Anda di halaman 1dari 27

SUBJEK:

ULUM AL-HADITH (IDAI 1023)

TAJUK:

HADIS-HADIS YANG MEMPERINCIKAN AYAT AL-QURAN BERKENAAN KEFARDHUAN PUASA


DAN ZAKAT

NAMA PENSYARAH:

USTAZ HAMZAH BIN OMAR

NAMA AHLI:

1. MOHAMAD ARIF ASYRAAF BIN MOHAMAF AKIR (2214072)

2. NIK MUHAMMAD AKMAL BIN NIK MUSTAFFA (2214065)

3. MUHAMMAD ZAIN BIN ABD RAHMAN (2214063)

4. MUHAMMAD IZZWAN BIN RAMLI (2214062)

5. ABDUL RAHMAN BIN GHAZALI (2214074)

KURSUS:

IS14

DIPLOMA AL QURAN DAN AS SUNNAH


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S


1 Pendahuluan 3
2 Pengenalan
• Hadits
• Al-quran 2-4
• Puasa
• Zakat
3 Hadith Memperincikan Ayat Al-Quran Berkenaan Puasa
• Jenis Puasa Dalam Islam
• Dalil Berkenaan Kefardhuan Puasa
• Rukun, Syarat Wajib Dan Syarat Sah Puasa 5-11

• Niat Dan Lafaz Puasa


• Golongan Yang Dibolehkan Tidak Berpuasa
4 Hadith Memperincikan Ayat Al-Quran Berkenaan Zakat
• Ayat Al-Quran Berkenaan Kefardhuan Zakat
• Jenis Zakat Dalam Islam
• Penerangan Zakat Fitrah Dan Dalil Yang Berkenaan
• Penerangan Zakat Harta Dan Dalil Yang Berkenaan 12-23
• Rukun, Syarat Wajib Dan Syarat Sah Menunaikan Zakat
• Lafaz Niat Zakat
• Golongan (Asnaf) Yang Berhak Menerima Zakat
5 Penutup 24
6 Rujukan 35
PENDAHULUAN

‫السامل عليكم ورمحة هللا وبركاته‬

Syukur kepada Allah SWT yang menciptakan alam semesta, dan selawat ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad SAW. juga setinggi-tinggi kesyukuran terhadapNya kerana dengan
limpah kurniaNya kumpulan kami dapat menyiapkan kertas kerja di bawah subjek Ulum Al-
HADIS (IDAI 1023) ini dengan sempurna, alhamdulillah.

Objektif tugasan ini adalah untuk menilai sejauh mana pemahaman pelajar mengetahui dan
memahami tentang Hadis-Hadis Yang Memperincikan Ayat Al-Quran Berkenaan
Kefardhuan Puasa Dan Zakat. Skop perbahasan yang kami cakupkan dalam tugasan kami ini
adalah beberapa definisi,ciri-ciri dan contoh yang dibahaskan oleh ulama di dalam kitab
mereka.

Akhir kata, ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam
menyiapkan tugasan ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung,Terutamanya,
kepada pihak pensyarah subjek Ulum Al-Hadith (IDAI 1023) Ustaz Hamzah bin Omar.
Ucapan ribuan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang telah
meluangkan masa untuk menjalankan sesi kolaborasi bersama. Kerjasama dan keprihatinan
semua pihak amat saya hargai.

1
PENGENALAN

TAKRIFAN HADITH

1. Pengertian bahasa : Hadith membawa erti : sesuatu yang baharu,lawannya qadim. Hal
ini kerana perkataan qadim dinisbahkan kepada Al-Quran, manakala hadith
dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W

2. Hadith juga bererti : perkhabaran. Banyak tempat dalam Al-Quran yangmenggunakan


perkataan hadith, antaranya firman Allah :

‫وس ٰى‬ ِ
َ ‫يث ُم‬
ُ ‫ك َحد‬
َ ‫وَه ْل أَتَٰى‬

Terjemahan : Dan sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad)perihal Nabi


Musa?(Surah Taha20:9)

PENGERTIAN ISTILAH:

Al-Hadith menurut pengertian istilah dikemukakan dengan pelbagai maksud, antaranya


yang masyhur :
Menurut penjelasan ulama, al-Hadith ialah : Segala yang diriwayatkan daripada
Baginda SAW sama ada berbentuk perbuatan, percakapan, kelakuan, ikrar atau peneranagn
tentang sifat fizikal Baginda SAW yang zahir. Seterusnya, ia juga merangkumi apa yang
disandarkan kepada para Sahabat atau Tabi‟in. 1

1
Ahmad, S. (2017). Asas ilmu Hadis. Santai Ilmu Publication.

2
PENGENALAN

Ibadah puasa dan zakat merupakan tuntutan fardu ‘ain yang wajib ditunaikan oleh
setiap individu Muslim yang mukalaf. Ibadah puasa di bulan Ramadan ini telah disyariatkan
oleh Allah SWT kepada seluruh umat Islam sejak bulan Ramadan tahun ke-2
Hijrah.2.Manakala ibadah zakat ini telah disyariatkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat
Islam sejak tahun kedua setelah Nabi SAW berhijrah ke Madinah tidak berapa lama sebelum
puasa difardhukan.

Ibadah puasa yang fardu ini telah diperintahkan khusus oleh Allah SWT dan bulan
Ramadan telah ditetapkan sebagai bulan khas untuk dilaksanakannya manakala ibadah zakat
juga digunakan untuk menunjukkan kepada sebahagian harta yang telah ditetapkan yang
difardhukan oleh Allah S.W.T. sebagai satu hak kepada orang-orang fakir. Zakat juga
dinamakan sebagai sedekah kerana ia menunjukkan kepada sifat benar seorang hamba dalam
melakukan ubudiyyah dan mentaati Allah S.W.T. Oleh itu, seorang Muslim perlulah
berusaha memahami aspek asas berkaitan fiqahnya bagi memastikan ibadah ini menjadi
ibadah yang sempurna seterusnya mengharapkan penerimaan oleh Allah SWT.

TAKRIF PUASA

Puasa )‫ (الصيام‬dalam Bahasa arab bermaksud meniggalkan. Manakala maksud disisi


ahli feqah ialah meniggalkan )‫ )االمساك‬dari melakukan perkara-perkara yang boleh
membatalkan puasa iaitu bermula daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan
disertai dengan niat.

Malah terdapat banyak peristiwa besar yang lain turut berlaku semasa Ramadan. Ini
membuktikan betapa besarnya nilai bulan ini yang juga disebut sebagai penghulu segala
bulan kepada kehidupan Muslim.3

2
Imam asy-Syaukani dalam Nailul Authar, Kitab puasa, 245.
3
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam Ramadhan al-Mubarak Fadhilat dan Hukum Semasa, 26-32

3
TAKRIF ZAKAT

Zakat dari segi Bahasa ialah bersih, tumbuh, berkat dan pujian. Semuanya digunakan
dalam Al-Quran dan hadis. Dinamakan zakat dengan makna tersebut kerana pengeluaran zakat
untuk mengharapkan keberkatan atau membersihkan jiwa dan menyuburkannya dengan segala

kebaikan dan keberkatan. Perkataan zakat (‫ )الزكاة‬diambil daripada ‫ زكا الشيء‬yang bermaksud

“sesuatu itu bertambah dan subur. Begitu juga ‫زكا الزرع وزكت التجارة‬ yang bermaksud “tanam-

tanaman dan perniagaan subur dan bertambah.

Pengertian zakat pada istilah syarak ialah kadar tertentu yang diambil daripada
sebahagian harta tertentu, yang wajib diberikan kepada golongan tertentu apabila cukup
syarat-syarat yang ditentukan. Daripada definisi yang dijelaskan di atas, jelaslah bahawa
perkataan zakat itu digunakan untuk menunjukkan kepada perbuatan mengeluarkan zakat itu
sendiri iaitu menunaikan hak yang wajib terhadap harta. Ia juga digunakan untuk
menunjukkan kepada sebahagian harta yang telah ditetapkan yang difardhukan oleh Allah
S.W.T. sebagai satu hak kepada orang-orang fakir. Zakat juga dinamakan sebagai sedekah
kerana ia menunjukkan kepada sifat benar seorang hamba dalam melakukan ubudiyyah dan
mentaati Allah S.W.T4

4
Al-Qaradhawi, Y. (2015). Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 2 (Ibadah). PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

4
HADITH MEMPERINCIKAN AYAT QURAN BERKENAAN KEFARDHUAN
PUASA

JENIS PUASA DALAM ISLAM

Puasa dapat diketogori kepada dua jenis, iaitu puasa yang diperintah oleh syarak dan puasa
yang dilarang oleh syarah.

➢ PUASA YANG DIPERINTAH OLEH SYARAK:

Diwajibkan oleh Allah: Puasa bulan Ramadan

PUASA WAJIB (FARDU) Diwajibkan oleh Hamba: Puasa nazar, Puasa Kafarah,
Puasa Qada

Sunat mutlaq: Puasa yang tiada pengkhususan waktu


oleh dalil
PUASA SUNAT Sunat muqayyad: Puasa yang ada pengkhususan waktu
oleh dalil, seperti Puasa enam hari Syawal, Puasa Isnin
dan Khamis, Puasa hari ‘Arafah, Puasa hari Tasu’a, Puasa
Ayyamul Bidh (Puasa hari putih), dan Puasa ‘Asyura

➢ PUASA DILARANG SYARAK:


Puasa pada hari raya ‘Aidilfitri dan ‘Aidiladha, dan Puasa
PUASA HARAM
pada hari Syak (hari ke-30 bulan Syaaban)

PUASA MAKRUH Puasa hari ‘Arafah bagi mereka yang mengerjakan haji

5
DALIL PUASA FARDU:
• AYAT AL-QURAN BERKENAAN PUASA
Perintah anjuran berpuasa dibualan Ramadhan sebagai satu daripada ibadah fardu
adalah merupakan perintah yang wajib bagi setiap muslim, Allah juga telah menurunkan
dalil-dalil tetang kewajipan berpuasa fardu Ramadhan seperti yang berbunyi:

Firman Allah:

‫ين ِم ْن قا ْبلِ ُك ْم ل ااعلَّ ُك ْم تاتَّ ُقو ان‬ ِ َّ


‫ب اعلاى الذ ا‬
ِ
‫ام اك اما ُكت ا‬ ِِّ ‫ب اعلاْي ُك ُم‬
ُ ‫الصيا‬
ِ
‫آمنُوا ُكت ا‬
‫ين ا‬
ِ َّ
‫اَي أايُّ اها الذ ا‬
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana yang
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

surah al-baqarah ayat 183

Berdasarkan ayat Al-quran yang diturunkan oleh ALLAH di atas, rasulullah S.A.W
juga bersabda untuk memperincikan ayat tersebut yang berbunyi:

• HADIS PUASA

‫ادةِ أا ْن‬ ٍ ْ‫ِن ا ِإل ْسالا ُم اعلاى اَخ‬


‫ اش اه ا‬:‫س‬ َِّ ‫ول‬
‫اَّلل صلى هللا عليه وسلم “ بُِ ا‬ ُ ‫ال ار ُس‬ ‫ع ِن ابْ ِن ُع ام ار رضى هللا عنهما قا ا‬
‫ال قا ا‬
ِ ‫ و‬،‫ وا ْْل ِج‬،ِ‫الزاكاة‬ ِ ِ َّ ‫ وإِقا ِام‬،‫اَّلل‬
ِ ُ ‫ان ُُما َّم ًدا رس‬
‫ضان‬ ‫ اوإِيتااء َّ ا ا ِّ ا ا‬،‫الصالاة‬
‫ص ْوم ارام ا‬ ‫ول َّ ا‬ ُ‫ا‬ َّ َّ‫الا إِلاها إِال‬
َّ ‫اَّللُ اوأ‬

Daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Islam
dibangun atas lima (perkara), Syahadah La ilaha illallah dan Muhammad Rasulullah,
mendirikan solat, mengeluarkan zakat, haji, dan puasa Ramadan.5

5
Hadis riwayat Imam al-Bukhari. Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, Bab Du’aa ukum Imaanukum, hadis no 8.

6
Hadis daripada Talha bin Ubaidillah RA, yang menceritakan ada seorang arab badwi yang
berambut kusut dating bertemu dengan rasulullah S.A.W lalu bertanya tentang puasa kepada
baginda, sebagai mana yang berikut:

ِ
‫ إِالَّ أا ْن تاطََّّو ا‬،‫ضا ان‬
” ‫ع اش ْي ئًا‬ ‫ال ” اش ْه ار ارام ا‬ ِِّ ‫اَّللُ اعلا َّى م ان‬
‫الصيا ِام فا اق ا‬ َّ ‫ض‬ ‫ال أا ْخِ ِْبِِن اما فا ار ا‬
‫فا اق ا‬

Maklumkan kepadaku mengenai puasa apa yang Allah wajibkan kepadaku, Baginda SAW
bersabda, puasa sebulan Ramadan, melainkan jika engkau ingin berpuasa lebih sebagai
puasa sunat .

RUKUN, SYARAT WAJIB DAN SYARAT SAH PUASA


RUKUN PUASA
1. Niat

2. Menahan diri daripada makan dan minum, dan daripada perkara-perkara yang
membatalkan puasa dari terbit fajar (fajar shodiq) hingga terbenamnya matahari.

SYARAT WAJIB PUASA


1. ISLAM:
Ibadah puasa hanya disyariatkan bagi umat Islam sahaja, adapun apabila
seseorang kafir masuk Islam pada bulan Ramadan, maka dia wajib melaksanakan
puasa Ramadan.

2. BALIGH:
Anak kecil yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, namun adalah sangat
digalakkan untuk mengajari mereka berpuasa dari kecil kerana ini bertepatan
dengan anjuran dalam sebuah hadis Rasulullah SAW.
3. BERAKAL:
Orang gila tidak diwajibkan berpuasa bahkan tidak wajib menggantikan
puasanya ketika dia masih gila.
7
4. BERMUKIM:
Orang yang sedang dalam safar tidak wajib berpuasa malah mereka diberikan
pilihan sama ada untuk terus berpuasa ataupun tidak semasa safar. Jika memilih
tidak berpuasa, mereka wajib menggantikan bagi hari puasa yang ditinggalkan
tersebut.

5. MAMPU BERPUASA:
Orang yang sedang dalam safar tidak wajib berpuasa malah mereka diberikan
pilihan sama ada untuk terus berpuasa ataupun tidak semasa safar. Jika memilih
tidak berpuasa, mereka wajib menggantikan bagi hari puasa yang ditinggalkan
tersebut.

SYARAT SAH PUASA


1. Islam
2. Mumayyiz (dapat membezakan mana yang baik dan buruk)
3. Suci daripada haid, nifah, dan wiladah
4. Berpuasa pada waktunya

NIAT PUASA

Niat menjadi pembeza antara berpuasa dengan menahan diri daripada makan dan
minum kerana diet. Niat puasa merupakan antara rukun kepada kesempurnaan puasa Ramadan
dan juga puasa sunat. Setiap Muslim yang ingin menyempurnakan ibadah puasa baik fardu
mahupun sunat adalah wajib berniat untuk berpuasa. Imam an-Nawawi RH menyatakan
bahawa:

Tidak sah puasa seseorang kecuali dengan niat. Niat itu letaknya di dalam hati, tidak
disyaratkan untuk diucapkan dan pendapat ini tidak terdapat perselisihan dalam kalangan para
ulama.6

Daripada penerangan ini, niat puasa tidak terikat pada lafaz tertentu, sebaliknya cukup
terlintas di dalam hati untuk berpuasa pada keesokkan harinya dan itu sudah memadai dianggap

6
Imam an-Nawawi dalam Raudhah al-Thalibin wa ‘Umdah al-Muftin, 1/268.

8
sebagai berniat puasa. Malah ada pendapat ulama juga yang mengatakan apabila seseorang
bangun untuk bersahur, maka itu sudah cukup dikira sebagai berniat kerana seseorang tidak
akan bangun bersahur melainkan ada rasa untuk berpuasa.

LAFAZ NIAT PUASA:

ِ ِ‫السنا ِة‬
‫هلل تا اع اال‬ َّ ِ‫ضا ان اه ِذه‬ ِ ‫ص ْوام غا ٍد اع ْن ا اد ِاء فا ْر‬
‫ض اش ْه ِر ارام ا‬ ‫ت ا‬
ُ ْ‫نا اوي‬

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini
kerana Allah Ta’ala.

Perbincangan berkenaan niat puasa adalah sangat dianjurkan untuk berniat puasa yang
wajib pada waktu malam hari bagi puasa yang ingin dilakukan pada keesokannya. Hal ini
sebagaimana disebut dalam sebuah hadis daripada Saidatina Hafsah Ummul Mukminin RA,
bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ِ ِِّ ‫ت‬
ِ ِِّ‫من املْ ي بي‬
‫ام قا ْب ال الْ اف ْج ِر فاالا صيا ا‬
ُ‫ام لاه‬ ‫الصيا ا‬ ‫ا ْ ُا‬

Siapa yang tidak berniat puasa pada waktu malam sebelum fajar maka tiada puasa baginya.7

Ibn ‘Umar, Jabir bin Yazid daripada kalangan sahabat, al-Nashir, al-Muayyid Billah,
Imam Malik, al-Laits, dan Ibn Abi Dzaib, mereka mewajibkan niat puasa dilakukan pada
malam hari tanpa membezakan sama ada untuk puasa Ramadhan ataupun sunat.

GOLONGAN YANG DIBOLEHKAN TIDAK BERPUASA

Islam tidak membebankan umatnya yang tidak mampu untuk menunaikan puasa
sebulan Ramadan kerana mereka boleh dikecualikan daripada berpuasa. Allah SWT
memberikan keringanan (rukhsah) kepada mereka dan sebagai bukti Allah yang bersifat Maha
Penyayang lagi Maha Pengasih terhadap sekalian hamba-Nya.

7
Hadis riwayat Imam an-Nasa’i. Sunan an-Nasa’i, Kitab Puasa, Bab Zikri Ikhtilaf al-Naaqilin li Khabar Hafsah fi
zalik, hadis no. 2331. Hadis ini sahih menurut Syeikh al-Albani RH.

9
Golongan yang mendapat pengecualian untuk tidak berpuasa boleh dibahagikan kepada
dua bahagian, seperti yang berikut:

➢ PERTAMA: Dikecualikan tapi wajib ganti semula apabila tiada halangan


1. Orang yang sakit yang ada harapan sembuh
2. Musafir

Berkenaan musafir Pendapat pertama di sisi mazhab Syafie, Hanafi dan Maliki, berpuasa
adalah lebih afdhal daripada berbuka sekiranya berpuasa tidak melemahkannya. Berdasarkan
firman Allah S.A.W

‫وموا اخ ْْيٌ لَّ ُكم إِن ُكنتُ ْم تا ْعلا ُمون‬


ُ‫ص‬ ُ ‫اوأان تا‬

Maksudnya :Berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada kamu memberi fidyah) kalua kamu
mengetahui.

Dari segi pendapat ke dua di sisi mazhab Hanbali, berbuka adalah lebih afdhal daripada
berpuasa. Hal ini berdasarkan hadis nabi S.A.W:

‫الس فر‬
ِّ ‫ليس من الِبِّ الصِّ يام يف‬

Maksudnya: “Tiada kebaikan berpuasa ketika musafir8

‫اح اعلاْي ِه‬ ِ َِّ ‫ِهي ر ْخصةٌ ِمن‬


‫وم فا اال ُجنا ا‬
‫ص ا‬ُ ‫ب أا ْن يا‬
َّ ‫اح‬
‫س ٌن اوام ْن أ ا‬
‫ فا ام ْن أا اخ اذ ِباا فا اح ا‬،‫اَّلل‬ ْ ‫ا ُ ا‬

Maksudnya: “Bahawasanya ia (berbuka) adalah rukhsah yang telah diberikan oleh Allah
S.W.T, maka barangsiapa yang berbuka maka ia adalah baik, dan barang siapa yang ingin
berpuasa maka tidak ada dosa baginya9

8
Riwayat al-Bukari (1844) dan Muslim (1115)
9
Riwayat Muslim (1121)
10
➢ KEDUA: Dikecualikan dan tidak perlu ganti semula apabila tiada halangan, tetapi perlu
bayar fidyah.

3. Lelaki/Wanita tua yang tidak mampu berpuasa


4. Orang sakit yang tiada lagi harapan sembuh
5. Wanita hamil
6. Wanita yang menyusukan anak

Perempuan hamil dan yang menyusukan anak diberikan keringanan untuk berbuka atau
tidak berpuasa. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh al-Siyam tidak menukilkan
sebarang syarat khas untuk perempuan yang hamil untuk tidak berpuasa kerana tidak terdapat
sebarang dalil mengenainya. Walaubagaimanapun, terdapat dalil umum dalam isu ini daripada
hadis Anas bin Malik RA

ِِّ ‫ أا ِو‬،‫الص ْوام‬ ِ ‫ و اع ِن الْمسافِ ِر وا ْْل ِام ِل والْمر‬،ِ‫الص االة‬ ِ ‫ضع اع ِن الْم‬ َّ ‫َّن‬
‫ام‬
‫الصيا ا‬ َّ ‫ض ِع‬ ُْ ‫ُ ا ا ا ا‬ ‫ساف ِر اشط اْر َّ ا‬
‫ُا‬ ‫اَّللا اع َّز او اج َّل او ا ا‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah meringankan daripada orang yang musafir dengan


separuh solat dan meringankan daripada puasa bagi perempuan hamil dan menyusukan
anaknya.10

10
Riwayat al-Tirmidzi (715), al-Nasaie (2775) dan Ibn Majah (1667)

11
HADITH MEMPERINCIKAN AYAT QURAN BERKENAAN ZAKAT

Ayat Al-Quran Berkenaan Kefardhuan Zakat:


Firman Allah s.w.t:
۟ ۟
ِ ‫ٱلزَك ٰوةَ وأ‬ ۟ ِ
‫۝‬
٥٦ ‫ول لَ َعلَّ ُك ْم تُْر ََحُو َن‬
َ ‫ٱلر ُس‬
َّ ‫َطيعُوا‬ َ َّ ‫ٱلصلَ ٰوةَ َوءَاتُوا‬
َّ ‫يموا‬
ُ ‫َوأَق‬
Terjemahan:

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul
supaya kamu beroleh rahmat (Surah An-Nur ayat 56)

JENIS ZAKAT DALAM ISLA


• zakat fitrah
• zakat harta

ZAKAT FITRAH

Pengertian Zakat Fitrah: Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap
individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang
ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH


• Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya.
• Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas
terbenam matahari.
• Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan
Islamnya.
• Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

12
KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis
yang mengenyangkan.Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan
oleh Abdullah bin Umar RA:

‫اعا ِم ْن‬
ً ‫ص‬
ِ ‫ ص‬،‫َّاس‬
‫ أ ْاو ا‬،‫اعا م ْن َتاْ ٍر‬ ‫ض ازاكاةا ال ِْفطْ ِر ِم ْن ارام ا‬
ً ‫ضا ان اعلاى الن ِ ا‬ ِ
‫صلَّى هللاُ اعلاْيه او اسلَّ ام فا ار ا‬
ِ ‫ان رس ا‬
‫ول هللا ا‬ ُ ‫أ َّ ا‬
ِ ِ ٍ
‫ م ان ال ُْم ْسل ِم ا‬،‫ ذا اك ٍر أ ْاو أُنْ ثاى‬،‫ اعلاى ُك ِِّل ُح ٍِّر أ ْاو اعْبد‬،‫اشعِ ٍْي‬
‫ي‬

Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat
Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau
hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.[1]
(Riwayat Muslim: 984)11

WAKTU MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH

1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.

‫الش ْمس ل ْاي لاة الْعِي‬


َّ ‫غروب‬ ِ ُ ِ‫اوجتب ازاكاة الْفطر ب‬
ُ ‫ش ُروط إ ْد اراك‬
Maksudnya: “Zakat fitrah diwajibkan dengan syarat melalui tenggelam matahari pada
malam hari raya.”[4]
(Rujuk al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah: 128)

2. Waktu Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya. Hal ini kerana Rasulullah SAW sendiri
mengeluarkan zakat sebelum baginda mengerjakan solat sunat aidilfitri seperti mana
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar R.A:
ِ‫الصالَة‬
َّ ‫َّاس إِ ََل‬ ِ ِ‫َن النَِِّب صلَّى هللا علَي ِه وسلَّم أَمر بَِزَكاة‬
ِ ‫الفطْ ِر قَ ْب َل ُخ ُر‬
ِ ‫وج الن‬ َ َ َ َ َ ْ َ ُ َ َّ َّ ‫أ‬

11
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2022, April 30). IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADAN SIRI KE-206:
WAKTU-WAKTU UNTUK MEMBAYAR ZAKAT FITRAH.

13
Maksudnya: “Nabi SAW memerintahkan untuk membayar zakat fitrah sebelum orang
ramai keluar untuk mengerjakan solat (hari raya).[6]
(Riwayat Bukhari: 1509)

3. Waktu Harus
Sepanjang bulan Ramadhan. Ini merujuk kepada nukilan Ibn Hajar dalam kitabnya
yang mana harus bagi pengeluar zakat kecuali pemerintah untuk mempercepatkan
bayaran zakat fitrahnya setelah masuknya Ramadan walaupun pada malam pertama di
bulan tersebut.[3] Oleh itu, zakat yang dikeluarkan dalam tempoh tersebut dikira sah.
4. Waktu Makruh
Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.

Selepas terbenam matahari satu Syawal. Ini seperti mana yang telah dinyatakan oleh Sheikh
Zakaria al-Ansari dalam karangannya:

‫ب فِ ِيه‬ َّ ‫ني ِِل‬ ِِ ِِ ِ ِِ ِ ِ


ِ َ‫ص َد إ ْغنَ ُاؤُهم َع ْن الطَّل‬
ْ ْ ‫َن الْ َق‬ َ ‫(وََْي ُرُم ََتْخريَُها َع ْن يَ ْوم الْعيد) بِ َال عُ ْذر َكغَْي بَة َماله أ َْو الْ ُم ْستَحق‬
َ
)‫وًب فَ ْوارا‬ ِ
‫(وتَ ْقتَضي ُو ُج ا‬
َ
Maksudnya: “Haram melewatkan zakat selepas hari raya (aidilfitri) tanpa sebarang
keuzuran seperti kehilangan hartanya atau hilang penerima zakat kerana zakat bertujuan
untuk memenuhi tuntutan mereka. Wajib bagi orang yang melewatkan zakat itu
menggantikannya serta-merta’’12[8]

ZAKAT HARTA
Pengertian Zakat Harta: Zakat harta ialah zakat yang merangkumi Pendapatan,
Pelaburan, KWSP Perniagaan, Wang Simpanan, Padi, Takaful, Qada Zakat, Emas Dan
Perak.

ZAKAT PENDAPATAN:
Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang
diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan.

12
al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah: 128
Riwayat Bukhari: 1509
14
DALIL WAJIB ZAKAT PENDAPATAN:
Firman Allah s.w.t:

۟ ِ ‫انف ُق ۟وا ِمن طايِِّٓب‬


ِ ‫ٓأَيايُّها ٱلَّ ِذين ءامنُأو ۟ا أ‬
‫يث ِم ْنهُ تُ ِنف ُقو ان‬
‫ٱْلابِ ا‬ ِ ‫س ْب تُ ْم اوِِمَّاأ أا ْخ ار ْجناا لا ُكم ِِّم ان ْٱْل ْار‬
ْ ‫ض ۖ اواال تايا َّم ُموا‬ ‫ا‬ ‫ك‬
‫ا‬ ‫ا‬ ‫م‬
‫ا‬ ‫ت‬ ‫ا‬ ‫ا اا‬ ‫ا ا‬
۟ ۟ ِ ‫ولاستم بِا‬
‫۝‬٢٦٧ ‫ِن اِمحي ٌد‬
ٌّ ِ ‫ٱَّللا غا‬
َّ ‫ان‬َّ ‫ضوا فِ ِيه ۚ اوٱ ْعلا ُمأوا أ‬
ُ ‫اخ ِذ ِيه إَِّالأ أان تُغْ ِم‬ ُْ ‫ا‬
“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil
usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi
untuk kamu.”

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267)

Sabda Rasulullah s.a.w:


‫ص َد َقةَ مِ ْن أ َ ْغ ِن َيا ِئنَا َف َج َعلَهَا فِي فُقَ َرا ِئنَا‬
َّ ‫ َفأ َ َخذَ ال‬- ‫سلَّ َم‬
َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ُ‫َّللا‬ َ ‫َق ِد َم‬
ُ ‫علَ ْينَا ُمص َِد‬
َ - ِ ‫ق النَّ ِبي‬

Maksudnya: Telah datang wakil Rasulullah SAW untuk mengutip zakat dalam kalangan
kami, maka dia mengambil zakat daripada kalangan kami yang kaya dan membahagikan
zakat itu kepada orang miskin dalam kalangan kami.
(Hadis riwayat al-Tirmizi, Ibn Hibban dan al-Tabrani)

Jenis-Jenis Harta Pendapatan

1. Zakat Harta Penggajian dan Upah Kerja (ِ‫ُجور‬


ُ ‫واِل‬ ِ ِ ‫العم ِل و‬
َ ‫الرَواتب‬
َ َ ََ ‫ب‬ ُ ‫) َك َس‬
• Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah,
anugerah & insentif, hasil ESOS (Skim pilihan sahan pekerja) dan sebagainya.
• Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian.

15
2. Zakat Harta Pemberian Atau Sumbangan (‫)العطية‬

• Hibah, hadiah, saguhati, pencen pasangan, sedekah


• Pampasan, harta pusaka, mahar perkahwinan

3. Zakat Harta Kerja Bebas ( ‫)امل َه ُن احلَُّرة‬


َ
• Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor
klinik atau hospital swasta dan sebagainya.
• Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim.

4. Zakat Harta al-Mustaghallat (‫)املستَ غَالَّت‬


ُْ

• Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya.


• Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau sebagainya.

