Anda di halaman 1dari 10

Senarai Semak 6C (Ringkas)

Sahsiah:​ Belajar Cara Belajar


Skala Kriteria

1 Murid masih perlukan bimbingan guru untuk belajar

2 Murid mula bekerjasama dengan guru dalam mereka bentuk PdP

3 Murid boleh kenal pasti apa dan mengapa mereka perlu belajar

4 Murid mahir mereka bentuk pengalaman pembelajaran baharu

5 Murid sangat mahir menyelesaikan masalah dan menjana pengetahuan baharu


yang berimpak dalam kehidupan

Sahsiah:​ Kecekalan, ketabahan, ketekunan, ketahanan


Skala Kriteria

1 Murid mudah putus asa dengan cabaran dan masalah

2 Murid mula menunjukkan ciri kecekalan dan ketabahan tetapi masih perlukan
sokongan

3 Murid boleh bertahan dengan halangan dan cabaran

4 Murid tetap bertahan dengan pebuh keazaman dalam menghadapi cabaran


besar

5 Murid sangat mahir melaksanakan tugasan dan memberi sokongan kepada


orang lain dalam menghadapi cabaran

Sahsiah:​ Pengaturan diri, tanggungjawab dan integriti


Skala Kriteria

1 Murid perlukan bimbingan guru dalam hampir setiap keputusan

2 Murid masih perlukan bimbingan untuk memulakan tugasan dan membuat


keputusan utama

3 Murid boleh membuat perancangan, memantau perkembangan, membuat


refleksi dan penambaikan ke atas kualiti hasil kerja secara berterusan

4 Murid boleh membawa diri dan amat bertanggungjawab terhadap pembelajaran


kendiri

5 Murid pandai membawa diri, dalam pelbagai situasi dan proaktif terhadap
pembelajaran kendiri

1
Sahsiah:​ Pemanfaatan Digital
Skala Kriteria

1 Murid menggunakan elemen digital pada peringkat asas

2 Murid menggunakan peluang digital untuk mendapatkan maklum balas

3 Murid menggunakan aspek digital tetapi tidak dapat menjelaskan mengapa dan
bagaimana ia membantu PdP

4 Murid dapat menjelaskan penggunaan elemen digital dan membuat refleksi

5 Murid sangat mahir menggunakan elemen digital dan boleh menerangkan


penggunaannya dalam meningkat hasil kerja / produk

Kewarganegaraan: ​Memahami nilai & padangan global yang pelbagai


Skala Kriteria

1 Murid melihat dunia dari perspektif mereka sendiri

2 Murid mula mempamerkan kesedaran tetapi masih perlukan bimbingan

3 Murid mempunyai jati diri yang mempengaruhi cara mereka melihat dunia

4 Murid mempamerkan rasa ingin tahu dan keterbukaan minda terhadap


kepelagaian budaya dan pandangan

5 Murid menggunakan pemahaman tentang pelbagai budaya untuk


mempertimbangkan isu global

Kewarganegaraan: ​Perspektif Global


Skala Kriteria

1 Perspektif global sama dengan perspektif majoriti masyarakat tempatan

2 Murid mengambil kira pelbagai sudut pandangan berbesa

3 Murid menunjukkan minat untuk terlibat secara aktif dalam menyelesaikan


masalah dunia

4 Murid memahami peranan mereka dan terlibat secara aktif dalam berfikir tentang
tindakan dan membuat tindakan untuk dunia

5 Murid terlibat secara aktif untuk memberi kesan/impak kepada dunia

Kewarganegaraan:​ Minat yang tulen terhadap manusia & kelestarian alam sekitar
Skala Kriteria

1 Murid mempunyai kesedaran / keperihatinan yang rendah terhadap isu alam

2
sekitar

2 Murid mula menyedari bagaimana sesuatu tindakan individu memberi kesan


kepada alam sekitar

3 Murid menghargai kepentingan alam sekitar dalam kelangsungan hidup

4 Murid menghargai alam sekitar dan mahir menyelesaikan isu-isu kelestarian

5 Murid mempamerkan hasil kerja yang menggambarkan tindakan positif ek arah


kelestarian

Kewarganegaraan:​ Menyelesaikan masalah dunia sebenar yang kurang jelas & kompleks
untuk manfaat semua
Skala Kriteria

1 Murid lebih suka kepada tugasan berstruktur

2 Murid mula selesa dengan cabaran yang berkaitan dengan dunia sebenar

3 Murid melaksanakan tugasan yang bersifat terbuka dengan baik tetapi masih di
tahap perkembangan

4 Murid selesa dan berminat dengan cabaran yang melibatkan dunia sebenar dan
memberi kesan kepada warga tempatan dan global

5 Murid mempunyai tahap kelestarian dan minat yang tinggi dalam menangani
masalah dunia

Kewarganegaraan: ​Pemanfaatan digital


Skala Kriteria

1 Penggunaan elemen digital tidak jelas di dalam kualiti hasil kerja

2 Penggunaan elemen digital hanya pada tahap sederhana bagi memahami isu
global

3 Penggunaan elemen digital secara berkesan dalam proses PdP

4 Penggunaan elemen digital mewujudkan penyelesaian yang bersifat global


tempatan dan global

5 Penggunaan elemen digital emmbolehkan murid memanfaatkan elemen tersebut


dalam konteks baharu

Kolaboratif: ​Saling bergantung dalam satu kumpulan


Skala Kriteria

1 Murid melaksanakan tugasan tetapi tidak berfungsi sebagai satu pasukan

2 Murid bekerjasama dalam kumpulan tetapi kepakaran individu tidak dimanfaatkan


sepenuhnya

3
3 Murid bekerjasama dalam kumpulan secara efektif dan terlibat membuat
ekputusan penting

4 Murid dapat menjelaskan bagaimana mereka saling bekerjasama dan


menggunakan kelebihan ahli kumpulan secara maksimum

5 Murid mempamerkan sinergi dan memanfaatkan kelebihan ahli pasukan

Kolaboratif:​ Kemahiran interpersonal & berkumpulan


Skala Kriteria

1 Kemahiran interpersonal dan bekerjasama masih tidak jelas terbukti

2 Murid bekerjasama bagi menghasilkan produk tetapi keputusan penting dikuasai


oleh beberapa ahli sahaja

3 Murid menunjukkan kemahiran interpersonal yang baik dan berkongsi


tanggungjawab bersama

4 Murid menjelaskan bagaimana tanggungjawab mereka dijelaskan dalam tugasan

5 Murid melaksanakan tanggungjawab secara indigidu dan kolektif serta


memaksimum idea dan kepakaran ahli

Kolaboratif:​ Kemahiran sosial, emosi & silang budaya


Skala Kriteria

1 Murid melihat sesuatu dari perspektif sendiri menyebabkan hubungan positif


antara ahli terjejas

2 Murid mempunyai kesedaran kendiri yang meningkat dan kesan tingkahlaku


mereka terhadap orang lain

3 Murid lebih bertoleransi serta menghargai perspektif yang berbesa antara mereka

4 Murid bekerja dengan berkesan dan saling menyokoong sebagai ahli pasukan

5 Murid mempunyai kemahiran sosial dan empati yang tinggi merentasi budaya dan
berjaya membentuk hubungan yang positif dalam pasukan

Kolaboratif:​ Menguruskan dinamika & cabaran


Skala Kriteria

1 Murid tidak berupaya menjelaskan pandangan sendiri dan mengelak konflik


dalam kumpulan

2 Murid mula menganalisa perbezaan pendapat bagi mengelakkan konflik

3 Murid bekerja secara berkesan dalam pasukan tetapi masih memerlukan


bimbingan untuk menyelesaikan konflik serta menangani cabaran

4 Murid semakin mahir meneroka pandangan yang berbeza tanpa menjelaskan


kemampuan kumpulan

4
5 Murid sangat mahir meneroka paneapat yang berbeza secara berhemah bagi
memperkayaka pembelajaran dan pemikiran diri dan pasukan

Kolaboratif:​ Pemanfaatan digital


Skala Kriteria

1 Murid menggunakan beberapa elemen digital asas

2 Murid memanfaatkan elemen digital untuk memudahkan perkongsian tetapi tidak


begiti mendalami proses kolaboratif

3 Murid menggunakan elemen digital dengan berkesan untuk mempertingkatkan


kolaboratif antara ahli kumpulan

4 Murid dapat menjelaskan bagaimana elemen digital membantu aspek kolaboratif


dalam kumpulan

5 Murid menggunakan elemen digital dengan berkesan dalam emmpertinkatkan


kualiti kolaboratif dan inovatif dalam konteks baharu dan berbeza

Komunikasi:​ ​Komunikasi yang koheren menggunakan pelbagai mod komunikasi


Skala Kriteria

1 Murid cenderung menggunakan satu mod komunikasi

2 Murid menggunakan pelbagai mod dan alatan komunikasi tetapi masih


memerlukan bimbingan

3 Murid menggunakan pelbagai alatan dan mod komunikasi untuk menghasilkan


komunikasi yang koheren

4 Murid mahir memilih pelbagai mod dan alatan komunikasi untuk menyampaikan
mesej tempatan dan global

5 Murid sangat mahir berkomunikasi secara koheren dan berkesinambungan

Komunikasi:​ ​Komunikasi yang direka untuk audien khusus


Skala Kriteria

1 Murid cenderung menggunakan mod dan alatan komunikasi yang biasa mereka
gunakan

2 Murid mula mahir memilih mod dan alatan komunikasi bagi menyesuaikan
dengan audien

3 Murid dapat mereka bentuk komunikasi yang sesuai relevan dan bermakna
mengikut audien

4 Murid berupaya mengubahsuai dan menambahbaik kemahiran komunikasi


mengikut pelbagai audien tempatan dan global

5 Murid sangat mahir dalam pelbagai strategi untuk menyampaikan mesej yang
berupaya mengubah cara pemikiran audien
5
Komunikasi:​ ​Perbezaan & kepentingan komunikasi multi-modal
Skala Kriteria

1 Komunikasi murid kurang koheren, kurang digabungjalin dan kurang bernas

2 Murid mula menggabungkan elemen pemikiran yang berbeza untuk membentuk


mesej yang lebih koheren

3 Murid mengunakan pelbagai mod komunikasi supaya mesej yang


dianalisis/sintesis digabungjalin dapat disampaikan dengan cara terbaik

4 Murid mahir menggunakan pelbagai starategi untuk menggabungkan pelbagai


maklumat dan memanfaatkan gabungan alatan yang sesuai untuk sampaikan
mesej penting tempatan dan global

5 Murid tahu ‘big idea’ dan cara terbaik untuk menyampaikannya menggunakan
gabungan alatan dan mod komunikasi yang betul

Komunikasi:​ Refleksi terhadap proses pembelajaran untuk lebih membangunkan &


menambahbaik komunikasi
Skala Kriteria

1 Murid bekerjasama tanpa memberi perhatian kepada aspek keberkesanan


komunikasi

2 Murid mula membina dan mengikuti protokol komunikasi yang baik untuk
bekerjasama

3 Murid berupaya untuk memantau, mengurus dan memperbaiki komunikasi

4 Murid menggunakakan pelbagai perspektif untuk membuat jangkaan berkaitan


cabaran komunikasi

5 Murid sangat mahir dan intuitif dalam mencari sinergi kerjasama

Komunikasi:​ ​Pemanfaatan digital


Skala Kriteria

1 Murid menggunakan beberapa elemen digital yang sangat asas untuk


komunikasi

2 Murid menggunakan peluang digital untuk berkomunikasi semasa proses PdP


dan penyampaian mesej kepada audien

3 Murid menggunakan alatan digital dengan efektif untuk meningkatkan kecekapan


dan kualiti komunikasi dalam proses PdP dan audien

4 Murid mahir memanfaatkan elemen digital untuk menghasilkan mesej yang lebih
mengesan dan kekal dalam minda audien

5 Murid sangat mahir menggunakan elemen digital untuk meningkatkan kualiti dan
nilai komunikasi dalam proses PdP dan audien serta menggunakan pemahaman
dalam konteks baharu dan berbeza

