Anda di halaman 1dari 8

Minat Menghafaz?

Jom ambil tahu apa perkara


yang wajar dihafaz :

Rasulullah s.a.w. sendiri meletakkan mereka yang banyak menghafaz Al-Quran


di barisan hadapan dalam peristiwa syuhada.
Selain anugerah Allah s.w.t., daya ingatan juga dapat dilatih
sebagai ikhtiar bagi mengasah hafazan.
Sebuah kisah yang diceritakan oleh Syeikh Ali Tantawi.
Beliau menyatakan, "Semasa aku kecil di Syria, tempatku dikunjungi oleh ramai ulama Al-Azhar
yang jumlahnya hampir 100 orang. Kemudian, seorang khadam datang bag menyediakan teh.
Dia bertanya kepada setiap orang tentang sukatan gula dan teh yang mereka kehendaki.
Selepas itu, dia menyediakan teh dan minuman lain seraya menyebut semula sukatan yang diperlukan oleh setiap orang.
Dia menyebut setiap sukatan dengan tepat tapa mencatatnya.
Hal in menunjukkan daya ingatan seseorang dapat menjadi kuat pada perkara yang dia minati,
meskipun dia adalah orang biasa.
Pernah berlaku satu peristiwa ketika Syeikh bin Humaid menjadi hakim di sebuah kawasan di Saudi.
Seorang lelaki berjumpa beliau dan meminta beliau membuat keputusan, berkaitan hukum.
Syeikh bin Humaid pun menjelaskan hukum yang berkenaan berserta dalil dan hujahnya.
Selepas hampir 20 tahun, lelaki ini sekali lagi meminta Syeikh bin Humaid membuat keputusan
berkenaan kes dan hukum yang sama.Keputusan yang beliau kemukakan tetap sama
walaupun dalam tempoh masa yang sudah lama. lni adalah bukti kehebatan ingatan seorang hakim pada masa itu.

apa yang dihafaz?


Bagi menjawab persoalan ini, satu ungkapan menarik daripada ulama Islam. Katanya:

"Bacalah buku terbaik yang ada pada kamu.


Tulis apa yang terbaik daripada bacaan kamu, dan hafaz apa yang terbaik daripada tulisan kamu .. "
Bagi menjawab persoalan ini, satu ungkapan menarik daripada ulama Islam. Katanya:

Berdasarkan kenyataan di atas, bukan semua maklumat perlu dihafaz.


Tetapi, menurut Islam, perkara yang dihafaz adalah perkara yang dapat member manfaat
dan diperlukan sebagai hujah dalam hukum agama.
Rasulullah s.a.w. sendiri meletakkan mereka yang banyak menghafaz Al-Quran
di barisan hadapan dalam peristiwa syuhada.
Selain anugerah Allah s.w.t., daya ingatan juga dapat dilatih
sebagai ikhtiar bagi mengasah hafazan.

Antara perkara yang


wajar dihafaz adalah
•Al-Quran
•Hadith Nabi s.aw., khususnya berkaitan hukum dan adab-adab :
A. Matan Arbain Nawawiyah oleh Imam Nawawi
B. Mukhtasar Abi Jamrah
C. Arbain Sihah oleh Syeikh Muhammad Abdul Latif Al-Farfur
D. Bulugh Al-Maram oleh Hafiz lbnu Hajar
E. Al-Muntaga' oleh lbnu Taimiyyah Al-Jad

•Matan-matan, sama ada:


a. Tauhid
•Jauharatu At-Tauhid
•Matan Sanusiah y Ummu Al-Barahin
•Akidah Al-Wasativah
•Al-Akidah At-Thahawiyah
b. fiqh
•Matan Ghayah waAt-Taorib
•Tanbih
WAKTU DAN TEMPAT YANG PALING
SESUAI UNTUK HAFAZAN
Sesuatu yang perlu dihafaz kebiasaannya adalah sesuatu yang bersih
dan bermanfaat. Contohnya, ayat-ayat Al-Quran, hadith, ataupun sebarang ilmu.
Oleh itu, kita memerlukan masa dan tempat yang sesuai bagi menghafaz dengan baik.

waktu hafaz
Para ulama menetapkan waktu yang paling baik untuk seseorang
memulakan hafazan adalah pada waktu sahur atau sebelum waktu subuh,
ataupun bole juga dilakukan selepas solat subuh.
Selain itu, sebahagian ulama berpendapat,
waktu hafazan yang elok adalah selepas asar.

Ada yang menentukan sebaik-baik waktu hafazan


Al-quran adalah seperti berikut:
1.Waktu sahur atau akhir malam.
2.Selepas solat subuh.
3.Antara maghrib dan isyak.
4.Sepanjang bulan Ramadhan
( Selepas melakukan solat malam dan berdoa).
Tempat yang Paling Sesuai untuk Hafazan
Para ulama menyebut beberapa tempat yang sesuai
untuk seseorang melakukan hafazan, antaranya:

masjid
-Tempat yang sunyi, iaitu tempat yang jauh daripada
orang ramai dan bising serta hingar-bingar.
-Menjauhi tempat yang lagha seperti menghafaz di hadapan televisyen,
menghafaz sambil melayari internet, menghafaz di kawasan pembinaan
serta menghafaz di tempat maksiat.
-Ziarah dan pergi ke taman adalah satu daripada cara bagi menambahkan ingatan.
lni adalah teknik dilakukan oleh penyelidik dan perkara ini diakui oleh mereka.
lni kerana, mencium bauan seperti bunga yang dapat menguatkan ingatan.
Sedikit pendapat yang dikemukakan oleh
Muhd Diarot Sensa melalui karangannya
Quranic Quotient, seorang Muslim perlu
melalui peringkat berikut
dalam menuntut ilmu, iaitu:

-Menyedari.
-Menyerah diri.
-Membaca.
-Memerhatikan.
-Mempelajari.
-Menggunakan akal.
-Mengimani.
-Menghambakan.
-Berbuat baik.
-Mengambil pelajaran.
-Kembali kepada Allah s.w.t.
-Menghaddirkan rasa takut yang sebenar kepada Allah S.W.T.
Cara Hafaz Al-Quran
dengan Cepat

Oleh itu, dikemukakan kaedah hafazan yang cepat dan berkesan


yang diamalkan oleh tokoh-tokoh penghafaz.
Cara Hafaz Al-Quran dengan Cepat lbnu Baz menyatakan,
"Cara atau jalan yang paling mudah memilih waktu yang sesuai adalah
selepas menunaikan solat subuh ataupun pada waktu malam"

Selain itu, penting bagi penghafaz bagi:


•Memohon pertolongan daripada Allah s.wt.
•Memohon doa dengan tadarru
•Meninggalkan segala dosa dan maksiat
Contoh Cara Hafaz Al-Quran
1.Ulang ayat pertama sekurang-kurangnya x 20 hafaz.
2.Kemudian, ulang ayat kedua sebanyak x 20.
3.Seterusnya, ulang ayat ketiga sebanyak x 20.
4.Kemudian, ulang ayat keempat sebanyak x 20.
5.Seterusnya, ulang ayat pertama, kedua, ketiga,
dan keempat sekali gus sebanyak x 20.
6.Kemudian, disusuli dengan ayat kelima sebanyak x 20.
7.Dikuti dengan ayat keenam sebanyak x 20.
8.Dikuti dengan ayat ketujuh sebanyak x 20.
9.Seterusnya ayat kelapan sebanyak x 20.
10.Kemudian, ulang ayat kelima, keenam, ketujuh,
dan kelapan sekali gus sebanyak x 20.
11.Seterusnya ulang daripada awal ayat pertama
sehingga ayat kelapan sebanyak x 20.

Anda mungkin juga menyukai