Anda di halaman 1dari 23

KPR 3012: SEMINAR REFLEKSI LATIHAN

MENGAJAR PROGRAM

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. MATRIK NO PHONE

AIN SUFIZA BINTI NORMAN ZAIRI D20171078202 0137527276

PENSYARAH : DR. MUHD IBRAHIM BIN MUHAMAD DAMANHURI

KUMPULAN : AT13 A

TARIKH : 12 JUN 2021


KANDUNGAN

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU 4

2.0 ISU KEPRIHATINAN/ FOKUS KAJIAN 5

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 6

3.1 OBJEKTIF AM 6

3.2 OBJEKTIF KHUSUS 6

4.0 KUMPULAN SASARAN 6

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 7

6.0 REFLEKSI KAJIAN 15

7.0 CADANGAN KAJIAN 18

BIBIOLOGRAFI 18

LAMPIRAN 19

2
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MENULIS


FORMULA SEBATIAN IONIK KIMIA MENGGUNAKAN
PERMAINAN “CHEMBOOSTER” KEPADA 31
PELAJAR 4 LAMBDA

Oleh:
Ain Sufiza Binti Norman Zairi
Sekolah Menengah Kebangsaan
Bandar Tun Hussein Onn 2,
43200 Cheras, Selangor.

ABSTRAK

Semasa pengajaran Kimia tingkatan 4, pengkaji mendapati pelajar tidak dapat


menguasai kemahiran menulis formula ionik kimia dengan betul. Kelemahan ini
amat membimbangkan memandangkan kemahiran menulis formula ionik dengan
betul merupakan sebahagian daripada kemahiran asas kimia yang penting untuk
menguasai kemahiran lain seperti menghitung bilangan zarah, jisim dan isipadu
yang berkaitan mol dan menulis persamaan kimia yang seimbang. Malah
sebahagian besar sukatan pelajaran Kimia Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
melibatkan kemahiran asas menulis formula ionik kimia dengan betul. Pengkaji
sedar bahawa pembelajaran yang melibatkan penglibatan pelajar yang aktif adalah
lebih bermakna. Oleh demikian, pengkaji mereka cipta satu permainan kimia
yang boleh membantu pelajar menulis formula kimia dengan betul. Permainan
kad kimia ini bergelar ‘ChemBooster’ yang dinamakan oleh pengkaji sendiri.
Permainan “ChemBooster” adalah permaian yang diadaptasi dari permainan
“Monopoly”. Ujian-Pra mendapati peratus min markah pelajar adalah 31.3 %
untuk kemahiran menulis formula ionik dan 41.3 % untuk kemahiran menamakan
sebatian ionik. Selepas permainan “ChemBooster” telah dimain sebanyak tiga
kali, Ujian-Pos menunjukkan peningkatan kepada 73.8% dan 65.0% masing-
masing bagi dua kemahiran tersebut. Pemerhatian pengkaji mendapati pelajar
terlibat secara aktif dalam permainan ini dan interaksi antara pelajar dengan
pengkaji sebagai guru turut meningkat. Permainan ini terbukti efektif dalam
mebantu pelajar meningkatkan kemahiran dalam menulis formula kimia sebatian
ion dan menamakan sebatian ionik.

3
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Berdasarkan pengalaman saya mengajar Kimia kelas 4 Lambda yang lalu, saya mendapati banyak
perkara yang pelajar-pelajar masih kurang faham dalam Kimia tingkatan 4 yang sudah dipelajari.
Semasa menghasilkan persamaan kimia, pelajar-pelajar kebanyakannya tidak boleh menulis formula
kimia sebelum menghasilkan persamaan kimia kerana tidak mengingati formula-formula kimia yang
yang bercas kation atau anion. Apabila saya menyoal di dalam kelas secara lisan juga, pelajar
kelihatan lemah dalam mengingati cas bagi setiap formula ionik dan menghasilkan formula kimia.
Gambaran kasar menunjukkan pencapaian semua pelajar amat lemah dalam semua perkara yang
disoal secara lisan.

Sebagai langkah untuk pelajar mengingati cas ion positif dan negatif, pengkaji telah membuat
kelas tambahan bagi mengingati cas ion positif dan negatif dan cara untuk membina formula kimia
dengan betul. Pada awalnya, sesetangah pelajar kelihatan dapat menghafal dengan baik dan berjaya
menulis formula kimia dengan betul. Namun begitu, apabila saya menyoal pelajar pada kelas
seterusnya iaitu minggu hadapan, pelajar masih lupa dan tidak mengingati sebahagian cas bagi ion
positif dan negatif. Hal ini menyebabkan pelajar akan susah untuk menulis formula kimia dengan
betul.

Justeru itu, saya sangat memandang serius tentang hal ini kerana formula kimia adalah salah
satu subtajuk yang penting bagi menguasai tajuk tajuk yang akan dipelajari nanti seperti persamaan
kimia, mengira mol dan garam. Mengingati cas ion merupakan asas kepada menulis formula kimia
sebatian ionik dengan betul. Sebagai analogi, kepentingan kemahiran menulis persamaan kimia yang
seimbang dalam mata pelajaran Kimia adalah sama seperti kepentingan menguasai kemahiran operasi
asas seperti tambah, tolak, kali, bahagi dalam mata pelajaran Matematik.

Oleh yang demikian, satu pendekatan baharu amatlah diperlukan dalam mempertingkatkan
kemahiran pelajar dalam menulis formula kimia sebatian ion dan setersnya dapat menulis persamaan
kimia yang seimbang. Melalui pembacaan kajian-kajian yang pernah dilakukan oleh pengkaji sebelum
ini, pembelajaran berasaskan permainan sangat efektif terutamanya dalam mengingati perkara.
Menurut Cynthia (2015), beliau mencadangkan agar pembelajaran kimia berkonsepkan permainan di
4
dalam kumpulan lebih ditekankan memandangkan konsep tersebut dilihat memberi impak yang positif
berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh beliau. Justeru itu, proses pengajaran dan pemudahcaraan
yang paling sesuai menggunakan konsep keseronokan dan aktif adalah melalui pendekatan permainan
dan kerjasama di antara pelajar (Azam dan Jahanbakhsh (2015), Cyhthia (2015), Morris (2011),
Fengfeng dan Grawboski (2007)). Menyahut kepada konsep yang dicadangkan di atas, pendekatan
pembelajaran secara permainan dalam berkumpulan atau lebih dikenali sebagai “ChemBooster” telah
dipilih dalam kajian ini.

2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Kajian bertumpu pada usaha meningkatkan kemahiran pelajar menulis formula kimia dengan betul.
Permainan “ChemBooster” digunakan sebagai alat yang dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam
pembelajaran. Alat ini diharapkan dapat menjadi pendekatan baru yang menyeronokkan untuk
mengajar penulisan formula kimia dan secara tidak langsung mendorong pelajar untuk mengingat
cas ion-ion positif dan ion-ion negatif. Jika pelajar tidak mengingat cas-cas ion positif dan negatif
akan menyebabkan pelajar sukar untuk menulis formula kimia sebatian ion dan sekaligus sukar
untuk menghasilkan persamaan kimia.

5
3.1 OBJEKTIF KAJIAN
3.2 Objektif Am
Tujuan Kajian ini adalah untuk mempertingkatkan peratus kelulusan dalam mata pelajaran Kimia
Sijil Pelajaran Malaysia.

3.3 Objektif Khusus


i. Meningkatkan kemahiran pelajar menulis formula kimia sebatian ion dengan tepat.
ii. Meningkatkan kemahiran pelajar menamakan sebatian ionik dengan betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian ini terdiri daripada 31 orang pelajar 4 Lambda iaitu kelas yang saya
sendiri mengajar. Saya mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke atas semua pelajar kelas 4
Lambda agar semua pelajar dapat mempertingkatkan kemahiran dalam menulis formula kimia
sebatian ion dengan betul dan tepat.

6
5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Bagi menguji kemampuan pelajar yang lemah dalam menulis formula kimia sebatian ion, saya
telah menjalankan ujian-pra ke atas 31 orang pelajar kelas 4 Lambda. Hal ini dapat
mengenalpasti apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar untuk menulis formula
kimia sebatian ion. Ujian-pra dijalankan untuk mendapatkan kepastian tentang masalah untuk
menulis formula kimia.

Jadual berikut adalah kaedah yang digunakan oleh pengkaji bagi membuat tinjauan masalah
yang berlaku dalam kalangan pelajar:

Jadual 1: Kaedah mengutip data

Langkah Cara Kumpulan Tujuan


Dan Penilaian sasaran
Tarikh

Langkah Pra-ujian 31 orang Mengenal pasti masalah untuk menulis formula


(14.4.2021) pelajar 4 kimia sebatian ion.
Lambda

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Analisis tinjauan masalah dilakukan dengan membuat jadual atau apaapa bentuk ‘data display’
untuk menunjukkan bahawa data/ maklumat telah dikumpul untuk mengetahui bagaimana
masalah itu timbul dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan masalah yang dikaji.

