Anda di halaman 1dari 7

CIRI CIRI JURULATIH YANG BAIK

1)      Kecerdasan sukan/ Sport intelligence


Ciri jurulatih ini ialah, bersifat ingin tahu, kreatif, berfikiran terbuka. Selain itu, jurulatih juga dapat
menilai sesuatu situasi sukan dengan cepat dan tepat. Jurulatih yang pandai telah melalui
pelbagai pengalaman yang akan digunakan  sebagai peluang mempelajari lebih tentang atlet
dan sukan.

2)      Dorongan / drive
Ciri-ciri jurulatih ini ialah, berorientasikan matlamat pencapaian. Cara jurulatih ini ialah, tidak
akan menunggu sesuatu terjadi, tetapi akan membuatkan ia berkesan. Jurulatih juga tidak
mudah berputus asa untuk meneruskan usaha walaupun pelbagai rintangan dihadapi.

3)      Penyabar
Jurulatih mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana bukan mudah untuk melatih atlet
sehingga menjadi pakar dalam sesuatu bidang sukan. Peningkatan prestasi atlet dicapai 
dengan perlahan dan mungkin kurang konsisten. Jurulatih perlu menetapkan standard
pencapaian yang realistik supaya tidak mudah putus asa apabila tidak mencapai sesuatu
matlamat.

4)      Komitmen emosional
Jurulatih   perlu mempunyai komitmen sosial dengan atlet agar sebarang masalah timbul, dapat
diatasi dengan pembincangan bersama. Hal ini akan menggalakkan respon positif daripada atlet.

5)      Berpengetahuan
Jurulatih perlu menguasai peraturan-peraturan dalam sesuatu permainan, mahupun peraturan
keselamatan.  Selain itu, jurulatih perlu menguasai teknik dan taktik , pengetahuan berkenaan
isu sukan  supaya prestasi atlet dapat meningkat.

6)      Yakin
Seorang jurulatih yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi akan dihormati oleh atlet. Hal ini
memudahkan jurulatih untuk member arahan .

  PERANAN JURULATIH
 Pengatur strategi
Membentuk perancangan pembangunan sumber manusia jangka panjang untuk mempastikan
pencapaian misi dan visi sesebuah organisasi.

  Pengurus
Melibatkan kerja merancang,melaksana,mengurus dan mengawas kegiatan latihan.

 Pereka bentuk
Mereka bentuk program,pembentukan objektif,menyusun kandungan kursus,merangka
strategi,penyempaian dan merancang penilaian.

  Rakan
Memberi ruang kepada atlit untuk meluahkan perasaan dan masalah dan masa untuk
meneratkan hubungan antara jurulatuh dan atlit

    Pendidik
Jurulatih berperanan memberi maklumat berkaitan isu- isu sukan kepada atlet. Selain itu jurulatih
juga bertanggungjawab dalam mengarahkan atlit untuk melakukan sesuatu selain membantu
menyelesaikan masalah yang melanda atlit.

    Pelatih
Jurulatih berperanan melatih atlet mencapai tahap prestasi terunggul. Jurulatih juga berperanan
meningkatkan kecergasan atlet.

      Perangsang/ Motivator
Jurulatih juga perlu menjadi sumber semanagat kepada atlet supaya atlet menghasilkan prestasi
terbaik

      Penubuh tabung
Jurulatih perlu mengorganisasikan sesebuah pasukan dengan cara penubuhan tabung,
contohnya tabung kebajikan atlit yang ditimpa bencana.

PENGENALAN
Konsep sukan – Sukan gerakan sosiobudaya.
Sukan termasuklah acara olahraga dan permainan.
Sukan dapat membina kesihatan tubuh badan dan mental.
Sukan memupuk semangat kesukanan.
Sukan mengharumkan nama ahli sukan dan negaranya.
KEPENTINGAN
Sukan melahirkan insan yang cergas dan cerdas
Huraian:
Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa sukan akan melahirkan insan yang
cergas dan cerdas.Aktiviti sukan melibatkan pergerakan anggota badan.Senaman
menguatkan sendi-sendi dan otot-otot tubuh.Lemak yang termendap dalam badan
dapat digunakan untuk menjana tenaga.Aktiviti sukan juga dapat membantu proses
perpeluhan dan menghilangkan panas badan.Dengan ini,seseorang akan dapat
menghindarkan masalah penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetes.Dengan
badan yang sihat,kita dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap
pekerjaan dan pelajaran.Lantas,kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara dapat
dicapai.

Sukan menawarkan peluang perniagaan dan pekerjaan


Huraian:
Sukan juga boleh mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan.Kemajuan sukan
akan meningkatkan permintaan terhadap peralatan sukan.Oleh itu,bidang
pembuatan dan pengeluaran alat-alat sukan secara komersial berkembang
pesat.Selain itu,usaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan prasarana sukan
turut mendatangkan pulangan yang lumayan. Misalnya,untuk membina
stadium,kolam renang bertaraf antarabangsa,dan sebagainya,peluang perniagaan
terbuka luas kepada kontraktor dan pembekal bahan binaan.Peluang-peluang
pekerjaan juga diwujudkan.Hal ini bermakna industri sukan bukan sahaja
menyumbang kepada pendapatan negara tetapi juga menjamin peluang-peluang
baharu bagi rakyat mencari kerjaya yang sesuai.

Sukan memupuk perpaduan


Huraian :
Sukan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai
kaum.Sebelum sesuatu pertandingan,para atlet atau pemain akan berkumpul di kem
latihan.Di situlah mereka tinggal,makan,berehat,dan berlatih bersama-
sama.Pergaulan dan interaksi atlet dan pemain pelbagai kaum akan melahirkan
persefahaman yang erat.Ketika pertandingan atau permainan berlangsung,mereka
akan bersatu hati,saling membantu untuk menjayakan misi negara.Rakyat jelata
sebagai penyokong dan peminat sukan,juga membantu perpaduan
negara.Misalnya,para penyokong pasukan negara menunjukkan semangat
kebangsaan mereka dengan menyokong semua pemain yang terdiri daripada
pelbagai kaum.Terdapat 15 000 orang rakyat berbilang kaum mendaftarkan diri
sebagai sukarelawan untuk sukan Komanwel(SUKOM)1998.Mereka berganding
bahu membuktikan Malaysia boleh dan mampu menjayakan SUKOM spenuhnya.

Sukan mengangkat martabat negara


Huraian:
Sukan juga dapat mengangkat martabat negara ke mercu yang lebih
tinggi.Pencapaian cemerlang dalam temasya sukan membolehkan nama Malaysia
terukir dalam sukan antarabangsa.Contoh yang paling ketara ialah apabila Malaysia
berjaya merampas Piala Thomas semula pada tahun 1992 setelah 25 tahun
kehilangannya.Pasukan badminton Piala Thomas telah menjadikan nama Malaysia
disebut-sebut di seluruh dunia.Dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 pula, Dato’ Lee
Chong Wei mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat perak dalam
sukan badminton.Pencapaian Ratu Skuasy Negara,Dato’ Nicol Ann David,lebih
membanggakan.Beliau telah menjadi juara dunia dalam sukan itu sebanyak empat
kali,iaitu pada tahun 2005-2006 dan 2008-2009 serta menduduki ranking pertama
dunia sejak tahun 2006.

Sukan juga dapat mengatasi masalah sosial


Huraian:
Sukan juga dapat mengatasi masalah sosial seperti lepak,bohsia,penyalahgunaan
dadah, dan vandalisme yang melanda remaja kita.Masalah ini terjadi kerana remaja
tidak mempunyai hobi yang sihat untuk mengisi masa lapang mereka.Aktiviti sukan
merupakan salah satu hobi yang sihat dan membolehkan remaja mengisi masa
lapang dengan bermakna.Selain itu,sukan juga dapat memupuk disiplin dan azam
yang kuat yang membantu remaja menghindarkan diri daripada masalah sosial yang
serius.
LANGKAH-LANGKAH
Peruntukan kewangan yang secukupnya kepada badan sukan penting
Huraian:
Kerajaan perlulah memperuntukkan wang yang secukupnya kepada badan sukan.
Dengan wang yang cukup, pelbagai program latihan dapat dijalankan. Alatan latihan
yang canggih dapat disediakan dengan secukupnya. Jurulatih yang bertauliah dan
professional dapat diupah. Selain itu, atlet dan pemain juga dapat dihantar keluar
negara untuk menjalani latihan. Lebih banyak pertandingan juga dapat di anjurkan.
Atlet kita juga dapat ditaja untuk menyertai pertandingan antarabangsa. Pendedahan
ini akan membolehkan mereka mengenal pasti kelemahan diri sambil belajar
daripada jaguh sukan yang lain. Dengan itu, pastilah mutu sukan tanah air akan
meningkat.

Percaturan politik dalam persatuan-persatuan sukan harus dibanteras


Huraian;
Percaturan politik dalam persatuan-persatuan sukan juga harus dibanteras demi
kemajuan sukan. Punca utama kemerosotan mutu sukan ialah kekurangan
kerjasama antara Majlis Sukan Negara(MSN), Majlis Olimpik Malaysia(MOM), dan
persatuan-persatuan sukan. Percaturan politik dalaman,seperti perebutan kuasa dan
jawatan juga menjejaskan mutu sukan. Masa, tenaga, dan wang dibazirkan kerana
perebutan yang sia-sia ini. Pemimpin tua memegang tampuk selama berpuluh-puluh
tahun tanpa membawa sebarang perubahan dan kemajuan kepada bidang sukan
tersebut. Mereka juga enggan memberikan laluan kepada orang baharu. Keadaan
ini haruslah dibetulkan jika kita mahu memajukan sukan tanah air. Tegasnya,
keutuhan persatuan sukan juga penting

Ganjaran lumayan kepada ahli sukan


Huraian:
Ganjaran lumayan kepada ahli sukan juga penting dalam hal ini. Ganjaran wang
yang lumayan akan memikat ahli sukan. Sebagai contohnya, pemenang pingat di
peringkat antarabangsa diberikan insentif kewangan yang banyak. Tambahan pula,
gaji tinggi boleh ditawarkan kepada ahli sukan profesional. Dengan demikian,
mereka dapat menumpukan perhatiannya terhadap bidang sukan sepenuhnya.
Peluang pendidikan dan pekerjaan juga boleh ditawarkan. Anugerah tertentu seperti
olahragawan dan olahragawati juga diberikan. Dengan itu, ahli sukan tidak perlu
merisaukan masa hadapan yang tidak menentu apabila prestasi mereka merosot
nanti.

Bakat perlu dicungkil ketika kecil


Huraian:
Bakat ahli sukan juga perlu dicungkil ketika kecil. Pertandingan peringkat sekolah
rendah dan menengah diutamakan. Dalam pertandingan sedemikian, Bakat muda
yang berpotensi dapat dicungkil. Selanjutnya, bakat mereka dapat diasah pada usia
yang kecil. Bimbingan dan latihan khusus diberikan, misalnya golongan yang
berpotensi ini dihantar ke sekolah sukan. Maka lahirlah para pelapis ahli sukan
negara yang dapat menyambung perjuangan negara dalm bidang ini.

Jurulatih perlu ditambah


Huraian:
Jurulatih juga memainkan peranan yang penting. Lebih banyak jurulatih yang
berpengalaman perlu diupah. Mereka dapat memberikan tunjuk ajar yang bernas
kepada ahli sukan kita. Mereka juga menggunakan kaedah latihan yang terkini. Hal
ini, dapat meningkat mutu sukan negara. Sebagai contohnya, jurulatih daripada
negara China telah berjaya membantu pasukan badminton negara merampas Piala
Thomas pada tahun 1992. Jurulatih renang yang diupah dari negara barat akhirnya
berjaya melahirkan banyak perenang negara yang mampu bersaing di peringkat
antarabangsa. Oleh itu, amatlah penting untuk kita mengupah jurulatih yang betul-
betul berupaya dalam pelbagai bidang sukan.
IMPLIKASI
Bersukan dapat menyihatkan tubuh badan manusia
Huraian :
Bersukan dapat menyihatkan tubuh badan manusia.Segala kemudahan sukan yang
disediakan oleh kerajaan adalah untuk kegunaan setiap lapisan masyarakat.Apabila
kemudahan sukan dimanfaatkan, kita dapat melahirkan rakyat yang sihat.Rakyat
yang sihat akan mewujudkan tenaga kerja yang produktif untuk menggerakkan
ekonomi negara. Kajian menunjukkan bahawa sukan dapat mengelakkan seseorang
daripada serangan penyakit seperti strok, diabetes atau kencing manis, darah tinggi
dan barah. Sukan dapat membantu meningkatkan pengaliran darah dalam tubuh
manusia hatta menjadikan seseorang itu sihat dan bertenaga. Rakyat yang sihat
penting untuk pembangunan ekonomi negara.

Perkembangan sukan juga memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk


Huraian :
Perkembangan sukan juga memberikan peluang pekerjaan kepada
penduduk.Kemajuan sukan menyebabkan kewujudan syarikat-syarikat pengeluar
barangan sukan seperti kasut, baju, stoking, raket, bola dan pelbagai produk sukan
yang lain.Kedai-kedai sukan juga dibuka di setiap pelosok negara dan memberikan
peluang kepada rakyat untuk berniaga. Peluang pekerjaan dapat diwujudkan kepada
rakyat negara ini di kilang-kilang berasaskan produk sukan. Atlet sukan yang
cemerlang seperti Shalin Zulkifli, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David dapat
menjadikan sukan sebagai sumber pendapatan melalui penajaan. Mereka juga
boleh menjadikan sukan sebagai profesion.
Pendapatan negara juga dapat ditingkatkan melalui sukan
Huraian :
Pendapatan negara juga dapat ditingkatkan melalui sukan. Penganjuran Sukan
Komanwel Ke-16 pada tahun 1998 dahulu menguntungkan negara dari segi
pendapatan.Kemasukan pelancong yang ramai menjana ekonomi negara.Hak
penyiaran eksklusif melalui penganjuran sukan Formula 1 menguntungkan
penganjur. Industri sampingan seperti pengangkutan, makanan , media dan
pelancongan turut mendapat tempiasnya. Pelaburan asing juga dapat ditingkatkan
dan Malaysia memperoleh keuntungan besar dari segi tukaran wang asing. Oleh itu,
tidak hairanlah setiap negara bersaing untuk menjadi penganjur sukan bertaraf dunia
seperti Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia, Sukan Olimpik, dan pelbagai kejohanan
yang lain.

Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa.


Huraian:
Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa. Rakyat Malaysia
terdiri daripada pelbagai kaum. Untuk mengeratkan hubungan antara kaum yang
pelbagai itu, sukan merupakan salah satu wadahnya. Sukan juga dapat mengikis
rasa buruk sangka dalam kalangan pemain dan penonton.Semangat kerjasama
dapat dipupuk dalam kalangan pemain.Pada peringkat antarabangsa, sukan dapat
menjalin hubungan diplomatik dan perbezaan ideologi politik. Keamanan dunia
dapat dicapai jika setiap negara mengutamakan sukan. Sukan dapat mengukuhkan
perpaduan umat dan mengikis perasaan perkauman.
Kegiatan sukan juga dapat mengurangkan kos perubatan untuk rakyat
Huraian:
Kegiatan sukan juga dapat mengurangkan kos perubatan untuk rakyat. Sukan
menyihatkan rakyat, dan secara tidak langsung kerajaan dapat mengurangkan kos
perubatan untuk merawat rakyat. Peruntukan yang tinggi untuk kesihatan rakyat
dapat dialih kepada sektor-sektor lain yang lebih memerlukan untuk merealisasikan
matlamat Wawasan 2020. Rakyat yang sihat tidak perlu lagi memikirkan kos
perubatan Rakyat juga dapat menjimatkan pendapatan untuk kesejahteraan
keluarga seperti mendapatkan keperluan lain seperti makanan, tempat tinggal,
pakaian dan melancong.
KESIMPULAN
Kerajaan berusaha memajukan sukan.
Pelbagai program pembangunan dan galakan sukan telah dilaksanakan.
Masyarakat kita juga boleh membantu dalam pelbagai cara.
Langkah perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara.
Kerjasama semua pihak penting dalam hal ini.
http://myspkk.webs.com/pengenalanspkk.htm

http://web.moe.gov.my/bsukan/v2/kejurulatihan.html?
GENPRO_SESSION=fdcee85fdcb445e74d75aca30dcaa77e

Anda mungkin juga menyukai