Tolakan Zakat Dan Keperluan Asasi (Had Kifayah)


Asas had al-kifayah ialah segala keperluan asasi yang mesti ada pada diri seseorang dan
tanggungannya seperti isteri, anak-anak, ibubapa, adik beradik dan sebagainya.

• Perlindungan
• Makanan dan minuman
• Pakaian
• Perubatan
• Pendidikan
• Pengangkutan13

13
Lembaga Zakat Selangor (MAIS). (2018b, November 30). Zakat Pendapatan - Lembaga Zakat Selangor.
Lembaga Zakat Selangor
16
ZAKAT PELABURAN

DEFINISI ZAKAT PELABURAN:


Menurut Bahasa: Kalimah ‘saham’ berasal dari perkataan Arab yang bermaksud
bahagian yang dimiliki.

Menurut Istilah: Saham menurut Kamus Dewan bermaksud “Bahagian dalam modal
sesuatu perniagaan.”

Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Bagi sijil-sijil saham
dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di pasaran saham (Contoh Bursa Malaysia), ianya
mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak
tersenarai atau dalam koperasi.

DALIL WAJIB ZAKAT PELABURAN:


Firman Allah s.w.t:
۟ ِ ۟ ِ ۟ ِ َّ
‫يث ِمْن ُه‬ِ‫ب‬ ‫ٱْل‬
ْ ‫ا‬
‫و‬ ‫م‬ ‫م‬ ‫ي‬
َ َ ُ َّ ََ َ ْ َ‫ت‬ ‫ل‬‫و‬
َ ۖ ِ
‫ض‬ ‫َر‬
‫ٱِل‬
ْ ‫ن‬ ِ
‫م‬ ‫م‬ ‫ك‬
ُ ‫ل‬
َ ‫ا‬ ‫ن‬ ‫ج‬‫ر‬‫َخ‬ ‫أ‬ ‫َّا‬
‫ِم‬‫و‬
َْ َ ْ َ َُْْ َ َ َ ‫م‬‫ت‬ ‫ب‬‫س‬ ‫ك‬ ‫ا‬ ‫م‬ ِ
‫ٰت‬ ‫ب‬ِ‫ي‬َ‫ط‬ ‫ن‬ ِ
‫م‬ ‫ا‬‫و‬ ‫ين ءَ َامنُوا أَنف ُق‬
َ ‫ََٰيَيُّ َها ٱلذ‬
َِ ‫ٱَّلل َغ ِِن‬ ۟ ِ ِ‫اخ ِذ ِيه إَِّل أَن تُ ْغ ِمض ۟وا ف‬
ِ َِ‫تُ ِنف ُقو َن ولَستُم ب‬
‫۝‬٢٦٧ ‫َحي ٌد‬ ٌّ َ َّ َّ
‫َن‬ ‫أ‬ ‫ا‬
‫و‬ ‫م‬ ‫ل‬
َ
َُْ ‫ٱع‬‫و‬ ۚ ‫يه‬ ُ ْ َ
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (zakat) sebahagian hasil usaha kamu
yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu”14
(Surah Al-Baqarah: Ayat 267)

Sabda Rasulullah s.a.w:


Hadis Rasulullah daripada Samrah katanya: “Adalah Rasulullah S.A.W menyuruh kami
mengeluarkan zakat daripada barang- barang yang disediakan untuk jual beli.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

14
Lembaga Zakat Selangor (MAIS). (2018b, November 30). Zakat Pelaburan - Lembaga Zakat Selangor.
Lembaga Zakat Selangor
17
SYARAT WAJIB ZAKAT PELABURAN:
• Islam.
• Milik Sempurna
• Cukup Nisab
• Cukup Haul
• Halal

ZAKAT PERNIAGAAN:
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan
sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan atau sebagainya
dengan tujuan diperniagakan.

DALIL WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN:


Firman Allah s.w.t:
۟ ِ ِ۟ ِ ۟
‫يث ِمْنهُ تُ ِنف ُقو َن َولَ ْستُم‬ ِ ‫َخ َر ْجنَا لَ ُكم ِم َن ْٱِل َْر‬
َ ِ‫ض ۖ َوَل تَيَ َّم ُموا ٱ ْْلَب‬ ِ
ْ ‫ين ءَ َامنُوا أَنف ُقوا من طَيِبَٰت َما َك َسْب تُ ْم َوِمَّا أ‬
ِ َّ
َ ‫ََٰيَيُّ َها ٱلذ‬
۟ ِ ۟ ‫اخ ِذ ِيه إَِّل أَن تُ ْغ ِم‬
‫۝‬٢٦٧ ‫َحي ٌد‬ َِ ‫ٱَّلل َغ ِِن‬
ٌّ ََّ ‫َن‬ ْ ‫ضوا ف ِيه ۚ َو‬
َّ ‫ٱعلَ ُموا أ‬ ُ
ِ َِ‫ب‬

“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu
yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 267)

Allah menjelaskan bahawa segala ‘hasil usaha yang baik’ itu wajib dizakat. Oleh itu,
bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk
dalam‘hasil usaha’ yang wajib dizakat.

Hal ini bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id RA,
bahawa Nabi SAW bersabda:

‫ُّه َد ِاء‬
َ ‫ َوالش‬،‫ني‬
ِِِ
َ ِ‫ني َم َع النَّبِي‬
َ ‫ َوالصديق‬،‫ني‬
ِ ُ ‫الص ُد‬
ُ ‫وق اِلَم‬
ِ ‫الت‬
َّ ‫َّاج ُر‬
Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan
orang yang syahid.”
18
[Riwayat al-Tirmizi (1209) [Hadith ini adalah hasan menurut Imam al-Tirmizi]15

ZAKAT EMAS DAN WANG SIMPANAN:


Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah
sama dengan emas dan perak.

Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan
perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai
semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).
Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah
sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya
setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli.

Nisab zakat emas adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85
gram) atau perak (595 gram). Jumhur fuqaha telah menyandarkan nisab wang kepada nisab
emas (85 gram).

Dalil Wajib Zakat:


hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali Bin Abi Talib RA bahawa Rasulullah
SAW bersabda:

‫حّت ياكو ان لاك‬


ِّ ،ٌ‫وليس عليك شيء‬
‫ ا‬،‫اهم‬
‫َخسةُ در ا‬
‫ ففيها ا‬،‫اْلول‬
ُ ‫وحال عليها‬ ٍ ‫إذا كانت لاك مائتا ِد‬
‫ ا‬،‫رهم‬

‫حساب ذلِك‬
ِ ِ‫اد فب‬
‫ فما ز ا‬،‫نصف دينا ٍر‬
ُ ‫ ففيها‬:‫اْلول‬
ُ ‫وحال عليها‬
‫ ا‬،‫دينارا‬
ً ‫عشرو ان‬
Maksudnya:
Apabila kamu memiliki 200dirham (perak) dan berlalu haulnya (cukup setahun), maka bagi
kamu zakat sebanyak 5 dirham. (Manakala emas) Kamu tidak wajib berzakat emas
sehinggalah kamu memiliki 20 dinar. Maka, apabila kamu memiliki 20dinar dan telah cukup
haulnya, bagi kamu zakatnya sebanyak setengah dinar. Jika kamu memilikinya lebih
daripada itu, maka cara pengiraanya adalah serupa.

15
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2018, October 18). IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-292: PERNIAGAAN
ADALAH SUMBER REZEKI TERBESAR
19
Riwayat Abu Daud (1573)16

RUKUN, SYARAT WAJIB DAN SYARAT SAH MENUNAIKAN ZAKAT

RUKUN ZAKAT:
1. Niat
2. Terdapat pemberi zakat atau muzaki
3. Terdapat penerima zakat atau mustahik
4. Ada harta yang dizakatkan

SYARAT WAJIB BERZAKAT:


1. Islam
Zakat difardhukan ke atas pemilik harta yang beragama Islam sahaja.

2. Pemilikan Sempurna

Pemilikan seseorang terhadap harta secara sah dan mempunyai kuasa secara bebas

( ‫ار‬ ِ (untuk mengurus( ِ ‫)ح ُّق التصُّر‬


ُ َ‫إختي‬
ْ ‫ف‬ ََ َ dan memperolehi manfaat dari harta tersebut tanpa

sekatan / kawalan undang-undang dan peraturan.”

3. Cukup Nisab
Nisab ialah kadar minimum pemilikan sesuatu harta yang mewajibkan zakat ke atas
harta itu.
Dalil syarat nisab emas, buah-buahan dan unta seperti yang dijelaskan Hadith berikut:
Daripada Abu Sa’id R.A:

ِ ْ‫يما ُدو ان اَخ‬


‫س‬ ِ ‫ ولاي‬،ٌ‫سة أاوس ٍق ِمن التَّم ِر ص ادقاة‬
ِ ِ ‫ لاي‬: ‫قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬
‫سف ا‬
‫اْ ا‬ ‫يما ُدو ان اَخْ ْ ُ ا ْ ا‬ ‫سف ا‬
‫ْ ا‬
ِ ٍ ِ ْ‫ ولايس فِيما ُدو ان اَخ‬، ٌ‫اق ِمن الْوِر ِق ص ادقاة‬
‫س ذا ْود م ان ا ِإلبِ ِل ا‬
‫ص ادقاة‬ ‫اْ ا ا‬ ‫أ ااو ٍ ا ا ا‬

16
Lembaga Zakat Selangor (MAIS). (2018d, November 30). Zakat Wang Simpanan - Lembaga Zakat Selangor.
Lembaga Zakat Selangor. https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/zakat-
wang-simpanan/
20
Rasulullah SAW bersabda: “Tamar yang kurang dari 5 awsuq tidak diwajibkan
zakat, perak yang kurang dari 5 auqiyah tidak diwajibkan zakat, dan unta yang kurang dari 5
ekor tidak diwajibkan zakat.”
(HR Bukhari & Muslim)17

4. Cukup Haul
Haul ialah tempoh setahun (12 bulan) qomariah pemilikan kekal harta zakat oleh
seseorang selain dari harta zakat biji-bijian, buah-buahan, galian dan harta karun. Syarat haul
ditetapkan dengan hadith.

Sabda Nabi SAW:

‫ال اح َّّت اَيُ ْو ال اعلاْي ِه اْلاْو ُل‬


ٍ ‫الا ازاكاةا ِيف ام‬

“Tidak diwajibkan zakat atas sesuatu kekayaan sehingga berlalu masa setahun.”
(HR Daruqutni)

SYARAT SAH MENUNAIKAN ZAKAT:

1. Niat
Ulama telah bersependapat mengatakan bahawa sah zakat dengan niat yang disertakan
semasa mengeluarkannya. Ulama telah bersependapat mengatakan bahawa niat adalah
menjadi syarat penunaian zakat. Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar bin al-Khattab
RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

‫هللا اوار ُس ْولِ ِه فا ِه ْج ارتُهُ إِ ال هللا اوار ُس ْولِ ِه‬


ِ ‫ت ِهجرتُه إِ ال‬ ٍ ِ ِ ‫ال ِِبلنِِّي‬
ُ ‫ اوإِ َّّناا ل ُك ِِّل ْام ِرىء اما نا اوى فا ام ْن اكانا ْ ْ ا‬،‫ات‬‫إِ َّّناا اْلا ْع ام ُ ا‬

‫اج ار إِل ْاي ِه‬ ِ ٍ ِ ِ ِ ِ ْ ‫ومن اكانا‬


‫ت ه ْج ارتُهُ ل ُدنْ ياا يُص ْي بُ اها أ ْاو ا ْم ارأاة يا ْنك ُح اها فا ِه ْج ارتُهُ إِ ال اما اه ا‬ ْ ‫اا‬

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya


setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-
Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia
untuk dia

17
Lembaga Zakat Selangor (MAIS). (2022, April 5). Syarat Berzakat - Lembaga Zakat Selangor. Lembaga Zakat
Selangor.
21
dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia
hijrah kepadanya.18

LAFAZ NIAT ZAKAT

Lafaz Zakat Fitrah:

2. Zakat Fitrah Untuk Diri Sendiri

ِ ‫ضا‬ ِ
‫هلل تا اع اال‬ ْ ‫ت أ ْاﻥ أُ ْخ ِر اﺝ اﺯ اك ااﺓ ﺍلْفطْ ِر اع ْن نا ْف‬
ً ‫سي فا ْر‬ ُ ْ‫نا اوي‬

Ertinya: “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk diriku sendiri fardhu kerana
Allah Taala.”

3. Lafaz zakat fitrah untuk isteri dari seorang suami

ِ ‫ضا‬ ِ
‫هلل تا اع اال‬ ْ ِ ‫ت اﺃ ْﻥ ُﺃ ْخ ِر اﺝ اﺯ اك ااﺓ ﺍلْفطْ ِر اع ْن اﺯ ْﻭ اج‬
ً ‫ِﺘ فا ْر‬ ُ ْ‫نا اوي‬

Ertinya: “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk istriku fardhu kerana Allah
Taala.”

4. Lafaz zakat fitrah untuk anak laki-laki jika orangtuanya yang membayarkan

ِ ‫ضا‬
‫هلل تا اع اال‬ ِ ‫ت اﺃ ْﻥُﺃ ْخ ِر اﺝ اﺯ اك ااﺓ ﺍل ِْفطْ ِر اعن اﻭل‬
ً ‫اد ْﻱ … فا ْر‬ ُ ْ‫نا اوي‬
ْ

Ertinya: “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk anak laki-lakiku … (sebutkan
nama), fardhu kerana Allah Taala.”

5. Lafaz zakat fitrah untuk anak perempuan jika orangtuanya yang membayarkan

ِ ‫ضا‬ ِ ِ
‫هلل تا اع اال‬ ْ ِ ‫ت اﺃ ْﻥ ُﺃ ْخ ِر اﺝ اﺯ اك ااﺓ ﺍلْفطْ ِر اع ْن ب ْن‬
ً ‫ِﺘ … فا ْر‬ ُ ْ‫نا اوي‬

18
Riwayat al-Bukhari dalam permulaan kitab Sahihnya, Muslim (1907), Abu Daud (2201), al-Tirmizi (1646), Ibn
Majah (4227), al-Nasaie (1/59-60), Ahmad dalam al-Musnad (1/25 dan 43), al-Daruqutni, Ibn Hibban dan al-
Baihaqi.
22
Ertinya: “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk anak perempuanku … (sebutkan nama),
fardhu kerana Allah Taala.”

6. Lafaz zakat fitrah untuk seluruh anggota keluarga yang nafkahnya kita yang
tanggungkan

ِ ‫ضا‬
‫هلل تا اعالاى‬ ِ‫ت اﺃ ْﻥ ُﺃ ْخ ِر اﺝ اﺯ اك ااﺓ ﺍل ِْفطْ ِر اعِِِّن اﻭ اعن ا‬
ً ‫َﺟ ْي ِع اما يال اْزُمِِنْ نا اف اقا ُُﺗُ ْم اش ْر ًعا فا ْر‬ ُ ْ‫ن اَ اوي‬
ْ ْ

Ertinya: “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk diriku dan seluruh orang yang
nafkahnya menjadi tanggunganku fardhu kerana Allah Taala.”

7. Lafaz zakat fitrah untuk seluruh orang yang kita wakilkan

ِ ‫ضا‬
‫هلل تا اع اال‬ ً ‫…) فا ْر‬..( ‫ت اﺃ ْﻥ ُﺃ ْخ ِر اﺝ اﺯ اك ااﺓ ﺍل ِْفطْ ِر اع ْن‬
ُ ْ‫نَاوي‬

Ertinya: “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk … (sebutkan nama spesifik),
fardhu kerana Allah Taala.”

23
PENUTUP

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya kami berjaya
menyiapkan kerja kursus ini. Kami telah mendapat banyak manfaat dan sesuatu yang baru
untuk dipelajari sepanjang kami menyiapkan tugasan bagi subjek Ulum Al-Hadith (IDAI
1023). Selain itu, kerja kursus ini juga telah meningkatkan dan menambah ilmu pengetahuan
kami berkaitan Hadis-Hadis Yang Memperincikan Ayat Al-Quran Berkenaan Kefardhuan
Puasa Dan Zakat.

Pada awalnya, terdapat beberapa masalah yang kami hadapi semasa menyiapkan tugasan ini.
Alhamdulillah dengan tunjuk ajar pensyarah, rakan-rakan dan usaha kami dalam mencari
jalan menyelesaikan perkara, kami dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada masa
alhamdulillah.

Kesimpulan yang kami dapat setelah menyiapkan tugasan ini ialah kami dapat mengetahui
dengan lebih dalam tentang Hadith-Hadith Yang Memperincikan Ayat Al-Quran Berkenaan
Kefardhuan Puasa Dan Zakat. Dengan ilmu ini insyaAllah kami dapat beramal dengan lebih
baik.

Akhir kata, kami berterima kasih kepada Ustaz Hamzah bin Omar di atas tunjuk ajar dan
penerangan yang diberikan kepada kami. Terima kasih juga kepada ahli kumpulan yang
memberi kerjasama yang baik sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini. Dan terima kasih
sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan
kerja kursus ini. Kami berharap kerja kursus ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

24
RUJUKAN

1. https://penuntutilmu.files.wordpress.com/2020/11/40-hadith-imam-nawawi-dr.-abdullaah-jalil-
usim-full.pdf
2. . https://ikhlas.com/blog/ms/my/40-hadis-kelebihan-sedekah-syeikh-yusuf-an-nabhani/

3. . https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/5244-irsyad-al-fatwa-khas-
ramadan-siri-ke-206-waktu-waktu-untuk-membayar-zakat-fitrah
4. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/5244-irsyad-al-fatwa-khas-
ramadan-siri-ke-206-waktu-waktu-untuk-membayar-zakat-fitrah
5. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2689-irsyad-al-hadith-siri-ke-292-
perniagaan-adalah-sumber-rezeki-terbesar
6. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1969-31
7. https://zulkiflihasan.files.wordpress.com/2008/06/hadis-40.pdf
8. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/4447-irsyad-al-fatwa-khas-
ramadhan-siri-ke-159-mana-lebih-utama-bagi-orang-bermusafir-berpuasa-atau-berbuka
9. https://www.academia.edu/5610945/Imam_al_Bukhari

Anda mungkin juga menyukai