Anda di halaman 1dari 10

ASSIGNMENT FALSAFAH

DAN LOGIKA MELAYU


JXEA 1104
TAJUK : KUPASAN FALSAFAH (HIKAYAT)

NAMA : NOOR HAZLIANI BINTI


GHAZALI

NO. MATRIK : JEA 080066

NAMA PENSYARAH : PROF.DR.AMRAN B.


MUHAMMAD

SEMESTER 1, SESI 2008/ 2009, AKADEMI


PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI
MALAYA
Antara petikan yang terdapat dalam Hikayat Ahmad Muhammad yang ingin dikupas ialah

:-

“Jangan tuanku khuatir bersama-samanya manusia itu tidak boleh membunuh

jikalau tidak dengan takdirnya Allah s.w.t. jua. Tiada boleh manusia memberi

cedera itu melainkan daripada tuhan yang memerintah serta sekalian alam jua.

Dan, marilah cucuku itu aku berpesan, jikalau cucuku berperang kepada orang

kafir itu jangan tuanku meminta mati dan jangan tuanku siarkan yang lain-lain

pun kerana daripada perangnya sabilillah itu. Jikalau cucuku mati pun reda dan

lagi nanti mendapat syafaatnya nabi kita Muhammad s.a.w. akhirat jua”.

“Serta mendengar katanya budak itu maka lalu nakhoda pun marah dan mukanya

pun seperti api yang bernyala-nyala serta disepak kepala budak itu dan disuruh

pulang ke rumahnya, hendak disuruh panggil budak-budak Habsyah itu beri lima

ratus orang disuruh bunuh akan kepada anak itu dua bersaudara yang bernama

Ahmad (dan) Muhammad itu”.

“Serta mendengar katanya budak itu maka lalu nakhoda pun marah dan mukanya

pun seperti api yang bernyala-nyala serta disepak kepala budak itu lalu disuruh

pulang ke rumahnya”.
HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD

PENGENALAN

Perkataan ‘falsafah’ berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba dan

pertama kali digunakan oleh Phytagoras pada abad ke-6 SM. Perkataan ‘falsafah’ berasal

daripada gabungan dua perkataan iaitu ‘philo’ dan ‘sophia’. ‘Philo’ bererti ‘cinta’

manakala ‘sophia’ bermaksud ‘kebijaksanaan’ atau ‘hikmah’. Oleh itu, gabungan dua

perkataan ini membentuk perkataan ‘philosophia’ yang membawa maksud ‘cinta akan

kebijaksanaan atau hikmah’. Kata majmuk philosophia yang menerbitkan kata philsophy

dalam Bahasa Inggeris, kata filosofia dalam bahasa Sepanyol, kata philosophie dalam

bahasa Perancis dan Jerman, kata falsafah dalan bahasa Arab, dan kata falsafah atau

filsafat dalam Bahasa Melayu dan semua ini dapat diertikan sebagai ‘cinta akan

kebijaksanaan atau hikmah’.

Falsafah juga dapat dikaji dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional seperti

hikayat, syair, sajak, pantun, seloka, gurindan, teromba, dan lain-lain. Saya ingin

mengupas falsafah dalam aspek hikayat. ‘Hikayat’ menurut Hooykas pada tahun 1940

merujuk kepada ‘buku yang mengandungi fantasi india’. Manakala menurut Emies pada

tahun 1952 mentakrifkan ‘hikayat sebagai lanjutan daripada cerita-cerita lipur lara yang

diperkaya dengan jalinan unsur-unsur asing’. Menurut Zalila Sharif pada 1993 memberi

pengertian bahawa ‘hikayat’ merupakan hikayat-hikayat yang berbentuk cerita atau

naratif, bersifat hiburan dan didaktik. Perkataan ‘hikayat’ berasal daripada bahasa Arab

iaitu ‘hikaya’ yang membawa maksud ‘pelbagai sejarah’. Kesusasteraan hikayat ini

dihasilkan dalam bentuk puisi dan prosa.


Kesusasteraan hikayat dalam sastera melayu tradisional terbahagai kepada tiga

kelompok yang bersesuaian dengan zaman yang diwakilinya iaitu kesusasteraan hikayat

berunsur Hindu, kesusasteraan hikayat berunsur Islam dan kesusasteraan hikayat

berunsur Hindu-Islam. Hikayat berunsur Hindu berkonsepkan kepada dua buah epik iaitu

Ramayana dan Mahabrata dan dengan itu terciptalah beberapa buah karya seperti Hikayat

Seri Rama, Hikayat Pendawa Jaya dan sebagainya. Kesusasteraan hikayat berunsur

Islam pula ialah hikayat yang berasal dari Arab-Parsi. Contohnya Hikayat 1001 Malam,

Hikayat Hassan Damsyik, dan lain-lain lagi. Seterusnya kesusasteraan hikayat berunsur

Hindu-Islam ialah karya yang pada asalnya berunsur Hindu telah diubahsuaikan dengan

memasukkan unsur-unsur Islam. Contohnya Hikayat Ahmad Muhammad, Hikayat Si

Miskin dan lain-lain.

KUPASAN FALSAFAH YANG TERDAPAT DALAM HIKAYAT AHMAD

MUHAMMAD

Dalam kesusasteraan melayu tradisional, Hikayat Ahmad Muhammad dipilih

untuk mengkaji dan mengupas falsafah yang terdapat di dalamnya. Hal ini demikian

kerana dalam hikayat ini menerapkan banyak unsur keagamaan iaitu Agama Islam.

Dalam Hikayat Ahmad Muhammad dapat dilihat bahawa hikayat ini lebih memfokuskan

kepada falsafah ketuhanan apabila banyak babak dalam hikayat ini menunjukkan unsur

agama Islam dan watak-watak dalam hikayat ini berpegang teguh dalam ajaran Islam.

Falsafah ketuhanan yang terdapat dalam Hikayat Ahmad Muhammad ini dapat dikaitkan

dengan teori epistemologi. Teori ini merupakan ilmu pengetahuan mengenai sesuatu yang

wujud atau mungkin wujud dalam alam semesta ini dan untuk membuktikan semua
kewujudannya, ia dikaji dalam epistemologi termasuklah cara penyampaian,

penghujahan, pengungkapan harus jelas, tersusun dan berkonsekuan serta harus

berteraskan logik akal.

Contoh teori epistemologi yang dapat dikaitkan dalam Hikayat Ahmad Muhammad

ialah:-

“Jangan tuanku khuatir bersama- samanya manusia itu tidak boleh membunuh

jikalau tidak dengan takdirnya Allah s.w.t. Tiada boleh manusia memberi cedera

itu melainkan daripada tuhan yang memerintah serta sekalian alam jua. Dan,

marilah cucuku itu aku berpesan, jikalau cucuku berperang kepada orang kafir itu

jangan tuanku meminta mati dan jangan tuanku siar yang lain-lain pun kerana

daripada perangnya sabilillah itu. Jikalau cucuku mati pun reda dan lagi nanti

mendapat ganjarannya daripada tuhan kita dan mendapat syafaatnya nabi kita

Muhammad s.a.w. akhirat jua”.

Hal ini menunjukkan bahawa penutur iaitu Tuan Syeikh Khialuddin

menyampaikan serta berhujah mengenai ilmu pengetahuan yang beliau ada kepada

Ahmad dan Muhammad bahawa tidak ada seorang yang mampu membunuh atau

menyebabkan seseorang cedera kerana hanya Allah s.w.t. yang berkuasa melakukannya.

Selain itu, beliau juga berhujah tentang sesiapa yang berperang dengan orang kafir dan

jika mereka mati mereka harus menerimanya kerana mereka akan mendapat ganjaran

daripada Nabi Muhammad pada hari akhirat kelak. Hal ini secara langsung dapat

dikaitkan dengan teori epistemologi yang menunjukkan bahawa Tuan Syeikh Khialuddin

berhujah kepada Ahmad dan Muhammad mengenai ilmu pengetahuan tentang kewujudan
Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. Ilmu pengetahuan tentang kewujudan Allah dan

Nabi Muhammad itu diungkapkan dan disampaikan secara teratur dan yakin walaupun

beliau sendiri tidak pernah melihat Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. tetapi

berdasarkan ilmu pengetahuan yang ada, beliau yakin dan percaya bahawa Allah dan

Nabi Muhammad itu wujud mungkin berdasarkan sesuatu yang beliau kaji. Hujahan yang

beliau nyatakan itu adalah logik dan dapat diterima akal. Falsafah ketuhanan yang

terdapat dalam hikayat ini menunjukkan bahawa mereka berpegang teguh dengan ajaran

agama islam sehingga mereka percaya dan yakin bahawa Allah wujud dan berkuasa

terhadap alam ini, walaupun mereka tidak pernah melihatnya.

Teori metafizika juga boleh dikaitkan dengan falsafah ketuhanan kerana ia

merupakan salah satu ilmu pengetahuan mengenai sesuatu esansi, zat dan hakikat yang

wujud dan mungkin wujud. Jadi, dalam Hikayat Ahmad Muhammad, teori ini jelas dilihat

kerana mereka sangat yakin tentang kewujudan Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w.

dan ia selaras dengan pendapat seorang tokoh falsafah islam iaitu Imam Al-Ghazali yang

menyatakan bahawa terdapat tiga pemikiran falsafah metafizika yang sangat bertentangan

dengan agama islam iaitu pemikiran yang menyatakan bahawa ala mini bersifat qadim,

tuhan tidak mengetahui sesuatu perkara kecil yang berlaku dan mereka engkar terhadap

kebangkitan semula sesuatu jasad.

Namun, dalam Hikayat Ahmad Muhammad, mereka tidak tergolong dalam

golongan yang menentang ajaran islam kerana mereka sangat yakin dan percaya dengan

ajaran islam sehingga mereka dapat mengatasi segala cabaran dan dugaan yang timbul.

Oleh kerana itu juga, Imam Al-Ghazali menolak pemikiran ahli falsafah islam seperti

Ibnu Sina dan Al-Farabi yang terpengaruh dengan idea pemikiran Aristotles yang ingin
mengungkap kejadian alam ini dan persoalan ketuhanan. Maka, terdapat pandangan ahli

falsafah itu yang bertentangan dengan ajaran islam sehingga boleh menyebabkan

kesesatan.

Selain itu, dalam Hikayat Ahmad Muhammad dapat dikaitkan juga dengan aliran

falsafah yang berkonsepkan idealisme. Dalam aliran falsafah idealisme, ia merujuk

kepada pandangan yang dibawa oleh Plato dan Leibniz yang merupakan orang yang

pertama yang menggunakannya. Idealisme ialah idea atau pemikiran atau representasi

serta gambaran akal yang wujud hakikat yang sebenar, empiri atau zahiriah yang

bergantung kepada kewujudan dalam bentuk fikiran dan ia tidak boleh wujud secara

bersendirian. Daripada aspek metafizika, golongan idealisme hanya mengiktiraf mental

dan kerohanian sebagai sesuatu yang realiti. Contoh aliran falsafah idealisme yang

terdapat dalam Hikayat Ahmad dan Muhammad ialah:-

“Serta mendengar katanya budak itu maka lalu nakhoda pun marah dan mukanya

pun seperti api yang bernyala-nyala serta disepak kepala budak itu dan disuruh

pulang ke rumahnya, hendak disuruh panggil budak-budak Habsyah itu lima ratus

orang disuruh bunuh akan kepada anak itu dua bersaudara yang bernama Ahmad

(dan) Muhammad itu”.

Berdasarkan petikan itu dapat menunjukkan bahawa nakhoda mendapat

idea atau fikiran dan gambaran awal untuk membunuh Ahmad dan Muhammad.

Nakhoda berasa tidak senang hati dengan kehadiran Ahmad dan Muhammad yang

menganggap mereka berdua akan menggugat kedudukannya. Nakhoda hanya

mengikut fakulti akalnya dalam membuat membuat keputusan untuk


menghapuskan Ahmad dan Muhammad tanpa wujud perasaan simpati dan belas

kasihan. Dalam akal nakhoda, wujud idea atau fikiran untuk membunuh Ahmad

dan Muhammad kerana bagi nakhoda sekiranya Ahmad dan Muhammad dibunuh,

kehidupan nakhoda akan menjadi lebih senang. Dalam hal ini, seharusnya

nakhoda tidak berfikir untuk membunuh Ahmad dan Muhammad tetapi

sebaliknya memikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Menurut Imam Al-Ghazali lagi, beliau tidak menolak penggunaan akal

dalam pembicaraan falsafah dan dalam menghasilkan ilmu pengetahuan yang lain.

Beliau berpendapat perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja

berdasarkan kepuasan akal fikiran, tetapi juga perlu mengambil kira aspek

perasaan dan hati murni juga. Al-Ghazali menyarankan agar umat islam

menjadikan al-Quran sebagai sumber dalam mencari kebenaran bukannya melalui

proses pemikiran dan akal semata-mata.

Oleh itu, seharusnya nakhoda tidak terlalu mengikut akal dan perasaan

marah serta dendam kepada Ahmad dan Muhammad untuk mendapat kepuasan

dirinya sahaja. Tetapi, seharusnya nakhoda berfikir dengan kebijaksanaan serta

bersikap berperikemanusiaan dan disulami perasaan kasih sayang sesama manusia

serta sebagai seorang islam seharusnya menjadikan al-Quran sebagai sumber

untuk menyelesaikan masalah. Nakhoda juga tidak boleh membuat keputusan

untuk membunuh hanya menggunakan saluran pemerolehan ilmu melalui

pancaindera sahaja yang mana pancaindera hanya merangkumi lima deria. Ia

termasuklah pendengaran, penglihatan, pembauan, pengecapan dan penyentuhan.


Yang mentafsir ialah fakulti-fakulti akal dalaman iaitu daya perlambangan tentang

objek luaran itu, daya pengukurannya, daya imaginasinya serta daya ingatannya.

Contohnya:-

“Serta mendengar katanya budak itu maka lalu nakhoda pun marah dan mukanya

pun seperti api yang bernyala-nyala. Serta disepak kepala budak itu lalu disuruh

pulang ke rumahnya”.

Hal ini menunjukkan nakhoda hanya menggunakan saluran pemerolehan ilmu

melalui pancaindera pendengaran sahaja. Nakhoda berasa sangat marah apabila

mendengar budak itu menceritakan perlakuan Ahmad dan Muhammad yang tidak

disenanginya. Pancaindera pendengaran sahaja tidak mencukupi dalam membuat sesuatu

keputusan. Nakhoda seharusnya melihat sendiri serta menggunakan semua saluran ilmu

seperti hujahan yang logik berdasarkan dua organ minda manusia iaitu fikiran untuk

mentafsir kejadian dalam alam yang dapat diterima dan difahami umum dan satu organ

akal atau intelek iaitu unsur rohaniah yang dinamakan hati atau kalbu. Sekiranya,

nakhoda tidak menggunakan pancaindera pendengaran sahaja, nescaya, dia tidak akan

mendapat idea untuk membunuh Ahmad dan Muhammad. Dia mendapat idea untuk

membunuh Ahmad dan Muhammad kerana dia tidak menggunakan seluruh ilmu

pengetahuan yang ada pada manusia.

Kesimpulannya, dalam Hikayat Ahmad Muhammad terdapat pelbagai falsafah

yang boleh dikupas. Dalam hikayat ini, falsafah ketuhanan tentang agama islam

merupakan falsafah yang paling banyak diketengahkan.


SUMBER RUJUKAN

Zainon binti S.Ahmad, Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional, Kota Bharu,

Kelantan. (Muka surat 110-120)

Prof. Dr. Awang Sariyan, Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu,

Universiti Malaya. Falsafah dan Logika Melayu.

Hashim bin Haji Musa, Ph.D, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu (Suatu Pengenalan), 2001.

http://www.alhukelantan.tripod/tokoh(Al-Ghazali)

http://forum.ekpkm.com(Al-Ghazali)

Anda mungkin juga menyukai