Anda di halaman 1dari 13

TIANG

1.1 PENGENALAN

Dalam pembinaan bangunan, struktur tiang merupakan struktur yang paling


penting dalam menentukan tahap kestabilan dan keselamatan bangunan. Dalam
mana-mana pembinaan bangunan, struktur tiang mestilah dibina dengan teliti dan
segala aspek keselamatan perlulah diambil kira secara menyeluruh kerana tiang
bertindak sebagai pusat kestabilan bagi keseluruhan bangunan. Terdapat pelbagai
jenis dan reka bentuk tiang digunakn selaras dengan kehendak masa kini pengguna
yang menginginkan sesuatu yang cantik dan mempunyai nilai estetikanya yang
tersendiri.

Secara amnya, tiang boleh didefinisikan sebagai anggota mampatan yang juga
merupakan anggota pugak yang mampu menanggung beban dari lantai, bumbung dan
kren di dalam bangunan. Walaupun terdapat pelbagai lagi anggota mampatan yang
lain seperti plat asas, topang dan sebagainya tetapi anggota tiang merupakan anggota
mampatan yang paling nyata sekali. Perbezaan yang nyata sekali antara tiang dan
anggota mampatan yang lain banyak bergantung kepada keratan rentas dan juga
panjang efektifnya. Pada amnya tiang direka bentuk untuk merintangi beban paksi
sahaja tetapi di dalam keabnyakan kes, tiang juga perlu mampu merintangi momen
akibat daripada kesipian, e beban tindak balas rasuk atau bean sisi seperti beban
angin.

Penggunaan tiang condong dalam pembinaan bangunan khususnya bagi


bangunan tinggi telah digunakan secara meluas. Negara-negara eropah seperti britain
dan amerika syarikat misanya, menggunakan tiang condong bukan sahaja untuk
memberi sesuatu kelainan kepada bentuk bangunannya tetapi cara ini juga berkesan
untuk menanggung beban secara lebih efektif dan sistematik. Sebagai contoh, The
Great Hall of London (www.morebritain.com) di Britain mempunyai paksi
kecondongan tiang sebanyak 17 darjah ke Selatan.

Tetapi, jika sesuatu struktur tiang itu direka bentuk dalam penjajaran pugak,
jika berlaku kecondongan, ia akan melibatkan perubahan momen lentur, daya ricih

1
dan juga paksi sentroid pada tiang. Tetapi ia hanya bergantung kepada susunan
anggota struktur tersebut. Kebiasaannya, kecondongan yang tidak begitu ketara pada
penglihatan tidak akan menyebabkan ketidakstabilan struktur bangunan, dengan
syarat kekuatan bahan pembinaannya menepati spesifikasi3. Untuk menyelesaikan
masalah ini, satu kaedah untuk menentukan kecondongan maksima tiang bagi
memastikan keselamatan bangunan hendaklah diketahui. Adalah menjadi
tanggungjawab seorang jurutera awam untuk tampil dan mengkaji masalah ini kerana
ianya mungkin akan menyebabkan pembaziran dari segi kos tambahan, masa dan
tenaga.

Tiang mempunyai mekanisme kegagalan yang berbeza bergantung kepada


kelangsingan struktur tiang tersebut. Biasanya kegagalan bagi tiang pendek akan
berlaku secara penghancuran dan alahan manakala tiang yang panjang dan langsing
akan mengalami kegagalan secara bengkok di paksi yang lemah. Masalah mungkin
timbul jika tiang berada dalam keadaan yang condong kerana paksi tiang akan
berubah dan beban yang akan ditanggung oleh tiang akan mengalami perubahan yang
banyak jika tidak diteliti dengan baik.

1.2 JENIS-JENIS TIANG

a) Di rembat

Terjadi pada bangunan-bangunan yang beban mendatarnya ditanggung oleh


dinding ricih atau lainlain bentuk rembatan.

b) Tak di rembat

Terjadi pada bangunan-bangunan kerangka tegar di mana beban mendatar


ditanggung secara lenturan oleh rasuk dan tiang.

c) Pendek

Tiang ini gagal secara pecahan konkritnya.

d) Langsing

2
Momen yang disebabkan oleh pesongan akibat daripada ledingan hendaklah
diambil kira.

1.3 FUNGSI TIANG

Struktur binaan tiang ibarat asas kepada senibina sesebuah kediamaan. Kedudukan
dan saiz tiang menentukan keseragaman dan kekuatan bahagian dalaman kediaman.
Begitu juga dengan pemilihan material. Faktor ini menentukan reka letak tiang yang
menarik selain mampu memberi kelebihan kepada penataan dan konsep sesebuah
ruang. Beberapa perkara perlu diteliti dan diberi perhatian tentang cara bagaimana
untuk menghias dan menentukan kedudukan tiang bertepatan dengan lokasi dan
fungsi tiang.

Fungsi binaan tiang :

1. Binaan tiang dalam kediaman mampu menyokong struktur kediaman yang


mempunyai bukaan melebihi 10 kaki

2. Boleh menjadi elemen dekoratif bagi membentuk sesebuah sudut

3. Memberi kesinambungan konsep kepada gaya hiasan dalaman

4. Kehadirannya juga boleh menjadi interaksi antara 2 bahagian, iaitu


bahagian luar dan dalaman

5. Menjadikan gaya hias tampil seimbang dengan penampilan gaya lebih


elegan dan mewah

1.3.1 Pemilihan material :

1. Material kayu dan bahan konkrit adalah paling popular untuk rekaan tiang

2. Sekiranya inginkan kelainan, struktur batu bata, keluli tahan karat atau besi
boleh menjadi alternative

3
3.Pilihan material perlu mengambil kira kualiti, rekaan permukaan iaitu sama
ada tahan kepada saiz binaan kediaman dan juga faktor lain

4. Karakter material yang serasi dengan pilihan perabot dan kelengkapan


keseluruhan kediaman perlu dititikberatkan

5. Pilihan warna kemasan perlu berdasarkan konsep keseluruhan kediaman

1.3.2 Rekabentuk dan saiz :

1. Saiz tiang berdasarkan beban mati dan beban hidup yang ada pada struktur
bangunan. Kebiasaannya binaan tiang menggunakan lilitan 1 1/2 kaki
sehingga 2 kaki atau 10 kaki keatas berdasarkan struktur bangunan.

2. Beban mati adalah daripada struktur kekal pada sesebuah bangunan

3. Beban hidup pula adalah seperti kedudukan perabot, aktiviti pemilik dan
sebagainya.

4. Rekabentuk tiang perlu berdasarkan konsep, sama ada konsep terbuka,


klasik, moden, urban atau high tech.

5. Bagi tiang dekoratif, sebaiknya pemilihan saiz tiang tidak boleh melebihi 2
kali ganda daripada tiang struktur. Jika lebih akan menyebabkan ruang
tampak janggal.

4
2.1 PROSEDUR PEMASANGAN TIANG DI TAPAK BINAAN

Dalam bahagian ini, akan diterangkan secara ringkas prosedur pemasangan


tiang di kawasan tapak binaan. Perkembangan teknologi pengawalan penjajaran
pugak dan mendatar juga akan dijelaskan bagi mengetahui serba sedikit bagaimana
sesuatu struktur itu perlu sentiasa berada dalam keadaan lurus semasa tempoh
pembinaannya. Pengetahuan ini penting bagi menjelaskan keadaan bagaimana
struktur tiang itu dipasang dan di sediakan bagi menampung beban yang akan
ditanggung oleh struktur tiang tersebut. Untuk kajian ini, hanya 2 jenis struktur tiang
sahaja yang digunakan iaitu konkrit bertetulang dan keluli.

2.1.1 Tiang Konkrit Bertetulang

Bagi struktur tiang konkrit, secara praktisnya, ianya disediakan menyerupai


pembinaan struktur dinding dengan sedikit perbezaan. Asas tiang kebanyakannya
terdiri daripada asas tiang terpisah (base isolated column), dan penutup cerucuk (pile
cap). Dengan merujuk Rajah 2.1.1, acuan kayu disusun dan di pasakkan secara segi
empat atau mengikut bentuk yang dikehendaki dan ruang yang hendak disediakan
mestilah selari dengan susunan tiang yang hendak dibina.

a) Tetulang disediakan untuk pembinaan


asas konkrit.

b) Asas tiang yang telah siap dan acuan


untuk tiang disediakan.

Rajah 2.1.1 : Acuan Tiang

5
Sangkar besi mestilah disusun dan diikat dengan dawai pada ruang
permukaan tersebut. Jika ruang yang disediakan terlalu rapat dengan batang keluli
pugak, ia hendaklah di kimpal ataupun disambung dengan menggunakan
penyambung mekanikal. Acuan untuk tiang tersebut mungkin terdiri daripada papan
lapis yang bersegi, keluli berbentuk bulat ataupun tiub plastik yang di sambung
setengah yang mana ianya senang untuk di keluarkan kemudiannya.

Penyambung mekanikal

a) Bahagian depan, acuan yang sudah siap b) Tiub plastik digunakan untuk
dan bahagian belakang, pekerja sedang membentuk tiang berbentuk
membentuk struktur tiang bulat. bulat

6
2.1.2 Tiang Keluli

Penyediaan tiang keluli bergantung kepada asas yang telah disediakan. Untuk
aras pertama bangunan. Terdapat 3 kaedah digunakan iaitu, (a)Tiang kecil yang
dipasang dengan bolt di tengah-tengah paksi sentroid tiang, (b)Tiang besar yang
disambung menggunakan bolt dan dikimpal kepada asas tiang, dan (c)Tiang yang
berat dan besar dikimpal kepada struktur asas yang sudah di rata dan disimen.

(a) (b)

(c)

Untuk aras yang seterusnya, kaedah yang digunakan adalah lebih kurang sama, cuma
perbezaannya ialah dengan menggunakan kren untuk memudahkan pemindahan
tiang tersebut dengan menggunakan kren kerana faktor ketinggian dan untuk
memudahkan kerja. Hujung tiang mestilah dikimpal dan di bolt kan untuk
mengelakkan struktur runtuh.
7
Pekerja meletakkan tiang yang besar dengan bantuan kren

8
2.2 PUNCA KEGAGALAN STRUKTUR TIANG`

Berikut adalah 2 jenis kegagalan yang biasa berlaku terhadap struktur tiang bagi
meneliti dan menilai apakah akibatnya terhadap tiang condong, iaitu:

a) Hancur atau Renyuk

Kebiasaanya tiang pendek adalah lebih senang untuk gagal disebabkan oleh
bahan-bahan hancur. Setiap struktur dan bahan dari sesebuah bangunan boleh
menanggung sejumlah tekanan sehinggalah ianya gagal. Nilai ini telah
diperolehi dari kajian makmal dan dikenali sebagai kekuatan mampatan
sesuatu bahan. Kekuatan ini bergantung kepada struktur dalaman yang
terdapat pada sesuatu bahan tersebut. Keluli adalah bahan yang sangat
homogeny, mempunyai bentuk dalaman menyerupai Kristal dan mempunyai
kekuatan mampatan yang sangat tinggi. Kayu keras mempunyai ira yang
sangat bagus dan mempunyai kekuatan mampatan yang lebih tinggi dari kayu
lembut. Kayu juga adalah unik di mana ia mempunyai dua kekuatan
mampatan, pertamanya apabila beban diletak selari dengan ira kayu dan yang
kedua secara serenjang dengan ira. Ini disebabkan apabila tiang jenis kayu
menghancurkan gentian fibe yang terdapat pada kayu tersebut hingga pecah.
Dalam setiap kes, hancur atau renyuk adalah sesuatu kegagalan dan ianya
tidak bergantung kepada keratin tiang.

b) Lenturan

Kebiasaannya tiang langsing lebih senang untuk gagal dalam lenturan.


Sesuatu struktur tiang adalah langsing apabila ianya mempunyai keratan
rentas yang kecil berbanding panjang efektif. Apa yang penting berkenaan
dengan keratan bahagian tersebut ialah saiz sebenar dan bentuk keratan. Ini
kemudiannya akan dibandingkan dengan panjang efektif untuk menentukan
sama ada tiang itu langsing atau tidak. Jika ya, bermakna tiang akan gagal
dalam bengkokan. Jika tiang diberi beban pugak, ia akan membengkok
terhadap paksi yang lemah pada keratan (Momen Inertia yang paling rendah).

9
Sesuatu struktur tiang itu akan melentur jika ia membengkok pada paksi. Ini
dikenali sebagai Kegagalan Kestabilan.

2.2.1 Jenis-Jenis Beban

Secara umumnya, terdapat dua jenis beban tiang iaitu pada paksi dan kesipian, e.
Tiang yang mempunyai beban paksi akan mengalami kegagalan sama ada secara
hancur atau bengkok. Tiang yang mempunyai kesipian reka bentuk beban biasanya
akan gagal secara bengkokan. Mengikut kajian, tiang yang condong bergantung
kepada kesipian beban yang dimiliki oleh sesuatu tiang tersebut. Rajah 2.1
menerangkan keadaan tekanan yang dialami oleh tiang dari beban, N, di guna pakai
dengan pertambahan beban kesipian. Cuba lihat dan kenal pasti perubahan tekanan
yang berlaku dari keadaan yang seragam kepada tidak seragam.

Kesipian tiang

Merujuk kepada Rajah diatas, daya paksi yang bertindak pada tiang akan
memberi tekanan mampatan yang seragam ke atas seluruh struktur tiang tersebut.
Perubahan yang berlaku dari kiri ke kanan gambar rajah tersebut menunjukkan
pertambahan kesipian, e. Semakin banyak daya beranjak dari pusat sentroid tiang, ia
akan mewujudkan momen lenturan yang mana keratan rentas tiang mesti mampu
untuk menanganinya. Jika dilihat dengan secara jelas, sebelah bahagian tiang itu
akan menerima lebih tekanan mampatan. Selagi daya yang bertindak itu tidak
melebihi 1 per 3 dari pada keratan rentas tiang tersebut, ia hanya akan mewujudkan
daya mampatan sahaja. Tekanan tegangan akan wujud selepas daya yang bertindak

10
keluar dari kawasan tersebut. Magnitud momen lenturan yang keratan rentas tiang
mesti lawan adalah selari dengan pertambahan kesipian, e.

Kemampuan meninjau dan memahami magnitud dan perubahan tekanan di


dalam struktur tiang adalah penting sekali, terutamanya untuk menentukan kegagalan
struktur tiang. Bagi struktur tiang berasaskan kayu dan keluli, kesan tekanan terhadap
struktur hanya kecil sahaja jika dibandingkan dengan tiang berasaskan konkrit. Jika
dilihat dengan teliti, tiang condong juga mungkin boleh mengalami kegagalan yang
sama jika pembebanan terhadapnya tidak dilakukan dengan sempurna.

11
KESIMPULAN

Pada amnya, pembinaan tiang bertujuan untuk menyokong rasuk untuk sesuatu lantai
dimana kotak bentuknyamempunyai papan yang dipanggil “sheating”. Tiang juga
berfungsi untuk menerima beban dari rasuk dan memindahkannya kepada asas
bangunan. Tiang merupakan struktur yang dibina pugak untuk menanggung beban.

Tiang juga merupakan satu struktur yang penting untuk menyokong sesuatu
binaan. Oleh itu, rekabentuk struktur tiang ini haruslah direka supaya bersesuaian
dengan beban yang akan di tanggung di samping dapat mengekalkan nilai estetika
sesebuah bangunan yang akan dibina.

12
RUJUKAN

1. Yusof Ahmad, Mekanik Bahan Dan Struktur. Penerbit UTM.


2. http://www.hbp.usm.my/naser/REG262/nota1.html
3. Reinforced Concrete Design (To Eurocode 2). Penerbit UTM.
4. Laporan Latihan Industri Politeknik Merlimau (Pelajar : Aira Ashira).

13

Anda mungkin juga menyukai