Anda di halaman 1dari 56

Faedah Berkebun

Aktiviti berkebun semakin dialu-alukan dalam kalangan masyarakat.


Walaupun masyarakat kini sangat sibuk dengan kerjaya masing-masing tetapi
mereka harus meluangkan hujung minggu bersama ahli keluarga untuk bercucuk
tanam. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti membina batas,menyiram sayur-
sayuran,mencangkul tanah dan sebagainya. Aktiviti ini boleh dilakukan bersama-
sama bagai aur dengan tebing.

Apabila seseorang melakukan aktiviti berkebun, badan akan mengeluarkan


peluh dan darah mengalir lancar. Jumlah lemak di dalam badan juga akan terbakar
dan ini membantu seseorang untuk mengurangkan berat badan. Otot-otot turut
berfungsi dengan baik dan dapat menjauhi diri daripada penyakit seperti masalah
tekanan darah tinggi, kencing manis, obesiti dan sebagainya. Badan yang sihat
dapat menjana minda yang cerdas kerana “Badan Cergas, Otak Cerdas”.

Seandainya seseorang mengamalkan kegiatan berkebun,sudah tentu masa


lapang mereka lebih berfaedah. Mereka tidak akan terlibat dalam kegiatan yang
kurang sihat seperti melepak,merokok dan sebagainya. Masa lapang mereka dapat
dihabiskan dengan cara yang baik kerana Masa Itu Emas. Ibu bapa harus
menggalakkan anak-anak mereka meluangkan masa dengan berkebun.

Amalan berkebun merupakan langkah yang terbaik untuk menambah


pendapatan keluarga. Apabila kita bercucuk tanam, kita dapat menggunakan hasil
tanaman untuk kegunaan sendiri atau menjualnya untuk memperoleh rezeki dan
mengurangkan beban mereka.

Kita harus berkebun atau bercucuk tanam untuk menghijaukan persekitaran


rumah. Sayur-sayuran dan bunga yang ditanam sudah tentu akan mengindahkan
kawasan sekeliling rumah seperti rumah dalam taman. Keadaan rumah yang
menghijau ini juga menjadi daya tarikan kepada orang lain. Di samping itu, kita
dapat menghirup udara yang segar dan dapat mengekalkan alam sekitar yang indah.

Kesimpulannya, aktiviti berkebun perlu diamalkan dalam kalangan


masyarakat. Ibu bapa harus mengajar anak-anak berkebun sejak kecil seperti
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pihak sekolah juga perlu mengadakan
Program Berkebun bersama-sama murid. Marilah kita berkebun untuk kebaikan
bersama.
Faedah Internet

Saban hari kita melayari Internet untuk mencari maklumat-maklumat penting


seperti isu-isu semasa. Contohnya, isu politik, ekonomi, sosial hiburan atau
permainan. Ibu bapa sendiri menggalakkan anak-anak menggunakan Internet demi
kebaikan mereka. Internet mendatangkan pelbagai faedah kepada masyarakat.

Internet menjadi satu saluran untuk menyampaikan pelbagai maklumat penting.


Dengan melayari Internet,pelbagai is dan di dalam dan di luar negara dapat
diperoleh sekelip mata. Misalnya, kita boleh mencari maklumat tentang bencana
alam,jenayah dan lain-lain lagi melalui Google, Youtube dan sebagainya. Oleh itu,
kita akan menjadi masyarakat yang berilmu dan tidak menjadi seperti katak di
bawah tempurung.

Selain itu, Internet juga merupakan satu bentuk hiburan kepada orang ramai. Jika
kita melayari Internet,pelbagai bentuk hiburan yang boleh diperoleh seperti
permainan. Antaranya, Angry Bird, Need For Speed dan sebagainya. Murid boleh
menghabiskan masa melayari Internet dan mencuba permainan-permainan ini untuk
menenangkan fikiran setelah penat mengulang kaji pelajaran.

Internet juga membantu seseorang peniaga untuk meluaskan perniagaagn mereka


sehingga peringkat antarabangsa. Seseorang peniaga boleh mempamerkan
perniagaan kek, aksesori, pakaian, barang-barang kraf tangan dan sebagainya di
laman web mereka. Keadaan ini akan menarik minat pelanggan sama ada di dalam
atau di luar negara untuk membeli barangan mereka.
Internet sebenarnya menjadi wadah kepada kita berkenalan dengan individu-
individu lain. Murid-murid boleh menggunakan Internet untuk berkongsi
pengetahuan dengan rakan-rakan mereka tentang pelajaran, isu-isu semasa dan
topik lain yang boleh membawa manfaat kepada mereka. Mereka dapat menambah
pengetahuan dari semasa ke semasa seperti sehari selembar benang, lama-lama
menjadi kain.

Kesimpulannya, faedah Internet kepada kita tidak dapat dinafikan. Ibu bapa harus
mendidik anak-anak menggunakan Internet dengan cara yang bijak sejak kecil
seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya. Marilah kita menggunakan Internet
untuk kepentingan bersama.
Pengalaman Semasa Perkhemahan
Pada 28 Jun 2012, kami telah menyertai perkhemahan pengakap di Taman
Negara. Perkhemahan ini dianjurkan oleh Sekolah Jenis Kebangsaan HICOM
selama dua hari. Seramai 40 orang pengakap dan lima orang guru pengiring
mengikuti perkhemahan ini. Tujuan perkhemahan ini adalah untuk memupuk
semangat bekerjasama antara ahli pengakap. Pada pukul 7.00 pagi, kami berhimpun
di tapak perhimpunan dan menaiki bas. Dalam perjalanan, kami dapat melihat
keindahan alam sekitar, menyanyi lagu dan bermain gitar.
Setelah satu jam perjalanan,kami sampai di Taman Negara. Kami memasang
khemah dan gajet bersama-sama bagai aur dengan tebing. Ada juga ahli pengakap
yang mencari kayu api, mengambil air dari sungai yang berdekatan, menjerang air
dan sebagainya. Selepas semua kerja selesai, kami berehat sebentar di dalam
khemah masing-masing.
Kira-kira pada jam 11.00 pagi, kami berkumpul di tapak perkhemahan untuk
bertanding dalam pertandingan memasak. Kami dibahagikan kepada lapan
kumpulan. Kami berasa sangat teruja sekali kerana inilah pertama kali kami akan
memasak nasi goreng dan telur. Kami diberikan bahan-bahan masakan seperti
beras, telur, kicap dan lain-lain lagi. Walaupun kami bimbang akan rasa masakan
kami tetapi akhirnya kumpulan kami telah dipilih sebagai pemenang.
Aktiviti yang kami nanti-nantikan ialah Pertandingan Mencari Harta Karun.
Pertandingan ini dimulakan pada pukul 3.00 petang. Setiap kumpulan diberi lu dan
kami perlu mencari barang yang tersembunyi. Pertandingan ini sangat mencabar
namun kami berpeluang untuk menguji minda. Dalam perjalanan, kami dapat
melihat pelbagai spesies flora dan fauna. Kami berasa sangat seronok.
Pada waktu malam pula, kami membuat unggun api untuk sesi suai kenal.
Kami duduk mengelilingi unggun api dan menunjukkan bakat menyanyi lagu,
menari dan berlakon. Ada juga yang berkongsi pengalaman manis dan pahit
mereka. Kemudian, kami juga mengadakan beberapa permainan. Semua ahli
pengakap berasa gembira. Cikgu Kamal pula menjalankan program Kembara
Malam.
Keesokan pagi, kami mengikuti Program Senamrobik dengan iringan muzik.
Selepas sarapan pagi, kami mula mengemas segala kelengkapan yang dibawa. Kami
membersihkan tapak perkhemahan. Semua ahli pengakap menerima sijil dan hadiah
diberikan kepada pemenang. Kami meninggalkan Taman Negara pada pukul 12.00
tengah hari. Pengalaman ini tidak dapat kami lupakan dan kami berharap
perkhemahan ini akan diadakan lagi.

Pengalaman Sesat Di Dalam Hutan


Dua minggu yang lalu, saya telah mengikuti aktiviti perkhemahan di Hutan
Lipur Pahang bersama rombongan sekolah saya selama dua hari. Saya berasa sangat
teruja kerana inilah julung kali saya menyertai perkhemahan seumpama ini. Pada
mulanya ibu bapa saya keberatan untuk membenarkan saya kerana bimbang akan
keselamatan tetapi dengan rayuan saya ibu melepaskan saya akhirnya. Kami
bertolak pada jam 8.00 pagi dan sampai di Hutan Lipur pada jam 3.00 petang.
Apabila kami sampai di sana, saya dan ahli- ahli pengakap yang lain
dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami diberikan pelbagai tugas oleh Cikgu
Kamal, guru pengiring kami. Saya ditugaskan mencari kayu api di dalam hutan
bersama Amin. Kami mula meredah hutan untuk mencari kayu api tetapi disedari
saya telah berpisah dengan Amin. Saya menjerit sekuat-kuat hati dan melaung nama
Amin tetapi saya tidak dapat menjejakinya.
Hari semakin panas dan bada saya semakin lemah. Saya belum menjamah
makanan sedikit makanan pun sejak pagi tadi. Saya pasrah dan merebahkan diri
saya pada pangkal pokok kerana terlalu letih berjalan jauh. Mujurlah ada sebatang
sungai di situ. Saya terus minum air untuk menghilangkan dahaga. Kemudian, saya
merehatkan diri sehingga tertidur. Apabila saya tersedar daripada tidur, saya dapati
hari semakin gelap.
Hati saya mula berdebar-debar. Pelbagai persoalan bermain di kotak fikiran
saya hanya dapat menangis bersendirian. Saya mula takut kerana dapat mendengar
bunyi haiwan. Saya juga bimbang kemungkinan saya akan dibaham harimau atau
menjadi mangsa babi hutan. Saya cuba menenangkan fikiran dan berlindung di
bawah pokok. Ketika saya melayan perasaan bimbang saya itu, saya terlihat seekor
ular yang sangat besar menjalar di hadapan saya. Saya hanya berdoa kepada Tuhan
agar saya dilindungi sepanjang malam itu.
Pada keesokan pagi, saya bangun dari tidur setelah terdengar bunyi wisel.
Saya dapat mendengar suara Cikgu Kamal memanggil nama saya dengan kuat.
Tiba-tiba Cikgu Kamal dapat mengesan saya dan saya terus meluru ke arahnya.
Saya memeluk Cikgu Kamal dengan erat dan menangis sepuas-puas hati. Cikgu
Kamal menenangkan saya dan kami pulang ke tapak perkhemahan.
Pengalaman sesat di dalam hutan ini tidak akan luput daripada ingatan saya.
Ini merupakan pengajaran kepada saya agar lebih berhati-hati pada masa akan
datang. Pada petang itu, kami pulang semula ke rumah. Saya dapat menarik nafas
lega kerana saya terselamat.

Katrina Binti Omar,


Sekolah Kebangsaan Methodist (ACS),
Lot 30, Jalan Mutiara,
40460 Klang,
Selangor Darul Ehsan

Pengurus,
Kilang Coklat Hazelnut.
Lot 3, Jalan Selasih,
Seksyen 26,
40400 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN 23 Ogos 2012

Tuan,
Memohon Kebenaran Untuk Mengadakan Lawatan ke Kilang Coklat Hazelnut
Perkara di atas dirujuk.
2. Saya Katrina Binti Omar, Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah
Kebangsaan Methodist (ACS) Klang ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk
mengadakan lawatan ke Coklat Hazelnut . Lawatan ini merupakan antara aktiviti
yang telah dirancang oleh persatuan kami pada tahun ini.
3. Butir-butir lawatan adalah seperti berikut:
Tarikh : 24 September 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Bilangan peserta : 40 orang murid dan empat orang guru

4. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk mengetahui cara-cara


coklat dihasilkan. Segala maklumat yang diperoleh akan kami muatkan di dalam
majalah sekolah. Kami juga ingin berkongsi pengetahuan dengan murid-murid lain
tentang proses membuat coklat yang menjadi kegemaran lain. Lawatan sambil
belajar ini juga dapat memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan peserta
lawatan bagai aur dengan tebing.
5. Untuk makluman pihak tuan, kami juga akan menganjurkan beberapa
pertandingan yang menarik untuk para peserta. Antaranya, pertandingan hiasan
coklat dengan cara yang kreatif. Kami ingin memohon jasa baik tuan untuk
menyediakan satu ruang khas untuk kami menjalankan aktiviti ini dan juga coklat
untuk dihias dan hadiah untuk pemenang. Kami akan menyediakan bahan-bahan
lain yang diperlukan.
6. Selain itu, kami juga ingin merakam gambar di kawasan sekitar kilang untuk
dipamerkan semasa pameran Karnival Bahasa Malaysia yang akan dijalankan pada
bulan Oktober nanti. Gambar-gambar ini sedikit sebanyak dapat memberi informasi
kepada murid-murid tentang pemprosesan coklat dan memupuk minat mereka untuk
menyertai lawatan seumpama ini pada masa akan datang.
7. Kami berharap pihak taun akan menyediakan sedikit cenderahati untuk
sebagai kenangan. Kami juga berharap permohonan kami akan dipertimbangkan
dengan segera. Segala kerjasama daripada tuan, kami ucapkan berbanyak-banyak
terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

(KATRINA BINTI OMAR)


Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
SK Methodist(ACS)

Salmah Binti Daud,


No.2, Jalan Anggerik Aranda,
Kota Kemuning,
40460 Klang,
Selangor Darul Ehsan

Pengurus,
Syarikat Buku Achievers,
No 23, Jalan Persiaran,
Seksyen 27,
40400 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN 11 JULAI 2017

Tuan,
Memesan Buku daripada Syarikat Buku Achievers
Perkara di atas dirujuk.
2. Saya Salmah Bt. Daud, murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning
ingin memesan buku daripada syarikat buku tuan. Syarikat tuan juga menawarkan
buku- buku terdapat di kedai tuan. Syarikat tuan juga menawarkan buku-buku
daripada penerbit yang berbeza seperti Sasbadi, InfoDidik, Pelangi, Setia Emas dan
sebagainya. Harganya juga berpatutan dan terdapat pelbagai pilihan.
3. Untuk makluman pihak tuan, saya ingin memesan buku-buku ini untuk
digunakan pada bulan hadapan. Memandangkan peperiksaan UPSR tidak lama lagi,
saya ingin membuat revisi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan nanti. Saya
percaya buku-buku ini dapat membantu saya membuat latihan ekspres dan mampu
semua A dalam peperiksaan UPSR nanti.

