Anda di halaman 1dari 1

Petikan Monolog dari naskah Jam Dinding Yang Berdetak karya Nanto Riantiarno

IDAH:

Baiklah, tak ada gunanya lagi. Lapipun nanti kau akan tau jugak. Jangan, biar aku sendiri yang
buka. (Membuka topi) Kau tengoklah..

Ya. (Hampir menangis) Aku beritahu, akan kuceritakan kenapa. Pagi tadi aku dah hampir hilang
akal mana nak cari duit untuk segalanya ni. Aku nak kita meraikannya. Zam, walaupun
sederhana, tapi mesti ada dan mestilah aku tak nak kalau kita meraikannya hanya dengan air
sejuk. Duit yang kau bagi petang semalam hanya cukup untuk beli sebotol sirap dan air batu.
Masa tu aku tak tau lagi Adi dengan Erna ada duit yang cukup untuk semua ni. Lama aku
memikirkan dari mana aku boleh dapatkan duit untuk menyiapkan majlis kita. Paling kurang
kita berempat mesti makan sedap. Itu tekadku. Tibatiba aku dapat akal, lepas korang semua
pergi aku pun ke pasar. Aku tau kau akan marah, tapi apa lagi aku boleh buat? Tak ada cara lain.
Aku pergi ke pasar, dan aku berjumpa dengan Kak Som. Ya, Kak Som. Dia yang kenalkan aku
dengan seorang tukang gunting ni yang dah lama nak rambut aku. Aku jumpa Kak Som, dan
segalanya terjadi. Aku saksikan dengan mataku sendiri, milikku ini digunting jadi miliknya,
sesudah aku menerima beberapa lembar duit. Kau tau, Zam, terfikir juga aku mungkin jam
dinding itu boleh aku jual dan pasti akan laku agak mahal, tapi akhirnya aku berfikir lagi. Tak
mungkin. Jam dinding itu milik kita bersama. Ia adalah kenang‐kenangan kita, cinta kita. Ia
adalah kita. Lagipun bukanlah darurat sangat, hanya majlis ulang tahun perkahwinan kita. Aku
pun dah dapat akal yang lain.. jadi biarlah rambutku saja yang aku relakan.

Aku tahu kau mesti marah, tapi aku dah fikir habis‐habis dan segala risikonya biar aku yang
tanggung. Sebab aku nak ada yang meraikannya. Untuk itu kita perlukan duit, tak banyak, cukup
untuk sebuah majlis sederhana, dan hanya itulah satusatunya yang mampu aku lakukan. Kau
boleh memahami aku kan. Kau kena faham, boleh kan, Zam?

Zam, mula‐mula berat betul bagi aku. Malu Zam, aku malu. Ya, seolah‐olah semua mata
memandang aku dan menuduh aku pencuri. Mencuri milikku sendiri. Walaupun Kak Som cakap
itu perkara biasa, tapi aku tetap gugup dan meliar memandang orang‐orang yang melihatku.
Dari rumah lagi aku dah rancang segalanya. Walaupun rambutku tak ada aku harus tetapi
kelihatan cantik dan tukang gunting itu pun sanggup mengeritingkan rambut aku dengan murah.
Tapi, Zam, sial betul hujan turun sampai habis rambutku jadi rosak. Aku pandang diriku di
depan cermin dan melihat diriku seperti ayam kehujanan dan rambut aku... macam penyanyi
Alleycats. (Menangis dan tertawa dalam tangisannya)