Anda di halaman 1dari 2

- Pengerusi majlis

- Hj Mohd Zapor B. Hj Zainoldin (pengetua kanan)


- GPK Pentadbiran - Pn. Jamilah Jaafar
- GPK HEM - Pn. Sani Wongso Kartiko
- GPK KoKu – Ust Ibrahim B. Mat Isa/ Ust Taufik B. Ahmad
- GK Mata pelajaran
- Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian

Pada minggu ini- Pn Zahriah Bt Md Taha bertugas.

Tema untuk minggu ini – “Pandai Bahasa”


Apa yg dikatakan pandai bahasa?-

- “Pandai”- bijak, terpelajar, cekap, mahir, atau pun telah menguasai sesuatu,

- Tp lain makna bg “memandai-mandai” membuat sesuka hati, mengikut fikiran sendiri

- “Bahasa”- the method of human communication, either spoken or written, / cara komunikasi/
perhubungan manusia sama ada dari segi percakapan@penulisan.

- “Pandai Bahasa” merujuk pengetahuan yang dimiliki oleh penutur bahasa ibunda, yang
membolehkan mereka berkomunikasi, mengungkapkan rasa, cita dan makna, serta dapat
melaksanakan fungsi bahasa yang lain.

 Ungkapan yg selalu digunakan yang berkait rapat dgn bahasa seperti bahasa membentuk bangsa,
bahasa jiwa bangsa, bahasa menunjukkan bangsa, hilang bahasa pupuslah bangsa, rosak bahasa
binasalah bangsa…

- Jika kita pandai bahasa maka pandai lah bangsa, maju bangsa dan berjaya lah bangsa kita bangsa
Malaysia….

Fungsi bahasa:
Petunjuk Kebudayaan
Bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya, iaitu cara hidup mereka, persekitaran (alam
sekitar) dan sosial mereka. Misalnya dalam masyarakat petani tentulah banyak
perbendaharaan kata tentang tanaman dan tumbuh-tumbuhan yang berdasarkan bentuk, warna
dan rasa. Dalam masyarakat nelayan pula tentulah banyak perbendaharaan kata tentang
ombak, angin, layar, gelombang, gelora, dan sebagainya.

Menyembunyikan fikiran
Bahasa bukan sahaja digunakan untuk mengatakan fikiran,tetapi juga untuk maksud tertentu.
Misalnya untuk kepentingan nasional, golongan atau kelompok masyarakat atau kepentingan
peribadi. Cthnya: bahasa siam untuk golongan siam, mereka bercakap sesama mereka orang lain
tidak faham. Jadi inilah dikatakan sebagai menyembunyikan fikiran dari org lain.

Kerjasama dalam Masyarakat


Semua kerjasama pelbagai usaha yang diperlukan untuk berfungsinya masyarakat, hanyalah
dapat dicapai melalui bahasa. Tanpa bahasa, fungsi itu tidak dapat dicapai sama sekali.
Bagaimana ahli masyarakat dapat bekerjasama jika idea / fikirannya tidak dapat disampaikan
dengan berkesan
Bahasa menunjukkan Bangsa
ungkapan itu bermakna budi bahasa yang halus, alamat orang baik. Dengan perkataan lain,
bahasa menunjukkan tingkah laku dan budi pekerti seseorang.
Dengan berbudi bahasa, kita juga memiliki adab dalam pergaulan dan ini menjadikan org lain yakin
untuk berhadapan serta berinteraksi dengan kita

Baiklah saya akhir ucapan ini dgn pantun

Yang kurik itu kundi,


Yang merah itu saga;
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Perumpamaan- yg indah dan baik ialah bahasa


dan budi, bukannya rupa.

Tanam-tanam ubi
Tak perlu dibaja
Orang berbudi
Kita berbahasa

Anda mungkin juga menyukai