Anda di halaman 1dari 10

NOTA FINAL ULUM HADIS

BAHAGIAN A (OBJEKTIF)
1. Nama kitab musthalah al-hadis:

 Taisir Mustalah al-Hadis oleh Dr. Mahmud al-Tahhan


 Muqaddimah Ibn Solah oleh Ibn Solah
 Nukhbat al-Fikar oleh Ibn Hajar al-Asqalani
 Al-Muqizah fi Mustolah al-Hadith oleh al-Zahabi
 Usul al-Hadith Ulumuhu wa Mustalahatuhu oleh Dr‘Ajjaj al-Khatib
2. Hadis jenis qauli, takrir, fi’li
Hadis quliyah atau hadis qauli : adalah hadis yang berasal atau berdasarkan sabda Nabi
Muhammad SAW.
Hadis fi'liyyah atau hadis fi'li : ialah hadis yang bersumberkan atau berdasarkan perbuatan
Nabi Muhammad SAW.
Hadis taqririyyah atau hadis taqriri: ialah hadis yang berasal atau berdasarkan kewafatan
Nabi Muhammad SAW atas perbuatan para sahabatnya.
3. Maksud ilmu hadis riwayat & dirayat
Riwayat: Ilmu yang membahaskan tentang mengenali perkataan, perbuatan, taqrir
(persetujuan) dan sifat Baginda Saw, mengenali perkataan dan perbuatan para Sahabat dan
Tabiin serta memelihara dan menjaga ketepatannya, merekodkan lafaz-lafaznya, menukil
serta meriwayatkannya dengan teliti dan amanah.
Dirayat: Ilmu mengenai prinsip –prinsip untuk mengenali hal sanad dan matan samada
ianya diterima atau ditolak. Ilmu teknikal hadith yang digunakan untuk meneliti hal keadaan
rawi hadith, sanad hadith, aspek al-jarh wa al-ta’dil, menyingkap ilal hadith dsb.
4. Perbezaan musnad, musnid & isnad
Musnad:

 Kitab hadis yang menghimpunkan hadis-hadis berdasarkan riwayat sahabat.


 Hadis marfu’ yang diriwayatkan dengan sanad yang bersambung tanpa putus.
Musnid: Orang yang meriwayatkan hadis secara bersanad (perawi).
Isnad: Perbuatan menyebut atau menyatakan rantaian perawi (sanad) bagi sesuatu hadis.
5. Hadis Mutawatrir & Ahad
Mutawatir : Hadis yang memiliki bilangan sanad yang sangat banyak menutup kemungkinan
berlaku kedustaan dan kesilapan.
Ciri-Ciri Mutawatir:
 Bilangan perawi dalam tingkatan sanad sangat ramai (10 orang, 40 orang, 300
orang).
 Mustahil berlaku kedustaan secara sengaja ataupun tidak sengaja di antara semua
perawi tersebut.
 Bilangan yang sangat ramai itu kekal berlaku pada setiap peringkat sanad.
 Riwayat yang berakhir dengan pendengaran atau penglihatan berita dari perawi itu
sendiri.
Pembahagian Mutawatir:

 Lafzi
 Maknawi
Ahad: Hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat Mutawatir.
Hadith Aḥad terbahagi kepada: Sahih, Ḥasan dan Ḍa‘if.
Pembahagian Ahad :
Masyhur - Hadis yang memiliki banyak jalur sanad yang terhad kepada tiga atau lebih,
namun tidak mencapai darjat Mutawatir.
Kitab hadis Ahad (Masyhur) - Kashf al-Khafā’ wa Muzīl al-Ilbās ‘Ammā shtahara ‘Ala Alsinat
al-Nās karangan Ismā‘īl bin Muhammad al-‘Ajlūnī
Aziz - Hadis yang memiliki jalur sanad yang terhad kepada dua.
Gharib - Hadis yang bersendirian (tafarrud) perawinya dalam meriwayatkan hadith tersebut,
sama ada bersendirian (dalam meriwayatkan) daripada seorang imam yang dihimpunkan
hadisnya ataupun daripada bukan imam.
Bahagian Gharib:
Gharib Sanad dan Matan - matan hadis berkenaan tidak diriwayatkan melainkan menerusi
satu sanad sahaja.
Gharib Sanad sahaja - hadis berkenaan masyhur menerusi beberapa jalur sanad, akan tetapi
seorang perawi kemudian meriwayatkannya menerusi jalur sanad lain yang tidak masyhur.
 Ahli Kalam dari Mu’tazilah yang mencetuskan persoalan berkaitan hadis Mutawatir
& Ahad
6. Hadis Aziz
Aziz: Hadis yang memiliki jalur sanad yang terhad kepada dua.
7. Maksud hadis Ahad
Ahad: Hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat Mutawatir.
8. Hadis Maqtu’, Mauquf, Marfu’, Qudsi
Maqtu’: Hadis yang disandarkan kepada tabiin sama ada melalui perkataan, perbuatan atau
taqrir.
Mauquf: Hadis yang disandarkan kepada para sahabat sama ada melalui perkataan,
perbuatan atau taqrir.
Marfu’: Hadis yang disandarkan kepada nabi Muhammad SAW sama ada melalui perkataan,
perbuatan atau taqrir.
Qudsi: Hadis yang disandarkan kepada Allah SWT (suci atau tinggi).
9. Tokoh dalam Ahli Hadis
Tokoh yang membantah syubhah Ahli Kalam menolak khabar Ahad: Ahli Sunnah
10. Syarat hadis Sahih
Syarat-syarat:

 Sanad yang bersambung


 Tidak syaz
 Tidak ilal
 Diriwayatkan oleh perawi yang adil dan dhabit
11. Berkenaan: Pembahagian hadis yang terawal iaitu hadis Sahih
12. Beza hadis Sahih & Hassan
Sahih: Hadis yang bersambung sanadnya, tiada syaz atau ilal, diriwayatkan oleh perawi yang
adil dan dhabit dari orang yang seumpamanya, yang dipercayai pada dhabitnya dan
panyampaiannya.
Hassan: Hadis yang sanadnya bersambung, diriwayatkan oleh perawi yang adil, kurang
kekuatan ingatan (Qalil al-dhabt), dari awal hingga akhir sanad tanpa wujud syaz dan
kecacatan yang buruk (‘illah).
13. Kitab rujukan bagi hadis Hassan

 Sunan Abi Daud


 Sunan al-Tirmizi
 Sunan al-Nasaie
14. Kitab-kitab hadis Sahih

 Al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulillah s.a.w. wa Sunanih wa


Ayyamih (Sahih al-Bukhari)
 Al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min al-Sunan bi Naql al-’Adl ‘an Rasulillah s.a.w.
(Sahih Muslim)
 Mukhtasar al-Mukhtasar min al-Musnad al-Sahih ‘an alNabi s.a.w. bi Naql al-’Adl ‘an
al-’Adl Mawsulan ilayh s.a.w. min ghayr Qat’ fi Athna al-Sanad wala Jarh fi Naqili
alAkhbar allati Nadhkuruha bi Mashi’ati Allah (Sahih Ibn Khuzaimah)
15. Pembahagian hadis Dhaif dari sudut sanad
Hadis dari sudut sanad:

 Mua’llaq
 Mursal
 Munqati
 Mu’dal
 Mudallas
 Mursal Khafi
 Muannan
 Mu’an’an
 Matruk
 Munkar
16. Athar sahabat nabi
Athar: Ucapan, fatwa atau pendapat tabiin (sahabat nabi) yang tiada kaitan dengan hadis.
Contoh: Fatwa Abdullah bin Omar dan fatwa Said bin Jubair
17. Hadis Mudallas
Mudallas: Menyembunyikan sesuatu kecacatan yang terdapat pada sanad hadis lalu
mempamerkan ia dalam keadaan cantik dan indah.
Tadlis al-Isnad – Menggugurkan daripada sanadnya syeikhnya
Tadlis al-Taswiyah – Tidak menggugurkan syeikhnya tetapi menggugurkan seorang perawi
dhaif lain selain syeikhnya di antara dua orang perawi thiqah yang saling bertemu
Tadlis al-Syuyukh – Tidak menggugurkan sesiapa, tidak syeikhnya, tidak juga perawi yang
lain, tetapi melalukan sesuatu pada nama syeikhnya
18. Hadis Palsu
Palsu: Hadis yang padanya terdapat perawi yang betul-betul berdusta di atas nama Nabi
SAW.
Hukum percaya kelebihan hadis palsu:
Hukumnya haram kerana ianya jelas direka dengan tujuan tertentu.
19. Hadis Mungkar & Syaz
Munkar: Sanad hadis yang diriwayatkan oleh perawi lemah (dhaif) bertentangan dengan
riwayat perawi thiqah.
Syaz: Hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang thiqah, bertentangan dengan hadis
yang diriwayatkan oleh perawi lain yang lebih thiqah daripadanya atau perawi thiqah yang
ramai bilangannya.

20. Sumber rujukan hadis Dhaif

 Al-Dhu’fa’ karya Ibn Hibban


 Lisan al-Mizan karya Ibn Hajar al-Asqalani
 Ilal al-Tirmizi al-Kabir karya al-Tirmizi
21. Faktor hadis Palsu direka

 Dendam kepada agama Islam dan Umat Islam.


 Pergolakan politik dan kumpulan
 Pergolakan antara mazhab
 Strategi kafir untuk menjauhkan manusia dari Islam
 Sikap bangga dan takbur
 Ingin manusia beramal dan tinggalkan keduniaan
22. Hadis Matruk
Matruk: Hadis yang terdapat pada sanadnya perawi yang ditohmah berdusta, atau banyak
kesilapan, atau banyak lupa, atau banyak melakukan perkara fasiq.
 Hadis Matruk adalah antara hadis yang ditolak dan tidak boleh diterima sebagai
hujah
23. Nasikh Mansukh
Nasikh: Hadis yang datang terkemudian untuk menggantikan hukum syariat sebelumnya.
Mansukh: Hadis terdahulu yang dimansuhkan pensyariatannya dengan hadis yang datang
kemudian.
24. Muhkam & Mukhtalif
Muhkam: Hadis yang diterima dan terselamat daripada pelbagai percanggahan serta
penipuan.
Mukhtalif: Hadis maqbul yang bercanggah dengan hadis-hadis lain yang serupa, tetapi
mempunyai peluang untuk didamaikan (terkompromi) antara keduanya.
25. Quraniun & Anti Hadis
Quraniun: Golongan yang menyatakan mereka cukup dengan al-quran sebagai sumber
utama hukum hakam dalam Islam, mereka mengatakan hadis tidak diperlukan.
Contoh:
 Pada tahun 1986, Kassim Ahmad telah menulis satu buku yang kontroversi bertajuk
Hadis: Satu Penilaian Semula yang diinspirasikan setelah pembacaan buku-buku
tulisan Rashad Khalifa.
 Buku Kassim Ahmad ini sarat dengan syubhat dan keraguan terhadap autoriti hadith,
imam-imam hadith seperti al-Bukhari dll, sangkaan buruk kepada para ulama dan
pelbagai lagi.
 Buku itu kemudiannya diharamkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1986.
 Beliau kemudiannya menulis sebuah lagi buku bertajuk Hadis Jawapan Kepada
Pengkritik, dan ianya juga diharamkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1994.
 Tidak berpada dengan itu, mereka cuba menubuhkan Jemaah al-Quran Malaysia
(JAM) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur namun ianya tidak berjaya didaftarkan
kerana tidak mendapat kebenaran dari Kerajaan Malaysia.
Anti Hadis:

 Mereka meletakkan kedudukan Nabi Muhammad SAW sekadar pengikut Nabi


Ibrahim AS, dan setiap tatacara ibadat seharusnya mengikut syariat Nabi Ibrahim
bukan Nabi Muhammad.
 Ulama hadis tidak boleh dipercayai dan hadith yang diletakkan dalam kitab mereka
ialah pendustaan dan penyelewengan. Mereka tidak mengetahui sistem sanad dan
bagaimana ia berfungsi.

26. KUTUB AL-SITTAH


1. SAHIH AL-BUKHARI
2. SAHIH MUSLIM
3. SUNAN ABI DAUD
4. AL-JAMI’ AL-TIRMIZI
5. SUNAN AL-NASAIE
6. SUNAN IBN MAJAH

BAHAGIAN B (SUBJEKTIF)
1. Biodata Imam Bukhari & Kitabnya

BIODATA
Nama Penuh: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin
Badrdizbah Al-Jufi Al-Bukhari
Keturunan:

 Al-Jufi - Nisabah Ju’fi adalah nisabah Arabiyah


 Al-Bukhari - Nasabah dari negeri kelahiran beliau di Buhara
Tempat Tinggal: Bukhara, Uzbekistan, Asia Tengah (sekarang berada di kawasan Rusia)
Tarikh Lahir: 13 Syawal 194 Hijrah
Hidup di zaman pemerintahan: Khalifah Al Amin (194-198 Hijrah), Al-Ma’mun (198-217
Hijrah), Al-Mu’tashim (218-228 Hijrah)
Rihlah Ilmiah: Bermula pada tahun 210 Hijrah dalam perjalan menunaikan haji bersama ibu
dan abangnya. Iaitu :-

 Khurasan, Basrah, Kufah, Baghdad, Hijaz (Mekah & Madinah), Syam, Al-Jazirah
(sekitar kawasan Dajjah & Eufrat), Mesir
Guru & Anak Murid:

 Guru - Yahya bin Ma’in, Ahmad bin Hanbal (Imam Ahmad), Qutaibah bin Sa’id
 Anak Murid - Imam al-Tirmizi, Imam Muslim, Imam Ibn Khuzaimah, Imam al-Nasa’ie
Penulisan beliau: al-Jami’ as-Sahih (Sahih Bukhari), al-Adab al-Mufrad, at-Tarikh al-Awsat,
al-Musnad al-Kabir
Mazhab Fiqh & Akidah:

 Mazhab - 1. Mazhab as-Syafie 2. Mazhab Hanafi 3. Tiada Mazhab


 Akidah - Ahli Hadis

Pujian Ulama’:

 Ahmad Bin Hanbal juga berkata “tidak ada satu pun kelahiran Khurasan yang sama
seperti Muhammad Bin Ismail”.
Kritikan:

 Kritikan Sanad - Terdapat para ulama’ yang telah mengkritik Sahih Bukhari seperti al-
Darqutni
 Kritikan Matan - Terdapat pengkaji yang telah membuat kritikan terhadap matan
Imam Bukhari, dan pengkaji tersebut ternyata tidak memahami hadis yang dikritik
Isu yang berlaku zaman Imam Bukhari: Isu pemalsuan hadis yang sering berlaku pada
zaman tersebut akibat gabenor yang menyokong Mu’tazilah
Isu yang melibatkan Imam Bukhari: Tidak mencatat hadis daripada guru-guru hadis di
Basrah
Punca Kematian: Imam Bukhari keluar untuk pergi ke Samarkand dengan tujuan
berjumpanya. Akan tetapi ketika beliau tiba di Khartand (desa kecil) sebelum berjumpa
keluarganya beliau jatuh sakit selama beberapa hari. Dan akhirnya beliau meninggal dunia
Tarikh Kematian: 1 Syawal 256 Hijrah ketika usia 62 tahun
Tempat Kematian: Makamnya terletak di dalam kompleks Imam al-Bukhari, Hartang, 25km
dari Samarkand
KITABNYA
Khalq Af’al Al-Ibad:

 Sebuah kitab mengenai tentang perbahasan akidah yang dipegang oleh Imam Al-
Bukhari
 Membincang tentang al-Quran dan menolak pandangan golongan Jahmiah yang
mengatakan al-Quran itu makhluk
 Perbincangan mengenai perbuatan manusia yang menjadi perselisihan hangat antara
firaq Islam pada masa itu, khususnya antara golongan Jabariah, Qadaraiah dan Ahl
al-Hadis
2. Biodata Imam Tirmizi & Kehebatan Dalam Ilmu Hadis

Biodata
Nama Penuh: Imam Al-Hafiz Abu Isa Muhammad bin Isa bin Saurah bin Musa bin Ad-Dahhak
As-Sulami al-Bughi At-Tirmizi
Keturunan:

 As-Sulami – Nisbah kepada yang dijadikan sebagai afiliasi beliau, dan nisbah ini
merupakan nisbah keakraban.
 At-Tirmizi – Nisbah kepada negeri tempat beliau dilahirkan (Tirmiz) iaitu kota yang
terletak di arah selatan Jaihun, bahagian selatan Iran.
Tempat Tinggal: Kota Tirmiz (sebuah bandar di Uzbekistan).
Tarikh Lahir: 209 Hijrah
Hidup di zaman pemerintahan: Khalifah Abu Jaafar al –Makmum
Rihlah Ilmiah: Imam Tirmizi keluar dari negerinya menuju ke Khurasan, Iraq dan Haramain
untuk tujuan menuntut ilmu. Antara negeri yang pernah dimasuki Imam Tirmizi:-

 Khurasan, Basrah, Kufah, Wasith, Baghdad, Mekah, Madinah, Ar-Ray


Guru & Anak Murid:

 Guru - Imam Bukhari (hadith dan fiqh), Imam Muslim, Abu Dawud
 Anak Murid - Makhul Ibnul-Fadl, Muhammad bin Mahmud ‘Anbar, Hammad bin
Syakir, ‘Ubaid bin Muhammad an-Nasfiyyun, Ahmad bin Yusuf An-Nasafi
Penulisan beliau: AL-JAMI’ AL-TIRMIZI
Mazhab Fiqh & Akidah:

 Mazhab - Imam Syafi’e


 Akidah - Ahli Sunah Waljamaah
Pujian Ulama’:
 Menurut al-Zahabi : “al-Tirmizi adalah seorang hafiz, sangat alim dan telah
diijmakkan oleh ulama dari segi tiqhahnya”.
 Imam al-Bukhari ada meriwayatkan hadis daripadanya kerana mengakui ketinggian
ilmunya.
 Menurut Ibn Hajar, Umran b. Allan menerangkan: “Setelah al-Bukhari meninggal
dunia, tidak terdapat di Khurasan orang yang sama dengan al-Tirmizi dari segi ilmu
dan warak”.
Kritikan:

 Ibn Jawzi, Ibn Taimiyyah dan anak muridnya al-Dhahab. Mereka telah mengkritik 30
buah hadith yang didapati dalam sunan ini adalah hadith maudu’. Namun begitu,
kritikan ini telah mendapat tentangan daripada al-Hafiz Jalal al-Din al-Suyuthi.
Isu yang berlaku zaman Imam Tirmizi:

 Munculkan golongan Zindiq iaitu golongan yang berpura- pura dengan Islam dan
menanamkanpengajaran- pengajaran yang menyeleweng dari dasar Islam yang lurus
dan benarbertujuan untuk menjauhkan manusia dari Islam dengan cara memberikan
gambaranyang sangat buruk tentang akidah, ibadah dan pemikiran Islam.
Isu yang melibatkan Imam Tirmizi:

 Beliau pernah tersilap membawa buku kosong untuk mendengar hadis daripada
seorang syeikh. Namun, beliau meneruskan jua tekadnya. Apabila syeikh itu melihat
kertas yang dipegangnya kosong, beliau menegur:"Tidakkah engkau malu
denganku?"Lalu beliau membalas:"Aku menghafal semuanya."Maka syeikh itu
berkata:"Bacakanlah."Maka dia pun membacakan kepadanya seluruhnya. Namun,
syeikh itu menguji lagi: "Boleh jadi engkau menghafalkannya sebelum datang?"Maka
bagi membuktikannya beliau memintanya agar meriwayatkan hadis yang lain. Lantas
dibacakan 40 hadis dan berkata:"Cuba engkau ulangi semula". Lalu beliau
mengulanginya semula sehingga habis tanpa tersalah satu huruf pun.
Punca Kematian: Meninggal dunia dalam keadaan buta
Tarikh Kematian: 13 Rejab Tahun 279 Hijrah pada usia 70 tahun
Tempat Kematian: Kota Tirmiz (sebuah bandar di Uzbekistan)

Kehebatan Dalam Ilmu Hadis


 Ketinggian ilmu yang diperolehi Imam Tirmizi dalam bidang hadis telah diperakui
oleh ulama-ulama hadis yang lain.
 Imam Tirmizi telah mengumpulkan hadis-hadis yang pernah diriwayatnya daripada
ulama-ulama hadis yang lain kemudian menjadikan ia dalam sebuah kitab yang
dinamakan Sunan al-Tirmizi.
 Imam Tirmizi banyak mengulas tentang istilah-istilah ilmu hadis, bahkan beliau telah
membuat istilah-istilah baru dalam pembahagian hadis menurut kesahihan sesebuah
hadis tersebut iaitu hadis Hassan.

Anda mungkin juga menyukai