4. Berikut ialah buku-buku yang kami pesan:


Bil Judul Buku Penerbit Harga
1. Skor A UPSR Bahasa Malaysia Sasbadi RM 7.90
2. Soalan SPOT Bahasa Malaysia InfoDidik RM 6.90
3. Revisi Lengkap Bahasa Malaysia Pelangi RM 5.90
4. Kertas Ramalan Bahasa Malaysia PEP RM 8.90
5. Cemerlang Bahasa Malaysia UPSR Fajar RM 7.90
JUMLAH RM 37.50

5. Saya amat berharap pihak tuan akan menghantar buku-buku ini dengan
segera kepada alamat seperti tertera di atas. Saya perlu membuat latihan dengan
segera memandangkan peperiksaan UPSR hanya ada bulan. Segala kerjasama
daripada pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

(SALMAH BT. DAUD)


No. 25, Jalan Selayang,
Taman Bakawali,
40400 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

25 MAC 2012
Menemui sahabatku, Christopher Ronaldo yang kini berada di Perth, Australia.

Saudara,
Apa khabar saudara di sana? Saya berharap saudara sentiasa berada dalam
keadaan sihat walafiat di sisi keluarga tercinta. Saya dan keluarga di sini juga sihat-
sihat belaka.
Terlebih dahulu, saya memohon maaf kerana lewat membalas surat saudara
kerana sibuk mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang
akan datang. Tujuan saya menulis ini adalah untuk menceritakan tempat-tempat
menarik yang terdapat di Malaysia seperti yang ditanya oleh saudara dalam surat
yang lalu.
Untuk pengetahuan saudara, terdapat pelbagai tempat menarik di Malaysia
yang boleh menjadi destinasi pelancongan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Antaranya, Melaka Bandar Raya Bersejarah. Kota A Famosa di negeri Melaka
merupakan lokasi yang sangat penting. Sebenarnya, Kota A Famosa merupakan kubu
pertahanan Portugis yang masih kukuh bangunannya sehingga kini. Jika ke negeri
Melaka, kita harus mengunjungi Cowboy Town dan menyaksikan tarian Portugis.
Kita juga boleh membeli-belah di Malacca Parade dan mengunjungi Perigi Hang
Tuah, Bangunan Stadhuys dan lokasi-lokasi lain. Taman Buaya Melaka juga menjadi
lokasi menarik yang sering dikunjungi pada musim cuti.
Selain itu, Pulau Langkawi turut menjadi daya tarikan pelancong. Pulau
Langkawi pernah disumpah oleh Mahsuri selama tujuh kurun tetapi kini Langkawi
seperti Telaga Air Panas, Makam Mahsuri, Underwater World dan sebagainya.
Langkawi juga terkenal dengan Dataran Lang yang mempunyai Arca Burung Helang
dan kita boleh menghirup udara segar di Pantai Rhu yang sangat indah.

Di samping itu, jika saudara pergi ke Pulau Pinang sudah tentu saudara
akan jatuh cinta. Pulau Pinang atau dikenali sebagai Pulau Mutiara sering menerima
kunjungan pelancong-pelancong asing saban hari. Antara lokasi menarik di sini ialah
Jambatan Pulau Pinang, jambatan terpanjang di Malaysia, Pagoda, Gurney Drive dan
pusat beli-belah seperti KOMTAR. Pengunjung juga tidak akan ketinggalan
menikmati makanan di sini yang enak seperti Laksa Penang, nasi kandar, nasi dagang
dan pelbagai menu masakan yang lain.
Seterusnya, negeri Sabah atau dikenali sebagai negeri di bawah bayu turut
mempunyai tempat-tempat yang menarik. Jika ke negeri Sabah, kita boleh mendaki
Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia dan melihat keindahan Sungai
Kinabatangan, sungai terpanjang di Sabah. Kita juga boleh mengunjungi Hot Spring
di Kota Kinabalu dan melihat orang Utan di Pusat Pemuliharaan Orang Utan di
Sepilok, Sandakan. Pelbagai suku kaum juga terdapat di Sabah seperti Kadazan,
Dusun, Sumazau dan lain-lain lagi.
Saya rasa saudara sudah dapat membayangkan betapa indahnya
Malaysia yang kaya dengan pelbagai tempat pelancongan. Jika saudara berpeluang
untuk datang ke Malaysia pada satu hari nanti, bolehlah saya membawa saudara
berjalan-jalan ke semua tempat ini. Setakat ini sahaja warkah saya pada kali ini.
Jumpa lagi.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

(CHENG LI YANG)
Ciri- ciri murid cemerlang
Setiap murid mempunyai impian untuk menjadi murid cemerlang. Murid yang
cemerlang ialah murid yang hebat dalam segala aspek sama ada dalam akademik atau
kokurikulum. Contohya, mencapai keputusan yang cemerlang, melibatkan diri dalam
aktiviti kokurikulum di peringkat daerah,negeri ,kebangsaan dan sebagainya. Murid
yang cemerlang akan menaikkan imej sekolah dan menjadi kebanggaan ibu bapa.
Seseorang murid yang cemerlang akan sentiasa bersedia dengan sebarang
ujian atau peperiksaan. Mereka akan mengulang kaji pelajaran lebih awal dan
bukannya pada saat-saat akhir. Mereka akan membuat nota-nota yang lengkap dan
sentiasa menghafal fakta-fakta penting. Persediaan yang lengkap ini akan membantu
murid-murid ini menghadapi peperiksaan dalam keadaan yakin. Seperti sediakan
payung sebelum hujan.
Seorang murid cemerlang juga tekun membuat ulang kaji. Mereka tidak
kenal erti malas dan sentiasa menelaah pelajaran tanpa mengira masa. Mereka juga
sentiasa membuat latih tubi untuk memperbaik kelemahan dalam topik- topik
tertentu. Mereka turut mengunjungi perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran
dalam keadaan yang tenang kerana selangkah ke perpustakaan membawa seribu
pengetahuan.
Seorang murid yang cemerlang sentiasa mempunyai minda yang terbuka.
Mereka tidak mudah berputus asa, berusaha dengan gigih, bangun daripada
kekalahan dan sanggup berkongsi pengetahuan. Dengan adanya fikiran yang positif
ini, mereka mampu untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Disiplin diri yang baik
ini mampu mencorakkan kejayaan kerana Usaha Tangga Kejayaan.
Murid cemerlang juga sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai
informasi supaya tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Mereka cuba
mencari maklumat-maklumat tambahan dengan membaca majalah, jurnal dan
melayari Internet. Semua informasi yang diperoleh boleh digunakan dalam
peperiksaan seperti karangan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Dengan ini, ilmu
pengetahuan semakin bertambah seperti sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
Kesimpulannya, ibu bapa harus memastikan anak-anak mereka sentiasa
cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Pihak sekolah juga harus bekerja
keras untuk melahirkan murid cemerlang. Pelbagai pihak harus bekerjasama bagai
aur dengan tebing untuk membentuk lebih ramai murid cemerlang pada masa akan
datang.

Kebaikan Gotong-Royong
Pada zaman moden ini, amalan gotong-royong semakin diabaikan dalam
kalangan masyarakat. Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak mempunyai masa
untuk melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong. Gotong-royong biasanya
dijalankan secara beramai-ramai untuk membersihkan dan menceriakan sesuatu
kawasan seperti kawasan perumahan, sekolah, balai raya dan sebagainya. Amalan
gotong-royong boleh dilakukan bersama-sama kerana Muafakat Membawa Berkat.
Gotong-royong biasanya melibatkan penduduk pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina dan India. Dengan adanya aktiviti gotong-royong di kawasan
perumahan, semua kaum dapat menjalankan kerja-kerja pembersihan dengan cara
membahagikan tugas secara sama rata. Pada masa itu, mereka dapat menjalnkan
hubungan yang rapat sesama jiran tetangga bagai isi dengan kuku.
Apabila semua pihak bekerjasama menjalankan kerja-kerja membersihkan
longkang, menebas rumput, menanam pokok bunga dan kerja-kerja lain, sudah tentu
kerja dapat dibereskan dengan cepat. Kita tidak perlu membayar upah yang mahal
untuk membawa pekerja dari tempat lain untuk membersihkan kawasan tempat
tinggal kita. Bak kata pepatah ada beras semua kerja deras.
Seandainya kita tidak mengamalkan gotong-royong, sesuatu kawasan akan
kelihatan kotor dan mencacatkan pemandangan alam sekitar. Gotong-royong bukan
sahaja membersihkan sesuatu tempat malah turut menceriakan kawasan sekitar
dengan pokok bunga yang menarik, taman sains, taman herba, air terjun mini dan
sebagainya. Kebersihan alam sekitar akan meningkatkan imej negara.
Aktiviti gotong-royong juga menjauhi seseorang daripada penyakit. Hal ini
demikian kerana apabila kita bergotong-royong, badan akan mengeluarkan peluh,
darah mengalir lancar dan otot-otot berfungsi dengan baik. Keadaan ini sudah tentu
menghilangkan tekanan, mengawal berat badan dan terhindar daripada masalah
kesihatan bak kata pepatah “ Badan Cergas,Otak Cerdas”.
Amalan bergotong-royong memberi manfaat kepada semua individu. Ibu
bapa harus menggalakkan anak-anak terlibat dalam aktiviti gotong-royong sejak
kecil. Pihak sekolah juga hendaklah mengadakan gotong-royong perdana di sekolah
dari semasa ke semasa. Kerjasama daripada semua pihak akan membawa kebaikan
kerana “Kata Sepakat Membawa Berkat”.

Khasiat Buah-Buahan Tempatan


Buah-buahan tempatan semakin mendapat perhatian dalam kalangan
masyarakat pada zaman moden ini. Buah-buahan tempatan merupakan buah yang
dihasilkan di dalam negara. Contohnya, buah pisang, durian, tembikai, mempelam
dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat kini sedar bahawa buah-buahan tempatan
mempunyai khasiat yang banyak.
Buah-buahan tempatan tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan
buah-buahan import kerana menjanjikan kesihatan yang baik. Contohnya, buah
mangga yang digemari ramai berfungsi melancarkan darah di dalam tubuh badan
manusia. Buah pisang boleh mengawal tekanan darah, masalah jantung dan
menguatkan ingatan. Pengambilan buah-buahan ini saban hari membantu kita
menjauhi diri daripada pelbagai penyakit kerana “Badan Cergas Otak Cerdas”.
Buah-buahan tempatan seperti rambutan,langsat, duku, manggis dan
sebagainya mudah didapati di mana-mana sahaja ada di kedai, gerai, pasar raya atau
tempat-tempat lain. Buah-buahan ini juga sentiasa segar dan harganya murah kerana
tidak memerlukan kos pengangkutan yang tinggi seperti buah-buahan import. Semua
orang mampu menikmati buah-buahan tempatan yang enak dan berpatutan harganya.
Dengan adanya pelbagai buah-buahan tempatan di pasaran, imej negara di
pasaran, imej negara di mata dunia meningkat. Buah-buahan tempatan banyak
digunakan sebagai menu masakan di restoran dan hotel-hotel bertaraf lima bintang.
Contohnya, buah nanas, tembikai,pisang dan lain-lain lagi sering dijadikan hiasan
menarik oleh para chef. Pelancong asing mula tertarik oleh buah-buahan tempatan
yang banyak khasiatnya.
Kesimpulannya, rakyat Malaysia harus menyokong buah-buahan tempatan.
Makan buah-buahan tempatan harus bermula dari rumah kerana ibu bapa perlu
mendorong anak-anak makan buah-buahan ini. Marilah kita menikmati khasiat buah-
buahan tempatan yang dihasilkan di bumi bertuah ini.
Kepentingan Perpaduan
Perpaduan merupakan aspek yang penting kepada rakyat Malaysia. Tanpa
perpaduan kita tidak dapat hidup bersatu kerana bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah sentiasa memahami antara satu sama
lain,menghormati dan menunjukkan sikap bekerjasama. Terdapat pelbagai faedah
perpaduan kepada masyarakat.
Jika kita hidup bersatu padu, kita akan mencintai negara kita. Kita akan
sentiasa menghormati bendera negara, menghormati sultan atau raja, tidak akan
bergaduh antara satu sama lain. Sekiranya keamanan negara terjejas, semua kaum
akan bekerjasama untuk mempertahankan negara.
Amalan bersatu padu akan menyebabkan masyarakat luar negara akan
menghormati negara kita. Mereka akan memandang tinggi kepada Malaysia kerana
negara kita mempunyai pelbagai kaum tetapi dapat mengekalkan perpaduan. Nama
baik negara akan terus terjaga di mata dunia.
Perpaduan juga akan menjaga kestabilan ekonomi, politik dan sosial. Orang
lain tidak akan datang mengancam negara kita,peperangan dan perkara buruk tidak
akan berlaku kerana rakyat yang bersatu padu. Keamanan negara akan terus
terpelihara dan kita akan hidup harmoni.
Masyarakat yang hidup bersatu padu juga akan menunjukkan sikap-sikap yang
baik seperti bantu-membantu antara satu sama lain, sentiasa bertegur sapa, tidak
bermusuh dengan orang lain dan lain-lain lagi. Dengan ini, kita dapat mengelakkan
jenayah dan melahirkan masyarakat penyayang. Kita dapat melahirkan rakyat yang
sentiasa berfikiran positif.
Jelaslah di sini bahawa perpaduan sangat penting kepada kita. Tanpa
perpaduan, kita tidak boleh hidup bahagia dan sudah tentu kita akan ditimpa bahaya.
Marilah kita memelihara perpaduan supaya kita hidup harmoni.
Faedah Bersukan
Saban hari, sukan menjadi aktiviti penting dalam kehidupan manusia. Sukan
merupakan kegiatan yang melibatkan fizikal dan mental. Contohnya, kelab dan
persatuan, unit beruniform dan sukan serta permainan. Jika kita aktif bersukan, “
Badan Cergas, Otak Cerdas ”.
Antara faedah bersukan adalah menjamin kesihatan. Apabila seseorang
bersukan seperti bermain badminton, bermain bola sepak, terlibat dalam olahraga dan
sebagainya, badan mereka mengeluarkan peluh dan darah mengalir lancar. Dengan
ini, kita dapat menjauhi diri daripada penyakit seperti kegemukan (obesiti), tekanan
dan pelbagai lagi. Keadaan ini dapat melahirkan rakyat yang sihat kerana “ Rakyat
Sihat Negara Maju.
Selain itu, sukan juga dapat mendisiplinkan diri seseorang murid. Dengan
mengambil bahagia dalam acara kawad dan perkhemahan, murid akan belajar untuk
menepati masa, berpakaian kemas, berdikari dan sebagainya. Murid-murid dapat
memupuk nilai-nilai moral dan mempunyai sikap yang terpuji.
Di samping itu, seseorang murid juga akan mendapat kenalan baharu melalui
aktiviti sukan. Seandainya seseorang mewakili sekolah ke peringkat lain, mereka
akan banyak mendapat rakan-rakan baharu dari sekolah lain. Kesannya mereka boleh
berkongsi pengetahuan dan pengalaman.
Sukan juga melahirkan murid yang cerdik pandai. Murid-murid yang sangat
aktif dalam kegiatan sukan, sentiasa cergas dan dapat menerima pelajaran dengan
mudah. Mereka tidak akan berasa cepat letih, mengantuk dan sebagainya. Sukan juga
menjana pemikiran yang sihat dan sentiasa positif.
Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu untuk memajukan sukan.
Ibu bapa harus menggalakan anak-anak bersukan sejak kecil seperti melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Pihak sekolah juga harus menganjurkan aktiviti sukan yang
menarik.
Laporan Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning (2)
Pada 16 Mei 2010, Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning(2) telah mengadakan
sambutan Hari Guru bertempat di tapak perhimpunan. Sambutan kali ini diadakan
dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Antara tetamu khas yang menceriakan
sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah Pegawai Pelajaran Daerah Klang, Pengerusi
Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan beberapa orang ahli jawatankuasa PIBG, murid-
murid berkumpul di tapak perhimpunan pada jam 7.30 pagi. Para jemputan khas,
guru besar dan guru-guru mengambil tempat masing-masing.
Tujuan sambutan ini diadakan untuk meraikan jasa guru-guru mendidik murid
tanpa mengenal erti jemu. Tepat jam 8.00 pagi, sesi perhimpunan dimulakan. Semua
tetamu jemputan dan warga sekolah menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri
Selangor dan lagu sekolah. Majlis pada pagi itu dimulakan dengan bacaan perutusan
Menteri Pelajaran dan perutusan Perdana Menteri. Pegawai Pelajaran Daerah Klang
dan guru besar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru atas
pengorbanan mereka selama ini.
Sebagai pembuka tirai sambutan Hari Guru, dipersembahkan deklamasi sajak
Guru Oh Guru oleh murid tahun 6 Liparis. Guru-guru juga menunjukkan bakat
mereka dalam persembahan koir. Sebuah lagu telah disampaikan iaitu Kami Guru
Malaysia dengan paduan suara yang unik. Badan pengawas sekolah telah
mengedarkan kad Hari Guru, bunga dan cenderahati kepada semua guru. Guru Besar
mengetuai acara memotong kek yang tertulis ucapan “ Terima Kasih Guru”. Murid-
murid dibenarkan berehat selama setengah jam sebelum memulakan acara lain.
Tepat jam 10.30 pagi, dimulakan acara sukaneka untuk guru-guru. Pelbagai
acara dianjurkan seperti mencari guli di dalam tepung, membawa telur di dalam
sudu, meniup belon, lari di dalam guni dan sebagainya. Guru-guru amat teruja oleh
aktiviti-aktiviti tersebut. Kumpulan Roti Bakar memenangi acara sukaneka.
Pertandingan Futsal turut diadakan antara guru dan murid.
Sambutan Hari Guru dimeriahkan dengan persembahan murid. Murid-murid
Tahun Empat mempersembahkan tarian Satu Malaysia. Murid-murid Tahun Lima
mempersembahkan lagu Medley yang amat menarik. Persembahan pantonim turut
mewarnai sambutan pada kali ini. Guru-guru menunjukkan bakat lakonan yang
mengagumkan. Ada juga murid yang memainkan alat muzik dengan hebat sekali.
Sebagai acara penutup diadakan majlis penyampaian hadiah. Anugerah Tokoh Guru
diberikan kepadata Puan Maznah Bt. Ismail. Puan Chong memenangi gelaran Guru
Paling Bergaya. Puan Parames pula mendapat Anugerah Guru Paling Mesra.
Pertandingan Futsal telah dimenangi oleh kumpulan guru. Hadiah telah disampaikan
oleh Pegawai Pelajaran Daerah Klang. Sambutan Hari Guru pada tahun ini berjalan
dengan lancar. Guru-guru dan murid terhibur dengan semua acara yang dianjurkan.
Diharap lebih banyak program menarik akan diadakan pada tahun hadapan.

