Fisiologi Senam
Fisiologi Senam
Adakah seseorang itu mampu menjadi pelari pecut bertaraf dunia kerana
disebabkan faktor genetik, ataupun disebabkan oleh latihan? Apakah akan terjadi kepada
jantung anda apabila mengambil ujian kecergasan? Apakah perubahan yang berlaku
kepada otot anda hasil daripada latihan ketahanan yang membolehkan anda untuk berlari
dengan lebih pantas dalam jarak yang lebih jauh? Jawapan bagi setiap persoalan ini
tersedia dalam teks ini. Walaubagaimanapun, kita akan pergi kepada penyataan yang
mudah yang memberitahu tentang latihan fisiologi digunakan untuk menghindar dan juga
memulih penyakit jantung koronari, persembahan sukan dari atlit-atlit elit, dan kebolehan
seseorang untuk bergerak dalam persekitaran yang mencabar seperti altitud yang tinggi.
Terma yang diterima sejak akhir-akhir ini seperti fisiologi sukan, nutrisi sukan dan
perubatan sukan adalah bukti mengenai timbulnya minat terhadap fisiologi dalam
senaman dalam masalah yang sebenar. Sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi, kita
perlu mempelajari terlebih dahulu sejarah tentang fisiologi sukan agar kita dapat
memahami di manakah kita dan ke mana kita akan pergi.
Terdapat juga beberapa orang saintis Eropah yang harus disebutkan, bukan sahaja
kerana sumbangan mereka dalam fisiologi senaman, malah nama mereka juga sering
digunakan dalam perbincangan mengenai fisiologi senaman. J.S. Haldane membuat
beberapa kajian mengenai fungsi CO2 dalam mengawal pernafasan. Haldane juga telah
mencipta alat penganalisis gas pernafasan yang dinamakan sempena nama beliau. C.G.
Douglas melakukan kajian perintis bersama Haldane mengenai fungsi O2 dan asid laktik
dalam pengawalan pernafasan semasa bersenam, termasuklah beberapa kajian yang
dilakukan dalam altitud yang berbeza. Beg pengumpul gas yang dibuat dari kanvas dan
getah yang digunakan sejak sekian lama dalam makmal-makmal fisiologi senaman
dinamakan sempena nama Douglas Christian Bohr dari Denmark, yang telah melakukan
kajian klasik dalam bagaimana O2 bergabung dengan haemoglobin. Perubahan lengkung
dalam oksihaemoglobin disebabkan penambahan CO2 dinamakan sempena nama beliau.
Di dalam makmal Bohrlah Krogh memulakan karier beliau dalam kajian pernafasan dan
senaman bagi manusia.
Harvard Fatigue Laboratory telah menarik ramai pelajar dalam bidang perubatan
serta para saintis dari negara-negara lain. Ramai alumni dari makmal tersebut diiktiraf
dalam pencapaian mereka bagi kajian mereka dalam fisiologi senaman. Dua orang pelajar
perubatan, Steven Horvath dan Sid Robinson, berjaya mendapat kerjaya masing-masing
di Institute of Environmental Stress di Santa Barbara danIndiana University. Pelajar-
pelajar asing yang berjaya dalam bidang ini termasuklah E. Asmussen, E.H. Christensen,
M. Neilsen dan pemenang hadiah Nobel August Krogh dari Denmark. Para saintis
membawa idea dan teknologi baru di dalam makmal, terlibat dalam kajian di dalam dan
luar makmal serta menerbitkan beberapa hasil kajian yang paling penting dalam fisiologi
senaman di antara 1930 hingga 1980. Rudolpho Margaria dari Itali, pergi ke makmal ini
untuk mengembangkan kajian beliau dalam ‘oxygen debt’ dan menerangkan tentang
kebolehan bergerak yang bertenaga. Peter F. Scholander dari Norway, mencipta
penganalisis gas kimia yang kini merupakan cara asas untuk menentuukur gas tangki
yang digunakan untuk memiawaikan penganalisis gas elektronik.
Kecergasan Fizikal
Kecergasan fizikal ialah satu topik yang popular pada hari ini, dan popularitinya
telah menjadi faktor utama dalam memotivasikan pelajar-pelajar kolej untuk mencapai
kerjaya dalam pendidikan fizikal, terapi fizikal, nutrisi dan perubatan. Pada 1980, Public
Health Service telah menyenaraikan “senaman untuk kecergasan fizikal” sebagai salah
satu dari 15 jalan untuk memperbaiki taraf kesihatan dalam negara. Sementara perkara ini
kelihatan seperti baru sahaja berlaku, perkara ini telahpun wujud di dalam negara itu
selama lebih seratus tahun dahulu. Di antara Perang Sivil dan Perang Dunia Pertama
(WWI), pendidikan fizikal ditumpukan terhadap perkembangan dan keadaan kecergasan,
dan ramai ketua dalam pendidikan fizikal dilatih dalam bidang perubatan. Sebagai
contoh, Dr. Dudley Sargent, diupah oleh Harvard University pada tahun 1879, telah
menyelaraskan sebuah program latihan fizikal bersama keterangan senaman individual
untuk menambah baik struktur dan fungsi tubuh seseorang untuk mencapai “keadaan
fizikal yang utama yang dipanggil sebagai kecergasan, kecergasan untuk bekerja,
kecergasan untuk bermain, kecergasan untuk melakukan apa sahaja yang seseorang boleh
lakukan.”
Minat terkini terhadap aktiviti fizikal dan kesihatan bermula pada 1950 oleh dua
penemuan utama: (1) autopsi yang dijalankan terhadap askar-askar muda yang terkorban
semasa Perang Korea telah menunjukkan bahawa penyakit koronari arteri telahpun
berkembang, dan (2) Hans Kraus telah menunjukkan yang kanak-kanak Amerika
menunjukkan prestasi yang kurang baik dalam ujian kecergasan otot berbanding kanak-
kanak Eropah. Disebabkan penemuan ini, Presiden Eisenhower telah memulakan
perundingan pada tahun 1955, akhirnya telah menubuhkan President’s Council on Youth
Fitness. The American Association for Health, Physical Education and Recreation
(AAHPER) menyokong aktiviti ini dan pada 1957, AAHPER Youth Fitness Test telah
ditubuhkan untuk diguna pakai dalam program pendidikan fizikal di seluruh negara.
Sebelum beliau memulakannya, Presiden Kennedy telah menyuarakan kebimbangannya
tentang tahap kecergasan rakyat di dalam sebuah artikel di dalam Sport Illustrated,
bertajuk “The Soft American”.
“Tenaga fizikal rakyat negara kita adalah satu dari sumber tenaga Amerika yang
berharga. Sekiranya membazirkan dan membiarkan sahaja sumber ini, di mana kita
membiarkan diri kita menjadi lemah dan kurang upaya, kita akan memusnahkan
kebolehan kita untuk berhadapan dengan cabaran yang bakal kita tempuhi. Kita tidak
akan menyedari kebolehan kita sebagai rakyat negara ini.”
Satu contoh dari sebuah program universiti yang boleh dikesan mempunyai ciri-
ciri yang sama seperti Harvard Fatigue Laboratory boleh ditemui di Pennsylvania State
University. Dr. Ancel Keys, seorang dari ahli staf Harvard Fatigue Laboratory, telah
membawa Henry Longstreet Taylor ke Laboratory for Physiology Hygiene di University
of Minnesota, di mana beliau mendapat Ph.D pada 1941. Taylor kemudian menjadi
penasihat kepada kerja kajian oleh Elsworth R. Buskirk, yang telah menubuhkan dan
mengurus Laboratory for Human Performance Research (Noll Laboratory) di
Pennsylvania State University. Noll Laboratory terus beroperasi seperti Harvard Fatigue
University, dengan program kajian yang lebih komprehensif di dalam dan luar makmal di
dalam senaman asas, alam sekitar dan kajian dalam industri. Walaupun begitu, adalah
jelas bahawa kajian yang bagus di dalam senaman dan fisiologi alam sekitar diuruskan
oleh makmal-makmal yang tidak mempunyai hubungan dengan Harvard Fatigue
Laboratory. Makmal dibuat di dalam bidang pendidikan fizikal, bidang fisiologi di
sekolah perubatan, program perubatan klinikal di hospital, dan fasiliti bebas seperti
Cooper Institute untuk kajian aerobiks. Perkembangan dan kepakaran di dalam kajian
yang melibatkan senaman akan dibincangkan di dalam topik yang seterusnya.
Untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang bagaimana tubuh badan
dapat mengekalkan keadaan dalamannya, ia boleh difahami melalui analogi yang ringkas
dari sistem non-biologikal seperti alat pengawal suhu-termostat dan sistem penyejukan di
rumah. Diandaikan juka termostat itu disetkan pada suhu 20C. Sebarang perubahan suhu
bilik dari suhu yang ditetapkan ini menyebabkan perubahan serta-merta melalu pemanas
atau penyejuk hawa untuk mengembalikan suhu kepada 20°C. Apabila suhu meningkat
melebihi suhu yang ditetapkan, termostat akan mengaktifkan penyejuk hawa, dan
mengembalikan suhu kepada 20°C. Begitulah sebaliknya sekiranya suhu berkurang dari
suhu yang ditetapkan, mengaktifkan sistem pemanas untuk mengembalikan suhu kepada
20°C. Di dalam kedua-dua kes ini, respon yang dihasilkan dari sistem pemanasan dan
penyejukan adalah untuk membetulkan keadaan, suhu tinggi atau rendah apabila keadaan
mengizinkan.
Hampir semua sistem pengawalan di dalam tubuh berfungsi secara suap balik
negatif. Satu contoh suap balik negatif boleh dilihat dari susunan sistem pernafasan pada
kepekatan CO2 di dalam bendalir di luar sel. Di dalam hal ini, pertambahan CO2 di atas
tahap normal merangsangkan penerima, yang menghantar informasi ke pusat pengawalan
pernafasan (pusat) untuk menambahkan kadar pernafasan. Efektor di dalam contoh ini
ialah otot pernafasan. Pertambahan dalam kadar pernafasan akan mengurangkan kadar
kepekatan CO2 kembali kepada normal, sekaligus membina semula homeostasis. Sebab
berlakunya suap balik itu digelar negatid ialah disebabkan respon sistem pengawalan ini
ialah negatif (bertentangan) terhadap rangsangan.
Dapatan dari Sistem Pengawalan
Sebuah contoh yang baik bagi pengawalan homeostatik yang menggunakan suap
balik negatif ialah “sistem baroreceptor,” yang bertanggungjawab dalam mengawal
tekanan darah. Baroreceptor adalah penerima yang sensitif terhadap tekanan yang terletak
di arteri karotid dan juga di dalam lengkungan pada aorta. Apabila tekanan darah arterial
bertambah di atas paras normal, baroreceptor ini akan terangsang, dan impuls saraf akan
dihantar ke pusat kawalan kardiovaskular di medulla pada otak. Kemudian, pusat
kawalan kardiovaskular mengurangkan bilangan impuls yang dihantar ke jantung, yang
menyebabkan pengurangan darah yang dipam oleh jantung, sekaligus mengembalikan
tekanan arterial kepada normal. Begitu juga sebaliknya apabila tekanan arterial
mengurangkan bilangan impuls dari baroreceptor ke otak, yang menyebabkan sistem
kawalan kardiovaskular untuk menambah bilangan impuls ke jantung sekaligus
menambah tekanan darah.
Gangguan di dalam homeostasis selular berlaku apabila sebuah sel itu berdepan
dengan ‘tekanan’ yang menjangkaui kebolehannya untuk mempertahankan diri dari
sebarang bentuk gangguan. Sebuah contoh bagaimana sel menggunakan sistem
pengawalan untuk menangani tekanan (seperti gangguan dalam homeostasis) ialah
dikenali sebagai “respon tekanan selular.” Tekanan selular ialah sistem pengawalan
biologikal di dalam sel yang melawan gangguan ke atas homeostasis dengan
menghasilkan protein yang direka khas untuk melawan tekanan.
Senaman otot boleh dikira sebagai sebuah ujian untuk mengkaji sistem
pengawalan homeostasis di dalam tubuh, kerana senaman mempunyai potensi untuk
mempengaruhi homeostasis. Sebagai contoh, semasa senaman, otot akan menghasilkan
jumlah asid laktik yang besar, yang menyebabkan pertambahan keasidan intraselular dan
ekstraselular. Pertambahan keasidan ini melambangkan cabaran yang mencabar ke atas
sistem pengawalan asid-base tubuh badan. Sebagai tambahan, senaman berat
menyebabkan keperluan otot ke atas O2 bertambah, dan bilangan CO2 yang besar
terhasil. Perubahan ini hendaklah diatasi dengan menambah kadar pernafasan (ventilasi
pulmonari) dan pengaliran darah untuk menambah kadar penghantaran O2 untuk otot dan
menyingkirkan bahan kumuh CO2. Kemudian, semasa senaman berat, otot akan
menghasilkan kadar haba yang tinggi yang mesti disingkirkan untuk
menghindarioverheating. Sistem pengawalan tubuh haruslah bertindak balas dengan
serta-merta untuk menghindari perubahan drastik di dalam persekitaran dalam tubuh.
Bioenergetik
Beribu-ribu tindak balas kimia berlaku di dalam tubuh badan pada setiap minit
dalam sehari. Secara keseluruhannya, tindak balas ini dikenali sebagai metabolisme.
Metabolisme melibatkan laluan kimia yang menebabkan sintesis molekul (tindak balas
anabolik) dan juga berpecahnya molekul (tindak balas katabolik).
Oleh kerana tenaga amatlah diperlukan bagi setiap sek, ia tidaklah mengejutkan
jika sel memiliki laluan kimia yang boleh mengubah bahan makanan (seperti lemak,
protein dan karbohidrad) kepada sebuah bentuk tenaga biologikal yang boleh digunakan.
Proses metabolik ini dikenali sebagai bioenergetik. Untuk berlari, melompat atau
berenang, sel otot haruslah mampu mengeluarkan tenaga secara berterusan dari nutrien
makanan. Sebenarnya, ketidakbolehan untuk menukar tenaga dari bahan makanan kepada
tenaga biologikal yang boleh digunakan akan mengehadkan penglibatan seseorang itu
dalam aktiviti ketahanan. Penerangan untuk hal ini amatlah mudah. Untuk mengecut, sel
otot haruslah mempunyai sumber tenaga yang berterusan. Apabila sumber tenaga itu
tiada, pengecutan otot adalah mustahil, dan sebarang aktiviti haruslah dihentikan. Oleh
sebab itu, mengenai kepentingan tentang penghasilan tenaga selular ketika senaman,
adalah sesuatu yang penting bagi seseorang pelajar fisiologi senaman itu membuat satu
kefahaman mengenai bioenergetik.
Struktur Sel
Sel telah ditemui pada kurun ke-17 oleh seorang saintis Inggeris Robert Hooke.
Kemajuan dalam pembinaan mikroskop dalam masa 300 tahun telah membawa kepada
kefahaman yang lebih baik dalam struktur dan fungsi sel.Untuk memahami dengan lebih
lanjut mengenai bioenergetik, adalah penting bagi kita untuk menghargai struktur dan
fungsi sel. Empat elemen (satu darinya adalah bahan kimia asas) mewakili 95% dari
tubuh badan. Ia juga termasuklah oksigen (65%), karbon (18%), hidrogen (10%) dan
nitrogen (3%). Elemen tambahan boleh ditemui dalam kuantiti yang sedikit, termasuklah
sodium, besi, zink, kalium, magnesium, klorida dan kalsium. Elemen yang pelbagai ini
terikat antara satu sama lain oleh ikatan kimia untuk membentuk molekul atau sebatian.
Sebatian yang mengandungi karbon dikenali sebagai sebatian organik, dan sebatian yang
tidak mengandungi karbon dikenali sebagai inorganik. Sebagai contoh, air (H2O) tidak
mempunyai karbon dan merupakan bahan inorganik. Begitulah sebaliknya bagi protein,
lemak dan karbohidrat yang mengandungi karbon dan merupakan sebatian organik.
Sebagai unit berfungsi yang paling asas di dalam tubuh, sel ialah diibaratkan seperti
kilang-kilang yang disusun rapi yang mampu mensintesiskan banyak sebatian untuk
fungsi selular normal. Adalah dimaklumkan bahawa tidak semua sel adalah serupa,
ataupun mampu melakukan fungsi yang sama. Gambaran sel yang biasanya dibuat
hanyalah memperlihatkan bahagian-bahagian sel yang terdapat dalam hampir semua jenis
sel pada tubuh badan. Secara amnya, struktur sel boleh dibahagikan kepada tiga bahagian
utama:
1.Membran sel
Membran sel (juga dikenali sebagai membran plasma) ialah lapisan separa-telap yang
memisahkan sel dari persekitaran luar sel. Dua fungsi membran sel yang paling utama
ialah untuk memagari komponen-komponen di dalam sel dan juga untuk mengawal
haluan pelbagai bahan yang memasuki dan keluar dari sel.
2.Nukleus
Nukleus ialah sejenis komponen yang besar dan seakan bulat di dalam sel yang
mengandungi komponen genetik selular (gen). Gen adalah terdiri dari dua benag asid
deoksiribonukleik (DNA), yang berfungsi sebagai asas bagi kod genetik. Secara ringkas,
gen mengawal sintesis protein, yang mengawal komposisi sel dan mengawal aktiviti
selular.
Ini ialah bahagian bendalir bagi sel di antara nukleus dan membran sel. Terdapat banyak
organel (struktur yang kecil) di dalam sitoplasma yang mempunyai fungsi selular yang
spesifik. Salah satu dari organel, mitokondria, dikenali sebagai sumber tenaga bagi sel
dan terlibat dalam penukaran oksidatif bahan makanan kepada tenaga selular yang boleh
digunakan. Selain itu, sitoplasma juga mengandungi enzim untuk mengawal penguraian
glukosa (glykolisis).
Tenaga wujud dalam pelbagai bentuk (elektrik, mekanikal, kimia dan lain-lain)
dan semua bentuk tenaga ini boleh diubah antara satu sama lain. Sebagai contoh, serat
otot menukar tenaga kimia kepada tenaga mekanikal untuk melakukan pergerakan.
Proses bioenergetik bagi mengubah tenaga kimia kepada tenaga mekanikal memerlukan
satu siri tindak balas kimia yang terkawal. Sebelum kira membincangkan tentang tindak
balas tersebut secara spesifik, keterangan mengenai tindak balas kimia selular disediakan.
Kebanyakan tindak balas yang berlaku di dalam sel dikenali sebagai tindak balas
berpasangan. Tindak balas berpasangan adalah tindak balas yang berkaitan, yang
membebaskan tenaga bebas di dalam satu tindak balas untuk menggalakkan tindak balas
kedua. Sebagai contoh, tenaga yang dibebaskan oleh tindak balas eksergonik digunakan
untuk menggalakkan tindak balas yang memerlukan tenaga (tindak balas endergonik) di
dalam sel. Hal ini sama seperti dua gear yang bersentuhan yang mana pusingan sebuah
gear (gear eksergonik yang membebaskan tenaga) menyebabkan pergerakan gear yang
kedua (gear endergonik). Dalam kata lain, tindak balas yang membebaskan tenaga adalah
berpasangan dengan tindak balas yang memerlukan tenaga. Tindak balas pengoksidaan-
pengurangan adalah sejenis tindak balas berpasangan yang penting dan akan
dibincangkan di dalam topik yang seterusnya.
Proses menyingkirkan elektron dari sebuah atom atau molekul digelar sebagai
pengoksidaan. Penambahan bilangan elektron ke atas atom atau molekul dirujuk sebagai
pengurangan. Pengoksidaan dan pengurangan selalunya ialah tindak balas berpasangan
kerana molekul tidak boleh dioksidakan, melainkan sekiranya elektron didermakan
kepada atom yang lain (atau molekul). Atom atau molekul yang menderma elektron
dikenali sebagai agen pengurangan dan molekul yang menerima elektron dikenali sebagai
agen pengoksidaan. Adalah diketahui bahawa sebuah atom (atau molekul) boleh menjadi
sebagai kedua-duanya, iaitu agen pengoksidaan dan agen pengurangan. Sebagai contoh,
apabila molekul memainkan kedua-dua peranan, mereka boleh menerima elektron pada
satu tindak balas dan kemudian mendermakan elektron-elektron ini kepada molekul yang
lain untuk menghasilkan tindak balas pengoksidaan-pengurangan.
Kadar kelajuan bagi tindak balas kimia selular adalah dipengaruhi oleh
pemangkin yang dipanggil sebagai enzim. Enzim adalah sejenis protein yang memainkan
peranan yang utama dalam pengawalan metabolisme di dalam sel. Enzim tidak
membuatkan tindak balas berlaku, tetapi sekadar mengawal kadar kelajuan di mana
tindak balas berlaku. Tambahan pula, enzim tidak mengubah sifat tindak balas atau hasil
dari tindak balas.
Tindak balas berlaku apabila reaktan mempunyai tenaga yang mencukupi untuk
bekerja. Tenaga yang diperlukan bagi memulakan tindak balas kimia digelar tenaga
pengaktifan. Enzim berfungsi sebagai pemangkin bagi mengurangkan tenaga
pengaktifan. Keputusan akhir adalah untuk menambahkan kadar di mana tindak balas in
berlaku.
Walaupun terdapat sistem penamaan enzim yang standard, kebanyakan buku teks
menggunakan nama yang biasa untuk menerangkan secara am mengenai fungsi enzim
dan tindak balas yang dimangkinkannya. Hampir semua enzim dinamakan dengan
imbuhan “ase” pada hujungnya. Sebagai contoh, kinase ialah sejenis kumpulan enzim
yang menambah kumpulan fosfat kepada substrat yang akan bertindak balas. Tambahan
pula, dehidrogenase adalah enzim yang menyingkirkan hidrogen dari substrate. Satu
contoh enzim yang namanya mempunyai kedua-dua substrate dan fungsi ialah laktate
dehydrogenase (boleh dijumpai dalam tisu tubuh, terutamanya otot, jantung dan hati).
Enzim ini memangkinkan pertukaran asid laktik kepada asid pyruvik dan sebaliknya,
dengan arah tujunya bergantung kepada kepekatan reaktan atau enzim.
Tubuh badan mengandungi karbohidrat, lemak dan protein yang diambil setiap
hari untuk memberi tenaga yang secukupnya untuk mengekalkan aktiviti selular ketika
rehat mahupun bersenam. Semasa bersenam, nutrien asas yang digunakan untuk tenaga
ialah lemak dan karbohidrat, dengan protein menyumbang dalam kuantiti yang kecil di
dalam jumlah tenaga yang digunakan.
Karbohidrat
Polisakarida ialah karbohidrat yang kompleks yang terdiri dari tiga atau lebih
monosakarida. Polisakarida boleh terdiri dari molekul yang kecil (seperti tiga
monosakarida) atau molekul yang lebih besar yang mengandungi beratus monosakarida.
Secara amnya, polisakarida dikelaskan di antara polisakarida tumbuhan atau haiwan. Dua
bentuk polisakarida yang paling biasa bagi tumbuhan ialah selulosa dan kanji. Manusia
tidak mempunyai enzim pencernaan yang diperlukan untuk mencernakan selulosa, dan
selulosa menghasilkan serat dalam pemakanan dan menjadi bahan buangan. Berlainan
pula dengan kanji yang boleh didapadi di dalam jagung, bijirin, kekacang, kentang dan
kacang pis, yang boleh dicernakan dengan mudah oleh manusia dan sebuah sumber
karbohidrat yang penting bagi orang Amerika. Setelah pencernaan, kanji akan diuraikan
untuk membentuk monosakarida dan boleh digunakan sebagai tenaga kepada sel secara
seta merta di dalam bentuk yang lain di dalam sel untuk jangka masa yang akan datang.
Glikogen ialah sejenis terma yang digunakan untuk polisakarida yang tersimpan
di dalam tisu haiwan. Ia disintesiskan di dalam sel dengan menghubungkan molekul
glukosa bersama. Molekul glikogen selalunya besar dan terdiri dari beratus hingga beribu
molekul glikogen. Sel menyimpan glikogen untuk membekalkan karbohidrat sebagai
sumber tenaga. Sebagai contoh, ketika bersenam, sel otot menguraikan glikogen kepada
glukosa (proses ini dipanggil sebagai glikogenolisis) dan menggunakan glukosa sebagai
sumber tenaga. Begitu juga jika glikogenolisis berlaku di dalam hati, dengan glukosa
bebas yang dibebaskan ke dalam salur darah dan disalurkan ke dalam tisu di seluruh
tubuh.
Lemak
Asid lemak yang tersimpan di dalam tubuh badan dikenali sebagai trigliserida.
Trigliseride adalah terdiri daripada tiga molekul asid lemak dan satu molekul gliserol
(bukan sejenis lemak tetapi sejenis alkohol). Walaupun tapak simpanan terbesar bagi
trigliserida adalah sel lemak, molekul-molekul ini juga tersimpan dalam banyak jenis sel,
termasuklah sel tulang, Apabila diperlukan, ia boleh diuraikan kepada bahagian
komponen (sebuah proses yang dipanggil sebagai lipolisis), dengan menggunakan asid
lemak sebagai substrat tenaga oleh otot dan tisu yang lain. Gliserol yang dibebaskan oleh
lipolisis bukanlah sejenis sumber tenaga bagi otot secara terus, tetapi boleh digunakan
oleh hati untuk mensintesiskan glukosa. Oleh sebab itu, seluruh molekul trigliserida ialah
sumber tenaga yang berguna untuk tubuh badan.
Fosfolipid tidak digunakan oleh otot sebagai sumber tenaga semasa bersenam.
Fosfolipid ialah lemak yang digabungkan dengan asid fosforik dan disintesiskan secara
maya oleh setiap sel dalam tubuh. Peranan biologikal bagi fosfolipid termasuklah
menyediakan gabungan struktur bagi membran sel kepada menyediakan lapisan penebat
di sekitar gentian saraf.
Jenis lemak yang terakhir ialah steroid. Sekali lagi, lemak ini tidak digunakan
sebagai sumber tenaga ketika bekerja, tetapi akan diutarakan untuk menyediakan
pemahaman terhadap sifat lemak biologikal. Steriod yang paling biasa ialah kolestrol.
Kolestrol ialah komponen bagi semua membran sel. Ia boleh disintesiskan pada setiap sel
di dalam tubuh dan boleh diambil di dalam makanan. Kemudian, kolestrol juga
diperlukan untuk mensintesiskan hormon seks seperti estrogen, progesterone,dan
testosterone. Walaupun kolestrol mempunyai banyak fungsi biologikal yang berguna,
kandungan kolestrol yang tinggi di dalam darah boleh mengakibatkan penyakit koronari
arteri.
Protein
Protein terdiri daripada banyak subunit yang dipanggil asid amino. Sekurang-
kurangnya sebanyak 12 jenis asid amino yang berbeza yang diperlukan oleh badan kita
untuk membentuk berbagai tisu, enzim, protein darah dan banyak lagi. Sembilan asid
amino, dipanggil amino asid yang penting, tidak boleh disintesiskan oleh tubuh badan
dan hendaklah diambil melalui makanan. Protein terbentuk dengan menghubungkan asid
amino dengan ikatan kimia yang dipanggil ikatan peptida. Sebagai bahan bakar yang
berpotensi, protein mengandungi sebanyak 4kcal tenaga per gram. Untuk menjadikan
protein sebagai substrat untuk membentuk sebatian bertenaga tinggi, ia mestilah
diuraikan kepada juzuk asid amino. Protein boleh menyumbangkan tenaga untuk bekerja
dan bersenam dalam dua cara. Pertama asid amino alanine boleh ditukar di dalam hati
kepada glukosa, yang kemudiaannya boleh digunakan untuk mensintesiskan glikogen.
Glikogen pada hati boleh dinyahgredkan kepada glukosa dan dihantar kepada otot yang
bekerja melalui sistem peredaran. Kedua, banyak asid amino (seperti isoleucine, alanine,
leucine, valine) boleh diubah kepada dua jenis sistem metabolik (seperti sebatian yang
terlibat dalam bioenergetik secara langsung) dalam sel otot dan secara langsung
menyumbang sebagai bahan bakar dalam haluan bioenergetik.
Sumber tenaga yang cepat bagi latihan otot ialah sebatian fosfat bertenaga tinggi,
adenosine triphosphate (ATP). Walaupun ATP bukannya sebuah molekul yang hanya
membawa tenaga ke dalam sel, ia juga merupakan molekul yang penting, dan tanpa
jumlah ATP yang cukup, hampir kesemua sel akan mati dengan cepat.
Struktur ATP terdiri kepada tiga bahagian utama: (1) bahagian adenine, (2)
bahagian ribose, dan (3) fosfat bercabang tiga. Perbentukan ATP berlaku dengan
menggabungkan adenosine diphosphate dengan fosfat tidak organik dan memerlukan
jumlah tenaga yang banyak. Sebahagian dari tenaga tersimpan di dalam ikatan kimia
yang mengikat ADP dan fosfat tidak organik. Ikatan ini dipanggil ikatan bertenaga tinggi.
Ketika enzim ATPase menguraikan ikatan ini, tenaga dilepaskan dan tenaga boleh
digunakan untuk bekerja (seperti latihan otot).
Bioenergetik
Sel otot menyimpan jumlah ATP yang terhad. Oleh sebab itu, kerana senaman
otot memerlukan bekalan ATP yang tetap untuk menyediakan tenaga yang diperlukan
untuk latihan otot, laluan metabolik mestilah ada di dalam sel dengan mempunyai
kebolehan untuk menghasilkan ATP secara pantas. Sel otot boleh menghasilkan ATP
dengan satu atau menggabungkan tiga laluan metabolik: (1) pembentukan ATP dengan
penguraian phosphocreatene (PC), (2) pembentukan ATP melalui penyahgredan glukosa
atau glikogen (dipanggil glikolisis) dan (3) pembentukan oksida pada ATP. Pembentukan
ATP melalui laluan PC dan glikolisis tidak melibatkan penggunaan O2; laluan ini
dipanggil laluan anaerobik (tanpa O2). Pembentukan oksida pada ATP dengan
penggunaan O2 dikenali sebagai metabolisme aerobik.
Cara yang paling ringkas dan juga paling cepat untuk menghasilkan ATP
melibatkan pendermaan kumpulan fosfat dan tenaga pada ikatannya dari PC kepada ADP
untuk membentuk ATP.
Tindak balas ini dimangkinkan oleh enzim creatine kinase. Ia berlaku secara
mendadak apabila ATP diuraikan oleh ADP + P ketika senaman. Walau bagaimanapun,
sel otot hanya menyimpan jumlah PC yang kecil, dan hanya menghasilkan jumlah ATP
yang terhad melalui tindak balas ini. Gabungan antara ATP dan PC yang tersimpan
dikenali sebagai sispem ATP-PC atau “sistem fosfagen”. Ia menyediakan tenaga untuk
latihan otot ketika bersenam dan ketika senaman ringkas yang padat (kurang dari 5 saat).
Pembentukan semula PC memerlukan ATP dan berlaku hanya ketika pemulihan dari
senaman.
Kepentingan sistem ATP-PC pada atlet boleh difahami dengan melihat kepada
senaman jangka pendek yang ringkas seperti larian pecut 50 meter, lompat tinggi,
melakukan angkat berat secara serta merta, ataupun seorang pemain bola sepak berlari
pecut sepanjang 10 ela di padang. Semua jenis latihan ini memerlukan beberapa saat
sahaja untuk diselesaikan dan memerlukan bantuan ATP dengan serta merta. Sistem
ATP-PC menyediakan sebuah tindak balas enzim yang ringkas untuk aktiviti-aktiviti
seperti ini. Pengurangan PC adalah disebabkan dari pengehadkan latihan jangka masa
pendek yang padat telah membawa kepada cadangan yang mengatakan penghasilan
creatine dalam jumlah yang banyak boleh memperbaiki prestasi latihan.
Laluan metabolisme yang kedua yang boleh menghasilkan ATP serta merta tanpa
menglibatkan O2 ialah glikolisis. Glikolisis melibatkan penguraian glukosa atau glikogen
untuk menghasilkan dua molekul asid pyruvik atau asid laktik. Glikolisis ialah sebuah
haluan anaerobik yang digunakan untuk memindahkan tenaga pada ikatan dari glukosa
kepada fosfat bukan organik pada ADP. Proses ini melibatkan satu siri pemangkinan
enzim ataupun tindak balas berpasangan. Glikolisis berlaku di dalam sarkoplasma di
dalam sel otot dan menghasilkan berat bersih dua molekul ATP dan dua molekul asid
pyruvik atau asid laktik pada setiap molekul glukosa.
Kemudian, mari kita memahami glikolisis secara lebih lanjut. Pertama, tindak
balas di antara glukosa dan pyruvate boleh dikenali dengan dua fasa yang berbeza: (1)
fasa penghasilan tenaga dan (2) fasa pengeluaran tenaga. Lima tindak balas yang pertama
menjadi fasa penghasilan tenaga di mana ATP yang disimpan mestilah digunakan untuk
menghasilkan gula fosfat. Walaupun hasil dari glikolisis ialah penghasilan tenaga
(eksergonik), glikolisis hendaklah diutamakan dengan penambahan ATP pada dua
bahagian ketika permulaan haluan. Sebab ATP diutamakan adalah untuk menambah
kumpulan fosfat (dipanggil phosphorylation) kepada glukosa dan fruktosa-6-fosfat.
Apabila glikolisis dimulakan dengan glikogen sebagai substrat, penambahan satu ATP
adalah diperlukan (glikogen tidak memerlukan phosphorylation dari ATP, tetapi
sebaliknya phosphorylation dari fosfat bukan organik). Lima tindak balas terakhir
glikolisis mewakili fasa pengeluaran tenaga glikolisis. Dua molekul ATP dihasilkan pada
dua tindak balas yang berbeza pada hujung haluan glikolitik; dan dapatan glikolisis ialah
dua ATP apabila glukosa sebagai substrat dan tiga ATP apabila glikogen sebagai
substrat.
Sekali lagi, glikolisis ialah penguraian glukosa kepada asid pyruvik atau asid
laktik dengan menghasilkan dua atau tiga ATP, bergantung kepada haluan yang
dilaluinya dengan glukosa atau glikogen. Glukosa ialah molekul 6-karbon manakala asid
pyruvik dan asid laktik ialah molekul 3-karbon. Hal ini menerangkan penghasilan dua
molekul asid pyruvik atau asid laktik dari satu molekul glukosa. Oleh kerana O2 tidak
terlibat secara terus di dalam glikolisis, haluan ini dikira sebagai anaerobik. Walau
bagaimanapun, sekiranya terdapat O2 di dalam mitokondria, pyruvate boleh di sertakan
di dalam penghasilan ATP secara aerobik.
Kitaran Krebs
Kitaran Krebs dinamakan sempena nama ahli biokimia Hans Krebs, di mana
kajian perintisnya telah menambahkan pemahaman kita di dalam haluan yang kompleks
ini. Kitaran Krebs memerlukan dua molekul karbon, acetyl~CoA. Acetyl~CoA boleh
dibentuk dari penguraian karbohidrat, lemak atau protein. Mula-mula, mari kita
tumpukan pada pembentukan acetyl~CoA dari pyruvate (pyruvate boleh dibentuk dari
kedua-dua karbohidrat dan protein). Pyruvate (molekul tiga karbon) diuraikan untuk
membentuk acetyl~CoA (molekul dua karbon) dan karbon yang tinggal didermakan
sebagai CO2. Kemudian, acetyl~CoA bergabung dengan oxaloacetate (molekul empat
karbon) untuk membentuk citrate (enam karbon). Apa yang mengikut ialah satu siri
tindak balas untuk membentuk oxaloacetate dan dua molekul CO2, dan haluan bermula
berulang-ulang kali.
Untuk setiap molekul glukosa memasuki glikolisis, dua molekul pyruvate
dibentuk, dan di dalam kehadiran O2, mereka diubah kepada dua molekul acetyl~CoA.
Hal ini bermakna setiap molekul glukosa menghasilkan dua pusingan kitaran Krebs.
Fungsi kitaran Krebs ialah untuk menyingkirkan hidrogen dan tenaga yang berkaitan
dengan hidrogen dari pelbagai substrat yang terlibat di dalam kitaran. Untuk setiap
pasangan elektron yang melalui rantaian pengangkutan elektron dari NADH kepada
oksigen, terdapat tenaga yang cukup untuk membentuk 2.5 molekul ATP. Untuk setiap
molekul FADH yang dibentuk, terdapat tenaga yang cukup untuk menghasilkan 1.5
molekul ATP. Oleh sebab itu, di dalam penghasilan ATP, FADH tidaklah mempunyai
tenaga yang banyak seperti NADH.
Pada satu tahap kita perlu fokus kepada peranan yang dimainkan oleh karbohidrat
di dalam penghasilan acetyl~CoA untuk memasuki kitaran Krebs. Bagaimana lemak dan
protein melalui metabolisme aerobik. Adalah diketahui bahawa lemak (trigliserida)
diuraikan untuk membentuk asid berlemak dan gliserol. Asid berlemak ini boleh melalui
satu siri tindak balas untuk membentuk acetyl-CoA (dipanggil pengoksidaan beta) dan
kemudian memasuki kitaran Krebs. Walaupun gliserol boleh diubah melalui glikolisis di
dalam hari, hal ini tidak berlaku secara mendadak di dalam otot manusia. Oleh sebab itu,
gliserol bukanlah bahan bakar yang begitu penting semasa bekerja.
Seperti yang telah dikemukakan, protein bukanlah dikenali sebagai sumber bahan
bakar yang utama ketika bersenam, kerana ia hanya menyumbang sebanyak 2-15% bahan
bakar ketika bekerja. Protein boleh memasuki haluan bioenergetik di dalam pelbagai
tempat. Walau bagaimanapun, langkah yang pertama ialah penguraian protein ke dalam
subunit asid amino. Apa yang berlaku kemudian bergantung kepada jenis asid amino
apakah yang terlibat. Contohnya, sesetengah asid amino boleh diubah kepada glukosa
atau asid pyruvik, sesetengah lagi kepada acetyl~CoA, dan yang lain-lain di dalam
kitaran Krebs.
Dua elektron dari NADH atau FADH dibawa ke satu siri sebatian yang melalui
pengoksidaan dan pengurangan, dengan tenaga yang cukup yang dibebaskan untuk
mensintesiskan ATP pada tiga tempat sepanjang laluan. FADH memasuki laluan
cytochrome melalui satu pusat di bawah tahap kemasukan untuk NADH. Ia amat penting
kerana tahap kemasukan bagi FADH melepasi satu dari tapak-tapak untuk penghasilan
ATP, dan setiap molekul FADH yang memasuki rantaian pengangkutan elektron
mempunyai tenaga yang cukup bagi membentuk hanya 1.5 ATP. Sebaliknya, kemasukan
NADH ke dalam rantaian pengangkutan elektron menyebabkan penghasilan 2.5 ATP.
Pada akhir rantaian pengangkutan elektron, oksigen menerima elektron yang dibawa
melaluinya dan bergabung dengan hidrogen untuk membentuk air. Sekiranya O2 tidak
ada untuk menerima elektron-elektron tersebut, oxidative phosphorylation tidak akan
berlaku, dan pembentukan ATP di dalam sel mesti dilakukan melalui metabolisme
anaerobik.
Seperti yang sudah diutarakan, NADH dan FADH berbeza di dalam jumlah ATP
yang boleh dihasilkan dari setiap molekul. Setiap NADH terhasil di dalam mitokondria
mendermakan dua elektron ke sistem pengangkutan elektron pada pengepam proton
pertama. Proton ini kemudian dihantar ke pengepam proton kedua dan ketiga sehingga
proton-proton ini akhirnya melalui sepanjang oksigen. Pengepam proton pertama dan
kedua menghantar empat proton setiap, manakala pengepam elektron ketiga menghantar
dua proton, menghasilkan jumlah sebanyak sepuluh. Disebabkan empat proton
diperlukan untuk menghasilkan dan menghantar satu ATP dari mitokondria ke
sitoplasma, jumlah penghasilan ATP dari satu molekul NADH ialah 2.5 ATP (10 proton/
4 proton setiap ATP = 2.5 ATP). ATP tidak wujud dalam bentuk separuh dan pecahan
perpuluhan pada ATP hanya sekadar menerangkan nombor purata molekul ATP yang
dihasilkan oleh setiap NADH.