Anda di halaman 1dari 3

LANGKAH MENYUARAKAN PENDAPAT SEBAGAI RAKYAT

Terdapat pelbagai cara untuk menyuarakan hak bersuara warganegara Malaysia. Antaranya
adalah dengan mengemukakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) di kawasan
masing-masing. ADUN merupakan wakil rakyat yang paling dekat dengan masyarakat. Tugas
mereka antaranya adalah menjaga hak berpelembagaan negeri dan rakyat seperti yang
diperuntukan oleh perlembagaan negeri, mempertimbangkan jenis dan kebaikan perundangan
yang dibawa ke Dewan Undangan Negeri serta mencadangkan pindaan bersesuaian sebagaimana
yang difikirkan perlu, meluluskan perbekalan dan memeriksa akaun awam untuk memastikan
wang awam dibelanja mengikut kelulusan parlimen, mewakilin rakyat di Dewan Undangan

m
er as
Negeri serta mengkritik dasar-dasar dan pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan. Maka,

co
seharusnya menyuarakan aduan melalui ADUN merupakan satu platform yang paling wajar dan

eH w
paling aman yang seharusnya diaplikasikan oleh masyarakat. Namun, sikap segelintir wakil

o.
rs e
rakyat yang tidak mengendahkan suara rakyat menjadikan hak-hak rakyat ini terabai sehingga
ou urc
mengakibatkan segelintir rakyat merasakan bahawa menyuarakan pendapat kepada wakil rakyat
merupakan sesuaru yang sia-sia. Akhirnya, rakyat berasa terbeban dengan masalah-masalah
o

mereka yang tidak disuarakan oleh wakil rakyat ke peringkat seterusnya. Seharusnya, sebagai
aC s
vi y re

seorang wakil rakyat, mereka haruslah menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah
rakyat berikan kepada mereka dengan sebaiknya kerana rakyatlah yang telah memilih mereka
sebagai pemimpin yang mengetuai suara-suara rakyat.
ed d
ar stu

Langkah yang boleh dilakukan untuk menyuarakan pendapat sebagai seorang rakyat
adalah dengan menjalankan perhimpunan aman. Perhimpunan aman ini haruslah dijalankan
is

secara teratur dengan menjaga aspek-aspek tertentu sebagai contoh kebersihan dan keselamatan.
Hal ini penting kerana, perhimpunan ini merupakan jalan untuk membuka mata kerajaan
Th

melaksanakan hak yang dituntut oleh rakyat. Maka, tidak wajar dan hanya membazir masa dan
tenaga sahaja sekiranya perhimpunan ini meragut nyawa dan keselamatan serta mencemarkan
sh

persekitaran sekiranya hak tersebut tidak dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Oleh itu,
perhimpunan secara aman wajar dilakukan kerana tidak merugikan mana-mana pihak. Sebagai
contoh, isu baru-baru ini tentang perhimpunan aman bantah ICERD yang dijalankan di ibu

This study source was downloaded by 100000816404474 from CourseHero.com on 11-24-2021 07:57:12 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/59059875/LANGKAH-MENYUARAKAN-PENDAPAT-SEBAGAI-RAKYAT-eldocx/
negara. Perhimpunan ini mengundang perspektif yang positif kerana sifat mereka yang sangat
mementingkan kebersihan serta tidak mengakibatkan kerosakan.

ICERD merupakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk


Diskriminasi Kaum. Rakyat tidak bersetuju ICERD dijalankan kerana ingin mengekalkan
kedaulatan system beraja di Malaysia serta mempertahankan hak keistimewaan kaum melayu di
Malaysia seperti yang dicatatkan dalam perlembagaan Malaysia bahawa hak keistimewaan
melayu dan kaum bumiputera harus dijaga serta agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Maka, tiada keraguan sekiranya rakyat bersuara membantah ICERD ini kerana segalanya telah
termaktub dalam perlembagaan dan tidak sewenang-wenangnya boleh dicabuli oleh mana-mana
pihak termasuk kerajaan. Perhimpunan ini wajar dijadikan contoh terbaik dalam menyuarakan

m
hak rakyat kerana perhimpunan ini tidak menjejaskan nyawa serta alam sekitar di samping kita

er as
co
dapat lihat pihak kerajaan mengambil tindakan susulan perhiumpunan ini dengan mengkaji

eH w
semula dan menangguhkan pelaksanaan ICERD di negara ini.Manakala, kita dapat lihat

o.
perhimpunan bersih 4.0 yang dijalankan telah mengakibatkan kerosakan alam sekitar bahkan
rs e
ou urc
terdapat pihak yang cedera. Perhimpunan seperti ini hanyalah sia-sia dan mencetuskan
kemusnahan sedangkan apa yang ingin mereka capai tidak dilaksanakan oleh pihak
o

kerajaan.Oleh itu, sekiranya aduan kepada wakil rakyat telah diutarakan namun tidak diambil
aC s

tindakan oleh pihak kerajaan perhimpunan aman merupakan salah satu platform terbaik untuk
vi y re

menyuarakan ketidakpuashatian kepada pihak kerajaan. Namun, hak yang dipertahankan


haruslah tidak melampaui batas agama serta tidak melanggar undang-undang kerana
ed d

sesungguhnya, sesuatu yang terang-terangan salah tidak wajar dipertahankan dan hanya
ar stu

mengundang kecaman serta mengaibkan diri sebagai seorang rakyat. Misalnya, perhimpunan
‘Women’s March’ yang berlansung untuk mempertahankan hak kesamarataan gender sekali gus
is

boleh dikatakan menyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender(LGBT) boleh dikatakan
Th

tidak mempunyai maruah kerana mempertahankan hak yang terang-terangan melanggar hukum
agama sehingga disifatkan umpama menegakkan benang yang basah.
sh

This study source was downloaded by 100000816404474 from CourseHero.com on 11-24-2021 07:57:12 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/59059875/LANGKAH-MENYUARAKAN-PENDAPAT-SEBAGAI-RAKYAT-eldocx/
Rujukan

 https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/03/09/thousands-march-for-womens-rights-
gender-equality-in-kl/
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Ahli_Dewan_Undangan_Negeri
 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/506892/icerd-ribuan-peserta-hadiri-
perhimpunan-kesyukuran

m
er as
co
eH w
o.
rs e
ou urc
o
aC s
vi y re
ed d
ar stu
is
Th
sh

This study source was downloaded by 100000816404474 from CourseHero.com on 11-24-2021 07:57:12 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/59059875/LANGKAH-MENYUARAKAN-PENDAPAT-SEBAGAI-RAKYAT-eldocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai