Anda di halaman 1dari 2

PENGERTIAN DARI SEGI ISTILAH.

BIDANG ULUM QURAN


1 Al-Quran Kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada
Rasulullah melalui malaikat Jibril dalam Bahasa arab
diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah
ibadat, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan
surah an-Nas.

2 Ulum Al-Quran Satu gagasan ilmu yang mengkaji tentang Al-Quran dan
perkara yang berkaitan dengannya seperti sejarah penurunan.

3 Mukjizat Perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah kepada


seseorang Rasul sebagai bukti kebenaran risalah yang dibawa
oleh mereka kepada umat manusia.

4 Makiyah Ayat atau surah yang diturunkan sebelum hijrah.

5 Madaniyah Ayat atau surah yang diturunkan selepas hijrah.

BIDANG ULUM HADITH


6 Hadith/ Hadith Perkataan, percakapan, perkhabaran, perbuatan, takrir atau
Nabawi sifat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad.

7 Ilmu Hadith Suatu kaedah untuk mengetahui keadaan sanad dan matan
samada diterima atau ditolak.

8 Ilmu Hadith Riwayah Suatu pengetahuan mengenai perkara yang disandarkan


kepada junjungan besar Nabi Muhammad secara khusus
samada perkataan, perbuatan, takrir, sifat dan perbuatan.

9 Ilmu Hadith Dirayah Suatu ilmu untuk mengetahui keadaan sanad dan matan dari
sudut diterima atau ditolak yang berhubungkait dengannya.

10 Hadith Ahad Hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi atau dua orang
atau lebih yang tidak memenuhi syarat hadith mutawatir.
11 Sanad (‫)سنَد‬ Rangkaian perawi-perawi hadith daripada pengumpulan
َ sehinggalah kepada Rasulullah (jln yg menghubungkan matan
hadith)
12 Isnad (‫)اِسنَاد‬ Menyandarkan sesuatu hadith melalui rangkaian perawi.

13 Musnad(‫)مسنَد‬ Nama sejenis kitab hadith yang disusun berdasarkan nama


ُ sahabat Rasulullah secara berturutan.
14 Rawi (‫)راَ ِوي‬ Orang yang meriwayatkan hadith rasulullah.

15 Matan (‫ت‬ Lafaz-lafaz hadith yang membentuk pengertian sesudah sanad


َ ‫)م‬
َ atau yang dilafazkan oleh Rasulullah.
16 Hadith Mauquf Hadith yg disandarkan kepada sahabat sahaja samada
perbuatan, perkataan atau pengakuan. Tiada tanda
dihubungkan kepada Rasulullah.

17 Hadith Mursal Hadith disandarkan oleh tabi’in kepada Nabi Muhammad


tanpa menyebut nama sahabat.

18 Hadith Maudu’ Hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi dusta iaitu
perawi yang membuat satu hadis palsu dengan sengaja
walaupun sekali.

BIDANG AKHLAK
19 Tempat Rekreasi Tempat untuk melakukan kegiatan yang meneronokkan bagi
menyegarkan kembali kesihatan badan serta melapangkan
fikiran seperti beristirehat, menghiburkan hati atau beriadah.

20 Kemudahan Awam Suatu tempat, bangunan atau peralatan yang disediakan


untuk kegunaan orang ramai samada secara percuma atau
dengan bayaran.

21 Alam Segala apa yang ada di langit dan di bumi.

22 Negara Islam Negara yang didiami dan diperintah oleh Umat Islam serta
dilaksanakan syariat Islam.

23 Jual- beli Akad pertukaran barang dengan barang yang membawa


kepada pemilikan selama-lamanya.

24 Pemimpin Orang yang mengetuai dan mengendalikan orang yang di


bawah pimpinannya dalam sesebuah organisasi.

Anda mungkin juga menyukai