Laporan disediakan oleh, 23 MEI 2010


(NORLIZA BINTI OMAR)
Setiausaha,
Sambutan Hari Guru,
Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning(2)
Kebaikan Membawa Bekal Ke Sekolah
Amalan membawa bekal ke sekolah perlu digalakkan dalam kalangan
masyarakat. Membawa bekal ke sekolah sememangnya banyak membawa manfaat
kepada murid-murid. Ibu bapa kini terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga tidak
mempunyai masa untuk menyediakan bekalan untuk anak-anak. Walau
bagaimanapun ibu bapa harus menyediakan bekalan demi kepentingan anak-anak.
Dengan membawa bekalan ke sekolah, ibu bapa dapat memastikan kesihatan
anak-anak terjamin. Ibu bapa boleh membekalkan makanan seperti roti, biskut, salad,
nasi goreng dan sebagainya. Ibu bapa juga boleh memastikan makanan yang
berkhasiat dan seimbang sesuai untuk tumbesaran anak-anak mereka kerana “Badan
Cergas Otak Cerdas”.
Jika anak-anak membawa bekal dari rumah sudah tentu kebersihannya
terjamin. Makanan yang disediakan di kantin atau dibeli di luar ada kalanya tidak
menepati aspek kebersihan. Masalah keracunan makanan berlaku dan anak-anak
selalunya mengalami masalah muntah serta cirit-birit.
Sekiranya seseorang murid membawa bekalan dari rumah, mereka dapat
menjimatkan masa. Mereka tidak perlu beratur panjang dan berebut-rebut dengan
rakan mereka. Kadang kala mereka terpaksa makan dengan cepat kerana masa rehat
hampir tamat.
Ibu bapa dapat mengurangkan perbelanjaan mereka jika menyediakan bekalan
makanan ke sekolah. Memandangkan kos hidup yang semakin meningkat kini, harga
barangan semakin baik. Ibu bapa harus berjimat cermat semata-mata untuk masa
depan anak-anak.
Kesimpulannya, ibu bapa harus berusaha untuk menyediakan bekal untuk
anak-anak. Mereka harus sedar kesihatan anak-anak penting supaya proses
pembelajaran berjalan lancar. Oleh itu, membawa bekalan makanan ke sekolah harus
dijadikan amalan dalam kehidupan kita.
Cara-cara menceriakan sekolah
Keceriaan sekolah merupakan aspek penting untuk mewujudkan suasana yang
sejuk mata memandang. Keceriaan bukan diukur dari segi kecantikan sahaja malah
juga mengambil kira aspek kebersihan. Pelbagai cara boleh digunakan untuk
menceriakan kawasan sekolah supaya murid-murid dapat belajar dalam suasana yang
selesa.
Sudah menjadi tanggungjawab setiap murid di sekolah untuk menceriakan bilik
darjah mereka. Antara aspek yang perlu diberi keutamaan ialah jadual tugasan harian,
carta organisasi, sudut bacaan, papan kenyataan dan sebagainya. Kesemua ruang ini
perlu dilengkapkan. Kelas juga boleh dicat dan digantung poster serta ditampal kata-
kata hikmat.
Pihak sekolah boleh membina pondok bacaan di kawasan yang sesuai. Pondok
bacaan ini boleh dilengkapi dengan bahan-bahan bacaan seperti majalah, risalah dan
sebagainya. Sekiranya, murid-murid bertandang ke pondok bacaan ini pada wakty
rehat, mereka boleh membaca bahan bacaan yang terdapat di sini.
Murid-murid sekolah dengan bantuan guru boleh bekerjasama seperti aur
dengan tebing untuk melukis mural pada dinding. Mural tersebut boleh bertemakan
alam semula jadi, tokoh negara dan sebagainya. Mural-mural yang dilukis juga boleh
memberi mesej berguna kepada murid.
Di samping itu, murid-murid juga bergotong-royong untuk membina taman
herba di sekolah mereka. Pelbagai jenis herba yang untuk kesihatan boleh ditanam
dan diletakkan tanda nama. Kolam ikan boleh ditempatkan di salah satu sudut taman
ini. Taman ini boleh menceriakan kawasan sekolah.
Kesimpulannya, kerjasama semua warga sekolah dapat menceriakan kawasan
sekolah kerana “ Muafakat Membawa Berkat ”. Pihak sekolah juga boleh
menganjurkan Pertandingan Keceriaan untuk memupuk minat murid. Gotong-royong
boleh dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan keceriaan sekolah
sentiasa diutamakan.
Cara-cara Menceriakan Kelas
Keceriaan kelas merupakan aspek penting dalam menjaga kebersihan
sesebuah sekolah. Sebagai guru kelas, apakah peranan yang perlu dimainkan agar
kelas bukan sahaja terletak di tangan guru, malahan murid-murid turut menggalas
tanggungjawab tersebut. Pelbagai cara boleh digunakan untuk menceriakan kelas.
Pada awal tahun lagi, guru harus membuat perancangan yang teliti agar setiap
ruang di dalam kelas diceriakan. Perkara pertama yang perlu diutamakan ialah sudut
buletin kelas. Sudut buletin kelas haruslah diserikan dengan informasi-informasi
yang padat dan boleh diambil daripada artikel-artikel di dalam surat khabar, majalah
dan sebagainya. Sudut buletin ini juga boleh ditampal dengan gambar-gambar
berwarna, potret dan pelbagai lagi.
Selain itu, sudut bacaan juga boleh diwujudkan memandangkan program
NILAM merupakan program penting sekolah. Guru boleh membimbing murid
membawa bahan-bahan bacaan yang bermanfaat seperti buku-buku cerita, majalah,
jurnal dan sebagainya. Bahan- bahan bacaan ini perlulah disusun rapi di sudut kelas.
Meja untuk menempatkan bahan-bahan ilmiah itu mestilah beralas dan dihias dengan
jambangan bunga agar kelihatan ceria.
Kalau juga boleh dihias dengan kata-kata hikmat. Kata-kata hikmat ini boleh
dihasilkan dalam kertas berwarna, kad manila atau polisterin. Kata-kata hikmat ini
boleh ditampal pada dinding sama ada di hadapan kelas atau di bahagian belakang
kelas. Hal ini bukan sahaja menceriakan kelas malah membentuk motivasi diri.
Murid-murid juga harus sentiasa menjaga kebersihan kelas. Murid-murid
boleh bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk melakukan gotong-royong. Kelas
mestilah sentiasa disapu, tingkap digilap dari semasa ke semasa dan memastikan
kelas tidak berhabuk. Murid-murid haruslah melaksanakan tugas mengikut carta
organisasi dan jadual tugas yang ditampal di dalam kelas.
Dengan ini jelas, keceriaan kelas harus diberi keutamaan di semua sekolah.
Semua pihak perlulah “ Berganding bahu seperti berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing agar kelas sentiasa ceria. Pihak PIBG juga boleh menyalurkan sejumlah
wang untuk memastikan keceriaan kelas sentiasa terpelihara.
Sekolah Impianku
Setiap murid memasang impian untuk memiliki sebuah sekolah impian
mengikut citarasa masing-masing. Saya juga memiliki impian untuk mempunyai
sebuah sekolah yang hebat dan ceria. Sekolah bukan sahaja berperanan sebagai
institusi pendidikan yang menyalurkan pelbagai informasi malahan mampu menarik
minat murid.
Selaras dengan impian saya ini, saya ingin memiliki sebuah sekolah yang kaya
dengan persekitaran yang menarik. Pendek kata, saya ingin akan Sekolah Hijau atau
sekolah dalam taman. Pihak sekolah harus memperuntukkan wang untuk membina
taman mini orkid, taman sains dan taman herba dengan landskap yang menarik.
Perubahan fizikal sekolah yang mantap membawa imej yang baik kepada sekolah
dan sekaligus menggamit murid untuk datang ke sekolah kerana dapat belajar dalam
suasana yang selesa.
Selain itu, saya juga mengimpikan sebuah sekolah yang mempunyai guru-guru
dan murid yang sentiasa berfikiran positif. Guru-guru haruslah menyampaikan
pengajaran yang berkesan dan menyumbang kepada peningkatan prestasi murid.
Saya juga inginkan rakan-rakan yang sentiasa mengamalkan muafakat kerana “
Muafakat membawa berkat”. Hubungan yang akrab antara guru dan murid ini akan
mencetuskan suasana sekolah yang harmoni.
Di samping itu, saya juga mahukan sekolah yang mengutamakan pencapaian
akademik dan kokurikulum. Program-program peningkatan prestasi perlu
dijalankan,kelas tambahan,kelas ekspres UPSR, Bengkel Teknik Menjawab dan
sebagainya. Pada masa yang sama, kegiatan kokurikulum perlu dimantapkan supaya
murid boleh mewakili sekolah ke peringkat daerah, kebangsaan dan sebagainya.
Impian saya juga akan tercapai sekiranya dapat melahirkan sebuah sekolah
yang mempunyai disiplin yang tinggi. Murid-murid perlu mempunyai disiplin atau
sahsiah yang terpuji. Disiplin yang kukuh akan mencorakkan keperibadian murid
yang mulia yang mulia dan keperibadian murid yang mulia dan imej sekolah tidak
akan tercalar.
Kesimpulannya, saya amat berharap impian yang terbuku di dalam hati saya
ini akan tercapai nanti sebelum saya melangkah keluar dari alam persekolahan.
Semoga Tuhan akan merestui impian saya yang murni ini. Usaha semua pihak
mampu mengubah segala-galanya.
Kepentingan Tuisyen
Dalam arus pendidikan yang semakin mencabar ini, ibu bapa gemar
menghantar anak-anak mereka untuk mengikuti kelas tuisyen. Tuisyen dapat
ditakrifkan sebagai bimbingan tambahan untuk mencapai prestasi akademik yang
cemerlang. Dengan mengikuti kelas tuisyen, ibu bapa percaya anak-anak mereka
dapat memperbaik kelemahan mereka “ Sedikit demi sedikit seperti sehari selembar
benang, lama-lama menjadi kain.
Ibu bapa sekarang sanggup menghantar anak-anak ke kelas tuisyen walaupun
bayarannya mahal. Hal ini demikian kerana murid-murid banyak diberi latihan untuk
memantapkan penguasaan mereka dalam topik-topik tertentu. Latih tubi yang banyak
membolehkan murid-murid menguasai teknik menjawab yang berkesan.
Kebanyakan pusat tuisyen yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan
menjadikan motivasi sebagai pakej penting. Sesi motivasi ini dijalankan supaya
murid berminat untuk belajar dan membentuk keyakinan diri. Misalnya, murid-
murid diajar cara mengurus masa, mengawal pemakanan dan mengurangkan tekanan.
Biasanya apabila ada masa senggang,murid-murid gemar menonton
televisyen atau melayari Internet sehingga mengabaikan pelajaran. Ibu bapa terpaksa
bertekak dengan anak-anak supaya mengulang kaji pelajaran. Dengan menghadiri
kelas tuisyen,perkara ini dapat dielakkan.
Kelas-kelas tuisyen banyak membantu murid dengan membincangkan
soalan-soalan percubaan setiap negeri dan soalan ramalan. Murid-murid terdedah
kepada pelbagai jenis soalan peperiksaan dan kehendak soalan. Murid-murid lebih
bersedia dan tidak wujud perasaan gementar di dalam diri.
Sudah terang lagi bersuluh, kelas tuisyen sememangnya banyak membawa
faedah kepada murid-murid. Oleh itu, pusat-pusat tuisyen dan guru tuisyen harus
berusaha dengan gigih agar murid-murid dapat mencapai kecemerlangan kerana
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Faedah Kokurikulum
Dewasa ini, aktiviti kokurikulum semakin diberi perhatian di semua sekolah di
Malaysia. Kokurikulum dapat ditakrifkan sebagai aktiviti di luar bilik darjah yang
merangkumi aktiviti sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta unit beruniform.
Aktiviti kokurikulum memberi pendedahan kepada murid-murid tentang pelbagai
aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.
Apabila seseorang murid menyertai aktiviti sukan ,permainan seperti silat,
karate, taekwando dan olahraga, mereka dapat mencergaskan tubuh badan kerana “
Badan Cergas, Otak Cerdas”.Aktiviti sukan membolehkan badan mengeluarkan
peluh, darah mengalir lancar dan otot-otot berfungsi dengan baik. Penyakit seperti
tekanan darah, obesiti dan sebagainya dapat dihindari.
Murid-murid yang terlibat dalam aktiviti perkhemahan, kawad kaki dan
sebagainya membolehkan mereka mematuhi peraturan,menepati masa, berpakaian
kemas dan sebagainya. Dengan ini, jelas aktiviti kokurikulum mampu menyemai
nilai-nilai yang positif sejak pada alam persekolahan seperti “ Melentur buluh biarlah
dari rebungnya.
Melalui aktiviti kokurikulum, murid-murid perlu menghadiri pelbagai aktiviti
yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti mewakili sekolah ke peringkat daerah,
perkhemahan dan sebagainya. Keadaan ini dapat menghindari murid-murid daripada
terlibat dalam kegiatan tidak bermoral seperti menolak, melepak dan salah laku lain
yang hanya akan menconteng arang ke muka keluarga.
Aktiviti kokurikulum sebenarnya memantapkan daya pemikiran murid. Aktiviti
seperti kuiz, teka silang kata, syarahan, pidato, perbahasan dan aktiviti lain menguji
minda murid dan murid perlu berfikir secara matang untuk menyampaikan sesuatu
hujah yang bernas.
Kesimpulannya,ibu bapa harus menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti
kokurikulum. Pihak sekolah juga harus menganjurkan aktiviti kokurikulum yang
menarik. Sama-samalah kita menyertai aktiviti kokurikulum untuk kebaikan
bersama.
Kemalangan Jalan Raya
Dewasa ini, kes kemalangan jalan raya semakin meningkat bagai cendawan
tumbuh selepas hujan. Saban hari, kita boleh melihat isu tentang kemalangan jalan
raya yang menghiasi dada-dada akhbar. Walaupun pelbagai langkah diambil, namun
masalah ini tiada penghujungnya.
Pelbagai punca yang menyebabkan kemalangan berlaku. Antara kesenakan
lalu lintas. Jalan raya yang sesak terutama pada waktu petang selepas waktu kerja
banyak mengundang kemalangan. Kadang kala kemalangan yang berlaku pada
musim perayaan turut disebabkan kenderaan yang bertali arus.
Selain itu, keadaan cuaca juga menyumbang kepada kemalangan jalan raya.
Cuaca yang buruk terutama pada masa hujan lebat, keadaan jalan raya sangat licin
dan berlopak-lopak. Hal ini menyebabkan pemandu hilang kawalan dan kenderaan
terbabas. Jalan raya yang gelap dan tiada lampu jalan juga menyebabkan penglihatan
pemandu tidak jelas.
Di samping itu, sikap cuai pemandu juga mengakibatkan jumlah kemalangan
semakin bertambah. Pemandu yang cuai biasanya tidak memeriksa kenderaan
sebelum memulakan perjalanan. Keadaan brek yang tidak makan, lampu yang tidak
berfungsi sebagainya menjadi punca kemalangan berlaku.
Tambahan pula, pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk juga
menyebabkan kemalangan semakin menjadi-jadi. Ada pemandu yang mengambil
minuman beralkohol yang berlebihan. Hal ini menyebabkan mereka sewaktu di jalan
raya terancam.
Kesimpulannya, setiap pemandu harus sedar “ Malang Tidak Berbau”. Ops
sikap perlu diteruskan supaya pihak polis dapat memantau sikap pemandu di jalan
raya. Semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi mengatasi
masalah ini.
Ucapan Perpisahan Guru
Selamat sejahtera kepada Guru Besar, guru-guru penolong kanan,barisan guru
dan rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada semua kerana
memberi pelaung untuk saya menyampaikan sepatah dua kata pada pagi yang mulia
ini.
Seperti yang kita maklum, Puan Suzana binti Ismail akan berpindah je sekolah
lain mulai Isnin iaitu 20 Ogos 2010. Hari ini merupakan hari terakhir beliau
berkhidmat di sekolah ini. Puan Suzana berkhidmat di sekolah ini sejak tahun 2003
dan kini sudah mencecah tujuh tahun. Puan Suzana bukan sahaja menjawat jawatan
sebagai Penolong Kanan Kokurikulum malah beliau juga mengajar mata pelajaran
Matematik.
Puan Suzana seorang guru yang amat dedikasi sekali dan menjalankan
tanggungjawab beliau dengan sempurna. Sebagai penolong kanan kokurikulum,
beliau sangat giat sekali dalam bidang sukan.Banyak program telah dijalankan seperti
menganjurkan latihan olahraga dengan menjemput jurulatih dan Majlis Sukan
Peringkat Negeri. Beliau juga banyak menganjurkan pertandingan yang berkesan.
Lantaran itu, sekolah kita telah meraih anugerah sekolah terbaik dalam olahraga
