Anda di halaman 1dari 6

TEORI KEBIMBANGAN (KEBANGKITAN) DAN PRESTASI

Teori Dorongan (Drive theory)


Teori Dorongan telah diperkenalkan oleh Hull (1943, 1951) dan Spence (1956). Asalnya,
teori ini melihat perkaitan di antara stimulus dan respons dari aspek motivasi dan pembelajaran.
Teori ini ialah keinginan yang kuat yang dikaitkan dengan kebangkitan akan menghasilkan
respons yang dominan. Dalam konteks ini, perkaitan di antara prestasi dan kebimbangan
(kebangkitan) dilihat dalam bentuk linear. Contohnya sekiranya seorang atlet yang veteran
(berkemahiran), semakin tinggi tahap kebangkitan (kebimbangan) semakin baik prestasi yang
ditunjukkan. Manakala atlet yang masih muda (kurang berkemahiran), semakin tinggi tahap
kebangkitan (kebimbangan) semakin merosot prestasi yang ditunjukkan. Teori ini
bagaimanapun tidak boleh diakui keberkesanannya. Kerana sekiranya seseorang atlet
walaupun masih baru, menunjukkan keyakinan yang tinggi dan mampu mencabar diri, mungkin
akan merasakan kebimbangan namun hanya pada tahap awal dan tidak mengganggu
prestasinya. Prestasi atlet muda tersebut juga akan baik sepanjang pertandingan.

Teori U-Terbalik (inverted U Hipotesis)


Hipotesis inverted U (turut dikenali sebagai Hukum Yerkes-Dodson) telah diperkenalkan
oleh dua orang ahli psikologi iaitu Robert Yerkes dan John Dodson sekitar tahun 1908. Model
ini menunjukkan hubungan diantara tekanan (kebangkitan) dengan prestasi. Model ini
menyatakan bahawa peningkatan kebangkitan akan meningkatkan prestasi, tetapi jika terlalu
tinggi akan menyebabkan prestasi atlet terganggu dan menjadi teruk. Maksudnya apabila
tekanan yang terlalu tinggi terjadi kepada seseorang atlet, dan masih yakin bahawa dapat
mengawal tekanan tersebut, prestasinya akan menurun. Namun begitu, hipotesis inverted U ini
sedikit berbeza dengan teori dorongan kerana tidak mengambil kira perbezaan atlet yang
menghadapi tekanan yang sama. Selain itu, teori ini turut menyatakan bahawa atlet yang
mencapat tahap tekanan yang optimum akan dapat menunjukkan prestasi yang baik.

Teori Multidimensi Stress


Model ‘Multidimensional’ (Marten, Burton, Vealey, Bump,& Smith, (1990) menerangkan
bahawa kebimbangan terdapat dalam bentuk kebimbangan somatik (dapat dilihat melalui
komponen fizikal seseorang seperti berpeluh, degupan jantung) dan kebimbangan kognitif
(merupakan komponen mental seperti takut untuk gagal, hilang keyakinan kendiri). Kedua-dua
bentuk kebimbangan ini mempunyai hubungkait dengan kebimbangan stet (dipengaruhi oleh
emosi yang dapat dilihat seperti takut, stres dan peningkatan tahap fisologi) dan kebimbangan
tret (dipengaruhi oleh personaliti).
Teori Zon Optimal Functioning (ZOF)

Menurut model ZOF ini, setiap individu mempunyai tahap optimum kebimbangan pra
prestasi yang mengakibatkan atau menghasilkan prestasi memuncak, walau bagaimanapun jika
kebimbangan prestasi wujud di luar ZOF, sama ada terlalu tinggi atau terlalu rendah, prestasi
akan terganggu dan bertambah buruk ( Hanin, 1986 ).

ZOF berfungsi mengukur kebimbangan dan prestasi secara berulang-ulang atau melalui
ingatan semula tahap kebimbangan sebelum prestasi memuncak, atlet yang berada dibawah
tahap kebimbangan rendah kebiasaannya mempamerkan persembahan tidak
memberansangkan, atlet yang diatas tahap kebimbangan tinggi akan mempamerkan
persembahan terbaik bila berada di tahap ‘heightened state of arousal’. Teori ini tidak ada beza
dengan Inverted U hipotesis. Namun teori ini cuba menetapkan zon tertentu dan tidak
menyatakan secara spesifik tahap kebimbangan yang optimum akan meningkatkan prestasi
atlet.

Teori Catastrophe

Model ini berkaitan dengan implikasi persembahan diantara kebangkitan fisiologi dan
kebimbangan kognitif, peningkatan kebimbangan stet akan memudahkan prestasi mencapai
tahap optimum, model ini menggariskan dua implikasi penting iaitu kebimbangan kognitif dan
kebangkitan fisiologi. Kebangkitan fisiologi boleh mempengaruhi prestasi akibat interpretasi
individu tentang simptom-simptom fisiologi, peningkatan kebimbangan kognitif memberi faedah
kepada prestasi pada tahap yang rendah kebangkitan fisiologi tetapi memberi kesan buruk
apabila kebangkitan fisiologi tinggi.

Tetapi apabila kebimbangan kognitif ditahap rendah, perubahan dalam kebangkitan fisiologi
boleh memberi kesan sama ada negatif atau positif keatas prestasi bergantung kepada
beberapa banyak atau tinggi kebangkitan yang dialami. Teori ini turut menrangkan bahawa
sekiranya tahap kebangkitan adalah tinggi maka prestasi atlet juga akan menurun tetapi masih
dalam keadaan terkawal. Atlet mampu untuk menjaga prestasi dalam jangka masa yang lebih
lama walaupun menurun pada peringkat kebimbangan berada pada tahap yang tinggi.
Teori pembalikan (reversal)

Teori Reversal diperkenalkan oleh Smith dan Apter (1975) dan dipopularkan oleh Kerr
(1985,1987) Menurut Apter (1984), teori ini lebih memberi fokus terhadap hubungan antara
kebimbangan dan kesan emosi sebagai rangka umum terhadap menjelaskan personaliti dan
motivasi. Kebangkitan yang tinggi mungkin memberikan gambaran iaitu kegembiraan sesuatu
yang menyenangkan. Kedua-dua tingkah laku ini mempunyai kaitan yang rapat terhadap
peningkatan atau penurunan tahap prestasi seseorang atlet atau individu itu. sekiranya
seseorang atlet menunjukkan kebimbangan yang tinggi, berkemungkinan tahap prestasi yang
ditunjukkan adalah rendah. Manakala individu yang menunjukkan kebimbangan yang rendah,
berkemungkinan prestasinya akan menurun.

Model gagasan Bencana

Teori atau Model Bencana mengandaikan bahawa peningkatan tahap kebangkitan yang
sedikit sebenarnya memberikan kesan yang cukup besar kepada atlit yang sedang beraksi.
Tekanan pertandingan serta peningkatan tahap kebangkitan yang kecil akan menyebabkan
penurunan prestasi yang mendadak. Penurunan yang mendadak ini boleh disamakan sebagai
"bencana" kepada atlit tersebut. Selepas mengalami penurunan prestasi secara mendadak
sebarang perubahan kecil dari segi kebangkitan tidak mampu mengembalikan semula atlit ke
tahap prabencana atau tahap sebelum penurunan prestasi yang mendadak berlaku (Fazey dan
Hardy; 1988).

Model ini menunjukkan bahawa atlet akan merasakan mereka sudah tidak mampu bangkit dan
meningkatkan prestasinya sedangkan mereka menganggap ianya sebagai satu bencana.
Namun begitu, menurut pendapat saya, ada sesetengah atlet yang mengaggap ini sebagai satu
motivasi dan cuba membina semula kekuatan melawan kebimbangan dan dapat menghasilkan
prestasi yang baik pada peringkat akhir pertandingan.
TEORI MOTIVASI

Teori Motivasi McClelland dan Atkinson

Teori ini berdasarkan motif untuk berjaya dan takut untuk gagal. Menurut Cox (2007),
motif untuk mencapai kejayaan adalah lahir dari motivasi intrinsik atlet sendiri, manakala takut
akan kegagalan adalah komponen kebimbangan kognitif yang wujud pada saat-saat sebelum
dan semasa bermula perlawanan. Menurut model ini juga, atlet yang yakin akan Berjaya akan
memilih untuk melibatkan diri dalam sesuatu pertandingan dan sekiranya sesorang atlet itu
merasakan tidak yakin, maka mereka akan memilih untuk menarik diri daripada pertandingan.
Teori ini lebih kepada motivasi instrinsik, iaitu dorongan dalam diri seseorang akan
menyebabkan seseorang individu itu mampu untuk menyertai sebarang pertandingan atau
situasi.

Teori Self Efficacy oleh Bandura

Teori yang diperkenalkan oleh Bandura ini berkait rapat dengan keyakinan seseorang
individu bahawa beliau berkemampuan serta boleh melakukan sesuatu tugasan yang khusus
dengan jayanya. Menurutnya lagi, individu yang mempunyai self-efficacy lazimnya mempunyai
keyakinan diri yang tinggi. Tahap self-efficacy menjadi ukuran sama ada individu tersebut akan
menyertai atau menjauhi diri dari sesuatu pertandingan. Menurut beliau, semakin tinggi tahap
self-efficacy seseorang, semakin tinggi pencapaian individu tersebut serta semakin
mengurangkan kebangkitan dalam dirinya. Self efficacy boleh ditingkatkan dengan cara lebih
kepada motivasi ekstrinsik iaitu bersifat luaran seperti prestasi yang Berjaya, pengalaman lalu,
kata- kata semangat serta kebangkitan emosi. Kejayaan seseorang dalam sesuatu
pertandingan akan meningkatkan lagi tahap self-efficacy seseorang individu. Contoh yang
paling dekat dapat dikaitkan ialah Jaguh Badminton Negara, Dato’ Lee Chong Wei. Beliau
adalah seorang individu atau atlet yang mempunyai self efficacy yang tinggi. Walaupun pernah
gagal namun itu tidak langsung menjadi penghalang kepada beliau malah menjadi pembakar
semangat yang positif untuk beliau terus bangkit. Kesimpulannya, individu yang mempunyai
self-efficacy yang tinggi akan berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai kejayaan
berbanding individu yang mempunyai tahap self efficacy yang rendah.
Teori Motivasi Kecekapan Harter

Teori ini menjelaskan motivasi pencapaian berdasarkan aspek kecekapan diri seseorang
individu. Indicidu yang merasakan bahawa mereka mempunyai kecekapan yang mencukupi
dalam sesuatu tugasan biasanya akan melakukan tugasan tersebut tanpa banyak soal,
manakala indicidu yang merasakan tahap kecekapan masih belum mahir akan menarik diri
daripada melakukan tugasan. Teori ini hampir sama dengan Model McClelland dan Atkinson.
Jika seseorang atlet itu mempunyai tahap kecekapan yang tinggi dalam sesuatu sukan, tahap
motivasi dan prestasinya juga akan meningkat. Malah keinginan untuk meningkatkan
penguasaan dalam sesuatu sukan itu juga akan turut meningkat. Namun, sekiranya seseorang
atlet itu merasakan tidak mempunyai kecekapan dalam sesuatu sukan, maka mereka tidak
akan menyertai sesuatu pertandingan dan motivasi atau keinginan untuk memahirkan diri dalam
sukan tersebut juga akan menurun.

Model keyakinan Sukan Spesifik Vealey

Teori ini menjelaskan fenomena motivasi pencapaian dan keyakinan diri dalam bidang sukan
dengan merujuk kepada sukan secara spesifik. Keyakinan dalam teori ini adalah merujuk
kepada keyakinan yang dimiliki seseorang tentang kemampuannya untuk Berjaya dalam sukan
(Vealey,1986). Situasi ini boleh digunakan untuk mengjangka prestasi serta perlakuan individu
tersebut. Teori ini menjelaskan fenomena bagaimana atlet yang berjaya dalam sesuatu bidang
sukan akan membawa bersama keyakinan untuk terus berjaya dalam sukan baru yang
diceburinya.

DISEDIAKAN OLEH:

NURUL AMIRAH BINTI HAZIZI


PENDIDIKAN JASMANI 2

Anda mungkin juga menyukai