Ujian-pra yang dilaksanakan terhadap pelajar 4 Lambda mempunyai dua soalan berkaitan
formula kimia. Soalan yang pertama (Soalan 1) adalah berkaitan pelajar harus menulis
formula molekul berdasarkan penamaan sebatian yang diberikan. Seterusnya, bagi soalan
7
yang kedua (Soalan 2) pula, soalan yang berbentuk menamakan formula sebatian ionik yang
diberikan. Kedua-dua soalan ini tidak diberikan sebarang formula ion bercas negatif atau
positif. Hal ini demikian kerana, ini adalah untuk menguji pelajar adakah mereka ingat cas
kation dan anion bagi membina formula kimia sebatian ion. Soalan-soalan yang diberikan
hanya asas yang tidak melibatkan pengiraan mol ataupun kiraan lain. Soalan 1 mempunyai 8
jenis formula yang harus dijawab. Begitu juga dengan soalan 2 terdapat 8 jenis formula kimia
sebatian ion yang harus dinamakan oleh pelajar-pelajar

Keputusan ujian-pra ditunjukkan dalam Jadual 1 seperti berikut:

Jadual 2: Analisis Tinjauan Masalah

No. Soalan
Bil. Nama Jumlah
1 2

1 Adriana Abd Hamid 0 2 2


2 Adriana Marissa 0 1 1
3 Ahmad Nazhan 1 3 4
4 Aiesha Putri Najwa 3 3 6
5 Alia Syamimi 2 1 3
6 Anas Ikram 0 3 3
7 Anisha Nor Azmi 4 2 6
8 Farah Azwana 2 3 5
9 Farhah Iman Irdina 2 0 2
10 Fatimah Az-Zahra 4 2 6
11 Ilham Umair 0 1 1
12 Iman Qistina 0 2 2
13 Muhamad Faris 3 4 7
14 Muhammad Aqif 3 5 8

8
15 Muhammad Ariff Danial 0 3 3
16 Muhammad Danish Irfan 6 7 13
17 Muhammad Eizmer Akif 3 6 9
18 Muhammad Hamdan 3 4 7
19 Muhammad Izzham 5 5 10
20 Muhammad Nazryn Shahmie 5 4 9
21 Muhammad Raimi Naqib 4 6 10
22 Nor Haziqah 0 3 3
23 Nur Afrina Sofeah 4 2 6
24 Nur Insyirah 2 5 7
25 Nur Irdina Batrisyia 1 3 4
26 Nur Jihan 6 7 13
27 Nur Umairah 3 0 3
28 Qaisara Eiyazi 3 5 8
29 Rasya Aleeya 2 3 5
30 Sulaiman Osman 5 3 8
31 Thrishalini A/P Regunathan 0 4 4

Setelah membuat ujian pra saya dapati kebanyakan pelajar masih lemah dalam menulis
formula kimia dan juga menamakan formula kimia sebatian ion. Terdapat beberapa pelajar juga
mendapat kosong markah kerana tidak mengingati cas ion positif dan negatif yang amat penting
bagi menulis formula kimia sebatian ion. Jumlah markah kedua-dua soalan yang diberikan
adalah sebanyak 16 markah. Namun begitu, kebanyakan pelajar mendapat jumlah markah bagi
soalan 1 dan soalan 2 di bawah 10 mrakah di mana agak lemah dan membimbangkan. Punca
mereka tidak dapat menjawab soalan yang diberikan adalah kerana tidak mengingat formula
kimia dan cas-cas ion negatif dan positif iaitu kation dan anion yang penting untuk menulis
formula kimia.

Seterusnya, saya telah melakukan pemerhatian sebagai salah satu langkah untuk menganalisis
tinjauan masalah. Pemerhatian dilakukan sendiri oleh saya untuk mengenal pasti masalah dari
9
segi sikap, tingkah laku dan juga penglibatan murid ketika diberikan soalan ujian-pra. Pertama
sekali, adalah sikap. Kebanyakan daripada pelajar membuat kerja sambil lewa dan tidak fokus.
Mereka mudah hilang fokus. Selaintu, adalah tingkah laku. Berdasarkan tingkah laku melalui
pemerhatian, mereka tidak memberi tumpuan semasa belajar apabila ditanya soalan mereka
hanya membisu kerana mereka tidak mengingati cas-cas ion positif dan negatif untuk membina
formula kimia. Penglibatan pelajar di dalam kelas ketika guru memberikan soalan juga
menampakkan pelajar sangat pasif dan tidak begitu bersemangat untuk menjawab soalan.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

5.3.1 Ujian-Pra (Langkah 1)

Pelajar kelas 4 Lambda telah diberikan ujian-pra (Lampiran 1) untuk menguji


kemahiran dalam aspek menulis formula kimia sebatian ionik dan juga menamakan
sebatian ionik. Terdapat 8 soalan bagi menulis formula kimia sebatian ion dan 8 soalan
menamakan sebatian ion yang diberikan kepada pelajar.

Analisis keputusan ujian-pra ditunjukkan dalam Jadual 3 seperti berikut:

Jadual 3: Analisis keputusan pra-ujian

Soalan Kemahiran Min markah Markah Peratus (%)


penuh
1 Menulis formula sebatian ion 2.5 8 30.6
2 Menamakan sebatian ionik 3.3 8 41.1

Analisis dalam jadual di atas menunjukkan pelajar sangat lemah dalam menulis formula
kimia dan menamakan sebatian kimia. Hal ini disebabkan oleh pelajar tidak mengingat
cas-cas ion positif dan negatif dan formula bagi penamaan sebatian ion. Kemahiran
pelajar bagi kedua-dua soalan ujian-pra yang diberikan amat membimbangkan.

10
5.3.2 Permainan “ChemBooster” (Langkah 2)

Permainan ChemBooster adalah satu permainan formula kimia yang digunakan untuk
aktiviti semasa PdPc. Permainan ini dimainkan oleh 3 hingga 4 orang pelajar sahaja.
Pengkaji telah menerapkan elemen keseronokan dan persaingan dalam permainan
ChemBooster yang telah dibangunkan. Elemen keseronokan adalah elemen yang wajib
diterapkan dalam sesebuah permainan yang dibangunkan.

Tujuan utama permainan ini adalah untuk membina formula kimia sebanyak mana
yang boleh menggunakan kad kation dan kad anion yang diberikan untuk mengumpul
mata yang terbanyak dan dikira sebagai pemenang. Permainan ini dimainkan tiga
hingga empat orang yang akan mendapat jumlah kad yang sama iaitu 5 kad anion dan 5
kad kation setiap seorang. Jumlah token sama sebanyak 15 diberikan kepada setiap
pemain bagi menerapkan prinsip keadilan dalam membangunkan permainan
ChemBooster ini. Setiap kad kation dan anion yang diberikan terdapat ion yang
mempunyai cas tersendiri iaitu cas ion positif dan ion negatif. Tujuannya adalah untuk
membiasakan pelajar dengan nama ion dan cas ion yang digunakan untuk menghasilkan
formula kimia sebatian ion. Pelaziman ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk
mengingat cas dan nama ion sambil mereka bermain.

Selepas ujian-pra, pelajar diberi peluang bermain permainan ChemBooster sebanyak


tiga kali secara berkala. Sebelum pelajar bermain kali pertama, mereka dimaklumkan
tentang cara mengisi Borang ChemBooster, langkah demi langkah sehingga mereka
dapat menulis formula kimia sebatian ion dan menamakan sebatian ionik yang telah
dihasilkan mereka sendiri melalui gabungan kad-kad ion positif dan negatif. Setiap kali
selepas permainan, pengkaji mengumpul Borang ChemBooster untuk disemak bagi
memastikan pelajar mengisi borang tersebut dengan cara yang betul dan dapat menulis
formula molekul di samping menamakan sebatian ionik dengan betul. Borang yang
sudah disemak dan dibetulkan dikembalikan kepada pelajar untuk rujukan masing-
masing. Selepas tiga kali bermain permainan ChemBooster, pelajar diberi ujian-pos.
11
Ujian-pos yang diberikan hanya menguji aspek berikut:

a) Menulis formula kimia sebatian ion

b) Menamakan sebatian ion

Ujian-pos ini hanya menguji dua aspek tersebut kerana ChemBooster hanya direka
bentuk untuk mengatasi kelemahan pelajar dalam dua aspek tersebut sahaja.Permainan
ini memfokuskan untuk pelajar menguasai formula kimia yang sangat penting dan asas
kepada subjek Kimia Walaupun demikian, kemahiran pelajar menulis formula kimia
sebatian ion dan menamakan sebatian ionik dengan dengan betul merupakan asas yang
penting untuk menguasai kemahiran membuat perhitungan berkaitan mol dan menulis
persamaan kimia yang seimbang.

5.3.3 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian (Langkah 3)

Bagi pelaksanaan tindakan bagi kajian adalah perbandingan antara keputusan dan
penilaian ujian-pra dan ujian-pos selepas bermain permainan ChemBooster. Hal ini
demikian kerana, keputusan yang diperoleh akan dinilai sama ada tindakan yang
dilakukan adalah efektif dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Keputusan ujian-pos dan ujian-pra adalah seperti Jadual 4 yang berikut:

Jadual 4

Bil. Nama Soalan 1 Soalan 2

Pra Pos +/ – Pra Pos +/ –

1 Adriana Abd 0 5 +5 2 6 +4
Hamid
2 Adriana 0 4 +4 1 4 +3

12
Marissa
3 Ahmad 1 7 +6 3 4 +1
Nazhan

4 Aiesha Putri 3 7 +4 3 3 -
Najwa
5 Alia Syamimi 2 6 +4 1 4 +3
6 Anas Ikram 0 5 +5 3 5 +2
7 Anisha Nor 4 4 - 2 6 +4
Azmi
8 Farah Azwana 2 6 +4 3 5 +2
9 Farhah Iman 2 5 +3 0 4 +4
Irdina
10 Fatimah Az- 4 7 +3 2 4 +2
Zahra
11 Ilham Umair 0 6 +6 1 5 +4
12 Iman Qistina 0 5 +5 2 6 +4
13 Muhamad 3 7 +4 4 5 +1
Faris
14 Muhammad 3 7 +4 5 5 -
Aqif
15 Muhammad 0 3 +3 3 4 +1
Ariff Danial
16 Muhammad 6 8 +2 7 8 +1
Danish Irfan

17 Muhammad 3 5 +2 6 6 -
Eizmer Akif
18 Muhammad 3 7 +4 4 6 +2
Hamdan
19 Muhammad 5 5 - 5 5 -
Izzham
20 Muhammad 5 6 +1 4 6 +2
Nazryn
Shahmie

13
21 Muhammad 4 7 +3 6 7 +1
Raimi Naqib
22 Nor Haziqah 0 6 +6 3 5 +2
23 Nur Afrina 4 7 +3 2 6 +4
Sofeah
24 Nur Insyirah 2 7 +5 5 4 -1
25 Nur Irdina 1 6 +5 3 5 +2
Batrisyia
26 Nur Jihan 6 7 +1 7 8 +1
27 Nur Umairah 3 8 +5 0 4 +4
28 Qaisara Eiyazi 3 7 +4 5 5 -
29 Rasya Aleeya 2 5 +3 3 5 +2
30 Sulaiman 5 4 -1 3 6 +3
Osman
31 Thrishalini A/P 0 5 +5 4 4 -
Regunathan
Min markah 2.5 5.9 3.3 5.2

Saya berasa sangat puas hati dengan ujian pos yang telah dijalankan selepas
bermain permainan ChemBooster. Secara keseluruhannya, bagi kedua-dua soalan
terdapat peningkatan mengikut min yang telah dikira. Bagi soalan 1, yang menguji
kemahiran pelajar menulis formula kimia sebatian ion, sebanyak 28 orang pelajar telah
menunjukkan peningkatan dari segi markah setiap soalan yang diperolehi. Dua orang
pelajar mendapat markah yang sama dan seorang pelajar menurun sebanyak 1 markah
ketika ujian pos. Manakala bagi soalan 2 pula, menuji kemahiran pelajar menamakan
sebatian ionik, 26 daripada 31 orang pelajar telah menunjukkan peningkatan dari ujian-
pra ke ujian-pos yang dijalankan. 4 orang pelajar menunjukkan prestasi yang sama dan
seorang pelajar menurun sebanyak 1 markah sahaja. Pengkaji berpendapat bahawa hasil
daripada penilaian, min peningkatan markah bagi soalan 1 sangat memberangsangkan
dengan sebanyak 42.5%. Manakala, bagi soalan 2 pula min peningkatan markah adalah
sebanyak 23.75%.