peringkat daerah dua tahun berturut-turut.
Puan Suzana juga menjadi batu loncatan ke arah peningkatan pencapaian bagi
mata pelajaran Matematik di peringkat UPSR. Tiga tahun belakangan ini, kita
mendapat 100% pencapaian dalam mata pelajaran Matematik. Beliau banyak
mengadakan kelas tambahan dan latih tubi untuk murid-murid lemah seperti
belakang parang kalau diasah lagikan tajam.
Puan Suzana seorang yang sungguh prihatin sekali terhadap keceriaan sekolah.
Dengan kerjasama guru-guru bagai aur dengan tebing, beliau mengilhamkan Taman
Sains,Taman Orkid, pondok-pondok bacaan dan sebagainya. Beliau banyak memberi
sumbangan pokok-pokok bunga untuk menceriakan laman sekolah kita.
Puan Suzana seorang yang memiliki sifat-sifat keibuan. Beliau juga sentiasa
mencurahkan kasih sayang kepada anak muridnya bagai menatang minyak yang
penuh. Beliau tidak lupa memberi motivasi kepada murid-murid yang bermasalah
dan mendampingi mereka. Beliau meminta sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
untuk membantu murid-murid miskin.
Akhir kata, terima kasih Puan Suzana atas sumbangan cikgu selama ini. Kami
sentiasa mendoakan kesejahteraan Puan Suzana dan kejayaan beliau di sekolah
baharu nanti. Sebelum mengundur diri,terimalah serangkap pantun daripada saya.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Sekian terima kasih.
Faedah menjaga kesihatan diri
Kesihatan merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia. Tanpa
kesihatan diri, kehidupan manusia seperti lumpuh dan tidak bermakna. Dewasa ini,
kita perlu menjaga kesihatan diri kerana “ Rakyat Sihat Negara Maju”.
Dengan menjaga kesihatan diri, kehidupan yang bahagia terjamin.Seandainya
kita menjaga kesihatan dengan baik tanpa sebarang penyakit seperti darah tinggi
kencing manis, sakit jantung dan sebagainya, kehidupan rutin dengan selesa tanpa
sebarang gangguan. Hubungan antara ahli keluarga akan kekal mesra bagai hempedu
lekat di hati.
Kesihatan diri yang baik membolehkan seseorang menjalankan kesihatan yang
sihat. Apabila kita sihat, kita boleh belajar bersungguh-sungguh dan mencapai cita-
cita yang diimpikan. Sekiranya kita tidak sihat,pergerakan kita terbatas dan tidak
mampu mengejar hasrat di dalam hati.
Jika rakyat sesebuah negara sihat dan sentiasa mengutamakan kesihatan,sudah
tentu mereka boleh menyumbang ke arah negara maju. Sumbangan rakyat untuk
membangunkan negara amat untuk memastikan ekonomi negara semakin mantap.
Apabila kita menjaga kesihatan diri, kita akan berasa lebih yakin untuk
menempuh cabaran. Di samping itu, kita akan berasa yakin untuk berhadapan dengan
orang lain. Hidup kita juga akan menjadi lebih bersemangat.
Kesimpulannya, kesihatan merupakan unsur kehidupan yang sangat penting.
Sama-samalah kita menjaga kesihatan demi masa depan yang lebih cemerlang. Oleh
itu, kita harus sedar bahawa “Kesihatan Asas Kebahagiaan”.
Kebaikan Senaman
Senaman merupakan aktiviti fizikal yang sangat penting supaya setiap
individu hidup sihat kerana “badan cergas otak cerdas”. Pelbagai jenis senaman yang
boleh dilakukan seperti berjoging, berbasikal, Tai Chi dan sebagainya. Senaman
sepatutnya dilakukan tiga atau empat kali seminggu.
Senaman menjamin kesihatan.Sekiranya, kita bersama sekurang-kurangnya
tiga puluh minit sehari, badan kita akan berpeluh, darah mengalir lancar dan otot-otot
berfungsi dengan baik. Kita akan dapat menghindari penyakit seperti kencing manis,
darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya.
Selain itu, senaman dapat mengawal berat badan. Hal ini dikatakan demikian
kerana senaman yang berterusan sama ada di rumah atau berkunjung ke gimnasium,
kita dapat mengawal berat badan. Badan akan kelihatan langsing dan membentuk
keyakinan diri. Keadaan ini akan mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan
masyarakat.
Di samping itu, senaman dapat mengeratkan hubungan. Hal ini dikatakan
demikian kerana senaman tidak semestinya dilakukan seorang diri. Kadang kala, kita
boleh berjoging bersama keluarga dan rakan-rakan pada waktu senggang. Hubungan
sesama rakan atau keluarga akan semakin rapat bagai isi dengan kuku.
Senaman dapat mengelakkan masalah sosial. Masa lapang seseorang boleh
digunakan untuk melakukan aktiviti berfaedah seperti bersenam. Apabila kita
menumpukan perhatian kepada aktiviti seumpama ini, kita tidak mudah terlibat
dalam gejala sosial seperti merokok, menagih dadah dan sebagainya. Masyarakat
dapat menghindari masalah sosial.
Kesimpulannya, masyarakat harus sedar akan kepentingan senaman kepada
setiap insan. Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak bersenam sejak kecil lagi
seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya. Marilah kita bersenam supaya
“Rakyat Sihat, Negara Maju”.
Ucapan Ketua Perpustakaan
Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia kepada Yang dihormati Puan
Maznah Bt Rosli, guru pusat sumber Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong dan rakan-
rakan seperjuangan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada
semua kerana memberi peluang untuk saya menyampaikan sepatah dua kata pada
pagi yang mulia ini.
Saya berasa amat teruja kerana telah dilantik sebagai Ketua Pustakawan bagi
sesi 2010. Pelantikan ini membuka satu lembaran baharu dalam hidup saya. Sebagai
seorang murid, tugas sebagai ketu pustakawan sememangnya tugas berat yang perlu
saya pikul sepanjang tahun ini. Berbekalkan pengalaman sebagai pustakawan sejak
tahun empat, saya berharap saya mampu menjalankan tanggungjawab yang
diamanahkan dengan sempurna.
Kini, sebagai ketua pustakawan,perkara pertama yang ingin saya lakukan
adalah menceriakan perpustakaan sekolah kita. Perubahan akan dilakukan pada
kedudukan rak buku. Satu sudut khas akan diwujudkan membolehkan murid-murid
membaca akhbar, majalah dan sebagainya sambil bersantai atas sofa. Langsir juga
akan ditukar kepada yang baharu. Sebuah televisyen bersaiz 32 inci akan
ditempatkan di salah satu ruang untuk memudahkan murid-murid menonton TV
pendidikan.
Selain itu, saya juga amat menekankan aspek kebersihan. Saya akan
memastikan semua bahan bacaan disusun rapi di atas rak, lantai sentiasa disapu dan
dibersihkan. Meja kerusi juga mesti disusun kemas. Saya akan memastikan
pustakawan yang bertugas menjalankan tanggungjawab mereka demi keselesaan
murid-murid ketika berada di perpustakaan.
Saya rasa rakan-rakan tahu, selangkah ke perpustakaan membawa seribu
pengetahuan. Oleh itu, saya bersama dengan Puan Maznah akan berbincang dengan
guru besar tentang kelengkapan komputer di perpustakaan ini. Kini, kita hanya
mempunyai sebuah komputer. Hal ini amat menyusahkan sekali guru-guru dan
pustakawan yang ingin menggunakan komputer untuk tujuan tertentu.
Tambahan pula, saya ingin menganjurkan lebih banyak aktiviti pada tahun ini.
Antara program yang akan dijalankan seperti Program NILAM, Program Drop A
Book, Bulan Membaca dan sebagainya. Pelbagai hadiah menarik yang akan
diberikan. Aktiviti seumpama ini akan diadakan untuk menarik minat murid terhadap
perpustakaan sekolah.
Akhir kata, saya berharap saya dapat melaksanakan semua tugas dengan sebaik
mungkin. Semoga doa para hadirin akan membuka jalan kepada kejayaan saya.
Setakat ini sahaja ucapan saya pada kali ini.
Sekian terima kasih.
Ucapan Ketua Murid
Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia kepada Yang berusaha Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Raja, En. Sabri Yaakob, yang dihormati guru-guru
penolong kanan,barisan guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Terlebih
dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas peluang yang diberikan
oleh pihak sekolah untuk menyampaikan sepatah dua kata pada pagi yang mulia ini.
Saya berasa amat gembira kerana dilantik sebagai Ketua Murid bagi sesi 2010.
Perkara ini seolah-olahnya mimpi yang menjadi kenyataan. Saya telah menjawat
jawatan pengawas selama tiga tahun iaitu sejak tahun tiga lagi. Tugas seorang
pengawas sememangnya memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Banyak
cabaran yang saya lalui untuk mendisiplinkan murid-murid di sekolah ini.
Kini, sebagai ketua murid saya berjanji akan melaksanakan tanggungjawab
saya dengan sempurna kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang. Perkara
pertama yang saya rasa menjadi elemen penting untuk mendidik pelajar adalah
disiplin. Saya perlu memastikan murid-murid mematuhi peraturan sekolah kerana
sekolah bukan tempat untuk murid-murid menunjukkan tingkah laku yang negatif.
Selain itu, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk barisan pengawas yang
berkesan dan sentiasa bersedia untuk menggalas sebarang tugas yang diamanahkan.
Kita tidak mahu pengawas-pengawas di sekolah ini bekerja keras,mengambil
tindakan segera dan tidak membuat kerja sambil lewa. Pengawas juga perlu tegas
dalam semua hal.
Dengan pelantikan sebagai Ketua Murid, saya berhasrat untuk menganjurkan
pelbagai program di sekolah ini supaya murid-murid sentiasa mematuhi peraturan.
Antara aktiviti yang akan dilaksanakan seperti Program Sifar Ponteng, Program
Berpakaian Kemas,Kepimpinan dan pelbagai program lain.
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-
guru yang banyak memberi sokongan kepada saya selama ini. Tidak lupa juga
kepada rakan-rakan yang sentiasa mendorong saya untuk terus mencipta kejayaan.
Doakan kejayaan saya dan saya berjanji akan memikul tanggungjawab ini sebaik
mungkin. Setakat ini sahaja saya pada kali ini.
Sekian Terima Kasih.
Ucapan Perpisahan Murid-murid Tahun 6
Selamat pagi dan salam satu Malaysia diucapkan kepada Yang berusaha guru
besar Sekolah Kebangsaan Alam Megah,Encik Baharuddin Bin Jalal, yang dihormati
barisan penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Berdirinya saya di atas pentas yang indah ini selaku Ketua Murid untuk berucap
sempena majlis perpisahan murid-murid tahun enam SK Alam Megah.
Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang,
Kini membilang hari,
Perpisahan kami bakal menjelang.
Guru-guru dan rakan sekalian,
Tidak dapat dinafikan SK Alam Megah meninggalkan nostalgia yang indah
dalam diari hidup kami. Banyak kenangan manis yang sukar dilupakan terpahat
kukuh dalam jiwa kami. Sudah enam tahun kami di sekolah ini dan sudah tentu ini
merupakan pengalaman yang tidak mungkin luput daripada ingatan kami. Di sinilah
kami mula mengenal erti kasih sayang seorang insan bernama guru dan merasai
kemesraan rakan-rakan. Hubungan kami amat akrab bagai hempedu lekat di hati.
Semua kenangan ini akan kami bawa ke mana-mana kami pergi walau ke hujung
dunia.
Kami amat terhutang budi dengan semua guru yang mengajar di sekolah ini.
Mereka melaksanakan tugas mendidik kami dengan penuh dedikasi bagai lilin
membakar diri. Guru- guru sentiasa memberi input-input yang amat berguna demi
kejayaan kami dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.
Pihak sekolah turut berkorban masa an tenaga untuk melakukan pelbagai
ikhtiar supaya kami lulus dengan cemerlang. Pelbagai ceramah dan kem motivasi
dianjurkan supaya murid-murid dapat menyiapkan diri menghadapi peperiksaan.
Banyak dana yang dikeluarkan oleh pihak sekolah untuk menganjurkan bengkel-
bengkel peperiksaan. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga tampil memberi
kerjasama padu kepada pihak sekolah. Gandingan yang mantap ini boleh dikatakan
Muafakat Membawa Berkat. Terima kasih kepada guru besar kami yang amat
prihatin akan akademik murid-murid.
Selain itu, kami juga amat terharu dengan pelbagai kemudahan pendidikan
yang disediakan di sekolah ini. Kami amat bertuah mendapat seorang guru besar
yang sentiasa memastikan kami belajar dalam keadaan yang selesa. Pada tahun 2007,
guru besar telah berusaha dengan begitu gigih untuk menambah bilangan blok di
sekolah ini daripada dua blok kepada lima blok. Beliau juga telah membina bilik
multimedia dan bilik komputer supaya murid-murid mendapat kemudahan Internet di
sekolah. Berkat usaha beliau juga, banyak perubatan fizikal yang boleh kita lihat di
sekolah ini.
Semua ini akan menjadi memori indah yang tinggal kenang-kenangan buat
kami. Terasa berat untuk kami melangkah keluar dari sekolah ini namun apakan daya
kami perlu terus melayari peredaran zaman. Walau bagaimanapun, kami mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan selamat
tinggal. Doakan kejayaan kami dan kesejahteraan kami selamanya.
Akhir kata sebelum mengundur diri kami menyusun jemari memohon
kemaafan sekiranya ada sebarang kekhilafan daripada kami. Terimalah serangkap
pantun daripada saya.
Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Sekian terima kasih.
Ucapan Sempena Majlis Hari Guru
Selamat pagi dan salam satu Malaysia diucapkan kepada Yang berusaha guru
besar Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning ,Encik Baharuddin Bin Jalal,
yang dihormati barisan penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi
sekalian. Berdirinya saya di atas pentas yang indah ini untuk berucap sempena Majlis
Hari Guru.
Jasa dan pengorbanan guru cukup bererti dalam kehidupan seseorang murid.
Guru umpama lilin yang membakar diri. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka
banyak menyumbang ke arah pencapaian murid-murid. Berkat usaha mereka, murid-
murid dapat memperoleh keputusan yang amat memberangsangkan. Hal ini terbukti
kerana sekolah kita muncul sebagai antara sepuluh sekolah terbaik dalam pencapaian
UPSR selama lima tahun berturut-turut.
Guru-guru sekolah ini juga memiliki sikap yang baik. Mereka sentiasa
mempamerkan sikap yang baik. Mereka bersikap penyayang dan mudah didekati.
Guru-guru juga sentiasa mempamerkan sikap dedikasi dan amat bertanggungjawab
melaksanakan tugas yang diamanahkan. Murid-murid harus mencontohi sikap guru
ini kerana guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.
Guru-guru sekolah ini juga banyak ke arah peningkatan kokurikulum sekolah
ini. Pelbagai program dianjurkan seperti Satu Sukan, Satu murid, Majlis
Kokurikulum, sukaneka, Kem Perdana Badan-badan Beruniform dan sebagainya.
Ada juga guru sekolah kita yang menjadi jurulatih sukan peringkat daerah dan
kebangsaan. Hal ini amat mengkagumkan sekolah kita lebih-lebih lagi sekolah kita
pernah muncul sebagai terbaik kokurikulum pada tahun lalu.
Guru-guru juga bukan sahaja bekerja keras demi kesejahteraan murid malah
turut bertungkus lumus ke arah keceriaan sekolah. Berkat kerjasama guru bagai aur
dengan tebing, kita dapat melihat keceriaan sekolah yang semakin mantap. Guru-
guru di sekolah kita berjaya mewujudkan Sekolah Hijau yang menarik dengan taman
mini, air terjun mini, taman sains dan pondok-pondok bacaan. Tahniah kepada guru-
guru kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Akhir kata, sebelum saya berundur,saya ingin merakam jutaan terima kasih
kepada semua guru atas pengorbanan dan sumbangan selama ini.
Sekian, terima kasih.

