Anda di halaman 1dari 3

CERPEN : ASMARALOKA by aina.

Sang Senja yang menanti kedatangan seorang Wira untuk


mencintai keindahannya.
Negeri Asmaraloka.

Kisah dan semestanya seindah imaginasi. Negeri penuh cinta dan


pesona mega yang berpayungkan galaksi. Setiap rakyatnya hidup
dalam rekaan dongeng mereka sendiri. Menikmati keindahan pelangi
yang setia terukir.

“ Senja. Apakah masih lagi kamu berharap pada janji si putera raja
yang masih berjuang di medan perang?” Tanya Suri, adik kandung
Senja Qasrina. Si gadis hanya indah tersenyum tidak membalas.

“ Aku sudah punya anak. Begitu juga kakak kita yang lain. Tidak
kamu mahu merasa bahagia seperti gadis-gadis lain? ” Desak Suri
lagi. Dia merisaukan Senja kerana selalu mengharap pada perkara
yang tidak pasti.

“ Aku sudah cukup bahagia dengan apa yang ada. Bukankah Tuhan
mengajar kita untuk bersyukur? ” Balas Senja tenang.

“ Putera Asmaraloka sudah kembali! Mereka sudah pulang!


”Perbualan dua beradik itu terpotong apabila seorang kanak-kanak
lelaki menjerit-terlolong di hadapan rumah. Tanpa berfikir panjang,
Senja berlari-lari menuju ke jeti.

“ Wiraku sudah pulang. Tapi di manakah dia? ” Senja mencari-cari


insan yang sangat dirinduinya. Yang sentiasa berada di dalam doanya.
Namun, hampa. Bayang-bayangnya turut tidak kelihatan.

Gugurkah dia di medan perang? Atau dijadikan tebusan pihak musuh?


Ya Tuhan. Jauhkanlah perkara itu dari kekasih hati hamba.
Sesungguhnya hamba sangat menyayangi dirinya.

“ Teruntuk Senja. Kau datangkan keindahan langit malam, bulan dan


bintang sebelum hadirnya Fajar ke dunia ini.” Bisik suara merdu yang
sudah lama tidak di dengari. Tumpah juga air mata Senja yang selama
ini disorokkan.

“ Aku minta maaf. Memaksa kau menunggu aku untuk waktu yang
sangat panjang. Percayalah. Tiada satu saat pun aku tidak memikirkan
kau, Senja Qasrina.”

Senja mengukirkan senyuman paling manis. Bertentang mata dengan


buah hati yang selama ini jauh di perantauan. Rindu yang tidak lagi
dapat ditahan oleh hati.

“ Atas nama cinta. Kita memang selalu ditakdirkan bersama.”

TAMAT.

Aina
aina.

Anda mungkin juga menyukai