Anda di halaman 1dari 16

Topik 1

Konsep asas pentaksiran


• Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan
pentaksiran
• Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan
- Pentaksiran tentang pembelajaran
- Pentaksiran untuk pembelajaran
- Pentaksiran sebagai pembelajaran
Pengujian
● Instrumen atau aktiviti utk mengumpul data
● ke atas kebolehan individu dalam sesuatu tugasan
● Aspek yang diuji: kognitif, psikomotor (kemahiran), afektif.

Data
● Terjemahan amalan ke bentuk numerik (kuantitatif) atau
● deskriptor verbal yang kemudiannya direkodkan dalam bentuk penulisan
(kualitatif)
Kenapa perlu tadbir ujian?
● Untuk mengukur perbezaan individu ke atas trait (amalan) spesifik
seperti tahap kemahiran mengeksperimen

Bincangkan:
● Mengapa ujian itu dilabel “tidak bagus” jika semua orang skor 100%?
atau
● Mengapa ujian itu dilabel “bagus” jika hanya 1 daripada 50 orang
mendapat skor 100%?
taburan normal
Dua Jenis Data dalam penyelidikan
i. Data berbentuk kuantitatif
ii. Data berbentuk kualitatif

Data yang bersifat kuantitatif diperoleh melalui


● proses pengukuran yang memerlukan alat-alat
● pengukuran seperti ujian, soal selidik dan lain-lain.
Data yang bersifat kualitatif diperoleh melalui
● pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan lain-lain cara untuk
mendapatkan segala maklumat yang
● lengkap agar apa yang dikaji dapat dibuktikan kebenarannya
Pengukuran
● Berlaku apabila pengujian dilakukan dan skor
diperoleh
● Jika ujian mengumpulkan data kuantitatif, skor
dalam bentuk nombor
● Jika ujian mengumpulkan data kualitatif, skor
dalam bentuk perkataan atau ayat
Penilaian (evaluation = value)

● Melibatkan beberapa proses yang dirancang untuk


memberi maklumat yang boleh membantu kita membuat
penilaian mengenai sesuatu situasi.
● Definisi: Proses membuat pertimbangan mengenai hasil
pengukuran dalam aspek tujuan pengukuran.
Pentaksiran
Pentaksiran adalah proses;
● Mengumpul maklumat yang sah dan boleh dipercayai (valid and
reliable) tentang prestasi pelajar secara berterusan menggunakan
kaedah atau alat tertentu dan pelbagai.
● Merekod, Mengolah, menganalisis , menterjemah, menginterpretasi,
dan membuat penilaian dan pertimbangan.
● Melapor secara bertulis tentang prestasi, pencapaian dan keperluan
pelajar.
Tujuan pentaksiran

Pentaksiran mempunyai beberapa tujuan. Secara umumnya, tujuan ini


boleh dikelompokkan kepada tiga kategori utama, iaitu
● pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning);
● pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning); dan
● pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).
Pentaksiran untuk Pembelajaran (AfL)
● Melibatkan guru menguji pengetahuan, pemahaman dan
kemahiran pelajar sebagai bukti maklum balas terhadap
keberkesanan pengajaran guru.
● Juga dikenali sebagai pentaksiran formatif
● Berlaku sepanjang tempoh proses PdP untuk memastikan
pembelajaran dan kefahaman pelajar terhadap
pembelajaran.
● AfL adalah proses mencari dan mentafsir bukti untuk
digunakan oleh pelajar dan guru dalam membuat
keputusan pada peringkat pelajar berada dalam
pembelajaran mereka dan menunjukkan langkah yang
perlu diambil untuk meningkatkan pembelajaran
seterusnya.
Tujuan AfL
● membantu pelajar untuk membuat refleksi dan belajar dengan lebih berkesan dan
bukan pencapaian markah dan gred semata-mata.
● melibatkan aktiviti pentaksiran secara formal dan tidak formal sebagai sebahagian
daripada proses pembelajaran dan maklum balas untuk perancangan pembelajaran
akan datang.
● merangkumi matlamat yang jelas untuk aktiviti pembelajaran.
● membekalkan maklum balas efektif yang dapat memotivasikan pelajar untuk
penambahbaikan.
● mencerminkan kepercayaan bahawa semuapelajar boleh memperbaiki diri.
● menggalakkan pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya sebagai rutin dalam
kelas.
● memberikan maklum balas kepada guru, pelajar dan ibubapa tentang prestasi.
Pentaksiran sebagai Pembelajaran (AaL)
● AaL berlaku apabila pelajar membuat refleksi dan memantau pencapaian
mereka sendiri bagi tujuan menambah baik pembelajaran mereka.
● Pentaksiran ini bertujuan untuk mengukuhkan pembelajaran dalam kalangan
pelajar melalui proses pentaksiran yang dilalui, terutamanya dalam
pentaksiran prestasi.
● Melalui pentaksiran kendiri dan rakan sebaya, pelajar berpeluang membuat
refleksi tentang pembelajaran mereka serta mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan sendiri dan membuat penerokaan kendiri seterusnya.
Pentaksiran tentang Pembelajaran (AoL)
Pentaksiran tentang Pembelajaran berlaku apabila guru menggunakan bukti
(evidence) pembelajaran pelajar untuk membuat pertimbangan (judgement)
terhadap pencapaian pelajar berdasarkan sesuatu standard. Pentaksiran jenis ini
dibuat untuk tujuan:
● Akauntabiliti/Kebertanggungjawaban kepada masyarakat. Pencapaian dan
perkembangan pelajar perlu dilaporkan kepada ibu bapa, masyarakat dan
pihak pentadbir.
● Pensijilan
● Meningkatkan keberkesanan PdP
Berikan satu contoh dalam persekitaran anda

● Pengujian
● AfL
● Pengukuran
● AaL
● Penilaian
● AoL
● Pentaksiran

Anda mungkin juga menyukai