Anda di halaman 1dari 14

PENULISAN JURNAL

1. Konsep

Satu bentuk catatan berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau
bidang yang perlu diberi penekanan. Jurnal bertujuan membantu pelajar merenung,
menilai dan menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan.

2. Objektif

Pelajar dapat:

2.1. menyimpan catatan penglibatannya di sekolah semasa praktikum untuk


renungan.

2.2. menilai tugas dan tanggungjawab yang telah dijalankannya.

2.3. menjadikannya asas/panduan tindakan susulan.

2.4. meningkatkan kepekaannya terhadap bidang tugas guru.

2.5. menjadikannya sebagai bahan perbincangan dengan pensyarah


pembimbing/guru pembimbing.

2.6. meningkatkan kemahiran profesionalismenya.

3. Garis Panduan

3.1. Pelajar dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang praktikum.

3.2. Catatan hendaklah merupakan butiran seperti peristiwa, masalah, pencapaian


dan bidang-bidang penting semasa praktikum serta mengandungi pandangan
dan cadangan untuk tindakan pembetulan / dan penambahbaikan.

3.3. Satu jangka masa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-cadangan


mengatasi masalah yang telah dicatatkan.

3.4. Pelajar dikehendaki membuat catatan bagi mengesan kemajuan tindakan


susulan yang telah dicatatkan.

3.5. Gunakan jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas mereka sebagai guru.

3.6. Pelajar diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemaskini sepanjang masa
praktikum untuk disemak.

1
4. Perkara-Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Penulisan Jurnal

4.1. Bimbingan perlu diberi oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk
memastikan perkara-perkara yang relevan dan kritikal sahaja dicatatkan.

4.1. Kandungan jurnal mesti dibincang bersama antara pelajar, pensyarah


pembimbing dan guru pembimbing.

5. Kelebihan Penulisan Reflektif

Penulisan reflektif merupakan dokumentasi pengalaman, pemikiran, persoalan,


pandangan dan kesimpulan yang merupakan pengalaman pembelajaran. Ia memberi
peluang kepada pelajar untuk berfikir dengan kritis tentang apa yang telah dilakukan dan
kenapa ia dilaksanakan sebegitu. Ia menyediakan:

 Rekod peristiwa dan keputusan serta tindakan.


 Data yang dikumpul hasil perbincangan reflektif.
 Peluang kepada pelajar untuk membuat pengubahsuaian terhadap apa yang
dibuat dan melaksanakannya berbeza dari kebiasaan dan menjadikannya lebih
baik.
 Menjalankan tindakan yang telah dirancang.
 Meningkatkan tahap profesionalisma pengajaran.
 Peluang untuk mengkaji semula objektif pengajaran dan tidak melihat semua
permasalahan sebagai terasing.
 Pengayaan kepada kelas kerana pelajar telah bersedia untuk inovasi.
 Meningkatkan keyakinan melalui peningkatan motivasi dan meningkatkan
kepercayaan terhadap pelajar.
 Dokumentasi asas bagi menyokong portfolio pengajaran.

Penulisan reflektif mendatangkan kelebihan serta-merta dan kelebihan pada masa akan
datang kepada pelajar. Kelebihan-kelebihannya adalah:

5.1 Membuat refleksi terhadap pengalaman pembelajaran dapat membantu pelajar


memperkasakan pembelajaran.

5.2 Pemikiran reflektif mempertingkatkan keupayaan pelajar untuk menganalisa dan


memahami peristiwa dalam bilik darjah.

5.3 Guru dapat memperkasakan persekitaran pembelajaran agar lebih menarik dan
merangsangkan.

5.4 Guru yang membuat refleksi sentiasa membuat pemantauan kendiri agar dapat
mengarahkan perkembangan diri.

5.5 Membuat refleksi membawa kepada perkembangan kendiri dan profesional


pelajar dan menurunkan kuasa kepada guru untuk merekabentuk pengajaran
dan budaya sekolah.

2
Rajah 1 Kelebihan Membuat Refleksi

3
6. Penulisan Jurnal Reflektif Berdasarkan Model Kajian Tindakan

6.1 Pelajar perlu mengenal pasti satu masalah secara berfokus yang kritikal atau
serius dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan penilaian kendiri yang
ditulis pada setiap hari apabila tamat setiap sesi pengajaran.

6.2 Pelajar mengenal pasti punca sebenar masalah yang dikaji melalui pemerhatian
tingkah laku murid, menyemak buku-buku latihan, menemu bual murid, rakan-
rakannya atau guru-guru mata pelajaran lain dan soal selidik.

6.3 Pelajar merancang beberapa langkah yang konkrit, praktikal dan berkesan untuk
mengatasi masalah itu dengan menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif
dan kritis.

6.4 Pelajar menetapkan tempoh penyelesaian masalah yang sesuai, misalnya 1, 2


atau 3 minggu.

6.5 Pelajar melaksanakan beberapa langkah yang dirancang dengan teliti dan
membuat refleksi keberkesanan langkah yang dirancang. Seterusnya pelajar
merekodkan segala tindakan yang dilakukan di dalam jurnal secara terperinci
(masa, tarikh, tempat, prosedur, perkara yang dibincang, individu yang terlibat
dan sebagainya).

6.6 Sekiranya langkah-langkah di atas berjaya, pelajar boleh mengenal pasti


masalah baru untuk dikaji seterusnya sehingga tamat tempoh praktikum.

6.7 Sekiranya tidak, masalah yang sama dikaji lagi dalam minggu berikutnya. Pelajar
perlu menukarkan dengan langkah-langkah penyelesaian yang baru. Di samping
itu, pelajar digalakkan meminta pendapat dan pandangan daripada guru
pembimbing, guru-guru dan rakan-rakan guru pelatih untuk merancang semula
langkah-langkah penyelesaian yang lebih baik, sesuai, mantap dan berkesan.

6.8 Pelajar melaksanakan beberapa langkah penyelesaian yang baru sehingga


berjaya mengatasi masalah tersebut sepenuhnya.

6.9 Sekiranya berjaya, pelajar boleh mengenal pasti masalah baru untuk dikaji.

4
7. Rubrik Penilaian Amalan Reflektif dalam Borang PR 1 (10%)

Kriteria Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

Pemikiran Tidak Kurang Kurang Sentiasa Dapat menilai


Reflektif berusaha berusaha berusaha berusaha kelemahan
untuk menilai untuk menilai menilai menilai dan kekuatan
diri diri kelemahan dan kelemahan diri dengan
kekuatan diri dan kekuatan jujur dan jelas
diri

Catatan Tidak Menyediakan Menyediakan Dapat Dapat


membuat catatan yang catatan, melaksanakan melaksanakan
catatan tidak lengkap memperlihatkan refleksi tetapi refleksi untuk
refleksi usaha untuk kurang membuat
membuat menunjukkan tindakan
refleksi usaha susulan yang
membuat amat sesuai
tindakan
susulan

Pembinaan Tidak Menyediakan Menyediakan Menyediakan Menyediakan


Portfolio membuat portfolio RP1 portfolio RP1 RP1 yang portfolio RP1
portfolio RP1 tetapi tidak tetapi ada baik dengan dengan amat
lengkap beberapa memasukkan baik, lengkap
komponen komponen- dan kemas
yang perlu komponen
dimasukkan perlu

8. Contoh-contoh Penulisan Jurnal Pelajar

CONTOH 1

Minggu Pertama: 11/7/2004 - 15/7/2004

Pada hari pertama, kami seramai 4 orang guru pelatih dari Maktab Perguruan
Perlis, Perlis telah melapor diri di Sek. Keb. Kodiang, Kedah. Kami terdiri daripada
opsyen Pendidikan Sains ( 2 orang ) dan Kemahiran Hidup ( 2 orang ). Kami bertemu
dengan guru besar, Ku Ishak Bin Ku Embon, PK 1 iaitu En Shabudin Bin Ali, PK Ko-
kokurikulum dan juga PK HEM berbincang tentang jadual persekolahan dan apa yang
perlu dilakukan semasa dalam latihan praktikum ini. Tidak ketinggalan juga guru
pembimbing kami iaitu En Suhaimi dan Pn. Saadiah guru pembimbing untuk opsyen
sains. Sebelum pertemuan ini, kami berpeluang mengikuti perhimpunan sekolah dan
telah diperkenalkan oleh guru besar kepada guru-guru dan murid-murid. Setelah
mendapat jadual kelas, kami meminta kebenaran guru pembimbing untuk membenarkan
kami bersamanya masuk ke kelas pada hari itu iaitu kelas Kemahiran Hidup bagi Tahun

5
5 Marikh dan melihat serta mengambil seberapa banyak ilmu sebelum kami mengambil
alih kelas berkenaan. Kelas diadakan di bengkel Kemahiran Hidup. Selain daripada
subjek Kemahiran Hidup untuk tahun 4 dan 5, kami juga diamanahkan untuk mengajar
Matematik bagi murid-murid Tahun 4. Pada hari kedua, saya dan rakan-rakan yang lain
memulakan tugas sebagai guru pelatih di SK Kodiang.

