Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PERASMIAN MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

Bismillahirrahmannirrahim…

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang berusaha,

(Nama pengetua), Pengetua (Nama sekolah)

(Nama Penolong kanan ), Penolong Kanan (Nama sekolah)

(Nama YDP PIBG), Yang Dipertua PIBG

Guru-guru, ibu bapa dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Berjalan tenang di taman bunga,

Sambil berjalan menghidu harumnya,

Assalamualaikum pembuka kata,

Kalimah Bismillah pembuka bicara.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita meraikan
Majlis Anugerah Kecemerlangan (tajuk : Kecemerlangan apa) bagi tahun (Tahun).

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua sekolah (Nama sekolah)
serta Ahli Jawatankuasa Majlis Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini kerana berjaya menganjurkan
majlis yang menjadi agenda tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh pelajar-pelajar, guru-guru,
serta ibu bapa. Ini kerana, dalam majlis inilah segala usaha dan masa yang telah dilaburkan oleh guru
dan para pelajar, kita raikan. Satu pengiktirafan kepada penat lelah mereka dalam bentuk penyampaian
anugerah. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak
sekolah kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis
yang penuh bermakna ini.

Sempena hari yang bersejarah ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan
Syabas kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam (Nama peperiksaan)
bagi tahun (Tahun). Wajar untuk kita meraikan mereka yang telah berusaha bertungkus lumus selama
ini bagi mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi khasnya dalam bidang akademik. Harapan saya
agar majlis ini menjadi peristiwa bersejarah dan inspirasi buat semua pelajar untuk lebih berdaya saing
bagi mencapai kecemerlangan ke peringkat yang seterusnya.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Membentuk seorang pelajar yang cemerlang adalah impian setiap guru-guru dan pihak sekolah.
Dengan itu, pelbagai rencana telah di rangka oleh pengetua dan guru-guru dalam usaha mencapai
hala tuju yang telah digariskan dalam falsafah pendidikan negara. Usaha ini adalah satu Amanah yang
perlu dipikul oleh semua warga pendidik dalam merealisasikan pembentukan negara bangsa yang
memiliki modal insan cemerlang sebagai pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan.

Dalam usaha ini, komitmen dan sokongan padu dari guru-guru juga ibu bapa amat diperlukan, Bagi
mencapai matlamat membentuk pelajar-pelajar yang berwibawa, berketrampilan dan berdaya saing
di sekolah ini. hubungan erat antara pihak sekolah dan ibu bapa dapat merealisasikan Hasrat sekolah
ini untuk menjadi sebuah institusi kecemerlangan yang mampu membangun modal insan yang
mempunyai jati diri yang kukuh, berperibadi mulia, berpengetahuan, berkemahiran tinggi, keratif dan
berdaya saing.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Masih ingat dengan krisis global yang melanda negara kita? Penularan wabak COVID-19. Ia bukan
sahaja memberi impak terhadap ekonomi negara ini, malah sektor pendidikan juga turut terkesan.
Atas saranan Kementerian Pelajaran Malaysia, semua sekolah telah diarahkan untuk melaksanakan
sesi pengajaran secara dalam talian sepenuhnya bagi suku pertama sesi 2020/2021. Pendekatan ini
diambil bagi mengekang penularan COVID-19 sekali gus memastikan sesi pembelajaran dapat
dijalankan tanpa perlu membuat sebarang penangguhan. Namun demikian, amalan norma baharu ini
ternyata punya cabarannya tersendiri.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Keadaan sekarang bertambah baik. Kita ambil dari sudut
pandangan yang positif. Di era pandemik, pelajar dan guru-guru menghadapi pelbagai cabaran dalam
melaksanakan dasar pendidikan di sekolah. Namun, atas sebab komitmen yang tinggi, ia
mencambahkan alternatif baru pelaksanaan menggunakan teknologi. Ini boleh dianggap sebagai satu
kaedah dalam melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif. Selaras dengan penekanan terhadap
konsep pembelajaran sepanjang hayat. Situasi ini membuka ruang untuk para pelajar meneroka lebih
banyak sumber pengetahuan. Bukan itu sahaja, peluang ini membuka kaedah pengajaran baru bagi
guru-guru dalam menyampaikan pendidikan kepada pelajar.

Secara tidak langsung, kemahiran dalam menggunakan teknologi juga membantu mempersiapkan
pelajar untuk menghadapi cabaran arus teknologi yang semakin pesat selain meningkatkan kebolehan
pelajar seiring dengan keperluan industri semasa. Seterusnya, saya simpulkan bahawa walau sebesar
mana pun cabaran yang dihadapi selagi mana pelajar dan guru saling berganding bahu semua dapat
diatasi dengan baik. In Shaa Allah.

Para pelajar yang dikasihi,

Dalam era globalisasi ini, saya akui cabaran yang perlu dihadapi pelajar dalam dunia pendidikan yang
sentiasa berubah-ubah. Justeru, peranan pelajar masa kini semakin mencabar dalam usaha membina
diri untuk menguasai banyak cabang ilmu sejajar menjadikan bangsa Malaysia maju pada masa akan
datang. Dalam kegairahan memburu kecemerlangan akademik, ada perkara yang kita lupa seharunya
bergerak seiring dengan kejayaan akademik yang kita kecapi iaitu aspek kerohanian, akhlak, tatasusila
dan kewarasan fikiran. Dengan kemajuan ilmu dan pengetahuan setiap individu perlu berperanan
menjana kecemerlangan berlandaskan akal dan budi yang luhur.

Bagi mencapai kejayaan, semua pihak seharusnya berganding bahu dan seriring mengatur langkah
bersama usaha dalam merealisasikannya. Hasil kerjasama yang erat dan mantap yang terjalin,
mencorakkan jalinan kecemerlangan akademik yang tinggi mampu digapai. Kita perlu menjadikan
hubungan erat antara pihak sekolah dan ibu bapa sebagai hubungan yang berasaskan tanggungawab
bersama. Hal ini kerana, antara pihak sekolah dan ibu bapa adalah saling memerlukan dan sentiasa
menyokong antara satu sama lain, bak kata peribahasa seperti aur dengan tebing.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kesepakatan antara guru dan ibu bapa adalah salah satu tonggak kejayaan pelajar. Matlamatnya juga
sama. Untuk membawa para pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan aspek kehidupan. Atas
dasar matalamat itu, sokongan penuh diperlukan antara ibu bapa, pelajar dan guru. Perlu kita ingat,
usaha sama ini juga penentu tahap kecemerlangan yang bakal dicapai kelak. Tahniah saya ucapkan
kepada para ibu bapa yang terus memberikan komitmen bersama menyokong pihak sekolah. Juga
tahniah saya ucapkan kepada para guru dan pihak sekolah yang berusaha sedaya mampu membantu
para pelajar mendapatkan pendidikan yang terbaik.

Hal ini suka saya katakan, sebagai bekas pelajar yang pernah menyemai ilmu di sekolah ini bersama
guru-guru yang tidak lekang mencurahkan bakti. Saya sendiri telah menyaksikan betapa kerjasama erat
dan sokongan penuh ibu bapa dan guru-guru sangat penting dalam melahirkan suasana pembelajaran
yang lebih berkesan, tenang dan menyeronokkan. Dengan itu, minat pelajar itu sendiri akan lebih
cenderung kepada pelajaran.

Buat para pelajar, saya ucapkan tahniah kerana berjaya menjalani cabaran era pendidikan di masa kini.
Jadikan ini satu inspirasi untuk anda lalui cabaran di fasa kehidupan anda kelak dengan semangat yang
kuat dan tenang. Saya doakan anda bakal mencapai impian dan cita-cita di masa akan datang.

Akhir kata, dengan lafaz bismillah hirrahma nirrahim, saya rasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan
(nama majlis) bagi tahun (Tahun).

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat
sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai