dan Asia.

ii. Kemunduran.

Kemunduran negara-negara Islam juga dikaitkan dengan pemikiran masyarakat yang

mundur, jumud dan terperangkap dalam doktrin-doktrin Islam lama, maka sewajarnya Al-Quran

perlu ditafsir semula dan pintu ijtihad perlu dibuka seluas-luasnya. Pendokong Pemikir Islam

Liberal berpendapat bahawa agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan

kemajuan. Namun, untuk menyelesaikan faktor penghalang ini, mereka berpendapat caranya

ialah membuka dan membebaskan agama daripada ajaran dan tafsirannya yang sekian lama telah

12
menjadi pegangan umat. Kelemahan dan kemunduran umat Islam dianggap berpunca daripada

belenggu kejumudan umat dalam menafsir dan mempraktikkan agama Islam.

iii. Berkongsi nilai sejagat

Islam Liberal juga mempromosikan pluralisme agama yang bertitik tolak dari masalah

golongan radikal Islam yang muncul disebabkan oleh ketaksuban dan pemikiran yang dipenjara

oleh ilmu fiqh klasik yang sering menyebabkan hubungan muslim dan bukan muslim sentiasa

menjadi tegang, mendiskrimisikan bukan Muslim dan isu-isu yang berkaitan dengan keadilan

dalam konteks hubungan agama. Justeru, sebagai reaksi dari permasalahan yang berlaku ini,

fahaman pluralisme agama dibentuk sebagai usaha gologan Islam Liberal menangani isu ini.

Sebagai bukti, sebuah buku berjudul “Fikih Lintas Agama” telah diterbitkan oleh Jaringan Islam

Liberal (JIL) Indonesia sebagai respon kepada isu-isu yang berkaitan hubungan antara muslim

dan bukan muslim.

Bahagian pertama buku ini menjelaskan dasar-dasar teologis yang dipegang oleh para

penulis berdasarkan kepada prinsip kesatuan agama (pluralisme agama). Pada bahagian kedua

buku ini membahaskan hukum-hukum fiqh baru seperti mengucapkan salam kepada orang bukan

Islam, mengucapkan selamat hari raya kepada penganut agama-agama lain, menghadiri perayaan

hari-hari besar agama-agama lain, doa bersama, mengizinkan orang bukan Islam masuk masjid.

Bahagian ketiga mengkritik dengan lebih hebat lagi tentang hukum-hakam yang sedia ada dalam

khazanah Islam seperti konsep jizyah, konsep ahl al-zimmah, perkahwinan beza agama.

Seterusnya, bahagian keempat membahas bentuk-bentuk dialog dan bentuk-bentuk kerjasama

yang mungkin dilakukan dengan agama lain.

iv. Persamaan hak dan isu feminisme

13
Satu lagi isu yang menjadi dasar kepada Islam Liberal yang menjadi tarikan kepada para

pendokong pemikiran ini ialah persamaan hak dan keadilan sosial. Pejuang-pejuang wanita

sering menjadikan isu persamaan hak ini sebagai satu isu yang digunakan untuk mendapat

perhatian masyarakat. Ada di antara mereka yang menganggap bahawa undang-undang

kekeluargaan Islam yang sedia ada seolah-olah tidak memberikan keadilan kepada wanita,

menindas dan mengongkong wanita dari melakukan aktiviti kemasyarakatan. Di Malaysia,

gerakan liberal tidak mempunyai kumpulan khas yang menggunakan nama Islam Liberal, tetapi

dilakukan oleh individu-individu yang memperjuangkan demokrasi, fahaman persamaan semua

agama, fahaman persamaan hak antara wanita dan lelaki (feminisme). Jika di Indonesia Gerakan

Liberal dilakukan oleh Jaringan Islam Liberal (JIL), maka di Malaysia gerakan Islam Liberal

difokuskan kepada persamaan hak antara wanita dan lelaki (feminisme). Sisters in Islam adalah

kumpulan yang menyarankan persamaan hak antara wanita dan lelaki, di samping

mempromosikan demokrasi, dan kebebasan.

Seorang tokoh iaitu Prof Dr Mudah Mulia telah mendapat anugerah pengiktirafan dari

Amerika Syarikat atas usaha yang dilakukannya untuk menyebarkan fahaman ini di sana. Selain

mempersoalkan hukum-hakam yang berkaitan dengan kekeluargaan Islam, tokoh ini turut

memperjuangkan hak hubungan antara kaum sejenis dengan alasan ia adalah sesuatu yang

sunnahtullah. Oleh itu golongan ini perlu diiktiraf, dilayan secara adil dan tanpa diskriminasi.

Maka tidak hairanlah jika fahaman Islam Liberal ini mendapat sokongan dan dokongan dari

segelintir ahli masyarakat yang merasakan bahawa fahaman ini mendokong persamaan hak dan

keadilan sosial untuk kaun wanita dan golongan minoriti. Cabaran kepada isu-isu ini

mengakibatkan umat Islam menjadi keliru di antara tuntutan Al-Quran yang mengatakan hanya

Islam agama yang diterima di sisi Allah (Ali Imran, 3: 19) dengan persoalan sejauh manakah

14
umat Islam dibenarkan bertoleransi dengan agama lain? Persoalan ini perlu dijelaskan dari sudut

batasan-batasan, bidang-bidang dan kaedah yang dibenarkan oleh Islam dalam hubungannya

dengan agama lain. Sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan

agama, penjelasan-penjelasan harus diberikan kepada umat Islam dan masyarakat bukan Islam

mengenai perkara ini. Menjadi tanggungjawab untuk kita sentiasa menjaga kesucian akidah

sebagai seorang Muslim, namun kita juga dituntut untuk menjaga hubungan baik dan perpaduan

dalam masyarakat majmuk ini.

6.0 Cadangan membendung fahaman Islam Liberal

Dalam tajuk ini penulis akan memperincikan langkah-langkah sama ada daripada pihak kerajaan,

jabatan-jabatan agama Islam negeri, badan-badan bukan kerajaan, pihak IPT, penulisan buku dan

lain-lain. Selain itu, perbincangan diteruskan dengan cadangan berkenaan tindakan susulan yang

perlu dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi membendung fahaman Islam Liberal yang semakin

mendapat tempat di Malaysia.

6.1 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI)

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah

Persekutuan (JAWI) dapat dirumuskan, Jabatan Agama itu memberi respons melalui undang-

undang penguatkuasaan. Mereka merampas sebanyak empat buah buku Irshad Manji, iaitu satu

buku dalam versi Bahasa Inggeris dan tiga lagi buku dalam terjemahan Bahasa Melayu oleh

syarikat tempatan di negara ini.6

Tindakan itu adalah satu daripada usaha bagi menyelamatkan masyarakat Islam

khususnya Malaysia daripada terpengaruh dengan pemikiran tokoh fahaman Islam Liberal itu.
6
Ahmad Yumni Abu Bakar Mohd Fairuz Jamaluddin, Menjawab Islam Liberal: Pendedahan Agenda Jaringan
Islam Liberal (JIL) dan Sister In Islam (SIS), PTS Publishing House Sdn. Bhd., 2016

15
Buku asal beliau bertajuk Allah Liberty and Love- Courage to Reconcile Faith and Freedom

manakala dalam versi Melayu dinamakan sebagai Allah Kebebasam dan Cinta. Buku ini

bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

6.2 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Selain JAWI, pihak JAIS juga aktif memberi maklum balas terhadap isu fahaman Islam

Liberal di Malaysia. Terdapat beberapa tindakan JAIS dalam mempertahankan kesucian akidah

umat Islam daripada tercalar. Antaranya, JAIS melakukan serbuan dan rampasan nasakh-nasakh

Bible versi Bahasa Melayu serta Iban yang mengandungi kalimah Allah s.w.t. di permis

Persatuan Bible Malaysia. Di samping itu, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS turut

memberi respons melalui penganjuran seminar sebagai usaha membasmi penularan fahaman

Islam Liberal.

7.0 Penutup

Secara keseluruhannya, didapati bahawa ancaman pemikiran aliran Islam Liberal perlu

diberi perhatian oleh semua pihak demi memastikan kelansungan ajaran Islam yang sebenar

tidak dikelirukan. Pendedahan mengenai penyelewangan aliran pemikiran Islam Liberal perlu

diperluaskan untuk memaklumkan kepada masyarakat Islam agar tidak terjebak dengan isu-isu

yang diketengahkan. Pendedahan dan huraian yang jelas perlu dihadapkan kepada masyarakat

mengenai apa yang dimaksudkan dengan aliran pemikiran Islam liberal dan bahayanya fahaman

tersebut terhadap akidah umat Islam. Aliran pemikiran yang membicarakan soal agama dengan

berpaksikan akal serta mengelirukan dalam berhujah mampu memberikan bahaya yang besar

kepada umat Islam dengan isu-isu yang diperjuangan sehingga dianggap itulah ajaran Islam yang

sebenar disebabkan sumber yang mereka gunakan dari al-Quran dan Hadis. Isu-isu yang

16
dikemukan kepada masyarakat Islam kini sebenarnya telah lama diperjuangan oleh aliran

Orientalis Barat namun kini dibawa oleh aliran pemikiran Islam Liberal dengan ‘membungkus

kembali barang lama dengan bungkusan baru’, nampak menarik tetapi isinya tetap sama melalui

orang Islam sendiri yang telah terdidik dengan corak pemikiran Liberal.

RUJUKAN

17
1. Wan Ismail W Dagang. Mohd Nasir Masroom. Ahmad Syukran Baharuddin.

Ancaman Pemikiran Aliran Islam Liberal Kepada Umat Islam Di Nusantara: Satu

Sorotan Kajian. Fakulti Tamadun Islam. Universiti Teknologi Malaysia. 2016.

2. Azizan Baharuddin. Islam Liberalisasi: Isu, Ancaman, Cabaran Dan Usaha

Membendungnya – Pengalaman Malaysia. 2018.

3. Dokumen Warta Kerajaan Negeri SelangorSeksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama

Islam (Negeri Selangor).2014.

4. Berita Harian (25 Sept 2018). Mais Tegas Fatwa Di Bawah Kuasa Mahkamah

Syariah. Diaskses Pada 18 Mei 2020.

5. Mazlan Ibrahim, Latifah Abdul Majid. Jaffary Awang. Etl. Pengajian Islam Di Ipt

Malaysia Dalam Menangani Islam Liberal. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2013.

6. Ahmad Yumni Abu Bakar Mohd Fairuz Jamaluddin. Menjawab Islam Liberal:

Pendedahan Agenda Jaringan Islam Liberal (JIL) dan Sister in Islam (SIS). PTS

Publishing House Sdn. Bhd. 2016.

18

Anda mungkin juga menyukai