Anda di halaman 1dari 4

Kopi hijau @ green coffee :

1.
Green Coffee (Kopi Hijau) adalah biji kopi yang belum dipanggang.
Kajian yang diterbitkan pada 2007 di dalam Journal of International Medical
Research [1] menunjukkan membantu menurunkan berat badan kerana mengandungi
bahan semulajadi yang dipanggil Asid Klorogenik (Chorogenic Acid).

Antara testimoni :

1) Bangga sebab bahagian banyak lemak seperti lengan, peha, leher dan pinggul telah mengecil
dan mengecut
2) Syukur, kadar gula dalam darah menurun
3) Cergas selepas tekanan darah menjadi normal
4) Gembira kerana sakit kaki sudah berkurang
5) Bertenaga apabila bangun dari tidur kerana dapat tidur dengan nyenyak
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
 
17 April 2017  · 

BENARKAH KOPI HIJAU BERKESAN MENGURANGKAN BERAT BADAN?


Pada 2012, program televisyen yang menampilkan doktor selebriti popular di Amerika Syarikat telah mempromosikan kopi hijau
sebagai salah satu produk semula jadi yang bagus sebagai ejen pengurangan berat badan. Pelbagai produk jenis ini dipasarkan
dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna setempat.
Tidak lama selepas itu, satu badan yang melindungi pengguna di Amerika Syarikat iaitu Federal Trade Commission (FTC) telah
memfailkan saman terhadap satu syarikat pengeluar produk kopi hijau atas kesalahan melakukan dakwaan bogus tentang
keberkesanan produk mereka dan menggunakan testimoni palsu sebagai cara pemasaran. FTC turut menasihatkan pengguna
tempatan agar lebih berhati-hati sewaktu memilih produk kopi hijau yang ingin dibeli.
Di Malaysia, situasi yang sama mula dilihat apabila produk kopi hijau kini mendapat tempat dalam pasaran. Dua jenis sediaan
yang biasa ditemui iaitu kapsul mengandungi ekstrak kopi hijau (green coffee extract, GCE) dan serbuk kopi mengandungi CGE
dikatakan berkesan untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.
Namun persoalannya, adakah kopi hijau betul-betul dapat memberikan kesan yang didakwa, terutamanya selepas ada syarikat
pengeluar yang sanggup mengeluarkan tuntutan palsu bagi melariskan produk?
Apakah kopi hijau sebenarnya?
Kopi hijau merupakan biji kopi segar yang belum dipanggang menjadi biji kopi yang biasanya digunakan sebagai minuman.
Seperti biji kopi biasa yang lain, kopi hijau mengandungi dua komponen yang utama iaitu kafein dan asid klorogenik. Biji kopi
hijau berbeza daripada biji kopi yang dipanggang kerana kandungan asid klorogenik dalam kopi hijau lebih tinggi.
Asid klorogenik ini yang dikatakan menghasilkan kesan penurunan berat badan. Melalui kajian terhadap haiwan, asid klorogenik
yang diberi dalam bentuk GCE didapati berjaya mengelakkan penyerapan lemak dan meningkatkan metabolisme lemak di hati.
Haiwan yang dikaji menunjukkan penurunan paras lemak dalam badan (visceral fat) dan berat badan secara keseluruhan.
Di samping itu, asid klorogenik juga diketahui sebagai antioksidan yang baik untuk memerangkap radikal bebas. Terdapat juga
kajian menunjukkan dalam sesetengah individu, asid klorogenik dapat menurunkan tekanan darah, paras gula dan kolesterol
dalam darah. Kesan-kesan ini walau bagaimanapun, tidaklah begitu signifikan.
Keberkesanan kopi hijau kepada manusia.
Tidak banyak kajian ke atas manusia dijalankan untuk mengkaji keberkesanan sebenar kopi hijau. Kebanyakan kajian dilakukan
atas dana yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar produk kopi hijau sendiri.
Oleh itu keputusan kajian sememangnya menunjukkan peserta yang diberi minum CGE menunjukkan penurunan badan selepas
tempoh tertentu berbanding kumpulan peserta yang hanya mengambil plasebo atau sampel dengan esktrak kopi biasa.
Namun begitu, para saintis bersetuju bahawa kajian-kajian yang dijalankan ini masih belum konklusif untuk membuktikan kopi
hijau berkesan sepenuhnya kepada semua individu yang mengalami masalah berat badan. Antara sebabnya adalah kerana kajian
tersebut hanya melibatkan jumlah sampel yang sangat kecil, iaitu dengan sampel yang paling besar hanyalah seramai 62 orang
dan tidak menggambarkan keseluruhan populasi setempat, apatah lagi dunia.
Selain itu, saintis juga mengambil kira faktor variasi antara individu. Ini bermaksud, kesan kopi hijau itu berkemungkinan tidak
dapat dilihat dalam semua lapisan masyarakat yang diketahui mempunyai perbezaan genetik dan sistem tubuh.
Kesan kopi hijau yang dikaji pula hanya tertumpu kepada penurunan berat badan dan bukan semua kajian mengambil kira
kebaikan kopi hijau kepada komposisi badan, pengekalan jisim otot, paras adipositokins dalam darah dan parameter lain yang
berkaitan dengan obesiti.
Oleh sebab itu, saintis yang terdiri daripada pakar nutrisi bersependapat bahawa penemuan awal kajian ini perlu dibuktikan lagi
dengan lebih mendalam dan komprehensif melalui kajian-kajian yang lebih berkualiti.
Walau bagaimanapun, mereka tidak menolak kemungkinan kopi hijau memberi kesan dalam membantu menurunkan berat badan
dan paras lemak.
Ambil sebagai suplemen dan bukan pilihan utama
Jelaslah daripada saranan para saintis bahawa masih terlalu awal untuk mengatakan kopi hijau berkesan sepenuhnya menurunkan
berat badan. Pengambilan diet seimbang dan aktiviti fizikal yang konsinten masih kekal sebagai cara utama untuk mengawal
berat badan secara efektif. Kopi hijau ialah tambahan. Pengguna boleh mengambil kopi hijau pada kadar yang sederhana seperti
disarankan.
Melihat kepada hasil kajian sedia ada, suka diingatkan pengguna di Malaysia perlu lebih bijak dalam memilih produk kesihatan
yang ingin diambil. Sebarang tuntutan perubatan atau dakwaan yang melampau tentang kebaikan kopi hijau perlulah difikirkan
secara rasional. Pengguna juga dinasihatkan untuk mendapatkan produk daripada penjual yang sah dan elakkan membeli daripada
penjual di internet.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi
Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1 800-88-6722.
Disediakan oleh:
Mohd Shahiri bin Abd Ghapar
Pegawai Farmasi
Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Kandungan :

1-susu kambing

Susu kambing juga kaya dengan Vitamin D, iaitu sebuah nutrien yang membantu penyerapan
kalsium dalam tubuh.

Kebaikan Susu Kambing- kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, dan
antibarah

2-goji

Goji Berry atau disebut dengan Super Fruit adalah buah yang paling kaya dengan nutrisi.

Khasiat-utk gebu, sakit lutut, mata

3- Haubatus sauda

Habbatus Sauda atau nama saintifiknya Nigella Sativa umumnya sudah diketahui ramai sebagai bijirin
yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit

Kehebatan jintan hitam ini sudah diakui sejak zaman-berzaman. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W
bersabda dalam hadisnya yang bermaksud:

“Gunalah habbatus sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat yang menyembuhkan
pelbagai penyakit kecuali ‘as sam’ (mati).”
antara kebaikan Habbatus Sauda kepada tubuh badan:-
1) Membantu melegakan batuk dan selsema

2) Membantu penghidap lelah dan masalah pernafasan

3) Memperbaiki dan memperkuatkan fungsi hati

4) Membantu mengawal darah tinggi dan ‘hypertension’

5) Membantu merendahkan kolesterol

6) Membantu mengimbang paras insulin / gula dalam badan

7) Membantu melancarkan peredaran darah

8) Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu

9) Sebagai anti-kanser / anti-oksidan

10) Sebagai anti-histamin / cegah alahan

11) Membantu memperkuatkan sistem imunisasi


4-Marine Kolagen

Apa itu Marine Collagen?


  Marine Collagen nie adalah sejenis rumpai laut.Ianya ialah sejenis kologen mentah 100% asli dan belum
diproses dan tidak ada sebarang campuran.Tumbuhan marin ini telah dikeringkan kaya dengan kologen
dan tiada bahan kimia dan kesan sampingan.Bila makan nie kulit makin licin,cerah tegang dan cantik..
Khasiat Marine Collagen

~Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi.
~Melancarkan kitaran darah.
~Mencantikan kulit agar lebih putih dan tegang.
~Melambatkan penuaan dan melangsingkan badan.
~Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah
Goitre iaitu kelenjar thyroid membengkak.
~Membantu menurunkan kolestrol dalam tubuh .
~Membantu merawat gastrik.
~Bertindak sebagai Antikulat dan Antibakteria.
~Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
~Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
~Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
~Membantu merawat penyakit gout.
~Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
~Menguatkan tulang dan sendi.
~Meningkatkan sel rawan dan otot.
~Merawat penyakit gaut.
~Mencegah kanser.
~Merawat Anemia.
~Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh).
~Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan).
~Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat).
~Menpercepatkan penyembuhan luka.
~Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis).
~Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas.
~Memberi Kekenyangan (diet).
~Melancarkan sistem metabolisme.
~Memulihara usus kecil (sembelit).

5- Garam himalaya

Garam Himalaya ialah garam gunung berbentuk kristal (rock salt) Garam Himalaya ditemukan di
kaki pegunungan Himalaya, Pakistan

Manfaat:

-bantu turunkan berat badan

-daya tahan tubuh

-mencantikkan kulit

Anda mungkin juga menyukai