14
6.0 REFLEKSI KAJIAN

Jadual 5 menunjukkan perbezaan min markah dan peratus antara ujian-pra dan ujian-pos yang
telah diperoleh semasa kajian dijalankan.

Jadual 5

Soalan Kemahiran Min markah Peratus (%)


Pra Pos Pra Pos
1 Menulis formula kimia 2.5 5.9 31.3 73.8
sebatian ion

2 Menamakan sebatian ionik 3.3 5.2 41.3 65.0

Jadual 5 menunjukkan perbandingan min markag dan juga peratus markah yang
telah dicapai oleh pelajar di antara ujian-pra dan ujian-pos yang telah dijalankan.
Keputusan yang dicapai menunjukkan min markah bagi soalan 1 telah meningkat
sebanyak 42.5% dari 31.3% ke 73.8% dalam ujian-pos. Bagi soalan 2 pula, peratus min
markah yang dicapai menunjukkan peningkatan sebanyak 23.7% dari 41.3% ke 65.0%.

Ujian Pra dan Ujian Pos telah dilaksanakan kan dan saya mendapati perubahan
begitu ketara sekali dimana pada Ujian Pos didapati hampir kesemua pelajar kelas 4
Lambda berjaya mempertingkatkan marlah dalam ujian-pos yang dijalankan. Ini adalah
kerana semasa Ujian Pra dijalankan pelajar-pelajar belum menghafal semua cas-cas ion
positif dan negatif dengan sepenuhnya. Masih ada di antara mereka yang keliru dan
sukar untuk menulis formula kimia. Ujian Pos telah menunjukkan peningkatan kerana
mereka telah mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul. Keputusan
yang dicapai melalui graf bar yang ditunjukkan di bawah memberi impak yang sangat
baik berkaitan dengan permainan ChemBooster yang mereka telah bermain sebelum
15
menjawab ujian-pos.

Perbandingan Peratus Markah


Min Mengikut Soalan
80 73.8
70 65
60

50
Peratus (%)

41.3
40
31.3
30

20

10

0
Soalan 1 Soalan 2

Ujian-Pra Ujian-Pos

Selain analisis kuantitatif yang menunjukkan peningkatan positif, pengkaji juga amat
berpuas hati apabila dapat mengesan beberapa kelemahan pelajar yang sebelum ini tidak
disedari oleh pengkaji sendiri. Antaranya:

o Ion tidak boleh berdiri sendiri sebagai sebatian. Ini dikesan melalui
kesilapan pelajar menuliskan HCO3–sebagai sebatian formula molekul
o Dua ion iodida yang sepatutnya ditulis sebagai 2 I– , kerap kali disalah tulis
sebagai I2–
o Menulis sebatian ionik dengan mendahulukan ion negatif. Sepatutnya
ion positif didahulukan diikuti ion negatif.

Pengkaji juga mendapati pelajar amat seronok bermain permainan ChemBooster.


Terdapat interaksi yang baik dalam kalangan pelajar kerana kebiasaannya pelajar hanya
diam menjawab soalan dan bersikap pasif kerana tidak mengetahui jawapan. Semasa
permainan dijalankan untuk pusingan yang ketiga, pelajar dilihat lebih yakin menjawab
soalan kerana sudah biasa dan dpat menghafal dengan ion-ion yang bercas negatif dan
positif. Para pelajar lebih aktif berbincang dengan kawan dan lebih kerap bertanya kepada
16
guru apabila ada kemusykilan tentang cara menulis dan menamakan sebatian ionik dengan
betul.

Melalui Borang ChemBooster yang disemak (Lampiran 2), pelajar seperti Farhah yang
mengisytiharkan dirinya ‘menang’ dan sangat termotivasi kerana mendapat markah
tertinggi dalam pusingan yang ketiga. Farhah telah membina 7 formula kimia sebatian ion
dan mengumpul banyak mata. Melalui jawapan pelajar dalam ujian-pos (Lampiran 3),
pelajar seperti Haziqah nampaknya berjaya ‘internalise’ kemahiran yang cuba diasah
melalui Borang Permainan ChemBooster.

6.1 Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan

Sepanjang kajian ini banyak pengalaman yang telah saya lalui terutama semasa PdPc.
Selepas kajian saya membuat pemerhatian terhadap perubahan yang besar pada anak-
anak didik saya antaranya:

i. Perubahan sikap pelajar


Perubahan sikap dapat dilihat di mana sebelum ini adalah amat susah untuk menarik
minat mereka kerana pembelajaran yang hanya guru bercakap dan menggunakan
papan putih sangat tidak menarik bagi mereka. Pelajar akan cepat bosan dan tidak
begitu faham dengan apa yang diajar. Bagi saya, permainan seperti ChemBooster ini
sesuai digunakan semasa fasa pentaksiran pelajar untuk menguji sejauh mana
kefahaman pelajar selepas diajar oleh guru. Melalui pemerhatian yang dibuat, pelajar
kelihatan lebih fokus ketika melakukan ujian-pos kerana sudah faham dan dapat
mengingati cas-cas ion yang berbagai-bagai.

ii. Perubahan pada pembelajaran pelajar


Hal ini adalah sangat penting kerana objektif kajian ini sendiri adalah untuk
meningkatkan kemahiran pelajar untuk menulis formula kimia sebatian ion dengan
betul. Melalui pemerhatian, pelajar dilihat senang untuk menjawab soalan dan lebih
yakin untuk menulis formula kimia sebatian ion. Hal ini demikian kerana, pelajar
17
sudah mula biasa dan mengingati formula cas-cas ion negatif dan positif iaitu kation
dan anion yang sangat penting bagi membina formula kimia sebatian ion.

iii. Perubahan pada penglibatan pelajar


Saya melihat melalui pemerhatian saya, pelajar kelihatan sangat aktif ketika bermain
permainan ChemBooster yang dijalankan. Mereka kelihatan sangat yakin untuk
menghasilkan formula kimia sebatian ion. Mereka juga ada sikap daya saing yang
tinggi untuk memenangi permainan dengan mendapat markah yang tertinggi. Pelajar
juga kelihatan sangat tenang menjawab soalan ujian-pos yang dijalankan dan fokus
kerana lebih mengingati formula cas-cas ion positif dan negatif.

7.0 CADANGAN KAJIAN

Saya akan mengekalkan kaedah ini untuk pengajaran saya pada masa hadapan kerana kaedah
ini adalah kaedah paling mudah dan berkesan untuk menarik minat pelajar sekaligus
meningkatkan kemahiran untuk menulis formula kimia sebatian ion dengan mengingati formula
cas-cas ion negatif dan positif dan juga menamakan sebatian ion. Cadangan saya untuk kajian
akan datang adalah agar pengkaji seterusnya menyediakan permainan bagi tajuk atau subtajuk
yang agak sukar difahami atau diingati oleh pelajar. Hal ini akan membantu pelajar
meningkatkan pembelajaran mereka dengan cara pembelajaran berasakan permainan yang
efektif dan menyeronokkan.

BIBLIOGRAFI

Cynthia (2015). Experiences Teaching Stoichiometry to Students in Grades 10 and 11.PHD Thesis,
Walden University, UMI Number: 3684500

Azam Abaslou & Jahanbakhsh Langroudi (2015). The Effect of Reflective Teaching on the
Intrinsic Motivation and Critical Thinking of Iranian Efl Learners across Age Groups.
Modern Journal of Language Teaching Methods, 5(4), 77.

Morris, T. A. (2011). Go chemistry: A card game to help students learn chemical formulas. Journal
of Chemical Education, 88(10), 1394-1397.
.

18
LAMPIRAN 1

UJIAN-PRA (FORMULA KIMIA)

Soalan 1: Tulis formula bagi setiap sebatian berikut.

1. Kuprum (II) oksida:


2. Natrium oksida:
3. Ferum (II) oksida:
4. Magnesium oksida:
5. Kalium sulfat:
6. Zink nitrat:
7. Natrium karbonat:
8. Plumbum (IV) oksida:

Soalan 2: Namakan sebatian ion berikut dengan tepat.


1. MgO :
2. KBr :
3. ZnSO4 :
4. Ba(NO3)2 :
5. Ca(OH)2 :
6. CuSO4 :
7. Fe2(SO4)3 :
8. Al (NO3)3 :

19
LAMPIRAN 2

BORANG PERMAINAN CHEMBOOSTER

NAMA:______________________________ KELAS:_____________

BIL KATION DAN FORMULA PENAMAAN MATA


. ANION KIMIA SEBATIAN ION
SEBATIAN ION

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

20
10.

LAMPIRAN 3 : Contoh jawapan pelajar

21
22
LAMPIRAN 4 : Contoh borang pelajar

23

Anda mungkin juga menyukai