Anda di halaman 1dari 21

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2018 SEMESTER 4 )

PENGAJARAN ASPEK SENI BAHASA DAN TATABAHASA


(BMMB3093)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA RASIN BIN ROSLAN

ANGKA GILIRAN 2018192340103

NO. KAD PENGENALAN 990124036749

KUMPULAN D5

PENGAJARAN ASPEK SENI BAHASA DAN TATABAHASA


KOD/ NAMA KURSUS
(BMMB3093)

NAMA PENSYARAH AKADEMIK PUAN AZIM NORMIZA BINTI AHMADI

TAJUK TUGASAN PENULISAN ESEI

TARIKH HANTAR 3 APRIL 2020


ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1
2.0 Konsep Teknik Dialog 1
3.0 Prinsip Pelaksanaan Teknik Dialog 1
4.0 Pengaplikasian Teknik Dialog daripada Aspek 4
Seni Bahasa dan Tatabahasa dalam Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
4.1 Aspek Seni Bahasa
4.2 Aspek Tatabahasa
5.0 Kelebihan dan Kelemahan Teknik Dialog 7
5.1 Kelebihan
5.2 Kelemahan
6.0 Kesimpulan 9

Rujukan 10
Lampiran
1.0 PENGENALAN

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih
haruslah sejajar dengan aspek pengajaran yang akan disampaikan. Menurut Edward M.
Anthony (1963), teknik adalah satu strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk
mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu pengajaran bahasa
tertentu. Khairudin (2011) pula mendefinisikan teknik sebagai pengendalian suatu
organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk
mencapai sesuatu objektif.
Pengajaran bahasa Melayu pula meliputi kemahiran mendengar dan bertutur,
membaca, menulis, aspek seni bahasa dan juga aspek tatabahasa. Kesemua aspek ini
memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan kemahiran bahasa
seseorang murid. Penerapan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa
adalah penting untuk menarik minat murid tentang pengajaran yang cuba disampaikan
oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penulisan ini akan
membincangkan pengaplikasian teknik dialog bagi aspek seni bahasa dan tatabahasa
yang diterapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2.0 KONSEP TEKNIK DIALOG

Kamus Dewan Edisi Keempat (2017) mendefinisikan dialog sebagai bentuk penulisan
dalam penghasilan karya drama. Teknik dialog dikenali sebagai Dialogue Thinking
Reading Lesson (D-TLR). Umar Junus (1989) mentakrifkan dialog sebagai sesuatu yang
bertentangan dengan monolog ataupun naratif yang melibatkan pertuturan antara dua
orang atau lebih. Tambahan pula, beliau juga berpendapat bahawa drama merupakan
salah satu genre yang menggunakan teknik dialog kerana melibatkan komunikasi antara
dua orang atau lebih. Selain itu, Ramli Isin (1979) dalam Rahman Shaari (1988) juga
menyatakan bahawa dialog sebagai perbualan atau percakapan, sama ada secara lisan
ataupun tulisan dan turut tergolong dalam unsur bahasa. Terdapat pelbagai cara teknik
dialog ini dapat diterapkan seperti lakonan, drama dan sebagainya.
3.0 PRINSIP PELAKSANAAN TEKNIK DIALOG

Menurut Layang Ugek dan Jamaludin (2018), guru bahasa Melayu perlu memiliki
penguasaan yang tinggi dalam bidang yang hendak diajar kepada murid-murid. Di dalam
konteks ini, guru-guru perlulah mengetahui prinsip pelaksanaan teknik dialog supaya
dapat diaplikasikan dengan berkesan di dalam bilik darjah. Antara prinsip pelaksanaan
teknik dialog ialah guru haruslah memilih watak atau dialog yang sesuai dengan minat,
kebolehan umur dan pengalaman murid serta bertepatan dengan objektif

pembelajarannya. Selain itu, bagi menarik perhatian murid, guru boleh menggunakan
bantuan bahan bantu mengajar seperti boneka, topeng muka, diodrama dan sebagainya.
Bahan-bahan ini akan menjadikan murid lebih tertarik dan fokus kepada sesi pengajaran.
Guru juga perlu menggunakan bahasa yang mudah, jelas, ringkas dan mudah difahami
oleh semua murid supaya mereka jelas tentang perkara yang disampaikan. Seterusnya,
guru perlu memastikan kesediaan murid sebelum memulakan sesi dialog.

