Anda di halaman 1dari 12

Jurnal Penyelidikan Kent Bil.

1/2016

SISTEM PEMBELAJARAN ATAS TALIAN


UNTUK PELAJAR DALAM PERKHIDMATAN
1 2
Kok Boon Shiong , dan Santana Rajan A/L Perumale

Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Kent


Kokbs2@gmail.com
santana_ipkent@yahoo.com.my

ABSTRAK

Pembelajaran Atas Talian merupakan peluang pembelajaran yang fleksibel dari


segi akses pembelajaran dan kepelbagaian mod mencapai pelajaran. Sistem
pembelajaran ini adalah wajib diguna oleh semua pelajar Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Mod Pembelajaran Jarak Jauh. Tujuan kajian ini
adalah untuk mendapatkan persepsi pengguna terhadap Sistem Pembelajaran
Atas Talian. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik, temubual dan
pemerhatian melalui log sistem. Terdapat 11 orang pensyarah dan 197 orang
pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Daripada analisis dapatan data, didapati
pelajar amat berpuas hati dengan strategi motivasi pensyarah. Pensyarah juga
amat berpuas hati terhadap strategi motivasi mereka terhadap pelajar. Corak
pengguna menunjukkan terdapat sedikit penurunan bagi ketiga-tiga unit tetapi
mereka masih aktif dalam OLL. Pengkaji juga bercadangkan agar kajian
terhadap corak pengguna dapat diperincikan agar sistem pembelajaran atas
talian yang lebih baik dapat dibangunkan.

Kata Kunci: Pembelajaran atas talian, Strategi Motivasi

PENGENALAN

Anjakan ke tujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)


2013-2025 adalah memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
di Malaysia. Murid di sekolah akan dapat mengakses kepada pengajaran
berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap kemahiran murid (PPPM,
2013).

Menurut Lundin (2014) pembelajaran atas talian (OLL) menggunakan


pelbagai media elektronik dan mempunyai faedah seperti akses ke bahan
pendidikan dengan meluas, menggalakkan interaksi antara pelajar, rakan
sebaya dan guru. Di samping itu pembelajaran atas talian juga dapat
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta menggalakkan
pembelajaran kendiri.

Pembelajaran atas talian menyokong pelajar dalam mengejar


pembelajaran kendiri dan aktivti pembelajaran kadar kendiri. Perkembangan
ICT telah memberi banyak peluang kepada institusi pengajian tinggi dalam
menyediakan perantara OLL kepada pelajar.

80
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

TINJAUAN LITERATUR

Pembelajaran Atas Talian

Pembelajaran atas talian dianggap sebagai penyediaan peluang pendidikan


yang fleksibel dari segi akses dan pelbagai cara pemerolehan pengetahuan.

Pembelajaran Atas Talian (OLL) (IPGM, 2014) di Institut Pendidikan


Guru Malaysia (IPGM) merupakan peluang pembelajaran yang fleksibel dari
segi akses pembelajaran dan kepelbagaian mod mencapai pelajaran seperti
aktiviti berikut:

i. Mengakses dan muat turun bahan pembelajaran seperti modul


pembelajaran, soalan tugasan, nota pensyarah dan bahan rujukan
yang membantu pembelajaran
ii. Berinteraksi dengan pensyarah dan Mentor melalui forum, blog, media
sosial dan emel.
iii. Berkongsi pengalaman pembelajaran dengan pelajar lain
iv. Mendapat maklumat terkini atau berita terkini tentang informasi
pengurusan PPG

Penggunaan Sistem Atas Talian di IPG

Antara sebab utama IPG Kampus Kent membangunkan portal LMS dengan
menggunakan Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment
(Moodle):

i. Aplikasi LMS Moodle merupakan aplikasi Open source yang ditulis den
gan skrip PHP.
ii. Sokongan teknikal (technical support) daripada pakar seluruh dunia dik
ongsi secara percuma.
iii. Terdapat banyak plugin yang dapat menyokong PdP.
iv. Terdapat banyak built-in block yang sesuai dengan pembelajaran atas t
alian.

Dapatan kajian Keengwe (2014) mencadangkan pendidikan jarak jauh


dan pembelajaran atas talian perlu dinilai dari masa ke semasa. Institusi juga
perlu menilai pandangan semua pelajar secara berkala agar keputusan yang
dibuat dapat memenuhi keperluan semasa.

Reka Bentuk OLL

IPG Kampus Kent telah membangunkan dua versi OLL untuk pelajar Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Mod Pembelajaran Jarak Jauh (PISMP (PJJ)).
Blok dan plugin yang digunakan dalam OLL ditunjukkan dalam Jadual 1.0.

81
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

Jadual 1.0: Blok dan Plugin dalam OLL


Plugin/Blok Plugin

Assignment Questionnaire

Quiz Folder
Site News
Forum
Custom SQL
File

Rajah 1.0: OLL IPGKK Versi 1

Rajah 1.0 merupakan versi 1.0 OLL yang digunakan oleh IPGKK.
Penggunaan versi bermula dari 2009. Rajah 2.0 menunjukkan versi 2.0 OLL
yang mula diguna pada tahun 2013 sehingga sekarang.

82
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

Rajah 2.0: OLL IPGKK Versi 1

RATIONAL DAN PERSOALAN KAJIAN

Semua pelajar dan pensyarah wajib mendaftarkan diri sebagai pengguna dalam
sistem pembelajaran atas talian. Portal pembelajaran IPG dibangunkan di atas
perantara Sistem Pengurusan Pembelajaran. Setiap IPG Kampus perlu
mentadbir semua aktiviti di dalam portal pembelajaran masing-masing (IPGM,
2014). Maka kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pengguna terhadap
portal pembelajaran OLL yang telah digunakan di sepanjang pengajian.

Terdapat tiga objektif yang telah ditetapkan dalam kajian ini:

i. Mendapatkan persepsi pelajar terhadap OLL PISMP (PJJ);


ii. Mendapatkan persepsi pensyarah terhadap OLL PISMP (PJJ).
iii. Mendapatkan corak penggunaan pelajar dalam OLL PISMP
(PJJ).

Tiga persoalan kajian telah dibentuk:

i. Apakah persepsi pelajar terhadap OLL PISMP (PJJ)?


ii. Apakah persepsi pensyarah terhadap OLL PISMP (PJJ)?
iii. Apakah corak penggunaan pelajar dalam OLL PISMP(PJJ)?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini telah menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Rasional


menggunakan rekabentuk bercampur ialah untuk memastikan hampir semua
faktor yang mempengaruhi sesuatu keadaan telah dikaji (Creswell, 2003).

83
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian merupakan soal selidik,


temubual dan log sistem. Jadual 2.0 menunjukkan ringkasan instrumen kajian
yang digunakan dalam kajian.

Jadual 2.0: Ringkasan Instrumen Kajian


Reka Bentuk Instrumen Data yang dikumpul
Kaedah bercampur Soal Selidik (23 item) Persepsi pelajar
Temu berstruktur (3 terhadap OLL.
soalan)
Kaedah bercampur Soal Selidik (25 item) Persepsi pensyarah
Temu berstruktur (3 terhadap OLL.
soalan)
Kaedah bercampur Log sistem Corak pengguna
Bilangan Hits

Soal Selidik

Soal selidik untuk pelajar mempunyai 23 item dan telah disediakan oleh
Bahagian Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia. Jadual
3.0 menunjukkan aspek yang dinilai.

Jadual 3.0: Instrumen Soal Selidik


Bahagian Pelajar Pensyarah
A Kandungan perbincangan atas talian. Kandungan
perbincangan.
B Interaksi dalam forum atas talian. Interkasi dalam forum.
C Maklum balas pensyarah. Maklum balas.
D Strategi motivasi yang digunakan oleh Strategi motivasi.
pensyarah.
E Reka bentuk OLL. Reka bentuk.

Soal selidik untuk pensyarah diadaptasi daripada instrumen penilaian


sistem pembelajaran berasaskan web Kok Boon Shiong (2012). Kedua-dua
instrumen soal selidik ini mengguna Skala Likert (amat tidak setuju, tidak setuju,
kurang pasti, setuju dan amat setuju).

Responden Kajian

Responden kajian terdiri daripada 11 orang pensyarah, dan 197 orang pelajar
PISMP (PJJ). Rajah 3.0 menunjukkan demografi dan bilangan responden
kajian.

84
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

Rajah 3.0: Responden Kajian

Dapatan dan Perbincangan

Tujuan utama kajian ini adalah mendapatkan persepsi dan pola penggunaan
pelajar PISMP (PJJ) di sepanjang pengajian.

Persepsi Pelajar terhadap OLL

Seramai 197 orang pelajar daripada PISMP (PJJ) Ambilan Jun 2011, Ambilan
Feb. 2012 dan Ambilan Okt. 2013 telah terlibat dalam kajian ini.

Jadual 4.0: Persepsi Pelajar terhadap OLL


Bil Aspek Min SP
A Kandungan Perbincangan Atas Talian 4.458 0.637
B Interaksi dalam Forum Atas Talian 4.409 0.757
C Maklum Balas Pensyarah 4.363 0.728
D Strategi Motivasi yang Digunakan Oleh Pensyarah 4.489 0.675
E Reka Bentuk OLL 4.338 0.720
Keseluruhan 4.41 0.707

Jadual 4.0 menunjukkan pelajar puas hati dengan kelima-lima aspek


yang telah dinilai. Antaranya reka bentuk mendapat nilai min yang paling
rendah (4.338).

Antara item yang rendah dalam aspek ini ialah

a. Saya boleh mengakses OLL dengan mudah (4.265, 0.756).


b. Apabila saya menghantar maklum balas ianya diproses dengan
cepat (4.265, 0.714)

85
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

Item yang mendapat skor min yang tinggi adalah aspek Strategi
Motivasi yang Digunakan Oleh Pensyarah. Antara item yang tinggi ialah:

c. Pensyarah menggalakkan saya untuk mengambil bahagian dal


am perbincangan (4.607, 0.584).

Jadual 4.0: Persepsi Pelajar terhadap OLL

Kohot/Unit xminba xminbb xminbc xminbd xminbe xminALL


K1 4.44 4.45 4.44 4.55 4.32 4.44
BC 4.39 4.46 4.54 4.54 4.40 4.46
BM1 4.33 4.43 4.43 4.45 4.31 4.39
BM2 4.33 4.44 4.08 4.44 4.22 4.31
BM3 4.36 4.29 4.39 4.53 3.93 4.29
BM4 4.69 4.6 4.61 4.75 4.54 4.63
BM5 4.63 4.49 4.47 4.67 4.40 4.53
K2 4.44 4.21 4.09 4.25 4.30 4.27
PRA 4.43 4.05 3.67 4.08 4.30 4.13
PSV1 4.07 3.93 4.06 4.03 4.02 4.02
PSV2 4.75 4.62 4.59 4.61 4.53 4.62
K3 4.62 4.69 4.66 4.75 4.60 4.66
BM6 4.62 4.69 4.66 4.75 4.60 4.66
Jumlah 4.46 4.41 4.36 4.49 4.34 4.41

Walaupun item “Strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah.”


Mendapat skor min yang tinggi, tetapi pelajar unit PRA dan PSV1 telah
memberi skor min yang rendah bagi item tersebut.

Antara kebaikan daripada maklum balas pensyarah terhadap OLL PISMP


(PJJ):

i. Dapat berinteraksi dan bertukar maklumat


P01: “...dapat berinteraksi boleh bertukar-tukar pendapat dan idea.”
P21: “...berinterkasi secara ilmiah.”
P18: “...dapat dikongsi dengan cepat...”
P17: “...bertukar-tukar pendapat/idea/maklumat...”
P16: “...berinterkasi ...sesama pelajar...”
P11: “...memudahkan interaksi maklumat...”
P09: “...berinteraksi secara langsung...”
P08: “...dapat berinteraksi dengan rakan-rakan.”
ii. Pembelajaran Kendiri
P01: “...boleh belajar sendiri secara online...”
P15: “Pembelajaran kendiri...”
P14: “...belajar sendiri...”

86
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

iii. Sebagai rujukan


P21: “Mudah membuat rujukan.”
P20: “Sumber rujukan...yang penting...”

Semua pelajar yang ditemubual memberi maklum balas yang sama iaitu
masalah internet dan kekangan masa sebab tugas sekolah. Antara contoh
transkrip temubual:

i. Masalah internet
P06 : “Tiada talian.”
P14: “Tiada capaian internet.”

ii. Kekangan masa :


P05: “...kekangan masa...kesibukan tugas...”
P09: “...kekangan masa...tugas yang banyak...”

Antara cadangan penambahbaikan daripada pelajar:


P20: “...online library universiti...”
P16, P17: “...tambahkan kuota ...upload.”

Persepsi Pensyarah terhadap OLL

Seramai 11 orang pensyarah telah terlibat dalam kajian ini. Soal selidik telah
diedarkan untuk mendapatkan persepsi pensyarah yang telah mengguna OLL
dalam pengajaran dan pembelajaran. Jadual 5.0 menunjukkan persepsi
pensyarah terhadap OLL.

Jadual 5.0: Persepsi Pensyarah terhadap OLL

Bil Aspek Min SP


A Kandungan Perbincangan 4.582 0.493
B Interaksi dalam Forum 4.341 0.672
C Maklum Balas 4.386 0.611
D Strategi Motivasi 4.682 0.466
E Reka Bentuk 4.509 0.535
Keseluruhan 4.504 0.57

Secara keseluruhannya, pensyarah yang terlibat dalam kajian berpuas


hati terhadap OLL PISMP (PJJ). Antara aspek yang mendapat skor min yang
tinggi adalah strategi motivasi. Skor min yang paling rendah adalah interaksi
dalam forum.

Antara kebaikan daripada maklum balas pensyarah terhadap OLL PISMP


(PJJ):

87
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

i. Perkongsian maklumat:
S3: “…membantu proses perkongsian maklumat.”
S6:”Maklumat…dihantar dan dibincangkan…”
S11:”Berkongsi pendapat, pandangan dan pengalaman.”
ii. Sokongan terhadap Interaksi PdP
S8: “Interaksi PdP dapat…dengan baik.”
S6: “Interkasi…memudahkan.”
S7: “Memudahkan perbincangan…interaksi.”

Antara cabaran dalam penggunaan OLL PISMP (PJJ) oleh pensyarah:

i. Maklum Balas Pelajar:


S6: “Bukan semua pelajar …memberi maklum balas.”
S7: “Pelajar tidak memberi respons …”
S2: “Terdapat pelajar yang kurang ambil bahagian.”
S5: “Pelajar lambat memberikan respons.”
ii. Kekangan masa:
S3: “Kekangan masa…”
S6: “Kekangan masa untuk menjawab…”

Keengwe (2014) nyatakan kepentingan kewujudan sosial (social


presence) dalam pembelajaran atas talian. Kewujudan sosial adalah
perhubungan (connectedness) antara pelajar, antara pelajar dan pensyarah
yang akan menyumbang kepada peningkatan pembelajaran.

Antara cadangan terhadap penambaikan OLL PISMP (PJJ):

i. Memberi markah:
S6: “…penglibatan OLL sebagai markah kerja kursus.”
S1: “…sebahagian daripada markah penilaian kursus…”
S4: “…jadikan sebahagian daripada penilaian kerja kursus…”

Evans, Cools & Charlesworth (2010) cadangkan beberapa strategi


yang dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam OLL:

i. Menggalakkan penyertaan sepenuh;


ii. Menyediakan saluran yang berbeza untuk pembelajaran;
iii. Membangunkan aktiviti mencabar yang dapat dipadankan dengan
persekitaran pembelajaran bersemuka;
iv. Menggerakkan pelajar ke arah inkuiri penemuan dan pembelajaran
berasaskan pengalaman;
v. Mengguna media yang baru dalam persekitaran pembelajaran yang
berbeza;
vi. Menggalakkan interaksi dan penyelesaian masalah.

88
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

Corak Penggunaan Pelajar

Rajah 4.0: Corak Penggunaan Pelajar PISMP (PJJ) Unit BC

Rajah 5.0: Corak Penggunaan Pelajar PISMP (PJJ) Unit PSV1

Rajah 6.0: Corak Penggunaan Pelajar PISMP (PJJ) Unit PSV2

89
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

Corak penggunaan pelajar dalam OLL menurun sedikit di penghujung


pengajian. Walaupun prestasi penggunaan semakin menurun, tetapi
penggunaan OLL masih dapat dikekalkan pada tahap yang memuaskan.

KESIMPULAN

Sistem pembelajaran atas talian atau OLL telah berjaya menyokong pelajar
PISMP (PJJ) dalam sepanjang pengajian mereka dengan membolehkan
mereka berinteraksi dengan pensyarah atau pelajar. Di samping bertukar
pendapat, maklumat dan pandangan, OLL juga dapat menggalakkan
pembelajaran kendiri.

Strategi motivasi memainkan peranan yang penting dalam OLL. Ke dan


Fedelina Chavez (2013) juga menyatakan strategi motivasi dalam pembelajaran
dapat meramalkan persepsi pelajar terhadap cara pengajaran yang sesuai dan
seterusnya meningkatkan kepuasan pelajar.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Hj. Mohamad, John Arul Philips, Santhi Raghavan, Wahid Razzaly.
2013, Code of Practice For Open and Distance Learning - Kod Amalan
Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (dual-language). Malaysian
Qualifications Agency: Petaling Jaya.

Creswell, J.W. (2003). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed


Method. California: Sage Publication, Inc.

Evans, C., Cools, E., & Charlesworth, Z.M. (2010). Learning in higher education
– how cognitive and learning styles matter. Teaching in Higher
Education, 15, 4, 469-480.

Ke, Fengfeng & Fedelina Chávez, Alicia (2013). Web-Based Teaching and
Learning Across Culture and Age. New York: Springer Science &
Business Media.

Institut Pendidikan Guru Malaysia (2014). Buku Panduan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan Dengan Kepujian bagi Program Pensiswazahan Guru (Mod
Pendidikan Jarak Jauh). Kuala Lumpur Malaysia: Pengarang

Keengwe, J. (2014). Cross-Cultural Online Learning in Higher Education and


Corporate Training. IGI Global.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan


Malalysia 2013-2015. Kuala Lumpur Malaysia: Pengarang

Kok Boon Shiong (2012). Adaptive Web-Based Learning System for Students
with Different Self-Directed Learning Skills. Ph.D. Thesis. Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.

90
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

Lundin, L. L. (2014). E-Learning. Salem Press Encyclopedia.

Malaysian Qualification Agency (2011). Open and Distance Learning. Kuala


Lumpur Malaysia: Pengarang.

91

Anda mungkin juga menyukai