6
Kreativiti:​ Keusahawan ekomomi dan sosial
Skala Kriteria

1 Murid belum lagi mempunyai perspektif keusahawanan untuk mengenal pasti


peluang sosial dan ekonomi

2 Murid telah mula meningkatkan perspektif keusahawanan bagi memenuhi


keperluan ekonomi dan sosial dengan bimbingan guru

3 Murid meningkatkan perspektif keusahawanan dan peluang dalam penyelesaian


masalah sebenar melalui latihan

4 Murid memiliki semangat keusahawanan merangkumi inovasi, berani mengambil


risiko dan berwawasan

5 Murid mampu menilai potensi dan sumber yang ada di sekeliling mereka untuk
merealisasikan ke arah penyelesaian masalah atau peluang baharu

Kreativiti:​ Menyoal menggunakan soalan inkuiri yang tepat


Skala Kriteria

1 Murid mampu merangka proses inkuiri jika diperjelaskan oleh guru tetapi tidak
mampu meneroka isu

2 Murid masih perlukan bimbingan dan sokongan untuk meneroka isu sebenar

3 Murid berkemahiran mengenal pasti masalah dan mereka bentuk inkuiri

4 Murid mempunyai kemahiran inkuiri yang mantap dan provokatif dalam mengenal
pasti isu dan melihat dari pelbagai perspektif

5 Murid amat mahir dalam memahami ‘big ideas’, merangka permasalahan,


membina soalan provokatif dan meneroka isu sebenar

Kreativiti:​ Mengambilkira & melaksanakan idea & penyelesaian baharu


Skala Kriteria

1 Murid menggunakan penyelesaian sedia ada dan cenderung menolak


pandangan orang lain

2 Murid masih terikat dengan pengetahuan sedia ada dan memerlukan bimbingan
untuk lebih inovatif

3 Murid mula berfikir di luar kotak dan mengembangkan pelbagai kreativiti dengan
menggunakan pelbagai strategi pemikiran untuk mencipta penyelesaian

4 Murid mempamerkan pemikiran divergen, berkemahiran dalam pelbagai strategi


serta menerima pandangan orang lain

5 Murid amat mahir menyelesaikan masalah, fleksibel, berdaya maju, kreatif,


inovatif dan realistik dalam meningkatkan kualiti kehidupan

7
Kreativiti:​ Kepemimpinan untuk melaksanakan tindakan
Skala Kriteria

1 Murid kurang berkeyakinan dan kemahiran untuk melibatkan orang lain bagi
menjayakan visi

2 Murid menunjukkan peningkatan dalam kemahiran memimpin dan menerima


tanggung jawab

3 Murid mempamerkan kemahiran memimpin dengan memilih dan menentukan


peranan ahli kumpulan dan memikirkan tindakan yang diperlukan

4 Murid menentukan hala tuju dengan jelas dan memanfaatkan kelebihan dan
minat ahli

5 Murid mempunyai kemahiran kepemimpinan yang tinggi dalam melaksanakan


tugasan dan memberi inspirasi kepada murid lain

Kreativiti:​ Pemanfaatan digital


Skala Kriteria

1 Murid menggunakan elemen digital pada peringkat asas tanpa kreativiti

2 Murid menggunakan peluang digital untuk berkomunikasi semasa proses PdP


dan penyampaian mesej kepada audien

3 Murid menggunakan alatan digital dengan efektif untuk meningkatkan kecekapan


dan kualiti komunikasi dalam proses PdP dan audien

4 Murid mahir memenfaatkan elemen digital untuk menghasilkan mesej yang lebih
mengesan dan kekal dalam minda audien

5 Murid sangat mahir menggunakan elemen digital untuk meningkatkan kualiti dan
nilai komunikasi dalam proses PdP dan audien serta menggunakan pemahaman
dlam konteks baharu dan berbeza

Pemikiran Kritis:​ ​Menilai maklumat & hujah


Skala Kriteria

1 Murid mahir mencari maklumat tetapi sukar menentukan kesahihan

2 Murid mahir mencari dan meyaring maklumat yang relevan dan menilai hujah

3 Murid dapat menilai kesahihan maklumat serta hujah dan boleh menerangkan
proses pemikiran

4 Murid dapat menilai kesahihan maklumat serta hujah dan memberikan justifikasi
walaupun kurang mantap

5 Murid sangat mahir menilai kesahihan maklumat serta hujah dan memberikan
justifikasi yang bermakna serta mempamerkan daya intuisi/gerak hati

8
Pemikiran Kritis:​ ​Membuat perkaitan L& mengenal pasti pola
Skala Kriteria

1 Murid boleh melihat pola dan perkaitan dengan bimbingan guru

2 Murid mengembangkan kebolehan untuk mengakses, meneroka dari pelbagai


sumber perspektif dan pandangan

3 Murid dapat membuat perkaitan signifikan antara idea dan merentas sempadan
serta disiplin yang berbeza

4 Murid dapat mengukuhkan kefahaman tentang kewujudan saling berkaitan dalam


pembelajaran dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan

5 Murid sangat mahir membina kefahaman yang bermakna dan menggunakannya


dalam dunia dan konteks baharu yang saling berhubungan

Pemikiran Kritis:​ ​Pembinaan ilmu yang bermakna


Skala Kriteria

1 Murid sebagai pengguna maklumat dan masih berusaha membina pengetahuan


bermakna

2 Murid membina pengetahuan pada peringkat asas yang terhad (intepretasi,


analisis,sintesis dan penilaian yang minimum)

3 Murid mempunyai kemahiran interpretasi dan analisis maklumat yang baik untuk
membina pengetahuan bermakna

4 Murid membuat interpretasi, menganalisis, menilai maklumat membuat perkaitan


bermakna merentasi dua disiplin dan menggunakan pengetahuan baru yang
boleh diaplikasikan

5 Murid sangat mahir membuat penaakulan dan mempunyai pemikiran kritis yang
mantap dalam membina pengetahuan bermakna

Pemikiran Kritis:​ ​Membina ilmu secara kolaboratif


Skala Kriteria

1 Murid boleh membina pengetahuan secara individu tetapi belum boleh berfikir
secara bersama

2 Murid mula boleh berfikir secara bersama dan bekerjasama untuk membina
pengetahuan baharu

3 Murid terlibat secara kolaboratif, membina idea bagi menghasilkan pengetahuan


baharu

4 Murid bekerjasama secara sinergi dalam mencetuskan idea bernas dengan


menggunakan alatan digital secara berkesan untuk menyokong perkongsian

9
5 Murid berfikir dan bekerjasama melalui pengkongsian pemikiran intuitif dan
sinergistik dalam menghasilkan pengetahuan baharu

Pemikiran Kritis:​ ​Menguji, membuat refleksi & melaksanakan tindakan berasaskan idea
dalam dunia sebenar
Skala Kriteria

1 Murid memahami tugasan dalam perspektif mereka sendiri dan masih


memerlukan bimbingan

2 Murid membina kemahiran asas untuk mengembangkan idea dan pembelajaran


yang berbeza dengan bimbingan

3 Murid membentuk pengetahuan baharu dengan cara sendiri dalam konteks


khusus serta mengaplikasi dalam cabaran/masalah dunia sebenar

4 Murid terlibat membangunkan pelan perancangan dan prototaip sertanya menguji


dalam dunia sebenar

5 Murid mengenal pasti proses yang amat berkesan untuk menilai idea bagi
mengaplikasi kreativiti dalam konteks baharu

Pemikiran Kritis:​ ​Pemanfaatan digital


Skala Kriteria

1 Murid menggunakan elemen digital peringkat asas untuk melaksanakan tugasan

2 Murid menggunakan elemen digital untuk membina pemikiran kritis

3 Murid memperdalamkan pemikiran kritis dengan menggunakan elemen digital


untuk mengaplikasikan pengetahuan baharu

4 Murid menghasilkan sendiri alatan digital dan menerangkan bagaimana elemen


digital meningkatakan pemikiran kritis

5 Murid sangat mahir menggunakan elemen digital untuk meningkatkan kualiti dan
nilai pemikiran kritis serta mengaplikasikannya ke dalam kontek baharu dan
berbeza

10

Anda mungkin juga menyukai