Ucapan Perpisahan Guru Bertukar ke Sekolah Lain


Selamat pagi dan salam Satu Malaysia kepada Yang berusaha Puan Salehah
Bt. Yaacob, guru besar SK Pulau Indah,yang dihormati guru-guru penolong kanan,
barisan guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana diberi peluang
keemasan ini untuk berucap selaku ketua murid sempena majlis perpisahan Puan
Maimunah Bt Dollah.
Guru-guru dan rakan sekalian,
Seperti yang kita sedia maklumkan, Puan Maimunah Bt Dollah merupakan
guru Bahasa Malaysia. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini selama tujuh tahun
iaitu sejak tahun 2004 dan beliau telah mengumpul pengalaman yang cukup
bermakna. Banyak jawatan yang telah disandang oleh beliau di sekolah ini dan beliau
telah mencurahkan bakti.
Puan Maimunah telah banyak menyumbang ke arah pencapaian akademik
murid- murid sekolah ini. Sebagai Ketua Bidang Bahasa, beliau telah menjalankan
pelbagai program peningkatan prestasi seperti kelas tambahan, bengkel peperiksaan,
klinik UPSR dan sebagainya. Berkat usaha beliau, pencapaian UPSR sekolah ini
meningkat sejak lima tahun yang lalu. Pada tahun ini, sekolah kita telah memperoleh
pencapaian ini amat membanggakan kita.
Sidang hadirin sekalian,
Kehebatan Puan Maimunah bukan sahaja terserlah dalam bidang ini,malah
beliau juga seorang yang aktif dalam bidang kokurikulum. Sebagai penyelaras
aktiviti kokurikulum, pelbagai aktiviti telah dianjurkan seperti Hari Kantin, Majlis
Kokurikulum, Kem Perdana, Sukaneka dan sebagainya. Beliau juga telah banyak
melatih murid untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah dan kebangsaan. Beliau
sentiasa berpegang pada prinsip Usaha Tangga Kejayaan. Di bawah kepimpinan
Puan Maimunah, sekolah kita pernah muncul juara dalam pertandingan catur
peringkat kebangsaan naib juara dalam acara kawad kaki peringkat daerah dan
sebagainya.
Selain itu, Puan Maimunah juga seorang yang amat kreatif. Hasil ilham
beliau, terbinalah taman orkid, taman sains, air terjun mini dan sebagainya di sekolah
ini seperti kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Puan Maimunah
juga telah menggunakan jasa baik murid untuk menghasilkan mural-mural yang
menarik.
Warga sekolah yang dikasihi,
Tidak dapat dinafikan Puan Maimunah seorang guru yang sangat prihatin
terhadap anak-anak muridnya. Beliau memiliki naluri keibuan yang tinggi. Beliau
sentiasa mencurahkan kasih sayang dan menjaga kami bagai menatang minyak yang
penuh. Sikap beliau ini memenangi hati semua warga sekolah.
Akhir kata, sebelum berundur saya ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada Puan Maimunah atas pengorbanan beliau selama ini. Kami mendoakan beliau
akan terus cemerlang di sekolah baharu nanti. Terimalah serangkap pantun daripada
saya.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Sekian,terima kasih.
Ucapan Perpisahan Guru Besar
Guru-guru dan rakan-rakan sekali,
Seperti yang kita sedia maklum, Encik Azman Bin Samad ,Guru Besar SK Bukit
Kemuning telah berkhidmat di sekolah kini selama empat tahun. Beliau seorang guru
besar yang amat dedikasi dan prihatin terhadap anak-anak murid. Encik Azman juga
mengajar mata pelajaran Matematik untuk murid-murid tahun 6. Walaupun beliau
seorang yang sangat sibuk dan dilimpahi kerja-kerja di pejabatnya, namun beliau
tetap memberi perhatian terhadap prestasi pelajaran kami.
Banyak perubahan yang telah dilaksanakan oleh beliau. Kini kita telah banyak
berubah wajah. Antara ilham beliau yang mengkagumkan kami ialah pembinaan
taman mini, taman herba dan taman sains. Encik Azman turut memperuntukkan
wang untuk membina air terjun mini. Dengan kerjasama murid, beliau telah
menempatkan mural-mural yang menarik hasil daya imaginasi yang kreatif.
Selain itu, Encik Azman juga amat menitikberatkan prestasi akademik murid-
murid. Beliau telah banyak menjalankan program seperti Klinik UPSR, bengkel-
bengkel peperiksaan, Kem Motivasi dan sebagainya. Beliau juga amat menggalakkan
penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum seperti pertandingan syarahan,
bercerita, pidato dan sebagainya. Berkat usaha beliau, sekolah kita berjaya menjadi
juara dalam pertandingan catur peringkat daerah, pertandingan syarahan dan
sebagainya.
Para hadirin sekalian,
Encik Azman seorang guru besar yang amat penyayang. Beliau mengambil
berat tentang murid-murid yang miskin. Antara usaha yang dilakukan oleh beliau
adalah dengan mendapatkan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Beliau telah
menderma pakaian dan makanan kepada murid-murid miskin dan yatim piatu. Encik
Azman juga telah menggunakan wang beliau sendiri untuk membeli buku-buku kerja
untuk golongan yang memerlukan bantuan ini. Pada bulan puasa setiap tahun, Encik
Azman juga menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama mereka.
Seterusnya, Encik Azman juga bekerja keras untuk menjaga kebajikan guru
dan murid. Sekiranya guru-guru menghadapi masalah, beliau tidak akan melepas
tangan. Beliau sentiasa memberi motivasi kepada guru-guru agar bekerja keras
kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Akhir kata, terimalah ucapan terima kasih kepada guru besar atas pengorbanan
lain. Semoga beliau akan terus cemerlang di sekolah baharu nanti. Terimalah
serangkap daripada saya.
Tuai pagi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan,
Cuai padi antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Ucapan Ketua Murid
Saya berasa amat terharu kerana saya dilantik sebagai Ketua Murid SK Bukit
Naga bagi sesi 2011. Untuk makluman semua, saya telah menjawat jawatan ini
selama tiga tahun sejak di tahun empat lagi. Pengalaman selama tiga tahun ini
mendidik saya untuk menjadi seorang pengawas yang tabah dan dedikasi. Dengan
sokongan padi daripada guru penasihat badan pengawas, Encik Johari Bin Yusof,
saya dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan mudah.
Kini, saya menggalas tanggungjawab yang amat berat sebagai Ketua Murid.
Saya amat berharap semua pengawas akan memberi kerjasama yang padu untuk
meningkatkan tahap disiplin sekolah bagai aur dengan tebing. Tanpa kerjasama yang
padu, sudah tentu saya dapat berbuat apa-apa. Saya juga berharap guru-guru akan
memberi tunjuk ajar kepada saya.
Warga dewan sekalian,
Saya ingin berjanji di sini bahawa saya akan melaksanakan tugas dengan
sebaik mungkin. Perkara pertama yang ingin saya laksanakan iaitu menjalankan
program-program seperti Program Sifar Ponteng. Belakangan ini, kadar murid
ponteng sekolah semakin meningkat. Selain itu, saya juga ingin memperkenalkan
Program Berpakaian Kemas, kempen Sifar Merokok dan sebagainya.
Di samping itu, saya juga berjanji untuk melaksanakan segala tugas dengan
penuh amanah. Saya juga akan memastikan pengawas-pengawas lain diambil
tindakan tegas sekiranya tidak melaksanakan tugas mereka. Setiap pagi, kami akan
memantau murid-murid yang lewat hadir ke sekolah. Kami juga akan memastikan
perhimpunan sekolah berjalan lancar dan mengawal disiplin sekolah.
Akhir kata, saya berharap badan pengawas sekolah akan terus menonjol pada
tahun ini. Kami ingin muncul sebagai sebuah badan yang disegani oleh guru-guru
dan murid. Kami percaya kami mampu memikul tugas ini dan terima kasih daun
keladi atas segala sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak.
Sebelum mengundur diri terimalah serangkap pantun daripada saya.
Pak Mat memasak kari,
Di dalam kuali ada ikan,
Tugas yang berat sudah diberi,
Pasti akan saya laksankan.

Melayang tinggi terbang kenari,


Dikurung di dalam sangkar emas,
Imej sekolah pasti disanjungi,
Memartabatkan nama baik pengawas.
Sambutan Hari Kanak-kanak
Pada pukul 7.30 pagi, murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan. Guru
Besar dan guru-guru mengambil tempat masing-masing di atas pentas yang dihias
cantik. Guru Besar memberikan ucapan dan berterima kasih kepada guru-guru dan
murid atas kerjasama mereka menjayakan sambutan Hari Kanak-kanak peringkat
sekolah. Guru Besar merasmikan sambutan Hari Kanak-kanak kali kelapan itu
dengan memukul gong.
Sebagai acara pembukaan majlis, dua orang murid dari tahun tiga
mendeklamasi sajak bertajuk Kami Anak Malaysia. Persembahan koir oleh murid-
murid tahun enam juga menyerikan majlis pada pagi itu. Guru-guru dan murid
memberi tepukan gemuruh dan sambutan amat menggalakkan. Pertunjukan fesyen
juga diadakan. Pelbagai jenis pakaian tradisional diperagakan seperti baju kurung,
baju Melayu, sari, cheongsam dan sebagainya mengikut konsep satu Malaysia.
Pada jam 9.15 pagi, diadakan acara sukaneka. Antara aktiviti-aktiviti yang
dijalankan seperti bawa telur dalam sudu, lompat dalam guli, isi air dalam botol dan
sebagai. Murid-murid dibahagikan kepada tujuh kumpulan. Pelbagai aksi murid
dapat dilihat. Rata-ratanya sangat seronok dengan acara-acara yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Kumpulan Wira memenangi acara sukaneka pada kali ini.
Persembahan murid dijalankan pada pukul 10.30 pagi. Ramai murid yang
mengambil bahagian. Antara persembahannya ialah tarian tradisional seperti tarian
Joget Melayu, tarian kipas Cina dan tarian klasik India. Murid-murid juga
menunjukkan bakat menyanyi lagu Melayu dan lagu Inggeris yang pernah
dipopularkan oleh Raja Pop Dunia, Michael Jackson iaitu lagu “ We Are The
World”. Murid-murid tahun lima pula mempersembahkan drama bertajuk
“Sayangilah Kami”.Pada pukul 12.00 tengah hari, majlis penyampaian hadiah
diadakan. Anugerah Tokoh Kanak-kanak dinobatkan kepada Salina Binti Daud dari
tahun Enam Kenanga.
Sambutan Hari Kemerdekaan
Pada pukul 7.15 pagi, semua murid berkumpul di tapak perhimpunan. Guru
Besar dan guru-guru mengambil tempat di tapak perhimpunan. Pada pukul 7.30 pagi,
perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan
lagu sekolah bersama iringan muzik. Guru Besar memberi ucapan dan meminta
murid-murid agar menyemai semangat cinta akan negara. Seterusnya, Guru Besar
merasmikan sambutan meriah ini dengan melepaskan beberapa ekor burung merpati
ke udara sebagai tanda kebebasan Negara daripada penjajah.
Acara pada pagi itu dimulakan dengan acara mendeklamasi sajak bertajuk
Malaysia Bumi Merdeka oleh tiga orang murid tahun enam. Koir lagu-lagu patriotik
seperti Keranamu Malaysia. Kami Anak Merdeka dan Malaysiaku Gemilang turut
dipersembahkan kepada murid-murid.
Pada pukul 9.30 pagi, satu pertandingan melukis potret tokoh negara telah
dijalankan di dewan sekolah. Seramai tiga puluh orang pelajar telah mengambil
bahagian. Murid-murid telah melakar gambar mantan Perdana Menteri begitu kreatif
dan menarik. Murid-murid juga dibekalkan dengan semua bahan hasil sumbangan
PIBG. Lima orang murid dipilih sebagai pemenang. Pertandingan mewarna Jalur
Gemilang pula telah diadakan untuk murid-murid tahun satu dan dua.
Pertandingan lagu-lagu patriotik dijalankan untuk murid-murid Tahap 2.
Pertandingan mendapat sambutan yang menggalakkan. Pelbagai lagu
dipersembahkan secara individu dan kumpulan. Murid-murid juga mengenakan
pakaian tradisional dan menunjukkan kerjasama yang padu bagai aur dengan tebing.
Penyampaian hadiah dijalankan pada pukul 12.00 tengah hari. Jamuan ringan juga
diadakan. Murid-murid bersurai pada pukul 1.00 petang.
Hari Anugerah Kecemerlangan
Murid-murid berdaftar di meja urus setia pada pukul 7.20 pagi. Ibu bapa dan
para jemputan khas dibawa oleh pengawas sekolah ke dewan sekolah. Badan
pengawas juga bertugas mengedarkan buku atur cara kepada para tetamu. Pengerusi
PIBG, Encik Sapuan Bin Razak, ahli-ahli jawatankuasa PIBG, Guru Besar dan guru-
guru mengambil tempat masing-masing. Pengerusi PIBG memberi ucapan disusuli
dengan ucapan Guru Besar. Seterusnya,pengerusi PIBG merasmikan Hari Anugerah
Kecemerlangan SK Bukit Kemuning dengan memukul gong. Dua orang murid tahun
enam mendeklamasi sajak bertajuk “Menggapai Kecemerlangan.
Penyampaian anugerah kecemerlangan untuk murid-murid Tahap 1. Piala dan
sijil penghargaan disampaikan oleh Guru Besar kepada murid-murid yang mendapat
tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kelas. Selepas acara penyampaian
hadiah, diadakan persembahan tarian satu Malaysia iaitu tarian Joget Melayu, tarian
kipas Cina dan tarian klasik India. Seorang murid tahun lima pada pukul 10.00 pagi.
Ibu bapa dan para jemputan khas turut diberi jamuan ringan.
Di samping itu, penyampaian anugerah untuk murid-murid Tahap 2. Anugerah
disampaikan oleh Pengerusi PIBG. Anugerah Tokoh Murid disandang oleh Salleh
Bin Johari dari Tahun Enam Kenanga dan Anugerah Tokoh Kokurikulum disandang
oleh Ho Chee Lam dari Tahun Enam Mawar. Selepas penyampaian anugerah,
diadakan sesi fotografi.
Selain itu, jamuan turut dijalankan. Pelbagai hidangan istimewa disediakan
seperti rendang ayam, nasi briyani, kuih-muih dan sebagainya. Hari Anugerah
Kecemerlangan berjalan lancar dan mencapai sasaran. Murid-murid juga menjamu
selera. Murid-murid bersurai pada jam 1.00 petang.
Rumah Idaman Saya
Rumah merupakan syurga kepada setiap insan. Rumah bukan sahaja
berperanan sebagai tempat untuk berlindung, malah menjadi satu tempat untuk
berlindung, malah menjadi satu tempat untuk kita menenangkan fikiran setelah
berada di luar. Setiap individu mempunyai rumah idaman yang menjadi impian
sejak kecil. Impian saya adalah untuk memiliki sebuah rumah banglo yang
berkonsepkan rumah dalam taman.
Perkara pertama yang saya inginkan ialah persekitaran yang menghijau dan
menarik. Saya ingin rumah yang saya idamkan itu mempunyai konsep tradisional
atau kampung yang kaya dengan flora. Halaman rumah dipenuhi dengan pokok-
pokok bunga seperti orkid, ros, teratai dan pelbagai lagi. Keadaan ini diserikan
dengan air terjun mini dan kolam ikan. Persekitaran yang menghijau ini dapat
menenangkan fikiran. Saya juga mengidamkan rumah yang mempunyai hiasan
dalaman yang menarik. Saya ingin memiliki perabot yang mahal. Lampu-lampu
yang cantik dan berharga. Ruang tamu pula berhawa dingin dan dilengkapi pasu-
pasu bunga yang besar. Rumah tersebut juga perlu diubahsuai dan bercirikan
moden. Pada bahagian dinding pula, mestilah digantung potret dan gambar-gambar
pemandangan yang sejuk mata memandang.
Selain itu, rumah idaman saya juga harus dilengkapi dengan kemudahan yang
selesa. Saya ingin mempunyai sebuah rumah yang memiliki enam buah bilik tidur
yang selesa dan luas. Ruang dapur juga perlu lengkap dengan segala peralatan.
Rumah idaman saya juga perlu mempunyai akses Internet, ada kemudahan
komputer, set televisyen yang besar, kolam renang dan sebagainya supaya saya
hidup selesa.
Di samping itu, rumah idaman perlu mempunyai ciri-ciri keselamatan.
Rumah idaman saya perlu dilengkapkan dengan sistem penggera bunyi dan sistem
CCTV supaya tidak dimasuki pencuri. Pagar rumah pula tinggi dan kukuh untuk
mengelakkan sebarang pencerobohan.
Semoga Tuhan akan memakbulkan segala impian saya. Saya berharap agar
satu hari nanti, impian saya akan tercapai. Saya pasti satu hari nanti, saya akan
berada di rumah idaman ini.

Gotong-royong
Pada pukul 7.15 pagi, murid-murid telah berhimpun di tapak perhimpunan
pada pukul 7.15 pagi. Guru-guru mengambil kedatangan. Penolong Kanan
Kokurikulum, Encik Azhar memberikan taklimat ringkas. Dalam taklimat tersebut,
beliau telah merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran murid-murid. Murid-
murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberi tugas
untuk membersihkan kawasan-kawasan yang ditetapkan.
Selepas itu, murid-murid melakukan senamrobik sebelum bergerak ke
kawasan masing-masing. Senamrobik ini diiringi dengan muzik dan diketuai oleh
empat orang guru. Pada jam 8.15 pagi, guru-guru telah membawa murid ke pelbagai
kawasan yang ditetapkan seperti kantin, tempat meletak basikal, gelanggang bola
jaring, padang dan sebagainya. Sampah-sarap dikutip dan dimasukkan ke dalam beg
plastik hitam. Murid-murid berganding bahu bagai aur dengan tebing.
Di samping itu, murid-murid Tahun Enam Kenanga ditugaskan untuk
membersihkan taman sains dan taman bunga. Mereka membersihkan kawasan
persekitaran taman yang dipenuhi daun-daun kering. Kolam ikan juga dibersihkan.
Murid-murid juga telah berusaha untuk meletakkan tanda nama untuk setiap jenis
bunga di taman bunga yang terdiri daripada bunga orkid, ros,bunga raya dan lain-
lain. Pada pukul 10.30 pagi, semua murid dan guru berehat.
Gotong-royong diteruskan pada pukul 11.00pagi. Kawasan-kawasan
seperti bilik guru, makmal komputer, bilik seni, bilik multimedia turut dibersihkan
dan diceriakan. Pada pukul 12.00 tengah hari, gotong-royong selesai. Guru Besar
mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan murid atas jasa murni mereka.
Satu jamuan ringan telah diadakan. Guru dan murid-murid telah disajikan dengan
hidangan istimewa seperti mi goreng, kuih-muih dan sebagainya. Murid-murid
bersurai pada pukul 1.00 petang.

Perkhemahan
Pada pukul 8.00 pagi, kami sampai di Taman Negara. Guru penasihat,
Encik Ramli memberi taklimat ringkas. Semua peserta perkhemahan dibahagikan
kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan diberi tugas tertentu seperti membina
khemah, mencari kayu api dan sebagainya. Kumpulan Wira memasang khemah dan
membina gajet.
Pada pukul 10.30 pagi, satu pertandingan memasak dijalankan. Para
peserta dibahagikan kepada lapan kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan bahan-
bahan masakan seperti beras, tin sardin dan sebagainya. Setiap kumpulan
bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menghasilkan masakan yang sedap.
Kumpulan Pesona memenangi pertandingan ini dan pada pukul 12.30 petang tengah
hari, semua murid makan tengah hari.
Pada waktu petang pula, iaitu kira-kira pada pukul 5.00 petang, satu
pertandingan mencari harta-karun diadakan. Murid-murid dibahagikan kepada lima
kumpulan. Setiap kumpulan diberi klu untuk mencari barang-barang tersembunyi.
Pasukan Wira muncul sebagai pemenang dan kumpulan ini menerima markah
bonus. Pada waktu malam pula, sesi suai kenal diadakan. Murid-murid duduk di
dalam bulatan dan menunjukkan bakat menyanyi, bermain gitar, dan sebagainya.
Pada pukul 12.00 malam, murid-murid balik ke khemah masing-masing.
Keesokan pagi iaitu pada pukul 6.30 pagi, murid-murid mengambil
sarapan. Murid-murid telah diberi motivasi pagi oleh seorang penceramah
jemputan. Majlis penyampaian hadiah dijalankan. Hadiah disampaikan oleh guru
penasihat dalam bentuk hampir. Kumpulan Wira dinobatkan sebagai kumpulan
terbaik sepanjang perkhemahan tersebut. Pada pukul 12.30 petang tengah hari, para
peserta mula berkemas dan beredar dari tapak perkhemahan.

Kejohanan Merentas Desa


Pada 23 Februari 2011, Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning(2) telah
mengadakan acara merentas desa kali ketujuh. Acara ini dijalankan dari jam 8.30
pagi hingga 10.30 pagi melibatkan 3 kumpulan iaitu Tahun 4,5 dan 6. Tepat jam
7.30 pagi, semua murid mengambil tempat masing-masing di Dataran Bestari. Guru
kelas mengambil kedatangan murid-murid dan mengedarkan nombor peserta serta
kupon makanan. Seramai 800 orang murid mengambil bahagian dalam acara
merentas desa ini yang melibatkan larian sejauh 3 km.
Sebagai pembuka tirai, pada jam 8.00 pagi acara senamrobik sebagai
aktiviti memanaskan badan. Cikgu Salleh,penyelaras acara merentas desa memberi
taklimat ringkas dan mengetahui acara senamrobik bersama beberapa orang guru
lain. Murid-murid mula melakukan senamrobik dengan iringan muzik. Guru-guru
turut mengambil bahagian dan menyerikan acara senamrobik pada pagi itu.

Pada pukul 9.00 pagi, murid-murid berkumpul di pintu sekolah


untuk memulakan acara larian. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Encik Adnan melepaskan sedas tembakan sebagai tanda larian dimulakan.
Guru-guru ditugaskan untuk mengawal murid agar keselamatan mereka
terjamin. Sebanyak tujuh khemah pandu arah disediakan dan setiap
khemah ditempatkan dengan 3 orang guru. Beberapa orang guru
ditugaskan melakukan rondaan agar tiada masalah yang timbul.
Pada jam 10.30 pagi,murid-murid berehat. Murid-murid dapat
menikmati milo dan roti Gardenia sumbangan ikhlas daripada pihak PIBG. Selepas
rehat, satu perlawanan FUTSAL diadakan untuk murid-murid lelaki dan
perlawanan bola jaring untuk murid perempuan. Murid-murid juga dihiburkan
dengan persembahan daripada Kelab Taekwando dan pertunjukan silat.
Sejurus tamatnya semua acara,majlis penyampaian hadiah dijalankan.
Johan, naib johan dan tempat ketiga acara merentas desa menerima piala dan sijil
penghargaan. Perlawanan FUTSAL dimenangi oleh Tuah FC dan perlawanan bola
jaring dimenangi oleh pasukan Wirawati. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar,
Puan Zainab.
Kejohanan Merentas Desa pada kali ini berjalan lancar. Hasil
kerjasama daripada semua pihak seperti berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Semoga lebih banyak acara yang menarik akan dijalankan pada tahun hadapan.
Bulan Kemerdekaan / Bulan Patriotik
Pada bulan Ogos 2011, SK Taman Megah (2) telah meraikan Bulan Kemerdekaan.
Sambutan diadakan secara besar-besaran dengan pelbagai aktiviti menarik. Objek utama
sambutan Bulan Kemerdekaan ini adalah untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam
kalangan murid sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Aktiviti minggu pertama ialah menghias kawasan sekolah.Murid-murid dan guru


bekerjasama menghias kawasan sekitar sekolah dengan Jalur Gemilang seperti berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing. Bendera Malaysia berkibar megah di segenap kawasan sekolah.
Pertandingan Menghias Sudut Buletin dan kelas dianjurkan dengan hadiah-hadiah yang
menarik.

Pertandingan Melukis Potret Tokoh Kemerdekaan merupakan aktiviti minggu kedua.


Satu pertandingan melukis potret tokoh pejuang terdahulu dijalankan untuk murid-murid tahun
lima. Murid-murid boleh memilih mana-mana negarawan ulung yang banyak berjasa untuk
negara. Pertandingan ini bukan sahaja mencungkil bakat murid malahan berjaya menerapkan
semangat patriotik dalam jiwa anak muda.

Aktiviti minggu ketiga ialah persembahan drama bertajuk “Laungan Merdeka”.


Persembahan drama melibatkan murid-murid menghayati perjuangan tokoh kemerdekaan yang
berusaha keras untuk menuntut kemerdekaan seperti kalau dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya. Lima kumpulan mengambil bahagian dalam persembahan ini dan menunjukkan bakat
masing-masing. Kumpulan Wira Merdeka menjuarai pertandingan ini kerana berjaya menjiwai
watak-watak dengan berkesan.

Larian Merdeka pula aktiviti bagi minggu empat. Larian ini melibatkan murid-murid
Tahap Dua. Larian ini adalah sejauh 3 km. Pingat dan sijil penghargaan disampaikan kepada 20
pemenang pertama. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar SK Taman Megah, encik Ridzuan.
Selain itu, tajaan milo dan roti Gardenia turut disampaikan.
Kesimpulannya, Bulan Kemerdekaan berjalan lancar. Murid-murid mempamerkan
komitmen yang baik dan gembira dengan segala aktiviti yang dijalankan. Diharapkan lebih
banyak aktiviti menarik akan dijalankan pada tahun depan.

Hari Kantin

Pada 26 Jun 2011, SK Tanjung Papat telah menganjurkan Hari Kantin kali kesembilan.
Sambutan Hari Kantin ini diraikan dengan penuh meriah. Antara tetamu kehormat yang hadir
ialah pengerusi PIBG, Encik Johari,Guru Besar, Puan Maslinah dan guru-guru.

Pada jam 7.30 pagi, tetamu kehormat, guru besar, barisan guru dan murid-murid
berkumpul di Dataran Bestari. Pengerusi PIBG memberi ucapan disusuli oleh Guru Besar.
Sejurus ucapan tamat, Encik Johari selaku pengerusi PIBG merasmikan Hari Kantin dengan
memukul gong. Sebagai acara pembuka tirai diadakan persembahan tarian Senam Seni
Malaysia.

Pada jam 9.00 pagi, pengerusi PIBG diiringi Guru Besar melawat gerai-gerai jualan.
Sebanyak lima belas buah gerai ditempatkan di tapak perhimpunan. Pelbagai jenis makanan dan
minuman dijual. Terdapat juga gerai yang menjalankan aktiviti permainan, menjual pasu bunga,
kraf tangan,dan sebagainya. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Murid-murid dan
guru menunjukkan komitmen yang padu bagai aur dengan tebing.

Rumah Hantu mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada murid-


murid. Bayaran sebanyak RM 3.00 dikenakan setiap murid. Ada yang menjerit dan ada juga
seronok untuk melalui pelbagai cabaran di dalam rumah hantu ini. Rumah hantu telah
dijalankan sehingga 12.00 tengah hari.

Penyampaian hadiah turut dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar dalam
bentuk hamper. Tahun Enam Cempaka telah memenangi kelas yang terbanyak menjual kupon.
Gerai yang mencatat jualan terbanyak ialah Gerai ABC dengan kutipan sebanyak RM 2540.

Kesimpulannya, Hari Kantin telah dijalankan secara meriah dan lancar. Murid-murid
terhibur dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan. Pelbagai aktiviti akan dijalankan pada tahun
hadapan.
Sambutan Hari Kanak-kanak

Pada 15 Oktober 2011, Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning(2) telah


mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak secara meriah. Acara tahunan ini
bertempat di Dataran Bestari dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Sambutan
ini bertujuan untuk menghargai golongan kanak-kanak yang merupakan generasi
penting yang bakal mencorakkan masa depan negara.
Tepat pada jam 7.30 pagi, semua murid berhimpun di tapak perhimpunan.
Guru-guru mengambil kedatangan dan murid-murid berbaris mengikut kelas. Pada
pukul 8.00 pagi,perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu
negeri Selangor dan lagu sekolah. Guru Besar memberi ucapan dan meminta murid-
murid supaya belajar bersungguh-sungguh. Guru Besar merasmikan Hari kanak-
kanak dengan memukul gong. Sebagai acara pembukaan, 2 orang murid Tahun Dua
Eria mendeklamasi sajak berjudul “ Kami Wira Negara”.
Murid-murid mempersembahkan beberapa tarian tradisional dan moden.
Ada juga murid yang menunjukkan bakat menyanyi. Mereka menyanyikan lagu-
lagu dengan alunan suara yang merdu. Kumpulan Buluh Perindu
mempersembahkan lagu-lagu koir yang menjadi halwa telinga para guru dan murid.
Persembahan murid ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Pada jam
10.30 pagi, satu pertunjukan fesyen diadakan. Murid-murid memperagakan pakaian
tradisional Melayu, Cina dan India.
Kejohanan Sukan
Pada 25 Mac 2011, SK Raja Mahadi telah mengadakan hari sukan kali kelima.
Kejohanan olahraga pada kali ini bertempat di stadium yang berdekatan. Pada jam 7.00 pagi,
semua murid berkumpul di pekarangan sekolah untuk menaiki 3 buah bas disediakan. Pada
pukul 7.45 pagi, semua murid dan guru sudah berada di stadium. Antara tetamu kehormat yang
hadir seperti Yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Encik Sapuan Bin Johari, ahli
jawatankuasa PIBG dan tetamu-tetamu jemputan yang lain.

Kejohanan olahraga pada pagi itu dimulakan dengan acara perbarisan dan lintas hormat
rumah-rumah sukan dan unit beruniform pada pukul 8.15 pagi. Setiap rumah sukan iaitu Tuah,
Jebat,Kasturi, Lekir dan Lekiu berarak dengan penuh bergaya dan membawa maskot pasukan
masing-masing. Kontinjen Unit Beruniform pula melakukan perarakan yang mantap. Tetamu
kehormat dan Guru Besar, Encik Hashim memeriksa perbarisan rumah sukan dan beruniform.

Yang dipertua PIBG memberi ucapan dan disusuli dengan ucapan guru besar. Semua
murid diminta agar sentiasa mengamalkan semangat kesukanan. Yang dipertua PIBG
merasmikan Kejohanan Olahraga SK Raja Mahadi dengan memukul gong. Sebagai tanda
perasmian majlis, dipersembahkan Pertunjukan Silat dan tarian senam seni Malaysia oleh Kelab
Silat Gayung dan Kelab Kebudayaan.

Pada jam 9.30 pagi, acara balapan dimulakan dengan acara larian 100m, 200m, dan 4
X 100 m. Acara padang juga dijalankan seperti acara lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru
dan sebagainya. Kebanyakan acara dikuasai oleh Rumah Tuah. Acara tarik tali turut diadakan.
Setiap rumah sukan bertungkus lumus untuk bergelar juara seperti genggam bara api, biar
sampai jadi arang.
Sebagai acara kemuncak, majlis penyampaian hadiah telah dijalankan. Juara
keseluruhan disandang oleh Rumah Jebat dan tempat ketiga disandang oleh Rumah Kasturi.
Guru besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam bentuk piala, pingat, hamper
dan sijil. Pada jam 1.00 petang, hari sukan tamat dan murid-murid bersurai.

Kesimpulannya, Hari Sukan SK Raja Mahadi berjalan lancar. Murid-murid telah


menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Diharap kejohanan sukan pada tahun depan
lebih meriah lagi.

Sambutan Hari Guru

Sekolah Kebangsaan Taman Raja Uda telah menganjurkan Hari Guru dengan meriah
pada tahun ini. Sambutan Hari Guru ini akan diadakan di tapak perhimpunan sekolah dari jam
8.00 pagi hingga 1.00 petang. Pada pukul 7.30 pagi, murid-murid berkumpul di tapak
perhimpunan. Guru Besar dan guru-guru mengambil tempat di atas pentas yang disediakan.
Badan pengawas sekolah mengedarkan sekuntum bunga ros dan beberapa cenderahati kepada
setiap guru sebagai tanda kenang-kenangan. Tema Hari Guru pada tahun ini adalah untuk
menghargai jasa guru.

Tepat pada jam 8.00 pagi, perhimpunan dimulakan. Perutusan Hari Guru daripada
Menteri Pelajaran dibacakan oleh Penolong Kanan Akademik, Puan Mazlina Bt. Ayob. Guru
besar, Encik Sanusi menyampaikan ucapan dan berterima kasih kepada semua guru atas
pengorbanan mereka mendidik anak murid umpama lilin membakar diri. Guru besar
merasmikan sambutan Hari Guru dengan memukul gong dan memotong kek.

Selain itu, acara sukaneka untuk guru-guru. Antara acara yang dijalankan seperti acara
lari dalam guni, lompat gelung, teka jumlah guli di dalam botol dan sebagainya. Sebanyak lima
buah kumpulan mengambi bahagian. Setiap kumpulan mengambil bahagian dalam sukaneka.
Setiap kumpulan menunjukkan kehebatan masing-masing. Kumpulan Merah Juara memenangi
acara sukaneka ini. Guru-guru lelaki terlibat dalam FUTSAL.
Pertandingan Bercerita

Pada 25 April 2011, Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning(2) telah menjadi tuan
rumah bagi pertandingan bercerita peringkat daerah. Pertandingan bercerita ini telah dijalankan
di dewan SK Bukit Kemuning(2) dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pertandingan ini
melibatkan 12 buah sekolah di daerah Klang. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil
bakat murid.

Para peserta dan guru pengiring berdaftar di meja urus setia. Mereka dibawa ke
dewan sekolah oleh pengawas-pengawas yang bertugas. Para guru dan peserta diberi jamuan
ringan di kantin sekolah. Pada jam 7.45 pagi, para peserta diberi taklimat ringkas tentang
syarat-syarat pertandingan. Mereka juga ditempatkan di bilik khas sebelum pertandingan
bermula.

Pada pukul 8.00 pagi, majlis dimulakan oleh juruacara, Puan Kasmah. Beliau
mengalu-alukan kehadiran semua guru yang menceriakan pertandingan bercerita peringkat
daerah. Pegawai Pelajaran Daerah Klang, Encik Saiful menyampaikan ucapan dan merasmikan
Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah dengan memukul gong. Juruacara menjemput seorang
demi seorang peserta untuk menyampaikan cerita.

Pertandingan bercerita dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Setiap peserta menunjukkan
gaya bercerita yang hebat. Para peserta turut menggunakan iringan muzik untuk menimbulkan
suasana yang berkesan dan menarik. Para peserta juga menggunakan pakaian yang menarik dan
pelbagai aksi yang menghiburkan. Tetamu yang hadir memberi respon yang amat baik. Para
panel hakim memberi markah berdasarkan gaya penyampaian yang berkesan.
Pada pukul 10.30 pagi, majlis berhenti rehat. Para hakim mengira markah dan
diserahkan kepada tuan rumah. Pada jam 11.00 pagi, majlis diteruskan. Ketua Hakim memberi
komen tentang persembahan para peserta dan perkara-perkara yang boleh diperbaik pada masa
yang akan datang. SK Jalan Kebun muncul sebagai juara, tempat kedua disandang oleh SK
Kampung Jawa dan peserta tuan rumah mendapat tempat ketiga. Hadiah disampaikan oleh
Pegawai Pelajaran Daerah Klang dalam bentuk piala dan sijil penghargaan.

Pada pukul 12.00 tengah hari, majlis telah tamat. Jamuan makan tengah hari telah
diadakan. Guru-guru dan para peserta menjamu selera. Majlis bersurai pada jam 12.45 tengah
hari. Pertandingan Bercerita peringkat daerah Klang berjalan lancar dan mencapai sasaran.

Faedah Membaca

Dewasa ini, amalan membaca sangat penting dalam kalangan murid sekolah. Kita
boleh membaca pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku cerita, majalah, surat khabar,
ensiklopedia dan sebagainya. Amalan membaca perlu diamalkan setiap hari kerana membaca
jambatan ilmu.

Kebaikan membaca termasuklah meluaskan pengetahuan. Dengan membaca surat


khabar dan majalah, kita dapat mengetahui isu-isu semasa seperti ekonomi, politik dan sosial.
Oleh itu, kita tidak akan menjadi katak di bawah tempurung.

Selain itu, murid-murid yang membaca dapat menajamkan fikiran. Seseorang murid
yang banyak membaca menyebabkan pemikiran mereka lebih matang dan kreatif. Mereka
mempunyai idea yang banyak dan boleh digunakan ketika menyertai pertandingan kuiz,
syarahan dan sebagainya. Dengan itu, membaca dapat melahirkan murid-murid yang cerdik
pandai.

Di samping itu, amalan membaca membolehkan seseorang mempelajari perkataan-


perkataan baharu. Makna perkataan juga dapat dikuasai. Pada masa yang sama, penggunaan
tatabahasa lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai