Anda di halaman 1dari 2

1. Mampukah buku digital menjana minat membaca dalam kalangan masyarakat?

Bincangkan.

Pada era globalisasi ini, budaya membaca adalah suatu budaya yang amat
dititikberatkan oleh kerajaan terhadap masyarakat. Membaca wajar dijadikan sebagai sebuah
hobi oleh masyarakat zaman ini kerana telah terbukti dapat memberikan pelbagai manfaat
kepada mereka. Kebanyakan daripada masyarakat lebih selesa dengan membaca
menggunakan buku-buku yang dicetak secara fizikal. Namun, kini telah terdapat penulis-
penulis buku yang menerbitkan buku mereka secara digital. Hal ini masih lagi baharu buat
masyarakat akan tetapi pada masa akan datang, adakah buku digital ini dapat menjana minat
membaca dalam kalangan masyarakat? Dengan itu, marilah kita sama-sama bincangkan.

Jika dilihat dari segi reka cipta buku-buku digital ini, buku-buku ini boleh diakses oleh
semua masyarakat dalam pelbagai peranti elektronik seperti komputer riba, telefon pintar dan
lain-lain lagi. Maka jika dibandingkan dengan buku-buku yang dicetak, buku digital ini boleh
dianggap lebih praktikal kerana kita dapat membacanya dengan lebih mudah. Hal ini kerana
sekiranya kita sentiasa membawa telefon pintar untuk ke mana-mana, maka kita bolehlah
mengakses ke laman sesawang yang disediakan untuk membaca buku-buku digital tersebut.
Bukankah ini lebih mudah kerana kita boleh membaca buku tidak kira masa dan tempat kita
berada. Manakala, buku-buku yang dicetak ini kadang-kadang bersaiz besar dan tebal,
membuatkan kita berasa sukar untuk membawa buku-buku tersebut ke mana-mana. Oleh
sebab itu, dengan adanya buku digital ini, dapat menjana minat membaca dalam kalangan
masyarakat kerana masyarakat dapat membacanya tidak kira masa dan tempat.

Seterusnya, seperti yang kita tahu, buku-buku yang dicetak ini kebiasaannya adalah
sangat mahal seperti buku-buku ilmiah yang tebal-tebal. Maka, buku-buku tersebut akan
menelan kos yang amat mahal untuk membelinya. Hal ini membuatkan kita berfikir banyak
kali sebelum membeli buku-buku tersebut. Akan tetapi, buku-buku digital amatlah jimat
kerana harganya lebih murah berbanding buku-buku yang dijual di kedai-kedai buku. Hal ini
disebabkan buku-buku digital tidak perlu dibayar kos pengeluaran daripada kilang.
Tambahan pula, ada sesetengan buku yang boleh diakses oleh masyarakat secara percuma.
Bagi pelajar-pelajar tidak kira yang belajar di sekolah ataupun di university, hal ini
memberikan keuntungan kepada mereka kerana tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi
untuk mendapatkan buku-buku yang mereka inginkan. Apabila mereka boleh mendapatkan
buku-buku digital ini dengan harga yang lebih murah maka secara tidak langsung dapat
memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. Sesungguhnya, harga buku juga
amatlah penting untuk menarik minat masyarakat supaya suka membaca.

Selain itu, kita pasti pernah melihat kawan-kawan kita yang minat membaca akan
meletakkan buku-buku mereka di rak buku. Cuba bayangkan kita ingin menyimpan banyak
buku di rak buku tersebut maka lama-kelamaan rak buku tersebut tidak akan mempunyai
ruang yang cukup untuk menyimpan buku-buku tersebut. Maka, untuk menyelesaikan
masalah ini kita akan membeli rak buku yang lain. Walau bagaimanapun, hal ini akan
memakan ruang yang banyak. Disebabkan itu, dengan adanya buku digital ini, kita dapat
menyimpan buku-buku ini secara maya dalam peranti elektronik kita. Seperti yang kita sedia
maklum, peranti elektronik kita mempunyai ruang yang sangat banyak dengan adanya cip
yang istimewa seperti ‘memory card’ yang membolehkan peranti itu menyimpan beratus-
ratus buku hanya dalam satu peranti sahaja. Lantas itu, buku-buku digital ini dapat disimpan
dengan lebih mudah dan secara tidak langsung menarik minat masyarakat untuk membaca.

Akhir sekali, buku-buku digital ini juga mempunyai pelbagai kategori seperti fiksyen,
novel, misteri dan sebagainya. Dalam kalangan kanak-kanak kebiasaannya mereka lebih suka
membaca buku-buku komik yang berunsurkan fiksyen. Kini, terdapat beribu-ribu buku
kanak-kanak yang boleh diakses secara digital sahaja. Maka, sekiranya ibu bapa ingin anak-
anak mereka untuk membaca, mereka bolehlah memberikan buku-buku digital ini sahaja.
Tambahan lagi, bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun yang baru sahaja pandai membaca,
dengan adanya buku digital ini mereka akan berasa lebih mudah untuk berlatih membaca
kerana boleh membaca pada bila-bila masa. Buku digital juga tidak terdedah kepada
kerosakan seperti mana buku-buku yang dicetak. Jadi, walaupun ibu bapa membiarkan anak-
anak mereka membaca buku kanak-kanak tanpa pemantauan mereka, mereka tidak akan risau
akan kerosakan ke atas buku yang mungkin berlaku.Oleh itu, buku-buku digital ini juga dapat
menarik minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.

Konklusinya, buku-buku digital ini adalah suatu inisiatif yang bagus untuk
menambahkan lagi minat masyarakat untuk membaca. Telah terbukti bahawa buku digital ini
dapat memberikan pelbagai manfaat yang tidak dapat diberikan oleh buku-buku yang dicetak.
Oleh sebab itu, diharapkan dengan adanya buku-buku digital ini, amalan membaca dapat
dikekalkan dalam kalangan masyarakat pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai