Anda di halaman 1dari 2

MAZHAB MALIKI

Seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadhan yang
pertama dan tak wajib niat setiap malam.

PANDANGAN SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFI’IE


Boleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah
bejaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam
Ramadhan.

Syarat-Syarat Niat Puasa Ramadan


Dalam berniat untuk berpuasa, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi
agar ianya dinamakan dengan berniat. Kebanyakan kitab-kitab fiqh telah
menggariskan beberapa panduan dalam berniat ketika berpuasa bagi
memudahkan umat Islam memahaminya. Antara yang disebutkan ialah:

1. Al-Jazm (‫)الجزم‬: yang dimaksudkan di sini adalah benar-benar


memastikan tanpa ragu-ragu.
2. Al-Ta’yiin (‫)التعيين‬: iaitu penentuan jenis puasa. Seseorang yang ingin
berpuasa perlulah menentukan jenis puasanya sama ada ianya puasa
Ramadhan, wajib (qadha’, kaffarah, nazar) ataupun sunat (Isnin-Khamis,
hari Arafah, ‘Asyura dsb.). Tidak memadai dengan berniat secara mutlaq
untuk berpuasa.
3. Al-Tabyiit (‫)التبييت‬: menetapkan niat pada malam hari. Waktunya adalah
selepas tenggelamnya matahari sehinggalah terbitnya fajar sadiq (waktu
bersahur juga masih dikira sebagai waktu untuk berniat). Ini adalah syarat
di sisi al-Malikiyyah, al-Syafi’iyyah dan juga al-Hanabilah. Ini berdasarkan
sebuah hadith Nabi ‫ ﷺ‬riwayat Hafsah R.Anha:
‫صيَا َم لَ ُه‬
ِ َ‫ج ِر َفال‬
ْ ‫ل ا ْل َف‬
َ ‫مَنْ لَ ْم ي ُْج ِم ِع الصِّ يَا َم َق ْب‬
Maksudnya: Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit
fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut).
Riwayat Abu Daud (2454). Status Hadith: Sahih.

Kesimpulan
Berdasarkan dalil dan juga alasan yang diberikan dalam permasalahan ini, S.S
Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri cenderung kepada pendapat jumhur
dan ianya juga adalah pendapat mazhab kita, mazhab al-Syafi’ie iaitu niat
perlulah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa. 
Adapun pendapat yang mengatakan boleh berniat sekaligus untuk berpuasa
selama sebulan di permulaan niat, maka tiada masalah untuk melakukannya
sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama hendaklah seseorang
itu berniat juga pada setiap malam.

Sumber: IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN #74

Anda mungkin juga menyukai