Tugasan OUM Health and Wellness
Tugasan OUM Health and Wellness
Soalan 1:
1.0 - Pengenalan
Skor peribadi memberi maksud sasaran yang perlu dicapai dalam sesuatu aktiviti
individu kerana dapat menunjukkan jalan dan cara bagaimana untuk mempraktikkanya.Saya
menetapkan empat skor peribadi pada skala aktiviti saya berkaitan keselamatan bekerja
kerana empat tahap ini akan merangkumi pelbagai aspek keselamatan sebelum dan semasa
bekerja.
Pertama adalah sangat tinggi.Ia menerangkan risiko yang sangat tinggi dan
membolehkan sesuatu insiden sering berlaku dan meragut nyawa.Masalah mengenalpasti
hazad dan risiko kemalangan.Contohnya,kemalangan dalam ruang terkurung berlaku
disebabkan gas toksik dan gas mudah terbakar yang menyebabkan kematian.
Kedua adalah tinggi.Risiko yang tinggi dan membolehkan sesuatu insiden yang tidak
sering berlaku tetapi jika berlaku mengakibatkan kecacatan kekal pada individu.Perlu
memastikan keperluan peralatan pelindung diri mengikut piawaian dan tatacara guna yang
betul bagi mengurangkan risiko.Contohnya,menggunakan mesin canai tangan tanpa
pelindung mata mengakibatkan terkena percikan,sekaligus mata boleh buta.
Ketiga adalah sederhana. Risiko yang jarang berlaku dan membolehkan sesuatu
insiden yang mengakibatkan kecacatan sementara .Perlu merancang kerja dan menganalisa
risiko dengan terperinci sebelum memulakan tugas bagi mengelakkan sesuatu insiden
1
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS
berlaku.Contohnya kerja pembersihan dan penyemburan cat perlu memakai alat bantu
pernafasan tanpa alatan tersebut mudah sesak nafas dan batuk.
Berdasarkan empat perkara diatas, saya dan semua pekerja memerlukan rehat yang
cukup seperti tidur antara 6 ke 8 jam sehari untuk menjalankan kerja keesokkanya supaya
dapat menghindarkan kemalangan.Selain itu, selaku pegawai keselamatan pekerjaan saya
akan mewujudkan minggu keselamatan dan kesihatan ditempat kerja seperti mengundang
pihak hospital 6 bulan sekali untuk membuat ujian pemeriksaan terhadap pekerja seperti
tekanan darah ,glukosa, pemeriksaan mata, pemeriksaan telinga dan lain-lain lagi.Bersenam
pada waktu pagi ditempat kerja sebelum memulakan kerja adalah rutin aktiviti sihat
sepanjang hari yang dapat memberi pekerja sihat dari fizikal, mental dan fikiran yang terbaik
untuk melakasanakan kerja dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
3.0 - Kesimpulan
Kemalangan pasti berlaku pada individu sekiranya aspek keselamatan ditempat kerja
tidak dititikberatkan.Gaya hidup sihat sangat penting sebelum menjalankan sesuatu pekerjaan
kerana selagi badan sihat dan cergas kita dapat memberikan komitmen dan tumpuan terhadap
kerja yang dijalankan.Dengan 4 tahap tersebut, sebagai seorang Pegawai Keselamatan
Pekerjaan secara langsung dapat mengurangkan hazad dan risiko kemalangan pekerja
bawahan di sektor penjanaan elektrik dan mewujudkan suasana selamat dan harmoni untuk
bekerja.
2
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS
Soalan 2:
1.0 - Pengenalan:
Manfaat lebih mudah dijelaskan dengan perkataan berfaedah yang diperolehi dari diri
saya sendiri dan individu lain. Manfaat yang saya perolehi dari skor peribadi pada tahap skala
aktiviti ialah dapat memberi iktibar dan peringatan tentang keselamatan bekerja. Strateginya
adalah dengan cara kongsikan kepada orang lain secara lisan dan bertulis. Ini akan timbul
satu persepsi kearah kebaikan dalam gaya hidup saya dan orang lain.Manfaatnya adalah dapat
mengkategorikan dengan jelas risiko,hazad yang tinggi potensinya untuk sesuatu
kemalangan.Contohnya, terhidu gas toksik dan gas mudah terbakar dalam ruang
terkurung.Ujian pengesan gas perlu dibuat sebelum memulakan kerja.
Manfaat kedua adalah dapat mentaksirkan jenis kecacatan kekal dan memberi
taklimat yang berkesan penggunaan peralatan pelindung diri dalam keselamatan
bekerja.Contohnya,terkena percikan api pada mata.Pelindung mata perlu dipakai semasa
bekerja.Manfaat ketiga adalah, membuat pengkelasan tentang kecacatan sementara.Dapat
menerangkan secara lisan dan bertulis tentang skop kerja yang ingin dibuat sebelum kerja
bermula.Contohnya, kecacatan sementara ialah sesak nafas dan batuk berpanjangan
diperolehi daripada kerja yang tidak menggunakan alat bantu pernafasan semasa
bekerja.Manfaat terakhir adalah, menyenaraikan jenis cedera ringan, melakukan penyelian
kerja dengan kerap dan membuat laporan kerja.Contohnya, luka-luka ringan dijari dapat
dielakkan dengan cara menggunakan sarung tangan.
3
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS
3.0- Kesimpulan:
Jelas diatas menerangkan bagaimana saya menerima manfaat yang berguna daripada
skor saya.Kepentingan manfaat dikongsi bersama individu lain supaya dapat bekerja dalam
keadaan selamat.Bimbang kemalangan ditempat kerja berlaku sekiranya manfaat yang
berguna tidak dikongsi dan digunapakai dengan individu lain sekaligus dapat membentuk
gaya hidup sihat sebelum, semasa dan selepas melakukan kerja.
Soalan 3
1.0 - Pengenalan :
Matlamat hidup adalah satu istilah yang berhubungkait rapat dengan manusia. Setiap
manusia akan dipengaruhi dengan 3 aspek antaranya fizikal, akal fikiran dan emosi. 3 aspek
tersebut mendorong individu menilai dan membuat pertimbangan yang positif.Manusia akan
bertindak berfikir jauh kehadapan, mempunyai azam yang cekal, impian dan merancang
untuk masa depan.
2.0 - Pengertian,Kepentingan,Strategi
Matlamat hidup ialah menentukan apa yang diinginkan dalam hidup, merancang
bagaimana untuk mencapainya dan apa yang perlu dibuat selepas impian tercapai.Penumpuan
serta fokus 100% perlu dalam mewujudkan matlamat hidup.Kepentingannya ialah memberi
apa yang dinginkan dengan jayanya.
Langkah pertama melihat diri sendiri.Setiap individu perlu ada sifat “aku mahu!”
yang meluap-luap dalam diri yang akan menjurus ke arah kejayaan. Contohnya, ingin
mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, seorang individu seharusnya
mengulangkaji pelajaran lebih awal dan melakukan persiapan rapi sebelum menduduki
peperiksaan tanpa mengabaikan gaya hidup sihat .Langkah kedua ialah cambahan
fikiran.Minda kita dibebaskan untuk menimbangkan kemungkinan idea lain yang
ada.Contohnya, kita perlu merujuk dan meminta pendapat kepada yang pakar, bertukar
fikiran dan cara dengan individu lain bagi mencapai matlamat tersebut.
4
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS
Langkah ketiga ialah menggambarkan sesuatu “kejayaan” dalam benak fikiran akan
membuatkan jati diri kita bersemangat serta fokus dalam mengejar matlamat
tersebut.Keempat ialah jangan menilai diri sendiri kerana prestasi kebolehan diri dimana
matlamat yang telah ditetapkan, tidak semestinya berhenti disitu sahaja,malahan setiap
peringkat adalah inisiatif kendiri bagi memastikan matlamat itu tercapai.Elakkan daripada
menilai diri kearah sifat yang negatif.
Kelima lihat individu lain secara langsung akan menaikkan semangat dan seharusnya
mengambil peluang mendekatkan diri dan bertanya kepada orang yang telah berjaya
bagaimana dan apakah rahsia mereka mencapai matlamat hidup.Keenam beri penekanan
agenda matlamat dengan khusus dan teliti dapat meminimumkan tanggapan sehingga terhasil
apa yang dikatakan matlamat hidup.Ketujuh menyenaraikan matlamat.Bina nota hidup dan
catit matlamat yang diimpikan bertujuan memberi ingatan pada fikiran, ianya realiti yang
ingin dicapai dan bukanya mimpi atau angan-angan kosong saja.Kelapan libatkan orang
ketiga atau lebih akan meningkatkan kualiti perkongsian idea serta memberikan lebih banyak
ruang pengisian dan aspek pengetahuan. Kesembilan mengkaji matlamat.Sekiranya matlamat
anda telah jelas, seterusnya lakukan analisa matlamat-matlamat yang berkonflik untuk
mengenalpasti jika matlamat anda benar-benar sesuai untuk dijadikan matlamat hidup.
3.0 - Kesimpulan
Dalam mewujudkan sesuatu matlamat hidup prinsip ini harus berada dalam sanubari
individu, antaranya berazam, kuat semangat dan fokus dalam segala pemerhatian dan
memberi segala keupayaan tenaga bagi mencapai matlamat mengikut masa yang ditetapkan
oleh seseorang individu.Sanggup berkorban menghadapi segala halangan dengan tenang dan
jangan berputus –asa.
5
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS
Soalan 4
1.0 – Pengenalan
Role model adalah seorang individu yang dilihat dan disegani oleh orang lain.Role model
adalah contoh kepada individu lain untuk diikuti pada masa sekarang atau masa akan datang.
Ciri-ciri yang perlu ada pada setiap role model untuk individu lain contohi ialah disiplin yang
sangat tinggi, tingkahlaku dan tindakan yang berkesan merangkumi kebaikan dalam
menjayakan matlamat hidup. Role model perlu ada dalam diri seseorang individu kerana ia
akan menjadi contoh pada individu yang ingin berjaya serta akan menunjukkan cara dan
bagaimana ia berjaya. Dalam pada masa yang sama role model menjadi pemangkin semangat
kepada individu untuk meneruskan cita-cita dalam mengejar matlamat hidup yang diingini.
Role model bermaksud teladan atau contoh yang terbaik untuk dijadikan panduan untuk
berjaya.Antara kepentingannya ialah mempunyai kemahiran, disiplin, tingkahlaku dan
kebolehan bekerja yang terpuji dan cemerlang untuk dijadikan contoh untuk kita
berjaya.Dapat membentuk sahsiah diri individu dalam membina keyakinan, menilai diri
untuk menjadikan diri itu berjaya setanding dengan ikon yang dipilih dengan syarat apa yang
mereka buat untuk berjaya haruslah diikuti dengan berhemah.Dapat menimba pengalaman
dari perbualan dengan berkongsi cerita kejayaan, pengalaman, dan memberi nasihat serta
runding cara bagaimana hendak berjaya kepada individu yang dalam proses hendak
mencapai matlamat hidup.Mempunyai sikap dan kemahuan yang tidak pernah luntur ,tidak
putus asa serta bermotivasi tinggi untuk menjadikan setiap individu lain berjaya sama seperti
role model tersebut. Mempunyai pemikiran yang luas serta bersikap terbuka dalam semua
6
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS
aspek dan bersedia menjadikan seseorang individu itu berjaya selaras dengan kejayaan yang
telah role model kecapi.
2.2- Strategi
Strategi paling berkesan dengan adanya role model dalam mencapai matlamat adalah
setiap individu yang ingin berjaya haruslah membuang “sikap malaslah!”, dan berputus
asa.Mempunyai azam yang cekal serta sentiasa bermotivasi tinggi dalam mencapai matlamat
hidup.Contohnya, ingin memperolehi segulung ijazah dengan keputusan yang cemerlang
setelah berusaha menetapkan serta merancang dan cara bagaimana untuk memilikinya dengan
cemerlang.Setiap individu perlulah mencari dan mengenali siapa role model yang benar-
benar layak untuk memberi dorongan serta semangat untuk meneruskan cabaran dalam
memiliki ijazah dengan keputusan yang cemerlang.
3.0 – Kesimpulan
Dalam mencapai sesuatu matlamat hidup,tanpa role model atau teladan contoh yang baik
nescaya impian dan matlamat akan sukar dicapai kerana tiada bimbingan,dorongan serta
penelitian di tahap manakah matlamat seseorang individu itu berada.
7
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS
Soalan 5
1.0 - Pengenalan
Kesihatan adalah kurniaan yang tidak terhingga baik dari individu dan institusi
kekeluargaan.3 aspek utama perlu dijaga rapi antaranya tubuh,fikiran dan jiwa.Penjagaan
kesihatan yang teratur mengikut jadual dan sistematik adalah cara yang paling berkesan untuk
menentukan seseorang itu benar-benar sihat.Hubungkait gaya hidup seseorang dan penjagaan
pemakanan yang teratur untuk menjadi sihat dan terus kekal sihat menjadi kunci utama
kesihatan individu.
Kesihatan tubuh yang sihat bermaksud cergas dari segi fizikal, pengambilan
pemakanan yang berkhasiat dan mendapat rehat serta tidur dengan
secukupnyat.Kepentingan kesihatan tubuh badan ialah memastikan tahap kesihatan
berada pada tahap yang terbaik dengan cara mengamalkan gaya hidup sihat dan menerima
faedah terhadap kecergasan fizikal seseorang individu.Strategi yang paling berkesan
adalah dengan cara bersenam atau beriadah. Ianya menjadikan jantung kita sihat, sisa
toksik dalam badan akan keluar melalui kelenjar peluh, membantu pengaliran darah,
menguatkan otot, meningkatkan keseimbangan badan dan sekaligus mengurangkan
tekanan.Contohnya melakukan aktiviti berjogging.
8
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS
yang berkesan ialah dengan cara amalan berehat dan tidur dalam kadar yang mencukupi,
dan beriadah sekaligus menenangkan fikiran dan badan.Contohnya, tidur cukup waktu
sekurang-kurangnya lapan jam dan beriadah seperti memancing ikan.
3.0 – Kesimpulan
Hidup dalam keadaan yang sihat dan berbahagia adalah aspek yang saling
berkaitan.Individu yang bahagia secara langsung akan kelihatan gembira, manakala individu
yang benar-benar sihat pula berkelihatan berseri dan berbahagia.Oleh itu, kesihatan tubuh,
fikiran dan jiwa adalah nikmat yang tidak ternilai serta dituntut pengorbanan, disiplin diri
yang tinggi untuk dikecapi dengan dibekalkan minda dan sikap yang positif untuk dicapai.
9
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS
Soalan 6
1.0 – Pengenalan
Dalam menjalani kehidupan seharian setiap individu memerlukan nutrisi, namun ianya
berbeza-beza berdasarkan faktor umur, gaya hidup, keturunan, tabiat pemakanan dan
pengambilan nutrisi mempunyai pertalian dengan kumpulan darah seseorang.Berdasarkan
perkara tersebut pelbagai usia memerlukan nutrisi yang sesuai untuk menjamin kesihatan
yang sihat seperti golongan yang sedang menuju kearah penuaan.Dalam perkara ini,
golongan ini tidak lari dari mengambil nutrisi kerana khuatir kesihatan diri akan terjejas dan
menghalang segala aktiviti seharian seseorang sekiranya nutrisi tidak diambil.
Gambarajah 1.3: Nutrisi diperlukan pada setiap individu untuk kekal sihat.
Nutrisi bermaksud sesuatu proses dimana individu memerlukan tenaga dari pemakanan,
membina kesihatan yang baik, pertumbuhan dan memberi kefungsian normal setiap organ
dalam tubuh badan seseorang. Menurut ( Nuwer 2008 ) , nutrisi bermaksud proses
pengambilan zat-zat makanan oleh individu.Bagi usia seseorang yang sedang meningkat,
nutrisi sangat penting kerana dapat membentuk pertumbuhan badan dan sistem tubuh.Selain
itu, manfaat yang diterima adalah dapat memberi penghasilan tenaga dan mengelakkan
penyakit terutamanya daripada mikronutrien.
Diantara sebab-sebab tabiat buruk pengambilan nutrisi apabila usia meningkat ialah deria
rasa berkurangan sekaligus mengurangkan selera makan ,rasa, bauan dan penglihatan.Apabila
perkara ini timbul, golongan ini akan menjurus kearah pengambilan pil-pil yang belum tentu
selamat bagi membantu untuk menambahkan selera makan seseorang, dikhuatiri pil yang
10
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS
Selain itu, sebab-sebab tabiat buruk pengambilan nutrisi apabila usia meningkat ialah
terlampau memilih makanan.Bila perkara ini berlaku golongan ini akan mengabaikan
pengambilan nutrisi yang seimbang dari pemakanan contohnya protein, karbohidrat,kalsium
dan lain-lain lagi. Seseorang individu akan menjadi terlalu obses seterusnya menelan pil-pil
sahaja untuk menggantikan dengan sumber nutrisi diatas dengan tujuan untuk sihat tanpa
menilai, menyemak keperluan dan dari manakah sumber pil nutrisi itu datang.Sebab-sebab
tabiat buruk yang lain ialah terlalu cenderung dengan ubat-ubat kurus atau pelansingan badan
sekaligus tubuh badan tidak bermaya di sebabkan tiada tenaga dalam badan yamg patut
diambil dari pemakanan seimbang.Hidup sendirian dan bekeluarga juga mendorong
pengambilan nutrisi yang tidak seimbang kerana malas untuk memasak makanan seimbang
untuk kesihatan, individu akan bertindak senang makan di restoran-restoran makanan segera
yang belum tentu menjamin kebersihan dan zat yang diperolehi untuk kesihatan tubuh badan.
3.0 – Kesimpulan
Pengambilan makanan yang mengandungi nutrisi secara seimbang sangat diperlukan pada
golongan yang sedang meningkat umur sambil mengamalkan gaya hidup sihat demi
menjamin kesihatan dan kesejahteraan fizikal, fikiran dan jiwa seseorang.
11
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS
Soalan 7
1.0 – Pengenalan
Setiap manusia di mukabumi ini tidak lari dari melalui fasa penuaan.Penuaan terbentuk
secara semulajadi dimana berlaku perubahan fizikal, sosial dan psikologi.Penuaan adakalanya
boleh dikaitkan dengan penyakit apabila seseorang melalui fasa ini tanpa mengamalkan gaya
hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.Masalah penuaan akan timbul dengan sendirinya
secara perlahan-lahan tanpa disedari oleh individu hingga ke tahap kritikal. Bila sampai pada
tahap ini, individu akan tersedar bahawa dia sedang dihimpit masalah penuaan dan mencari
cara untuk mengatasi masalah penuaan tersebut.Masalah penuaan yang biasa akan timbul
adalah ingatan seseorang akan menjadi lemah atau lebih dikenali dengan nyanyuk
(Dementia).Apabila usia seseorang meningkat, otak akan mengalami pengecutan, sel otak
berkurangan sekaligus daya pemikiran individu akan merosot.
12
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS
3.0 – Kesimpulan
Penuaan pasti terjadi pada semua individu, aspek penjagaan gaya hidup sihat dan
pemakanan yang seimbang menjadi tonik utama dalam kesejahteraan hidup
seseorang.Masalah lupa ingatan menjadi perkara yang kronik pada masyarakat umum
sekarang, sekiranya gaya hidup sihat tidak dipedulikan.Setiap penjaga yang berhadapan
dengan individu yang mengalami masalah ini perlulah banyakkan bersabar setiap kali
berhubung dengan mereka dan sentiasa mewujudkan suasana yang harmoni dan bahagia
supaya mereka ini dihargai dan dikasihi.
13
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS
APENDIKS
14
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS
RUJUKAN / BIBLIOGRAFI
Alan Cohen ( 1996 ). 365 Recipes That Will Make You Think Positive
http://www.nuclearmalaysia.gov.my/pupanita/penawanita/ulasanbuku/woman@heart
Galih Rosy ( 2007 ). Definasi Pertumbuhan, Kematangan, Dan Penuaan. Dipetik Pada
http://rosy46nelli.wordpress.com/2009/11/22/definasi-
pertumbuhan-perkembangan
Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dasar Warga Emas Negara. Dipetik Pada
15
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS
Malaysia, Kementerian Kesihatan, Dr.Hoo Be Kiau ( 2013 ). Masalah Ingatan. Dipetik Pada
Info Kesihatan Biz ( 2007 ). Radikal Bebas,Penyakit dan Penuaan. Dipetik Pada
Panduan Penjagaan Warga Emas. Dipetik Pada May 01, 2015 Dari
http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/buku%20kecil/P/pdf/01penjagawarga
emas
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0108&pub=UtusanMalaysia
&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm
The Rector Dreams And Achievements ( 2012 ). Apa Itu Nutrisi? Dipetik Pada
16
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS
Ahmad Fadzil, OUM ( 2014 ). HBEF3203 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan.
Marian Griffith . Dont’ Just Wish:6 Steps For Making And Achieving Life Goals. Dipetik
Irfan Khairi ( 2006 ). Formula Untuk Mencapai Apa Saja Matlamat Anda. Dipetik Pada
Taidin Suhaimin ( 2012 ) , M.Said Omar. 7 Langkah Mencapai Matlamat / Cita-Cita Anda.
Zulkefli Ismail ( 2011 ). Motivasi Berlian Membina Matlamat Hidup. Dipetik Pada
17
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS
Anda Suliyono ( 2012 ). Role Model. Dipetik Pada May 28, 2015 Dari
https://visi4anda.wordpress.com/2012/05/05/role-model/
mas V2in ( 2013 ). “ Role Model” Itu Penting. Dipetik Pada Jun 04, 2015 Dari
http://masvi2n.blogspot.com/2013/04/role-model-itu-penting.html
Zana Indsar ( 2012 ). Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup. Dipetik Pada
Kesihatan Fizikal Dan Mental. Dipetik Pada Jun 01, 2015 Dari
http://www.myhealth.gov.my/index.php/hubungkait-antara-kesejahteraan-kesihatan-
fizikal-dan-mental
18
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS
My metro ( 2013 ). Kekalkan Kesihatan Minda, Badan. Dipetik Pada May 15, 2015
Dari http://www2.hmetro.com.my/articles/Kekalkankesihatanminda_badan/Article
Sagunthalah, Blogspot ( 2010 ). Gaya Hidup Sihat. Dipetik Pada Jun 08, 2015 Dari
http://kesihatansemua.blogspot.com/2010/09/gaya-hidup-sihat-gaya-hidup-sihat.html
Amran Hassan, Fatimah Yusoff, & Khadijah Alavi. ( 2012, Sept 14 ).Keluarga Sihat
Nuhazwani, M.N ( 2013 ). Nutrisi Dewasa Lelaki Dan Dewasa Perempuan. Dipetik Pada
Nuhazwani, M.N ( 2013 ). Nutrisi Untuk Warga Emas.Dipetik Pada Jun 06, 2015 Dari
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/05/nutrisi-untuk-warga-emas.html
Nuhazwani, M.N ( 2013 ). Pengenalan Nutrisi Untuk Kumpulan Sasaran. Dipetik Pada
19
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS
TUNGGAK
PEMIMPIN
PERHUBUNGAN
JURUCAKAP
PERUNDING
CEMERLANG
20