Semasa mengujarkan dialog pula, guru boleh berada dalam posisi duduk mahupun
berdiri. Walau bagaimanapun, guru perlu memastikan bahawa semua murid dapat melihat
dengan jelas mimik muka, wajah dan ekspresi guru semasa menyampaikan dialog. Hal ini
penting bagi memastikan murid dapat memahami dengan jelas apa yang disampaikan
oleh guru tanpa ada murid yang tersalah tafsir. Oleh itu, guru mestilah menekankan
penggunaan sebutan dan intonasi yang betul serta jelas kepada murid-murid. Aspek
kelancaran, kelantangan suara dan kepelbagaian suara mengikut situasi juga perlulah
ditekankan dalam penggunaan teknik dialog sepanjang proses PdP. Tambahan pula,
penekanan pada perkataan, frasa dan ayat yang hendak dipelajari juga perlu
dititikberatkan. Selain itu, guru perlulah memastikan dialog yang digunakan mempunyai
nilai yang boleh dipelajari oleh murid. Bukan itu sahaja, penerapan unsur kecindan dalam
dialog juga adalah penting bagi mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan. Guru
juga boleh melibatkan murid bagi menggunakan teknik dialog. Hal ini dapat mendedahkan
kepada mereka berkaitan cara berkreativiti melalui kemahiran intelek dan juga emosi.
Tuntasnya, guru perlulah menguasai prinsip pelaksanaan teknik dialog ini supaya dapat
memanfaatkannya dengan baik sepanjang proses pengajaran.
4.0 APLIKASI TEKNIK DIALOG DALAM DRAMA BERDASARKAN ASPEK SENI BAHASA
DAN ASPEK TATABAHASA
Dalam pengajaran bahasa Melayu, teknik dialog turut diterapkan dalam aspek seni
bahasa dan tatabahasa. Berdasarkan skrip drama yang telah dihasilkan, terdapat
beberapa pengaplikasian teknik dialog daripada aspek seni bahasa dan tatabahasa yang
telah diterapkan. Tujuan menerapkan elemen ini adalah bagi memastikan keindahan dan
kesantunan bahasa sentiasa dipelihara dan berkembang dari semasa ke semasa.

4.1 APLIKASI TEKNIK DIALOG BERDASARKAN ASPEK SENI BAHASA

Terdapat beberapa pengaplikasian aspek seni bahasa yang diterapkan dalam


penghasilan skrip drama. Contohnya adalah seperti penerapan sajak Kehidupan
di Dunia:
Kehidupan di dunia
Kadang kala indah bagai bulan
purnama
Kadang kala menyakitkan
bagai tiba gerhana
Hati yang berdetik
Namun mulut tetap terkunci
Tidak mampu melafazkan
Yang tersurat di hati
Kerana jendela bibir terkunci
rapi.

Guru dapat menggunakan pelbagai medium dalam mengajarkan aspek seni


bahasa kepada murid-murid termasuklah menggunakan teknik dialog. Menurut H.B
Jassin (2001), sajak adalah pengucapan dengan perasaan yang di dalamnya
mengandungi fikiran dan tanggapan. Tujuan mengajar murid aspek ini adalah untuk
menekankan penghayatan mereka terhadap keindahan bahasa. Maka, seseorang
guru perlulah menggunakan pendekatan dan teknik yang tertentu dalam
menyampaikan bahan pengajaran mengikut kreativti masing-masing. Contohnya, guru
menunjukkan cara-cara mendeklamasikan sajak dengan intonasi yang betul dan
memberi peluang kepada murid untuk mencuba. Dengan cara ini, murid-murid akan
lebih tertarik untuk belajar dan memahami makna di sebalik sajak yang diajarkan.
Kesannya, objektif pembelajaran akan dapat dicapai dengan baik dan aktiviti PdP
dapat dijalankan secara berkesan. Terdapat pelbagai contoh tema sajak yang boleh
digunakan oleh seseorang guru di dalam kelas sesuai dengan tajuk dan objektif
pembelajaran yang ingin dicapai. Misalnya, guru boleh mengetengahkan tema
keagamaan, ilmu, pengajaran, kasih sayang dan sebagainya.

Selain itu, sajak juga boleh digunakan oleh guru sebagai medium dalam
menyampaikan nilai-nilai murni. Sekiranya murid-murid dapat menghayati serta
memahami makna sajak yang diajarkan, maka mereka akan dapat menerapkan
amalan murni itu dalam kehidupan seharian. Contohnya, berdasarkan dialog yang
menggunakan sajak di atas, nilai murni yang cuba ditonjolkan oleh penulis ialah
berkaitan sikap hormat menghormati yang perlu dimiliki oleh setiap individu. Dalam
konteks skrip dan sajak tersebut, individu seharusnya menghormati orang yang lebih
tua daripada mereke. Tidak semua yang kita rasa perlu diujarkan dan diterjemah
dalam bentuk perkataan demi menjaga hati dan hubungan ahli keluarga. Oleh itu,
penghayatan tentang nilai ini dapat diterapkan dalam medium yang lebih
menyeronokkan kepada murid-murid. Hal ini kerana, murid-murid dapat belajar
sesuatu melalui hiburan. Maka, suasana pembelajaran yang positif juga dapat
membantu mereka belajar dengan lebih baik. Justeru itu, bukti penerapan bahan
sastera seperti sajak dapat dibuktikan berdasarkan Standard Kandungan (SK) dan
Standard Pembelajaran (SP) berikut:

SK dan SP BM Tahun 4

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

4.4 Melafazkan dan memahami puisi 4.4.1 Mendeklamasi sajak dengan


dengan intonasi yang betul sebutan dan intonasi yang betul dan jelas
menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur serta memahami
secara didik hibur. maksud sajak tersebut.

4.2 APLIKASI TEKNIK DIALOG BERDASARKAN ASPEK TATABAHASA

Berdasarkan skrip drama yang telah dihasilkan, terdapat juga beberapa elemen
tatabahasa yang diterapkan seperti penggunaan ayat tunggal dan ayat majmuk.
Elemen ini adalah amat penting bagi pengajaran terhadap murid-murid sekolah
rendah. Contohnya ialah:

Dia mabuk lagi.


Dia sanggup menjadi pembantu di sini semata-mata mahu melihat
anaknya membesar dan menjadi insan yang berguna.

Petikan di atas menunjukkan beberapa contoh ayat yang digunakan dalam


skrip drama. Ayat-ayat tersebut terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk.
Guru-guru perlulah mahir dalam pembinaan ayat supaya dapat membantu murid
membina dan menulis ayat dengan baik. Dalam dialog yang dihasilkan, penulis
menggunakan ayat yang ringkas dan mudah untuk difahami. Hal ini supaya, murid-
murid dapat memahami ayat yang dibina dengan jelas. Oleh itu, guru boleh
menggunakan dialog sebagai medium dalam mengajar topik pembinaan ayat. Hal
ini akan menyebabkan murid lebih teruja untuk belajar kerana kepelbagaian cara
mengajar yang ditonjolkan oleh guru. Bukan itu sahaja, guru boleh menerangkan
perkembangan ayat dengan lebih jelas kepada murid-murid berdasarkan contoh
yang dipetik daripada skrip sesebuah drama. Guru-guru juga boleh melaksanakan
tugasan ini secara berkumpulan kepada murid-murid. Maka, pembelajaran
koperatif dapat diwujudkan. Dengan cara ini, murid-murid yang cemerlang akan
dapat membantu murid yang lemah bagi membina ayat dengan lebih baik.

Pengajaran aspek tatabahasa seperti ayat tunggal dan ayat majmuk adalah
penting bagi murid-murid terutama dalam membina karangan. Sekiranya murid-
murid memiliki kemahiran membina ayat dengan baik, maka mereka akan dapat
mengembangkan idea dalam subjek dan predikat ayat dengan lebih baik.
Tambahan pula, murid juga akan dapat mengetahui perbezaan antara ayat tunggal
dan ayat majmuk dengan lebih terperinci serta mampu membuat perbandingan.
Oleh itu, guru mestilah membantu murid bagi menguasai kemahiran menulis ini
supaya mereka lebih cemerlang dalam membina pelbagai jenis ayat mengikut
konteks. Seperti yang sedia maklum, kemahiran menulis merupakan kemahiran
yang sukar untuk diajar dan dikuasai oleh murid (Nik Safiah Karim, 2004). Hal ini
turut disokong oleh Jabatan Perkembangan Kurikulum (2009) yang menegaskan
bahawa guru perlulah menggunakan pelbagai bentuk pendekatan dan teknik yang
mengutamakan pembelajaran aktif. Tegasnya, sektor pendidikan sememangnya
mementingkan hal ini malah turut diterapkan dalam pembinaan DSKP supaya
guru-guru dapat memberi tumpuan berkaitan aspek ini. Buktinya dapat dilihat
berdasarkan SK dan SP Bahasa Melayu di dalam jadual di bawah:

SK dan SP BM Tahun 6

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


5.3 Memahami dan membina ayat 5.3.1 Memahami dan membina pelbagai
mengikut konteks. ayat tunggal dan ayat majmuk mengikut
konteks.
5.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TEKNIK DIALOG

5.1 KELEBIHAN

Antara kelebihan penggunaan teknik dialog dalam PdP bahasa Melayu ialah dapat
meningkatkan kecekapan berbahasa murid. Hal ini kerana murid akan didedahkan
dengan pelbagai bentuk kata dan golongan kata semasa mengujarkan dialog. Murid
juga dapat meluaskan perbendaharaan kata dan tatabahasa melalui aktiviti yang
menyeronokkan. Dengan adanya teknik ini, murid-murid turut dapat menguasai

kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu, penggunaan teknik
dialog semasa proses pengajaran adalah amat baik kerana dapat merangkumi
kesemua aspek kemahiran bahasa bagi meningkatkan kecekapan berbahasa mereka.
Tambahan pula, kesan jangka masa panjang melalui teknik ialah dapat melatih murid
untul berfikir secara kritis atau mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
KBAT memainkan peranan penting dalam membantu murid menguasai pembelajaran.
Hal ini disokong oleh Salihuddin Md Suhadi et. al (2014) yang menyatakan bahawa
apabila murid telah menguasai pembelajaran, maka mereka akan dapat
mempelbagaikan kaedah bagi mencari penyelesaian sesebuah permasalahan selari
dengan kehendak KBAT.

Kelebihan lain teknik dialog ialah murid dapat dilibatkan secara aktif
semasa proses PdP. Bukan itu sahaja, pengaplikasian teknik ini juga adalah
bertepatan dengan keperluan pedagogi masa kini iaitu pendekatan berpusatkan
murid. Sekiranya murid-murid terlibat secara langsung dalam pembelajaran, maka
mereka akan dapat meneroka serta lebih memahami apa yang dipelajari dengan lebih
tepat. Bukan itu sahaja, teknik dialog juga dapat digunakan bagi mengaplikasikan
pembelajaran kolaboratif iaitu murid-murid dapat berkongsi kefahaman masing-
masing berkenaan dialog yang diujarkan. Hal ini turut menyokong pembelajaran aktif
iaitu berpusatkan murid (Peterson, 2009). Kesannya, maka guru dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang bermakna kepada murid-murid selaras dengan amalan
pedagogi masa kini yang dinyatakan oleh Joanne Mc Eachen, Michael Fullan &
Joanne Quinn (2018) iaitu pembelajaran bermakna (New Pedagogies of Deep
Learning).
5.2 KELEMAHAN

Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan pengaplikasian teknik dialog dalam
pengajaran. Antaranya ialah murid yang lemah dalam kemahiran berbahasa akan
menghadapi kesukaran untuk mengikuti teknik ini. Sekiranya hal ini berlaku, maka
tidak semua murid akan memahami topik yang diajar oleh guru. Murid-murid kategori
tersebut akan pasif di dalam kelas dan tidak mahu terlibat dalam aktiviti PdP.
Sekiranya mereka tidak memberi tumpuan dalam pembelajaran, maka guru tidak
dapat membantu murid untuk meningkatkan kecerdasan pemikiran mereka (Fauzaiah
Sa’ad et.al, 2014). Lantas, guru akan menghadapi kesukaran untuk mencapai objektif
pembelajaran.

Kelemahan lain teknik dialog ialah menjadikan suasana kelas sukar untuk
dikawal. Realitinya, murid-murid akan berebut untuk membuat aktiviti ini yang akan

menyebabkan suasana kelas menjadi bising dan tidak terkawal. Bagi mengatasi
masalah ini, guru-guru perlulah mahir dalam penguasaan pedagogi supaya dapat
mengawal kelas dengan baik. Contohnya, guru menggunakan aplikasi TMK yang
membuatkan murid terkawal, penentuan giliran menggunakan queue generator,
menggunakan konsep ganjaran dan dendaan serta sebagainya. Aspek ini perlulah
dititikberatkan kerana memainkan peranan penting sepanjang proses PdP. Sekiranya
bilik darjah berasa dalam keadaan bising dan tidak terkawal, proses pembelajaran
akan terjejas dan tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

8.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, kelebihan teknik hendaklah digunakan secara maksimum untuk memastikan


murid mendapat segala isi pengajaran yang disampaikan kepada diri. Disamping itu, guru
hendaklah menerapkan elemen pembelajaran abad ke-21 seperti kemahiran berfikir secara
kritis, kemahiran kolaboratif dan kemahiran insaniah. Oleh itu, penggunaan teknik pengajaran
seperti teknik dialog amat mustahak dalam mendidik murid yang berilmu pengetahuan selaras
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara (FPK). Penggunaan teknik pengajaran yang
baik dan pelbagai dapat membentuk murid yang holistik selaras dengan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,
iaitu untuk melahirkan kemenjadian murid yang cemerlang dari pelbagai aspek.
RUJUKAN

Banning M. (2006). Measures that can be used to instill critical thinking. Journal Education in
Practice, 98-105.
Edward M. Anthony. (1963). Aproach, method and technique. ELT Journal, Volume XVII,
Fauziah Sa'ad, Norhidayah Jaapar, Khairiyah Mohd Ali, Najwa Hananie Ayhdzar & Wan
Norhasniah Wan Rashid. (2014). Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan
kurang tumpuan pelajar di dalam kelas. : Suatu kajian kes, 1-28.
H.B Jassin. (2001). Puisi Melayu Moden: Siri Ilmiah. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan &
Buku Malaysia Berhad.
Ishak Baba. (2009). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan kaitannya terhadap
prestasi akademik pelajar UTHM Johor: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Issue
2, Pages 63–67, Diakses pada 1 April 2020 di laman sesawang
https://doi.org/10.1093/elt/XVII.2.63
Jabatan Perkembangan Kurikulum. (2009). Sistem pendidikan negara abad ke-21. Seri
Begawan: Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.
Joanne M. E., Michael F. & Joanne Q. (2018). 2018 NPDL Report: A global partnership. Deep
Learning Series, 3-39.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2017). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khairudin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Layang Ugek dan Jamaludin Badusah. (2018). Amalan dan masalah pengajaran literasi
bahasa guru bahasa Melayu ketika mengajar murid penan. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 8(2), 25-38.
Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu sedekad yang lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Noraini Idris dan Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan pembelajaran: teori dan praktis. Kuala
Lumpur: Mc Graw Hill Education.
Peterson, E. (2009). Teaching to think. Journal of Education, 6(5), 83-88.

Rahman Shaari. (1988). Kritikan sastera Melayu: pendekatan dan pemikiran. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Salihuddin Md Suhadi, Baharuddin Aris, Hasnah Mohammed, Norasyikin Mohd Zaid & Zaleha

Abdullah. (2014). Penguasaan pelajar dalam kemahiran berfikir aras tinggi.

Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.


Shahril Marzuki. (2014). Amalan pengajaran guru yang berkesan. Kuala Lumpur: Fakulti
Pendidikan Universiti Malaya.
Siti Zabidah Mohamed. (2006). Kesan pendekatan penyebatian kemahiran berfikir kreatif
dalam pengajaran karangan. Tesis Doktor Falsafah.
Umar Junus. (1989). Fiksyen dan sejarah: suatu dialog. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Yahya Othman dan Suzanawaty Osman. (2014). Keupayaan menguasai kemahiran menulis
melalui pembelajaran berasaskan peojek dalam penulisan berbentuk risalah di
sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 19-29.
LAMPIRAN

KASIH AYAH

Oleh:

RASIN

Sinopsis : KAMAL, seorang pemuda berusia 28 tahun dibesarkan dalam keluarga


yang sangat kaya. Hidupnya dihiasi dengan wang ringgit dan jawatan
sehingga dia menjadi angkuh dan lupa diri. Pada suatu hari, satu kejadian
telah berlaku sehingga telah membongkarkan sebuah rahsia terbesar
yang dia sendiri tidak tahu dan akan mengubah kehidupannya selama-
lamanya.

Tema : Kekeluargaan

Mesej : Kita mestilah sentiasa menghormati dan berbuat baik kepada orang yang
lebih tua daripada kita terutama kedua ibu bapa yang telah banyak berkorban membesarkan
kita.

Watak-watak:

KAMAL : Seorang pemuda berusia 28 tahun yang bekerja di syarikat ayahnya.


Terlalu dibelai sepanjang hidupnya sehingga dia berasa terlalu selesa
dan angkuh.

DATO’ HASAN : Seorang pengurus sebuah syarikat yang berusia 58 tahun. Seorang
yang sibuk tetapi tegas dalam mendidik anak-anaknya.

PAK JABIT : Seorang pembantu yang bekerja di rumah DATO’ HASAN. Sangat rajin
dan prihatin akan kebajikan DATO’ HASAN dan anak-anaknya.

KARIM : Adik kepada KAMAL serta bekerja di syarikat ayahnya. Sentiasa


berusaha untuk menyebelahi abangnya untuk menjaga hubungan.

LINDA : Seorang gadis yang bekerja sebagai pembantu peribadi DATO’ HASAN
di pejabat.
SKRIP DRAMA “KASIH SEORANG AYAH”

BABAK 1

Tempat: Di rumah

Masa: 3.00 pagi

Watak: KAMAL, KARIM dan PAK JABIT

(KAMAL berjalan terhuyung-hayang memasuki rumah dengan senyap. Tiba-tiba, muncul


PAK JABIT yang menyedari kepulangan KAMAL ke rumah)

PAK JABIT: Astaghfirullah, KAMAL! Kau mabuk lagi ya?

KAMAL : Mana ada PAK JABIT. Saya tak mabuk lah. PAK JABIT jangan tuduh
sesuka hati.

PAK JABIT: Kamu jangan menipu PAK JABIT. Jalan terhuyung-hayang macam ini kamu
masih tidak mengaku kamu mabuk?

KAMAL : PAK JABIT ni dah kenapa? Saya dah cakap kan saya tak mabuk! PAK
JABIT tak perlu sibuklah tentang saya. PAPA pun tak pernah tanya saya ke
mana. PAK JABIT siapa nak menyibuk ke mana saya pergi.

PAK JABIT: (cuba menenangkan KAMAL) KAMAL.. PAK JABIT kan dah ditugaskan
untuk jadi pembantu DATO’, menjaga anak-anak DATO’.

KAMAL : Jika begitu, baguslah. Jadi, jalankan tugas sebagai pembantu. PAK JABIT
jangan nak sibuk tentang hal saya.

(KARIM masuk ke pentas dengan menggosok-gosokkan mata kerana terjaga daripada


tidur.)

KARIM : Mengapa bising-bising ni?

PAK JABIT: KARIM.. Kamu cubalah nasihat abang kamu ini. Dia mabuk lagi.
(menggelengkan kepala)
KARIM : Tak apa lah PAK JABIT. PAK JABIT pergilah tidur. Biar saya yang bercakap
dengannya.

(PAK JABIT berlalu pergi meninggalkan pentas)

KARIM : Abang, kenapa ni? Setiap kali balik mesti mabuk. Sampai bila abang mahu
begini? Esok kan kita perlu bekerja.

KAMAL : Ah! Kau tak perlu berkelakuan baik. Kau pun sama ja.

KARIM : Abang.. Abang perlu ingat, kita perlu bangun awal pada esok hari untuk
bekerja. Jika tidak, PAPA akan marah nanti.

KAMAL : Aku tak mabuk lah! Kau tak perlu sibuk tentang hal aku. Kau dengan
kehidupan kau. Aku dengan kehidupan aku. Sudahlah! Aku mahu masuk
tidur. Ke tepi!

(KAMAL menolak KARIM ke tepi dan berlalu pergi. Pentas digelapkan)

BABAK 2

Tempat: Di pejabat

Masa: 8.00 pagi

Watak: DATO’ HASAN, KARIM, KAMAL dan LINDA

(Pentas diterangkan. DATO’ HASAN menyanyikan lagu “Suratan atau kebetulan”)

DATO’ Walau kita dihadapkan


HASAN:
Dengan pelbagai pilihan

Mengapa sering terjadi

Pilihan tak menepati


Hingga amat menakutkan

Menghadapi masa depan

Seolah telah terhapus

Sebuah kehidupan yang kudus.

KARIM : Jadi, bagaimana pendapat PAPA tentang projek ini?

DATO’ Ini projek yang mana? (sambil menunjukkan sekeping pelan bangunan)
HASAN:

KARIM : Ini projek yang terbatal tu PAPA.

DATO’ Oh. Projek yang batal kau tanya PAPA untuk apa? KAMAL mana
HASAN: KAMAL?

KARIM : Em. KAMAL...

DATO’ Cakap betul-betul. Jangan nak cari alasan! KAMAL di mana?


HASAN: (meninggikan suara)

KARIM : Em. KAMAL pergi jumpa klien.

DATO’ Jumpa klien atau pergi ke lain?


HASAN:

KARIM : KAMAL cakap dia pergi jumpa klien, PAPA. Jadi saya rasa dia sedang
berjumpa klien.

DATO’ Jumpa klien apa? Jadual klien, pergi ke mana semua aku tahu! Ya aku
HASAN: tahu kau sayang abang kau. Tetapi jangan sampai perkara salah yang
dia lakukan pun kau nak berselindung. Cakap betul-betul dia pergi
mana! Sekarang waktu bekerja! Dia di mana?!

(KARIM menundukkan kepala)

DATO’ Linda, masuk. (sambil menekankan butang pada telefon di atas meja)
HASAN:

(Linda berjalan masuk ke pentas sambil membawa secawan air.)


DATO’ Linda, awak tahu KAMAL pergi ke mana?
HASAN:

LINDA : Em.. KAMAL..

DATO’ Kenapa semua orang takut sangat nak cakap KAMAL pergi ke mana?
HASAN:

(KAMAL masuk ke pentas dengan tergesa-gesa.)

LINDA : DATO’. Saya minta diri dulu ya. (sambil meninggalkan pentas)

DATO’ Kali ini apa alasan kau datang lambat ke pejabat?


HASAN:

KAMAL : Saya pergi ke klinik, PAPA.

DATO’ Kau tak perlu nak menipu.


HASAN:

KARIM : Abang. Sudahlah abang. Kita ada projek yang besar ni.

(KAMAL menarik KARIM ke belakang.)

KAMAL : Kau tak perlu tunjuk baiklah depan PAPA.

DATO’ Sudah! Kamu berdua ni tidak habis-habis asyik bergaduh. Kalau mahu
HASAN: bergaduh, keluar dari sini!

(KAMAL dan KARIM menundukkan kepala dan meninggalkan pentas. Pentas digelapkan)

BABAK 3

Tempat: Di rumah

Masa: 4.00 petang

Watak: DATO’ HASAN, KARIM, KAMAL dan PAK JABIT


(Pentas diterangkan. KARIM sedang menyiram pokok di laman rumah sambil berpuisi..
Tiba-tiba, KAMAL melulu ke arahnya dan menariknya.)

KARIM : (Sajak Puisi: Kehidupan di Dunia)

Kehidupan di dunia

Kadang kala indah bagai bulan purnama

Kadang kala menyakitkan bagai tiba gerhana

Hati yang berdetik

Namun mulut tetap terkunci

Tidak mampu melafazkan

Yang tersurat di hati

Kerana jendela bibir terkunci rapi.

KAMAL : Hei, kau kan yang memberitahu PAPA aku mabuk malam tu!

KARIM : Eh, mana ada. Aku tak cakap apa pun pada PAPA.

KAMAL : Kau tak perlu nak menipu aku. Aku tahu kau yang memberitahu kepada
PAPA tentang ini. Kalau tidak, PAPA tidak akan memarahi aku di
pejabat tadi.

KARIM : Tiada kepentingan pun kepada aku untuk memberitahu PAPA tentang
itu.

KAMAL : Kau sengaja kan buat begini supaya kau nampak lebih baik daripada
aku di mata PAPA. Kau ingat aku tidak tahu.

KARIM : Ah, PAPA pun bukannya tidak tahu kau tu memang kaki botol.

KAMAL : Kurang ajar! (Dush! Satu tumbukan dikenakan di pipi KARIM.)


(KAMAL dan KARIM saling bertumbukan. PAK JABIT berlari ke arah mereka untuk
meleraikan pergaduhan tersebut.)

PAK JABIT : Sudah nak! Sudah! Jangan bergaduh lagi.

(Pang! KAMAL menampar PAK JABIT sehingga terjatuh.)

KAMAL : PAK JABIT diam! PAK JABIT jangan nak masuk campur urusan kami.
PAK JABIT tu pembantu je di sini!

DATO’ KAMAL! (Pang! DATO’ HASAN meluru dan menampar KAMAL sepenuh
HASAN: hati.)

KAMAL : Sanggup PAPA menampar saya di hadapan orang tua ini. (sambil
menangis dan memegang pipi yang ditampar)

DATO’ Kau diam! Dasar anak tak sedar diri diuntung! Sanggup kau tampar
HASAN: orang yang sangat berjasa kepada kau.

KAMAL : Apa yang PAPA mengarut ini? Apa jasa orang tua kutuk ini?

DATO’ Kalau kau mahu tahu, orang yang kau tampar ini ialah AYAH kau!
HASAN: (kesan bunyi guruh dimainkan diikuti muzik latar sedih)

DATO’ Orang yang kau hina, kau maki, ialah ayah kandung kau!
HASAN:

(KAMAL menangis terduduk sambil menggelengkan kepala)

DATO’ Dia sanggup menjadi pembantu di sini semata-mata mahu melihat


HASAN: anaknya membesar dan menjadi insan yang berguna. Tapi aku gagal
(sambil menggelengkan kepala dan menepuk bahu PAK JABIT.) Aku
minta maaf DUAN. Aku gagal mendidik anak kau sehingga dia menjadi
begini. Aku terlalu memanjakannya. Aku minta maaf DUAN.

(Suasana menjadi sayu. Semua watak menangis. Muzik latar sedih terus dimainkan)

PAK JABIT : Nak.. AYAH minta maaf nak. (sambil memeluk KAMAL)

(KAMAL melepaskan pelukan terus berlalu pergi.)


PAK JABIT : Nak.. KAMAL.. Jangan tinggalkan AYAH KAMAL! KAMAL...

(KAMAL berlalu tanpa menghiraukan rayuan PAK JABIT. Tiba-tiba, kesan bunyi kereta
kemalangan dimainkan. Pentas digelapkan)

BABAK 4

Tempat: Di hospital

Masa: 9.00 pagi

Watak: DOKTOR, DATO’ HASAN, KARIM, KAMAL dan PAK JABIT

(KAMAL baru tersedar dari koma. Dia terpinga-pinga dengan apa yang sedang berlaku.)

KAMAL : DOKTOR, apa yang telah berlaku DOKTOR?

DOKTOR : Alhamdulillah awak dah sedar. Awak telah dilanggar sebuah kereta
ketika sedang melintas jalan. Awak telah kehilangan banyak darah.
Tetapi alhamdulillah kerana ada penderma darah yang mempunyai jenis
darah yang sama dengan awak dan sudi untuk mendermakan darahnya.

KAMAL : Siapakah orang itu DOKTOR? DATO’ HASAN?

DOKTOR : Bukan. Jika tidak salah, ENCIK JABIT namanya.

(Watak DOKTOR membeku. KAMAL bermonolog sendiri)

KAMAL : Ya Allah! PAK JABIT! Jadi benarlah PAK JABIT adalah bapa
kandungku. Aku sangat berdosa kepadanya ya Allah.

(Watak DOKTOR kembali bergerak)

DOKTOR : Jika tiada apa-apa, saya minta diri dulu ya. Awak berehatlah
secukupnya.

KAMAL : Baiklah DOKTOR. Terima kasih DOKTOR.


(DOKTOR berlalu meninggalkan pentas. DATO’ HASAN, KARIM dan PAK JABIT masuk
ke pentas. KAMAL terus bersalam dan memeluk PAK JABIT.)

KAMAL : KAMAL minta maaf, AYAH. KAMAL banyak melakukan dosa kepada
AYAH. KAMAL mintak ampun, AYAH.

PAK JABIT : Tak mengapa nak. AYAH pun minta maaf kepada KAMAL kerana tidak
dapat menjaga KAMAL sepenuhnya. AYAH orang susah. DATO’, terima
kasih kerana sudi menjaga KAMAL sehingga besar. Terima kasih
banyak DATO’.

DATO’ Sama-sama DUAN. Tak mengapa. Setelah berapa lama kau bersabar,
HASAN: akhirnya keluarga kau telah bersatu semula. Inilah yang dikatakan
“KASIH SEORANG AYAH”.

(Lagu “Ayah kukirimkan doa” dimainkan. Kesemua watak menyanyikan lagu tersebut
bersama-sama.)

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai