Anda di halaman 1dari 1

Kerosakan akidah boleh berlaku melalui iktikad, perkataan dan perbuatan,

Jelaskan pernyataan ini dengan mengemukakan contoh-contoh yang jelas.

Mengucapkan dua kalimah syahadah merupakan salah satu rukun Islam. Umat Islam
yang telah bersyahadah wajib memperbaharui dan mempertahankan syahadah yang
telah dilafazkan. Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh merosakkan atau
membatalkan syahadah kita iaitu melalui iktikad, perkataan serta perbuatan seseorang
itu.
Antara perkara yang boleh membatalkan iman melalui iktikad adalah dengan
mempercayai kewujudan tuhan selain Allah Yang Maha Esa. Seterusnya, dengan
meragui kekuasaan Allah yang tiada batasnya seperti kekuasaan manusia. Sebagai
contoh, bersikap ragu-ragu terhadap perkara-perkara yang bersifat Uluhiyyah,
Nubuwah dan perkara-perkara ghaib. Antaranya, meyakini kewujudan kuasa lain dalam
memerintah alam semesta yang memberikan kuasa dan pertolongan kepada manusia
seperti mempercayai bomoh-bomoh dan melakukan penyembahan kepada bukit-bukit
dan kubur bagi mendapatkan sesuatu hajat.

Selain itu, syahadah kita boleh terbatal dengan perkataan yang diucapkan
samaada kita sedar mahupun tidak. Sebagai contoh, "saya sudah tidak beragama
islam" dan "bilal itu sedang menyalak". Menyalak yang dimaksudkan adalah apabila
bilal tersebut sedang melaungkan azan yang merupakan laungan yang suci bagi umat
Islam. Oleh itu, mereka yang memperkatakan seperti itu seperti telah mempersendakan
agama dan boleh menjurus kepada pembatalan syahadah yang dilafazkan olehnya.
Selain itu, akidah seseorang boleh terbatal apabila seseorang individu itu melafazkan
keinginannya untuk keluar dari agama Islam atau murtad kerana merasakan bahawa
Islam itu sukar dan mempunyai peraturan yang ketat, malahan memuji-muji agama lain.

Akhir sekali, syahadah yang terbatal akibat perlakuan atau perbuatan kita.
Antara contoh yang paling terang dan nyata adalah apabila seseorang itu
menyekutukan Allah dan menyembah "tuhan lain" serta meminta bantuan daripada
syaitan yang terlaknat dengan menggunakan bomoh untuk upacara tertentu yang
pastinya perbuatan tersebut mensyirikkan Allah dan merupakan dosa besar. Sebagai
contoh, tidak lagi asing dalam kalangan masyarakat Melayu mengenai penggunaan
bomoh dalam perubatan, namun bomoh tersebut perlulah dipastikan dan diyakini
menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai terapi dan ikhtiar namun penggantungan
adalah kepada Allah. Individu yang boleh merosakkan akidahnya ini pula adalah
individu yang menggunakan khidmat bomoh yang menjadikan jampi-jampi dan
mantera-mantera bagi meminta pertolongan iblis dan jin yang jelas menyimpang
daripada konsep syahadah itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai