Anda di halaman 1dari 5

1

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

PB30803 SIKAP DAN PERUBAHAN SIKAP

SESI 2 2021/2022

TUGASAN INDIVIDU

(MY INSPIRATIONAL ATTITUDE STORY)

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. MATRIKS MASA TUTORIAL

ALLYSHA VIENNA ANAK BP19110369 ISNIN (8-9 PAGI)

ADRIAN KIM

PENSYARAH :

DR GETRUDE C. AH GANG@GRACE
2

PENGENALAN

Sikap adalah sebuah perilaku yang dominan yang terdapat dalam diri kita. Menurut Rajecki

(1989), sikap terbentuk berdasarkan tiga komponen utama iaitu komponen A-B-C, Affective (A),

Behavioral (B) dan Cognitive (C). Ketiga-tiga komponen ini adalah amat berkait rapat dalam

konteks sikap seseorang individu bahkan terhadap diri saya sendiri. Pengalaman hidup saya telah

memberikan impak yang besar terhadap perubahan sikap saya. Semasa berumur 10 tahun, saya

terpaksa berhadapan dengan keputusan ibu dan bapa saya untuk berpisah. Kejadian ini telah

mengajarkan saya mengenai sikap terhadap keterbukaan. Umumnya, institusi kekeluargaan

merupakan tonggak utama dalam pembangunan fizikal, mental dan emosi anak-anak. Keluarga

yang harmoni cenderung untuk membina emosi anak-anak menjadi lebih stabil dan positif.

Namun, ketiadaan aspek keharmonian dalam institusi kekeluargaan boleh menyumbang kepada

gangguan emosi, pemikiran dan tingkah laku anak-anak (Lansford, 2009).

ELEMEN YANG MEMPENGARUHI PERUBAHAN SIKAP

Berdasarkan pengalaman hidup saya, sewaktu kecil saya mengalami tekanan yang tidak

wajar untuk dialami semasa berumur 10 tahun. Pada ketika itu, saya hanyalah seorang kanak-kanak

kecil yang tidak faham akan situasi yang telah berlaku. Saya merasakan seperti agak tertampar

dengan keadaan yang berlaku yang mana pada mulanya saya hidup dalam sebuah keluarga

harmoni namun tiba-tiba mengalami perubahan drastik berikutan daripada keputusan ibu bapa

untuk bercerai. Bagi seorang kanak-kanak yang berumur hanya 10 tahun, situasi tersebut sudah

jelas adalah tidak biasa untuk dihadapi. Menurut Rebecca (2012), perceraian boleh memberi kesan

emosi yang tidak stabil dalam melakukan rutin harian mereka. Kesan perceraian ini jelas akan

membentuk bermacam emosi di dalam diri anak-anak yang mengalaminya. Semasa berlakunya

kejadian tersebut, saya tidak dapat mengawal emosi saya dengan baik. Saya juga pernah ingin
3

mengambil keputusan untuk membunuh diri. Saya mengalami tekanan emosi yang melampau di

mana saya sering menangis dan mengamuk di dalam bilik tidur. Saya juga memprotes terhadap

keputusan yang dibuat oleh ibu bapa saya tersebut. Anak-anak cenderung untuk menunjukkan

perubahan yang jelas dalam tingkahlaku pasca perceraian berlaku (Eddy, 1994). Namun, apabila

usia saya sudah beranjak dewasa, saya semakin faham terhadap keputusan untuk berpisah yang

telah dibuat oleh ibu dan bapa saya. Saya lebih terbuka untuk menerima kenyataan dan pasrah atas

apa yang telah berlaku dan lebih cenderung untuk berfikiran positif atas masalah yang menimpa

saya. Sebagai anak sulung dan anak perempuan satu-satunya, saya lebih matang dalam berfikir

dan setelah perceraian ibu bapa saya berlaku. Dalam kajian Chaplin dan Aldao (2013), mereka

menyatakan bahawa peningkatan usia dalam perbezaan jantina dalam meluahkan emosi yang

positif adalah lebih ketara.

REFLEKSI UMUM DAN KENDIRI

Kisah yang terjadi dalam kehidupan saya ini jelas boleh memberi refleksi terhadap ramai

orang. Bagi anak-anak yang turut mengalami situasi seperti ini, kita hendaklah sentiasa peka dalam

pengawalan emosi. Hal ini kerana situasi perceraian ini boleh memberikan kesan yang negatif

terhadap perkembangan anak-anak. Perubahan yang berlaku dalam sesebuah institusi

kekeluargaan akan memberi kesan terhadap anak-anak dari segi emosi untuk menyesuaikan diri

dengan keadaan yang baru (Arkes, 2013). Selain itu, kita juga tidak digalakkan untuk bersendirian

dan perlu mendapatkan sokonga emosi daripada orang sekeliling. Sebagai contoh, ibu bapa

bertanggungjawab dalam memberikan sokongan kepada anak-anak walaupun perceraian telah

berlaku (Zulkefli dan Mustapha, 2016).

KESIMPULAN
4

Kesimpulannya, kisah yang telah berlaku dalam kehidpan saya ini jelas telah memberi

inspirasi terhadap diri saya untuk menjadi seorang individu yang lebih baik. Kisah ini juga telah

memberi perubahan terhadap sikap saya yang mudah terpancing emosi kepada menjadi seorang

individu yang lebih tenang dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, institusi kekeluargaan juga

jelas mempunyai peranan yang penting dalam perkembangan diri anak-anak. Isu perceraian

seharusnya tidak akan berlaku jika komunikasi yang baik dapat dilakukan. Hal ini disokong oleh

Crespi & Sabatelli (2002) yang menyatakan bahawa situasi komunikasi yang harmoni dan gembira

akan membantu perkembangan diri remaja khususnya kepada anak-anak.

RUJUKAN

Arkes, J. (2013). The Temporal Effects Of Parental Divorce On Youth Substance Use. Substance

Use & Misuse, 48(3), 290–7. https://doi.org/10.3109/10826084.2012.755703

Chaplin, T. M., & Aldao, A. (2013). Gender Differences in Emotion Expression in Children: A

Meta-Analytic Review. Psychological Bulletin, 139(4), 735–765.

https://doi.org/10.1037/a0030737

Crespi. T.D., & Sabatelli, R.M. (2002). Adolescent runaways and family strife: A

conflictinduced differentiation framework. Journal of Adolescent, 28. 112-867.

Eddy, S. (1994). Counselling for Family Problem. London: SAGE Publication.

Lansford, J. E. (2009). Parental Divorce and Children’s Adjustment. Journal of Psychological

Science, 4(2), 140-152.

Rajecki D.W. (1989). Attitudes (Second Edition) Sunderland, MA.: Sinauer.


5

Rebecca, U. (2012). Parental Divorce Among Young and Adult Children: A Long-Term

Quantitative Analysis of Mental Health and Family Solidarity. Journal of Divorce &

Remarriage, 53(4), 247–266. https://doi.org/10.1080/10502556.2012.663272

Zulkefli, N., & Mustapha, Z. (2016). Remaja Daripada Ibu Bapa Yang Bercerai Di Malaysia:

Suatu Penelitian Ekspresi Emosi, GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and

Space, 9(9), 150–160.

Anda mungkin juga menyukai