Anda di halaman 1dari 22

PENDAHULUAN

1.1 OBJEKTIF LATIHAN SAMBIL BEKERJA

Setiap pelajar JPK di peringkat sijil mahupun diploma diwajibkan menjalani


latihan sambil bekerja bagi memenuhi syarat wajib task sebelum memulakan projek
akhir. Ia merupakan satu task yang perlu dilaksanakan sebelum menerima sijil mahupun
diploma yang diiktiraf oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK). Bagi pelajar di peringkat sijil, latihan sambil bekerja wajib dijalani
pada semester dua manakala bagi pelajar di peringkat diploma pula, latihan sambil
bekerja wajib dilaksanakan pada semester akhir.

Objektif utama latihan sambil bekerja ialah untuk mendedahkan para pelajar
kepada pendidikan teknikal selain dapat meningkatkan kemahiran pelajar itu sendiri.
Pelajar juga akan didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar di mana pelajar
dapat mempelajari etika bekerja yang betul selari dengan bidang yang diceburi atau
sebaliknya. Di samping itu, peluang pelajar untuk mendapatkan pekerjaan adalah lebih
tinggi berbekalkan pengalaman yang telah diperolehi semasa menjalani latihan sambil
bekerja.

Latihan sambil bekerja adalah antara task yang terkandung dalam sistem
pembelajaran yang telah diwajibkan kepada setiap pelajar ILJTM. Pengalaman semasa
menjalani latihan sambil bekerja amat bermakna kerana ia boleh dijadikan panduan
apabila bekerja kelak.

1
Semasa menjalani latihan sambil bekerja, pelajar dapat mempraktikkan teori
yang dipelajari semasa di ADTEC Melaka selain dapat menanam semangat kerja secara
berpasukan sekaligus dapat mengeratkan hubungan di kalangan pekerja. Selain itu,
pelajar dapat memahami mengenai peraturan keselamatan di tempat kerja. Di samping
itu, latihan industri dapat menyemaikan sikap amanah dan bertanggungjawab dalam diri
pelajar. Dengan itu pelajar dapat belajar berdikari untuk menyiapkan sesuatu tugasan
yang diberi dalam tempoh yang telah ditetapkan. Ini dapat melatih pelajar untuk menjadi
pekerja yang bertoleransi di masa akan datang. Semasa menjalani latihan industri,
pelajar juga dapat mempelajari cara menghadapi pelbagai rintangan selain melatih diri
untuk menyelesaikan masalah dengan cepat agar bertepatan dengan kehendak syarikat
sekaligus menambahkan keyakinan diri supaya lebih tabah dalam menghadapi rintangan
hidup.

Latihan sambil bekerja juga dapat menambah pengetahuan tentang kursus


yang diambil. Sebagai contoh, seseorang pelajar akan lebih memahami sekiranya dapat
mengaitkan teori dengan praktikal sekaligus menambahkan minat terhadap kursus yang
diambil.

Selain itu, pelajar dapat menilai kebolehan diri sebagai persediaan untuk
menempuh alam pekerjaan yang sebenar di samping memperkenalkan diri dari segi
kebolehan, komitmen terhadap kerja dan secara tidak langsung dapat menarik perhatian
majikan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada pelajar selepas menamatkan
pengajian.

1.2 KEPENTINGAN LATIHAN SAMBIL BEKERJA KEPADA PELAJAR

Latihan sambil bekerja dapat membantu para pelajar untuk memahami dengan lebih
mendalam mengenai sesuatu pengetahuan yang dipelajari semasa di ADTEC. Latihan
sambil bekerja wajib dijalani oleh setiap pelajar yang menuntut di ILJTM selama 3 bulan.
Objektif latihan sambil bekerja ialah memberi pendedahan kepada pelajar dalam membina

2
keyakinan diri sebelum menceburi bidang pekerjaan yang ternyata lebih mencabar dan
mengelakkan rasa kekok semasa menempuh alam pekerjaan selepas tamat pengajian.

Secara tidak langsung, pelajar dapat meningkatkan pengetahuan teknikal dan


memahami teori yang diajar secara mendalam. Pelajar dapat menimba ilmu ini dengan
mempelajarinya daripada pekerja-pekerja yang berpengalaman. Pelbagai rintangan,
halangan dan masalah dapat mendewasakan minda pelajar sekaligus memberi kesedaran
untuk menghargai segala peluang di masa akan datang.

Pengalaman yang diperolehi semasa menjalani latihan sambil bekerja boleh dijadikan
aset yang berguna kepada pelajar dan ini akan mendorong pelajar berusaha dengan
bersungguh-sungguh supaya menjadi pelajar yang terbaik.

Saya telah menjalani latihan sambil bekerja selama 3 bulan di Jabatan Kastam Diraja
Malaysia Melaka yang beralamat seperti berikut:-

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA


PETI SURAT 92, WISMA KASTAM, LEBUH AYER KEROH
HANG TUAH JAYA, 75450 MELAKA

1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN SAMBIL BEKERJA

Laporan latihan sambil bekerja merupakan salah satu syarat yang wajibkan oleh
Kementerian Sumber Manusia kepada setiap pelajar yang menuntut di bawah
pengurusan ILJTM di seluruh negara sebelum layak menerima sebarang sijil mahupun
diploma . Ketika menjalani latihan sambil bekerja , pelajar wajib menyediakan satu
laporan akhir yang lengkap mengenai latihan yang telah diikuti. Laporan ini perlu
memenuhi piawaian dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak ILJTM.

3
Laporan Harian yang baik tidak bermakna jika tidak dibukukan. Oleh itu pelajar perlu
memberi sepenuh perhatian dalam menyiapkan laporan akhir. Prosedur laporan akhir
akan melatih pelajar mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh pihak ILJTM.

Laporan akhir penting sebagai bukti bahawa pelajar pernah menjalani latihan sambil
bekerja. Laporan ini perlu mengandungi segala maklumat yang dipelajari sepanjang
menjalani latihan sambil bekerja. Laporan akhir yang lengkap dapat membantu pelajar
untuk menghadiri temuduga kerja.

.
1.4 LAPORAN HARIAN

Setiap hari, pelajar dikehendaki membuat laporan harian untuk menunjukkan


kerja/aktiviti yang dijalankan pada hari berkenaan. Antara tujuan buku laporan harian
disediakan ialah:-

1. Mencatatkan kerja/aktiviti dengan ringkas setiap hari supaya


memudahkan pelajar membuat laporan akhir.
2. Memudahkan pegawai syarikat menilai prestasi latihan sambil kerja
pelajar. Buku ini juga perlu diserahkan kepada pegawai yang
berkenaan setiap bulan untuk disemak dan ditandatangani.
3. Membantu pengajar menilai kerja/aktiviti pelajar.
4. Memudahkan pelajar untuk membuat rujukan semasa proses
menyediakan laporan akhir setelah tamat menjalani latihan sambil
bekerja.

4
1.5 LAPORAN AKHIR

Pelajar perlu menyediakan satu laporan akhir mengenai latihan sambil kerja yang
telah dijalani dengan lengkap dan mengikut format yang telah ditetapkan oleh pengajar.
Pelajar juga dikehendaki menyediakan laporan penuh untuk tujuan pembukuan.

Dalam menyediakan laporan, maklumat laporan hendaklah dibuat dengan mematuhi


peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Pelajar perlu mendapatkan
kebenaran dari pihak syarikat untuk mengambil gambar ataupun menyalin diagram.

Laporan ini perlu disusun dan dibukukan dengan menggunakan kertas bersaiz A4 dan
ditaip dengan menggunakan komputer untuk diserahkan kepada pegawai latihan.
Kandungan dalam laporan mesti mengandungi elemen-elemen berikut:-

1. Dedikasi.
2. Penghargaan.
3. Senarai Kandungan.
4. Senarai Jadual.
5. Senarai Rajah.
6. Latar Belakang Syarikat.
7. Isi kandungan.
8. Kesimpulan.
9. Saranan dan Cadangan.
10. Rujukan.

Laporan akhir dan laporan harian perlu diserahkan (yang telah disahkan jika perlu)
bersama-sama pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pengajar.

5
1.5.1 CARA PENYUSUNAN LAPORAN AKHIR UNTUK MENCAPAI
OBJEKTIF

Untuk mencapai objektif, penyusunan laporan akhir perlu diberi perhatian dan
penilitian yang sewajarnya agar memenuhu kehendak serta piawaian yang telah
ditetapkan oleh pihak ILJTM. Isi kandungan laporan akhir terbahagi kepada tiga aspek
utama:

1. Bahan Hadapan
2. Bahan Laporan
3. Bahan Belakang

1.5.2 BAHAN HADAPAN

Bahagian bahan hadapan laporan perlu mengandungi judul, perakuan, pengesahan,


dedikasi, penghargaan, senarai kandungan, senarai rajah, senarai jadual dan senarai
lampiran.

1.5.3 BAHAN LAPORAN

Bahagian bahan laporan akhir latihan sambil bekerja ini terbahagi kepada beberapa
bab utama iaitu:-
Bab 1: Pengenalan
Bab 2: Huraian Tugasan Yang Dilaksanakan
Bab 3: Cabaran Dan Penyelesaian
Bab 4: Kesimpulan
Lampiran

6
1.5.4 BAHAN BELAKANG

Bahagian bahan belakang adalah merupakan bahan Rujukan yang boleh membantu
pelajar.

7
BAB 1

PENGENALAN

2.1 SEJARAH RINGKAS SYARIKAT

Rajah 2.1 Logo Jabatan Kastam Diraja Malaysia Melaka

SEJARAH PENUBUHAN JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA


Kastam Diraja Malaysia wujud sebagai sebuah agensi kerajaan yang bernaung di
bawah Kementerian Kewangan bagi melaksanakan fungsi utama memungut hasil
melalui cukai-cukai tak langsung yang dipertanggungjawabkan disamping fungsi-fungsi
mentadbir fasilitasi serta kemudahan untuk membantu sektor perdagangan dan
perindustrian, seterusnya mengawal serta mencegah penyelewengan dalam usaha
membendung kebocoran hasil dan memelihara kepentingan ekonomi, sosial dan
keselamatan negara.

Kastam Diraja Malaysia Melaka pada mulanya beroperasi di Bangunan Pejabat


Pelabuhan di Bandar hilir Melaka. Ia menempatkan semua pejabat Pentadbiran dan

8
Bahagian Kastam. Pejabat Bahagian Cukai Dalaman dan Cawangan Pemeriksaan Akaun
pula ditempatkan di Tingkat 10 Bangunan Yayasan Melaka di Bandar Melaka.
Manakala Pejabat Bahagian Pencegahan pula terletak di tepi sungai Melaka di sebelah
Muzium Samudera dan ia beroperasi sehingga kini.

Pada 1 November 2001, sebuah kompleks Kastam yang baru telah siap dibina
bersebelahan dengan Lebuh Ayer Keroh. Iaitu Kompleks Kastam yang menempatkan
semua bahagian kecuali Pejabat Bahagian Pencegah. Pembinaan Kompleks ini telah
menelan belanja sebanyak RM 25 juta. Bangunan pejabat-pejabat Pelabuhan yang
terletak di Bandar Hilir sekarang adalah untuk kawalan Import / Eksport, Barter Trade,
Kawalan pemeriksaan penumpang melalui feri dan akan dijadikan Pejabat Unit Merin.

Di samping itu, juga terdapat Pejabat Kastam Zon Perindustrian Bebas yang
ditempatkan di Jalan Tun Fatimah Batu Berendam. Pejabat pelabuhan kastam telah
ditempatkan di Tanjung Bruas dan Tanjung Kling untuk urusan import dan eksport dan
juga mengawal kilang-kilang yang beroperasi di Zon Perindustrian Bebas Tanjung
Bruas.

2.2 VISI

Menjadikan Perkhidmatan Kastam Malaysia Bertaraf Dunia Pada Tahun 2015

2.3 MISI

 Memacu pertumbuhan ekonomi


 Memelihara keselamatan Negara dan kesejahteraan rakyat melalui perkhidmatan
pungutan hasil
 Fasiliti perdagangan dan perindustrian serta memastikan pematuhan undang-
undang secara cekap dan berkesan

9
2.4 ETIKA PERKHIDMATAN

Amanah berkhidmat ikhlas dedikasi (A.B.I.D) .

2.5 BUDAYA ORGANISASI

T.R.U.S.T

T –Togetherness (bersatu hati)


R –Respect (saling menghormati)
U –Understanding (faham memahami)
S –Spiritual (kerohanian)
T –Totality (menyeluruh)

10
2.6 CARTA ORGANISASI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Rajah 2.6 Carta Alir Koprat Lembaga Pengarah

Rajah 2.2 Carta Organisasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia Melaka

11
2.7 LOKASI PEJABAT KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA.

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA


PETI SURAT 92, WISMA KASTAM, LEBUH AYER KEROH
HANG TUAH JAYA, 75450 MELAKA
NO TEL:06-2325856
NO.FAKS:06-2311823

Rajah 2.3 Gambarajah Lokasi Pejabat Kastam Diraja Malaysia Melaka .

12
BAB 2

HURAIAN TUGASAN YANG DILAKSANAKAN

Sepanjang Latihan Sambil Belajar ini, pelbagai tugasan serta kerja diberikan
untuk dilaksanakan. Semua tugasan yang diberikan itu haruslah diikuti kerana ianya
adalah arahan daripada pihak atasan, tambahan pula dengan tugasan yang diberikan ini
dapat memahirkan seseorang pelatih itu terhadap kerja yang dilakukan. Walaupun
begitu, semua tugas yang dilaksanakan dilakukan dengan baik serta ditambah dengan
tunjuk ajar daripada majikan dan para pekerja yang lebih pengalaman. Semasa pelajar
menjalankan Latihan Sambil Kerja mereka akan melakukan aktiviti-aktiviti yang
diarahkan sebagai satu tugasan yang harus dilaksanakan bagi melengkapkan laporan
yang akan dihantar kepada pihak ADTEC sebagi langkah kerja dan tugasan dan
dibukukan dalam buku log dan juga di dalam laporan eksekutif pelajar.

Ia adalah bertujuan bagi rujukan dan juga sebagai pemahaman akan perkara yang
telah dipelajari. Dengan ini para-pelajar dapat memahami satu kehendak tugas yang
telah dipelajari dan perkara-perkara yang telah didedahkan kepada mereka. Aktiviti-
aktiviti yang telah dilakukan haruslah dicatatkan kedalam buku log dan harus dibukukan
berdasarkan kehendak pihak ADTEC dan juga JTM bagi melayakkan mereka untuk
mendapatkan Diploma.

Bagi kehendak ADTEC dan juga JTM, mereka ingin melahirkan ramai pelajar
mahir dalam bidang pengkhususan yang mana banyak industri yang memerlukan ramai
tenaga mahir setiap tahun. Melalui Latihan Sambil Kerja ini akan membuktikan kepada
para pelajar tentang keperluan akan tenaga mahir yang mana amat la penting bagi

13
seseorang pelajar itu mempunyai pengalaman yang mereka telah ambil melalui Latihan
Sambil Kerja.

3.1 PENGENALAN

Semasa Latihan Sambil Kerja yang bermula pada 05 Julai 2010 sehingga 30
September 2010 yang mana saya telah menjalani latihan di sebuah jabatan iaitu Jabatan
Kastam Diraja Malaysia Melaka, Saya telah diberikan beberapa tugasan yang diarahkan
oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam II Tuan Norizan dan kakitangan. Disana saya
telah ditempatkan mengikut jadual untuk menjalani latihan industri selama 3 bulan.

Nama Pelajar Bahagian Tempoh


Nurul Ain Bt Saiden KPSM/IT 05.07.2010-30.09.2010

Jadual 1.1 Jadual Penempatan Pelajar Latihan Industri .

3.1.1 SKOP LATIHAN INDUSTRI

Setiap pelajar LSK hendaklah mengetahui setiap skop dan objektif yang terdapat
di syarikat terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan kursus yang di ambil oleh
pelajar.

Dengan itu pelajar yang menjalani latihan industri dapat menjadikan skop latihan
sebagai garis panduan untuk merancang sesuatu program kerja dan pihak syarikat dapat
mendedahkan kepada pelajar tentang latihan dan aktiviti yang di jalankan. Oleh itu,
pelajar dapat mengetahui operasi yang di jalankan oleh syarikat

3.2 AKTIVITI YANG DILAKUKAN

14
Tarikh Masa aktiviti Bukti berkaitan

BAB 3

15
CABARAN DAN PENYELESAIAN

Bil Cabaran Penyelesaian


1
2
3
4
5

BAB 4

KESIMPULAN

16
5.1 KESIMPULAN

Dalam tempoh menjalani latihan industri pelatih dapat merasai alam pekerjaan yang
sebenar. Bagi pelatih ia adalah salah satu pengalaman yang cukup berharga kerana di
sinilah kita dapat melihat, menilai dan merasai tugas – tugas yang dijalankan oleh
kakitangan yang bekerja di sini. Maka dapat disimpulkan di sini kerjasama antara rakan
setugas amatlah penting bagi menjayakan dan melaksanakan sesuatu program. Pelatih-
pelatih boleh menyertai projek yang sedang dilaksanakan dan mengeluarkan idea-idea
mereka untuk berkongsi dengan para kakitangan. Ini juga boleh meningkatkan kreativiti
pelatih. Dengan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari semasa pengajian dan
kini dapat diaplikasikan pada waktu latihan industri. Melalui projek yang diberikan, para
pelatih boleh menilai diri dan membuktikan kemampuan mereka dalam sektor
pekerjaan.Seterusnya ini dapat menonjolkan kemampuan setiap para pelatih dalam
industri.Selain itu setiap organisasi harus menitikberatkan peranan mereka dalam
membantu para pelatih melaksanakan sebarang projek dengan memberi tunjuk ajar yang
dapat dijadikan panduan oleh para pelatih. Kecemerlangan sesebuah organisasi amatlah
penting dalam membentuk sebuah institusi yang berjaya dalam pelbagai aspek.

17
LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

18
Struktur Organisasi Bahagian
LAMPIRAN 2

Carta Organisasi Bahagian Cukai Dalaman

Struktur Organisasi Bahagian Cukai Dalaman

LAMPIRAN 3

19
Carta Organisasi Bahagian Kastam

LAMPIRAN 4

Carta Organisasi Bahagian Perkhidmatan Teknik (PERTEK)

20
Struktur Organisasi Bahagian Perkhidmatan Teknik (PERTEK)

Carta Organisasi Bahagian Pengurusan

21
Struktur Organisasi Bahagian Pengurusan

Sistem Infoblast yang digunakan di Jabatan Kastam

22

Anda mungkin juga menyukai