Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN A

( 60 markah )

1. Aqidah Islam mengandungi ciri-ciri atau rukun-rukunnya yang asas. Ciri-ciri tersebut
dapat disimpulkan kepada tiga.
Huraikan ciri-ciri tersebut.

Rujuk Rubrik Pemarkahan


Jawapan:

• Ma ‘rifahtullah (Mengenali Allah)


Mengenali dan mengetahui serta beriman dengan Allah s.w.t, nama-nama Nya
yang mulia serta sifat-sifat Nya yang suci dari segala kekurangan. Antara cara
untuk kita meningkatkan keimanan terhadap Allah ialah dengan memerhatikan
bukti-bukti yang ada di alam ini.
• Ma‘rifatur Rasul ( Mengenali Kerasulan)
Mengenali dan mempercayai rasul-rasul yang dipilih oleh Allah untuk menenima
wahyu dan menyampaikan syariat Nya serta menjadi pembimbing dan
memimpin seluruh makhluk menuju kepada jalan yang hak dan agama Allah
yang sebenar, iaitu agama Islam.
• Ma‘rifahtul Ba‘thi ( Mengenali Hari Kebangkitan)
Mengetahui dan mempercayai tetang Hari Kebangkitan iaitu hari di mana
manusia dibangunkan dari kubur masing-masing (dihidupkan sesudah mati),
dikumpulkan dan dihisab segala amalan adanya sirat al-mustaqim, syurga dan
neraka.

2. Allah S,W.T telah meninggalkan kepada kita pelbagai bukti yang nyata yang
menjelaskan kepada kita tentang kewujudanNya beserta kekuasaanNya dalam
mentadbir alam.
Berikan dalil aqli kewujudan Allah melalui alam syahadah.

Rujuk Rubrik Pemarkahan


Jawapan:

• Susun atur perjalanan/ pergerakan bumi / cakerawala mengikut orbitnya sejak


berjuta tahun mustahil berlaku/ terjadi dengan sendiri tanpa ada pencipta
• Kejadian alam/ mahkluk / manusia yang unik / mengikut sunnatullah ini tidak
masuk akal terjadi dengan sendiri.
• Proses kejadian siang & malam / Proses kejadian manusia / Proses kejadian
hujan / Proses pergerakan bumi, matahari dll / Pasang surut laut
• Allah mengatur alam ini dengan begitu teliti dan sempurna sekali. Setiap
kejadian atau ciptaanNya ada pertalian antara satu dengan yang lain.

3. Rasul-rasul mempunyai sifat yang terpuji untuk dicontoh dan diteladani oleh umat
manusia. Sifat-sifat wajib bagi rasul adalah seperti siddiq, amanah, tabligh
dan fatonah.
Nyatakan kepentingan mencontohi sifat wajib bagi rasul.

Rujuk Rubrik Pemarkahan


Jawapan:

Kepentingan mencontoh sifat wajib bagi rasul ialah;


• Menjadi seorang yang jujur dalam sesuatu tindakan.
• Nasihat-menasihati ke arah kebaikan.
• Maksiat dapat dicegah.
• Menjadi seorang yang rajin berusaha.

4. “Sesungguhnya pendekatan al-Quran tidak hanya mempersembahkan tauhid dalam


bentuk teori semata-mata. Malahan ianya penuh dengan daya motivasi,
memancarkan cahaya, menghidupkan, menginsafkan, mengangkat dan meninggikan
darjat kita.”
Berdasarkan kenyataan di atas jelaskan metodologi Al-quran dalam menerapkan
akidah manusia.

Rujuk Rubrik Pemarkahan


Jawapan:

• Kebebasan akal daripada paksaan dan taklid: Mengajak manusia berfikir dahulu
untuk memahami konsep akidah
• Menggunakan akal untuk berfikir dan mengkaji menerusi alam nyata:
Mendorong akal mengkaji berpandukan pancaindera
• Mendedahkan akidah yang batil dan menetapkan kebatilannya: Mendedahkan
akidah yang batil seperti animisme, yahudi dan kristian, kemudian
mendedahkan penyelewengannya.
• Membentangkan akidah yang benar dan menetapkan kebenarannya: Telah
dinyatakan oleh Allah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia, dan Malaikat-
Malaikat serta orang yang berpengetahuan pun naik saksi (bahawa Allah
keadaan-Nya) berdiri dengan adil, tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha
Perkasa lagi Bijaksana.(ali imran 18)

5. Kemunculan pelbagai mazhab ini juga telah memberikan kesan positif dan negatif
terhadap perkembangan Islam secara keseluruhannya.
Jelaskan kesannya terhadap perkembangan Islam.

Rujuk Rubrik Pemarkahan


Jawapan:

• Kelahiran pelbagai mazhab telah menimbulkan pelbagai idea dan interpretasi


baharu mengenai isu-isu agama.
• Kelahiran pelbagai mazhab telah membuka ruang ke arah perkembangan ilmu
pengetahuan.
• Dari sudut negatif, kelahiran pelbagai mazhab telah membentuk pengikut yang
taksub kepada satu-satu mazhab dan menimbulkan perbalahan dan perpecahan
dalam kalangan umat Islam.

6. Mazhab merupakan aliran pemikiran dalam Islam yang muncul selepas kewafatan
Nabi Muhammad S.A.W.
Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan pelbagai mazhab
dalam Islam.

Rujuk Rubrik Pemarkahan


Jawapan:

• Perbezaan ilmu pengetahuan, kebolehan dan pengalaman dalam kalangan


mereka.
• Pengaruh Politik sehingga berlaku perselisihan di antara Bani Hasyim dan
Bani Umaiyah telah sampai ke kemuncaknya sehingga berlaku pergeseran
politik dalam kalangan penyokong Khalifah Uthman dan Saidina Ali.
• Pengaruh Ideologi dan Budaya Asing berlaku semasa zaman Khalifah al-
Ma’mum, al-Mu’tazim dan al-Watia, aktiviti penterjemahan buku-buku falsafah
Yunani begitu giat dijalankan.
• Semangat Assabiyah Yang Masih Wujud.
• Pengaruh Daripada Penganut Agama Lain Yang memeluk Islam.
• Membincangkan Persoalan di Luar Jangkaan Akal setelah tersebarnya
pemikiran falsafah dalam kalangan umat Islam dalam pengajian akidah telah
menjerumuskan mereka dalam perbahasan persoalan-persoalan yang berada di
luar jangkaan akal manusia seperti masalah mengikhtibatkann sifat-sifat Allah
dan menafikannya persoalan kekuatan hamba di samping kekuatan Tuhan.
• Perebutan jawatan Khalifah yang merupakan sebab perselisihan ummah
daripada segi politik.
• Ayat-ayat Mutasyabihat yang telah membawa kepada perselisihan ulamak
dalam mentafsirkannya.

7. Fahaman Jabariah muncul di Kufah pada zaman kerajaan Bani Umaiyah, pengasas
mazhab ini ialah Jaham Ibnu Safuan yang berasal dari Khurasan .
Huraikan pendapat Jabariah mengenai perbuatan manusia.

Rujuk Rubrik Pemarkahan


Jawapan:

• Manusia itu digagahi dan dikuasai sepenuhnya oleh Allah


• Manusia tidak mempunyai apa - apa usaha atau ikhtiar dalam melakukan
perbuatannya
• Manusia diibaratkan seperti kapas diudara yang boleh ditiup

8. Ulama menyebut dalam kitab masing-masing secara terperinci perkara-perkara yang


boleh membawa kepada kekufuran.
Huraikan perkara-perkara tersebut.

Rujuk Rubrik Pemarkahan


Jawapan:

• Beriktikad adanya Tuhan yang lain selain Allah atau kuasa yang setara
dengannya.
• Beriktikad makhluk boleh memberi kuasa.
• Percaya kepada kuasa-kuasa yang lain daripada Allah, seperti jin dan lain-lain.
• Melakukan perbuatan ibadah seperti orang kafir, contohnya tunduk dan patuh
kepada berhala dan memakai salib dan sebagainya.
• Menghina al-Quran.
• Menghina Rasulullah s.a.w dan sunnahnya termasuk melukis karikatur yang
menjatuhkan martabat Nabi Muhammad.
• Menganggap syariat tidak sesuai pada zaman sekarang.
• Menganggap undang-undang Islam sudah lapuk, kejam dan zalim.
• Merasa syak dan ragu atas kebenaran Islam.
• Menafikan perkara yang menjadi maklum dalam agama atau perkara yang
diketahui umum.
BAHAGIAN B
( 20 markah )

1. Akidah ialah iman atau kepercayaan pada Allah yang terikat oleh ucapan dua
kalimah syahadah yang merupakan inti dasar kepada kewujudan tamadun Islam.
Bincangkan sejarah perkembangan akidah pada zaman rasulullah dan sahabat.

Rujuk Rubrik Pemarkahan


Jawapan:

• Sahabat pada zaman rasulullah menerima terus segala ajaran yang dibawa
oleh rasulullah tanpa banyak persoalan.
• Mereka terus menemui rasulullah sekiranya ada persoalan dan tidak faham
• Rasulullah juga menjelaskan perkara yang menimbulkan kemusykilan sahabat.
• Persoalan aqidah khasnya perkara yang berkaitan dengan sifat 20 atau tidak
timbul.
• Hal ini kerana para sahabat dapat memahami ayat Al-Quran atau sifat
Allah sebagaimana didalam Al-Quran dan hadis.
• Para sahabat memahami kandungan Al-Quran dan hadis yang berkaitan
dengan aqidah dan sifat-sifat Allah khasnya tanpa mempersoalkan makna
disebaliknya.
• kepercayaan umat islam zaman nabi sangat kukuh dan teguh, contohnya :
dengan beberapa ayat daripada Al-Quran seperti dalam Surah Al-Ikhlas
• Para sahabat pada masa itu disinari oleh cahaya hidayat dan Al-Quran,
• Ada diantara mereka memiliki tabiat suka berfikir dan mendorong sesetengah
sahabat untuk memikirkan zat Allah.
• Rasulullah menegah mereka berbuat demikian, sebagaimana sabda yang
diriwayatkan daripada Abu Nu’aim
• nabi telah menegah dan melarang daripada berbantah dalam masalah Qadar.
• pada masa itu tidak timbul permasalahan aqidah,hal ini kerana ketika wahyu
sedang diturunkan, mereka hidup ketika zaman rasulullah
• Semua para sahabat beriman dan menerima sepenuhnya persoalan yang
berkaitan sifat-sifat Allah seperti dalam Al-Quran dan Hadis.
• Para sahabat tidak berselisih dalam perkara berkaitan dengan al-Sifat,al-
Asma’al-Husna dan al-Af’al.
• Sahabat tidak mengemukakan persoalan berkaitan Qada’dan qadar, sifat
Allah dan zatNyaatau ayat-ayat mutasyabihat.
• Para sahabat hanyalah bertanya berkaitan dengan hukum hakam, ibadat dan
cara melakukannya dengan sempurna.

5
2. Kemunculan pelbagai mazhab merupakan natijah daripada kepelbagaian cara
berfikir dalam menentukan hukum dan kedudukan sesuatu perkara menurut
perspektif syarak.
Huraikan dengan secara terperinci tentang perbezaan fahaman antara ahli sunnah
wal jamaah dengan aliran muktazilah.

Rujuk Rubrik Pemarkahan


Jawapan:

• Pelaku Dosa Besar


Muktazilah:
Setiap pelaku pelaku dosa besar, menurut mu’tazilah,berada diposisi tengah
antara posisi mukmin dan kafir. Jika pelakunya belum sempat bertaubat, ia akan
dimasukkan dalam neraka selama-lamanya. Namun siksanya lebih ringan
daripada siksa orang kafir. Jadi, menurut mu’tazilah yang dimaksud dengan dosa
besar adalah segala perbuatan yang ancamannya disebutkan secara tegas
dalam nas, sedangakan dosa kecil adalah sebaliknya.

Ahlu sunnah wa jamaah


Dosa besar menurut ahli sunnah wa jamaah adalah pelaku dosa besar tatap
masih tetap sebagai beriman, akan tetapi apabila ia beranggapan bahwa dosa ini
diperbolahkan (halal) dan tidak diharamkan maka ia dipandang kafir. Adapun
balasan di akhirat kelak apabila ia meninggal tidak sempat bertaubat maka, hal
itu diserahkan kepada kebijakan tuhan YME dan mendapatkan syfa’at Nabi
SAW, sehingga terbebaskan dari siksaan neraka atau kebalikannya. Meskipun
begitu, ia tidak akan kekal di neraka seperti orang kafir lainnya. Dan bisa masuk
surga.

• Iman dan kufur


Muktazilah:
Aliran muktazilah sepakat bahwa amal perbuatan merupakan salah saru unsur
terpenting dalam konsep iman. Karena itu merupakan salah satu dari pancasila
mu’tazilah (alwa’ad wa al wa’id) dan ma’rifah (pengetahuan dan akal) dalam
masalah fluktuasi iman, yang merupakan persoalan teologi yaitu iman seseorang
dapat berkurang dan bertambah tergantung pada amal ibadahnya.
Ahlu sunnah wa jamaah
Ahlu sunnah wa jamaah mendefinisikan iman dalam berbagai macam. Iman
adalah qawl dan amal dan dapat bertambah dan berkurang. Dalam al-luma iman
dartikan sebagaitashdiq bi Alloh. Jadi, bagi asyariyah dan juga al-asari sendiri
iman hanyalah tashdiq yang juga dieksprsikan dalam bentuk syahadatain.

• Perbuatan Tuhan
Muktazilah:
Aliran muktazilah berpendapat bahwa perbuatan tuhan hanya terbatas pada hal-
hal yang baik. Namun , ini tidak bererti bahawa tuhan tidak mampu melakukan
perbuatan buruk kerana Tuhan mengetahui keburukannya. Tentang keadilan
tuhan, muktazilah berpendapat bahawa tuhan mempunyai kewajipan terhadap
manusia. (tidak memberikan beban diluar kemampuan manusia, mengirimkan
rasul dan menepati janji dan ancaman)
Ahlu sunnah wa jamaah
Ahlu sunnah wa jamaah berpendapat bahawa perbuatan-perbuatan tuhan
bersifat (ja’iz) dan tidak satupun darinya yang mempunyai sifat wajib. Dengan
demikian tuhan dapat maha berkehendak terhadap makhukNya. Kekuasaan

6
Tuhan adalah mutlak. Tuhan berhak berbuat apa sahaja untuk kepentingan
manusia.

• Perbuatan Manusia
Muktazilah:
Aliran muktazilah berpendapat bahwa manusia mempunyai daya yang besar dan
bebas. Oleh kerana itu, manusialah yang menciptakan perbuatan-perbuatannya.
Manusia sendirilah yang berbuat baik dan buruk. Ketaatan dan kepatuhannya
adalah kehendak dan kemahuannya sendiri.
Ahlu sunnah wa jamaah
Ahlu sunnah wa jamaah berpendapat segala sesuatu yang terjadi dengan
perantaraan daya yang diciptakan, sehingga menjadi perolehan bagi muktasib
yang memperoleh kasab untuk melakukan perbuatan. Ahlu sunnah wal jamaah
berpendapat bahwa perbuatan manusia dan daya manusia adalah ciptaan Allah
Dengan demikian kasb mempunyai pengertian penyertaan perbuatan daya
manusia yang baru.

• Sifat-sifat tuhan
Muktazilah:
Muktazilah berpendapat bahwa Tuhan tidak mempunyai sifat. Tuhan bersifat
negatif . Tuhan tidak mempunyai pengetahuan, kekuasaan, hajat dan
sebagainya. Aliran memberikan daya yang besar kepada akal bahwa tuhan tidak
mempunyai sifat-sifat jasmani. Selanjutnya muktazilah berpendapat bahwa tuhan
bersifat immateri (ghaib).

Ahlu sunnah wa jamaah


Ahlu sunnah wa jamaah berpendapat bahwa Tuhan mempunyai sifat-sifat, dan
sifat-sifat Allah itu unik kerana tidak dapat dibandingkan dengan sifat-sifat
manusia. Ahli sunnah wal jamaah juga menolak bahawa Allah itu mempunyai sifat-
sifat jasmani. Namun ayat-ayat al-quran menggambarkan sifat-sifat tersebut tidak
boleh ditakwilkan dan diterima secara harfiahnya saja, namun semua itu
dikatakan layukayyaf wala yuhadd( tanpa di ketahui bagaimana cara dan
batasnya) .

• Kehendak mutlak Tuhan dan keadilan tuhan


Muktazilah:
Muktazilah berpendapat bahawa tuhan itu adil dan tidak mungkin memaksakan
kehendakNya kepada hambanya kemudian mengharuskan hambaNya itu untuk
menanggung akibat dari perbuatanNya. Dengan demikian manusia mempunyai
kebebasan untuk melakukan perbuatannya tanpa ada paksaan. Dengan
kebebasan itulah manusia dapat bertanggng jawab atas segala perbuatannya.
Ahlu sunnah wa jamaah
Ahlu sunnah wa jamaah berpendapat bahawa Tuhan memiliki kekuasaan dan
kehendak secara mutlak kepada manusia dan dapat berbuat sesuka hatiNYa.
Dengan demikian keadilan Tuhan terletak pada kehendak mutlakNya.

• Fungsi akal dan wahyu


Akal yang dianugerahkan Tuhan kepada manusia secara potensial berupaya
sedemikian rupa membangun preposisi-preposisi logis sehingga dapat membawa
manusia sampai pada pengetahuan yang utuh dalam masalah ketuhanan.
Sedangkan wahyu merupakan pengkhabaran, berisiskan penjelasan-penjelasan
mengenai masalah Tuhan. Tetapi persoalannya adalah; sejauh mana orientasi
akal dan wahyu dalam masalah teologi ?
Muktazilah:

7
Aliran muktazilah berpendapat bahawa tidak semua pengetahuan dapat
diperoleh manusia dari akal dan tidak semua kewajipan dapat diketahui oleh
pemikirannya. Akal tidak mampu mengetahui bagaimana cara yang tepat
menyembah dan memuja tuhan. Wahyulah yang menjelaskan hal ini kepada
manusia.
Ahlu sunnah wa jamaah
Ahlu sunnah wa jamaah berpendapat bahawa dari empat masalah keagamaan
tersebut yang dapat diketahui oleh akal hanyalah mengenai adanya tuhan. Tiga
yang lainnya selain daripada berterima kasih pada tuhan (kewajipan mengenal
tuhan, kebaikan dan kejahatan, kewajipan melakukan yang baik dan
meninggalkan yang buruk) dapat diketahui melalui wahyu. Akal tidak dapat
membuat sesuatu menjadi wajib, oleh itu akal tidak dapat menetapkan sesuatu
itu wajib bagi manusia. Segala kewajipan ditentukan oleh wahyu.

• Al-qur’an hadis atau qadim


Muktazilah:
Al-qur’an menurut aliran mu’tazilah adalah makhluk diciptakan Tuhan. Menurut
aliran mu’tazilah kalam (al-quran) adalah suara yang tersusun dari huruf-huruf
dan dapat didengar, maka huruf-huruf yang digambarkan oleh pena itu baru dan
suara yang diucapkan oleh pembaca bersifat baru, semua yang bukan kekal
adalah ciptaan Allah.
Ahlu sunnah wa jamaah
Al-quran menurut ahlu sunnah wa jamaah adalah qadim (kekal) al-quran
merupakan wahyu Allah swt yang telah ada sejak dahulu di alam barzah. Yang
kemudian diturunkan kepada nabi melalui malaikat jibril. Menurut ahli sunnah wal
jamaah (imam Ahmad Ibn Hanbal dan para fuqaha serta muhaddisisn) bahawa
huruf-huruf dan makna-makna dalam al-qur’an merupakan manifestasi dari kata-
kata Allah.

Anda mungkin juga menyukai