Anda di halaman 1dari 2

Nama: Ng Rui Fang 

Kelas: 1PISMP RBT2 


Tutorial 3/9/2020 : Teori keselamatan kemalangan 

Teori keselamatan kemalangan 


1. Teori domino 
 Menurut teori ini, kecederaan daripada kemalangan adalah hasil daripada beberapa
rentetan peristiwa yang berhubungkait antara satu sama lain. 
 Berdasarkan kepada 5 faktor (domino) kemalangan merupakan salah satu daripada
rentetan tersebut.
 Premis bagi Teori Domino Heinrich adalah:
a) Kecederaan adalah disebabkan oleh kemalangan
b) Kemalangan adalah disebabkan oleh perlakuan dan keadaan yang tidak selamat
c) Perlakuan dan keadaan yang tidak selamat adalah disebabkan oleh kelemahan
manusia
d) Kelemahan manusia disebabkan oleh sikap/personality nehatif seperti panas
baran, ahil atau degil, yang berpunca daripada persekitaran sosial dan keturunan
pekerja yang mengalami kecederaan tersebut.

2. Teori faktor manusia 


 Menurut teori ini, kemalangan adalah disebabkan oleh satu rantaian peristiwa yang
menyebabkan kesilapan manusia.  
 Teori ini mengandungi tiga faktor yang membawa kepada kesilapan manusia, iaitu
berlebihan bebanan, tindak balas tidak bersesuaian dan aktiviti tidak bersesuaian.
 Lebihan bebanan bermaksud ketidakseimbangan di antara keupayaan seseorang
pada sesuatu masa tertentu dalam sesuatu keadaan  tertentu dalam kerja yang
hendak dilaksanakannya.

3. Teori sistem 
 Sistem diertikan sebagai satu kumpulan kompenan yang berinteraksi dan saling
berkaitan secara bersama mewujudkan suatu keseluruhan yang bersepadu.
 Teori ini melihat sesuatu situasi yang memungkinkan kemalangan berlaku sebagai
satu sistem yang merangkumi 3 kompenan iaitu individu, mesin, persekitaran. 

4. Teori kemalangan/peristiwa 
 diasaskan oleh Dan Petersen.
 Petersen telah memperkenalkan unsur-unsur baru seperti perangkap ergonomik dan
kesilapan dalam membuat keputusan
 Teori Kemalangan Petersen merupakan salah satu teori yang boleh mewakili
pendekatan kemalangan industri bagi pendekatan agensi.
 Pendekatan agensi merujuk kepada kelemahan dalam pengurusan sesebuah
organisasi sehingga menyebabkan kemalangan berlaku di tempat kerja.

5. Teori Epedemiologikal
 menyatakan bahawa model-model digunakan untuk mengkaji dan menentukan
hubungan ini boleh juga digunakan untuk mengkaji hubungan sebab akibat di antara
faktor persekitaran dengan kemalangan atau penyakit
 melibatkan faktor-faktor persekitaran yang membawa gangguan kesihatan. Penyakit
dan sebagainya. 

6. Teori Kombinasi 
 Wujudnya perbezaan di antara teori kemalangan dengan realiti.
 Kita tidak boleh menjelaskan mengapakan kemalangan berlaku disebabkan oleh
satu teori sahaja.
 Menurut teori ini, penyebab kemalangan sebenarnya meliputi kombinasi faktor
beberapa model yang berbeza.
 Dengan itu, seseorang pengurus haruslah menggunakan teori-teori yang betul dalam
mencegah serta menyiasat sebab berlakunya kemalangan

Anda mungkin juga menyukai