Anda di halaman 1dari 1

TINJAUAN LITERATUR

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian merupakan keputusan yang terbaik
yang telah di ambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengekang
kebolehjangkitan penyakit berjangkit ini. Kajian oleh Mohd Fairuz Jafa, et al.2020 telah
mengkaji dari segi hubungan antara rasa takut terhadap pandemik Covid -19 dengan
kesediaan pembelajaran atas talian. Pembelajaran atas talian adalah kaedah yang
menggunakan teknologi yang terkini yang tidak dibatasi oleh empat dinding kelas semata-
mata, malah penggunaannyamampu menambah nilai pembelajaran sekiranya diurus dengan
baik.
Menurut Jenal (2017) dengan kemunculan pelbagai teknologi ICT telah mewujudkan
pelbagai medium komunikasi yang membolehkan maklumat-maklumat dapat dislurkan
dengan lebih pantas dan menjadikan proses pembelajaran berkesan.
Proses pengajaran dan pembelajaran secara maya atau atas talian ini telah menjadi keperluan
yang mendesak ketika dunia bergelut dengan wabak Covid – 19 ini. Namun begitu,
pembelajaran atas talian ini juga memerlukan komitmen pelajar terhadap kursus yang diambil
(Amir et al., 2020). Pelajar mestilah mempunyai keinginan untuk belajar, berdisiplin, dapat
mengurus masa dengan baik dan mempunyai kesedaran masa untuk mendapatkan pendapat
atau nasihat dari guru atau pensyarah yang mengajar jika mengalami masalah kefahaman
dalam pembelajaran (Ngampornchi & Adams, 2016; Keskin & Yurdugul,2020; Solangi,
Shahrani 7 Pendhani, 2018).

Anda mungkin juga menyukai