CONTOH 2

Tarikh 26 Februari, 2005/ Isnin


Tajuk Aktiviti Kumpulan
Peristiwa Saya telah melaksanakan aktiviti kumpulan dalam
pengajaran. Ini merupakan kali pertama saya
Melaksanakan kaedah ini dan dapat dilaksanakan
dengan berkesan.

Bisikan Hati/ Saya gembira dan berpuas hati kerana aktiviti yang
Perasaan dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Semua
pelajar melibatkan diri dengan aktif. Arahan-arahan
dipatuhi, malah pelajar berjaya memberi pendapat yang
bernas di luar jangkaan saya.

Menganalisis/ Saya mulakan pengajaran dengan membahagikan kelas


Menilai kepada beberapa kumpulan mengikut pelbagai
kebolehan. Saya telah memberi satu tajuk yang
sesuai untuk perbincangan semua kumpulan yang
berkaitan dengan kehidupan harian mereka
Untuk memandu pelajar melaksanakan aktiviti mereka
saya telah menjelaskan langkah - langkah serta peraturan
yang perlu dipatuhi. Saya rasa telah bertindak sebagai
fasilitator yang berkesan sepanjang aktiviti dijalankan.

Kesedaran Sekarang saya faham bahawa semua pelajar sebenarnya


Baru/Harapan Mempunyai potensi dan guru perlu memainkan peranan
untuk mencungkil dan menggilap potensi mereka.

Cadangan/ Pengajaran seterusnya saya akan melaksanakan aktiviti


Tindakan aktiviti yang boleh merangsang pemikiran pelajar pada
aras tinggi pula seperti perbahasan, forum dan projek.

6
CONTOH 3

Pemilihan Menganalisis Perasaan/Bisikan Hati Cadangan/Tindakan


Fokus

Bahan 1. Saya Bisikan Hati: Untuk pengajaran akan


Bantu menggunakan Saya amat kecewa datang, saya akan
Mengajar BBM yang cantik kerana pelajar bising menghasilkan BBM
(BBM) dalam pengajaran dan tidak memberikan berpandukan prinsip
untuk perhatian terhadap grafik iaitu :
meningkatkan pengajaran saya  Gambar mesti
kefahaman murid. walaupun pengajaran besar
2. Sedang saya saya menggunakan  Jenis font dan
mengajar, murid di BBM. Mengapa BBM saiz mesti besar
belakang mula saya gagal menarik dan mudah
membuat bising. perhatian murid-murid? dibaca.
3. Sebahagian tidak Saya rasa BBM yang  Warna yang
memberi saya sediakan cantik. menarik
perhatian Saya juga akan
terhadap Kesedaran/Harapan: mendapat pandangan
pengajaran dan Mungkin BBM saya dan berbincang dengan
BBM yang saya cantik tetapi kecil dan guru pembimbing
gunakan. tidak dapat dilihat terlebih dahulu sebelum
4. Saya menyuruh dengan jelas oleh BBM dihasil dan
pelajar mencatat pelajar di barisan digunakan dalam
nota di dalam belakang. Oleh sebab pengjaran dan
buku berdasarkan itu mereka bising dan pembelajaran nanti.
yang ditulis di atas tidak memberi
papan hitam bagi perhatian. Saya sedar
mengawal kelas. bahawa BBM yang kecil
dan tidak mengikut
prinsip grafik, tidak
dapat menarik dan
memberi kesan kepada
murid meskipun
nampak cantik.

CONTOH 4

Masalah

Pada minggu kelima saya telah menghadapi masalah penggunaan masa yang tepat
sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak
dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai

7
objektif, khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada
hari-hari tertentu,

Analisis

Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya
jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar
mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil perbincangan dan
semasa melaporkan hasil perbincangan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak
dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa ini juga
wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan yang telah
mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah
dirancangkan.

Cadangan Untuk Memperbaiki

a. Saya patut membaca buku-buku yanng berkaitan dengan perancangan masa


dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat mengguruskan
masa dengan lebih sempurna.

b. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama
pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah
dirancangkan.

c. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak


melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar
tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat
laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh
topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik
sahaja akan dibentangkan.

d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah


pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.

Tempoh Masa

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan masa yang baik
adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekiaranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif-objektif
yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Penilaian Kejayaan

Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang
kejayaan saya di samping meminta pandangan dari rakan sebaya.

8
Tindakan Susulan

Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-


objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Biasanya
pada hari Isnin, aktiviti perhimpunan sekolah mengambil masa yang agak lama
sehingga menjejaskan masa belajar. Jadi saya perlu bersedia dengan pelan B bagi
mengelakkan masalah pengurusan masa yang kucar kacir.

CONTOH 5

Tarikh : 30/8/2004
Perkara : Hari kemuncak Sambutan hari Kemerdekaan ke 47
Fokus : Program yang dilaksanakan pada Hari kemuncak
Penglibatan : Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Siputeh.

SUSUNAN MAJLIS
7.45 am: Semua murid & warga SKS berkumpul di Dewan Terbuka
8.00 am : Majlis bermula
Ucapan aluan Pengerusi Majlis
Nyayian Lagu Negaraku
Lagu Negeri Kedah, Lagu Sekolah
Ucapan Perasmian oleh Yang Berbahgia YDP PIBG
Ucapan Yang Berusaha Tuan Guru Besar
Membaca Perutusan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan
Pertandingan Nyayian lagu-lagu patriotik &
mendeklamasikan sajak
Ucapan Penyampaian hadiah
12.45 pm: Majlis Bersurai

PENGALAMAN
Untuk menjayakan sesuatu program, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) mesti dilantik
terlebih dahulu. Begitu jua dalam menjayakan Program Hari Kemuncak Sambutan
Bulan Kemerdekaan ke 47. Pihak pengurusan Sekolah telah melantik setiap guru
menjadi AJK Kerja. Saya selaku guru praktikum di Sekolah Kebangsaan Siputeh
turut memberi sumbangan kepada program tersebut supaya ia berjalan lancar. Saya
bertindak sebagai Pengelola Peserta dalam Acara Lagu-lagu Patriotik. Peranan saya
adalah menguruskan peserta yang terdiri daripada murid Tahap II menyiapkan diri
sebelum acara nyayian bermula. Saya perlu menguruskan peserta-peserta ini

9
supaya mempunyai penampilan yang menarik dari segi pemakaian dan persiapan
diri sebelum naik ke pentas. Kerja-kerja ini dilakukan di bilik menunggu (bilik
mesyuarat belakang pentas). Selain itu, saya juga cuba menenangkan darah
gemuruh dan meniupkan semangat peserta supaya melakukan yang terbaik semasa
menyanyi lagu patriotik di atas pentas. Peserta-peserta dalam acara tersebut dapat
menerima saya dengan hati yang terbuka malah mereka bergembira kerana saya
membantu mereka. Sebelum peserta naik ke pentas, saya kami selaku Pengelola
Peserta dalam Acara Lagu-lagu Patriotik akan memastikan setiap murid berada di
bilik menunggu. Murid-murid ini tidak dibenarkan keluar tanpa alasan yang kukuh. Ini
bertujuan untuk melicinkan acara pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik. Sedikit
sebanyak Pengelola Peserta dalam Acara Lagu-lagu Patriotik dapat memberi satu
pengalaman yang baru dalam hidup saya.

REFLEKSI
Secara keseluruhannya, Program Hari Kemuncak Sambutan Bulan Kemerdekaan ke
47 ini berjalan lancar dengan aktiviti yang telah dirancangkan dari awal majlis
bermula sehingga upacara penyampaian hadiah. Saya selaku Pengelola Peserta
dalam Acara Lagu-lagu Patriotik berasa amat berbangga dan bergembira
menguruskan murid-murid yang terlibat program ini. Saya dapati murid-murid ini
dapat menerima saya dengan hati yang senang. Mereka tidak malu-malu untuk
memberi peluang kepada saya menguruskan persiapan mereka sebelum acara
dimulakan. Penampilan peserta dari segi pemakaian adalah faktor utama untuk
menarik minat murid-murid lain semasa di atas pentas. Kami selaku Pengelola
Peserta dalam Acara Lagu-lagu Patriotik telah menetapkan peserta memakai
pakaian tradisional atau pakaian Kebangsaan Malaysia supaya murid SKS dapat
menghayati dan menjiwai lagu patriotik yang akan didendangkan oleh peserta dalam
suasana patriotic dan kenegaraan.

Dari pemerhatian saya secara rawak, di dapati peserta yang terlibat terdiri daripada
murid perempuan . Murid-murid perempuan ini memakai baju kurung atau baju
kebaya. Berserta dengan selendang. Murid lelaki pula kebanyakkanya mamakai
baju melayu dan bersongkok. Cara pemakaian sebegini adalah sejajar dengan tema
Program Kemerdekaan semangat patriotik.

Bagi saya program ini amat berfaedah dalam menerapkan nilai murni semangat
cintakan negara secara tidak langsung murid akan terhiburdan bergembira dengan
acara yang dipertandingkan. Ini bermakna pendidikan tidak semata-mata
berorentasikan kepada peperiksaan. Penerapan nilai-nilai murni seperti semangat
cintakan negara amat penting dipupuk sejak dibangku sekolah lagi di usia muda bak
pepatah “ Melentur Buluh biarlah dari Rebungnya.

Namun begitu terdapat perkara yang mengecewakan, penglibatan peserta dalam


acara nyayian lagu patriotic dan mendeklamasikan sajak kemerdekaan ke pentas
hanyalah terdiri daripada murid-murid Melayu. Di sekolah ini terdapat segelintir murid
siam. Murid-murid siam ini tidak berminat melibatkan diri dalam acara yang
dipertandingkan. Murid-murid siam ini bertindak sebagai penonton sahaja. Keadaan
ini berlaku mungkin disebabkan kurang pendedahan betapa pentingnya penglibatan
dalam acara yang dipertandingkan bagi membuktikan semangat cintakan negara
dan patriotik. Negara kita adalah negara berbilang kaum. Semua kaum haruslah
bersatu hati untuk memakmurkan negara.

10
Berpandukan kepada program yang telah dijalankan pada hari ini, saya telah pun
mendapat pelbagai pengajaran antaranya ialah dari segi pengurusan masa. Kita
hendaklah bijak menguruskan masa dan merancang aktiviti dengan sewajarnya.
Pengurusan masa hendaklah selaras dengan acara yang dirancangkan. Selain itu,
saya dapati bagi menjayakan sesuatu program, kita selaku AJK kerja hendaklah
bekerjasama dan bantu membantu di antara satu sama lain. Tanpa kerjasama
aktiviti akan kelihatan kelam kabut. Program ini telah dirancang dan dimaklumkan
kepada semua guru terlebih dahulu. Tindakan ini amat wajar dan dikatakan bijak.
Program ini telah mengajar saya sedikit sebanyak bagaimana menguruskan sesuatu
majlis di sekolah kelak.

11
CONTOH 6

Masalah
Saya mengajar kelas 5 Bistari di Sekolah Kebangsaan Laka Selatan, Kedah. Setelah
3 minggu mengajar mereka subjek Sains, Kemahiran Hidup, dan Bahas Inggeris,
saya mendapati masalah mereka yang paling serius ialah membuat bising di dalam
kelas. Kadang-kadang, saya perlu menghentikan proses pengajaran dan
pembelajaran, semata-mata kerana ada murid yang buat bising dan tidak
menghiraukan saya yang sedang mengajar di depan kelas.

Analisis masalah
Punca-punca murid-murid membuat bising adalah mungkin kerana tidak dapat
membuat kerja yang diberi oleh guru, berasa bosan dan diajak berbuat bising oleh
kawan yang duduk di sebelahnya. Saya dapati mereka yang buat bising biasanya
adalah dari kumpulan yang lemah. Mereka ketinggalan dan kadang-kala tidak dapat
menangkap apa yang sedang guru bincangkan. Selain itu, murid-murid bising adalah
mungkin juga disebabkan oleh saya tidak cukup garang atau tegas, ditambah pula
saya ialah seorang perempuan. Saya juga dapati murid-murid kelas ini akan
membuat bising semasa cikgu wanita mengajar, tetapi menjadi sunyi-senyap pula
pada waktu Bahasa Melayu dan Matematik yang diajar oleh cikgu lelaki.

Cadangan
Untuk mengelakkan murid-murid daripada berbuat bising sesama mereka, murid-
murid telah diatur duduk dalam empat kumpulan dan pertandingan antara kumpulan
dijalankan. Setiap kumpulan mempunyai satu nama istimewa yang dicadangkan oleh
ahli kumpulannya seperti kumpulan Digimon, kumpulan Dragonball, Kumpulan Snow
White, dan kumpulan Spiderman. Prestasi setiap kumpulan dinilai oleh guru dari segi
pencapaian akademik hingga ke tahap pematutan arahan guru. Kumpulan yang
menunjukkan prestasi baik akan ditambah markah manakala kumpulan yang bising
akan ditolak markah. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan mendapat
hadiah saya pada akhir praktikum.

Di samping itu, untuk memotivasikan murid-murid, saya juga telah membuat pelekat
“bintang” untuk diberikan kepada murid-murid yang berkelakuan baik seperti tidak
membuat bising, ikut arahan saya semasa menjalankan eksperimen di dalam
makmal sains, mampu menjawab soalan yang saya tanya, dan dapat markah penuh
dalam ejaan Bahasa Inggeris. Pelekat ini akan saya lekatkan pada baju murid-murid.
Saya juga menyediakan satu carta yang bertajuk “bintang, bintang, saya nak banyak
bintang!” di mana murid yang saya lekatkan “bintang” pada bajunya juga akan
ditambah “bintang” pada carta tersebut. Murid yang mendapat “bintang” yang banyak
akan mendapat hadiah saya pada akhir praktikum. Tetapi murid yang membuat
bising akan ditolak “bintang”.

12
Tempoh penyelesaian
2/8/2004 hingga 14/8/2004 iaitu selama 2 minggu.

Tindakan susulan
Guru membuat satu carta yang mengandungi nama kumpulan dan mencatatkan
markah mereka. Satu carta “Bintang, bintang, saya nak banyak bintang!” juga telah
disediakan untuk memotivasikan murid-murid.

Catatan
Melalui kerja kumpulan, ahli kumpulan yang lebih berupaya dapat memberi bantuan
kepadaa kawan mereka yang lemah terutamanya dalam bidang akademik. Murid
yang rajin juga selalu mengingatkan ahli kumpulannya yang malas untuk
menyiapkan tugasan guru kerana markah akan dipotong jika terdapat murid yang
tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Melalui cara ini, murid-
murid telah dipupuk nilai murni seperti tolong-menolong dan bekerjasama.

Semasa guru mengemukakan soalan, murid-murid bertanding dengan kumpulan lain


untuk menjawap soalan guru. Setiap kumpulan akan dikehendaki menjawap soalan
yang dikemuka oleh guru dan kumpulan yang dapat menjawap soalan degan tepat
ditambah markah. Saya mendapati murid-murid memberi lebih perhatian semasa
guru mengajar dalam keadaan ini.

Berbanding pertandingan antara kumpulan, murid-murid adalah lebih dimotivasikan


oleh “bintang” yang akan diperolehi oleh mereka. Ini adalah kerana dalam sesuatu
kumpulan, terdapat ahlinya yang buat silap dan ditolak markah. Murid yang tidak
berbuat salah akan berasa tidak adil kerana bukan dia yang buat salah tetapi
markah kumpulannya tetap ditolak hanya disebabkan oleh satu orang yang buat
salah. Tetapi “bintang” adalah berdasarkan pretasi individu dan ini adalah lebih adil
untuk mereka yang tidak buat bising, berkelakuan baik dan ikut arahan guru.

13
Rujukan

1. Abdul Rashid Ismail (2004). Panduan Penulisan Jurnal Reflektif Berdasarkan


Model Kajian Tindakan. Pulau Pinang: Institut Perguruan Tuanku Bainun.

2. Bahagian Pendidikan Guru (2005). Garis Panduan Praktikum Latihan Perguruan


Praperkhidmatan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Bahagian Pendidikan Guru (2005). Bahan Kursus Guru Pembimbing KPLI LPBS
2005. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. Contoh-contoh Penulisan Jurnal Reflektif dari Institut Perguruan Perlis.

5. Keeping a Reflective Journal.


http://openet.ola.bc.ca/lib_resources/journal/journal.html
Tarikh: 18 Januari 2007

6. Mary Baldwin College Master of Arts in Teaching Program Practicum Guidelines


for 2006-2007.
http://www.mbc.edu/docs/mat_docs/mat_practicum_handbook.pdf
Tarikh: 18 Januari 2007

7. Writing Traits – Reflective Journal.


http://www.uwstout.edu/soe/profdev/traits/journal.html
Tarikh: 18 Januari 2007

Panel Penulis

Bil. Penulis Jabatan

1 Khartijah Bebe bt. Serajdin Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

2 Suriaty bt. Md Arof Ketua Pusat Sumber

3 Jong Cherng Meei Jabatan Matematik

4 Rohana Yahya Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

14

Anda mungkin juga menyukai